Sikap Rakyat Malaysia Terhadap Bahasa Melayu
1.0 Pendahuluan
Bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa rasmi sejak Zaman Kesultanan Melayu Melaka
lagi di mana bahasa Melayu telah muncul sebagai bahasa perantaraan utama ( lingua franca) .
Sebelum penjajahan Inggeris , bahasa Melayu telah mencapai kedudukan yang tinggi iaitu
berfungsi sebagai bahasa perantaraan , pentadbiran , kesusasteraan dan bahasa pengantar di pusat
pendidikan Islam . Selain itu , bahasa Melayu merupakan alat yang mengikat perpaduan dalam
kalangan orang Melayu selain digunakan untuk keperluan-keperluan rasmi seperti semasa
menghadiri mesyuarat , surat-menyurat dan ketika prosiding perundangan dijalankan
terutamanya di negeri-negeri Melayu seperti di Johor , Kedah , Perlis , Perak , Kelantan , dan
Terengganu . Walau bagaimanapun , semasa zaman penjajahan Inggeris , bahasa Inggeris mula
digunakan dalam sistem pentadbiran di Tanah Melayu . Keadaan ini mula berubah disebabkan
penerimaan sistem perundangan Inggeris , perjanjian Malayan Union dan Persekutuan Tanah
Melayu selain daripada bertambahnya rakyat yang menerima pendidikan Inggeris pada waktu
tersebut . Namun begitu , bahasa Melayu masih kekal digunakan dalam kehidupan seharian serta
dalam beberapa bidang urusan kerajaan . Dalam Perlembagaan Malayan Union telah disebutkan
bahawa bahasa Melayu dan bahasa Inggeris merupakan bahasa rasmi dalam Mesyuarat
Raja-Raja , Majlis Mesyuarat Kerja Negeri dan Mesyuarat Kerajaan Negeri-Negeri Selat . Namun
begitu , setelah Malayan Union dihapuskan , penggunaan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu
dikekalkan sebagai bahasa rasmi di dalam Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan ditetapkan oleh
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 kecuali laporan berbentuk tulisan mesti dibuat dalam
Setelah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 , bahasa Melayu telah
dijadikan sebagai bahasa kebangsaan Persekutuan yang telah termaktub di bawah Perkara 152
(1) Perlembagaan Persekutuan . Dalam Perlembagaan juga menyebut , tiada larangan atau
halangan bagi hak kaum-kaum lain untuk menggunakan bahasa ibunda masing-masing . Setelah
Akta Bahasa Kebangsaan digubal pada tahun 1967 , bahasa Melayu menjadi bahasa yang tunggal
. Dua tahun selepas itu , yakni pada 13 Mei 1969 , demi menghilangkan konotasi bahasa Melayu
ini adalah kepunyaan orang Melayu sahaja , nama bahasa Melayu telah ditukar menjadi bahasa
Malaysia . Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi yang tunggal
bermatlamat menyatukan rakyat yang datang daripada pelbagai lapisan kaum untuk membentuk
sebuah negara yang bersatu . Oleh itu , mekanisma penggunaan satu bahasa yang sama serta
pengenalan kepada bangsa dan negara Malaysia telah digunakan untuk mencapai matlamat yang
telah ditetapkan .
Dekad kelima puluh dan enam puluh merupakan peringkat permulaan dalam proses
pemupukan bahasa Melayu dalam kalangan rakyat . Masalah utama yang dihadapi ketika ini
adalah untuk meyakinkan rakyat kemampuan bahasa Melayu untuk menggantikan bahasa
Inggeris . Pada waktu tersebut , sebahagian besar penduduk Tanah Melayu berasa was-was
terhadap keupayaan bahasa Melayu dan membandingkan perbezaan antara taraf bahasa Inggeris
yakni suatu bahasa moden dengan bahasa Melayu iaitu bahasa yang tidak maju dari segi tarafnya
. Dua bukti keraguan yang dapat diberikan termasuklah daripada kenyataan Pangiran Othman
Rauf , Menteri Tidak Berportfolio dalam Jabatan Perdana Menteri yang menyebut di dalam
akhbar Utusan Malaysia (13 April 1979 , muka surat 12) bahawa sehingga pada masa itu , bahasa
disebabkan laporan yang dibuat di dalam bahasa Inggeris . Bukti lain diperoleh semasa
Persidangan Pegawai-Pegawai Kehakiman Ke-6 , membabitkan Ketua Hakim Negara pada
ketika itu secara terus terang menidakkan kemampuan bahasa Malaysia menjadi bahasa dalam
perbicaraan di mahkamah untuk jangka masa beberapa dekad lagi . memetik kenyataan beliau ‘
Penggunaan bahasa Malaysia di mahkamah tidak mungkin boleh dijadikan universal untuk
beberapa waktu , sudah tentu tidak semasa hayat saya . Ada kira-kira 20 tahun lagi bagi saya
hidup dan tidak juga selepas beberapa lama saya mati . ‘ Kenyataan-kenyataan ini yang telah
dibuat selepas lebih 22 tahun pengisytiharan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi telah
meningkatkan lagi keraguan rakyat terhadap kesetandingan bahasa Melayu untuk menggantikan
bahasa Inggeris . Pada tahun 1970-an , bahasa Melayu mula diguna pakai sebagai bahasa
pengantar utama di sekolah-sekolah , bahasa pentadbiran dan turut berfungsi sebagai bahasa
perhubungan awam . Dalam jangka masa pendek , hasil daripada usaha-usaha gigih oleh semua
pihak , bahasa yang dahulunya dianaktirikan berkembang menjadi bahasa yang dihormati .
Tahun-tahun kematangan bagi bahasa Melayu dapat dilihat pada dekad ke-80 apabila setiap
kanak-kanak di Malaysia yang mendapat pendidikan awal sehingga ke peringkat universiti
menggunakan bahasa Malaysia sepenuhnya . Pada masa ini , istilah-istilah teknik dapat diperoleh
dengan mudah membolehkan generasi muda mengeluarkan idea dan perasaan menggunakan
bahasa Melayu yang sempurna dan berkesan . Menjelang abad ke-21 , bahasa Melayu digunakan
sebagai bahasa ilmiah dilengkapi dengan ciri-ciri yang bertujuan untuk memperkasakan bahasa
Melayu itu sendiri .
Walau bagaimanapun , sejak akhir-akhir ini , semakin ramai golongan bijak pandai yang
mula lantang bersuara mengecam tindakan segelintir rakyat Malaysia yang kian malu untuk
campuran iaitu bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris dalam pergaulan seharian mahupun di
tempat kerja . Lebih memalukan lagi apabila terdapatnya beberapa pemimpin dan selebriti yang
dianggap sebagai ikon negara dan sememangnya mengalir darah Melayu di dalam diri mereka
ternyata malu untuk berkomunikasi di dalam bahasa Melayu . Hal ini dibuktikan apabila Syarifah
Amani iaitu salah seorang pelakon popular yang menerima anugerah dalam suatu majlis
berprestij tanah air mengeluarkan ucapan ‘ it will sound stupid if I speak Malay ‘ . Ternyata
petikan kata-kata tersebut menyentuh hati hampir segenap rakyat Malaysia tetapi dalam masa
yang sama membuka mata kita tentang perspektif bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
tetapi bukan sebagai bahasa kebanggaan . Kajian yang dilakukan penulis dibuktikan dengan
penularan bahasa rojak yang berada pada tahap membimbangkan dalam kalangan rakyat
Malaysia khususnya mereka yang berpendidikan tinggi yang diketahui akan memimpin Malaysia
pada masa akan datang . Oleh itu , kita seharusnya memikirkan mekanisme yang berkesan untuk
memastikan rakyat Malaysia kembali menggunakan bahasa Melayu dengan betul tanpa ada
campuran bahasa asing serta berbangga untuk menggunakan bahasa Melayu seperti mana rakyat
Jepun yang berbangga berbahasa Jepun seiring dengan perkembangan teknologi mereka . Justeru
itu , dapat penulis simpulkan objektif kajian yang penulis jalankan adalah mengesan tahap