• Tidak ada hasil yang ditemukan

ANUGERAH HAK ASASI MANUSIA 2016 ANJURAN SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA MALAYSIA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "ANUGERAH HAK ASASI MANUSIA 2016 ANJURAN SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA MALAYSIA"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

1

PANGGILAN UNTUK PENCALONAN BAGI

ANUGERAH HAK ASASI MANUSIA 2016

ANJURAN SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA MALAYSIA

PENGENALAN

Anugerah Hak Asasi Manusia yang telah ditubuhkan pada tahun 2011 oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia, untuk memberi pengiktirafan kepada individu, kumpulan, organisasi dan agensi yang mempunyai rekod cemerlang dalam memajukan hak asasi manusia di Malaysia. Acara tahunan ini juga membentuk sebahagian daripada usaha Suruhanjaya untuk menggalakkan penglibatan masyarakan sivil untuk menyumbang ke arah mempromosi dan melindungi hak asasi manusia.

OBJEKTIF

Objektif-objektif utama Anugerah Hak Asasi Manusia adalah:

i. Untuk mengiktiraf individu, kumpulan, organisasi dan agensi yang telah menyumbang secara cemerlang kepada hak asasi manusia di Negara ini;

ii. Untuk meningkatkan kefahaman dan sokongan di kalangan masyarakat sivil mengenai usaha pembela hak asasi manusia; iii. Untuk menggalakkan penglibatan aktif di

kalangan pelbagai komuniti dan ahli masyarakat dalam mempromosi dan melindungi hak asasi manusia di Negara ini.

KATEGORI ANUGERAH A. Anugerah Individu

Anugerah Individu dianugerahkan kepada individu yang telah mempamerkan pencapaian yang signifikan dalam berkhidmat untuk memajukan agenda hak asasi manusia di dalam masyarakat secara percuma/pro-bono.

(2)

2

Keperluan pencalonan: Pencalonan dibuat menggunakan borang pencalonan khas yang dikeluarkan Suruhanjaya, berserta satu ringkasan sepanjang dua hingga lima muka surat, yang memberi penerangan tentang sumbangan calon dalam bidang hak asasi manusia dan bahan-bahan yang membuktikan sumbangan calon dalam bidang berkenaan.

B. Anugerah Organisasi/Kumpulan

Anugerah Organisasi/Kumpulan bertujuan untuk mengiktiraf organisasi bukan berdasarkan keuntungan yang berdaftar dan juga kumpulan advokasi tidak berdaftar yang telah mempamerkan pencapaian yang signifikan dalam berkhidmat untuk memajukan agenda hak asasi manusia di dalam masyarakat secara percuma/pro-bono.

Keperluan pencalonan: Pencalonan dibuat menggunakan borang pencalonan khas yang dikeluarkan Suruhanjaya, berserta satu ringkasan sepanjang dua hingga lima muka surat, yang memberi penerangan tentang sumbangan calon dalam bidang hak asasi manusia dan bahan-bahan yang membuktikan sumbangan calon dalam bidang berkenaan.

C. Anugerah Media

Anugerah Media diberikan kepada tiga individu dan/atau agensi dari media cetak, media atas talian dan media penyiaran yang telah menghasilkan laporan/dokumentari/program hak asasi manusia yang berkesan dan signifikan. Keperluan pencalonan: Pencalonan dibuat menggunakan borang pencalonan khas yang dikeluarkan Suruhanjaya berserta satu ringkasan sepanjang dua hingga lima muka surat, yang memberi penerangan tentang sumbangan calon dari segi penghasilan laporan/dokumentari/program berunsur hak asasi manusia secara tepat dan berkesan, dan pendedahan tentang kumpulan terpinggir di dalam masyarakat Malaysia. Pencalonan juga hendaklan menyertakan salinan bahan-bahan yang membuktikan sumbangan calon dalam bentuk bahan yang telah diterbitkan seperti gambar, laporan/artikel dan lain-lain bahan audio-visual.

D. Anugerah Agensi Kerajaan

Anugerah ini diberikan kepada agensi Kerajaan atau badan berkanun Malaysia yang telah mempamerkan amalan terbaik hak asasi manusia dalam perlaksanaan atau penyampaian dasar, peraturan, program dan perkhidmatan.

Keperluan pencalonan: Pencalonan dibuat menggunakan borang pencalonan khas yang dikeluarkan Suruhanjaya berserta satu ringkasan sepanjang dua hingga lima muka surat, yang memberi penerangan tentang sumbangan calon, khususnya dalam menggunapakai prinsip hak asasi manusia semasa melaksanakan tugasan harian dan/atau semasa pembangunan dan/atau perlaksanaan dasar, peratudan, program dan perkhidmatan kerajaan. Pencalonan juga hendaklan menyertakan salinan bahan-bahan yang membuktikan sumbangan calon dalam bidang berkenaan.

(3)

3 E. Anugerah Entiti Perniagaan

Anugerah Entiti Perniagaan diberikan kepada syarikat perniagaan yang telah mempamerkan amalan terbaik hak asasi manusia dalam penyampaian perkhidmatan dan pengendalian perniagaan.

Keperluan pencalonan: Pencalonan dibuat menggunakan borang pencalonan khas yang dikeluarkan Suruhanjaya berserta satu ringkasan sepanjang dua hingga lima muka surat, yang memberi penerangan tentang sumbangan calon, khsusunya dalam menggunapakai prinsp-prinsip hak asasi manusia semasa menyampaikan perkhidmatan dan mengendalikan perniagaan. Pencalonan juga hendaklan menyertakan salinan bahan-bahan yang membuktikan sumbangan calon dalam bidang berkenaan.

GARIS PANDUAN PENCALONAN

Semua pencalonan hendaklah mematuhi garispanduan berikut:

i. Pencalonan adalah terbuka kepada semua individu, organisasi, agensi-agensi Kerajaan (Persekutuan, Negeri dan Kerajaan Tempatan), badan-badan berkanun dan entiti perniagaan Malaysia;

ii. Penerima Anugerah Hak Asasi Manusia sebelum ini hanya layak untuk pencalonan semula selepas tiga tahun;

iii. Pencalonan hendaklah dikemukakan menggunakan borang pencalonan khas yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya, berserta ringkasan (dua hingga lima muka surat) dan semua dokumen/bahan sokongan yang membuktikan sumbangan calon seperti yang dinyatakan bawah setiap Kategori Anugerah;

iv. Ringkasan tersebut perlulah menyertakan maklumat berikut:

 Latar belakang calon;

 Penerangan dan fakta khusus mengenai sumbangan calon;

 Cabaran atau pengorbanan peribadi atau risiko yang telah dihadapi oleh calon dalam usaha untuk menyumang kepada hak asasi manusia; dan

 Impak utama dan keberhasilan yang nyata susulan sumbangan yang diberikan oleh calon.

v. Dokumen dan/atau bahan sokongan yang membuktikan sumbangan calon untuk diserahkan kepada Suruhanjaya boleh merangkumi artikel yang telah diterbit, gambar, klip video serta lain-lain bahan bertulis dan audio-visual yang mempersembahkan maklumat latar belakang dan sumbangan calon terhadap hak asasi manusia;

(4)

4

vi. Suruhanjaya boleh meminta dokumentasi atau bahan sokongan tambahan daripada pencalon. Kegagalan untuk memberi maklum balas berkaitan mengikut masa yang ditetapkan boleh menjejaskan pertimbangan penuh Suruhanjaya ke atas pencalonan;

vii. Ringkasan dan dokumen sokongan yang dihantar bersama pencalonan boleh dibuat samada dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris dan dihantar terus melalui emel atau pos kepada Suruhanjaya ke alamat berikut:

Alamat Surat-Menyurat:

Human Rights Award 2016,

Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM), Level 11, Menara TH Perdana,

Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur Alamat e-mel:

hra2016@suhakam.org.my

viii. Atas dasar budi bahasa, pencalon haruslah memaklumkan kepada pihak yang dicalonkan mengenai pencalonan tersebut untuk maksud Anugerah Hak Asasi Manusia;

ix. Calon mestilah telah menunjukkan penglibatan yang cemerlang dan berterusan dalam mempromosi dan melindungi hak asasi manusia di kalangan masyarakat atau kumpulan tertentu di Malaysia dalam tempoh dua atau tiga tahun yang lalu, terutamanya, tetapi tidak secara eksklusif, sehingga 15 Jun 2015, sekurang-kurangnya dalam salah satu daripada bidang-bidang berikut:

 Membela hak-hak kumpulan rentan, termasuk Orang Asli/Orang Asal, orang kurang upaya, wanita, kanak-kanak, pelarian dan pencari suaka;  Menjalankan usaha berterusan untuk meningkatkan kesedaran hak asasi

manusia di kalangan pelbagai pihak berkepentingan terutamanya komuniti di peringkat akar umbi;

 Menggalakkan kesaksamaan serta menghapuskan diskriminasi atau pelanggaran hak asasi manusia;

 Memberi sokongan berterusan dan bantuan kepada mangsa-mangsa pencabulan hak asasi manusia;

(5)

5

 Menggalakkan keharmonian yang lebih baik di kalangan masyarakat berbeza kaum atau asal-usul etnik, agama, jantina, umur, atau perbezaan lain di Malaysia;

 Melaksanakan pendekatan hak asasi manusia semasa menjalankan aktiviti perniagaan atau dalam tugasan badan/agensi Kerajaan melalui reformasi yang sesuai bagi menambahbaik akauntabiliti, ketelusan, akses dan penyertaan awam.

x. Jika tiada calon yang sesuai untuk mana-mana kategori, tiada penganugerahan akan diberikan untuk kategori berkenaan.

KRITERIA PEMILIHAN

Panel Pemilihan akan mengambil kira beberapa kriteria pencalonan seperti berikut:

i. Impak kerja atau sumbangan calon dalam meningkatkan kefahaman dan rasa hormat terhadap hak asasi manusia di kalangan masyarakat;

ii. Impak kerja atau sumbangan calon dalam menghapuskan ketidakadilan sosial serta sikap dan amalan diskriminasi;

iii. Impak kerja calon dalam mempromosikan pemantauan dan mekanisme laporan yang lebih baik terhadap pencabulan hak asasi manusia;

iv. Impak kerja calon dalam mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk menikmati hak asasi manusia dan pembangunan mapan;

v. Jangkamasa dan sumber yang digunakan oleh calon untuk menyumbang kearah hak asasi manusia di Malaysia;

vi. Risiko yang dihadapi dan/atau pengorbanan yang dialami oleh calon untuk mengukuhkan hak asasi manusia di Malaysia;

vii.Tahap keberkesanan pendekatan yang digunakan oleh calon untuk menepati keperluan dan hak masyarakat.

(6)

6 HADIAH

i. Anugerah Individu:

(Penerima akan menerima RM2,000.00 + plak + sijil)

ii. Anugerah Kumpulan/Organisasi (Berdaftar bukan atas dasar keuntungan dan Kumpulan advokasi tidak berdaftar):

(Penerima akan menerima RM2,000.00 + plak + sijil) iii. Anugerah Media (Atas talian, cetak dan penyiaran):

(Penerima akan menerima RM2,000.00 + plak + sijil)

iv. Anugerah Agensi Kerajaan (Agensi Kerajaan/Badan berkanun): (Penerima akan menerima RM2,000.00 + plak + sijil)

v. Anugerah Entiti Perniagaan (Entiti perniagaan): (Penerima akan menerima RM2,000.00 + plak + sijil)

TARIKH TUTUP

Semua pencalonan mestilah dihantar kepada Suruhanjaya sebelum atau pada 5.00 petang, Khamis, 30 Jun 2016. Pencalonan yang lewat tidak akan dilayan oleh

Suruhanjaya.

PENGUMUMAN PEMENANG

(7)

7

ANUGERAH HAK ASASI MANUSIA 2016

SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA MALAYSIA

A. MAKLUMAT CALON

Kategori Anugerah: Anugerah Individu

Augerah Organisasi/Kumpulan (sila bulatkan):

Organisasi berdaftar bukan berdasarkan keuntungan/ Kumpulan advokasi tidak berdaftar

Anugerah Media (sila bulatkan): Media cetak/atas talian/penyiaran

Anugerah Agensi Kerajaan (sila bulatkan): Agensi Kerajaan/Badan Berkanun

Anugerah Entiti Perniagaan (sila bulatkan): Syarikat berkaitan Kerajaan/Syarikat Swasta

Nama Individu/Organisasi/Agensi: _____________________________________________________ (Sekiranya organisasi, nama wakil untuk dihubungi): ___________________________________ ______________________________________________________________________________________ Tarikh Lahir: ______________________ Jantina:  Perempuan  Lelaki Alamat: ______________________________________________________________________________ ______________________________________________________________________________________ No. Telefon: ____________________________ E-mel: __________________________________

(8)

8

B. PENCALON (Sekiranya calon dicalonkan oleh orang lain)

Nama: ________________________________________________________ Jawatan/Organisasi: ________________________________________________________ ________________________________________________________ Alamat Organisasi: ________________________________________________________ ________________________________________________________ ________________________________________________________ No. Telefon:: ________________________ E-mel: ________________________________ Adakah calon dimaklumkan tentang pencalonan ini?:  Ya  Tidak

DEKLARASI

Saya mengaku bahawa saya telah membaca dan memahami maklumat serta keperluan berkenaan Anugerah Hak Asasi Manusia 2015 yang tertera di atas.

Saya mengaku bahawa kandungan pencalonan saya adalah benar dan betul.

Dengan ini, saya lampirkan ringkasan (dua hingga lima muka surat) yang memberi penerangan tentang sumbangan calon/saya dalam bidang hak asasi manusia bagi kategori Anugerah yang berkenaan serta segala dokumen sokongan/bukti sebagaimana yang dikehendaki oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia.

Saya bersedia untuk dihubungi oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia untuk sebarang penjelasan mengenai pencalonan ini.

Tandatangan: _________________________ Tarikh: __________________________________ Semua pencalonan perlu dihantar sebelum atau pada

5pm, Khamis, 30 Jun 2016 kepada: Human Rights Award 2016

Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) Level 11, Menara TH Perdana

Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur Email: hra2016@suhakam.org.my

Hubungi:

Pn. Rafidah Yahya (03-2612 5645); En. Mohd. Ariff Saifullah (03-2612 5698); En. Muhammad Fikri Ramli (03-2612 5686); Pn. Nor Hafizah Aziz (03-2612 5618)

Referensi

Dokumen terkait

dimana : ITP overlay = ITP kebutuhan – ITP eksisting ao = koefisien kekuatan relatif bahan yang digunakan untuk overlay ITP kebutuhan dihitung berdasarkan perhitungan kebutuhan

Usaha Menengah merupakan usaha pada ekonomi produktif yang dilakukan secara individua atau badan usaha yang berdiri sendiri dalam arti bukan merupakan cabang suatu perusahaan

Ringan dan mudah untuk ditangani, belt conveyor Siegling Transilon dan belt modular Siegling Prolink mengganti belt karet berat konvensional dalam semua jenis belt pekerja dan

Bahwa benar pada hari Selasa tanggal 22 Pebruari 2011 setelah 2 (dua) bulan lamanya mobil Xenia warna hitam tersebut belum juga di kembalikan oleh Terdakwa kemudian Saksi-1

Atas dasar pemikiran tersebut, maka penulis tertarik untuk mengadakan penelitian tentang kenaikan jumlah nilai impor migas Indonesia dengan mengambil judul mengenai

[r]

Tujuan: Mengetahui manfaat metode Motor Relearning Programme (MRP) dapat membantu meningkatkan keseimbangan, meningkatkan fungsi motorik sisi lesi dan aktifitas

Diberikannya kebebasan oleh Spanyol kepada Rusia untuk turut serta mengembangkan sektor wisatanya yang dirancang dalam kerengka kerja strategic partnership tersebut juga merupakan