• Tidak ada hasil yang ditemukan

International Conference on Global Education V Global Education, Common Wealth, and Cultural Diversity

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "International Conference on Global Education V Global Education, Common Wealth, and Cultural Diversity"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

PENGUKUHAN KECERDASAN MENGHADAPI CABARAN (AQ) DALAM ALIRAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DI MALAYSIA

Mohd Effendi

Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Malaysia

Effa Rina Mohd Matore

SMK Khir Johari, Tanjong Malim, Perak, Malaysia

Nor Adila Ahmad

Politeknik Sultan Azlan Shah, Perak, Malaysia

Ahmad Zamri Khairani

Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, Malaysia

Abstract

National Education Philosophy has been a guide for the national education system for a long time, which is intended to develop a balanced and harmonic person in the aspects of physical, emotional, spiritual and intellectual. The emphasis on IQ, EQ and SQ aspects is well established in the national education stream including in the context of the polytechnic. It is time for this country to implement another important quotient in the national education stream, which is adversity quotient or AQ. This type of quotient is able to help students especially in the technical stream such as polytechnic to be more resilient in facing future challenges. Previous studies have shown the tendency of placing AQ at a level similar with related quotients such as IQ, EQ, and SQ, and it is also related to other variables such as academic achievement and performance. Hence, there is a need to study the existence of relationships among quotients to strengthen the position of AQ in the National Education Philosophy (NEP) and Vocational and Technical Education Philosophy (VTEP). Therefore, this conceptual paper analyzes the extent of AQ potential to be associated and equated with other quotients in self-development of polytechnic stream students.

Keywords:Adversity Quotient, AQ, IQ, SQ, EQ, National Education Philosophy

1.0 Pendahuluan

Pendidikan ialah satu proses mengembangkan potensi individu yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Dengan kata lain pendidikan juga satu proses mengembangkan potensi individu yang mengenali diri dan tujuan hidupnya (Hussin Sarju, Rohana Hamzah, & Amirmudin Udin, 2010). Pendidikan membolehkan manusia membangunkan keperibadian, emosi, rohani, potensi fizikal secara sepenuhnya (Yek Lang Yieng & Rohana Hamzah, 2012). Secara asas, pendidikan pada masa kini merupakan perisai terbaik dalam menghadapi persaingan sesama graduan yang semakin sengit bagi merebut tempat dalam pekerjaan. Selain itu, persaingan global yang kian mencabar, kemajuan teknologi yang semakin pesat dan cabaran isu semasa menuntut

(2)

pendidikan teknik vokasional melatih tenaga manusia menjadi lebih berketerampilan, berinovasi, berdaya tahan, berdaya juang dan boleh menyesuaikan diri dengan pelbagai situasi industri dan pekerjaan. PTV bertanggungjawab secara langsung dalam pembangunan tenaga manusia yang berkualiti dan mampu bersaing secara global (Zuhaila Saleh, Mohd Safarin Nordin, & Muhammad Syukri Saud, 2012). Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) amat penting dalam Pendidikan Teknik dan Vokasional (FPTV) di mana FPK menekankan kepada perkembangan potensi individu secara bersepadu dan menyeluruh ke arah melahirkan insan yang mempunyai sikap yang dipercayai, yakin dan patuh kepada tuhan (Mohd Fathi Adnan, Rohana Hamzah, & Amirmudin Udin, 2010). Kurikulum PTV sedia ada hari ini lebih memfokuskan kepada menghasilkan tenaga manusia berkemahiran tinggi semata-mata (Zuhaila Saleh et al., 2012). Sudah sampai masanya untuk negara menerapkan satu lagi kecerdasan yang penting dalam aliran FPK dan FPTV iaitu kecerdasan menghadapi cabaran atau AQ. Kecerdasan ini berupaya untuk membantu pelajar menjadi lebih berdaya tahan terhadap cabaran - cabaran yang mendatang. Tanpa daya tahan, pelajar tidak akan mampu menjadi survivor dalam sektor industri. Keperluan terhadap AQ adalah tinggi dalam kalangan para pelajar.

2.0 Konsep Cabaran

Cabaran sering dikaitkan dengan penderitaan atau masalah yang dialami seseorang. Terdapat dua jenis cabaran iaitu cabaran dalaman (inner adversity) seperti ketakutan, kebimbangan, kemurungan, kesunyian, kekurangan keyakinan, masalah kesihatan, insomnia, ketidaktentuan dan lain – lain. Manakala satu lagi jenis cabaran adalah cabaran luaran (outer adversity) melibatkan faktor luaran seperti masalah ekonomi, kegagalan dalam peperiksaan, kerosakan komputer, kereta digores, bencana alam dan lain – lain lagi. Namun begitu, cabaran ini adalah sesuatu yang memberikan impak negatif atau dijangka memberikan impak negatif terhadap sesuatu yang perlu diberikan perhatian (Stoltz & Weihenmayer, 2010). Adversity dilemma atau dilema cabaran (kesulitan) muncul apabila semakin buruk sesuatu cabaran itu, maka semakin tidak ramai manusia yang mampu menghadapi dan menyelesaikannya. Perkara ini amat membimbangkan kerana ia berkaitan dengan sikap menyerah dan putus harapan bagi seseorang individu menghadapi cabaran yang semakin buruk (Stoltz, 2007). Dalam konteks pendidikan teknik dan vokasional terutamanya politeknik, salah satu agenda

(3)

pendidikan utama negara adalah Transformasi Politeknik yang dilancarkan pada 25 Februari 2010 dan dirangka sepanjang tahun 2009 sehingga 2020 bertujuan menyumbang kepada peningkatan bilangan tenaga kerja berkemahiran tinggi kepada 37 peratus menjelang 2015 (Jabatan Pengajian Politeknik, 2009). Transformasi ini merupakan suatu cabaran besar kepada pelajar di mana cabaran perubahan dalam sistem pendidikan ini sudah pasti menuntut pihak yang terlibat dalam proses pendidikan teknik dan vokasional untuk bekerjasama demi memastikan transformasi ini berjaya (Nurul Nadya Abu Bakar, Rohana Hamzah, & Amirmudin Udin, 2011). Secara lebih fokus, cabaran dalam diri pelajar juga memiliki aspek dalaman dan luaran sepertimana konsep cabaran oleh Stoltz & Weihenmayer (2010). Sebagai contoh, kajian lepas oleh Mohd Effendi & Ahmad Zamri (2013) terhadap cabaran pelajar di tujuh buah politeknik menunjukkan variasi cabaran seperti cabaran dalaman (takut gagal dalam ujian, kebimbangan pada peperiksaan, kurang keyakinan diri dan takut menganggur) serta cabaran luaran (buku teks sukar difahami, memerlukan wang melanjutkan pengajian dan persekitaran tempat tinggal yang tidak selesa). Malah kajian lepas turut menyentuh tentang cabaran – cabaran pelajar di politeknik (Mohd Effendi Mohd Matore & Ahmad Zamri Khairani, 2014, 2015). Justeru, penderitaan pelajar terhadap cabaran sebegini perlu diatasi dengan penguasaan AQ.

3.0 Kecerdasan Menghadapi Cabaran (AQ)

Stoltz (1997) menegaskan AQ secara istilah bermaksud kemampuan atau kebolehan seseorang individu berjuang menghadapi dan mengatasi cabaran, masalah atau kesulitan yang dihadapi serta mengubahnya menjadi peluang untuk lebih berjaya. AQ ialah paradigma baru yang sangat berguna ketika cabaran muncul pada segenap lapisan kehidupan (Phoolka & Kaur, 2012). Pembolehubah AQ juga masih baru dalam kalangan majoriti individu (Macasaet, 2013). Kemampuan seseorang menghadapi kesukaran dalam hidup mereka dan menukarkannya menjadi peluang mencipta kejayaan dikenali sebagai Adversity Quotient (AQ) atau Kecerdasan Menghadapi Cabaran (Stoltz, 1997). Idea AQ terhasil apabila wujud persoalan mengapa dua individu dengan IQ dan EQ yang sama, tetapi mengendalikan cabaran hidup dengan cara yang berbeza (Stoltz, 1997, 2007). Secara operasionalnya, AQ diukur melalui empat dimensi iaitu kawalan

(Control), kepunyaan (Ownership), capaian (Reach) dan ketahanan (Endurance). AQ

(4)

AQ kepada tiga iaitu: (i) kerangka konsepsual untuk meningkatkan semua segi kejayaan; (ii) ukuran tindakbalas seseorang terhadap kesulitan; dan (iii) rangkaian peralatan saintifik dengan dasar ilmiah untuk memperbaiki tindakbalas seseorang terhadap kesulitan. Beberapa pengkaji lepas turut memberikan perspektif mereka terhadap AQ yang mana definisi mereka tidak jauh berbeza dengan apa yang dijelaskan oleh Stoltz (1997).

Definisi AQ dilihat daripada pelbagai sudut seperti refleksi kepada seseorang yang berhadapan dengan cabaran hidup (Pangma, Tayraukham, & Nuangchalerm, 2009); individu yang mengendalikan cabaran kecil dan besar dengan mudah yang menghantui manusia setiap hari (Cura & Gozum, 2011); kemampuan untuk mengatasi cabaran (Markman, 2000); menerangkan sejauhmanakah seseorang individu berhadapan cabaran dan kebolehan mengatasinya (Phoolka & Kaur, 2012) dan jangkaan sejauhmanakah seseorang mengatasi cabaran, dan menyelesaikannya, siapa yang putus asa dan bertahan (Canivel, 2010). Dalam perspektif pendidikan, AQ ialah kemampuan pelajar untuk melawan apabila mereka berhadapan dengan cabaran dalam meningkatkan prestasi akademik (Nonny, Endang & Dian, 2010). Secara asasnya, AQ boleh menjangkakan ketahanan seseorang dan boleh digunakan untuk meningkatkan kecekapan kumpulan, perhubungan, keluarga, komuniti, budaya, masyarakat dan organisasi (Phoolka & Kaur, 2012).

4.0 Integrasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan AQ

Secara realitinya, kebanyakan individu mengalami penderitaan yang boleh dikategorikan kepada empat bahagian iaitu penderitaan fizikal, emosi, mental dan spiritual (Stoltz & Weihenmayer, 2010). Konsep cabaran dan penderitaan ini selari dengan FPK iaitu aspek kecerdasan jasmani (PQ), kecerdasan emosi (EQ), kecerdasan rohani (SQ) dan kecerdasan intelek (IQ) atau JERI. Malah aliran FPTV sendiri membentuk amalan MINJAROES iaitu singkatan gabungan lima komponen utama iaitu Keterampilan Minda (IQ), Kecergasan Jasmani (PQ), Kemantapan Rohani (SQ), Kecerdasan Emosi (EQ) dan Keunggulan Sahsiah (RQ). Keselarian ini mampu menjelaskan bagaimana penerapan konsep AQ dalam aliran FPK dan FPTV ini berpotensi mengatasi dan memulihkan penderitaan dan cabaran berdasarkan konsep penderitaan oleh Stoltz & Weihenmayer (2010). Selama ini, AQ diletakkan berasingan dengan kecerdasan dalam FPK dan FPTV. Tajul Ariffin (2012) telah melemparkan

(5)

kritikan bahawa pendidikan Malaysia kini hanya mengembangkan potensi jasmani. Amat jelas fokus pendidikan lebih mengutamakan kepentingan perniagaan, keuntungan, teknologi dan industri. Penekanan dilihat amat keterlaluan terhadap potensi kreatif dan inovatif yang lebih bersifat kebendaan semata-mata. Tidak hairanlah hanya potensi jasmani sahaja yang berkembang. Sedangkan potensi rohani, intelek dan emosi tidak berkembang subur. Akibatnya pendidikan bersifat tempang dan melahirkan pelajar yang juga tempang. Kini setelah lebih 25 tahun, sudah sampai masanya untuk sistem pendidikan membongkar dan memperkembangkan potensi individu daripada aspek kecerdasan menghadapi cabaran atau AQ.

Dalam pada usaha untuk mengintegrasikan AQ dengan kedua – dua aliran falsafah ini, maka perhubungan antara AQ dengan kecerdasan utama kedua – dua aliran falsafah ini wajar dikaji. Pengintegrasian FPK dengan FPTV sangat penting bagi melahirkan tenaga kerja seimbang dan harmonis menerusi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) (Yek & Rohana, 2012). Malah, jika dilihat daripada asas cabaran dikemukakan Stoltz & Weihenmayer (2010), konsep cabaran dengan empat kategori iaitu cabaran mental, emosi, fizikal dan spiritual selaras dengan pemantapan FPK iaitu aspek PQ, EQ, SQ dan IQ mahupun FPTV iaitu PQ, EQ, SQ, IQ dan RQ. Namun begitu, tiga jenis kecerdasan yang selalu diberikan perhatian utama adalah EQ, SQ dan IQ. Pemilihan berfokuskan pada ketiga – tiga jenis kecerdasan adalah relevan kerana IQ, EQ, dan SQ merupakan trio kecerdasan yang tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan seseorang sehingga perlu dikembangkan secara komprehensif dan seimbang. Kajian lepas juga menunjukkan IQ, EQ dan SQ mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap sikap etika mahasiswa (Ridwan, Iwan, & Unti, 2006). IQ, EQ dan SQ juga merupakan potensi individu yang tidak dapat dipisahkan kerana merupakan sistem kerohanian yang tidak dapat berdiri dengan sendiri. Peranan dan pengembangan IQ, EQ dan SQ dalam dunia pendidikan khususnya mempunyai makna yang sangat penting untuk mewujudkan individu yang bermartabat baik secara fizikal mahupun psikologi bagi mewujudkan peningkatan kualiti manusia yang utuh (Andik, 2005).

Sebenarnya, integrasi AQ dengan IQ, EQ dan SQ telah pun dilaksanakan seperti wujudnya istilah Quantum Quotient (QQ) atau kecerdasan quantum iaitu kecerdasan manusia yang mampu memaksimakan seluruh potensi diri secara seimbang, sinergi dan komprehensif, meliputi kecerdasan intelektual (IQ), kecerdasan emosional (EQ), kecerdasan untuk mengubah rintangan menjadi peluang (AQ), dan kecerdasan spiritual

(6)

(SQ) (I Ketut Sutama, 2012). Begitu juga dengan aspek pedagogi dalam pendidikan di mana pedagogi yang baik adalah mengenalpasti dan memaksimakan potensi kognitif pelajar (IQ), mengukuhkan pengukuran emosi dan kemahiran interpersonal (EQ), membangunkan ketahanan diri (AQ) dan membantu mereka membina aspek spiritual (SQ). Hal ini bertujuan agar mereka memenuhi tanggungjawab kepada Tuhan (Hetzel & Stranske, 2007). Justeru, persamaan yang setara ini membuktikan wujud keperluan menghubungkan AQ dengan IQ (mental dan kognitif), AQ dengan EQ (emosi dan perasaan) dan AQ dengan SQ (kerohanian atau spiritual) selaras dengan kajian lepas oleh Alka (2012) yang telah mencadangkan agar hubungan AQ dengan IQ, EQ dan SQ dikaji bagi kajian lanjutan. Perhubungan ini bakal memberi sumbangan cukup besar dan signifikan daripada segi perkembangan falsafah pendidikan kebangsaan ke arah melahirkan tenaga kerja yang berdaya tahan.

5.0 Hubungan AQ dengan kecerdasan lain

Kajian lanjutan perhubungan AQ dengan aspek kognitif lain contohnya seperti EQ yang telah dicadangkan Williams (2003). Kajian lepas membuktikan AQ mempunyai hubungan dengan aspek kecerdasan lain seperti IQ, EQ dan SQ. Usaha ini disokong oleh Mohd Azhar (2007) yang menyatakan memang wujudnya perkaitan sesama kecerdasan. Hubungan ini penting bagi membuktikan kepentingan AQ adalah setara dengan aspek kecerdasan lain yang perlu diberikan perhatian untuk mengukuhkan aliran falsafah pendidikan. Malang sekali, didapati kurangnya kajian lepas memfokuskan perhubungan antara AQ dengan sesama kecerdasan. Kajian oleh Thongsai (2008) mendapati wujudnya hubungan antara AQ dan MQ berdasarkan tahun dan jenis program pengajian bagi pelajar di Thailand. Kajian oleh Yodsakun (2008) pula menunjukkan terdapat hubungan yang positif sesama AQ, EQ, MQ dan pencapaian akademik pelajar di Pattani, Thailand. Kumbanaruk & Maetheeponkul (2008) pula mengkaji hubungan antara AQ dan EQ dengan personaliti ahli perniagaan berbangsa Cina di Thailand dan China. Dapatan menunjukkan AQ berhubungan positif dengan EQ bagi kedua – dua kumpulan tersebut. Di Indonesia, kajian lepas menunjukkan hubungan yang positif antara pembelajaran berasaskan SEIA-Q (meliputi SQ, EQ, IQ dan AQ) dengan kecerdasan pelbagai (multiple intelligences) meliputi kecerdasan verbal linguistik, logik matematik, kinestetik, interpersonal, intrapersonal, visual ruang, naturalis dan muzik (Lena Nuryanti, 2009). Maka, di sini terdapat keperluan untuk

(7)

mengkaji wujudnya perhubungan sesama kecerdasan bagi mengukuhkan kedudukan AQ dalam aliran falsafah FPK dan FPTV terutama dalam konteks Malaysia.

Selain itu, kajian lepas juga menunjukkan kecenderungan pengkaji lepas meletakkan AQ sebaris dengan kecerdasan berkaitan bersama dengan pembolehubah lain. Sebagai contoh, kajian lepas mendapati wujud hubungan antara IQ dengan pencapaian akademik berbanding kecerdasan EQ dan AQ (Sia, 2001), wujudnya pengaruh AQ, EQ dan MQ dalam meramal perubahan dalam pencapaian akademik (Yodsakun, 2008), wujudnya hubungan negatif antara AQ, EQ dengan tahap stres mangsa korban lumpur di desa (Imroatul, 2009) serta wujudnya hubungan negatif antara AQ dan SQ terhadap kecenderungan post power syndrome pada pesara (Heni Mariani, 2008), wujudnya hubungan positif yang signifikan antara AQ dan EQ dengan aspek keusahawanan individu (Primatika Fatma Rahastyana & Laily Rahmah, 2010) serta dijelaskan secara konsep bahawa wujudnya peranan SQ dan AQ dalam menghadapi etika kerja sumber daya manusia (SDM) dalam menghadapi persaingan global (Tekad Wahyono, 2002). Memandangkan wujudnya potensi besar AQ untuk dihubungkan dengan kecerdasan lain serta pencapaian akademik dalam kajian lepas melalui konteks pendidikan, maka terdapat keperluan yang tinggi untuk mengkaji hubungan antara AQ dengan IQ, EQ, SQ dan pencapaian akademik dalam konteks pendidikan politeknik di Malaysia yang jarang sekali dibincangkan. Hanya kajian oleh Mohd Effendi Mohd Matore dan Ahmad Zamri Khairani (2016) yang melaporkan bahawa AQ mempunyai hubungan positif yang sederhana dengan EQ dan SQ berbanding tiada hubungan dengan IQ.

6.0 Kesimpulan

Kertas kerja ini secara konsepnya mencadangkan agar AQ mampu mengukuhkan kecerdasan IQ, EQ dan SQ yang telah termaktub dalam FPK melalui konsep JERI dan FPTV melalui konsep MINJAROES (PQ, EQ, SQ, IQ dan RQ) dalam menjana modal insan kelas pertama serta personaliti yang unggul. Potensi yang ditunjukkan AQ menunjukkan keupayaannya untuk berada setara dan sama penting dengan kecerdasan yang lain dalam falsafah pendidikan sedia ada. Ini kerana AQ dilihat tidak banyak diterokai dalam aspek pendidikan di Malaysia. Pada zaman persaingan, cabaran getir dalam pendidikan dan kerjaya akan menagih semangat juang yang kental dan tinggi. Daya tahan diri pelajar mampu memperkasakan kendiri mereka walaupun dilanda

(8)

pelbagai cabaran mendatang. Sudah jelas bahawa FPK yang diperkenalkan pada tahun 1988 dalam usaha mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis daripada segi intelek, rohani, emosi dan jasmani memerlukan perubahan dan penambahan daripada aspek penekanan AQ kepada sistem pendidikan negara. AQ sangat berpotensi diberikan perhatian oleh pendidik dan pembuat dasar pendidikan negara, sesuai dengan peranannya sebagai peramal kejayaan global. Kehendak ini selari dengan FPK yang bermatlamat membangunkan modal insan dalam menyediakan tenaga kerja berketrampilan dan berupaya menghadapi cabaran masa depan (Yahya, Muhammad Sukri & Hairul Anuar, 2008). Secara lebih fokus, pengukuhan AQ dalam FPK dan FPTV mampu merealisasikan salah satu agenda pendidikan utama negara iaitu Transformasi Politeknik dalam menuju tahun 2020 dan melahirkan pekerja berkemahiran tinggi menjelang 2015. Transformasi menuntut ketahanan yang besar daripada pelajar politeknik dan semestinya pengamalan falsafah FPK dan FPTV memerlukan pengukuhan lebih kecerdasan lain dalam aliran falsafahnya. AQ adalah pilihan paling berpotensi sebagai pengukuh dan pemangkin kepada integrasi kedua – dua falsafah ini dalam menzahirkan kejayaan Transformasi Politeknik yang lebih gemilang dan bertahan lama. Paling utama, usaha pembangunan AQ perlu diperhebat dan tidak hanya dilihat sebagai salah satu jenis kecerdasan semata – mata.

RUJUKAN

Alka, V. R. S. (2012). A study of secondary school students response to adversity in

relation to certain psychological and performance factors. Doctoral Thesis.

University of Mumbai, Mumbai, India. Retrieved from http://www.peaklearning.com/documents/PEAK_GRI_vakharia2.pdf

Andik Rony Irawan. (2005). Peran intelligence quotient (IQ), emotional quotient (EQ) dan spiritual quotient (SQ) dalam peningkatan mutu pendidikan. Psikoislamika, 1–7. Retrieved from http://ejournal.uin-malang.ac.id/index.php/psiko/article/view/335

Canivel, L. D. (2010). Principals’ adversity quotient: styles, performance and practices. Master’s Thesis. University of the Philippines, Quezon City, Philiphines.

Retrieved from

http://www.peaklearning.com/documents/PEAK_GRI_canivel.pdf

Cura, J. M., & Gozum, J. L. (2011). A correlational study in the Adversity Quotient® and the mathematics achievement of sophomore students of College of

Engineering and Technology in Pamantasan ng Lungsod ng Maynila. Bachelor

Thesis. University of the City of Manila, Intramuros, Manila. Retrieved from http://www.peaklearning.com/documents/PEAK_GRI_ gozum.pdf

(9)

Heni Mariani. (2008). Hubungan adversity quotient dan kecerdasan ruhaniah dengan kecenderungan Post Power Syndrome pada Anggota TNI AU di Lanud

Iswahjudi Madiun. Bachelor Thesis. Universitas Muhammadiyah Surakarta,

Jawa Tengah, Indonesia. Retrieved from http://etd.eprints.ums.ac.id/1970/ Hetzel, J., & Stranske, T. (2007). The IQ, EQ, AQ dan SQ elements of effective

pedagogy. CSE, 10(3), 6–9.

Hussin Sarju, Rohana Hamzah, & Amirmudin Udin. (2010). Pendidikan: matlamat dan fungsinya. In Seminar EduPress (pp. 1–11). Skudai: Universiti Teknologi Malaysia. Retrieved from http://eprints.utm.my/14919/

I Ketut Sutama. (2012). Pendidikan vokasi dan pembangunan global: Politeknik Negeri Bali. Soshum Jurnal Sosial Dan Humaniora, 2(1), 63–71.

Imroatul Hajidah. (2009). Hubungan antara Emotional Quotient (EQ) dan Adversity Quotient (AQ) dengan tingkat stres pada korban lumpur Lapindo (Studi

korelasional di pengungsian baru Desa Kedungsolo Porong Sidoarjo). Bachelor

Thesis. Universiti Islam Negeri (UIN) Maulana Malik Ibrahim Malang, Jawa Timur, Indonesia. Retrieved from http://lib.uin-malang.ac.id/?mod=th_detail&id=05410073

Jabatan Pengajian Politeknik. (2009). Hala tuju transformasi politeknik ke arah

kelestarian penghasilan modal insan negara. Putrajaya. Retrieved from

http://www.polinilai.edu.my/v2/

pdf_content/penerbitan/halatujutransformasipoliteknik.pdf

Kumbanaruk, T., & Maetheeponkul, T. (2008). Adversity Quotient (AQ), Emotional Quotient (EQ) and personality of Chinese businesspeople in Thailand and Chinese businesspeople in China. Journal of East Asian Studies, 13(1), 1–18. Lena Nuryanti. (2009). Hubungan antara pembelajaran berbasis SEIA-Q dengan

multiple itelligence pada peserta didik (Survei pada mahasiswa program studi manajemen bisnis 2006). Percikan, 104, 37–52.

M. Ridwan Tikollah, Iwan Triyuwono, & H. Unti Ludigdo. (2006). Pengaruh kecerdasan intelektual, kecerdasan emosional dan kecerdasan spiritual terhadap sikap etis mahasiswa akuntansi (Studi pada Perguruan Tinggi Negeri di Kota Makassar Provinsi Sulawesi Selatan). In Simposium Nasional Akuntansi 9

Padang (pp. 1–25). Padang. Retrieved from

http://digilib.mercubuana.ac.id/manager/file_artikel_abstrak/Isi_Artikel_560789 949192.pdf

Macasaet, C. J. A. (2013). Adversity quotient and achievement motivation of selected third year and fourth year psychology students of De La Salle Lipa A.Y. 2012 – 2013. Bachelor Thesis. De La Salle Lipa, Batangas, Philiphines. Retrieved from http://www.peaklearning.com/documents/ PEAK_GRI_cornista-macasaet.pdf Markman, G. D. (2000). Adversity Quotient: The role of personal bounce-back ability

In new venture formation. Troy, New York.

Mohd Azhar Abdul Hamid. (2007). EQ: panduan meningkatkan kecerdasan emosi. Bentong: PTS Publications Sdn Bhd.

Mohd Effendi Mohd Matore, & Ahmad Zamri Khairani. (2013). Cabaran permasalahan pelajar politeknik menggunakan model Rasch. In 2nd International Seminar on

(10)

Quality and Affordable Education (pp. 337–347). Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

Mohd Effendi Mohd Matore, & Ahmad Zamri Khairani. (2014). Mengenal pasti cabaran pelajar politeknik di Malaysia menerusi model Rasch. Journal of

Quality Measurement and Analysis, 10(1), 59–74. Retrieved from

http://www.ukm.my/jqma/v10_1/jqma-10-1-paper6.pdf

Mohd Effendi Mohd Matore, & Ahmad Zamri Khairani. (2015). Exploring the challenges faced by polytechnic students. In Mohd Sham Mohamad, Wan Nur Syahidah Wan Yusoff, Nor Aida Zuraimi Md Noar, Roslinazairimah Zakaria, & Mohd Rashid Ab Hamid (Eds.), AIP Conference Proceeding (Vol. 1643.101, pp. 101–107). Pahang, Malaysia: AIP Publishing. http://doi.org/10.1063/1.4907431 Mohd Effendi Mohd Matore, & Ahmad Zamri Khairani. (2016). Correlation between

Adversity Quotient (AQ) with IQ , EQ and SQ Among Polytechnic Students using Rasch Model. Indian Journal of Science and Technology, 9(47). http://doi.org/10.17485/ijst/2016/v9i47/108695

Mohd Fathi Adnan, Rohana Hamzah, & Amirmudin Udin. (2010). Implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam Pendidikan Teknik dan Vokasional di Malaysia.

In Seminar EduPress (pp. 1–16). Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

Nonny Mahanani Rahardiani, Dra. Endang Sri Indrawati, & Dian Ratna Sawitri. (2012).

The relationship between adversity intelligence and intention of cheating in mathematics lessons at student of SMP Negeri 2 and SMP PGRI 13 in Kendal

Regency. Bachelor Thesis. Universiti Diponegoro, Jawa Tengah, Indonesia.

Retrieved from http://eprints.undip.ac.id/11095/

Nurul Nadya Abu Bakar, Rohana Hamzah, & Amirmudin Udin. (2011). Cabaran-cabaran dalam pendidikan teknik dan vokasional dalam membangunkan sumber manusia. Journal of Edupress, 1(September), 159–164. Retrieved from http://eprints.utm.my/17060/1/JOE-1-2011-021.pdf

Pangma, R., Tayraukham, S., & Nuangchalerm, P. (2009). Causal Factors Influencing Adversity Quotient of Twelfth Grade and Third-Year Vocational Students Lalomwittaya School , Phusingh District , Sisaket Province , 33140 Thailand Department of Educational Research and Development , Faculty of Education , Mahas. Journal of Social Sciences, 5(4), 466–470.

Phoolka, E., & Kaur, N. (2012). Adversity Quotient: A new paradigm to explore.

Contemporary Business Studies, 67–78.

Phoolka, S., & Kaur, N. (2012). Adversity quotient: a new paradigm to explore.

International Journal of Contemporary Business Studies, 3(4), 67–78.

Primatika Fatma Rahastyana, & Laily Rahmah. (2010). Kewirausahaan dalam kaitannya dengan Adversity Quotien dan Emotional Quotien. Jurnal Psikologi Proyeksi,

5(1), 52–64.

Sia Tjundjing. (2001). Hubungan antara IQ, EQ, dan AQ dengan prestasi studi pada siswa SMU. Anima Indonesian Psychological Journal, 17(1), 69–92.

Stoltz, P. G. (1997). Adversity quotient: turning obstacles into opportunities. Canada: John Wiley & Sons.

(11)

ed.). Jakarta: PT Grasindo.

Stoltz, P. G., & Weihenmayer, E. (2010). The adversity advantage: turning everyday

struggles into everyday greatness (2nd ed.). New York: Fireside.

Tajul Ariffin Noordin. (2012). Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK): merupakan kekuatan pendidikan negara yang mesti diperkasa semula dan dilaksanakan sepenuhnya. In Majlis Konvensyen Halatuju Pendidikan Negara. Shah Alam: Universiti Industri Selangor. Retrieved from http://www.yayasanselangor.org.my/images/pdf/kk8.pdf

Tekad Wahyono. (2002). Peranan kecerdasan spiritual (spiritual quotient) dan kecerdasan dalam menghadapi rintangan (adversity quotient) untuk meningkatkan etos kerja SDM. In Proceedings of the Konferensi I Asosiasi

Psikologi Industri & Organisasi (APIO) (pp. 57–63). Surabaya: Asosiasi

Psikologi Industri & Organisasi (APIO).

Thongsai, N. (2008). A study of adversity quotient and moral quotient of vocational certificate students in different programs at Wanich Commercial School,

Nonthaburi Province. Master’s Thesis. Srinakharinwirot University, Bangkok,

Thailand. Retrieved from

http://thesis.swu.ac.th/swuthesis/Bus_Ed/Nithida_T.pdf

Williams, M. W. (2003). The relationship between principal response to adversity and

student achievement. Doctoral Thesis. Cardinal Stritch University, Milwaukee,

United States. Retrieved from

http://www.peaklearning.com/documents/PEAK_GRI_williams.pdf

Yahya Buntat, Muhammad Sukri Saud, & Hairul Anuar Hussain. (2008). Cabaran Politeknik Sultan Ahmad Shah (POLISAS) membangunkan modal insan sejajar dengan keperluan sektor industri. In International Conference on Education (pp. 1–12). Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Yek Lang Yieng, & Rohana Hamzah. (2012). Integrasi peranan falsafah pendidikan kebangsaan dalam pendidikan teknik dan vokasional ke arah memantapkan persiapan kerjaya. Journal of Technical, Vocational & Engineering Education,

5(March), 35–40. Retrieved from http://eprints.utm.my/23010/

Yodsakun, A. (2008). Relationship Between Emotional Intelligence ( EQ ) Adversity Quotient ( AQ ) and Moral Quotient ( MQ ) Towards Academic Achievement of Mattayom Suksa Two Students . Journal of Education, 19(2), 129–142.

Zuhaila Saleh, Mohd Safarin Nordin, & Muhammad Syukri Saud. (2012). Penerapan nilai minjaroes dan formula “3H” dalam kurikulum PTV. Journal of Technical,

Vocational & Engineering Education, 5(1), 41–55. Retrieved from

Referensi

Dokumen terkait

Metodologi yang digunakan menerapkan teknik terbaru dalam pembuatan program sehingga diharapkan dapat lebih baik dalam menganalisis kebijaksanaan, mengkaji dampak lingkungan dan

Diantaranya dari rancangan tahap compress file zip untuk prototyping sistem operasi sama halnya dengan compress file system , lau tahap persiapan dan memasuki

memberi pelayanan kesehatan yang aman, bermutu, antidiskriminasi, dan efektif dengan mengutamakan kepentingan pasien sesuai dengan standar pelayanan Puskesmas;.. memberikan

Dengan membuat short movie yang mengangkat fenomena orang tua yang selalu marah kepada anaknya yang mendapat nilai ulangan yang tidak bagus, diharapkan orang tua

Dengan menggunakan metode FMEA maka dapat diperoleh dan dipilih 3 faktor penyebab cacat yang memiliki nilai RPN terbesar dari setiap cacat dominan, sehingga dapat

Perbedaan antara penelitian kedua dengan penelitian yang akan dilakukan adalah pada penelitian kedua lebih di fokuskan pada tindakan monopoli yang mengganggu

MAKMAL NO. AMALI PENYELARAS/ PENGAJAR BIL. KOD PROGRAM/ MAJOR/ KLASIFIKASI/ KUOTA BIL. ) JURIDAH BINTI MD RASHID ( PUAN ) JURIDAH BINTI MD RASHID ( PUAN ) JURIDAH BINTI MD RASHID (

Prota disusun oleh guru kelas dengan menjabarkan alokasi waktu untuk merancang dan memanajemen waktu berdasarkan kalender pendidikan yang telah disesuaikan oleh sekolah sehingga