MINIT MESYUARAT BENCANA KALI PERTAMA
TARIKH :
HARI : SELASA
MASA : 3.00 PTG
TEMPAT : BILIK GERAKAN
KEHADIRAN : Seperti yang tercatat dalam senarai kehadiran.
1.0 Ucapan Pengerusi
1.1 Ucapan terima kasih kepada semua AJK yang dapat sama-sama menghadiri
mesyuarat yang pertama ini.
1.2 Memaklumi AJK Bencana pihak sekolah telahpun membuka fail berkaitan
tindakan menangani H1N1 dan Denggi berdasarkan Surat Pekeliling
Ikhtisas Bil 9/2009 penubuhan Jawatankuasa Bencana di peringkat sekolah.
Tindakan : Makluman
2.0 Tujuan Penubuhan
2.1 Tujuan mesyuarat adalah untuk sama-sama membincang tindakan
mengelak bencana dan tindakan menyelamat. 2.2 Fokus bencana, H1N1 dan Denggi.
2.3 Agensi yang terlibat adalah PIBG sekolah, pihak polis, pengusaha kantin
sekolah, Syarikat Kawalan Keselamatan Sekolah dan Syarikat Rokan Manis
(pembersihan kawasan/bangunan sekolah).
2.4 Persediaan pihak sekolah hendaklah ada ‘link’ dengan Majlis Keselamatan
Negara (MKN 20). Ada dana untuk disalurkan kepada mangsa-mangsa
bencana.
2.5 Sekolah sebagai kawasan penempatan dan perlindungan bencana dan
mangsa bencana.
2.6 Tugas guru-guru kenalpasti pelajar yang berisiko atau mempunyai
3.0 Cadangan Tindakan Persediaan di Sekolah
3.4 Puan mencadangkan pemeriksaan saringan pertama semasa
perhimpunan pagi memeriksa suhu badan pelajar yang demam, batuk dan
selsema.
3.5 Puan menegaskan peringatan kepada pelajar-pelajar yang
demam, batuk dan selsema supaya mendapatkan rawatan di
tempat strategik tumpuan pelajar-pelajar.
3.8 Unit 3K sekolah akan mengadakan gotong-royong dan ceramah dalam
bulan Julai mengikut takwim sekolah.
3.9 diminta menggunakan bahan pencuci yang wangi
dan antiseptik yang lebih berkualiti. Longkang pula perlu dibersihkan
sewaktu cuti persekolahan mengelakkan risiko pada pelajar.
3.10 Elakkan pembakaran terbuka lebih-lebih lagi kedudukan sekolah dalam
kawasan taman perumahan.
3.11 Ahli Jawatankuasa akan diagihkan kepada pecahan kecil Jawatankuasa
Bertindak.
3.12 AJK Bertindak akan sentiasa memantau dan membuat laporan untuk
tindakan lanjut. Tindakan : Semua AJK
4.0 Hal-Hal lain
Tindakan : Semua AJK 5.0 Penutup
Pengerusi berharap AJK sentiasa peka dan meningkatkan pemahaman bantuan pengurusan bencana di peringkat sekolah. Pemantuan persediaan dalam meningkatkan kesiapsiagaan menghadapi bencana di sekolah dapat dipertingkatkan.
Sokongan dari semua pihak amat penting untuk mewujudkan struktur yang jelas dan fungsi yang nyata untuk membolehkan perolehan dan penggunaan sumber secara optima oleh semua pihak yang terlibat.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.15 petang.
Disediakan oleh: Disahkan oleh: