• Tidak ada hasil yang ditemukan

Amalan Terbaik Pengajaran & Pembelajaran BAHAGIAN A. 2. Seorang budak perempuan sedang mandi sambil tersenyum riang.

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "Amalan Terbaik Pengajaran & Pembelajaran BAHAGIAN A. 2. Seorang budak perempuan sedang mandi sambil tersenyum riang."

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

1. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah.

siapa / apa ? buat apa / mengapa ? mana / bagaimana ?

1. Seorang budak lelaki sedang berdiri di atas batu yang besar.

2. Seorang budak perempuan sedang mandi sambil tersenyum riang.

3. Seorang budak lelaki hendak melakukan terjunan ke dalam sungai itu.

4. Puan Milah dan suaminya menyediakan makanan untuk anak-anaknya.

5. Batu-batu besar yang terdapat di kawasan air tejun menghiasi pemandangan.

10 5

1

2 4

3

(2)

2. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah.

siapa / apa ? buat apa / mengapa ? mana / bagaimana ?

1. Murid lelaki itu hendak melakukan lompatan bergalah di penjuru padang.

2. Beberapa buah khemah rumah sukan didirikan untuk murid-murid berkumpul.

3. Seorang peserta olahraga lelaki mendahului peserta lain dalam acara balapan itu.

4. Seorang hakim balapan sedang mencatat sesuatu pada borang yang dipegangnya.

5. Para penonton memberikan sokongan dan sorakan gemuruh kepada para peserta.

10 5

1

4 2

3

(3)

3. Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar.

siapa / apa ? buat apa / mengapa ? mana / bagaimana ?

1. Fendhi dan Radzi sedang mengecat dinding bagunan sekolah mereka.

2. Lim dan Ganes mengemas serta menyusun kerusi meja di kelas mereka.

3. Faizal dan Dores membersihkan longkang kantin sekolah pada petang itu.

4. Dua orang murid lelaki sedang mengumpulkan sampah ke dalam troli besar.

5. Seorang murid lelaki sedang menyemai anak bunga kertas ke dalam sebuah pasu.

10 5

1

4

2

3

(4)

4. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah.

siapa / apa ? buat apa / mengapa ? mana / bagaimana ?

1. Linda membaca buku di pusat sumber sekolah bersama-sama kawannya.

2. Buku-buku di pusat sumber itu disusun denga kemas oleh pengawas PSS.

3. Ahmad Damanhuri dan Saidi sedang mengulang kaji pelajaran mereka di PSS.

4. Seorang murid perempuan membawa beberapa buah buku nota untuk dipinjam.

5. Pengawas PSS itu melayan seorang murid yang hendak membuat pinjaman buku.

10 1

2

3 4

5

(5)

5. Tulis lima ayat yang lengkap tentang situasi atau keadaan gambar di bawah.

siapa / apa ? buat apa / mengapa ? mana / bagaimana ?

1. Bas dan kereta ialah kenderaan yang menggunakan jalan raya setiap masa.

2. Jalan raya penuh sesak dengan kenderaan terutamanya pada waktu puncak.

3. Sebuah kereta terbalik di atas jalan raya kerana terlibat dalam satu kemalangan.

4. Orang ramai yang lalu-layang memberi pertolongan kepada mangsa kemalangan.

5. Sebuah kerata terlanggar sebatang tiang elektrik dan mengalami remuk yang teruk.

10 1

2

3

4

5

(6)

6. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah.

siapa / apa ? buat apa / mengapa ? mana / bagaimana ?

1. Encik Suhaimi mengemas dan menyusun sofa di ruang tamu rumahnya.

2. Puan Mahani hendak membakar roti di dalam ketuhar untuk sarapan pagi.

3. Gan Boon Thai sedang menyapu sampah sarap di halaman rumah mereka.

4. Adik perempuannya pula sedang menyiram pokok-pokok bunga di taman mini.

5. Puan Gan mengecat pintu pagar rumah mereka kerana catnya sudah mulai pudar.

10 1

2

3 4

5

(7)

7. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah.

siapa / apa ? buat apa / mengapa ? mana / bagaimana ?

1. Puan Zuraini pergi ke pasar untuk membeli barangan keperluan harian.

2. Anak perempuannya mengikut Puan Zuraini pergi ke pasar pada pagi itu.

3. Puan Zuraini sedang memasak lauk untuk hidangan tengah hari keluarganya.

4. Nur Fiza menolong ibunya di dapur menghidangkan juadah makan tengah hari.

5. Puan Zuraini dan keluarganya menikmati hidangan tengah hari bersama-sama.

2

1

3

4

5

(8)

8. Tulis lima ayat yang lengkap tentang situasi atau keadaan gambar di bawah.

siapa / apa ? buat apa / mengapa ? mana / bagaimana ?

1. Opah Leha menelefon anak lelakinya bagi memberitahu sesuatu.

2. Encik Mustafa memasukkan beg pakaian ke dalam bagasi keretanya.

3. Isterinya membawa dua buah beg lagi untuk dibawa pulang ke kampung.

4. Encik Mustafa dan isterinya sampai di hospital melawat ayahnya yang sakit.

5. Aiman menghampiri opahnya serta bertanya khabar tentang kesihatan neneknya.

1 2

5 4

3

(9)

9. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah.

siapa / apa ? buat apa / mengapa ? mana / bagaimana ?

1. Foong dan kawan-kawannya berjalan kaki menuju dusun ayah Rosli.

2. Rosli menyambut kedatangan kawan-kawannya di dusun durian ayahnya.

3. Pokok-pokok durian di dusun ayahnya berbuah sungguh lebat pada tahun ini.

4. Ayah Rosli menjamu buah-buah durian yang istimewa kepada mereka hari itu.

5. Foong, Sukinder dan Albert makan durian sepuas-puasnya di dusun ayah Rosli.

2

1

4 5

3

(10)

10. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah.

siapa / apa ? buat apa / mengapa ? mana / bagaimana ?

1. Alice Von ternampak seekor kucing ketika dia pulang dari sekolah.

2. Kucing itu ditinggalkan di dalam sebuah longkang di tepi jalan raya.

3. Alice Von membawa kucing itu pulang ke rumahnya untuk dipelihara.

4. Alice Von memberi susu dan makanan kepada kucing yang dijumpainya itu.

5. Alice Von suka dan sayang akan kucing itu kerana kucing itu manja dengannya.

10 2

4

5

1 3

(11)

11. Tulis lima ayat yang lengkap tentang situasi atau keadaan gambar di bawah.

siapa / apa ? buat apa / mengapa ? mana / bagaimana ?

1. Thomas dan kawan-kawannya berbasikal untuk pergi ke sekolah petang itu.

2. Seorang penunggang motosikal membelok ke kanan jalan dengan tiba-tiba.

3. Penunggang motosikal itu dilanggar sebuah teksi kerana kecuaian di jalan raya.

4. Penunggang motosikal itu mengalami kecederaan dan dimasukkan ke hospital.

5. Thomas dan kawan-kawannya melawat penunggang motosikal itu di hospital.

10 2

4

5

3

1

(12)

12. Tulis lima ayat yang lengkap gambar di bawah.

siapa / apa ? buat apa / mengapa ? mana / bagaimana ?

1. Khaidir sedang membasuh kereta ayahnya pada pagi minggu itu.

2. Khaidir menggunakan syampu kereta untuk menghilangkan kekotoran.

3. Khaidir menyiram pokok-pokok bunga ibunya di halaman rumah mereka.

4. Khaidir juga gemar bermain layang-layang jika dia ada masa yang terluang.

5. Dia bijak mengatur jadual harian, keseluruhan masa dimanfaatkan dengan bijak.

10 2

4

5

3

1

(13)

1. mandi 1. sukan

2. berdiri 2. khemah

3. bening 3. sorakan

4. terjunan 4. olahraga

5. air terjun 5. mencatat

6. makanan 6. penonton

7. deruan air 7. mendahului

8. menyediakan 8. acara balapan

9. batu-batu besar 9. penjuru padang

10. pinggan-mangkuk 10. lompatan bergalah

KOSA KATA (GRAFIK TIGA) KOSA KATA (GRAFIK EMPAT)

1. mengecat 1. kemas

2. troli besar 2. senyap

3. menyemai 3. disusun

4. menyusun 4. melayan

5. mengemas 5. membawa

6. kantin sekolah 6. mengulang kaji

7. membersihkan 7. pengawas PSS

8. mengumpulkan 8. membaca buku

9. dinding bangunan 9. membuat pinjaman 10. menjaga kebersihan 10. pusat sumber sekolah

KOSA KATA (GRAFIK LIMA) KOSA KATA (GRAFIK ENAM)

1. sesak 1. ketuhar

2. terbalik 2. menyapu

3. jalan raya 3. menyiram

4. terlanggar 4. mengecat

5. lalu-lalang 5. menyusun

6. kenderaan 6. mengemas

7. mengalami 7. taman mini

8. kemalangan 8. ruang tamu

9. pengguna jalan raya 9. membakar roti

10. mangsa kemalangan 10. memasang langsir

(14)

1. lauk 1. hospital

2. pasar 2. menelefon

3. dapur 3. menziarahi

4. juadah 4. beg pakaian

5. membeli 5. menghampiri

6. mengikut 6. memasukkan

7. hidangan 7. bagasi kereta

8. menolong 8. bertanya khabar

9. menikmati 9. pulang ke kampung

10. keperluan harian 10. memberitahu sesuatu

KOSA KATA (GRAFIK SEMBILAN) KOSA KATA (GRAFIK SEPULUH)

1. ulas 1. susu

2. dusun 2. manja

3. durian 3. kucing

4. makan 4. simpati

5. pangsa 5. kasihan

6. membelah 6. longkang

7. menyambut 7. dipelihara

8. lemak manis 8. ternampak

9. berjalan kaki 9. ditinggalkan

10. berbuah lebat 10. binatang kesayangan

KOSA KATA (GRAFIK SEBELAS) KOSA KATA (GRAFIK DUA BELAS)

1. dilanggar 1. rajin

2. motosikal 2. gemar

3. mengayuh 3. kereta

4. membelok 4. bermain

5. berbasikal 5. menyiram

6. mengalami 6. membasuh

7. kecederaan 7. jadual harian

8. menunggang 8. dimanfaatkan

9. cuai di jalan raya 9. masa terluang

10. dimasukkan ke hospital 10. halaman rumah

Referensi

Dokumen terkait

[r]

Pemahaman seperti ini tidak saja memberikan nilai negatif bagi Islam, tapi lebih jauh akan dapat menyeret umat pada satu titik di mana Islam menjadi agama terpinggirkan dan selalu

Penelitian ini bertujuan untuk mengetahui pengaruh citra merek, kualitas produk, dan promosi terhadap keputusan pembelian pada minuman mizone di Kecamatan Periuk

Adanya konsentrasi uap pelarut yang melebihi batas ketentuan yang berlaku dapat mengakibatkan efek negatif pada kesehatan seperti iritasi pada membran mucous dan sistem

Penelitian ini bertolak dari ketertarikan peneliti terhadap pengembangan materi sejarah dalam buku teks sebagai bahan pembelajaran IPS bagi siswa di jenjang SMA, yang isinya

Mereka berhasil membudidayakannya dibanding desa yang lain di Kecamatan Pangaribuan, dalam kurun waktu 1993-2003 pertanian kopi di Desa Parlombuan memberikan dampak positif

Penelitian ini diharapkan dapat memberikan informasi tentang Pajak Kendaraan Bermotor (PKB) dan masyarakat juga diharapkan patuh terhadap hukum pajak dan tidak

Metode penelitian yang akan digunakan dalam penelitian ini adalah pendekatan struktural dan pendekatan sosiologi karena seperti yang telah dipahami bahwa karya