• Tidak ada hasil yang ditemukan

FAKTOR DAN CARA MENGATASI MASALAH EKONOM

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "FAKTOR DAN CARA MENGATASI MASALAH EKONOM"

Copied!
6
0
0

Teks penuh

(1)

FAKTOR DAN CARA MENGATASI MASALAH EKONOMI

Ada satu pepatah Inggeris yang menyebut “Money makes the world go round” yang mana membawa maksud bahawa duit yang menyebabkan dunia ini terus berputar. Dalam erti kata lain, hanya dengan wang ringgit dan harta kekayaan barulah hidup ini bermakna dan boleh diteruskan. Justeru itu, dapat disimpulkan bahawa tidak kira di mana seseorang itu berada, wang amat diperlukan bagi meneruskan kelangsungan hidup. Apa yang cuba ditekankan di sini ialah faktor ekonomi boleh menentukan jatuh bangun sesebuah negara itu.

Semenjak tahun 2008, harga barang di Malaysia mulai naik satu-persatu disebabkan oleh kegawatan ekonomi,. Seawal tahun 2008, harga minyak mulai naik diikuti oleh beras, gula, ikan, minyak masak dan lain-lain lagi. Bukan sahaja harga barang makanan melonjak, malahan peningkatan kos turut berlaku dalam sektor perkhidmatan dan servis yang lain seperti pengangkutan dan pendidikan. Rakyat melihat kesan inflasi ini sebagai ketidakcekapan kerajaan menguruskan perbelanjaan negara sehingga harga barang melambung tidak selaras dengan pendapatan rakyat. Sebagai mencari jalan keluar, rakyat akan menggunakan semua saluran yang ada untuk meluahkan perasaan tidak puas hati mereka terhadap kerajaan Malaysia tanpa menyedari ianya berpotensi untuk meruntuhkan negara.

Pembahagian kekayaan negara yang tidak seimbang juga menjadi punca kemarahan rakyat yang akan membawa kepada kemusnahan negara. Acapkali kedengaran isu mengenai kronisme, pilih kasih dan penguasaan harta oleh golongan tertentu menjadi bualan di media elektronik dan alam siber. Bilamana kekayaan negara hanya berlegar kepada golongan tertentu sahaja sehingga mengakibatkan peluang ekonomi orang lain terjejas, ini akan mengundang kepada perkara yang tidak diingini. Rakyat akan bertindak untuk menjatuhkan pemimpin-pemimpin yang dilihat tidak telus di mata mereka. Penyebaran cerita-cerita yang tidak enak akan berlaku sehingga boleh mengaibkan sesetengah pihak dan memecah-belahkan masyarakat.

(2)

melukut di tepi gantang. Sudahlah kehilangan peluang perniagaan, kini kehilangan peluang pekerjaan pula. Justeru itu, kerajaan seharusnya bijak menangani isu ini. Janganlah ibarat kata pepatah, “Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan”.

Sehubungan itu, adalah penting bagi kerajaan untuk menyelesaikan masalah ekonomi yang sedang melanda negara Malaysia pada kadar yang segera. Dikhuatiri faktor ekonomi ini boleh membawa keruntuhan kepada kehancuran Malaysia jika tidak ditangani dengan bijak.

Mayapada, kemelesetan ekonomi dunia telah memberi impak yang besar kepada negara dan mendatangkan masalah kepada keluarga. Dari segi konsepsinya, kemelesetan ekonomi merujuk kepada tekanan kewangan yang dihadapi oleh negara hingga menjejaskan kehidupan masyarakat sesebuah negara.Kemelesetan ekonomi dunia berlaku pada hari ini tatkala pasaran eksport negara semakin hilang kompetitif dan hal ini menyebabkan ramai orang kehilangan pekerjaan hingga mengganggu gugat kesejahteraan keluarga. Menurut Datuk Seri Najib Tun Razak, kemelesetan ekonomi dunia turut menjejaskan ekonomi Malaysia dan akibatnya sektor perusahaan dan perkhidmatan mengalami penyusutan permintaan. Oleh itu, langkah yang proaktif perlu diambil segera bagi meringankan beban keluarga dalam menghadapi kegawatan ekonomi pada hari ini.

Usaha Mengatasi Krisis Ekonomi Negara dan Global

Krisis kewangan global yang secara langsung memberi kesan kepada kelembapan ekonomi dunia hari ini bakal menyaksikan pertumbuhan ekonomi dunia berada pada tahap sederhana iaitu sekitar 3.7 peratus pada akhir tahun ini dan dijangka pulih mulai akhir 2009 pada sekitar 2.2 peratus.

(3)

Beberapa langkah yg perlu diambil oleh kerajaan dalam menanggani masalah ini. Dalam usaha memerangi inflasi dan menstabilkan harga, langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan boleh dibahagikan kepada tiga kategori iaitu langkah-langkah fiskal, kewangan dan pentadbiran.

Melalui langkah fiskal dan kewangan, kerajaan mengambil langkah mengawal cukai bagi barangan tertentu termasuk makanan. Sementara melalui langkah kewangan pula, kerajaan akan mengamalkan dasar kewangan yang berdisiplin bagi memastikan kadar inflasi stabil. Melalui langkah-langkah pentadbiran pula, kerajaan mengambil beberapa pendekatan, antaranya, menggalakkan persaingan, memperbaiki sistem pengangkutan dan meningkatkan kapisiti pengeluaran makanan.

Kerajaan akan terus menggalakkan persaingan yang lebih sihat antara industri untuk menghasilkan produktiviti yang tinggi, permodenan teknologi dan daya saing industri dari segi harga produk. Begitu juga dengan sistem pengangkutan yang akan terus diperbaiki dari semasa ke semasa bagi memastikan pengangkutan barangan dan perkhidmatan menjadi cekap dan efisyen. Pembinaan LRT, lebuhraya dan sistem baru keretapi adalah usaha-usaha mengatasi kesesakan. Mengenai makanan, kerajaan menggalakkan peningkatan kapasiti pengeluaran.

Untuk meningkatkan kapisiti pengeluaran makanan pula, kerajaan melalui agensi-agensinya seperti Kementerian Pertanian, Kerajaan-Kerajaan Negeri, Lembaga Kemajuan lkan Malaysia (LKIM), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan badan-badan berkaitan diberi galakan untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran makanan.

Menyedari bahawa inflasi boleh menimbulkan kesan buruk kepada perkembangan ekonomi negara, kos sara hidup dan taraf hidup orang berpendapatan rendah, kerajaan telah melaksanakan Kempen Anti Inflasi melalui media cetak dan elektronik untuk meningkatkan kesedaran dan perubahan sikap pembeli supaya mereka boleh mengambil langkah-langkah positif untuk membantu membendung inflasi.

(4)

diperlukan, menggalakkan para pengguna berjimat cermat dan menabung, mengurangkan pembelian menggunakan kad kredit, elakkan amalan mencatut (profiteering) oleh para peniaga dan menggalakkan pembentukan imej pengguna bijaksana.

Langkah perdana untuk meringankan beban keluarga dalam menghadapi kemelesetan ekonomi adalah dengan mengamalkan amalan berjimat cermat. Hal ini demikian, kerana berjimat cermat dapat membantu mengurangkan beban yang ditanggung oleh keluarga. Justeru, kita hendaklah membeli barang yang diperlukan sahaja dan mengurangkan pembelian barangan mewah. Menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin, hampir 47 peratus rakyat Malaysia berbelanja melebihi kemampuan mereka dan hal ini sangat membimbangkan. Oleh itu, sikap biar papa asalkan bergaya yang menjadi amalan segelintir rakyat di negara ini perlu ditangani segera. Sekiranya, amalan berjimat cermat berjaya disemai dan menjadi amalan rakyat Malaysia, nescaya beban keluarga dapat diringankan sekali gus mampu menghadapi tsunami kemelesetan ekonomi dunia.

Kerajaan harus mengambil langkah mengurangkan harga barang keperluan seperti petrol dan beras selaras dengan pengurangan harga komoditi dunia. Subsidi diesel akan terus diberikan kepada golongan tertentu seperti nelayan kerana bertujuan mengurangkan kos operasi mereka dan secara tidak langsung harga ikan di pasar-pasar. Harga lantai petrol akan ditetapkan dan penjimatan yang kerajaan dapat hasil dari pengurangan subsidi akan disalurkan kepada rakyat. Contohnya pakej rangsangan RM7 bilion yang telah diumumkan kerana penjimatan dari kejatuhan harga minyak.

(5)

Penubuhan Jawatankuasa tangani isu pekerja diberhenti

Kerajaan mengambil langkah awal menubuhkan dua jawatankuasa khas bagi menghadapi masalah pemberhentian pekerja oleh majikan di negara ini berikutan krisis ekonomi global. Dua jawatankuasa itu ialah Jawatankuasa Pemberhentian Pekerja dan Jawatankuasa Bantuan Pekerja Yang Diberhentikan.

Menteri Sumber Manusia, berkata Jawatankuasa Pemberhentian Pekerja akan mengeluarkan satu garis panduan berhubung pengurusan pemberhentian pekerja dan langkah yang perlu diambil oleh majikan sewaktu berdepan dengan krisis ekonomi global. Katanya, garis panduan itu akan disediakan sebelum Disember ini dan selain memantau keadaan ekonomi, mereka juga akan membantu mencari pekerjaan bagi pekerja yang diberhentikan kerja tanpa mengira bidang.

Jawatankuasa Bantuan Pekerja Yang Diberhentikan akan berperanan untuk menjaga soal kebajikan pekerja dan merangka beberapa program bagi melatih semula pekerja yang diberhantikan. Latihan akan diberikan menerusia Perbadanan Sumber Manusia berhad (PSMB) dibawah peruntukan RM5 juta dan usaha memohon peruntukan tanmbahan daripada Kementerian Kewangan sedang diusahakan.

Mempertingkatkan kemahiran pekerja menerusi latihan semula

(6)

Modal keintelektualan mesti diperkukuhkan. Ini bererti segala kepakaran ilmu dan pengkhususan yang berkaitan pengurusan ekonomi dan kewangan negara harus diperkuatkan bagi membolehkan kerajaan membuat keputusan-keputusan yang tepat dan kena pada tempat serta masanya.

Perlu menambah tahap efisien daripada peringkat paling asas kepada yang lebih canggih. Dalam konteks ini, Kementerian Kewangan sebagai agensi pusat juga memberikan khidmat kepada agensi-agensi lain. Oleh itu, jika dapat menyelesaikan sesuatu fail dengan lebih singkat misalnya, maka tahap efisien ini akan tercapai.

Dalam keadaan dunia yang mencabar hari ini, semua pihak perlu mencerna idea yang lebih inovatif dan kreatif. Untuk mencapainya, mereka tidak boleh lagi memakai cara lama dalam persekitaran sekarang.

Tidak boleh lagi melihat kerja-kerja yang dilaksanakan semata-mata kerana peruntukan yang diberikan telah dibelanjakan 100 peratus. Sebaliknya, harus menilai dan melihatnya berlandaskan faktor penghasilan kerja.

Perlu memastikan setiap produk dan perkhidmatan yang dihasilkan termasuk dibelanjakan benar-benar membawa nilai ringgit kepada kerajaan.

Referensi

Dokumen terkait

Dari hasil pengolahan data didapatkan rute dan jadwal kapal dengan penghematan total biaya sebesar $31.556,13 pada bulan Januari 2011 dibandingkan dengan total biaya yang

Terdapat hubungan antara faktor-faktor risiko selain asupan lemak, yaitu dengan: jenis kelamin, usia, status merokok, jarak waktu dari onset stroke, status hipertensi,

Dalam menciptakan suatu karya koreografi pendidikan membutuhkan waktu yang cukup lama, melalui proses pemilihan tokoh sesuai dengan karakter yang akan dibawakan,

Kita ketahui bahwa setiap individu mengalami perkembangannya sebagai suatu proses yang teratur. Bagaimanapun setiap individu dalam menjalani hidupnya dilengkapi

mengetahui dan menganalisis penerapan asas pemisahan horizontal terutaman terkait dengan bentuk penguatan dari Hak Milik satuan rumah susun bagi warga negara asing

Model Perancangan Sistem Informasi Akuntansi Menggunakan Microsoft Access Terhadap Peningkatan Kualitas Laporan Keuangan UMKM.. Perkembangan teknologi informasi pada sektor

Di sekolah, tentu saja sudah ada peraturan-peraturan yang ditetapkan, seperti tata tertib di dalam kelas, jadwal kebersihan, serta beberapa ketentuan

Samantalang nasa palasyo si Florante ay nakilala at naakit siya sa kagandahan ni Laura, ang anak ng Hari, at hindi siya tumugot hangga’t hindi niya naipagtapat ang kanyang