Hinava merupakan makan tradisional yang telah terkenal di Sabah, yang telah dikenalkan oleh suku kaum kaum kadazandusun sendiri dan melalui soal selidik yang telah saya edarkan kesemua responden mengatakan bahawa makanan ini telah menjadi makanan kegemaran bagi suku kaum mereka. Hinava ini dibuat daripada ikan yang segar iaitu ikan mentah seperti ikan tenggiri ( sejenis ikan kembung), yang dihiris dan dipotong berbentuk dadu, ikan tersebut akan di campur dengan beberapa jenis ramuan seperti lada, halia, bawang merah, biji buah bambangan yang di parut, garam dan sedikit jus limau. Hinava boleh di makan bersama-sama dengan nasi. Tetapi pada masa ini, makanan ini telah di jadikan sebagai satu hidangan yang istimewa di hotel-hotel untuk menyambut sesuatu peristiwa atau majlis. Sehubungan itu, makanan ini telah dipelbagaikan jenis hidangan mengikut cita rasa masyarakat masa ini. Selain itu, makanan ini juga bolehh didapati di Restoran Nabalu, Gaya Streat, Kota Kinabalu,
Sabah (http://nabaluvi.blogspot.com). Namun begitu, keaslian makanan ini tetap dipelihara oleh suku kaum kadazandusun agar rasa hinava yang sebenar tidak dilupakan.
ASAL-USUL