• Tidak ada hasil yang ditemukan

PENGGUNAAN PLAT WARNA UNTUK MENINGKATKAN SAPUAN WARNA CETAKAN KOLOGRAF TAHUN 5

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "PENGGUNAAN PLAT WARNA UNTUK MENINGKATKAN SAPUAN WARNA CETAKAN KOLOGRAF TAHUN 5"

Copied!
6
0
0

Teks penuh

(1)

PENGGUNAAN “PLAT WARNA” UNTUK MENINGKATKAN SAPUAN WARNA CETAKAN KOLOGRAF TAHUN 5

ISKANDAR BIN WILLI EN. MOHD. AZLIE BIN ABDULLAH

DR. LISA YIP SHUKYE

PISMP PENDIDIKAN SENI VISUAL (PENDIDIKAN RENDAH) AMBILAN JUN 2013 iskandar.willi@gmail.com

ABSTRAK

Penyelidikan tindakan ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran murid dalam aspek sapuan warna semasa menghasilkan cetakan kolograf murid Tahun 5. Penyelidikan tindakan ini menggunapakai sepenuhnya Model Kemmis dan McTaggart (1988) yang mengandungi empat langkah tindakan yang setiap satunya telah dilaksanakan mengikut tajuk kajian yang telah ditetapkan. Peserta kajian yang telah dipilih adalah terdiri daripada empat orang murid Tahun 5 di sebuah Sekolah Kebangsaan di Daerah Tamparuli, Sabah. Bahan inovasi yang dihasilkan sebagai bahan bantu mengajar untuk penyelidikan tindakan ini telah dibina dan dihasikan bagi membantu murid menyelesaikan masalah yang telah dikenalpasti dan seterusnya mencapai objektif yang telah digariskan. Instrumen-instrumen yang digunakan di dalam penyelidikan tindakan ini adalah dengan menggunakan senarai semak pemerhatian serta analisis hasil kerja murid. Data yang dikumpul melalui instrumen-instrumen ini telah dianalisis secara kualitatif dan hasil dapatan ini menunjukkan bahawa penggunaan Plat Warna dalam penyelidikan kajian ini dapat meningkatkan kemahiran sapuan warna murid Tahun 5 dalam menghasilkan aktiviti cetakan kolograf di sebuah sekolah kebangsaan di Daerah Tamparuli, Sabah. Cadangan penambahbaikan penyelidikan tindakan ini pada masa hadapan yang boleh dilakukan adalah dengan menggunakan penggelek atau roller bagi menyapu warna yang siap dibancuh pada Plat Warna untuk mendapatkan sapuan warna yang lebih rata pada blok cetakan kolograf. Ini adalah bagi mengelakkan murid untuk membuang bahagian tengah blok bagi mendapatkan warna pada “Plat Warna” yang dihasilkan itu.

PENGENALAN

Pendidikan Seni Visual (PSV) yang diperkenalkan di peringkat sekolah rendah adalah untuk melahirkan insan yang kritis dan kreatif selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Menurut Ahamad Tarmizi Azizan dan Zoolcaphly Sahib (2009), matlamat pendidikan seni adalah untuk melahirkan modal insan yang kompeten dan berdaya saing bagi menjamin pembinaan negara bangsa secara produktif dan kreatif melalui sistem pendidikan kebangsaan.

Kajian ini telah dilaksanakan bagi menambahbaik penggunaan Bahan Bantu Belajar (BBM) yang berkaitan dengan aktiviti cetakan kolograf yang dilakukan melalui PdP di dalam kelas yang berkonsepkan hand-ons kepada murid. Ini adalah bagi membantu murid menghasilkan satu karya yang lebih kemas dan baik selari dengan kehendak Dokumen Standard Pendidikan Seni Visual Tahap Dua yang memberi peluang kepada murid untuk mempertingkatkan daya imaginasi, kreativiti dan bakat ke tahap optima dalam proses penghasilan karya. (Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Pendidikan Seni Visual Tahun 5, 2014).

FOKUS KAJIAN

(2)

dalam kelas dan dikenalpasti melalui amalan refleksi yang dilakukan selepas selesai setiap sesi pengajaran dan pembelajaran tersebut. Isu kajian yang wujud ini mestilah relevan dengan keperluan pembelajaran seseorang murid. Oleh yang demikian, pengkaji telah memilih tiga kriteria fokus kajian iaitu;

(i) Kebolehtabdiran (ii) Kepentingan, dan (iii) Kebolehgunaan

OBJEKTIF DAN PERSOALAN KAJIAN Objektif Kajian

(i) enggunaan “ lat Warna” dapat membantu murid meningkat kemahiran sapuan warna pada blok cetakan.

(ii) enggunaan “ lat Warna” membantu murid menghasilkan cetakan kolograf dengan baik.

Persoalan Kajian

(i) Adakah penggunan “ lat Warna” dapat membantu murid meningkatkan kemahiran sapuan warna pada blok cetakan?

(ii) Adakah penggunaan “ lat Warna” dapat membantu murid menghasilkan cetakan kolograf dengan baik?

PESERTA KAJIAN

Seramai empat orang murid Tahun 5 telah dipilih sebagai peserta kajian bagi kajian tindakan ini. Pemilihan murid ini adalah berdasarkan kepada perolehan markah terendah dalam melaksanakan ujian awal kajian tindakan ini. Identifikasi bagi murid-murid ini adalah Murid R1, Murid R2, Murid R3 dan Murid R4.

TINDAKAN YANG DIJALANKAN

Kajian ini akan menggunakan Model Kemmis dan McTaggart (1988) sebagai panduan dalam melaksanakan kajian tindakan ini. Model ini menerangkan bahawa setiap satu kitaran kajian tindakan akan melalui empat langkah utama iaitu merancang, bertindak, memerhati dan membuat refleksi.

(3)

Jadual 1 di bawah menunjukkan langkah-langkah yang pengkaji laksanakan berpandukan kepada Model Kemmis dan McTaggart (1988) dalam melaksanakan kajian tindakan ini.

Jadual 1

Langkah Pelaksanaan Kajian Tindakan

Langkah Aktiviti Pelaksanaan

Merancang

(i) Pengkaji merancang satu tindakan yang sesuai bagi mengatasi masalah yang wujud.

(ii) Pengkaji akan menyediakan satu pelan tindakan ringkas yang merangkumi pernyataan masalah yang wujud, objektif serta persoalan kajian, kumpulan sasaran murid, pemilihan model kajian tindakan, penyediaan instrumen dan menghasilkan alat inovasi sebagai bahan bantu mengajar.

Bertindak

(i) Pengkaji melaksanakan ujian awal dan ujian akhir dengan memperkenalkan alat inovasi yang telah dicipta. (ii) Murid akan diterangkan dengan langkah-langkah yang

betul semasa melaksanakan ujian akhir ini.

Memerhati

(i) Pemerhatian pengkaji dalam kajian tindakan ini direkodkan ke dalam instrumen-instrumen yang telah disediakan.

(ii) Sekiranya masalah yang wujud tidak dapat diselesaikan dalam gelung pertama, gelung kedua perlu dimulakan dengan membuat penambahbaikan ke atas instrumen dan alat inovasi yang dihasilkan.

Membuat Refleksi

(i) Keberkesanan kajian tindakan ini dalam menyelesaikan masalah yang wujud hanya dapat ditentukan dengan membuat refleksi terhadap semua tindakan yang telah dilakukan.

(ii) Refleksi juga membantu pengkaji untuk mencari penambahbaikan ke atas kelemahan yang wujud semasa kajian tindakan ini dijalankan untuk kegunaan pada gelung kedua atau pada masa akan datang. Kaedah Pengumpulan Data

Dalam melaksanakan kajian tindakan ini, pengkaji akan menggunakan dua instrumen untuk mengumpulkan data pada ujian awal dan ujian akhir kajian tindakan ini.

(i) Senarai Semak Pemerhatian

Senarai Semak Pemerhatian ini mengandungi enam Kontruks bagi menjawab persoalan pertama dan kedua kajian tindakan ini. Instrumen ini juga akan digunakan semasa ujian awal dan ujian akhir kajian tindakan ini.

(4)

(ii) Analisis Hasil Kerja Murid

Pengkaji juga akan menggunakan kaedah Analisis Hasil Kerja Murid yang berupa borang pemarkahan hasil akhir murid bagi memberikan markah kepada hasil karya murid. Pemberian markah ini akan berpandukan kepada rubrik pemarkahan yang telah disediakan. Markah keseluruhan bagi ujian awal dan ujian akhir ini akan diberikan gred berdasarkan kepada jadual penggredan markah.

Cara Menganalisis Data

Jadual 2 di bawah menunjukkan cara pengkaji membuat analisis data ke atas kedua-dua instrumen yang digunakan dalam kajian tindakan ini.

Jadual 2

Cara Menganalisis Data Dalam Kajian Tindakan

Persoalan Kajian Alat Kajian Cara Analisis Data

Adakah penggunaan “ lat Warna” dapat membantu murid meningkatkan kemahiran sapuan warna pada blok cetakan?

Pemerhatian berstruktur Frekuensi

Analisis hasil kerja murid Peratus, Purata Adakah penggunaan “ lat

Warna” dapat membantu murid menghasilkan cetakan kolograf dengan baik?

Pemerhatian berstruktur Frekuensi Analisis hasil kerja murid Peratus, Purata

Cara Menyemak Data

Dalam memastikan data yang diperoleh dalam ujian awal dan ujian akhir kajian tindakan ini, pengkaji menggunakan Triangulasi Kaedah sebagai cara untuk menyemak data bagi memastikan data yang diperoleh mempunyai kesahan dan kepercayaan yang tinggi.

DAPATAN KAJIAN

(i) Senarai Semak Pemerhatian

Rajah 2 di bawah menunjukkan perbandingan hasil dapatan yang dilakukan semasa ujian awal dan ujian akhir dengan menggunakan senarai semak pemerhatian. Secara keseluruhannya, kelihatan peningkatan yang ketara bagi Item 3, Item 4 dan Item 5 dalam senarai semak pemerhatian ini. Data yang dipaparkan juga menunjukkan 25% murid yang diberikan “Ya” dalam ujian awal kepada 95% dalam ujian akhir. Peningkatan ini adalah sebanyak 70 . Oleh yang demikian, penggunaan “ lat Warna” ini dapat membantu dalam meningkatkan kemahiran sapuan warna murid dalam penghasilan blok cetakan kolograf Tahun 5.

(5)

Rajah 2. Perbandingan Data Senarai Semak Pemerhatian Dalam Ujian Awal dan Ujian Akhir Rajah 3 di bawah pula menunjukkan perbandingan markah hasil akhir murid yang diperolehi oleh setiap murid dalam ujian awal dan ujian akhir. Ia jelas menunjukkan peningkatan yang ketara dalam hasil dapatan ujian awal dan juga ujian akhir yang dilaksanakan. Secara keseluruhannya, kesemua murid hanya berupaya mencapai markah purata 30.5% yang berada dalam Gred E semasa ujian awal. Selepas ujian akhir dilaksanakan dengan peggunaan “ lat Warna”, secara purata kesemua murid berjaya memperoleh markah purata sebanyak 79% iaitu peningkatan sebanyak 48.5% daripada markah purata ujian awal sebelumnya. Peningkatan markah purata ini juga membawa kepada peningkatan gred markah kepada Gred B. eningkatan ini menunjukkan bahawa penggunaan “ lat Warna” dapat meningkatkan kemahiran sapuan warna murid dalam menghasilkan cetakan kolograf Tahun 5.

Rajah 3. Perbandingan Markah Keseluruhan Hasil Akhir Murid Dalam Ujian Awal dan Ujian Akhir

REFLEKSI

Untuk lebih memahami permasalahan atau isu yang wujud dalam sesuatu kajian tindakan ini, pengkaji perlu menyelami amalan refleksi dalam sesuatu isu terlebih dahulu sebelum sebarang tindakan susulan diambil. Menurut Schon (1983), oleh kerana setiap pengkaji melihat sesuatu kajian atau isu yang wujud sebagai unik, seseorang itu tidak akan dapat mengatasinya dengan menggunakan teori atau teknik tertentu sahaja. Oleh yang demikian, seseorang pengkaji perlulah lebih mendalami isu

0 1 2 3 4 5 Se b e lu m Se le p a s Se b e lu m Se le p a s Se b e lu m Se le p a s Se b e lu m Se le p a s Se b e lu m Se le p a s

Item 1 Item 2 Item 3 Item 4 Item 5

B ilan ga n m urid 0 20 40 60 80 100 R1 R2 R3 R4 P eratus ( %) Kod Murid Sebelum Selepas

(6)

Kekuatan yang dapat pengkaji perhatikan adalah penghasilan alat inovasi yang membantu dalam mencapai objektif dalam kajian tindakan ini selain penggunaan “ lat Warna” ini bukan sahaja membantu murid dapat menyapu warna secara rata di atas blok cetakan malah memberikan ruang dan peluang kepada murid untuk meneroka secara kendiri warna-warna sekunder dan tertier yang terdapat dalam Pendidikan Seni Visual.

Kelemahan yang pengkaji dapati semasa melaksanaka kajian tindakan ini adalah penggunaan “ lat Warna” ini kurang sesuai digunakan bersama kotak yang dijadikan sebagai blok cetakan kolograf. Ini adalah kerana semasa proses cetakan dilakukan ke atas kertas lukisan, jalinan-jalinan pada kotak turut kelihatan di atas kertas lukisan ini.

CADANGAN TINDAKAN SUSULAN

Dalam mengatasi kelemahan-kelemahan yang wujud dalam kajian tindakan ini, pengkaji mencadangkan supaya penggunaan “roller” digunakan untuk memindahkan warna daripada “ lat Warna” ke atas blok cetakan kolograf. Ini adalah bagi mengelakkan blok cetakan yang digunakan tersebut perlu dipotong bahagian tengahnya. enggunaan “roller” ini juga berupaya menyapu rata ke atas blok cetakan dengan lebih rata dengan cara memindahkan warna yang telah dicair atau dicampurkan di atas “ lat Warna” ini.

RUJUKAN

Burns. A. (2003). Collaborative action research for English language teachers. Cambridge: Cambridge University Press.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2014). Dokumen Standard Kurikulum dan

Pentaksiran Pendidikan Seni Visual Tahun 5. Putrajaya: Bahagian Pembangunan

Kurikulum.

Kemmis, S. & McTaggart, R. (1988). The Action Research Planner (3rd Ed.). Victoria: Deakin University Press.

Kemmis, S. & McTaggart, R. (1988). The Action Research Reader. Victoria: Deakin University Press.

Othman Lebar. (2011). Kajian Tindakan dalam Pendidikan. Teori dan Amalan. Perak: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Referensi

Dokumen terkait

Sesuai dengan judul penelitian yang diungkapkan yakni : Pengaruh Tingkat Bagi Hasil dab Suku Bunga terhadap Jumlah deposito Mudharabah, maka terdapat tiga variabel yang

Dalam penelitian ini dipilih solusi yang paling mungkin diterapkan dengan segera yaitu pembuatan Sistem Pakar Deteksi Dini Penyakit Herniated Nucleus Pulposus

Salah satu fungsi dari brosur yang berbentuk selebaran ini memang untuk mengenalkan suatu produk atau barang yang di jual agar bisa dikenal oleh masyarakat sehingga mereka

Hal ini dilakukan karena banyak masyarakat yang menggunakan sosial media tersebut sehingga proses sosialisasi melalui internet juga dapat di akses tidak hanya orang di sekitar

Kekurangan media penyimpanan pada Arduino UNO dan respon real time pada Raspberry Pi dapat dipecahkan dengan menggabungkan kedua platform ini dalam satu skema

Berdasarkan hasil penelitian dapat disimpulkan bahwa terdapat hubungan negatif yang tidak bermakna antara derajat keparahan sirosis hati menurut klasifikasi Child kelas B

Dasar penentuan tarif adalah besarnya biaya yang dikeluarkan (out of pocket cost) artinya tarif tak dapat ditentukan di bawah batas mana tarif tidak dapat ditetapkan

Secara akademis (keilmuan) diharapkan penelitian tentang sosialisasi peraturan dan mekanisme Pemilukada oleh KPU Provinsi DKI Jakarta dalam membentuk