• Tidak ada hasil yang ditemukan

KATEDRAL ST. JOSEPH Notis Gereja

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "KATEDRAL ST. JOSEPH Notis Gereja"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

KATEDRAL ST. JOSEPH

Notis Gereja

HARI MINGGU BIASA KE-20 ~ 14 Ogos 2022 ~

Tel.: 082-423424 Laman Web: stjosephkuching.org E-mel: [email protected]

PENGAMBILAN SESI I.K.D. / R.C.I.A. BAHARU (BAGI TAHUN 2022 - 2023) & PENGUATAN ORANG DEWASA - Pendaftaran bagi Kelas-kelas Pembentukan Iman seperti yang disenaraikan (di bawah I.K.D. / R.C.I.A. atau Penguatan Orang Dewasa) kini dibuka. Tarikh tutup pendaftaran untuk R.C.I.A / I.K.D adalah 31 Ogos 2022.

Sesi (Bahasa) Hari, Masa Tempat

Mandarin

Pautan pendaftaran dalam talian:

https://forms.gle/i8UwAmYmBAA dJzBBA

Kod QR: Mulai 6 Julai 2022

setiap Rabu, 7:30 pm - 9:00 pm

Bilik St. James, Tingkat 1, Pusat Paroki

Inggeris Mulai 7 Julai 2022

setiap Khamis, 7:30 pm - 9:00 pm

Dewan Persidangan Sts. John & Lucy, Aras 2, A.C.C.P.C.

Malaysia Mulai 10 Julai 2022

setiap Ahad, 1:30 pm - 3:00 pm

IKD:

Dewan Persidangan Sts. John & Lucy, Aras 2, A.C.C.P.C.

Penguatan Orang Dewasa:

Dewan Persidangan St. Mary, Aras 2, A.C.C.P.C.

Iban Mulai 31 Julai 2022

setiap Ahad, 1:30 pm - 3:00 pm

Bilik Sts. Stephen & Charles, Aras 2, A.C.C.P.C.

Sila berikan dorongan kepada rakan-rakan dan ahli keluarga saudara-saudari yang ingin menjadi umat Katolik ataupun yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang iman Katolik, untuk mendaftar.

(2)

Borang pendaftaran boleh didapati di Pejabat Paroki atau anda boleh muat turun Borang Pertanyaan di Laman Web Paroki: https://stjosephkuching.org

Penghantaran borang pendaftaran boleh dibuat dengan cara-cara berikut:

• Hantar ‘hardcopy’ ke Pejabat Paroki St. Joseph pada waktu pejabat ATAU

• Emel ‘softcopy’ ke [email protected] ATAU Whatsapp ke 082-412650 (Pejabat Kateketikal).

HARI RAYA SANTA PERAWAN MARIA DIANGKAT KE SYURGA dirayakan pada Isnin, 15 Ogos. Ini adalah Hari Kewajipan Suci. Misa adalah seperti berikut:

Tarikh Tempat Masa (Bahasa)

Ahad, 14 Ogos

(Misa Senja) Katedral 5:00 pm (Inggeris)

Isnin, 15 Ogos Katedral

6:00 am (Mandarin) 7:30 am (Inggeris)

Misa Siaran Langsung dengan Kehadiran Umat 5:30 pm (Inggeris)

8:00 pm (Malaysia)

Pejabat Paroki, Pejabat Kaunseling, Perpustakaan dan Galeri Sejarah akan ditutup pada hari tersebut.

Untuk panggilan sakit kecemasan pada cuti umum, hari suci wajib dan selepas waktu pejabat, sila hubungi 016-8922633. Pada waktu pejabat biasa, sila hubungi Pejabat Paroki Tel: 082-423424 / 423425.

(3)

JADUAL MISA-MISA HUJUNG MINGGU

Tempat Hari Masa Bahasa Catatan

Katedral St. Joseph

Sabtu 6:00 pm Inggeris • Sila patuhi arahan para warden, sentiasa memakai pelitup muka dan jaga penjarakan fizikal pada setiap masa.

• Tempat letak kereta di hadapan Katedral DIKHUSUSKAN untuk kereta yang membawa penumpang warga tua, khususnya mereka yang memerlukan bantuan khas dan mempunyai kesukaran untuk berjalan.

• Para umat diingatkan supaya tidak datang lewat untuk Misa dan berada di tempat duduk sekurang-kurangnya 10 minit sebelum Misa bermula untuk mengelakkan sebarang gangguan.

• Selepas Misa tamat, pagar belakang menghala ke ‘Sarawak Club’ akan dibuka untuk kereta keluar dari perkarangan Katedral.

Ahad

7:00 am Inggeris*

9:00 am Mandarin*

11:00 am Malaysia*

5:00 pm Inggeris

Chapel

Carmelite Ahad 8:00 am Inggeris

Misa di Chapel Carmelite ditangguh sementara sepanjang minggu ini dan akan disambung semula pada Ahad, 21 Ogos.

*Misa Siaran Langsung dengan umat.

Sila layari https://www.facebook.com/arch.kuching

PERINGATAN PENTING

Dimohon agar tidak menghadiri Misa Kudus di Gereja sekiranya anda tidak sihat dengan gejala demam, batuk, sakit tekak atau selsema.

Sebaliknya, tinggal di rumah dan sertai Misa siaran langsung.

JADUAL MISA-MISA HARIAN

Tempat Hari, Masa (Bahasa) Catatan Chapel Carmelite Isnin - Sabtu,

7:00 am (Inggeris)

Misa Harian di Chapel Carmelite ditangguh sementara sepanjang minggu ini dan akan disambung semula pada Isnin, 22 Ogos.

Katedral Isnin - Jumaat,

5:30 pm (Inggeris) -

(4)

PERINGATAN AM

Umat paroki diingatkan untuk menunjukkan rasa hormat kepada Tuhan dan memberi pertimbangan terhadap orang lain seperti berikut:

• Sila datang awal dan berada di tempat duduk sekurang-kurangnya 10 minit sebelum Misa bermula untuk mengelakkan sebarang gangguan.

• Mulai minggu lepas, tanda ‘jarak fizikal satu meter’ telah ditanggalkan untuk menambahkan tempat duduk di setiap bangku. Namun demikian, ini tidak bermakna kita tidak perlu patuhi penjarakan fizikal.

• Sila duduk dengan selesa tanpa bersentuhan dengan umat paroki yang lain.

• Ahli keluarga dari isi rumah yang sama dibenarkan untuk duduk bersama tanpa penjarakan fizikal.

• Semasa dalam Gereja, sentiasa pakai pelitup muka, kurangkan titik sentuhan dan amalkan kebersihan diri yang baik pada setiap masa.

• Untuk mengurangkan titik sentuhan, sila elak daripada melutut untuk doa peribadi kecuali semasa Doa Ekaristi di mana semua umat berlutut pada masa yang sama.

• Walaupun kami galakkan umat paroki untuk kembali ke Gereja dan hadiri Misa fizikal, ia juga merupakan satu cabaran untuk menampung semua yang datang disebabkan penjarakan fizikal yang kami perlu kekalkan antara orang yang bukan dari isi rumah yang sama.

• Kami mohon kerjasama dan persefahaman anda supaya kita semua dapat beribadat dengan selesa sebagai sebuah Gereja.

“MARK, THE GOSPEL OF SERVICE” OLEH DR JEFFREY GOH kini dijual di Pejabat Paroki dan di luar gereja pada setiap misa hujung minggu pada harga RM20 senaskah. Semua hasil jualan didermakan kepada Yayasan Lasallian untuk membantu mendidik pelajar miskin dan kurang bernasib baik. Marilah kita bersama membantu tujuan baik ini dan beli salinan.

‘THRIFT SHOP’ SSVP dibuka setiap Ahad dari 11:30 am hingga 12:30 pm.

Semua hasil penjualan akan diberikan kepada mereka yang miskin dan memerlukan.

Sila berikan sokongan!

MISA ‘CAR PARK’ akan dirayakan pada setiap Sabtu, 7:00 am, khusus untuk mereka yang benar-benar sakit dan yang mudah terdedah disebabkan sistem imunisasi yang lemah. Untuk sebarang pertanyaan dan pra-pendaftaran, sila hubungi Nelly di Tel: 082-258046 / 018-2529899 pada waktu pejabat.

(5)

PUSAT KAUNSELING SJC menyediakan servis kaunseling untuk individu, pasangan suami isteri, keluarga dan kumpulan sokongan.

Isnin -

Jumaat: 8:00 am - 12:00 tgh hri,

2:00 pm - 5:00 pm Sila telefon, WhatsApp atau e-mel kepada:

Pejabat Kaunseling Tel: 082-258046 E-mel: [email protected] Kimberly - Hp: 018-3539799

Sabtu: 8:00 am - 12:00 tgh hri Nelly - Hp: 018-2529899

‘Love-offering’ untuk Gereja akan dikutip daripada klien kaunseling.

KUMPULAN SOKONGAN PESAKIT KANSER DAN PENJAGA akan dtubuhkan dalam masa terdekat dengan bantuan Fr. Larry Tan, SJ bersama kumpulannya dari Pusat Kaunseling SJC.

Untuk pendaftaran serta maklumat lanjut sila hubungi atau Whatsapp Nelly (Tel: 082-258046 or Hp: 018-2529899). KERAHSIAAN adalah terjamin.

KURSUS PERSIAPAN PERKAHWINAN DALAM TALIAN dalam Bahasa Inggeris dan Mandarin akan diadakan pada 2 hujung minggu berturut-turut pada 10, 11 & 17, 18 September. Pasangan- pasangan yang merancang untuk berkahwin dinasihatkan untuk menghadiri kursus ini sekurang- kurangnya enam bulan (sebaiknya) sebelum tarikh pilihan perkahwinan gereja mereka. Setiap sesi berkenaan akan diadakan melalui ‘Zoom Cloud Meeting’ dan semua peserta mesti memuat turun aplikasi Zoom dalam alat peranti mereka. Kemahiran dalam Bahasa Inggeris atau Mandarin adalah prasyarat untuk mendaftar kursus dalam talian ini. Yuran pendaftaran adalah sebanyak RM40 untuk setiap pasangan. Sila daftar dengan menggunakan pautan ini https://sites.google.com/view/sjc-pre-marriage-course/home. Tarikh pendaftaran akan tutup pada 2 September atau apabila kapasiti maksimum dicapai bagi setiap sesi (mana yang terlebih dahulu). Sila daftar awal.

KURSUS PERSIAPAN PERKAHWINAN dalam Bahasa Malaysia akan diadakan secara fizikal pada 2 hujung minggu berturut-turut pada 10, 11 & 17, 18 September di A.C.C.P.C.. Pasangan- pasangan yang merancang untuk berkahwin dinasihatkan untuk menghadiri kursus ini sekurang- kurangnya enam bulan (sebaiknya) sebelum tarikh pilihan perkahwinan gereja mereka. Yuran pendaftaran adalah sebanyak RM100 untuk setiap pasangan (termasuk makan tengah hari, minum petang dan bahan bacaan). Tarikh pendaftaran akan tutup pada 2 September atau apabila kapasiti maksimum dicapai (mana yang terlebih dahulu). Sila daftar awal.

(6)

KUTIPAN MINGGUAN MISA DAN DERMA Umat paroki digalakkan menyumbang setiap minggu untuk

membantu membiayai kos operasi dan penyelenggaraan Katedral.

Sila berikan sumbangan anda melalui S Pay Global dengan mengimbas kod QR ini. Sahkan bahawa penerima ialah ‘St.

Joseph’s Cathedral’ sebelum pemindahan dilakukan.

Umat paroki juga boleh masukkan sumbangan mingguan mereka ke dalam Kotak Kutipan kayu besar yang diletakkan di pintu masuk Katedral ATAU lakukan pindahan dalam talian atau deposit tunai kepada Akaun Bank Katedral St. Joseph seperti berikut:

Archbishop of Kuching Saint Josephs Cathedral Nombor Akaun Maybank Bhd: 511038613081

PENGAKUAN DOSA - Paderi akan berada di Chapel Blessed Sacrament setengah jam sebelum Misa-misa Senja dan Hari Minggu untuk mendengar pengakuan dosa. Sila kekalkan penjarakan fizikal dan jangan berkumpul di kawasan sekeliling sambil menunggu giliran anda untuk membuat pengakuan dosa.

Sila patuhi SOP berikut dan patuhi arahan pihak warden.

Peniten dikehendaki untuk:

 Pakai pelitup muka pada setiap masa.

 Sedia membuat pengakuan dosa tanpa berlengah-lengah.

 Buat penitensi selepas kembali ke tempat duduk di dalam Gereja.

 Bawa pembersih tangan dan pembersih permukaan sendiri untuk membersihkan tempat duduk yang telah digunakan.

NOVENA KEPADA BONDA PENOLONG ABADI diadakan pada setiap Sabtu, 5:00 pm sebelum Misa Bahasa Inggeris pada 6:00 pm di Katedral St. Joseph. Semua dialu-alukan hadir. Bagi umat yang hanya menghadiri Novena, dikehendaki untuk duduk di loteng bertentangan dengan Koir.

Para umat boleh menghantarkan permohonan atau doa kesyukuran secara dalam talian melalui borang google di https://forms.gle/oTqtZMQsr1hC5PDr6.

St. Joseph’s Cathedral

(7)

‘ONLINE CALVARY HOUR OF MERCY’ - Sesi doa dalam talian “1-Hour-A-Day You Are Not Alone” dianjurkan pada 3:00 pm setiap hari oleh Keuskupan Agung Kuching melalui Zoom. Para

‘Legionaries’ dan kumpulan-kumpulan sembahyang dari Keuskupan Agung akan memimpin setiap sesi yang dijadualkan. Para umat digalakkan hadir untuk sesi doa 1 jam dalam talian ini setiap hari (atau pada mana-mana hari yang bersesuaian mengikut anda) dengan menggunakan pautan zoom di bawah:

https://us02web.zoom.us/j/86178307498?pwd=UVZ6MTdJSmRyeDZwUTMweC95UFBDdz09 Meeting ID: 861 7830 7498

Passcode: prayhour

Umat paroki juga boleh menghantar doa permohonan dengan mengisi borang Doa Permohonan dalam talian atau WhatsApp: 011-10612097.

Bahasa Hari Pautan borang permohonan dalam talian

Inggeris Rabu, Khamis, Jumaat & Ahad https://forms.gle/Yy1jcXKSBhPmPYNg8

Malaysia Sabtu https://forms.gle/JHhV2to3wR73om7z6

Mandarin Isnin & Selasa https://forms.gle/GL8e7DTbsswoMM639

(8)

SUMBANGAN KEPADA GOLONGAN KURANG BERNASIB BAIK - Sila teruskan untuk membantu ‘Catholic Welfare Services’

secara kewangan dalam pelayanan kita kepada golongan miskin dan yang memerlukan di dalam masyarakat kita tanpa mengira bangsa atau kepercayaan. Umat boleh membuat sumbangan melalui S Pay Global dengan mengimbas QR kod di sini. Sahkan bahawa penerima ialah ‘Catholic Welfare Services’ sebelum pemindahan dilakukan. Umat paroki juga boleh melakukan pemindahan dalam talian atau deposit tunai kepada akaun berikut:

Catholic Welfare Services Council Sarawak Nombor Akaun Maybank Bhd: 511234019806

Sila hubungi Pn. Cecilia Hp: 019-8199708 / 082-241407 setelah anda membuat sumbangan.

Resit Pengecualian Cukai akan dikeluarkan dengan sewajarnya.

WAKTU PEMBUKAAN UNTUK PERPUSTAKAAN & GALERI SEJARAH KEUSKUPAN AGUNG (di Tingkat 1 ‘Archdiocesan Curia and Cathedral Pastoral Centre’ (ACCPC)

No. Tel.: 082-420802)

Isnin - Jumaat: 9:00 am - 12:00 tgh hari, 1:30 pm - 5:30 pm Sabtu: 2:00 pm - 6:00 pm

(Tutup pada Ahad, Cuti Umum & Hari Kewajipan Suci Gereja)

GARIS PANDUAN UNTUK PELAWAT PEJABAT PAROKI KATEDRAL

Umat paroki yang perlu mengunjungi Pejabat Paroki adalah diwajibkan untuk:

 Pakai pelitup muka pada setiap masa.

 Sentiasa jaga penjarakan fizikal.

 Bawa pembersih tangan sendiri.

 Guna pen sendiri untuk menulis.

 Buat pembayaran elektronik melalui S Pay Global jika boleh.

Jika boleh, kami menggalakkan umat paroki untuk MENELEFON, WHATSAPP atau E-MEL untuk sebarang pertanyaan atau bantuan yang diperlukan (daripada datang ke Pejabat Paroki.) Tel.: 082-423424 / 082-423425

WhatsApp: 082-423424 (atau layari https://wa.me/6082423424) E-mel: [email protected]

Waktu Pembukaan

Isnin - Jumaat : 8:00 am - 12:00 tengah hari, 2:00 pm - 5:00 pm Sabtu: 8:00 am - 12:00 tengah hari, 2:00 pm - 4:30 pm

Catholic Welfare Services

(9)

PENDAFTARAN DALAM TALIAN UNTUK PERMOHONAN MISA (MO) & MISA ARWAH GABUNGAN (CRM) - Umat Paroki kini boleh menawarkan Misa dalam talian melalui pautan berikut:

Jenis Pautan

Permohonan Misa (MO) https://forms.gle/APkbscLMAG2Bcd7F9 Misa Arwah Gabungan (CRM) https://forms.gle/yNixf4JrhMN61Z9h9

Untuk menawarkan Misa, umat paroki juga boleh melayari laman web Paroki kita:

https://stjosephkuching.org. Jika anda menghadapi sebarang kesukaran dalam membuat pendaftaran Ketika menggunakan pautan di atas, sila emel pertanyaan anda ke [email protected] dan staf pentadbiran kami akan membantu anda dengan segera.

Permohonan Misa (MO) akan dirayakan oleh paderi di paroki secara peribadi setiap hari kecuali Ahad. Apa-apa permintaan untuk misa bagi doa permohonan anda pada tarikh yang 'tertentu' hendaklah dihantar kepada Pejabat Paroki sekurang-kurangnya satu minggu lebih awal. Jika tidak, doa permohonan anda akan dirayakan pada bila-bila masa (mengikut budi bicara paderi kami).

Permohonan untuk Misa Arwah Gabungan (CRM) untuk Ogos akan dirayakan pada Jumaat, 26 Ogos. Sila hantarkan borang CRM anda berserta bukti pembayaran selewat-lewatnya pada Khamis, 25 Ogos sebelum 12:00 tengah hari.

[Pemberitahuan: Pembayaran (wang) yang diberikan oleh umat Kristian untuk Misa yang akan ditawarkan bagi tujuan yang khusus bukannya yuran tetapi sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah dan sumbangan kita kepada Gereja. Resit rasmi akan dikeluarkan oleh Pejabat Paroki sewajarnya.]

PEMBAPTISAN BAYI dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia telah diteruskan semula di Paroki Katedral. Para ibu bapa yang ingin membaptiskan bayi mereka perlu membuat pendaftaran secara dalam talian di https://formfaca.de/sm/y2oT0Qf_P dan muat naikkan semua salinan dokumen yang disenaraikan seperti berikut:

Ibu bapa Sponsor (Wali)

✓ Sijil Kelahiran atau Sijil Anak Angkat anak anda

✓ MyKid (jika ada)

✓ Buku Rekod Keluarga

✓ MyKad (atau Pasport)

✓ Sijil Pembaptisan

✓ Sijil Penguatan

✓ Buku Rekod Keluarga atau

Sijil Perkahwinan (dikeluarkan oleh Gereja Katolik) Hanya Ibu bapa yang telah menghantar dokumen tersenarai seperti di atas dengan lengkap sahaja akan diterima dan Pejabat Paroki akan memberitahu anda masa dan tempat untuk menghadiri Perayaan Sakramen Pembaptisan. Anda kemudiannya diminta untuk menyerahkan Buku Rekod Keluarga asal untuk tujuan pengemaskinian sebelum hari pembaptisan.

(10)

Menurut Kod Undang-undang Kanun Gereja Katolik # 874, seorang Sponsor (Wali) mesti telah menerima Sakramen Pembaptisan, Penguatan dan pengamal Katolik. Jika sudah berkahwin, perkahwinannya telah diberkati di Gereja Katolik. (Ini tidak tertakluk kepada mereka yang bukan Katolik [kedua suami isteri] pada masa perkahwinan sivil).

‘HOLY CROSS MINISTRY OF DELIVERANCE & HEALING’ telah membuka semula Pusat ‘Holy Cross’ mereka (bertempat di No. 681, Lorong 1, Jalan Bayor Bukit, Tabuan Jaya, 93350 Kuching.

Tel.: 082 363945) pada Isnin, 1 Ogos. Pusat ini akan dibuka setiap Isnin, Selasa dan Rabu sahaja dari pukul 9:30 am hingga 12:30 pm. Pemakaian pelitup muka adalah wajib. ‘Pray over’ dan kaunseling akan diadakan di kawasan anjung. (Tutup pada hari kelepasan am, hari perayaan gereja utama atau bila dimaklumkan.)

‘Fellowship’ mingguan akan diadakan setiap Selasa dari 7:30 pm hingga 9:00 pm di Dewan Persidangan Sts. John & Lucy, Aras 2, A.C.C.P.C. (kecuali hari kelepasan am).

PROGRAM ‘KUCHING CAR FREE MORNING’ dianjurkan Ahad pertama setiap bulan dari 6:00 am hinggga 9:30 am. Penutupan jalan untuk acara tersebut membabitkan Jalan Reservoir dan Bulatan Kampung Budaya. Para umat dinasihati untuk menggunakan laluan alternatif pada hari tersebut.

RAYUAN DERMA DARAH HOSPITAL UMUM SARAWAK (HUS) - Umat paroki digalakkan untuk menderma darah di Tabung Darah HUS, Isnin hingga Jumaat, 7:30 am hingga 4:00 pm. Untuk pertanyaan, sila hubungi Tabung Darah HUS, No. Tel.: 082-276797 atau 010-8578909 (En.

Borhan).

FORMED: SUMBER IMAN KATOLIK DALAM TALIAN PERCUMA - Sila rujuk di bawah untuk cara- cara mendaftar secara percuma di FORMED.org/signup dan muat turun Aplikasi FORMED ke telefon anda di mana anda boleh mendapat akses kepada ceramah audio Katolik terbaik, filem Kristian, e-buku dan program pengajian di hujung jari anda untuk membantu anda pertingkatkan iman anda, dalam hubungan kekeluargaan, mencari kedamaian yang lebih mendalam dengan Tuhan dan berkongsi kepercayaan anda dengan orang lain.

Zip kod: 93000

Paroki: Archdiocesan Curia and Cathedral Pastoral Centre

Referensi

Dokumen terkait

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, berkat limpahan karunia dan Lindungan-Nya penulis dapat menyelesaikan penyusunan skripsi ini, guna memenuhi

Setelah biaya bersama teralokasikan ke masing-masing produk yang dihasilkan, kemudian dapat dibandingkan antara harga pokok produksi perunit menurut metode market

Para umat digalakkan hadir untuk sesi doa 1 jam dalam talian ini setiap hari (atau pada mana-mana hari yang bersesuaian mengikut anda) dengan menggunakan pautan zoom di

Secara teoritis, penellitian ini diharapkan agar dapat memberikan sumbangsih terhadap sarana pembelajaran mengenai literasi keuangan syariah, pendapatan serta

Komisi Pelayanan Doa Gereja Induk Jatiluhur Raya mengundang Bapak/Ibu/Saudara untuk hadir dalam Persekutuan Doa Rabu Malam yang akan diadakan pada:..

Bahan yang digunakan pada penelitian terdiri atas tanaman tembakau, medium untuk uji fisiologi dan biokimia bakteri penyebab busuk lunak pada umbi kentang, kentang

Data-data yang akan dipakai merupakan data reksa dana syariah pendapatan tetap yang ada dalam periode penelitian yaitu 1 Januari 2009 hingga 31 Desember 2013.. NAB

Jadikanlah aku diantara orang-orang yang memohon ampunan, dan jadikanlah aku sebagai hamba-MU yang sholeh dan setia serta jadikanlah aku diantara Auliya'- MU yang dekat disisi-