• Tidak ada hasil yang ditemukan

STAG2022 Stratigrafi Malaysia

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "STAG2022 Stratigrafi Malaysia"

Copied!
21
0
0

Teks penuh

(1)

STAG2022

Stratigrafi Malaysia

Stratigrafi Semenanjung Malaysia

(2)

Kambrias Akhir

Formasi Machinchang

Ordovisi-Devon Awal

Formasi Setul

Devon, Karbon & Perm

Awal (mungkin sampai

Trias di Kedah Utara)

Formasi Kubang Pasu

Perm Tengah – Trias Awal

Formasi Chuping (Formasi Kodiang)

Formasi Semanggol

Jura-Kapur ?

Lapisan Saiong

Tertiar (?Miosen)

Lapisan Arang Bukit Arang

Resen-Pleistosen

Alluvium

Usia

Nama unit

(3)

Pengenalan

Formasi Setul merupakan formasi batuan karbonat yang tertua di Semenanjung Malaysia.

Formasi batuan yang berusia Ordovisi hingga Devoni Awal ni terdiri daripada batu kapur tidak tulen yang bercampur dengan lumpur dalam amaun yang agak tinggi, batu kapur berdolomit dan dua ahli gersik yang terdiri daripada perlapisan syal, batu lumpur kaya silika, batu lodak dan sedikit rijang.

Pemendapan sedimen telah berlaku di dalam sekitaran pelantar laut cetek di dalam keadaan iklim yang lebih dingin daripada sekarang yang ditunjukkan oleh kehadiran fosil-fosil yang mirip kepada fauna beriklim sedemikian.

FORMASI SETUL

Pengenalan

Formasi Kubang Pasu tersingkap di kawasan Kedah, dan terdiri daripada selang lapis batuan syal, batu lodak dan juga batu pasir. Selain itu terdapat juga sedikit lapisan rijang yang berpelapisan nipis, terutamanya di bahagian bawah jujukan. Bahagian atas jujukan formasi ini terdapat suatu fasies

perantaraan yang terdiri daripada lapisan klastik dan lapisan berkapur (termasuk batu kapur nipis).

Formasi Kubang Pasu adalah setara dengan Formasi Singa yang tersingkap di Kepulauan Langkawi.

Perlapisan batu pasir yang dominan dan terdiri daripada batu pasir kuarza dan batu pasir kaya feldsfar yang terdapat dalam Formasi Kubang Pasu merupakan perbezaan yang agak nyata antara Formasi Kubang Pasu dengan Formasi Singa.

(4)

Taburan

FORMASI KUBANG PASU

Litologi

Formasi Kubang Pasu terdiri daripada syal, batu lodak dan batu pasir. Terdapat juga sedikit lapisan nipis rijang. Batuan arenit kebanyakannya mempunyai isihan buruk

seperti batuan grewak dan juga boleh terdiri daripada arkos dan sub-arkos (Yap, 1991). Batuan berargilit terdiri daripada syal yang mempunyai pelbagai warna, daripada

kelabu gelap, kelabu, kemerahan hingga keperangan. Laminasi dalam syal adalah jelas. Selain syal, terdapat juga batu lodak.

Di bahagian timur laut Perlis, Yap (1991) membahagikan jujukan Formasi Kubang Pasu kepada tiga fasies;

3 - Fasies perantaraan (“passage beds”) 2 - Fasies batu pasir dominan

1 - Fasies batuan argilit

(5)

Stratigrafi

Formasi Kubang Pasu menindih batuan Formasi Setul di Perlis, dan menindih Formasi Mahang di bahagian selatan (Kedah).

Formasi Kubang Pasu menindih Formasi Setul secara selaras (Zaiton & Basir, 1999). Sempadan bawah Formasi Kubang Pasu ini boleh dijumpai di Gunung Utan Aji, dan juga di Wang Tangga, Perlis.

Jones (1981) juga mencadangkan sempadan tidak selaras antara Formasi Setul dan Formasi Kubang Pasu.

Formasi Kubang Pasu menindih Formasi Mahang secara selaras (Hutchison, 1989). Hubungan antara Formasi Mahang dan Formasi Kubang Pasu ini boleh diperhatikan di Bukit Jabi, Bukit Kerangan, Ladang Cheong Chong Kaw dan Kampong Panchor. Kedua-dua formasi ini dipisahkan oleh sesar sungkup sehinggakan dapat dicerap jujukan batuan Formasi Mahang menindih Formasi Kubang Pasu (Zaiton & Basir (1999).

FORMASI KUBANG PASU

FORMASI KUBANG PASU

(6)

Stratigrafi

Di Perlis, Formasi Kubang Pasu

ditindih secara selaras oleh Batu Kapur Chuping yang terdiri daripada jujukan batuan karbonat, manakala di Kedah pula Formasi Kubang Pasu ditindih secara selaras oleh Formasi Semanggol (Basir Jasin, 1999).

FORMASI KUBANG PASU

Usia

Bahagian dasar atau bawah jujukan batuan Formasi Kubang Pasu di Gunung Utan Aji terdiri daripada batu lumpur kelabu dan kemerahan, batu di dalamnya mengandungi fosil Posidonia perlisensis dan tribobit Cyrtosymbole yang mencadangkan usia Devon

atas atau Awal Karbon.

Kekanta rijang yang terdapat di bahagian tengah Perlis mengandungi fusulina konnoi yang berusia Moscovian (Karbon Tengah) (Scrivenor, 1926). Basir Jasin (1995) menemui fosil radiolaria dalam lapisan rijang di Bukit Beringin dan Bukit Telaga Jatoh berhampiran pekan Pokok Sena. Lapisan rijang ini terletak di bahagian bawah jujukan Formasi Kubang Pasu, iaitu terletak di atas lapisan syal yang kaya dengan Posidonia. Fosil radiolari Entactinia variospina dan Callella sp. mencadangkan usia Karbon Awal untuk Formasi Kubang Pasu.

Bahagian atas jujukan formasi ini terdiri daripada lapisan perantaraan (“passage beds”) yang terdiri daripada perlapisan nipis batu kapur dan batuan klastik. Dalam lapisan perantaraan ini terdapat banyak fosil fusulinid, karang, brakiopod dan briozoa. Fosil brachiopoda Cancrinella sp. dan Micraphella sp., bivalvia Schizodus sp. dan

Eoschizodus sp., briozoa Fistulipora sp. dan Fenestella sp. Serta fosil mikri seperti

Monodiexodina sp. dan Lunucammina sp. Yang ditemui dalam fasies perantaraan (“passage beds”) mencadangkan usia atas untuk Formasi Kubang Pasu ialah akhir

Perm Awal (Arkinskian) (Yap, 1991). FORMASI KUBANG PASU

(7)

Sekitaran endapan

Formasi Kubang Pasu yang terdapat di Perlis telah terbentuk atau terendap di sekitaran lautan. Fasies batuan argilit yang terdiri daripada selang lapis batu lodak dominan dengan batu lumpur, serta sedikit batu pasir ditafsirkan diendapkan dalam pelantar benua bahagian luar berhampiran dengan cerun benua.

Lapisan rijang banyak terdapat di bahagian bawah jujukan Formasi Kubang Pasu ini, dan menurut Basir Jasin (1999), rijang ini terbentuk atau terendap di sekitaran tepian benua (continental margin).

Kemudian, fasies kedua, iaitu batu pasir dominan, berlapis dengan syal serta lodak ditafsirkan terendap di sekitaran pelantar benua bahagian dalam berhampiran zon neritik, yang secara relatifnya lebih cetek berbanding fasies pertama tadi.

Fasies atau lapisan perantaraan (passage beds) pula ditafsirkan mewakili

pengendapan yang berlaku di kawasan lebih cetek, iaitu di antara zon pasang-surut dengan zon neritik.

Turun naik kadar pemendapan sedimen detrital ini menyebabkan terbentuknya fasies perantaraan, dan apabila tiada lagi sedimen detrital, maka terbentuklah batu kapur Formasi Chuping.

Secara keseluruhannya, proses maraan atau regresi yang berlaku semasa

pengendapan Formasi Kubang Pasu menyebabkan terbentuknya jujukan mengkasar dan mencetek ke atas.

(8)

Pengenalan

Nama Formasi Semanggol digunakan sempena dengan nama Gunung Semanggol yang terdapat di kawaasan Taiping, Perak. Nama ini mula digunakan sejak 1959 oleh Alexander, dan Burton (1965) mengkorelasikan jujukan di kawasan Gunung Semanggol ini dengan jujukan yang terdapat di selatan dan tengah Kedah.

Lokaliti tip untuk formasi ini tidak diberikan dengan jelas, tetapi Burton (1973)

mencadangkan lokaliti tip ini di Bukit Merah, yang terletak di utara Gunung Semanggol.

FORMASI SEMANGGOL

Taburan

Formasi Semanggol pada mulanya diperkenalkan untuk batuan klastik yang berusia Trias Tengah-Akhir, yang terdapat di kawasan barat laut Semenanjung

Malaysia. Formasi Semanggol tersebar di tiga kawasan utama, iaitu;

- kawasan utara Perak,

di sekitar Gunung Semanggol, dimana Formasi Semanggol ini mula diperkenalkan

- kawasan selatan Kedah,

di sekitar Kuala Ketil – Tawar

- kawasan utara-tengah Kedah

iaitu di kawasan Kuala Nerang hingga Pedu.

(9)

Taburan

Sesar dipercayai telah menyebabkan batuan lembangan pengendapan Semanggol menjadi tiga bahagian.

Litologi

Formasi Semanggol terdiri daripada jujukan batuan klastik yang berusia Trias semasa ianya mula diperkenalkan. Jujukan yang seusia dengannya tetapi terdiri daripada batuan karbonat dikenali sebagai Batu Kapur Kodiang.

Batuan utama yang terdapat dalam Formasi Semanggol boleh dibahagikan kepada tiga unit atau fasies;

-Fasies rijang - yang terdiri daripada batuan rijang berlapis. Di antara lapisan rijang ini, terdapat lapisan nipis beberapa mm batuan syal.

-Fasies beriramayang merupakan selang lapis antara lapisan batu pasir, batu lodak dan syal. Dalam fasies ini terdapat juga lapisan konglomerat.

-Fasies konglomeratyang terdiri daripada batu konglomerat yang dominan, berlapis dengan lapisan batu pasir serta syal.

Sejak akhir-akhir ini, ditemui unit atau fasies batu kapur dalam jujukan Formasi Semanggol.

(10)

FORMASI SEMANGGOL

(11)

FORMASI SEMANGGOL

(12)

Usia

Formasi Semanggol mengandungi banyak fosil. Kebanyakan fosil ditemui dalam fasies berirama, dan juga rijang.

Pada peringkat awal (tahun-tahun 1970 dan 1980’an), fosil yang ditemui menunjukan usia Trias Tengah-Akhir. Antara fosil yang banyak ditemui ialah daripada jenis Halobia,

Posidonia, Daonella serta ammonid. Kesemua fosil ini mencadangkan usia Trias

Tengah-Akhir.

Sekarang ini, dalam batuan rijang ditemui banyak fosil radiolaria. Selain daripada radiolaria Trias, dilaporkan juga terdapat fosil radiolaria yang berusia Perm. Jadi sekarang ini, usia Formasi Semanggol bermula daripada Perm hingga Trias

Akhir, iaitu setara dengan usia Formasi Chuping. FORMASI SEMANGGOL

Stratigrafi

(13)

Sekitaran endapan

Pengendapan berlaku di bawah pengaruh graviti, antaranya dengan cara aliran debris dan aliran turbidit. Aliran graviti ini menyebabkan terbentuknya sedimen atau fasies yang mempunyai asingan buruk, dan lapisan yang menunjukkan lapisan bergred (jujukan Bouma).

Fasies sebegini selalunya terbentuk di sekitaran yang bercerun, biasanya di kipas laut dalam. Fasies rijang yang mengandungi radiolaria jelas mencadangkan pengendapan berlaku di sekitaran laut dalam.

FORMASI SEMANGGOL

Fosil yang ditemui dalam Formasi Semanggol turut mencadangkan pengendapan berlaku di sekitaran laut, dan tiada bukti fosil, fasies atau struktur sedimen yang

mencadangkan pengendapan berlaku di sekitaran laut cetek.

Pengenalan

Formasi Chuping banyak tertabur di bahagian tengah Perlis.

Keseluruhan Formasi Chuping terdiri daripada batu kapur warna cerah berlapisan tebal hingga masif.

Pada awal tahun 1960an, semua batu kapur yang terdapat di kawasan Kodiang

dikatakan berusia Perm, dan dimasukkan dalam Formasi Chuping oleh Jones (1962). Kemudian batu kapur ini telah dikaji oleh beberapa pengkaji berikutnya. Ishii dan

Nogami (1966), Igo dan Koike (1975), dan Koike (1973, 1982) menemui fosil konodon berusia Trias Awal hingga Trias Akhir. Gazdzicki dan Smit (1977) menemui fosil foraminifera Trias.

Penemuan fosil Trias ini telah mengubah stratigrafi kawasan baratlaut Semenanjung Malaysia.

Formasi Chuping dan Formasi Kodiang mempunyai banyak kesamaan dari segi litologi dan juga fosil serta usia dan patut dijadikan satu formasi yang sama.

(14)

Taburan

Di Perlis, batuan Formasi Batu Kapur Chuping ini tersingkap di bahagian tengah Perlis, iaitu membentuk perbukitan

bermorfologi karst batu kapur, bermula daripada Bukit Mata Air (berhampiran Padang Besar di utara), Bukit Chabang, Gua Sami, Bukit Chondong, Bukit Tungku Lembu, Bukit Keteri, Bukit Chuping, hinggalah Bukit Ngolang berhampiran dengan pekan Arau.

Bukit-bukit batu kapur yang terdapat di sekitar pekan Kodiang, dan juga Gunung Keriang, Kedah juga kepunyaan Formasi Chuping. Bukit-bukit ini pernah di kenali dengan nama Batu Kapur Kodiang oleh deCoo & Smit (1975).

FORMASI CHUPING / FORMASI KODIANG

FORMASI CHUPING / FORMASI KODIANG

Litofasies

Terdapat sepuluh litofasies batu kapur yang ditemui di dalam Formasi Batu Kapur Kodiang. Litofasies-litofasies tersebut ialah;

1) Selang lapis nipis batu kapur-rijang 2) Batu kapur biosparit

3) Batu Kapur mikrit 4) Batu kapur breksi 5) Batu kapur hitam

6) Batu kapur berlamisan bergelombang 7) Batu lumpur dan batu pasir berkapur 8) Batu kapur konglomerat

9) Unit nedatan

(15)

FORMASI CHUPING / FORMASI KODIANG

Litofasies

FORMASI CHUPING / FORMASI KODIANG

(16)

FORMASI CHUPING / FORMASI KODIANG

Litofasies

Sekitaran endapan

Pembentukkannya berlaku dalam lembangan pengendapan karbonat dan terdapat beberapa sub-sekitaran di dalamnya. Di kawasan berdekatan dengan pantai, iaitu kawasan pasang-surut, terbentuk batu kapur stromatolites dan juga batu kapur hitam. Makin ke arah lautan terdapat suatu lagun dan di sini, keadaan airnya yang cetek dan tenang menggalakkan bivalvia hidup di kawasan yang bermikrit.

(17)

Sekitaran endapan

Dalam lagun ini juga terdapat satu alur yang besar, dan dalam alur ini terbentuk batu kapur konglomerat, yang mana klastanya juga berasal dari lembangan yang sama. Di kawasan bekalang dan dataran terumbu, keadaan airnya lebih bertenaga

berbanding dalam lagun, dan segala mikrit yang ada diangkut ke kawasan lain. Ini menyebabkan organisma yang hidup di sini seperti Bivalvia, bryozoa, foraminifera dan lain-lain apabila mati membentuk batu kapur biosparit.

FORMASI CHUPING / FORMASI KODIANG

Sekitaran endapan

Di kawasan hadapan terumbu dan juga cerun, terjadi proses nendatan menyebabkan fasies nendatan dan juga batu kapur breksi terbentuk. Di kawasan yang lebih dalam, selang lapis batu kapur-rijang pula terbentuk.

Semasa pembentukkan Batu Kapur Kodiang ini berlaku, terdapat fasa dimana bekalan bahan klastik bersilika dibawa masuk ke dalam lembangan karbonat. Keadaan in menghasilkan fasies batu lumpur dan batu pasir berkalka di kawasan air yang agak dalam.

(18)

Nama dan taburan

Diberikan oleh Ong (1968) untuk unit batuan kemerahan yang dipercayai endapan benua terrdiri daripada konglomerat sokongn klas dengan kehadiran kekanta atau lapisan batu pasir dan syal. Nama diambil sempena dengan Bukit Saiong (504m).

Unit ini tertabur di timurlaut Kedah, berhampiran dengan tasik Pedu dan Tasik Muda. Ong (1968) melaporkan bahawa Lapisan Saiong menindih tak selaras unit batuan Trias (Formasi

Semanggol).

LAPISAN SAIONG

Usia

Tiada fosil yang ditemui, tetapi berdasarkan kedudukan atau hubungan dengan batuan sekeliling dan juga litofasies endapan daratan, dipercayau batuan Lapisan Saoing berusia Jura-Kapur.

(19)

Litologi utama

Secara keseluruhan terbentuk oleh konglomerat sokongan butiran dengan kekanta dan lapisan batu pasir serta syal dan batu lumpur. Kesemua unit batuan ini berwarna kemerahan.

Konglomerat paling dominan, dibentuk oleh klasta batu pasir subsudut hingga subbulat, pelbagai saiz (berjulat dari 1cm hingga 50cm). Selain klasta batu pasir, terdapat juga klas batu lumpur, syal, rijang dan kuarza. Matriknya terdiri daripda pasir berlodak yang juga berwarna kemerahan.

LAPISAN SAIONG

Sekitaran endapan

Terendap di alur sungai yang terjadi disebabkan adanya blok sesar yang jatuh.

Sesar yang sama ditafsir aktif semula selepas pembentukan Lapisan Saiong, akhirnya menyebabkan Lapisan Saiong membentuk permatang tinggi.

(20)

LAPISAN ARANG BUKIT ARANG

Nama dan singkapan

Nama unit ini diambil sempena dengan nama tempat, iaitu Bukit Arang, perhampiran dengan sempadan Malaysia-Thailand, dimana lapisan ini terdapat. Lapisan ini mula dilaporkan oleh Scrivenor (1913) dan dikorelasikan dengan Lapisan Arang Batu Arang yang terdapat di Selangor.

Lapisan Arang Bukit Arang ini

terdapat di bahagian utara Perlis dan tiada singkapan permukaan yang elok.

Cerapan litologi terperinci dilakukan daripada data dan sampel lubang gerudi. Lapisan arang ini mempunyai topografi rendah dan beralun.

LAPISAN ARANG BUKIT ARANG

Litologi

Strata Lapisan Arang Bukit Arang umumnya mempunyai sifat longgar dan konsolidasi separa.

Komposisi atau litologi utamanya terdiri daripada sedimen kelikir, pasir, syal lembut yang kebanyakannya berkarbon, lapisan nipis arang bermutu rendah (lignit), sedikir syal berkapur dan pebel berkapur.

Semuanya mengalami konsolidasi separa. Lapisan lembut arang berwarna perang kehitaman wujud berselerak dengan ketebalan sekitar 15-20cm dan kadang-kadang mencapai 50cm.

Syal berbitumin dan syal berminyak juga ada dilaporkan.

(21)

LAPISAN ARANG BUKIT ARANG

Usia dan stratigrafi

Fosil tumbuhan, terutamnya daun dan akar banyak ditemui dalam Lapisan Arang Bukit Arang. Walau bagaimanapun, tidak sesuai untuk penentuan usia.

Mengikut Jones (1966), usia Lapisan Arang Bukit Arang di Perlis ini adalah lebih kurang sama dengan Lapisan Arang Batu Arang yang terdapat di Selangor, iaitu ditafsirkan berusia Miosen.

Lapisan Arang Bukit Arang terletak di atas batuan Karbon-Perm Formasi Kubang Pasu secara tidak selaras.

Ketebalan Lapisan Arang Bukit Arang ini tidak diketahui kerana penggerudian yang dilakukan tidak sampai ke batuan dasar.

Sekitaran endapan

Lapisan arang adalah satu ciri sedimen yang terendap di sekitaran daratan. Kehadiran fosil tumbuhan dan kesan akar menguatkan lagi tafsiran ini. Jujukan sedimen kelikir, pasir dan kehadiran bahan lumpur yang banyak, terutamanya di bahagian bawah jujukan ditafsirkan oleh Yap (1991) sebagai endapan eustarin atau lacustrine.

Referensi

Dokumen terkait

Dalam cerita pewayangan, terkandung ajaran- ajaran luhur kearifan lokal (local wisdom) tata nilai pe rdam aian suf isti k ya ng d apat dig unak an sebagai salah satu

34 Suyud Margo, Op.cit, Hlm.. oleh pengenalan masyarakat kepada merek tersebut, yang menunjukan bahwa pemilik merek itu adalah produsen dari barang yang bersangkutan. Kepentingan

Perusahaan memberikan dukungan bagi petani kecil untuk membantu partisipasinya dalam rantai pasokan etis (berkelanjutan) dan untuk mencapai kepatuhan dengan komitmen perusahaan.

%atu ini mungkin terbentuk di di ginjal kemudian turun ke saluran kemih bagian baah atau terbentuk di di ginjal kemudian turun ke saluran kemih bagian baah atau memang terbentuk

Berdasarkan pentingnya peran penilik pendidikan luar sekolah dalam peningkat , kan kualitas sumberdaya manusia khusus , nya dalam pendidikan luar sekolah, maka peningkatan

Penelitian ini dilaksanakan dengan tujuan untuk mengetahui : 1) Apakah terdapat perbedaan pengaruh antara model pembelajaran media terpadu dan model pemb- elajaran

Pengecoran centrifugal adalah proses penuangan logam cair ke dalam cetakan yang berputar, proses pengecoran ini dapat menghasilkan produk coran yang relatif bebas

Berdasarkan analisis energi yang dihasilkan dengan mekanisme Sound Energy Harvesting berbasis material piezoelektrik berdasarkan variasi intensitas bunyi yang