• Tidak ada hasil yang ditemukan

PETA PEMIKIRAN I-THINK TERHADAP SKOR PENCAPAIAN DAN MINAT PELAJAR KOLEJ VOKASIONAL DALAM MATA PELAJARAN SAINS

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "PETA PEMIKIRAN I-THINK TERHADAP SKOR PENCAPAIAN DAN MINAT PELAJAR KOLEJ VOKASIONAL DALAM MATA PELAJARAN SAINS"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

698

PETA PEMIKIRAN I-THINK TERHADAP SKOR PENCAPAIAN DAN MINAT PELAJAR KOLEJ VOKASIONAL DALAM MATA PELAJARAN SAINS

Nur Fatin Afiqah Kamaruzaman & Zolkepeli Haron Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

nurfatinafiqah91@gmail.com zol@ukm.edu.my

Abstrak

Kajian ini bertujuan bagi mengenalpasti penggunaan peta pemikiran i-Think terhadap pencapaian dan minat pelajar Kolej Vokasional dalam mata pelajaran Sains. Reka bentuk kajian ini menggunakan kaedah kuasi eksperimental. Ujian pra and ujian pasca digunakan sebagai instrumen yang mengandungi 20 soalan objektif dan dua soalan struktur bagi mengukur tahap pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sains. Seramai 60 orang pelajar daripada salah sebuah Kolej Vokasional telah dipilih secara rawak dan mereka dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan kawalan (30 orang pelajar) yang menggunakan kaedah pembelajaran konvensional dan kumpulan rawatan (30 orang pelajar) yang menggunakan peta pemikiran i-Think. Data dianalisis dengan menggunakan program Statistic Package for the Social Science (SPSS) yang mana melibatkan penggunaan ujian T tidak bersandar, min dan sisihan piawai. Hasil analisis ujian T tidak bersandar menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan terhadap skor pencapaian murid yang menggunakan peta pemikiran i-Think (min = 1.77, sp = 0.8) dengan kaedah pembelajaran konvensional (min = 1.23, sp = 0.5); (t = -3.043, p = 0.004). Dapatan soal selidik pula menunjukkan min minat terhadap peta pemikiran i-Think iaitu 25.83 adalah lebih tinggi berbanding min minat pembelajaran konvensional iaitu 20.77. Berdasarkan kajian ini didapati bahawa pelajar lebih mudah untuk memahami pelajaran dengan menggunakan peta pemikiran i-Think seterusnya dapat meningkatkan pencapaian pelajar dan menarik minat pelajar untuk belajar mata pelajaran Sains.

Kata kunci: peta pemikiran i-Think, minat, pencapaian, Sains PENGENALAN

Malaysia kini telah mengalami pelbagai perubahan dan transformasi dalam sistem pendidikan secara berperingkat dari semasa ke semasa. Kerajaan telah memperkanalkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2015 dalam mengukuhkan lagi sistem pendidikan Negara yang mengunjurkan enam aspek indikator. Satu daripada aspirasi yang terkandung dalam PPPM adalah kemahiran berfikir yang perlu ada dalam diri setiap pelajar yang menginginkan kejayaan. Semangat ingin tahu dan belajar cara untuk mendapatkan pengetahuan sepanjang hayat (KPM 2013).

Pembangunan pendidikan kreatif dalam kalangan murid dapat dicorakkan dengan mempunyai kemahiran berfikir yang kreatif dan kritis. Percambahan pemikiran boleh berlaku dan murid boleh berfikir serta membuat suatu keputusan secara rasional dan mempunyai timbang rasa sekiranya aspek penekanan terhadap kemahiran berfikir dititikberatkan dalam semua mata pelajaran di sekolah (Rohaida dan Zamri 2015).

Guru perlu merancang kaedah yang bersesuaian dengan proses pengajaran dan pembelajaran yang mana boleh membantu meningkatkan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar (Rosnidar et al. 2015). Selain itu juga, guru bertindak sebagai nadi penggerak dan nakhoda yang dapat merealisasikan aspirasi yang termaktub dalam PPPM 2013-2025.

Menurut Lembaga Peperiksaan Malaysia (2013), kemahiran berfikir aras tinggi atau KBAT merupakan keupayaan dalam mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi serta berupaya dalam mencipta sesuatu yang baru. KBAT turut memerlukan proses kemahiran berfikir secara intelek dengan pemikiran yang meluas dan mendalam sama ada

(2)

699

mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, melakukan pertimbangan, membuat keputusan serta menyelesaikan masalah (A.Rahman, Jamaludin dan Zamri 2015).

Faktor utama yang menjadi punca kepada kemerosotan prestasi akademik pelajar dalam mata pelajaran Sains adalah disebabkan oleh kesukaran pelajar dalam mengingati fakta Sains selain tidak mempunyai minat yang mendalam terhadap mata pelajaran Sains. Tambahan, semasa sesi pengajaran dan pembelajaran, kebiasaannya guru menggunakan catatan nota dalam bentuk point baris demi baris yang mana telah menjadikan pelajar lebih cepat bosan dan kurang fokus ketika sesi pengajaran dan pembelajaran (Wong dan Amir Hamzah 2012). Pelajar menjadi cepat bosan dan mereka hanya dapat mengingat sedikit sahaja isi pelajaran yang dipelajari di dalam bilik darjah dan secara tidak langung menjadikan pelajar tidak berminat untuk mengulangkaji pelajaran.

Bagi menggalakkan pelajar untuk berfikir secara kreatif dan kritis, guru harus bijak dalam memilih kaedah yang bersesuaian dengan objektif yang hendak disampaikan seterusnya melatih pelajar untuk menghubungkaitkan isi pembelajaran yang dipelajari menggunakan pengetahuan sedia ada mereka. Dengan mempelbagaikan teknik dan menghasilkan inovasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan minat dan kefahaman murid dalam semua mata pelajaran (Rosnidar et al. 2015).

Penggunaan peta pemikiran i-Think merupakan satu teknik yang boleh diimplementasikan oleh para pendidik semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Proses pemikiran dalam kalangan pelajar juga berjalan seiring dengan tajuk atau unit pelajaran yang bersesuaian dengan setiap jenis peta pemikiran. Sidek (2013) menjelaskan bahawa peta pemikiran i-Think membantu pelajar untuk merangsang pemikiran aktif pelajar, secara tidak langsung melahirkan modal insan yang kreatif dan inovatif sekaligus dapat mengembangkan potensi diri individu yang mampu untuk berfikir pada tahap tinggi dalam mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Negara.

Kajian ini penting dijalankan untuk membantu guru dalam memperbaiki teknik pengajaran yang perlu disesuaikan dengan tahap kesediaan dan minat pelajar. Guru harus menggunakan teknik pengajaran yang dapat merangsang pemikiran pelajar dalam mata pelajaran Sains. Disamping itu, peta pemikiran i-Think juga digunakan sebagai alat pengukur untuk melihat sejauh mana minat pelajar terhadap mata pelajaran Sains serta keberkesanan penggunaan peta pemikiran i-Think ke atas kefahaman dan pencapaian akademik pelajar. Dengan penggunaan kaedah peta pemikiran i-Think juga dilihat sama ada ianya dapat memudahkan pelajar dalam memahami konsep, menganalisis masalah dan mencari penyelesaian dalam tajuk yang dipelajari (Rosnidar et al. 2015).

TINJAUAN LITERATUR

Menurut Rohaida dan Zamri (2015) dalam kajiannya menyatakan bahawa asas bagi mencorakan pembangunan pendidikan yang kreatif dalam kalangan pelajar adalah kemahiran berfikir. Percambahan pemikiran berlaku sekiranya penekanan terhadap kemahiran berfikir dalam semua mata pelajaran diberikan. Secara tidak langsung pelajar dapat membuat keputusan dengan bertimbang rasa, objektif dan lebih rasional.

Guru boleh menggalakkan pelajar untuk berfikir secara kreatif dan kritis dengan mendedahkan pelbagai soalan dan latihan pengukuhan yang beraras tinggi serta membuat kepelbagaian aktiviti semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Semakin banyak kita berfikir, semakin bertambah percambahan idea yang kita perolehi. Dengan aktiviti yang sebegini dijangka dapat mendorong pelajar untuk berfikir cara penyelesaian yang terbaik kepada masalah yang dihadapi.

Terdapat enam titik permulaan yang membentuk peta pemikiran iaitu peta yang berbentuk visual, mempunyai rangkaian kolaborasi antara satu maklmat dengan maklumat yang lain, boleh mencetuskan kemahiran berfikir, mencetuskan teknik penyoalan yang reflektif, boleh membangunkan kecenderungan peribadi seseorang individu serta dapat menggalakkan pembentukan persekitaran berfikir secara sihat.

(3)

700

Merujuk kepada KPM (2013), peta pemikiran telah menggabungkan proses pembelajaran secara kognitif dan persembahan maklumat secara visual dalam bentuk grafik. Sehubungan dengan itu, apabila pendekatan keseluruhan sekolah dilaksanakan, penggunaan peta pemikiran telah menyediakan satu cara berfikir yang konsisten untuk guru menyampaikan maklumat dan murid belajar dan mengingat. Tambahan, peta pemikiran bukan kurikulum yang baru, tetapi merupakan alat berfikir yang membolehkan guru menyampaikan kurikulum yang sedia ada dalam bentuk yang lebih bermakna.

Peta pemikiran membolehkan murid untuk memahami kemahiran kognitif yang abstrak melalui bentuk visual yang konkrit. Peta pemikiran dilihat dapat digunakan untuk menggabungjalinkan fakta yang kompleks, diimplementasikan oleh semua guru dalam semua bidang kandungan serta didasari oleh lapan kemahiran kognitif. Antara jenis peta pemikiran yang boleh diaplikasikan semasa proses pengajaran dan pembelajaran adalah seperti peta bulatan, peta buih, peta buih berganda, peta pokok, peta dakap, peta alir, peta pelbagai alir dan peta titi. Pembelajaran yang lebih berkesan bukan sahaja bergantung kepada arahan yang merangsang daripada guru, malah yang lebih penting ialah memberi peluang kepada murid untuk belajar secara kendiri (KPM 2013).

Taksonomi Bloom adalah merupakan sistem pengelasan matlamat-matlamat pendidikan untuk membantu khususnya guru-guru, pentadbir, pakar-pakar professional dan penyelidik untuk membincangkan masalah-masalah kurikulum dan penilaian dalam pendidikan dengan lebih jitu (Amer 2006). Bloom mengelaskan kurikulum kepada enam kategori domain kognitif yang meliputi pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian (Krathwohl 2002).

Menurut Azraai dan Othman (2015), berdasarkan kajian yang telah dijalankan, mereka menjelaskan bahawa Taksonomi Bloom telah digunakan sebagai asas dalam menentukan apakah tahap sebenar pengajaran dan pembelajaran yang digariskan dalam kurikulum kimia organik matrukulasi. Taksonomi Bloom juga merupakan alat yang lebih jitu untuk perancangan kurikulum, penyampaian pengajaran dan pembelajaran dan pelaksanaan nilai.

Ini menunjukkan bahawa kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) mempunyai perkaitannya dengan aras-aras berfikir dalam taksonomi Bloom. Guru perlu menyediakan kaedah pengajaran dan pembelajaran dan aktiviti-aktiviti dalam bilik darjah yang mampu untuk mengasah kemahiran berfikir pelajar seterusnya boleh mendorong pelajar untuk menjana pemikiran yang berinovasi dan berdaya saing sesama mereka. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran, KBAT sangat dititikberatkan supaya pelajar dapat membudayakan dan memupuk kemahiran yang kreatif dan kritis.

Selaras dengan aspirasi yang telah tercatat dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2015 yang mana menitikberatkan budaya kemahiran berfikir yang berinovasi dalam diri setiap pelajar. Oleh yang demikian, guru sebagai pemacu kepada keberhasilan murid dalam sistem pendidikan di Malaysia seharusnya memantapkan lagi asas kemahiran berfikir dalam diri guru itu sendiri. Ini kerana menurut Tengku Fairus (2015) dalam kajiannya mendapati bahawa proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah masih di aras rendah yang mana kurang dan tidak menyokong penguasaan kemahiran berfikir oleh murid.

(4)

701

Rajah 1.1 : Kerangka teori

Sumber rujukan: Syahida Nadia Zakaria. 2015. KESAN PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME DAN PENDEKATAN TRADISIONAL DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KOMPONEN SASTERA MELAYU. Jurnal

Pendidikan Bahasa Melayu – JPBM (Malay Language Education Journal – MyLEJ) ISSN: 2180-4842. Vol. 5, Bil. 2 (Nov 2015): 53-60, 5(Mei), 53–60.

Proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) haruslah menarik supaya murid tidak berasa cepat bosan semasa belajar. Guru perlu merangsang suasana PdP yang kreatif dan inovatif agar dapat menarik minat murid untuk belajar serta boleh mengembangkan minda murid untuk berfikir secara kreatif dan kritis. Teori konstruktivisme merupakan teori pembelajaran yang menggalakkan murid pemglibatan murid secara aktif dalam PdP sekaligus mendorong kepada keberhasilan pencapaian murid. Murid yang aktif dilihat mempunyai kecergasan fizikal dan kecerdasan mental yang maksimum.

Sehubungan itu, teori konstruktivisme mendorong murid untuk membina pengetahuan mereka sendiri. Sebelum proses PdP bermula, murid seharusnya telah membuat pembacaan awal tentang sesuatu topik yang bakal dipelajari kelak supaya mereka mendapat gambaran atau idea terhadap topik itu berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Apabila seseorang murid itu dapat membina pengetahuannya sendiri, ini menunjukkan bahawa murid itu mempunyai kemahiran berfikir yang kreatif dan inovatif.

Selain itu, teori konstruktivisme juga menjana pemikiran murid untuk memiliki idea dan pengetahuan asas tentang sesuatu perkara. Murid mendidik mindanya untuk kerap berfikir pada aras yang tertinggi bagi menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi. Pendekatan yang digunakan dalam teori ini menentukan sama ada PdP sesuatu mata pelajaran itu berkesan atau sebaliknya.

Guru turut dilihat sebagai fasilitator dalam pembinaan pengetahuan murid menerusi teori konstruktivisme ini. Kaedah pembelajaran yang berpusatkan murid ini dapat menggalakkan murid untuk menyesuaikan pengetahuan yang sedia ada dengan pengetahuan yang diterima bagi membentuk pengetahuan yang baru. Guru juga hanya sebagai penyedia medium kepada murid untuk menjana pengetahuan yang baru.

Teori

Konstruktivisme

Murid memiliki

idea dan

pengetahuan asas

Guru sebagai

fasilitator dalam

pembinaan

pengetahuan murid

Pengetahuan dibina

oleh murid

Proses pembinaan

pengetahuan

melibatkan aspek

sosial

(5)

702

Rajah 1.2 : Kerangka konsep

Kajian dijalankan untuk menyelesaikan sesuatu permasalahan yang dihadapi. Kajian ini dilakukan untuk mengatasi masalah proses PdP yang kurang menarik dan kurang memberi impak kepada pelajar. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh Wong dan Amir Hamzah (2012) mendapati bahawa kaedah pembelajaran konvensional atau dikenali sebagai kaedah pembelajaran tradisional di mana guru menyampaikan nota pelajaran yang terlalu panjang. Hal ini telah menyebabkan pelajar cepat hilang fokus dan bosan serta cepat lupa akan isi pelajaran yang dipelajari.

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Rosnidar et al. (2015), menyatakan bahawa guru perlu menggunakan kaedah PdP yang bersesuaian dengan objektif pembelajaran yang hendak disampaikan kepada pelajar. Sehubungan itu, guru juga perlu menggalakkan pelajar melakukan aktiviti yang memerlukan mereka untuk berfikir secara kreatif dan kritis semasa proses PdP.

Aspek seterusnya dapat dirumuskan menerusi kajian A.Rahman, Jamaludin dan Zamri (2015) yang berpendapat bahawa guru tidak menekankan kemahiran berfikir kepada pelajar dalam proses PdP. Guru hanya mahu mengejar sukatan pelajaran yang perlu dihabiskan dalam tempoh yang tertentu. Selain itu, guru juga dilihat kurang mendorong pelajar untuk mengamalkan kemahiran berfikir aras tinggi dalam aktiviti semasa proses PdP (Hadi, 2012).

Penyelesaian yang seharusnya diambil bagi mengatasi masalah yang dihadapi adalah dengan mengimplementasikan peta pemikiran i-Think dalam proses PdP. Dengan adanya penggunaan peta pemikiran i-Think semasa proses PdP, pelajar akan lebih mudah untuk

Kaedah Pembelajaran Konvensional

Nota pelajaran terlalu panjang

Pelajar cepat bosan dan lupa akan

isi pelajaran

(Wong dan Amir Hamzah, 2012)

Kaedah Pengajaran & Pembelajaran

Perlu bersesuaian dengan objektif

Perlu

menggalakkan

pelajar

berfikir secara kreatif dan kritis

(Rosnidar et al. 2015)

Suasana Pengajaran & Pembelajaran

Guru

tidak

menekankan

kemahiran berfikir

(A.Rahman, Jamaludin dan Zamri,

2015)

Guru

kurang

mengamalkan

kemahiran berfikir aras tinggi

dalam aktiviti semasa proses PdP

(Hadi, 2012)

Peta Pemikiran i-Think

Memudahkan pelajar

untuk

memahami

konsep

Pelajar dapat analisis

masalah

Pelajar boleh mencari

penyelesaian masalah

(Rosnidar et al. 2015)

(6)

703

memahami konsep sesuatu topik yang dipelajari, menggalakkan pelajar untuk berfikir dan membuat analisis kepada masalah dihadapi sekaligus menemukan pelajar dengan jalan penyelesaian kepada masalah yang dirintangi (Rosnidar et al. 2015)

Rohaida Yusop dan Zamri Mahamod (2015) dalam kajiannya untuk mengkaji keberkesanan peta pemikiran i-Think guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan pencapaian penulisan Bahasa Melayu murid Tahun 6. Kajian ini melibatkan 60 orang murid di sebuah sekolah di Batu Pahat. Kumpulan murid eksperimen terdiri daripada 30 orang murid begitu juga dengan kumpulan kawalan terdiri daripada 30 orang murid. Hasil kajian mendapati bahawa penggunaan teknik peta pemikiran dalam pengajaran kemahiran menulis memberi kesan terhadap pencapaian murid. Disamping itu, penggunaan peta pemikiran sebagai satu kaedah baharu yang dapat merangsang murid untuk berfikir aras tinggi seterusnya menjadiakn pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malayu lebih menarik.

Kajian yang dijalankan oleh Rosnidar et al. (2015) Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti keberkesanan penggunaan i-Think terhadap pencapaian dan minat murid dalam tajuk sifat bahan, Sains Tahun 4. 60 orang pelajar dipilih secara rawak dan dibahagikan kepada kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan menerusi kajian ini. Dapatan kajian yang diperolehi menunjukkan bahawa pelajar memahami peta pemikiran i-Think dengan lebih jelas dan secara tidak langsung dapat menarik minat pelajar untuk belajar dan meningkatkan pencapaian pelajar.

Nik Harmi et al. (2014) di dalam kajiannya untuk mengkaji sejauh mana keberkesanan kaedah peta pemikiran (i-Think) yang digunakan oleh guru semasa proses PnP berjalan bagi meningkatkan pencapaian murid. Kajian ini juga melihat sikap, kesediaan dan penerimaan murid Tingkatan 4 terhadap pembelajaran Komsas dengan menggunakan peta pemikiran. Responden kajian ini melibatkan 68 orang murid sebuah sekolah menengah di daerah Pasir Puteh, Kelantan. Murid kumpulan eksperimen terdiri daripada 33 orang murid dan murid kumpulan kawalan pula terdiri daripada 35 orang murid. Hasil analisis data menunjukkan bahawa peta pemikiran mempengaruhi dan menyumbang kepada pencapaian, sikap, kesediaan dan pemerimaan murid dalam PnP Komsas. Tambahan, dengan menggunakan peta pemikiran sebagai satu kaedah yang baharu dan efektif kepada murid-murid bagi meningkatkan minat dan kesan yang lebih mendalam untuk mempelajari Komsas.

Kajian yang dijalankan oleh Rosnidar et al. (2015) Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti keberkesanan penggunaan i-Think terhadap pencapaian dan minat murid dalam tajuk sifat bahan, Sains Tahun 4. 60 orang pelajar dipilih secara rawak dan dibahagikan kepada kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan menerusi kajian ini. Dapatan kajian yang diperolehi menunjukkan bahawa pelajar memahami peta pemikiran i-Think dengan lebih jelas dan secara tidak langsung dapat menarik minat pelajar untuk belajar dan meningkatkan pencapaian pelajar.

Lim (2012) dalam kajiannya untuk mengkaji kesan penggunaan peta minda ke atas tiga orang murid Tahun Empat Intan di SK Cemerlang dalam meningkatkan kefahaman dan ingatan di samping meningkatkan minat dan motivasi mereka dalam belajar Sains. Kajiannya melibatkan pengkaji dan tiga orang murid Tahun Empat Intan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kaedah penggunaan peta minda berjaya membantu ketiga-tiga responden dalam meningkatkan kefahaman dan ingatan di samping meningkatkan minat dan motivasi mereka dalam belajar Sains.

Kajian yang dilaksanakan oleh Amy Ng (2012) bertujuan meningkatkan kefahaman murid dalam konsep Sains melalui peta minda di samping meningkatkan daya ingatan dan minat murid dalam mempelajari Sains. Kajian ini melibatkan lima orang murid 4M yang belajar di SK Rose, Kuching. Hasil kajian mendapati penggunaan peta minda dapat meningkatkan kefahaman dan minat murid tetapi kurang dapat memetakan minda murid dalam jangka masa yang panjang.

(7)

704

Kajian yang dijalankan oleh Amanda (2012) untuk menilai sejauh mana keberkesanan kaedah peta minda dalam meningkatkan kefahaman murid tentang konsep Sains “Methods of Dispersal of Seeds and Fruits”. Sampel kajian terdiri daripada lapan orang murid Tahun Lima. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kaedah peta minda sangat berkesan dalam meningkatkan kefahaman murid tentang konsep Sains “Methods of Dispersal of Seeds and Fruits”.

Lim (2012) dalam kajiannya untuk mengkaji kesan penggunaan peta minda ke atas tiga orang murid Tahun Empat Intan di SK Cemerlang dalam meningkatkan kefahaman dan ingatan di samping meningkatkan minat dan motivasi mereka dalam belajar Sains. Kajiannya melibatkan pengkaji dan tiga orang murid Tahun Empat Intan. Dapatan kajian menunjukkkan bahawa kaedah penggunaan peta minda berjaya membantu ketiga-tiga responden dalam meningkatkan kefahaman dan ingatan di samping meningkatkan minat dan motivasi mereka dalam belajar Sains.

Kajian yang dilaksanakan oleh Amy Ng (2012) bertujuan meningkatkan kefahaman murid dalam konsep Sains melalui peta minda di samping meningkatkan daya ingatan dan minat murid dalam mempelajari Sains. Kajian ini melibatkan lima orang murid 4M yang belajar di SK Rose, Kuching. Hasil kajian mendapati penggunaan peta minda dapat meningkatkan kefahaman dan minat murid tetapi kurang dapat memetakan minda murid dalam jangka masa yang panjang.

METODOLOGI

Bahagian ini membincangkan metodologi kajian terhadap peta pemikiran i-Think terhadap skor pencapaian dan minat pelajar Kolej Vokasional dalam mata pelajaran Sains. Perbincangan merangkumi reka bentuk kajian, responden kajian, instrumen kajian dan penganalisisan data.

Reka bentuk kajian

Kajian ini adalah berbentuk kuasi eksperimental untuk melihat kesan peta pemikiran i-Think terhadap skor pencapaian dan minat pelajar Kolej Vokasional dalam mata pelajaran Sains. Melalui reka bentuk kuasi eksperimental, responden kajian dipilih bukan secara rawak bagi dua kumpulan kajian iaitu kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen. Pemilihan responden secara rawak tidak dapat dilakukan dalam menjalankan kajian berbentuk kuasi eksperimental kerana ketidaksesuaian keadaan (Campbell dan Stanley, 1963)

Responden kajian

Kajian ini melibatkan 60 orang pelajar di sebuah Kolej Vokasional di utara. Pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu 30 orang pelajar dalam kumpulan kawalan yang diajar dengan kaedah pembelajaran konvensional dan 30 orang pelajar lagi dalam kumpulan eksperimen diajar dengan menggunakan peta pemikiran i-Think .

Instrumen kajian

Terdapat dua instrumen yang digunakan dalam kajian ini iaitu soal selidik minat pelajar terhadap kaedah pengajaran dalam mata pelajaran Sains dan ujian pencapaian. Soal selidik ini telah diadaptasi daripada Nur Farhanah (2011) dan Wong dan Amir Hamzah (2012) bagi mengukur minat pelajar terhadap kaedah pengajaran mata pelajaran Sains. Soal selidik kajian ini mengandungi 4 bahagian yang mengandungi 24 item likert seperti dalam jadual di bawah. Bahagian A meliputi demografi responden (umur, jantina, dan bangsa), bahagian B merujuk kepada minat pelajar terhadap kaedah pengajaran guru, bahagian C melihat kepada minat pelajar terhadap penggunaan peta pemikiran i-Think dan bahagian D menjurus kepada minat pelajar terhadap kaedah pembelajaran konvensional

(8)

705

Jadual 1: Skala minat pelajar terhadap kaedah pengajaran dalam mata pelajaran Sains

SKALA TAHAP

1 Sangat tidak setuju

2 Tidak setuju

3 Tidak pasti

4 Setuju

5 Sangat setuju

Sumber: Fraser (1981)

Ujian pencapaian diberikan untuk mengukur tahap pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sains hasil daripada kaedah pembelajaran menggunakan peta pemikiran i-Think dan kaedah pembelajaran konvensional. Terdapat 20 soalan objektif dan dua soalan struktur yang dihasilkan oleh pengkaji sendiri berdasarkan buku rujukan dan buku teks yang berkaitan dengan topik yang ingin diuji.

Pengumpulan data

Kajian ini melibatkan dua orang guru Sains untuk menjalankan pengajaran bagi dua kumpulan pelajar iaitu kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen. Pelajar dalam kumpulan kawalan menerima pembelajaran secara konvensional dengan menggunakan kaedah slaid, manakala pelajar dalam kumpulan eksperimen pula menerima pembelajaran menggunakan kaedah peta pemikiran i-Think. Sebelum kajian dijalankan, kedua-dua kumpulan diberikan ujian pra dan ujian pos diberikan selepas kajian dijalankan. Kedua-dua kumpulan kawalan dan rawatan menerima jumlah masa pengajaran yang sama iaitu selama empat minggu. Bagi mengukur sejauh mana kesan kaedah pengajaran dalam mata pelajaran Sains boleh meningkatkan minat pelajar dalam Sains, borang soal selidik diedarkan kepada pelajar.

Penganalisaan data

Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif. Data dianalisis menggunakan program Statistical Package for Social Science (SPSS). Data yang diperolehi dianalisis secara statistik inferensi untuk melihat perkaitan antara pemboleh ubah bersandar dan pemboleh ubah bebas. Ujian T digunakan untuk melihat keberkesanan peta pemikiran i-Think terhadap skor pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sains berbanding menggunakan kaedah pembelajaran konvensional. Selain itu, pekali Korelasi juga digunakan untuk melihat hubungan antara pencapaian pelajar dengan minat pelajar terhadap pembelajaran yang menggunakan peta pemikiran i-Think.

Kesahan dan kebolehpercayaan

Menurut Rosnidar et al. (2015) kesahan dan kebolehpercayaan instrumen amat penting bagi mempertahankan kejituan instrumen daripada terdedah kepada kecacatan. Pengkaji menggunakan soal selidik yang digunakan oleh Nur Farhanah (2011) dan Wong dan Amir Hamzah (2012) untuk mengkaji minat pelajar terhadap peta pemikiran i-Think serta sedikit pengubahsuaian dibuat.

Pekali Cronbach Alpha digunakan untuk menguji soalan soal selidik minat bagi memastikan tahap kebolehpercayaan setiap item yang digunakan dalam kajian ini adalah tinggi selepas kajian rintis dilaksanakan. Soalan soal selidik yang stabil iaitu mencapai nilai 0.5 atau > 0.5 akan dipilih sebagai item soal selidik dalam kajian ini (Rosnidar et al. 2015).

Menurut Sakeran (1992) dalam Rosnidar et al. (2015) menyatakan bahawa semakin tinggi tahap kebolehpercayaan item soal selidik sekiranya nilai Cronbach Alpha menghampiri kepada 1.0. Nilai pekali korelasi dianggap kecil antara 0.10 hingga 0.29, nilai pekali korelasi

(9)

706

antara 0.30 hingga 0.49 dianggap sederhana dan nilai pekali korelasi dianggaap tinggi antara 0.50 hingga 1.00.

Kebolehpercayaan secara keseluruhan bagi soalan soal selidik oleh Rosnidar et al. (2015) bersamaan α = 0.523 sama seperti kebolehpercayaan soalan soal selidik yang dibina oleh Nur Farhanah (2011). Kejituan alat pengukur yang boleh dipercayai serta nilai Cronbach Alpha instrumen yang tinggi menunjukkan bahawa soal selidik yang dibina menepati objektif kajian dan mudah difahami oleh murid.

Kajian rintis

Rosnidar et al. (2015) menjelaskan kajian rintis dijalankan untuk memenuhi beberapa tujuan iaitu menguji kefahaman responden terhadap stuktur ayat dan item-item tertentu dalam soal selidik ini di samping meninjau masalah yang akan timbul sebelum kajian sebenar dilaksanakan.

Kajian rintis juga penting untuk mengenalpasti sama ada ciri-ciri item soal selidik yang perlu dikekalkan dan juga yang dibuat pengubahsuaian. Kajian rintis dijalankan dengan mengedarkan soal selidik kepada 30 orang pelajar sebelum soal selidik sebenar diedarkan kepada subjek kajian.

Konstruk item soal selidik yang dibina oleh pengkaji lebih menjurus kepada minat murid terhadap kaedah pembelajaran yang dijalankan iaitu keadah peta pemikiran i-Think dan keadah pembelajaran secara konvensional menggunakan slaid.

DAPATAN

Analisis telah dijalankan bagi melihat aspek skor pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sains dan minat pelajar terhadap kaedah pembelajaran iaitu secara peta pemikiran i-Think dan pembelajaran konvensional.

Ujian Pencapaian

Ujian pencapaian telah dilaksanakan bagi kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen dalam ujian pra dan ujian pasca untuk melihat kesan peta pemikiran i-Think terhadap skor pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sains. Ujian pencapaian ini meliputi konsep Sains yang perlu diketahui oleh pelajar bagi topik yang ingin diuji. Berikut adalah hipotesis bagi kajian ini:

Ho1 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap skor pencapaian pelajar dalam ujian pra bagi kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen.

Ha1 : Terdapat perbezaan yang signifikan terhadap skor pencapaian pelajar dalam ujian pra bagi kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen.

Berdasarkan Jadual 2, menunjukkan analisis ujian pra bagi skor pencapaian dalam mata pelajaran Sains kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen menunjukkan bahawa skor min bagi kumpulan kawalan ialah 2.20 dan sisihan piawai ialah 0.664, manakala skor min bagi kumpulan eksperimen ialah 2.53 dan sisihan piawai ialah 1.137. Jika dilihat pada ujian-t terhadap skor pencapaian ujian pra, pengkaji mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap skor pencapaian pelajar dalam ujian pra antara kumpulan kawalan dengan kumpulan eksperimen, t (58) = -1.387 dan p = 0.172 (signifikan jika p < 0.05). Perbezaan skor min antara kumpulan kawalan dengan kumpulan eksperimen ialah 0.33. Dengan berpandukan dapatan yang diperolehi, hipotesis Ha1 yang menyatakan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan terhadap skor pencapaian pelajar dalam ujian pra bagi kumpulan kawalan dan

(10)

707

kumpulan eksperimen ditolak. Keputusan ini menunjukkan tahap penguasaan pelajar dalam mata pelajaran Sains adalah setara.

Jadual 2: Analisis Ujian T skor pencapaian pelajar dalam ujian pra bagi kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen

Kumpulan Min Beza Min Sisihan

Piawai

Nilai t p

Kawalan 2.20 0.33 0.664 -1.387 0.172

Eksperimen 2.53 1.137

p > 0.05

Ho2 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap skor pencapaian pelajar dalam ujian pasca bagi kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen.

Ha2 : Terdapat perbezaan yang signifikan terhadap skor pencapaian pelajar dalam ujian pasca bagi kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen.

Berdasarkan Jadual 3, menunjukkan analisis ujian pra bagi skor pencapaian dalam mata pelajaran Sains bagi kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen menunjukkan bahawa skor min bagi kumpulan kawalan ialah 1.23 dan sisihan piawai ialah 0.504, manakala skor min bagi kumpulan eksperimen ialah 1.77 dan sisihan piawai ialah 0.817. Jika dilihat pada ujian-t terhadap skor pencapaian ujian pra, pengkaji mendapati terdapat perbezaan yang signifikan terhadap skor pencapaian pelajar dalam ujian pra antara kumpulan kawalan dengan kumpulan eksperimen, t(58) = -3.043 dan p = 0.004 (signifikan jika p < 0.05). Perbezaan skor min antara kumpulan kawalan dengan kumpulan eksperimen ialah 0.54. Hasil daripada dapatan yang diperolehi, pengkaji menerima hipotesis Ha2 yang menyatakan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dalam skor pencapaian pelajar dalam ujian pasca bagi kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen.

Jadual 3: Analisis Ujian T skor pencapaian pelajar dalam ujian pasca bagi kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen

Kumpulan Min Beza Min Sisihan

Piawai

Nilai t p

Kawalan 1.23 0.54 0.504 -3.043 0.004

Eksperimen 1.77 0.817

p < 0.05

Dengan berdasarkan Jadual 2 dan Jadual 3, jelas menunjukkan bahawa perbezaan skor pencapaian dalam ujian pasca antara kedua-dua kumpulan. Kaedah pembelajaran secara konvensional tidak banyak membantu dalam meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sains.

Minat Terhadap Kaedah Pengajaran Sains

Soal selidik minat pelajar terhadap kaedah pengajaran dalam mata pelajaran Sains telajh dijalankan kepada kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen. Berikut merupakan hipotesis ketiga bagi kajian ini:

Ho3 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan minat pelajar terhadap kaedah pengajaran Sains bagi kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen.

(11)

708

Ha3 : Terdapat perbezaan yang signifikan minat pelajar terhadap kaedah pengajaran Sains bagi kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen.

Berpandukan Jadual 4, menunjukkan analisis minat pelajar terhadap kaedah pengajaran Sains bagi kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen menunjukkan bahawa skor min bagi kumpulan kawalan ialah 24.17 dan sisihan piawai ialah 4.885, manakala skor min bagi kumpulan eksperimen ialah 27.50 dan sisihan piawai ialah 5.077. Jika dilihat pada ujian-t minat pelajar terhadap kaedah pengajaran Sains, pengkaji mendapati terdapat perbezaan yang signifikan minat pelajar terhadap kaedah pengajaran Sains antara kumpulan kawalan dengan kumpulan eksperimen, t(58) = 2.591 dan p = 0.012 (signifikan jika p < 0.05). Perbezaan skor min antara kumpulan kawalan dengan kumpulan eksperimen ialah 3.33. Hasil daripada dapatan yang diperolehi, pengkaji menerima hipotesis Ha3 yang menyatakan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan minat pelajar terhadap kaedah pengajaran Sains bagi kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen.

Jadual 4: Analisis Ujian T minat pelajar terhadap kaedah pengajaran Sains bagi kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen

Kumpulan Min Beza Min Sisihan

Piawai Nilai t p Kawalan 24.17 3.33 4.885 2.591 0.012 Eksperimen 27.50 5.077 p < 0.05 PERBINCANGAN

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti keberkesanan penggunaan peta pemikiran i-Think terhadap skor pencapaian dan minat pelajar Kolej Vokasional dalam mata pelajaran Sains. Hasil dapatan daripada analisis data jelas menunjukkan bahawa penggunaan peta pemikiran i-Think dapat meningkatkan skor pencapaian pelajar Kolej Vokaisonal dalam mata pelajaran Sains di samping dapat meningkatkan minat pelajar dalam mata pelajaran Sains berbanding kaedah pembelajaran konvensional.

Hasil analisis data skor pencapaain pelajar dalam ujian pra bagi kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen adalah setara. Ini adalah kerana responden bagi kedua-dua kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen memiliki prestasi akademik yang sederhana dalam mata pelajaran Sains. Oleh yang demikian, tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap skor pencapaian pelajar dalam ujian pra bagi kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen. Pengetahuan asas pelajar Kolej Vokasional dalam matapelajaran Sains adalah sederhana. Ini kerana pelajar Kolej Vokasional lebih berminat untuk belajar subjek kemahiran berbanding subjek akademik.

Pengkaji turut membuat perbandingan terhadap skor pencapaian pelajar dalam ujian pasca antara kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen. Hasil dapatan membuktikan bahawa skor pencapaian pelajar daripada kumpulan eksperimen adalah lebih tinggi berbanding skor pencapaian pelajar daripada kumpulan kawalan iaitu perbezaan min sebanyak 0.54. Peningkatan ini adalah pada tahap yang sederhana. Dapatan ini di sokong oleh Abdul Rasid, Martini dan Azhar (2017), menyatakan bahawa walaupun peningkatan skor pencapaian pelajar adalah pada tahap sederhana, namun pelajar menunjukkan perubahan tingkah laku yang positif. Guru menekankan pembelajaran yang berpusatkan pelajar yang mana pelajar boleh memberikan idea sendiri dan menggunakan pengalaman konkrit dalam membantu pelajar untuk belajar bahasa.

Selain itu, kefahaman dan skor pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sains meningkat setelah menggunakan peta pemikiran i-Think dalam pembelajaran dan secara tidak langsung dapat menambahkan tahap kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) pelajar di Kolej Vokasional. Penggunaan peta minda memudahkan seseorang untuk merangka sesuatu,

(12)

709

membuat catatan, merangka aktiviti dan mengingati peristiwa yang dialami. Pelajar juga lebih bersikap positif terhadap pembelajaran walaupun dilaksanakan dalam jangka masa pendek (Shahabuddin, Mahani dan Ramlah, 2007).

Peta minda yang digunakan dalam proses PdP mampu menarik minat dan tumpuan pelajar untuk meneruskan pembelajaran di dalam bilik darjah. Penggunaan peta minda sebagai alat berfikir dalam kalangan murid dapat mewujudkan persekitaran yang bernilai global, interaktif, demokratif dan berkebolehan dalam menggalakkan pelajar untuk berfikir dalam meningkatkan prestasi pencapaian mereka (Khan, 2006)

Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Anita (2009), menjelaskan terdapat perbezaan yang ketara dari aspek sikap dengan pencapaian pelajar. Kajian yang dijalankan menggunakan pengajaran pembelajaran koperatif menunjukkan keputusan yang positif yang mana pencapaian dan sikap murid dapat diubah dengan aktiviti menukar kaedah pembelajaran yang kerap digunakan oleh pelajar. Dalam mata pelajaran Sains, penggunaan peta pemikiran i-Think adalah sangat penting sebagai alat berfikir ketika sesi pengajaran dan pembelajaran. Selaras dengan kajian Yahya dan Azmey (2012), menyatakan guru perlu mengaplikasikan pelbagai strategi pengajaran sebagai contoh penggunaan peta minda untuk meningkatkan pencapaian pelajar serta dapat menarik minat pelajar untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran.

Seterusnya, pengkaji turut membuat perbandingan ke atas minat pelajar terhadap kaedah pengajaran yang dilaksanakan bagi kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen. Analisis yang dijalankan menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan minat pelajar terhadap kaedah pengajaran Sains bagi kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen. Dapatan ini dikukuhkan lagi dengan kajian Sidek dan Rahim (2012) yang mana amalan pengajaran guru melalui peta pemikiran telah merubah tingkah laku pelajar kepada lebih positif dan tekun walaupun dipraktikkan dalam masa yang singkat. Secara tidak langsung pembelajaran yang dialami oleh pelajar adalah lebih berkualiti dan bermakna walaupun sesi pembelajaran berlangsung dalam tempoh waktu yang terhad.

KESIMPULAN

Hasil kajian dan analisis data yang diperolehi daripada kajian ini, suatu kesimpulan dapat dibentuk bahawa penggunaan peta pemikiran i-Think dalam pengajaran dan pembelajaran dapat membantu pelajar dalam meningkatkan skor pencapaian dan minat pelajar dalam mata pelajaran Sains dan juga meningkatkan KBAT dalam kalangan pelajar. Motivasi daripada guru juga turut menyumbang kepada peningkatan prestasi pelajar dan pelajar lebih bermotivasi untuk tekun dan bersungguh-sungguh dalam pembelajaran.

Penggunaan peta pemikiran i-Think dapat membantu pelajar untuk memahami suatu konsep Sains, menganalisis masalah dan mencari penyelesaian kepada maslah yang dihadapi. Hasil kajian ini dapat dijadikan sebagai panduan kepada pihak sekolah, para guru dan juga pihak yang berkepentingan dalam merancakkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran terutamanya dalam mata pelajaran Sains. Pembelajaran dengan menggunakan peta pemikiran i-Think dilihat dapat memudahkan sesi PdP guru disamping dapat meningkatkkan minat dan motivasi pelajar untuk belajar mata pelajaran Sains. Proses pemikiran berlaku secara kreatif dan kritis sewaktu pelajar menyelesaikan suatu permasalahan dalam mata pelajaran Sains.

Peta pemikiran sebagai alat untuk berfikir juga dilihat dapat meningkatkan daya ingatan pelajar seterusnya memudahkan pelajar untuk memahami suatu isi pelajaran dengan lebih cepat. Pelajar turut mempamerkan sikap yang lebih positif terhadap pembelajaran Sains. Warga pendidik seharusnya mempunyai kaedah pengajaran yang menarik dan efektif serta berkesan bagi melahirkan para pelajar yang yang berwawasan dan berdaya saing pada masa hadapan.

(13)

710

RUJUKAN

Abdul Rasid Jamian, Martini Misdon & Azhar Md. Sabil. 2017. PENGGUNAAN PETA PEMIKIRAN I-THINK DALAM PEMAHAMAN KOMSAS BAHASA MELAYU. Jurnal Pendidikan Malaysia 42(1)(2017): 51-59

Aly Amer. 2006. Reflections on Bloom’s Revised Taxonomy. Electronic Journal of Research in Educational Psychology, 4(1), 213–230.

Amanda Ting Tii. 2012. Penggunaan Peta Minda Dalam Meningkatkan Kefahaman Murid Tahun 5 Bagi Menguasai Konsep Sains. Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP SN amb. Januari 2009, (September), 1–15.

Amy Ng Wei Ting. 2011. Meningkatkan Kefahaman Murid Dalam Konsep Sains Melalui Penggunaan Peta Minda (What’s On My Mind). Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP SN amb. Januari 2009, (September 2012), 16–30.

A. Rahman Haron, Jamaludin Badusah & Zamri Mahamod. 2015. KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) DALAM SALAK DIDIK DENGAN ELEMEN NYANYIAN DAN ELEMEN PANTUN (Higher Order Thinking Skills (HOTS). Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu – JPBM (Malay Language Education Journal – MyLEJ) ISSN: 2180-4842. Vol. 5, Bil. 1 (Mei 2015): 53-60, 5(Mei), 53–60.

Bahagian Pembangunan Kurikulum. 2012. Buku Panduan Program i-THINK. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Bahagian Pembangunan Kurikulum. 2013. Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran. Kurikulum Standard Sekolah Rendah Sains Tahun 3. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia

Campbell, D.T. & Stanley, J.C. 1963. Experimental and Quasiexperimental Designs for Research.

Chicago: Rand Mac Nally and Company

Krathwohl David R. 2002. A Revision of Bloom’s Taxonomy: An Overview. Theory Into Practice, 41(4), 212–218. doi:10.1207/s15430421tip4104

Lim Kui Lik. 2012. Penggunaan Peta Minda Dalam Meningkatkan Kefahaman Dan Ingatan Murid Tahun 4 Dalam Subjek Sains. Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL, (September), 31–45.

Muhamad Sidek Said. 2013. Aplikasi menggunakan ‘thinking map’ dalam program praktikum KPLD Di Tadika YAyasan Islam Terengganu, Seberang Takir, Kuala Terengganu. Kertas kerja dibentangkan di Seminar Kajian Tindakan Peringkat Kebangsaan, Tanjung Vista Hotel, Kuala Terangganu, 23-25 April 2013

Norakma Mohd Daud, Abdul Razak Bin Ahmad & NoriaMunirah Binti Yakub. 2015. PEMBELAJARAN BERTERASKAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) DI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATA PELAJARAN SEJARAH. Proceeding: 7th International Seminar on Regional Education. Vol 1, (Nov 2015)1, 352–360.

Nur Farhanah Mohd Amin.2011. Keberkesanan Kaedah Nyanyian dalam Meningkatkan Ingatan Murid Tahun 5 Bagi Tajuk ‘Kitaran Air’. Kuala Terengganu: Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail. http://ipgmkdri.edu.my/ibrahim/sampel4.pdf (11 Mei 2017)

Rohaida Yusop & Zamri Mahamod. 2015. KEBERKESANAN PETA PEMIKIRAN ( I-THINK ) DALAM MENINGKATKAN PENCAPAIAN PENULISAN BAHASA MELAYU MURID TAHUN 6 (The Effectiveness of i-Think to Improve the Achievement Writing in Malay Language among Year 6 Students). Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu – JPBM (Malay Language Education Journal – MyLEJ), 5, 31–37. Rosnidar Mansor, Haeidatul Nashrah Hassan, Norazilawati Abdullah & Nik Azmah Nik

Yussuf. 2015. KEBERKESANAN PENGGUNAAN I-THINK TERHADAP PENCAPAIAN DAN MINAT MURID DALAM TAJUK SIFAT BAHAN, SAINS TAHUN 4 5(2):98–116.

(14)

711

Said, M., Kadir, P., & Hitam, M. (2013). Penilaian Pelaksanaan Program i-THINK: Satu Pengenalan. Ejurnal.Ipgmksm.Edu.My, 1–8.

Shamsazila Sa’aban, Muhammad Faizal Abdul Ghani & Ghazali Darusalam. 2017. PELAKSANAAN PROGRAM i-THINK DI SEKOLAH – WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR: SATU KAJIAN AWAL 4(1):72-106

Sharifah Nor Puteh. 2012. Keprihatinan Guru Bahasa Melayu Dalam Melaksanakan Kemahiran Berfikir Secara Kritis Dan Kreatif. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 2(2): 19–31.

Syahida Nadia Zakaria. 2015. KESAN PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME DAN PENDEKATAN TRADISIONAL DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KOMPONEN SASTERA MELAYU. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu – JPBM (Malay Language Education Journal – MyLEJ) ISSN: 2180-4842. Vol. 5, Bil. 2 (Nov 2015): 53-60, 5(Mei), 53–60.

Tengku Fairus Tengku Hassan. 2015. Tahap kemahiran guru Bahasa melayu dalam menerapkan amalan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) semasa pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Kertas Projek Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Wong Leng Sim & Amir Hamzah Sharaai. 2012. Penggunaan Peta Minda Untuk Meningkatkan Daya Mengingat dan Minat Mengulang Kaji bagi Pelajar Tahun 4 dalam Topik Pembiakan Tumbuhan. Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012, (September), 9–10.

Yahya Othman & Azemy Othman. 2012. KEBERKESANAN PENGGUNAAN PETA MINDA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KARANGAN ARGUMENTATIF DI SEBUAH SEKOLAH MENENGAH ARAB DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KARANGAN ARGUMENTATIF DI SEBUAH SEKOLAH MENENGAH ARAB. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu – JPBM (Malay Language Education Journal – MyLEJ), 2, 32–45.

Zamri Mahamod. 2012. Inovatif P&P dalam pendidikan Bahasa Melayu. Tanjung Malim:

Referensi

Dokumen terkait

Aplikasi Pelaporan Keuangan RW Berbasis Web (Desa Cipagalo) adalah sebuah perangkat lunak berbasis web yang digunakan untuk melakukan pendataan kegiatan, rincian penggunaan anggaran

Padatan yang diperoleh pada fraksi yang terelusi dengan 20% aseton selanjutnya dipisahkan pada kromatografi kolom pada silika gel (230-400 mesh) dengan eluen

Setiap pelanggan tidak perlu mengunduh aplikasi ruang ganti di department store ini, karena untuk mengetahui denah ruang ganti yang kosong dapat dilihat melalui smartphone

Strategi sosialisasi yang dilakukan oleh KPU Kabupaten Malang kepada segmen masyarakat adat ini bila dilihat dari muatan materi sosialisasi yang disampaikan sudah menunjukan

Penggunaan kerangka kerja TOGAF ADM digunakan sebagai acuan dalam merencanakan suatu arsitektur enterprise sistem informasi sehingga dapat dibangun suatu sistem

sistem informasi terdiri dari 20 entitas data dari 37 fungsi bisnis dan 1 aplikasi yang didalam terdapat sub-aplikasi: Penerimaan Siswa Baru, Akademik, Pelepasan

 Pada tahun 2021 perlu dilakukan peningkatan lajur khusus sepeda motor dari lajur khusus marka menerus menjadi lajur khusus dengan pembatas separator atau median pada

Hasil dari penelitian ini menunjukkan bahwa mekanisme jual beli buku lembar kerja siswa (LKS) di MTsN 2 Palangka Raya adalah pihak penerbit melalui guru mata