• Tidak ada hasil yang ditemukan

Menerjah Ke Lubuk Hati - full novel

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Menerjah Ke Lubuk Hati - full novel"

Copied!
413
0
0

Teks penuh

(1)

Prolog

Zarin adalah anak tunggal kepada Allahyarhamah Aznina bersama Allahyarham Hamdi. Dia yang tinggal bersama opahnya, Hajah Seri sering tertanya - tanya siapakah ahli keluarga sebelah ibunya. Semenjak kecil lagi tiada seorang pun yang menceritakan perihal itu. Apabila di soal, semuanya akan membisu termasuklah Opah. Surat yang diterimanya dari Kuala Lumpur membuatkan Opah termenung seketika dan dia mengangguk sendiri. Ya.. sudah tiba masanya...

Zarin perlu tahu siapa keluarga ibunya yang hanya dirahsiakan selama ini. Kereta besar yang menjalar memasuki halaman rumah Opah di pandang kagum. Kaya benar ke?..

Kucupan bertalu – talu hinggap ke pipi Opah yang sudah pun berkedut. Dia tahu perasaan rindu akan menekan emosinya nanti. Wanita tua itulah yang menjaganya sejak dari kecil lagi.Meninggalkan opah sendirian dirasakan seperti keputusan yang tidak wajar. Bagaimana kalau Opah demam?.. atau rindukan aku?.. Zarin mula berkira – kira.

“Kuat semangat dan jangan lupa tinggal solat. Ingat, kekuatan ada pada setiap sujud kita kepada Allah” pesan Hajah Seri.

Ada titik jernih yang mengalir mngiringinya pergi ketika itu. Hilang sahaja kereta mewah itu dari pandangan mata, air mata Opah mula mengalir.

(2)

BAB 1

Buat pertama kalinya Zarin menjejakkan kakinya ke dalam sebuah rumah bak istana yang tersergam indah... baginya!. Iyalah bagi Zarin yang selama ini duduk di rumah kayu

kepunyaan Opahnya itu, rumah ini cukup membuatkan matanya sedikit terbeliak. Itu belum lagi mulut yang asyik ternganga. Bukannya tak nak katup tetapi tidak boleh. Nampak?.. betapa dia mengkaguminya.

Poyolah aku ni.. jangan poyo sangat Zarin oii... bukannya rumah awak!!... Zarin bermonolog sambil tersengih. Memang menjadi tabiatnya suka sangat berangan. Dia cuba meneliti lagi...

Tanpa riuh kanak - kanak. Tanpa riuh kicauan burung. Segalanya sepi. Mata Zarin menerjah segenap ruang. Mewah tetapi suram. Nak kata disebabkan cat tidak juga . Hampir tiga jenis warna yang dicat di dinding ruang tamu rumah itu. Tapi baginya yang dianggap

kekampungan ini, warna ungu gelap itu mencacatkan penampilan kesuluruhan ruang tamu itu. Pandai tak aku?. Huh... kalaulah Opah dengar hati ni, mahu sedas dua mulut ditembak!.

Segalanya sepi seolah - olah tidak berpenghuni. Beg sandang yang terletak di sebelah paha kirinya itu dipegang kuat. Zarin kira sofa ini mahal harganya. Diperbuat daripada kulit bewarna hitam. Bunyi tapak kaki seseorang menyentap lamunannya. Kacau saja.. baru nak berangan jadi ratu sekejap. Siapalah insan yang sedikit menyibuk tu?..

"Cik mahu minum apa ya?," pembantu rumah berusia kira - kira 40 tahun lebih itu menyoal Zarin dengan senyuman manis. Ramah nampak gayanya. Zarin memang cukup senang dengan mereka yang ramah tamah dengannya. Boleh mengeratkan tali persauadaraan, fikirnya!.

(3)

"Apa sahaja," jawab Zarin ringkas. Kalau minta air kelapa laut Afrika macamlah boleh dapat.

Tidak ada yang perlu dia pinta.

“Siapalah aku ni nak minta macam - macam?... mahu di layan bagai puteri di dalam sebuah istana yang terlalu mewah buatku.” Bisiknya sendiri.

Hujan sebentar tadi membuatkan rambut Zarin basah kuyup.

Penat saja aku bergaya sakan tadi. Alih – alih penyek begitu sahaja jambul ala artis k- pop yang Opah benci sangat tu.. masih sempat merungut. Sesekali disentuhnya rambut yang sudah rupa seperti mak lampir itu. Dia gelak sendiri.

Zarin mula teringat akan leteran Opahnya. Katanya dia tidak akan memaafkan dirinya kalau tunjukkan betis dan paha di khalayak ramai seperti artis – artis korea yang selalu di tontonnya di kaca televisyen. Ketawa besar Zarin mendengarnya. Mungkin Opah lupa pada peta harta karun yang ada di paha Zarin agaknya. Kalau dia pakai seluar sependek itu, mahu tergolek Opah dibuatnya.

Zarin memandang kopi panas yang baru saja dihidangkan.

“Dia cantik seperti Nani” bisik Mak Jah yang sudah lama menjaga rumah itu. Kedatangan Zarin di rumah itu memang ditunggu – tunggunya.

“Kalaulah pembantu rumah tadi memberi aku air sejuk mahu beku lidahku di buatnya. Cuaca sejuk begini memang lebih baik di hidangkan secawan kopi panas. Ah! mengarut sahaja aku ini...pasal kopi pun nak sibuk!.” Bisik Zarin perlahan. Dia kira Mak Jah tidak mendengarnya.

(4)

“Kenapa makcik gelak?” soal Zarin.

“Makcik ada kenal seorang lagi perempaun yang suka membebel seorang diri” sengih Mak Jah.

“Siapa?” soal Zarin.

Mak Jah hanya tersenyum manis dan terus masuk ke dalam dapur semula.

Tiba sampai dua minit Mak Jah meninggalkan Zarin, dia datang semula mendapatkan gadis berusia 21 tahun itu dengan senyuman yang sentiasa terukir.

"Puan Sri telefon, katanya dia akan pulang lewat. Cik Zarin diminta berehat di dalam bilik tetamu sehingga beliau balik," terang Mak Jah

“Alah... tak payah cik cik lah makcik... kita geng! Panggil Zarin je... baru mesra alam!” Zarin tersengih.

“Ya.. mesra alam flora.” Balas Mak Jah. Zarin terdiam. Tak lawak ke ayat aku tadi...

Teringin benar dia mahu melihat wajah wanita yang bersungguh – sungguh mahu dia datang berjumpa dengannya. Opah juga turut sama mendesak.

Zarin menghirup kopi panas itu perlahan – lahan . Agak manis. mungkin orang kaya ni suka makan manis - manis.Banyak duitlah katakan. Hampir 20 minit Zarin duduk terperap di situ. Punggungnya mulai rasa panas. Bosan dan takut. Semuanya bercampur baur. Bagaimanalah agaknya Puan Sri Norma itu. Garangkah dia?. Cantikkah dia?....Zarin masih memikirkannya tidak henti – henti. Macamlah penting sangat!.

(5)

“Zarin bolehlah berehat di atas," pelawa Mak Jah. Zarin hanya menurutinya tanpa sebarang bantahan. Pintu bilik bewarna putih itu dikuak perlahan. Maklumlah rumah orang, bimbang juga kalau terkopak atau apa. Tak logik langsung!. Tapi satu yang Zarin perasan. Mak Jah yang sentiasa merenung dan bibirnya pasti akan mengukir senyuman. Cantik kot aku ni..sengih Zarin.

Susun atur perabotnya cukup kemas. Cat bilik bewarna biru laut itu amat mendamaikan. Sejuk mata memandang. Sebuah katil lama bercadarkan cadar kuning cair itu di letak bersebelahan dengan tingkap bilik. Zarin meletakkan beg pakaian di atas meja dan mula melabuhkan punggungnya di atas katil. Empuk!.

Zarin tersenyum sendiri. kalaulah katilnya di kampung sebegini, tentu Opahnya akan terjerit - jerit hingga anak tekaknya tercabut mengejutkannya dari lena. Mata Zarin mula rasa layu. Dia bersandar di hujung katil dan dia .. tertidur.

Puan Sri Norma masuk ke dalam rumah. Dia terus mendapatkan Mak Jah yang sedang mengemas dapur yang sedikit kotor itu.

“Dia ada di mana Jah?” soal Puan Sri Norma.

“Di atas Puan Sri” jawab Mak Jah. Puan Sri Normah mengangguk dan terus naik ke atas. Dia perlu bertemu dengan gadis yang tidak pernah di lihatnya dengan mata kepalanya sendiri.

Dadanya juga sedikit berdebar – debar. Pintu bilik dikuak perlahan. Kelihatan Zarin sedang tidur mengiring membelakanginya. Kakinya menuju ke arah tingkap. Dia mengintai wajah Zarin.

(6)

Puan Sri Normah terduduk di bangku solek.

“Wajahnya persis Nina!” Puan Sri Norma menekup mulutnya. Dia gagahkan diri untuk bangun menghampiri Zarin.

Entah berapa lama Zarin tertidur dia pun tidak tahu. Sedar - sedar sahaja , sesusuk tubuh menghampirinya dengan senyuman yang nampak ikhlas pada pandangan matanya. Ikhlas atau tidak empunya badan... dia sendiri yang tahu.. Cantik dan mempesonakan.... itu komen Zarin.

Mungkinkan dia Puan Sri Norma?. Senyumannya menghilangkan getar di hati Zarin. Sekelip mata rasa bimbangnya hilang. Dia kelihatan sangat baik. Sangat menyenangkan... Zarin mula mengerahkan otaknya untuk mencari apa sahaja kemungkinan mengenai wanita anggun di hadapannya itu.

"Maafkan maklong ya?.Zarin terpaksa menunggu lama," ujarnya memulakan bicara.

Mak long?. Setahu Zarin arwah ibu dan ayahnya tiada saudara yang lain. Dia mula keliru. Kepalanya di usap perlahan. Air matanya Puan Sri Norma bergenang.

Alamak... takkan aku tidur pun dia nak menangis?... tak faham aku!. Zarin menggaru – garu kepalanya.

(7)

Puan Sri Norma membuka pintu almari bersebelahan dengan pintu bilik. Dikeluarkannya sekeping foto lama. Zarin hanya menanti di situ. Dia kembali ke arah Zarin dan

menghulurkan foto lama tersebut kepadanya. Zarin mengambilnya.Dia lihat akan wajah ibunya sewaktu muda dan di sebelahnya pula seorang wanita dan wajahnya seiras Puan Sri Normah. Zarin mendongak. Menanti jawapan daripadanya.

"Maklong kakak kepada ibu Zarin, Nina!. Satu - satunya kakak ibu Zarin,". Terang Puan Sri Norma. Dia harap benar anak buahnya itu boleh menerima setiap patah bicara yang

dikeluarkannya tadi.

Zarin masih mahu mendengar. Dia ketepikan segala kebingungan yang menerjah. Zarin mengangguk. Keliru dan tidak pasti. Dia tidak perlukan sebarang emosi untuk menerima segala yang keluar dari mulut Puan Sri Norma kerana sememangnya perlu mendengar segala - galanya. Harus!!.

"Sekarang bukan masanya untuk Maklong ungkitkan segala kisah pahit. Cukuplah hanya ini yang Zarin perlu tahu. Maklong mahu Zarin tinggal bersama Maklong dan anak Maklong Fareez selama yang boleh. Maklong akan pujuk Opah Zarin agar tingggal bersama kita," kata Puan Sri Norma.

Matanya masih ditakungi air. Zarin kira air mata itu sudah lama dipendam. Dia tahu akan Puan Sri Norma dan sudah tentu dia mengenali opahnya yang telah membesarkannya selama 21 tahun sepanjang kehidupannya. Aku tahu semuanya tetapi Fareez?. Ah!.. biar masa yang mengawal segalanya... Zarin mula berkata – kata.

(8)

BAB 2

Zarin memang bosan duduk di rumah tanpa berbuat apa – apa. Dia naik turun tangga hampir sepuluh kali. Boleh hilang semua lemak di badannya. Mak Jah menggeleng kepala.

“Marathon tangga ke?” soal Mak Jah. Zarin menoleh.

“Jomlah.. kita bermarathon bersama. Siapa yang pengsan dulu dia menang” jawab Zarin. Dia ketawa kecil. Mak Jah gelak. Dia juga suka bergurau seperti Nina. Dia mengingatkan aku kepada kau, sahabatku..

Air mata yang hampir mengalir membuatkan Mak Jah cepat – cepat masuk ke dapur semula. Bimbang jika dilihat Zarin yang sememangnya rajin bertanya.

Zarin keluar dan berdiri di pintu pagar. Dia termenung. Rumah besar tapi membosankan!. Kalau di kampung ni dah lama aku terjun sungai dengan Tina...

Serta merta ingatannya terhadap sahabat baik yang kelam kabut itu menerpa.

Telefon di rumah berdering. Cepat – cepat Zarin berlari untuk mengangkatnya. Mak Jah turut sama melakukan benda yang sama.

“Biar Zarin angkat. Mana tahu ada orang salah nombor, boleh layan” kata Zarin selamba. Mak Jah mengangguk. Itu tak ikut kau Nina.. dia lebih nakal dan lebih berani, gelak Mak Jah.

“Halluuuuuu.. ini kedai karpet ahmad tutulu. Mahu cakap sama siapa?” Zarin membesarkan suaranya. Talian di matikan. Zarin mengeluh. Dia meletak semula ganggang. Teleon

(9)

“Hallo!!!.. ini warung apek. Mahu order air ka?. Air sini sedap maaaa” kali ini dikecilkan pula suaranya. Mak Jah gelak besar di dapur. Dia meletak semula ganggang telefon setelah buat kali kedua dimatikan oleh pemanggil tersebut.

Telefon bordering lagi. Zarin mengangkatnya lagi. Belum sempat dia bersuara, lelaki di talian itu sudah pun memulakan kata.

“Panggil Mak Jah”

“Amboi.. garangnya cik abang ni!. Belum makan ya?” usik Zarin. Mak Jah mengelap tangannya dan menghampiri Zarin. Dia meminta ganggang daripada Zarin tetapi di tahan.

“Kenapa?. Suara saya tak sedap ke sampai tak nak dengar?” Zarin sedikit angin.

“Memang tak sedap. Berdarah telinga ni. Siapa keluar cacing lagi!”

“Dengar sini.... saya ni penyanyi tau! Setakat Britney spears dah kertu tu, sekali jentik masuk lubang! Hahahhahaha” gelak Zarin. Mak Jah terus merampasnya.

“Ya Fareez... “

“Tak apalah, selalu sangat Fareez belikan Mak Jah barang. Janji Fareez balik dengan selamat sudah. Tapi kalau nak beli warna hijau pucuk pisang pun ok” Mak Jah tersengih – sengih. Zarin menelan air liur. Fareez?. Macam pernah ku dengar nama itu!!!.

(10)

“Menjawab lah kau!” kata Mak Jah.

Zarin duduk diam sambil memikirkan apa yang akan berlaku sebaik sahaja Fareez pulang dari Dubai.

“Alahai... kenapalah mesti wujud nama jantan ni dalan hidup aku?” jerit Zarin.

“Ha! Siapalah suruh gatal – gatal nak menggatal dalam telefon!!” jerit Mak Jah dari dapur. Zarin mencebik. Perlahan – lahan dia mengatur langkah menuju ke dapur.

“Mak Jah” panggil Zarin.

“Apa?”

“Fareez tu macam mana orangnya?. Garang tak?” soal Zarin.

Fareez tu gemuk, botak dan jerawat kat pipi penuh. Sebelah mukanya ada tanda peta. Dia garang sangat” jawab Mak Jah dengan muka ala ala jujur.

“Ye ke?” Zarin sedikit curiga. Mak Jah meletak senduk ke dalam kuali. Di pegangnya kedua – dua belah bahu Zarin.

“Look at me!” kata Mak Jah. Perghhhhh...

“Mata ini menipu ke?. Orang yang menipu takkan dapat menentang mata ketika berkata – kata” bersungguh – sungguh benar Mak Jah.

(11)

BAB 3

Sudah lima hari Zarin tinggal bersama Puan Sri Norma, namun bibirnya masih berat untuk bertanyakan itu dan ini lebih – lebih lagi perihal anak lelakinya, Fareez. Malu juga dia kalau Puan Sri Norma syak apa - apa. Macam tak percaya pun ada dengan penerangan yang Mak Jah berikan tempoh hari. Dia kan perempuan jadi kenalah jaga sikit tingkahlaku. Puan Sri Norma memang baik. Makan minum Zarin dijaga dengan baik. Zarin faham mengapa Opah beriya - iya benar menyuruhnya tinggal bersama Puan Sri Norma.

Mungkin Opah mahu mengikat kembali tali silaturrahim antara aku dan kakak kandung ibuku yang sudah lama terputus tanpa dia tahu sebab musababnya. Opah sememangnya seorang muslim yang baik. Dia tidak suka apa yang di benci oleh Allah. Itu yang membuatkannya lebih menghormati Opah... itu apa yang Zarin fikirkan.

Sebuah teksi berhenti di hadapan rumah Puan Sri Norma. Kelihatan seorang lelaki sedang keluar dari teksi itu. Bagasi di keluarkan dari bonet kereta. Zarin mencuit Mak Jah.

“Siapa tu?”

“Dia jual insurans nyawa.” Jawab Mak Jah.

“Kalau dia tanya Mak Jah kata Mak Jah tak nak beli tau. Mak Jah tak mahu beli insurans dari dia. Lagipun dia nak Mak Jah jadi mak ikan dia” adu Mak Jah dan terus berlari masuk ke dalam rumah. Puan Sri Norma masih di atas.

(12)

Hmm... kacak – kacak juga penjual insurans di KL ni.. sengih Zarin.

“Tolong bukakan pintu. Saya tak bawa kunci”

“Amboi mak aih!.. sesedap rasa nak masuk rumah orang” Zarin bercekak pinggang.

“Saya ni Fareez. Saya nak masuk. Penatlah macam ni, panggil Mak Jah” arah Fareez.

“Hoi! Jangan nak tipu ya! Fareez tu gemuk!”

Fareez memegang perutnya.

“Botak!”

Fareez memegang pula kepalanya. Bila masa pula aku botak segala ni?.. Fareez menggeleng kepala.

“Awak ni mesti Zarin kan?” soal Fareez.

“Huh!.. orang jual insurans ni mesti suka nak skodeng identiti orang kan?. Ha.. kau ni mesti macam jenayah siber kat berita tu” Zarin mengerutkan hidungnya. Dia mengangguk – angguk. Seolah – olah amat yakin dengan kata – katanya sebentar tadi.

“Bukalah.. penatlah!” rayu Fareez.

“Dah pergi balik. Nanti tuan rumah ni nak balik. Kalau kau kat sini nanti dia ingat aku ni menggatal dengan lelaki jual insurans” bisik Zarin.

(13)

Fareez duduk di tembok.

“Anak mama!!” jerit Puan Sri Norma. Zarin menelan air liur. Dia pucat lesi. Setelah pintu pagar terbuka, Fareez terus melintasinya dengan jelingan yang tajam.

“Kenapa duduk luar?” soalan Puan Sri Norma itu di jawab dengan ekor mata yang masih memandang Zarin.

“Ada inspektor nak tangkap penjual insurans. Ada orang kata Fareez buncit dan botak mama!” perli Fareez. Zarin tunduk. Tangannya berpura – pura mencabut benang di bajunya. Fareez terus masuk ke dalam bersama – sama Puan Sri Norma.

Ye la... salah aku.. nanti!!! Bukan salah aku tapi salah Mak Jah!!!... Zarin menumbuk telapak tangan kirinya sendiri.

Zarin hanya duduk di luar bersama Mak Jah. Dia sengaja tersengih - sengih memandang Zarin. Nampak benar Zarin agak tidak selesa. Zarin mencebik. Marah betul pada Mak jah. Malu benar dia tadi.

"Burung yang di intai tak masuk sarang ya?," soal Mak Jah sambil tersenyum.

"Burung bandar ni mana tahu masuk sarang. Burung kat sini masuk hotel," jawab Zarin kembali. Mak Jah ketawa terkekeh - kekeh.

Pandai pula budak ni menjawab!... masih tersengih memandang Zarin.

Geram pula Zarin di buatnya. Macam tahu - tahu sahaja dia memerhatikan Si Fareez tu. Mata macam CCTV!

(14)

"Nama tuan tadi Fareez. Anak Puan Sri. Kacak ya. Jangan kacau tau, dia milik istimewa Mak Jah," sambung Mak Jah lagi. Dia sangat tahu apa yang di fikirkan oleh Zarin tadi. Siapa yang tak terpikat pada anak tiri Puan Sri Norma tu!

Cehhhh... ada hati pula Mak Jah ni. Nak termuntah Zarin rasa. Dia tersenyum tawar dan terus berlalu. Sengaja Zarin ke ruang tamu. Mahu melihat wajah Fareez dengan lebih dekat.

Uishhh... kacak nya!!. Ni kalau duduk sebelah aku ni, mahu terlekat aku kat bangku tu..kenapa kau ni Zarin oiiiiI!!!!!!...

Fareez mengerutkan keningnya.

“Apahal pula budak ni, sampai terjojol mata tengok aku ni? Tadi bukan main berlagak lagi!”.. bisik Fareez. Dia mengecilkan matanya. Zarin sengih.

"Zarin. Mari sini," panggil Puan Sri Norma. Zarin menghampiri mereka berdua. Yang pasti tiba – tiba dia boleh pula buat muka tak faham apa – apa. Itu belum lagi muka perempuan suci lagi murni..

Zarin duduk di sebelah Puan Sri Norma. Cuba mengawal pergerakan agar kelihatan seayu yang boleh...konon-kononnya!

“Ayu sangatlah!” kata Fareez perlahan. Mahu tergelak pun ada. Terkiput –kiput kaki Si Zarin ni.

"Ini Fareez, anak Maklong. kalau senang – senang Zarin berbual dengan Abang Fareez, ya. Abang Fareez baru pulang dari Dubai. ada kerja di sana," terang Puan Sri Norma panjang lebar.

(15)

Zarin curi - curi melihat Fareez. Dia senyum ala seniwati Saadiah. Terserdak Fareez dibuatnya.

Balik Dubai?.Lantaklah dia pergi mana, asalkan dia balik!.Kulitnya kuning langsat. Tidak terlalu putih dan tidak gelap. Bibirnya cantik. Tidak lebam. Matanya tidak besar dan tidak juga sepet. Apapun, dia sememangnya kacak... mata Zarin kuyu memandang Fareez.

"Apa khabar abang?," sapa Zarin.

Fareez hanya memandang kosong dan tiada jawapan yang keluar dar mulutnya. Dia terus naik ke atas. Puan Sri Normah menggosok bahu Zarin. Seolah - olah memujuknya. Zarin malu. Bukan saja malu... tapi tersangat malu apabila tak dilayan seperti tadi. Eleh.. ingat kacak sangat dengan tali leher ungu dia tu!. Aku jerut lepss tu gantung atas kipas baru tahu. Memang orang dalam rumah ni suka warna ungu agaknya!.

Dollah di kampungku itu juga kacak tetapi tidak sombong seperti ini. Aku mula meluat dengan lelaki sombong sepertinya. Zarin masih lagi duduk di sofa. Mak Jah ketawa lagi. Dia menghampiri Zarin

Bahagia sangat ketawakan aku ya? ... Zarin membebel dan terus membebel.

"Kan Mak Jah dah cakap. Mak Jah ni je yang Fareez sayang. Citarasa Fareez yang comel - comel macam Mak Jah ni," usik Mak Jah lagi.

"Suka hati Mak Jah lah. Ye lah, Mak Jah saja yang comel lagi cute..," jawab Zarin ringkas dan terus ke dapur untuk membantu pembantu rumah perasan itu memasak.

Memang Puan Sri Norma tidak benarkan Zarin melakukan sebarang kerja tetapi sebagai anak buahnya, elok jika dia menyesuaikan diri di dalam rumah itu sehingga Opah pulang dari menunaikan umrah.

(16)

BAB 4

Setelah selesai menunaikan solat zohor, Puan Sri Norma mengajak Zarin dan Fareez ke butiknya di Damansara. Zarin hanya menurut. Fareez agak segak dengan jeans dan kemeja t putihnya. Tapi siapalah Zarin mahu memandang dia. Jangan kata pandang, kerling pun Zarin takut... bukan takut apa, takut malu lagi macam kelmarin.

Fareez melintasi Zarin tanpa menoleh walaupun sekali.

Kan aku dah kata!....Zarin mula rasa segan.

Seolah - olah mengganggu ketenteraman dan privasinya di rumah itu. Sepanjang jalan dia hanya menoleh ke luar tingkap. Tidak mahu memerhatikannya lagi. Meluat. Ye ke? Ataupun sebenarnya naik angau?.

Fareez sengaja mencuri pandang Zarin dari cermin atas kereta. Apabila Zarin terpandang, dia akan tersenyum nakal. Hati Zarin mula rasa seperti sedang bergendang lagu guna rabana tetapi memainkan lagu hip hop!!.

Puan Sri Norma memilih beberapa helai baju Zarin . Fareez sedang beramah mesra dengan pekerja - pekrja ibunya.Berbeza sekali ketika dia bersama Zarin yang hanya banyak

menyimpan perkataan di dalam mulutnya. Mahal saangat!!. . Zarin perasan juga sesekali dia mencuri pandang ke arahnya. Perasanlah pula...

Juling agaknya si Fareez ni, gerutu hati Zarin. Ketika membelek risalah butik tersebut Fareez menghampirinya. Hatinya sekali lagi mula berdebar - debar. Kepalanya mula terasa berat. Kaki dan tangan menggigil dan rasa bagai mahu pitam.

Fareez mengatur langkah dengan kemas menghampiri Zarin yang sedikit terlopong mulutnya. Mata pula kuyu semacam. Penghawa dingin rasanya bertukar menjadi menjadi penghawa

(17)

hangat. Semakin hampir.. semakin menggelabah. Cuba mahu lari tapi kakinya terpaku di lantai. Ketika ini, nak suruh Pak Karno kopek kaki pun dah tak sempat. Makin hampir... dia senyum....dan Zarin

Pengsan!.

Terasa namanya dipanggil berkali – kali. Zarin cuba membuka mata. Setelah beberapa ketika mata Zarin sudah pun terbuka luas. Wajah Puan Sri Norma dipandang tanpa sepatah kata.

“Kenapa pula budak ni mama?” soal Fareez.

“Entah?” Puan Sri Norma menggeleng kepala.

Zarin meninggikan pandangan mata. Fareez memeluk tubuh sambil menggelengkan kepalanya. Zarin bingkas bangun. Semua mata memandang ke arahnya.

“Kenapa pengsan?” soal Kay, pekerja Puan Sri Norma.

Apa yang boleh dia jawab?. Pengsan sebab tak dapat menahan rasa cinta yang membuak – buak terhadap lelaki yang tidak pernah mengeluarkan walau sepatah kata pun padanya?. Atau nak dia beritahu mereka yang tubuh nya memberikan tindakan refleks apabila Fareez

mendekatinya?... gila betul!!!

Dia sendiri sebenarnya sedikit pelik! Senang – sennag jatuh cnta dengan lelaki tak tahu asal usul ni!... melampau betul

(18)

Kenapa dia sengih saja?. Bukan ke sepatutnya sebagai seorang lelaki dia harus memangku aku yang sedang pengsan ini dan memegang pipi aku agar aku terjaga kembali?. Ini tidak, tersengih – sengih memandang aku yang sedang terbaring tadi. Kejam betul!... Zarin masih berkata – kata di dalam hati.

Zarin hanya membisu sementara menunggu Puan Sri Normah masuk ke dalam kereta.

“Ish.. panas sangat agaknya! Sampai dalam air cond pun orang boleh pengsan” kata Fareez. Zarin menelan air liur.

Zarin terpandangkan cermin kereta di sisi. Dia yang duduk betul – betul di belakang Fareez itu sudah tentu nampak semuanya!. Macam mengutuk Si Zarin dalam hati saja.

“Zarin kenapa?. Tak cukup tidur atau teruja melihat saya datang kepada awak tadi,". Fareez bersuara

Wah... dia bercakap dengan aku lah!!.. suka betul mendengar suara dia yang tenang tu tapi nanti kejap...dia kata aku teruja tengok dia datang ke arah aku?. Sudah melampau, tahap keperasanan lelaki ni!!. Kalau tahu pun tak payahlah nak ungkit – ungkit lagi. Jagalah maruah aku sebagai wanita ni tapi tak mengapa aku suka....

Usikannya itu sangat menyakitkan hati Zarin sebenarnya. Memang suka tetapi macam memalukan saja. Mahu tidak mahu Zarin hanya mampu menarik muka 14.

(19)

Bukan sekali dua Fareez tersengih tetapi hampir sepanjang perjalanan. Apabila dia menyedari akan pandangan Zarin terhadapnya melalui cermin sisi kereta, dengan sengaja dia akan tersengih – sengih. Malah senyumannya itu lebih melebar berbanding tadi. Tak guna!

*******************

Mak Jah masuk ke dalam kamar Zarin sambil membawa segelas susu. Bukan kebiasaannya untuk minum susu sebelum tidur. Ini perkara baru yang perlu Zarin lakukan. Menjadi rutin hariannya kini di rumah Puan Sri Norma. Bagilah ice blanded ke?.. milo ais ke?.. sedap juga!.

"Hmm... baru datang sudah pengsan. Kalau di cuit mahu histeria," kata - kata Mak Jah tidak Zarin pedulikan. Dia juga antara salah seorang yang manusia yang membuatkan hatinya bagai di hempuk - hempuk. Malu pagi tadi masih belum habis lagi, ni nak sambung ke malam pula..

"Asyik minum susu sahaja. Cubalah bagi Zarin minum sirap ke," rungutnya. Mak Jah mencebik.

" Ha.. Mak Jah ada susu sedap daripada ini,". Zarin memandangnya.

" Susu tikus rumah Pak Seman.. hahahha,". Berdekah - dekah Mak Jah ketawa.

Kadangkala sikap Mak Jah ini agak menghiburkan. Hilang kesunyian ketika Zarin berada di sini. Kadangkala juga kata – katanya itu menyakitkan hati Zarin. Lagi satu, Mak Jah ni budget cantik saja...

(20)

"Tak sangka Mak Jah minum susu tikus. Ya lah.... Zarin tahulah Pak Seman tukang kebun tu kekasih Mak Jah kan,". Zarin mencubit paha Mak Jah yang gebu. Dia ketawa lagi. Amboi, besarnya gelak. Ni memang sah – sah ada hati dengan Pak Seman ni!.

(21)

BAB 5

Zarin mengerutkan dahinya sambil tangannya menyiram pokok kari di tepi rumah. Seorang lelaki gempal dengan pakaian ala hip hop terjerit – jerit memanggil nama Fareez berkali – kali.

Tak ada adab betul! Cubalah bagi salam.. rungut Zarin.

“Encik!” panggil Zarin. Lelaki itu menoleh ke arah Zarin yang hanya berkain batik dan berbaju T.

“Ha... bibik, tolong panggilkan Fareez” arahnya.

“Nama siapa?.. nama?” Zarin mendongak beberapa kali. Matanya semakin mengecil.

“Nico” jawab Nico selamba dan kemudian menjengah lehernya ke sana ke mari.

“Islam?” aoal Zarin lagi. Nico seperti mahu naik angin.

“Habis tu? Banyak cakap pula” marah Nico.

“Tak tahu bagi salam ke?‟ Zarin bercekak pinggang.

“Hek eleh minah ni.. aku suruh Si Fareez tu pecat baru tahu!” mata Nico membulat tetapi Zarin juga turut sama membeliakkan biji matanya.

“Kau ni siapa sebenarnya?” Nico memerhatikan Zarin dari atas ke bawah. Cepat – cepat Zarin menutup dadanya. Nico mencebik.

(22)

“Cepatlah mana Fareez?” soal Nico. Topinya diterbalikan.

“Cari Fareez kan?”

“Iyalah.. takkan cari kau pula” jeling Nico.

“Dah tu.. pergilah tanya Fareez sendiri!” jawab Zarin. Getah papip dicampaknya ke bawah. Dia terus menutup paip air. Nico ternganga. Kereta Fareez yang baru masuk ke halaman rumah membuatkan sakit hati Nico itu bertukar menjadi teruja. Mungkin ada sesuatu yang mahu dia ceritakan. Nampak benar tak sabarnya!

“Siapa minah yang berlagak tu?” soal Nico.

“Zarin” jawab Fareez ringkas. Dia menutup pintu kereta.

“Bini?”

“Bila masa pula aku kahwin. Kalau aku kahwin takkanlah aku tak jemput kau!” jeling Fareez. Kelam kabut tak habis – habis.

“Aku nak tunjukkan gambar awek baru aku” Nico terus menarik tangan Fareez masuk ke dalam ruang tamu. Dia terus mengeluarkan telefon bimbitnya. Fareez memandang sebentar dan mengalihkan pandangannya kepada Nico yang masih tersengih – sengih.

“Berapa lama pula boleh kekal ni?” perli Fareez. Nico sengih.

“Ish... miskin benar!!” tiba – tiba Zarin menyampuk dari belakang. Bibirnya senget sedikit. Mencebik apabila melihat gambar yang baru Nico tunjukkan tadi. Nico agak berang.

(23)

“Ye la... tak ada duit beli kain. Nanti bagi kain batik saya.. bagi tutup sikit semua yang melambak keluar tu”sengih Zarin. Nico bingkas bangun. Kali ini dia bercekak pinggang.

“Melambak keluar?” soal Nico.

“Ye la.. macam perut awak tu” jawab Zarin. Fareez menahan tawa. Adakala ayat yang keluar dari mulut Zarini ini ada juga bisanya.

“Ish.. nasib baik kat rumah Fareez, kalau kat rumah aku ni, memang aku sental mulut kau” mara Nico.

“Amboi – amboi..sedap saja nak sental mulut orang. Dah keluar. Jangan daang sini lagi” halau Zarin. Hati Nico makin panas. Dia terus keluar dari situ. Fareez yang memanggilnya berkali – kali juga tidak diendahkannya.

“Zarin..” Fareez geleng kepala.

Zarin terus ke dapur. Padan muka kau jantan gemuk!!!...

**************

Suaranya ketawa boleh didengari sampai ke bilik Fareez. Suara Mak Jah juga boleh tahan kuat bunyinya. Fareez keluar dari biliknya. Pintu bilik Zarin yang terbuka sedikit itu membolehkan Fareez mengintai apa yang mereka buat.

(24)

Zarin ketawa lebih kuat dari tadi. Tangannya menekan – nekan perut sampai terlentang ke belakang. Fareez menggetap bibir. Apa yang lawak sangat tu!

“Ala kuci ..kuci..kuci” Zarin menggerakkan jari jemarinya. Mak Jah gelak.

“Ala comelnya.. kuci..kuci..” kata Zarin lagi.

Kuci...kuci... sesuka hati dia saja panggil aku begitu!. Geram Fareez.

“Comelnya gambar si Fareez tu lari telanjang! Kahkahkahkah!!” mereka berdua ketawa sakan.

Muka Fareez merah padam. Dia terus membuka pintu bilik Zarin seluas – luasnya. Dia memandang gambarnya yang sedang lari bertelanjang di dalam album. Zarin memandang wajahnya dan gambar lama itu silih berganti.

“Kahkahkahkaha!!!!!” ketawa Zarin lagi.

Fareez merampas album gambar itu dan terus membawanya keluar. Tak guna betul! Mak Jah ni tak boleh dipercayai sekarang ni!... gerutu hati Fareez.

Belum pun sempat Fareez masuk ke dalam biliknya, Zarin terus mengejarnya dari belakang.

“Fareez.. ini ada lagi satu gambar tuttt awak.. kahkhakhkha” Zarin menyerahkan gambar itu ke tangan Fareez. Dia tidak kira Fareez malu atau apa. Yang dia tahu, hatinya suka dan dia boleh ketawa sekuat hati.

(25)

BAB 6

“Nak ikut!” sengih Zarin. Fareez yang sedang memakai kasut sukan itu tidak

mengendahkannya. Sedikit pun wajah Zarin tidak di pandangnya. Zarin terus duduk di sebelah Fareez. Dia memandang sahaja tangan Fareez yang ligat megikat tali kasut sukan itu.

“Nak pergi mana?” masih menyoal.

“Cuci longkang” jawab Fareez seraya bangun sambil membetulkan bajunya. Dia mengerling sedikit.

“Main bola ke?‟ Zarin masih tidak mahu diam. Fareez mengeluarkan kunci keretanya dari kocek seluar. Malas mahu bercakap banyak dengan Zarin. Dahlah sibuk tengok gambar rahsia aku, sekarang nak ikut aku sana sini pul!... Boleh blah!!!

Fareez berjalan menghampiri keretanya. Tidak tahu kenapa tiba – tiba sahaja kunci kereta terjatuh dari genggaman tangannya. Zarin mengambil kesempatan itu sebaik mungkin.Kunci kereta Fareez disorok ke belakang badannya . Fareez getap bibir.

“Bak sini” minta Fareez. Sesekali dia memandang tepat ke dalam anak mata Zarin.

“Tak nak!. Bawalah saya sama. Bawa Mak Jah sekali pun boleh” rayu Zarin.

“Bak sini” masih menyebut perkataan yang sama.

“Tak nak!”

Fareez menghampiri Zarin. Direbutnya kunci keretanya dari genaggaman Zarin. Memang kuat!

(26)

Kuatlah pula budak ni!, rungut Fareez. Setelah genggaman tangannya hampir terbuka, Zarin berlari ke belakang. Dia ingat Fareez akan mengejarnya tetapi sangkaannya meleset sama sekali. Mendengar bunyi deruman enjin kereta membuatkan Zarin berlari semula ke hadapan.

Kakinya menendang dinding luar rumah. Fareez sudah pun pergi.

Zarin masuk ke dalam rumah dengan muka yang monyok.

“Manalah peregi kuncinya ni?. Takkan ada tikus kot” bebel Mak jah. Dia tertonggeng – tioneeg mencari kunci kereta milik Fareez.

“Cari apa tu?‟ soal Zarin.

“Tak.. Fareez suruh Mak Jah ketuk kepala tikus yang curi kunci kereta dia” Mak Jah menggaru – garu kepalanya. Kepala tikus?... tak guna! Dia panggil aku tikus....

“Nah.. ambil ni. Nenek tikus hantar tadi” kata Zarin. Dia naik ke atas. Apa yang dia boleh buat hanya membaca majalah, bermain game dan paling tidak pun berangan di dalam biliknya sendirian. Zarin menghempas tubuhnya ke atas katil.

“Zarin!!!” teriak Mak Jah dari bawah. Zarin yang sedang leka itu sedikit terperanjat. Dia turun ke bawah. Keningnya berkerut – kerut.

(27)

“Fareez tanya nak jalan – jalan tak petang ni?. Tapi kena bawa „sayang‟ dia sekali. Sebab dah lama dia tak bawa „sayang‟ dia tengok wayang sama – sama” pandang sahaja bibir Mak Jah yang tersengih – sengih itu Zarin sudah tahu siapa sayang yang di maksudkan oleh Mak jah itu tadi.

“Eleh.. macamlah Fareez nakkan sangat kat Mak Jah tu” cebik Zarin.

“Sikit pun jadilah!” gelak Mak Jah. Zarin berlari naik ke biliknya. Peluang sebegini tidak boleh dilepaskan.

Setelah menunggu Fareez hampir setengah jam, keretanya sudah pun sampai di hadapan rumah mereka. Mak Jah nampak vogue sekali dengan cermin mata hitam dan lipstick merah menyalanya. Fareez keluar dari keretanya.

“Wah... ini yang buat Fareez tak boleh tidur ni..” sengih Fareez. Zarin sengaja menyentuh pipi dan bibirnya. Mahu Fareez memujinya juga tetapi hampa!. Fareez buat tidak tahu. Mak Jah terus membuka pintu hadapan dan duduk dengan penuh gaya. Zarin mencebik.

Menyampah?. Jangan ceritalah,... sangat menyampah. Zarin hanya duduk di belakang dengan muka kelat.

Sesekali Fareez cuba mencuri pandang wajah Zarin yang masih monyok. Buat penat pakai lawa – lawa.. tiada pujian pun yang diterimanya. Fareez senyum.

“Nak tengok wayang dulu ke makan?” soal Fareez. Belum sempat Zarin menjawabnya, Mak Jah awal – awal lagi sudah mencelah.

“Mak Jah nak tengk wayang” jawabMak Jah sambil berjalan mendahului mereka mereka. berdua. Fareez sengaja mendekati Zarin.

(28)

“Saya suka lihat awak bila awak tersenyum seperti selalu. Rasa gembira saya hilang entah ke mana bila lihat awak muram begini” usik Fareez.

Senyuman mula terukir dan Zarin terus mencubit lengan Fareez.

“Mengada – ngada. Sengaja tak nak ajak saya ikut bersukan tadi” kata Zarin.

“Nico tak kasi bawa minah kampung sekali.. Minah yang berani kutuk dia habis – habisan”

“Siapa suruh dia begitu?” soal Zarin.

“Begitu apa?” Fareez masih menunggu jawapa dari mulut Zarin yang masih terkunci.

“Dia panggil saya bibik dan yang paling saya tak tahan tu, gaya hip hop dia!” jawab Zarin dengan jujur. Berderai tawa Fareez ketika itu dan Mak Jah yang sedang leka memerhati itu menoleh ke belakang.

“Apa yang kelakarnya?‟ soal Mak Jah.

Kali ini Zarin turut ketawa bersama. Fareez menggeleng kepala. Benar kata Zarin, gaya Nico melampaui batas. Seluara londeh dengan topi senget itu benar – benar membuatkan dia juga turut merasa akan hal yang sama seperti Zarin tetapi apa boleh buat, itu yang Nico suka!.

(29)

BAB 7

Hari Ahad yang begitu membosankan. Menurut Puan Sri Norma, Fareez akan membawa Zarin keluar bersiar - siar di sekitar Kuala Lumpur. Dia agak teruja mendengarnya tetapi apabila di fikirkan kembali sikap Fareez padanya, Zarin jadi tidak gembira.

Lelaki perasan itu memang menyakitkan hati. Tapi bukanlah tak gembira langsung... ada juga semeter dua panjangnya rasa gembiranya itu. Kelmarin dia buat Zarin gembira dan semalam dia sengaja mencari pasal dengan Zarin. Keliru betul Zarin dibuatnya.

Fareez membuka pintu kereta untuk Zarin. Budimanlah kononnya. Zarin suka!.Apapun dia perasan dan nampak sedikit perubahan pada Fareez. Sepanjang perjalanan tidak pernah sekali pun Zarin menoleh ke arah Fareez. Bukan malu tetapi tidak mahu dituduh menggoda walaupun niat di hati ada juga..

"Tak mengapa tidak mahu pandang saya. Ya lah, saya yang kacak ni boleh buat hati awak runtuh macam bangunan kat Amerika tu kan?. Kalau tahu saya bawa Mah Jah yang vogue macam hari tu. Cermin mata hitam Saloma dan lipstick strawberry berry dia tu". Terbeliak biji mata Zarin mendengar kata - kata Fareez.

Ini mesti mulut Mak Jah. Zarin pernah kata perkara yang sama pada Mak Jah tempoh hari. Tetapi itu dulu. Sebelum tahu sikap perasan melampaunya itu. Tak rimas ke tengok Mak Jah jalan lenggang lenggok macam hari tu?.

"Boleh tak jangan perasan macam tu. Eeee.. geli tau. macam nak muntah," Zarin mulai sinis. Dia ketawa kecil. makin sakit hatinya itu. Macam bercakap dengan tiang elektrik. Berdiri tegak tapi bervoltan – voltan elektriknya!

(30)

"Belum sentuh dah nak muntah. Macam mana ni?," jawabnya selamba. Zarin hanya mampu menggetapkan bibir. Ikutkan hati, mahu sahaja dicabut rambut Fareez yang terpacak - pacak itu. Macam rumput dekat ladang lembu Pak Cik Maniam di kampungnya. Kalau di letakkan bunga boleh jadi kebun bunga. Fareez tersenyum sendiri.

Fareez mengerut kening. Pelik benar dengan perempuan di hadapannya itu. Selepas bertengkar pasti dia akan terseyum sendiri . mental kot!

"Kan dah gila. Senyum seorang diri," sambung Fareez lagi. Zarin menjeling tajam walaupun dia tahu ianya tidak mampu memberi kesan apa - apa pada Fareez.

E‟eh.. comelnya bila dia menjeling. Kalau adik doraemon tu comel, dia lagi comel. Suka pula aku sakat budak ni. Lagi dia marah lagi aku suka!.. Fareez sengih.

“Kau pun gila!: spontan kata – kata Zarin dan Fareez terdiam.

Gila!!

Zarin hanya mengekori Fareez tanpa banyak soal. Pada perkiraannya, macam tidak kena sahaja penampilannya berbanding Fareez. Seluar dengan blouse longgar.Ah! lantaklah... Dia pun tak kisah. Tak kutuk pun. Kalau kutuk memang aku belasah dia cukup – cukup!.

"Kita makan dulu kemudian tengok wayang ya. Kalau awak nak pergi main buaian dekat sana tu, pergilah,".Jari telunjuknya menunjuk ke arah taman permainan kanak – kanak yang sememangnya meriah dengan warna – warna yang menarik perhatian.

(31)

"Awak ingat saya ni tak pernah main buaian ke?. Setakat buaian plastik macam ni.Tak mencabar langsung. Main buaian tayar lah. Kemudian terjun sungai. Budak manja macam awak ni mana boleh main macam kami di kampung. Nanti menangis,". Zarin mencebik.

Tomboy ke apa minah ni?. Buaian tayar?. Macamlah best sangat. Tapi tak mengapa, layan saja.. Fareez memandnag wajah Zarin.

Dia senyum. Alahai.... manis sungguh senyumannya. Ishh... apa aku ni!...Zarin malu – malu.

Fareez membawa Zarin makan tengahari di sebuah restoran makanan melayu. Restoran yang agak mahal. Zarin hanya makan nasi goreng belacan kegemarannya. Fareez pula makan nasi putih dan asam pedas ikan pari. Zarin fikir jika lama belajar di luar negara, sudah tentu Fareez lupa pada makanan melayu. Ha.. itu Zarin suka. Fareez tidak mudah lupa asal usul.

Comelnya bila Zarin lihat Fareez menyuap nasi dnegan tangannya sendiri. Tak pakai sudu sudu ni. Dia yang pakai sudu pula. Memanglah makan nasi goreng pakai sudu. Dia menyuap nasi ke dalam mulutnya dengan begitu sopan. Zarin merenungnya.

Fareez sedikit tidak selesa apabila direnung sebegitu rupa sewaktu makan. Semuanya bagai tidak kena. Ikan pari itu pun dirasakan seperti kertas kadbod apabila Zareen merenungnya begitu.

“Tak payah renung sangat. Nanti pengsan lagi. Saya tak mahu dukung. Awak baliklah

sendiri” kata Fareez. Matanya masih memandang pinggannya. Langsung tidak mahu menatap wajah Zarin.

Zarin senyap saja. Dah malu sebakul rasanya. Diam itu jalan terbaik. Fareez pula yang sibuk – sibuk memandang wajahnya. Yang geramnya, setiap kali Zarin menjeling, dia akan ketawa.

Lawak sangat ke jelingan aku ni?. Dia tak tahu.. jelingan Zarin boleh membunuh lelaki tau!. .. Zarin mengerutkan dahinya.

(32)

“Makan sajalah. Cucuk mata baru tahu” kata Zarin.

“Perasan!. Siapa yang pandang dia” cebik Fareez. Zarin hanya membisu. Dia terus menyuap. Malas mahu layan lagi!.

Mereka berdua berjalan lagi selepas makan tengahari. Zarin dan Fareez berjalan agak jauh walaupun seiring. Kadang kala Fareez sengaja merapatkan dirinya sendiri. Setiap kali Zarin makin rapat, Fareez pula makin menjauh. Zarin cuba rapat lagi dan Fareez masih menjauh seperti tadi. Zarin cuba lagi..

“Tak payah rapat – rapat sangat” ujar Fareez. Zarin sedikit tersentak!. Malu betul!

Setibanya di kaunter panggung wayang, Fareez memilih untuk menonton filem Tamil. Zarin sangat terkejut.

Buang tabiatkah Fareez ni?. Bukankah dia gemarkan filem Hollywood. Pelakonnya pun aku tidak kenal. Kalau cerita Hindustan tu, boleh la juga aku layan... Zarin merungut.

"Awak suka filem tamilkan?. Hari - hari awak tengok filem tamil. Siap menari lagu tamil lagi. Tak sangka betul saya," kata Fareez. Zarin tergamam.

"Mana pula awak dapat maklumat mengarut ni?," soal Zarin. Dia pandang mata Fareez dengan pandangan yang sangat tajam.

"Mak Jah cakap. Dia suruh saya bawa awak tengok cerita tamil. Dia kata hari - hari awak melalak - lalak dalam bilik air menyanyi lagu tamil” Fareez ketawa kecil.

(33)

Ha!!!!....memang nak kena Mak Jah ni. Tidak ada kerja lainkah selain membuat aku sakit hati. Balik nanti siaplah Mak Jah!

Dia tak sangka pula Fareez boleh layan filem tamil. Apabila tiba adegan tumbuk menumbuk dia kelihatan teruja. Nampaknya Fareez yang minat filem tamil. Selesai sahaja filem itu di tayangkan Fareez membawanya bersiar - siar di sekitar Kuala lumpur.

"Saya rasa awak yang suka tonton filem tamil kot," Zarin memulakan bicara. Fareez ketawa kecil.

"Pertama kali tengok cerita tamil. Patutlah awak ni suka menyanyi lagu tamil. Boleh tahan ceritanya ya," katanya pula.

"Bila masa pula!," suara Zarin sedikit tinggi. Kali ini Fareez ketawa besar.

********************

Setibanya Zarin di perkarangan rumah, Mak Jah sudah pun menyambutnya dengan

senyuman penuh makna. Puan Sri Norma duduk bersama Mak Jah. Mungkin berbual kosong.

"Bagaimana hari ini?. Seronok tak anak Maklong ni?," soal Puan Sri Normah.

"O.k maklong. Seronok tengok cerita Tamil yang di cadangkan oleh Mak Jah ni," jawab Zarin sambil mengerling ke arah Mak Jah yang dari tadi cuba menahan ketawa.

"Zarin siap guling - guling dekat panggung tadi, mama". Fareez menokok tambah. Mereka semua bantai gelak. Lebih – lebih lagi Mak Jah. Lantak kau oranglah!!!.

(34)

Zarin terus masuk ke dalam bilik. Buat menambah dosa aku sahaja nak marah – marah orang. Selesai mandi dia terus masuk ke dalam bilik Mak Jah. Zarin mendapatkannya dan jari - jemarinya tangkas mencubit manja pipi Mak Jah yang tembam.

"Mak Jah tak baik tau buat Zarin macam ni," rungutnya sambil memeluk bantal panjangnya.

"O.k, Mak Jah tebus kesalahan Mak Jah dengan satu daripada banyak rahsia Fareez boleh?,". Oh.. pandai Mak Jah nak lepaskan diri..

Zareen teruja. Mak Jah mendekatkan bibirnya ke telinganya.

Ha!!!... Fareez suka makan tahi hidung masa kecil?. hahahahahahah!!!!!!.. mahu saja Zarin gelak sampai ke subuh. Macho konon!. Macho apa kalau makan tahi hidung.Menurut Mak Jah, semasa kecil selepas mengorek hidung, Fareez akan makan tahi hidungnya sendiri

Uwweeeekkk.... nak termuntah Zarin mendengarnya. Mak Jah ni memang talam dua muka lah. Tapi tidak mengapa, kali ini Zarin ada sesuatu untuk membalas dendam.

************************************

Selepas menunaikan solat subuh, Fareez terus bersiap - siap untuk ke pejabat. Lama benar dia bersiap, mengalahkan orang perempuan. Zarin menyiapkan meja untuk mereka bersarapan. Fareez turun dengan pakaian yang kemas. Pakaian pejabat.

"Kenapa pandang - pandang?," Soalnya sambil tangannya mencapai sepinggan mee goreng yang baru Zarin masak tadi.

(35)

Fareez perasan akan renungan Zarin tetapi senyuman Zarin sedikit berlainan. Fareez menjungkit bahunya.

"Kacak sangat ya. Sampai tak boleh lepaskan pandangan," sambung Fareez. Tersengih lagi...

"Fareez," panggil Zarin. Dia memandang sekali lalu.

“Awak tak mahu bawa bekal?," soalku. Dia mengerutkan dahi.

"Tak mengapa. Saya tak pernah pun bawa bekal," jawabnya jujur.

Pelik juga Fareez apabila tiba – tiba sahaja Zarin bertanyakan soalan itu kepadanya. Selama ini tak ambil peduli pun.

"Ya lah kan. Buat apa nak bawa bekal sedangkan badan sendiri boleh memproses makanan," balas Zarin pula. Dia masih mengerutkan dahi. Nampak benar dia tidak faham akan maksud Zarin itu.

"Lubang hidung awak kan lubuk makanan awak masa kecik. Lepas korek makanlah. Kenyang perut tu. Sehari semalam tak payah makan pun dah kenyang,". Puas hati Zarin

Zarin nampak muka Fareez merah padam. Dia ketawa besar dan terus pergi ke dapur. Mak Jah menggelengkan kepalanya. Zarin tahu gurauannya agak keterlaluan tetapi apa yang penting, hatinya puas. Zarin hanya dapat mendengar deruman enjin kereta Fareez dari dapur. Dia sudah pergi. Tetapi hati Zarin mulai rasa sepi. Seolah - olah ada kekosongan di lubuk hatinya itu. Mungkinkah ini rindu?.

(36)

BAB 8

Zarin menjerit dengan kuat. Dia mula menggelabah. Habis satu rumah dicarinya tetapi masih tidak berjumpa. Dia ke hulu ke hilir. Mak Jah pening kepala. Dia menggaru – garu kepala apabila melihat Zarin seperti sedang sibuk mencari sesuatu. Dapur tiada, ruang tamu tiada, semua bilik sudah dicari kecuali bilik Puan Sri Norma dan Fareez.

Kali ini Zarin tekad. Dia perlu juga masuk ke dalam bilik Fareez.

Bawah katil, atas katil, dalam almari, semuanya di cari namun tidak berjumpa. Zarin memanjat ke atas katil. Mahu melihat sesuatu di atas almari. Dia tersenyum.

“Kat sini rupanya!!!. Memang pencuri betul!. Kan kaya, belilah sendiri” marah Zarin. Pintu bilik terkuak. Mata Zarin dan Fareez saling berpandangan. Seluruh bilik itu bersepah, cadar tidak lagi terletak kemas di atas katil. Sudah hampir jatuh ke bawah sewaktu Zarin mencari – cari sebentar tadi.

“Kau cari apa ni?‟ soal Fareez.

“Bukan cari tapi ambil balik!” jeling Zarin. Fareez terpandangkan pen kaligrafi yang masih di dalam kotak di tangan Zarin.

“Kau buat apa dengan pen aku tu?” Fareez meletak beg sandangnya ke atas meja kerja. Dia mendekati Zarin.

“Tak malu! Curi!!!” marah Zarin. Dia masih berdiri di atas katil.

(37)

“Ini pen arwah mak aku tau. Yang kau curi kenapa?” marah Zarin.

“Itu pen mama . dia yang berikan pada aku” bentak Fareez pula. Zarin mengerut – ngerutkan keningnya.

Zarin melompat turun dan dia terus keluar. Fareez naik marah dan dikejarnya Zarin sampai dapat. Zarin meronta – rinta apabila tangannya dikilas oleh Fareez.

“Tak malu ke pegang anak dara orang ni?” marah Zarin. Fareez mencebik

“Ooo.. yang kau masuk bilik anak bujang orang tu tahu malulah snagat!” bidas Fareez.

“Lepas!!!!!!!” jerit Zarin. Mak Jah yang mendengarnya terus berlari naik ke tingkat atas. Mengucap orang tua itu apabila melihat Zarin terjerit – jerit sambil tangannya masih dikilas oleh Fareez. Mak Jah menggeleng kepala.

“Kenapa ni Fareez?” soal Mak Jah.

“Dia masuk bilik Fareez dan curi pen ni” kata Fareez. Mak Jah memgambil pen dari tangan Zarin. Fareez melepaskan tangan Zarin.

Mak Jah ketawa. Dia menampar lembut pipi Zarin.

“Ini Puan Sri Norma punya. Zarin punya kan ada pada Mak Jah” terang Mak Jah. Zarin tediam. Fareez merampas pen itu dan terus masuk ke dalam bilik.

Gila!!!!.. rungut Fareez.

(38)

Rasa bersalah pula menuduh Fareez begitu. Rasa kesal mula menyelubungi dirinya.

Zarin cuba untuk memohon maaf tetapi selalu tiada masa dan ketika yang sesuai. Apabila dia mula mahu membuka mulut, hasratnya itu terbatal dengan sendirinya apabila melihat wajah Fareez yang tidak pernah manis apabila memandangnya.

“Kedekut senyuman itu berdosa. Tak baik!” tegas Zarin sewaktu berdiri betul – betul di hadapan Fareez yang mahu turun ke bawah untuk ke pajabatnya.

“Ooo.. tuduh orang tak berdosa?” soal Fareez. Tangannya memegang stoking yang baru sahaja di ambil.

“Itu darurat. Terpaksa!” cuba menegakkan benang yang basah.

“Ya lah, itu peninggalan arwah ibu saya. Walaupun tak mahal tapi ianya sangat berharga. Awak apa tahu?‟ marah Zarin.

Serta merta mulut Fareez terkunci. Rasa simpati mula hadir. Fareez menundukkan kepalanya buat seketika.

“Maafkan saya” pinta Fareez dan Zarin hanya mengangguk. Dia naik ke atas meninggalkan Fareez yang masih berada di tangga. Fareez sedar, kadangkala dia perlu juga berlembut dengan Zarin.

(39)

BAB 9

Zarin sibuk menyusun baju di dalam almari bilik Fareez. Dia membelek – belek haruman yang berderet di atas meja. Zarin menggeleng kepala.

“Dah rupa nyah dah.. banyak betul minyak wangi”

Zarin membuka penutup salah satu haruman milik fareez.

“Ish.. susah betul nak buka ni!” rungut Zarin. Dia membukanya sekuat yang dia mampu hinggakan penutup minyak wangi itu terpelanting entah ke mana.

Dia mencrinya di segenap ruang. Akhirnya Zarin ternampak penutup botop minyak wangi itu di bawah katil setelah dia menyelaknya. Zarin sengih.

“Jumpa pun kau”

Zarin merangkak masuk ke bawah katil itu. Tiba – tiba pintu bilik Fareez di buka. Zarin menelan air liur. Dia pasti itu Fareez. Takkan dia nak keluar waktu ni, apa pula yang fareez akan kata nanti?.. Zarin meniarap sambil kepalanya terteleng ke kiri.

(40)

Matanya terbeliak apabila terlihat seluar jeans Fareez terjatuh dari kakinya sewaktu dia menyelak sedikit cadar ke atas. Zarin telan air liur. Dia menutup mata. Sebaik sahaja dia membuka matanya, seluar tadi sudah tiada.

Dia cuba merangkak keluar apabila terdengar bunyi air di dalam bilik air.

“Ini masanya!!” Zarin kelam kabut keluar tetapi baru sahaja kepalanya terjojol keluar melepasi katil, pintu bilik air terbuka kembali. Kelam kabut Zarin masuk semula ke bawah katil.

“Nasib baik aku dah makan, kalau tidak mahu aku kebulur ni” bebelnya sendiri.

Terdengar pula suara Fareez sedang solat. Zarin senyum sendiri. Dia menunggu. Mungkin selepas solat, Fareez akan keluar dari biliknya, cuba meneka.

Dalam pada menunggu itu Zarin sudah naik lemas tetapi alunan suara Fareez membaca Al Quran membuatkan rasa lemasnya tadi hilang begitu sahaja. Zarin tersenyum – senyum. Rasa terpikatnya pada Fareez semakin bertambah. Macam orang gila bayang pun ada.

“Sadakallah hula‟zim” Fareez mengakhiri bacaan Al – Qurannya.

Pintu biliknya di ketuk dan terdengar suara cemas Mak Jah.

“Fareez nampak tak Zarin?. Dah hilang!!!!” soal Mak Jah. Zarin menggaru – garu kepala.

Fareez tergelak. Mak Jah sedikit hairan. Ya lah.. dia kelam kabut, Si Fareez ni sedap je gelak – gelak.

(41)

Kata – kata Fareez itu membuatkan Zarin bagai mahu gugur jantungnya.

“Apa!!!!” Mak Jah menjerit. Dia terus menyelak cadar katil dan terus mengintai ke bawah. Dia menggeleng kepala apabila melihat Zarin tersengih – sengih malu memandangnya.

“Keluar” arah Mak Jah.

Zarin keluar. Dia tidak mahu memandang wajah Fareez yang dari tadi tersenyum. Songkok di kepalanya di letak ke atas meja. Sebelum Zarin keluar, Fareez sempat memerlinya.

“lain kali kalau nak menyorok, kena memanjang bukan melentang. Nampak sangat betis awak yang terjulur keluar tu” Fareez kenyit mata. Zarin tidak menjawab sepatah pun. Dia keluar dengan wajah yang merah padam. Belum pun sempat dia menuruni anak tangga, Fareez memanggilnya semula.

Zarin masuk ke dalam bilik dengan kepala yang masih tunduk.

“Mana penutup minyak wangi saya?”

Zarin meraba poket seluarnya. Tak ada!. Kemudian dia mengibas – ngibas bajunya. Juga tiada!.

“Manalah saya tahuuu!!!!!!” Zarin menangis dan terus keluar.

Fareez gelak sakan dan memandang penutup botol di dalam genggaman tangannya itu.

(42)

******************

Zarin mengupas buah epal di dapur dan mulutnya tidak habis – habis mengomel.

“Kalau dah tahu aku ada kat situ yang dia pergi buka seluar dia tu kenapa?”

Buah epal itu dibelah dua.

“Saja nak tunjuk kaki dialah tu. Seksi sangat ke?. Hei.. lelaki! Kalau kau datang kat kampung aku, jangan haraplah nak buka – buka seluar macam tu.. aku ni pewaris tok mudin tahu tak!, mahu kerat 18 kau punya tu huh!” bebel Zarin lagi.

“Berani ke?” soal Fareez dari belakang. Dia terus menghampiri Zarin memejam mata. Lebih baik pejam, nampak gelap saja!!!.

Fareez semakin menghampri. Dia mahu mengambi sudu di hadapan Zareen. Sudah pasti Fareez akan berada di belakangnya tetapi jarak antara dia dan Fareez sangat hampir.

Lutut Zarin lemah longlai. Rasa mahu pengsan saja rasanya.

“Terima kasih” bisik Fareez ke telinga Zarin sebelum dia keluar dari dapur itu dan Zarin... terjelepok di atas lantai.

Fareez memang suka mengusiknya begitu. Dia tahu Zarin mempunyai perasaan terhadapnya. sebab itu dia lebih senang mengusik. Kadangkala Mak Jah marah juga apabila melihat Fareez mengenakan Zarin habis – habisan.

(43)

“Kalau dia jatuh cinta dengan kamu macam mana?” pernah soalan itu terpacul keluar dari mulut Mak Jah dan jawapan Fareez sangat ringkas.

“Kalau dah jodoh..ok”

Zarin yang mendnegar perbualan Fareez dan Mak Jah itu bagai mahu terbang membayangkan dia dan Fareez berdua di atas pelamin.

Semuanya bagai mimpi indah buat Zarin. Fareez membuatkan hatinya berdebar – debar, lututnya lemah longlai ada ketikanya.

Masanya di dalam rumah itu dipenuhi dengan geak tawa dia dan Mak Jah sahaja. Puan Sri Norma jarang ada di rumah.

Zarin dapat rasakan yang kehadirannya itu membuatkan Puan Sri Norma tidak selesa di rumahnya sendiri.

(44)

BAB 10

Fareez mencari Zarin hingga ke belakang rumah. Dia tersenyum apabila melihat Zarin yang sedang menyidai pakaian itu menyanyi – nyanyi sambil menggerakkan kakinya ke kiri dan ke kanan. Hari Ahad yang membahagiakan!.

“Zarin!” panggil Fareez. Zarin menoleh.

“Nak apa?” soalnya. Kain masih di sidai.

“Jom!” ajak Fareez. Zarin berhenti menyidai. Dia merapati Fareez.

“Pergi mana?. Nak ajak pergi kira kambing ke?” cuba bergurau. Fareez tak ketawa. Lawak tak menjadi pun!.

“Nak ikut atau tak?” soal Fareez.

“Nak!!!” Zarin terus naik ke atsa. Dia menyalin pakaian.

Mesti dia nak ajak aku pergi kenduri kahwin. Hari – hari Ahad begini selalunya orang buat majlis kenduri kahwin. Hmm.. sedapnya, dah lama tak makan kenduri... Zarin memejamkan matanya. Membayangkan lauk pauk biasa yang selalunya dijamu sewaktu kenduri kahwin.

Setelah bersiap, Zarin terus turun mendapatkan Fareez.

(45)

Di dalam kereta pun Fareez tidak mahu bercakap dengannya. Cuma dia ketawa sekali sekala sewaktu mendengar DJ radio membuat lawak.

Lawak aku, tak nak pula gelak!.. rungut Zarin.

Fareez membelok ke dalam mall yang terletak di bandaraya. Zarin tergamam.

“Bukan pergi kenduri kahwin ke?” soal Zarin.

“Nak pergi kenduri kahwin ke?” soal Fareez semula.

“Saya pakai baju kurung ni” kening Zarin berkerut.

Fareez keluar dari keretanya. Zarin kelam kabut mengekorinya dari belakang. Fareez yang sudah lepas kedepan itu langsung tidak perasan akan Zarin yang terkial – kial mahu melintas di dalam tempat letak kereta bangunan itu. Ada saja kereta yang lalu.

Fareez berpaling ke belakang. Kasihan pula melihat Zarin yang terundur – undur cuba melintas. Fareez berpatah balik dan terus menggenggam tangan Zarin. Cepat – cepat Zarin menarik kembali tangannya.

“Kenapa?” soal Fareez.

“Malu!!” jawab Zarin.

“Ok.. lintas sendiri” kata Fareez dan ingin pergi tetapi tangannya terus digenggam Zarin.

(46)

Mereka berdua sudah sampai ke pintu lif. Zarin masih memegang tangan Fareez. Berkali – kali Fareez memberi isyarat agar Zarin melepaskan tangannya tetapi Zarin buat tidak tahu.

“Dah tak ada kereta” kata Fareez di dalam lif.

“Diamlah!” jawab Zarin.

Terkejut Fareez apabila dimarahi Zarin sesuka hati. Sebaik sahaja mereka berdua keluar dari lif, Zarin melepaskan tangan Fareez.

“Nak pergi mana?” soal Zarin berkali – kali. Fareez masih tidak mahu emnjawab.

Akhirnya Zarin tahu ke mana Fareez mahu pergi. Dia berhenti melangkah. Memandang bajunya yang dirasakan kurang sesuai. Zarin mengeluh. Mahu sahaja ditempelengnya Si Fareez tu!.

“Gila apa, bawa saya yang pakai baju kurung ni main bowling!!” marh Zarin.

“Salah ke?” soal Fareez semula. Mereka berdua menukar kasut dan terus mendapatkan rakan – rakan Fareez yang memeluk Fareez bagai sudah beribu tahun tidak berjumpa.

“Wooowooo.. awek kampung mulut ber‟poison‟ yang kau bawa ni kenapa, Fareez?” soal Nico. Zarin menggetap bibir. Siap kau botak!.

“Sakit hati ya, Nico” senyum Fareez.

“Hek eleh... nama Nico!” cebik Zarin sendiri. Rakan – rakan Fareez tersenyum sinis. Lagi – lagi rakan perempuannya.

(47)

Apasal lak?. Macamlah dia tak tahu nama aku Nico. Ni mesti nak kenakan aku ni!.. Nico mengecilkan matanya. Dia memerhatikan Zarin dari atas ke bawah dan begitu juga sebaliknya.

Zarin menarik tanga`n Fareez mendekatinya.

“Awak nak malukan saya ke?” tenung Zarin.

“Apasal pula. Ajak main bowling je kan?” kata Fareez.

“Fareez... karang terselak pula karang!. Dalam kain tu ada seluar tak?” perli Sarah, kekasih Si Nico botak!. Berbulu sahaja Zarin mendengarnya.

“Ala.. janganlah buat dia begini. Come, Zarin kita main ya?” ajak Cici yang agak peramah berbanding yang lain.

Niko memulakan permainan dahulu. Cuma empat pin sahaja yang jatuh. Zarin ketawa besar. Tawanya itu boleh didengari semua kawan – kawan Fareez. Terbeliak mata Fareez melihat Zarin yang macam handal sahaja bermain bowling. Siap ditekan – tekannya perut. Macam lawak sangat!. Nico seperti naik angin.

“Jangan ketawa sangat. Kat kampung bolehlah..baling kelapa nyior wahahahahah” gelak Nico. Mereka yang lain juga ketawa.Cuma cici sahaja yang mendiamkan diri.

“Kelapa nyior yang tak botak!” jawab Zarin. Fareez menggeleng kepala. Datang dah sewel budak ni!.

(48)

Fareez menghampiri Zarin.

“Nak balik?” soal Fareez. Zarin senyum dan terus menghampirkan bibirnya ke telinga Fareez.

“Minah kampung belum start main”

Fareez merenung mata Zarin. Jantung Zarin serta merta bergendang tidak kira irama.

Cici memanggil Zarin, sudah tiba masanya untuk Zarin memulakan permainan.

Zarin mengusap bola bowling dan memandang Nico sambil tersengih.

“Sama bulat! Sama botak!!” kata Zarin. Fareez menutup mulutnya. Menahan tawa. Yang lain sudah ketawa terbahak – bahak.

Zarin membaling bola bowling dengan penuh gaya dan....

STRIKE!!!!!!!!.

Melompat – lompat Zarin dan Cici dibuatnya. Mereka yang lain terdiam. Lebih – lebih lagi Nico. Zarin berjalan dengan penuh gaya melintasi Nico yang sudah bengang.

“Well, you know what?, kalau kelapa pun i boleh baling masuk kandang kambing Opah i ini kan pula bola botak macam tu” Zarin mencuit hidungnya dengan ibu jari kirinya. Nico langsung tidak mahu memandang Zarin. Berlagak betul budak kampung ni!.

(49)

“Dahlah.. korang panggil aku datang sebab nak jumpa. Tak payah gaduh ok?” Fareez cuba menenangkan. Nico mengulurkan satu lagi bola bowling kepada Zarin.

“Kalau kau boleh strike sekali lagi, aku boleh bagi apa sahaja kau nak” kata Nico.

“Anything?” soal Zarin. Ceh... kalau setakat dua tiga patah perkataan Inggeris tu tak payah nak berlagaklah Zarin. Buatnya dia tanya lebih – lebih, nahas kau!

Zarin mengambil bola itu dan terus membalingnya.

STRIKE!!!!

Fareez ketawa. Tidak sangka pula Zarin pandai bowling. Nico menghentak perlahan kepalanya di bahu kekasihnya.

“Hey, tak payah bagi apa!. Minah kampung tak hairan langsung duit jantan bandar. Lebih – lebih lagi yang botak!” Zarin terus menarik tangan Fareez keluar.

Selepas memulangkan kasut di kaunter, Zarin dengan selamba meminta Fareez belanjanya makan tengahari.

“Nampak tak perut ni dah leper?” jeling Zarin.

(50)

“Ni ha....” Zarin menepuk perutnya. Tiba – tiba dia terdiam. Tak malu ke tunjuk perut dekat Fareez?. Cepat – cepat Zarin berjalan. Farezz gelak. Dia belanja apa sahaja yang Zarin mahukan dan kebanyakannya semua benda yang murah – murah.

Zarin pulang dengan senyuman. Sebelum masuk ke dalam bilik dia sempat menoleh ke arah Fareez.

“Terima kasih bahagiakan Zarin hari ini dan kalau nak keluar lagi, jangan ajak budak botak tu, ya” pesan Zarin.

Fareez menggeleng kepala dan hanya tersenyum manis.

(51)

BAB 11

Zarin mengikuti Fareez ke Wawasan Holdings. Bunyi bising membuatkan Zarin naik rimas. Serta merta dia mula merasakan cadangan Puan Sri Norma untuk bekerja di wawasan Holdings itu bukanlah satu cadangan yang baik.

Ya.. memang Zarin ada diploma tapi bukanlah jurusan yang terarah ke lapangan perniagaan seperti ini. Nombor – nombor itu pun sudah cukup membuatkannya sakit kepala. Fareez menjemput Zarin masuk ke dalam bilik pejabatnya. Pintu dibukakan untuknya. Wah... budimanlah pulak. Zarin sengih dan terus melangkah masuk.

Seorang setiausaha masuk ke bilik Fareez dan menletakkan secawan teh di atas meja. Sebaik sahaja setiausaha yang vogue lagi ranggi itu keluar, Zarin mula berbisik.

“Tukang buat teh pun kena vogue macam tu ke?” Zarin sengih. Masih cuba buat lawak.

Ternyata.... tak menjadi langsung!. Malu lagi adalah bila melihat Fareez merenungnya tanpa sebarang reaksi di wajah. Kedekut benar!. Paling kurang pun, cubalah tersenyum. Kalau tak ketawa berdekah – dekah pun tak apa.

“Zarin akan kerja di sini. Awak perlu juga tahu selok belok Wawasan Holdings.” Ujar Fareez serius. Zarin pula buat muka bodoh. Dia memandang Fareez dengan mata yang berkelip – kelip.

“Tak comel pun buat muka begitu” jawab Fareez seraya menjatuhkan pandangannya ke dokumen yang baru diselaknya tadi.

(52)

“Saya tak suka kerja di sini. Semua macam robot. Taip – taip lepas tu print out. Tu belum lagi kena marah dengan bos” jawab Zarin selamba.

Fareez menutup dokumen itu dan terus merenung wajah Zarin

“Awak suka renung orang kan?. Awak tahu tak yang renungan awak tu mampu membunuh?.” Gurau Zarin.

“Boleh tolong tak?” pinta Fareez.

“Tolong apa?” soal Zarin pula.

Fareez bangun dan terus duduk di kerusi sebelahnya. Tiba – tiba Zarin rasa malu direnung sebegitu rupa. Janganah renung begitu, mahu cair nanti..

“Suatu hari nanti awak akan berterima kasih dengan saya kerana memaksa awak bekerja di sini, Zarin” tegas Fareez.

“Eleh... ni mesti nak buat macam cerita kat tv tu.. semua harta ni sebenarnya saya yang punya.. hahahhaha.. ahmad albab yang punya” gelak Zarin. Fareez mengeluh panjang.

“Minta maaf banyak – banyak ye Ahmad Albab!. Banyak cantik muka awak semua harta ni awak yang punya” jegil Fareez. Mulut Zarin terkunci.

Dia sebenarnya hanya bergurau. Menyampah betul dengan Fareez ni!. Asyik serius memanjang. Kalau kat luar tu tahu pula dia bergurau... gerutu hati Zarin.

(53)

“Layak ke?”

“Uish... layak!” Zarin menepuk dadanya sendiri. Fareez memandang tangan yang masih berada di dadanya. Cepat – cepat Zarin menutupnya dengan beg tangan yang dia dan Opah beli di pasar malam di kampungnya.

Fareez seperti sesak nafas apabila berbincang dengan Zarin. Tak pernah nak serius!

“Mata tu jangan gatal ya bos!. Saya ni bukan pengurus yang boleh di goda” marah Zarin. Fareez mencebik.

“Tak ada selera pun nak lihat dada awak tu dan janganlah meninggi diri sangat!. Tak layak pun jadi pengurus. Jadi kerani biasa dulu” Fareez bangun dan duduk di tempatnya semula.

“Kerani ni kena taip – taip je kan?.. eleh.. kacang buncis masak kicap campur telurlah!!!” gelak Zarin. Fareez menepuk dahinya.

Alamak aih.... macam teruk sangat je perangai aku ni sampai nak tepuk – tepuk dahi...

Zarin akan di ajar oleh Kak Vee. Nasib baik Kak Vee ni lemah lembut dan baik hati. Kalaulah dia garang macam singa, mahu Si Zarin cabut lari!.

Puan Sri Normah memandang Zarin sambil senyum manis. Zarin membalasnya. Berdosa kalau tak balas senyuman orang, walaupun sakit hati. Dia yang sentiasa bergaya itu terus masuk ke dalam biliknya bersama seorang lelaki yang berusia separuh abad. Zarin hanya memerhatikannya dari jauh.

(54)

Sedang Zarin menaip dokumen dengan penuh tekun, seorang pekerja lelaki datang menghampirinya. Razlan namanya. Boleh tahan kacak juga orangnya.

Kalau buat suami Si Tina, kawan baik aku tu...lepaslah juga. Tapi ada satu yang aku tak suka pasal Razlan ni, jari telunjuknya itu suka sangat menari – nari di meja aku. Kalau di meja sahaja tak mengapa.. ini kadang kala terbabas ke tangan aku. Geram. Mahu sahaja aku tomoikan saja budak tu!.. mata Zarin mula mengecil. Kalau jari Razlan mencuit lengannya lagi, memang patahlah jari kurus tu nampaknya!.

“Luch sama – sama” ajaknya.

Razlan senyum dengan senyuman yang paling manis.sesekali tangannya menyentuh janggut sejemput di dagunya. Zarin rimas!.

“Tak apa, saya rasa nak makan dengan Encik Fareez je nanti” jawab Zarin selembut boleh.

“Nak ke Encik Fareez tu makan dengan awak?” soal Razlan pula.

“Kenapa pula tak nak?” Zarin menyoalnya kembali. Dia sengih...

“Kalau nak tahu, Encik Fareez akan makan dengan Cik Aishah tu” dia memuncungkan bibirnya ke belakang Zarin. Sudah tentu Zarin akan menoleh. Matanya terbeliak.

(55)

Melihatkan wajahnya yang tenang sambil tersenyum manis ke arah Fareez yang baru keluar dari biliknya sahaja sudah membuatkan Zarin bagai terjatuh dalam perigi buta. Orangnya sopan santun. Tutur bahasanya halus dan pandai menjaga hati orang lain.

“Makwe Fareez ke?‟ Zarin berbisik. Razlan senyum. Macam cemburu saja..

“Entah... ikut gossip ya. Tapi Encik Fareez tak pernah pula sentuh – sentuh dia” bisik Razlan kembali.

“Wei.... makwe – makwe kena sentuh ke?” Zarin membeliakkan mata.

Razlan gelak dan terus meninggalkan Zarin yang terpinga – pinga.

Hish... ini yang buat aku tak seronok nak kerja ni. Fareez pula selamba saja keluar makan tanpa mempelawa aku sekali. Dia tak tahu ke yang aku ni tak ada duit?. Duit semuanya aku sorok dalam almari baju. Terlupa pula nak keluarkan lagipun fikirku, tentu Fareez akan menampung kos makan tengahari aku hari ni. Kejam sungguh !!... Zarin menggaru – garu kepalanya. Masalah betul!.

Kak Vee ajak juga keluar makan bersama tapi malulah Zarin kalau Kak Vee tahu dia tak berduit. Mahu atau tidak, Zarin terus ke pantry. Buat milo panas yang dia tak suka tu. Zarin memang tak sukakan teh, kopi atau milo..

Jam di tangan sudah pukul 4 petang. Fareez yang keluar meeting selepas lunch tadi pun sudah pulang. Perut Zarin siap buat konsert metalica dah. Lapar!!! Mana sama minum air dengan makan. Semua kerja telah dia selesaikan. Cuma menunggu waktu untuk pulang setengah jam lagi. Kak Vee tanya juga kenapa dia melepek sebegini tetapi hanya senyuman yang mampu Zarin berikan sebagai jawapan. Dah tak larat!

(56)

Zarin dipanggil masuk ke dalam bilik Fareez. Aishah yang baru keluar dari bilik Fareez itu memberikan senyuman manis buatnya sewaktu mereka berselisih tadi.

Eleh... tahulah senyuman kau manis macam Miss World!!!!... Zarin berbisik sendiri.

Fareez memandang Zarin dan mempelawanya untuk duduk.

“Nak apa?” soal Zarin pendek. Dah tak larat nak cakap banyak – banyak.

“Ada beberapa kesalahan. Semak dan betulkan semula” Fareez menghulurkan dokumen yang baru sahaja Zarin hantar sejam yang lalu.

Macam nak pitam Zarin mendengarnya. Dia memandang jam dinding.

“Dah pukul 5 lah....”

“Habis tu?” soal Fareez. Zarin meletakkan kepalanya di atas meja. Mukanya berkerut. Macam nak meraung rasanya!.

“Ni kenapa pula ni?. Macam orang tak makan saja?” soal Fareez. Cepat – cepat Zarin berdiri. Zarin memandang Fareez setepat yang boleh ke dalam anak matanya.

“Memang tak makan! Awak asyik pergi makan dengan Aishah tu. Dah lah saya tak sempat sarapan pagi tadi sebab awak nak cepat saja. Ni, badan ni dah menggigil tahu tak?... kalau pengsan tadi?” kali ini Zarin benar – benar marah. Sebenarnya marahnya tidak kepada perutku yang lapar tetapi lebih kepada „Aishah‟!.

Fareez terus memimpin tangan Zarin keluar dari biliknya. Semua memandang gelagat mereka berdua termasuklah Aishah.

(57)

“Ambil beg. Kita pergi makan” suaranya sedikit mendatar. Mungkin kerana rasa bersalah kerana membiarkan Zarin lapar begini. Lapar boleh membunuh tau!

Fareez membawa Zarin makan di sebuah restoran yang agak asing baginya. Dekorasi restoran yang sangat indah itu membuatkan perut Zarin bertambah lapar.

Fareez tidak mahu Zarin sakit. Kesal juga dia kerana mengabaikan Zarin sebentar tadi. Bukannya dia sengaja. Dia fikirkan Zarin pandai menguruskan dirinya sendiri. Ternyata Zarin juga perlu sering diberi perhatian.

Makanan sudah dihidangkan di hadapan Zarin. Dia memandang Fareez. Keningnya terangkat sedikit.

“Apalagi.. makanlah,nanti kebulur..mati pula” kata Fareez.

Zarin tidak peduli apa yang Fareez fikir.

Lantak dialah dia nak kata aku ni gelojoh ataupun apa, janji konsert metalica di perut aku ni tamat. Penatlah... nak dengar kosert tu sepanjang hari.

Setelah selesai makan, mereka berdua beredar dari situ.Mereka berdua duduk di dalam kereta. Fareez menoleh. Memandang ke luar.

“Terima kasih belanja saya Bos!” perli Zarin.

“Kenapalah kurang cerdik?. Cakaplah pada saya” dia menoleh. Zarin mencebik.

Dia keluar tak toleh kiri kanan, nak salahkan aku pula. Tengok cara dia berbual dengan Aishah tu pun aku yakin dia langsung tak ingatkan aku walaupun seminit dua..gumam Zarin.

(58)

“Habis tu.. kalau asyik berbual dengan Aishah tu, mana nak ingat saya” cuba menduga.

Fareez tidak menjawab. Sebaliknya dia hanya membelek jari jemarinya sendiri. Kadang kala dibetulkannya cermin kereta yang dah sedia betul itu. Fareez meraup wajahnya dan dia mula tersenyum.

“Apahal pula sengih – sengih ni?” kering Zarin berkerut. Mestilah marah! Orang cakap betul – betul, dia tersengih pula.

“Tak ada apalah.. kita balik” senyum Fareez. Senyum lagi! Ada hormon kambing ke apa!.

Sepanjang perjalan pulang, Zarin hanya mendengar alunan muzik yang membosankan dari radio Fareez. Kalau sound system bagus pun tapi lagunya tak sedap, tak guna juga. Ringan saja tangan Zarin nak menutupnya.

Zarin cuba memandangnya. Masih tersengih lagi!.

“Awak ni kenapa?.” agak tinggi suara Zarin. Geram sangat apabila melihat senyuman Fareez yang seakan - akan mengejeknya. Apa yang di ejekkan tu pun Zarin tak tahu. Tiba – tiba terdengar suara ketawa. Sesekali dia mengerling.

“Awak cemburukan Aishah ke?”

GEDEBUSH!!!!... rasa macam kena tumbuk saja muka Zarin!.

“Wajarkah seorang lelaki bertanyakan soalan sebegitu?. Nampak sangat dia tak hormatkan aku sebagaimana dia hormatkan Aishah tu. Kalau dia bercakap dengan Si Aishah tu, mahu

Referensi

Dokumen terkait

Nilai hue cukup merata di bagian tengahnya (lingkaran dalam) namun semakin berkurang di tepinya (tepi kanan dan kiri), yang menunjukkan semakin jauh dari tepi

pada diri kita sendiri. Beranikah kita meninggalkan kemapanan, bukit-bukit kesombongan, keberhasilan dan kesuksesan, pindah dari suatu tempat yang nyaman lalu pindah ke tempat

Ibu mengatakan pegel-pegel di daerah punggung bagian  belakang dan sering kencing pada saat malam hari, ibu mengatakan sedang tidak menderita penyakit kronis

Filotaksis Palem Kuning disebut roset batang karena batang Palem Kuning amat tinggi dan tumbuh menjauhi akar sehingga daunnya yang rapat berjejal-jejal berkumpul

Dari hasil penelitian dan perancangan pemodelan sistem ini diperoleh beberapa kesimpulan antara lain daya yang dihasilkan oleh PLT angin pada beban seimbang di musim

Tema laut sebagai sumber kehidupan digunakan oleh Winanti (2014) dalam penelitian pengembangan yang dilakukannya untuk mengembangkan buku paket pembelajaran IPA terpadu

Dalam penulisan atau ujaran kalimat baku terdapat beberapa ciri-ciri yang harus dipenuhi sebagai berikut2. Minimal memiliki subjek

Luaran dari kegiatan ini adalah adanya paket teknologi pengolahan keripik singkong dan kerupuk udang yang terdiri dari mesin perajang singkong, peniris minyak, penggiling