• Tidak ada hasil yang ditemukan

KUASA OTONOMI SABAH DAN SARAWAK DARI SAT

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "KUASA OTONOMI SABAH DAN SARAWAK DARI SAT"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

KUASA OTONOMI SABAH DAN SARAWAK DARI SATU PERSPEKTIF SEJARAH

Bilcher Bala

Pengenalan

Pada kebelakangan ini, rasa tidak puas hati di Sabah dan Sarawak terhadap hegemoni kerajaan pusat Putrajaya semakin membara, terutamanya kebangkitan rakyat meluahkan kritikan secara terbuka tentang ketirisan hak kuasa otonomi negeri. Kritikan mereka telah mencapai tahap memprotes dan mengancam kerajaan pusat sebagaimana dianjurkan oleh kumpulan gerakan Sarawak For Sarawak (S4S) dan gerakan Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM). Dengan kata lain, khususnya perjuangan gerakan tersebut ataupun perjuangan rakyat di Sabah dan Sarawak umumnya sudah kelihatan tersasar ke arah pengertian menuntut kemerdekaan sendiri, yakni untuk berpisah daripada Malaysia sebagaimana yang dilakukan oleh Singapura pada tahun 1965. Penggunaan frasa “Negara Sabah” dan “Negara Sarawak” semakin kedengaran. Kerajaan pusat disifatkan menjadi kuasa penjajah kerana telah mengetepikan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Perlembagaan Malaysia yang asal, 1963. Ramai yang mempunyai persepsi bahawa kerajaan pusat kini di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Najib Abdul Razak telah gagal memenuhi harapan dan persetujuan yang tercapai melalui semangat permuafakatan dalam kalangan kaum pemimpin pengasas pembentukan Malaysia dahulu. Perbincangan ini cuba mengarapkan persoalan dan sejarah proses pengwujudan kuasa otonomi Sabah dan Sarawak semasa pembentukan Malaysia dari tahun 1961 dan juga menyentuh secara ringkas proses ketirisan kuasa otonomi tersebut.

Latak belakang

Persoalan tentang kuasa otonomi bagi negeri Sabah dan Sarawak bukanlah isu baru pada dekad awal abad Ke-21 ini, tetapi telahpun menjadi punca krisis hubungan politik semasa era pentadbiran Ketua Menteri Sabah yang pertama, Tun Mohd Fuad Stephens (1920-1976) dan Ketua Menteri Sarawak yang pertama, Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan (1920-1997). Bahkan sebelum hari pengisytiharan pembentukan Malaysia pada 16 September 1963, isu kuasa otonomi ini juga telah dijangkakan akan timbul pada masa hadapan. Pemimpin di Sabah dan Sarawak merasa amat bimbang semasa gagasan Malaysia diumumkan oleh Perdana Menteri Malaya, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj (1903-1990) pada 27 Mei 1961 di Hotel Adelphi, Singapura. Dalam keadaan yang terkejut,1 mereka menganggap gagasan Malaysia

sebagai suatu bentuk neokolonialisme atau penjajahan semula ke atas Sabah dan Sarawak. Lantas mereka menolak gagasan Malaysia pada peringkat awalnya. Dengan adanya desakan daripada kerajaan Kolonial British ke atas Sabah dan Sarawak berasaskan alasan demi kepentingan kerjasama dalam aspek strategik dan pembangunan wilayah, maka kedua-dua negeri tersebut telah bersetuju untuk mempertimbangkan gagasan Malaysia, terutamanya melalui penubuhan Malaysia Solidarity Consultative Committee (MSCC) pada 23 Julai 1961.2

Hakikatnya, ternyata MSCC telah berjaya mencapai objektifnya untuk memujuk Sabah dan Sarawak apabila Cobbold Commission3 telah ditubuhkan pada 17 Januari 1962 bagi meninjau

pandangan rakyat di Sabah dan Sarawak terhadap gagasan Malaysia. Keputusan laporan Cobbold Commission yang telah dirumuskan di London pada 31 Julai - 1 Ogos 1962 menjelaskan bahawa gagasan Malaysia menjadi pilihan terbaik bagi rakyat Sabah dan Sarawak. Pada masa yang sama, hari pengisytiharan Malaysia telah dicadangkan tarikh 31 September 1963. Sebuah Inter-Government Committee (IGC) telah ditubuhkan untuk merangkakan satu perjanjian yang sempurna bagi pembentukan Malaysia dan menyusunkan satu Perlembagaan Malaysia yang lengkap dengan memperuntukkan perlindungan bagi kepentingan khas kepada

1 Pada fikiran mereka, suatu idea pembentukan persekutuan yang tersendiri bagi negeri di Borneo (Brunei, Sabah

dan Sarawak) adalah yang terbaik dan diutamakan terlebih dahulu sebelum mereka memikirkan suatu idea persekutuan dengan Malaya dan Singapura. Namun idea persekutuan di Borneo tersebut telah gagal mendapat persetujuan daripada Sultan Brunei.

2Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM).

3 Suruhanjaya Cobbold diketuai oleh Lord Cobbold dengan keahlian, Sir Anthony Abell, Sir David Watherson, Dato

(2)

Sabah dan Sarawak. Perlindungan tersebut adalah berasaskan memorandum 20 Perkara (bagi Sabah) dan 18 Perkara (bagi Sarawak) yang telah dikemukakan kepada IGC. Semua senarai perkara di bawah perlindungan tersebut telah dipersetujui untuk menjadi asas atau prasyarat bagi Sabah dan Sarawak menyertai pembentukan Malaysia. Maka Perjanjian Malaysia telah ditandatangani di London pada bulan Julai 1963. Dalam perbincangan penulisan ini, terlebih dahulu akan meninjau proses pembentukan Malaysia secara ringkas, yang merangkumi peristiwa perbahasan MSCC, peninjauan Cobbold Commission dan rekomendasi IGC. Seterusnya akan meninjau proses ketirisan kuasa otonomi Sabah dan Sarawak dari semenjak pembentukan Malaysia dengan berasaskan beberapa contoh berserta ulasannya.

Pengertian Kuasa Otonomi

Kuasa otonomi bermaksud hak kawalan sepenuhnya. Sistem kerajaan federal atau persekutuan seperti dalam amalan di Malaysia dan Amerika Syarikat memiliki keanggotaan entiti politik yang berstatus negeri. Kuasa tertinggi merupakan hak atau berpusat kepada kerajaan federal (pusat). Walau bagaimanapun, wujud bentuk penurunan kuasa daripada kerajaan pusat kepada kerajaan negeri yang dikonsepkan sebagai desentralisasi kuasa. Dengan kata lai, kerajaan negeri diperuntukkan kuasa otonomi dalam beberapa bidang berkepentingan khas. Manakala kerajaan pusat memiliki otonomi dalam beberapa bidang yang dianggap hal ehwal nasional, seperti pertahanan, diplomasi, fiskal dan matawang.

Permuafakatan MSCC

Hakikatnya, penubuhan MSCC adalah bertujuan untuk membincangkan dan menjelaskan tentang kepentingan gagasan Malaysia, terutamanya kepada pemimpin di Sabah dan Sarawak. Selaku delegasi Sabah yang paling lantang membantah gagasan Malaysia, Tun Fuad Stephens telah dipilih menjadi pengerusi MSCC. Dari bulan Ogos 1961, MSCC telah mengadakan sebanyak empat mesyuarat di Jesselton (Sabah), Kuching (Sarawak), Kuala Lumpur (Malaya) dan Singapura untuk membincangkan hal keuntungan dan faedah gagasan Malaysia. Semasa mesyuarat pertama di Jesselton pada 24 Ogos 1981, para delegasi MSCC tidak sehaluan dan gagal menemui saut titik persepakatan terhadap gagasan Malaysia. Keadan ini amat meresahkan pihak British. Maka Perdana Menteri Britain, Sir Harold Macmillan (1894-1986) dan Perdana Menteri Malaya, Tunku Abdul Rahman Putra telah mengadakan satu pertemuan di London pada 17 November 1961 bagi membincangkan satu mekanisme yang lebih adil untuk membawa Sabah dan Sarawak ke dalam gagasan Malaysia. Kedua-dua pihak telah mencapai persetujuan pada 31 Julai 1962 di London bagi mewujudkan Cobbold Commission4 dengan misi

khas untuk meninjau pendapat atau reaksi rakyat Sabah dan Sarawak terhadap gagasan Malaysia.

Sementara di Bornoe, MSCC telah mengadakan mesyuarat kedua di Kuching selama tiga hari, iaitu pada 18-20 Disember 1961. Pada hari pertama, ketua delegasi Sarawak, Yeo Chen Hoe menegasakan bahawa pihak Sarawak amat meragui gagasan Malaysia dengan alasan keadaan hubungan Malaya dan Singapura yang masih tidak stabil pada ketika itu. Malahan rakyat Sarawak tampil menampalkan poster anti-gagasan Malaysia di merata-rata tempat dalam bandar Kuching. Suasana mesyuarat mula tenang apabila seorang delegasi Sabah, Pang Tet Tsung menggesa para delegasi, dengan berkata; The people will have to make up their minds about joining Malaysia. It is our business to prepare them and provide them with all the necessary information. Lantas pengerusi MSCC, Tun Fuad Stephens menegur para delegasi MSCC supaya menghapuskan keraguan terhadap gagasan Malaysia. Maka mesyuarat MSCC diteruskan dan dapat merumuskan beberapa perkara, iaitu pembahagian perwakilan Parlimen, imigresen, perkhidmatan awam, keebasan agama, bahasa nasional dan pembangunan ekonomi. Sejurus selepas mesyuarat tersebut, kerajaan Sarawak telah menerbitkan White Paper bertajuk “Malaysia and Sarawak” pada 4 Januari 1962.

Tindakan sokongan Sarawak tersebut telah memberi kelegaan untuk menganjurkan mesyuarat MSCC yang ketiga di Kuala Lumpur pada 6-8 Januari 1962. Semasa mesyuarat

4Suruhanjaya Cobbold diketuai oleh Sir Cameron Fromantel Cobbold dengan keahlian, Sir Anthony Abell, Sir David

(3)

tersebut, aspek kewangan dan perwakilan dalam badan perundangan menjadi isu yang amat sensitif. Namun permuafakatan semakin kukuh apabila aspek keselamatan bersama telah dibincangkan, terutamanya ekoran wujud ancaman daripada kebangkitan Parti Komunis Indonesia (PKI) pada akhir bulan Disember 1961. Perkara ini telah menyebabkan pengerusi MSCC, Tun Fuad Stephens untuk merumuskan bahawa “Malaysia bukan lagi satu konsep, tetapi satu-satunya langkah untuk membendung Komunisme”. Keadaan sokongan yang kuat terhadap gagasan Malaysia pada ketika itu telah memberi laluan bagi merealisasikan penubuhan Cobbold Commission pada 17 Januari 1962.

Sementara di Sabah, Gabenor Sir Willam Goode merayu pada delegasi Sabah supaya menimbang sedalamnya gagasan Malaysia. Akhirnya, kerajaan Sabah juga menerbitkan White Paper bertajuk “North Borneo and Malaysia” pada 31 Januari 1962. Dengan itu, MSCC telah mengadakan mesyuarat yang keempat dan terakhir di Singapura pada 1-4 Februari 1962 bagi merumuskan pandangan dan laporannya. Melalui mesyuarat tersebut, permuafakatan telah tercapai sepenuhnya dengan menandatangani satu memorandum oleh semua delegasi. Seterusnya, Cobbold Commission telah memulakan tinjauan pendapat atau reaksi rakyat Sabah dan Sarawak terhadap gagasan Malaysia dari 19 Februari hingga 17 April 1962.5 Keputusan

tinjauan Cobbold Commission menegaskan 80 peratus rakyat Sabah dan Sarawak menyokong gagasan Malaysia. Keputusan tersebut telah diperkukuhkan melalui penubuhan IGC pada 1 Ogos 1962 di London dengan tugas untuk merangka Perjanjian Malaysia dan membuat susunan perlembagaan yang lengkap bagi pembentukan Malaysia dengan merangkumi perlindungan yang diperlukan oleh Sabah dan Sarawak.

IGC Menyempurnakan Hak Perlindungan

Pada 14 Ogos 1962, Lord Lansdowne tiba di Jesselton untuk memulakan tugas IGC.6 Semasa

mesyuarat persediaannya (membentuk komiti) IGC di Jesselton pada 30 Ogos 1962, gabungan pemimpin Parti Perikatan Sabah yang baru ditubuhkan7 telah mengemukakan satu senarai

(rujuk Lampiran A) petisyen atau memorandum pengisytiharan 20 PERKARA8 kepada Pengerusi

IGC, Lord Lansdowne dan Timbalan Pengerusinya, Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein. Memorandum ini mengandungi kebanyakan kepentingan yang dituntut oleh Sabah sebagai prasyarat menyertai pembentukan Malaysia. Seterusnya Gabenor Sir Woode mengambil langkah persediaan ke arah penubuhan IGC dengan mengadakan persidangan Majlis Perundangan Sabah pada 12 September 1962 untuk meluluskan usul melantik delegasi Sabah ke dalam IGC, iaitu terdiri daripada Ketua Setiausaha, Penguam Negara, Setiausaha Kewangan, Datu Mustapha Datu Harun dan Donald Stephens. Tindakan kerajaan Sabah itu telah diterima oleh kerajaan Britain dan kerajaan Malaya secara terpaksa untuk mengiktirafkan perlantikan delegasi tersebut.9 Majlis Sarawak juga mengambil tindakan yang sama pada 26 September

1962, dengan melantik delegasinya berserta memorandum pengisytiharan 18 PERKARA untuk dimajukan kepada IGC.

IGC telah melalui sebanyak dua belas mesyuarat, bermula dari 30 Ogos 1962 dan berakhir pada 20 Disember 1962.10 Hakikatnya, semangat pro-Malaysia dalam kalangan

5 Tinjauan tersebut memperolehi sebanyak 1,600 surat termasuk catatan daripada 35 pusat pungutan suara yang

telah disediakan di Sarawak dan 600 surat termasuk catatan daripada 15 pusat pungutan suara yang telah disediakan di Sabah. Di samping itu, dianggarkan seramai lebih 4,000 orang telah menghadiri sesi perbicaraan secara sulit dengan Suruhanjaya Cobbold.

6Terdiri daripada lima ahli, iaitu Lord Lansdowne (Pengerusi), Tun Razak (Timbalan Pengerusi), Sir John Martin, H.P.

Hall dan T.J. O’Brien.

7Untuk menghadapi Pilihanraya Majlis Daerah yang pertama pada bulan November 1962.

8Tarikh 31 Ogos 1963 untuk pengisytiharan Malaysia yang dicadangkan oleh kerajaan Britain dan kerajaan Malaya di

London semasa mesyuarat perumusan laporan Suruhanjaya Cobbold pada 31 Julai 1962, sebenarnya amat mengejutkan para pemimpin di Sabah dan Sarawak. Lantas Tun Fuad Stephens telah mengadakan mesyuarat tergempar bagi para pemimpin politik di Sabah pada 13-14 Ogos 1962 untuk merangkakan petisyen 14 PERKARA (kemudiannya ditambah menjadi 18 PERKARA) sebagai tuntutan atau permintaan minima untuk menyertai pembentukan Malaysia.

9Pada 14 Ogos 1962, Lord Lansdowne tiba di Jesselton untuk memulakan tugas IGC.

10Tidak ada delegasi daripada Singapura, tetapi Brunei mengutus pemerhati sahaja. Mesyuarat pertama diadakan di

(4)

delegasi Sabah dan Sarawak dalam IGC adalah kukuh, terutamanya mereka melaknatkan tindakan tentera Negara Kesatuan Kalimantan Utara (NKKU) dan Partai Rakyat Brunei (PRB) yang melancarkan pemberontakan di Brunei pada 8 Disember 1961. Akhirnya laporan IGC setebal 35 muka surat dengan kandungan tiga bab berserta lampiran telah siap pada 22 Januari 1963 dan diterbitkan pada 27 Februari 1963 dengan tajuk ”Malaysia: Report of the Inter-Governmental Committee, 1962”. Pada 8 Mac 1963, Majlis Negeri Sarawak telah mengesahkan untuk menerima pakai syor laporan IGC. Kemudian diikuti oleh Majlis Undangan Sabah pada 13 Mac 1963. Dengan demikian, pihak kerajaan Britain dan pihak kerajaan Malaya telah membuat pengumuman serentak di Parlimen masing-masing pada pada 1 Ogos 1963 bahawa tarikh 31 Ogos 1963 adalah hari pengisytiharan Malaysia. Turut diumumkan tentang rancangan untuk menyusun perlembagaan yang lengkap, termasuk perlindungan kepada kepentingan khas Sabah dan Sarawak, yakni akan disediakan setelah berunding dengan badan perundangan kedua-duanya. IGC akan ditubuhkan secapat mungkin dengan delegasi atau perwakilan daripada kerajaan British, Malaya, Sabah dan Sarawak.

Dalam bab I Laporan IGC menetapkan hari pengisytiharan Malaysia pada tarikh 31 Ogos 1963. Bab II pula menetapkan keahlian (Malaya, Sabah, Sarawak dan Singapura) Persekutuan dan namanya sebagai Malaysia. Manakala bab III mengariskan dua puluh tiga (23) perkara berkepentingan utama yang telah dipersetujui sebagai perlindungan kepada Sabah dan Sarawak, iaitu; (1) agama, (2) imigresen, (3) pendidikan, (4) kerakyatan dalam Persekutuan, (5) perwakilan badan perundangan Persekutuan (Senat dan Parlimen), (6) perlembagaan negeri, (7) kuasa perundangan, (8) kawalan tanah, (9) Kerajaan Tempatan, (10) peruntukkan kewangan, (11) pilihanraya, (12) badan kehakiman, (13) perkhidmatan awam, (14) bahasa kebangsaan, (15) hak keistemewaan pribumi, (16) kuasa perundangan negeri dan kuasa eksekutif negeri dalam perkara kewangan, agama, bahasa dan keistimewaan pribumi, (17) prosiding mempersoalkan kesahihan undang Persekutuan atau Negeri, (18) undang-undang sedai ada, (19) kuasa darurat, (20) transisi pengendalian untuk Jabatan Federal, (21) sementara menunggu prosiding Undang-Undang, dan (22) perjanjian bantuan kewangan dan teknikal antarabangsa.

Pada 9 Julai 1963, delegasi daripada Malaya, Singapura, Sarawak dan Sabah termasuk kerajaan British telah menandatangani Perjanjian Malaysia di London. Delegasi daripada Brunei juga hadir ketika itu, tetapi mereka menarik diri untuk menandatangani perjanjian tersebut. Justeru itu, Brunei terus kekal sebagai status negeri naungan dengan hak pentadbiran sendiri (self-government)11 di bawah peramanahan (trusteeship) kerajaan Britain sehingga mencapai

kemerdekaan sepenuhnya pada 1 Januari 1984. Tindakan Brunei tersebut tidak menggugat pendirian Sabah dan Sarawak untuk terus kekal bersama Malaysia. Bahkan tindakan Singapura menarik diri pada tahun 1965 sedikit sebanyak telah menggugat kedudukan Sabah dalam Malaysia. Namun jaminan perlindungan yang berasaskan laporan IGC ataupun memorandum 20/18 PERKARA telah menyebabkan Sabah dan Sarawak untuk terus kekal dalam Malaysia. Dengan ringkas, kerajaan Persekutuan telah menegaskan bahawa tuntutan perlindungan dan jaminan pembangunan akan dipenuhi.

Salah satu objektif utama pembentukan Malaysia adalah mempercepatkan kemerdekaan bagi Sabah dan Sarawak daripada kuasa penjajahan. Dengan berasaskan kepentingan strategik, kerajaan British menjangka kuasa asing, seperti Indonesia dan Filipina akan mengambil kesempatan untuk menjajah semula bekas jajahannya di Borneo yang ketika itu tidak memiliki suatu sistem pertahanan sendiri. Hakikatnya, kerajaan Indonesia menunjukkan minatnya ke atas Sabah dan Sarawak lantas menentang gagasan Malaysia. Manakala kerajaan Filipina pula telah mengumumkan hasratnya pada bulan Jun 1963 menuntut hak kedaulatan ke atas Sabah berasaskan suatu tuntutan Kesultanan Sulu. Keinginan Sabah dan Sarawak untuk memperoleh kemerdekaan dengan sendirinya sememangnya tidak dibenarkan oleh kerajaan British dengan alasan masih terlalu jauh tertinggal dari segi pembangunan dan belum bersedia untuk memiliki pemerintahan sendiri. Sekitar bulan Disember 1958, pertemuan di antara Tunku Abdul Rahman Putra dan Malcolm MacDonald (Gabenor Jeneral British) di London bagi

11 Status otonomos dan pentadbiran sendiri, dengan British mengekalkan "kuasa mentadbir" ke atas bidang

(5)

membincang kedudukan Sabah dan Sarawak pada masa hadapan sekiranya kerajaan British menamatkan hegemoninya, yakni meninggalkan rantau ini untuk selamanya. Namun Sabah dan Sarawak menghadapi masalah kritikal dengan keadaan penduduk pribumi yang tidak berminat untuk memperoleh kemerdekaan. Malahan, misalnya, penduduk Cina di Sabah dikatakan terlalu leka mengejar kepentingan ekonomi dan mereka kurang berminat terhadap bidang politik. Pada masa pertemuan tersebutlah Tunku Abdul Rahman telah mencadangkan bahawa sewajarnya Singapura dan koloni British di Borneo bergabung dengan Malaya.

Pembentukan Malaysia juga mempunyai objektif untuk memperluaskan pembangunan ekonomi di Sabah dan Sarawak agar taraf hidup penduduk dan kemahiran teknikal mereka dapat dinaikkan. Dasar pembangunan yang kukuh akan dapat diadakan untuk mempercepatkan pertumbuhan ekonomi mereka. Perkara ini telah diucapkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra semasa perasmian mesyuarat MSCC ketiga di Kuala Lumpur pada 7 Januari 1962. Beliau telah menjanjikan ‘pembangunan’ kepada Sabah dan Sarawak. Kemudian, pada hari berikutnya, Timbalan Perdana Menteri Malaya, Tun Abdul Razak telah membawa para delegasi MSCC melawat Bilik Operasi aktiviti projek pembangunan luar bandar di Malaya, yang dilaksanakan melalui pelan pembangunan lima tahun, khususnya direncanakan untuk membasmi kemiskinan dan menaikkan taraf hidup kira-kira 3 juta penduduk miskin di Malaya. Lawatan tersebut telah berjaya menerapkan keyakinan para delegasi MSCC daripada Sabah dan Sarawak terhadap jaminan pembangunan pada masa hadapan melalui pengabungan dalam Malaysia. Maka, di Sabah pada 8 Januari 1962, hari Isnin, akhbar North Borneo News & Sabah Times telah menyiarkan tajuk “Development For Borneo Promised” pada halaman hadapan. Halaman hadapan akhbar The Borneo Times pula menyiarkan tajuk “Tunku: Equal Right For All” yang ditafsirkan sebagai satu implikasi pembangunan sosial yang akan dipenuhi untuk penduduk di Sabah. Ditegaskan bahawa pembangunan di Sabah hanya akan dapat dipercepatkan melalui penggabungan Malaysia.

Salah satu aspek pembangunan yang diberikan perhatian melaus dalam keluaran akhbar pada ketika itu ialah mengenai implikasi perkhidmatan awam di Sabah dan Sarawak dalam Malaysia. Menurut tafsiran yang disiarkan menyatakan bahawa penggabungan Sabah dna Sarawak dalam Malaysia hendaklah bermaksud pemindahan kawalan jabatan tertentu kepada kerajaan Persekutuan. Ringkas kata, bahawa kakitangan Persekutuan daripada Sabah dan Sarawak akan bergabung dengan kakitangan daripada Malaya. Jika tafsiran ini menjadi alasan yang benar, maka Sabah harus menjangka lebih ramai bilangan pegawai Persekutuan daripada Malaya yang akan berkhidmat di Sabah dan Sarawak, terutamanya bagi tempoh masa yang dijustifikasikan sebagai ‘tempoh peralihan’ Malaysia. Alasan yang signifikan untuk menyokong tafsiran tersebut adalah bahawa sebahagian besar kakitangan di Sabah dan Sarawak pada ketika itu kurang berpendidikan dan tidak terlatih, termasuklah masalah jawatan utama yang bakal kosong apabila khidmat para pegawai ekspatriat Eropah akan ditamatkan. Namun, isu yang amat penting kepada Sabah dan Sarawak pada ketika itu ialah keperluan kakitangan atau sumber tenaga manusia tempatan yang berpendidikan dan terlatih dalam bidang yang diperlukan, seperti guru, doktor, jururawat, juruteknik perubatan, jurutera, juruukur dan sebagainya. Sehubungan dengan isu ini, Perkara 18 (Borneanisation) dalam memorandum 20/18 PERKARA merupakan tuntutan yang mustahak untuk dipenuhi oleh kerajaaan Persekutuan. Walau bagaimanapun, tuntutan Borneonisasi bermaksud peralihan jawatan perkhidmatan awan dalam semua jabatan kerajaan Persekutuan di Sabah dan Sarawak kepada rakyat tempatan. Peralihan ini haruslah dilakukan dalam kadar yang secepat mungkin.

Jaminan Perlembagaan Malaysia, 1963

(6)

persekutuan dan negeri, (vii) Mengenai kewangan persekutuan, (viii) Pilihanraya, (ix) Badan Kehakiman, (x) Perkhidmatan awam, (xi) Kuasa khas bagi mengatasi anasir subversif dan darurat, (xii) Peruntukan am dan perlbagai, kedudukan Sabah dan Sarawak, (xiii) Peruntukan sementara dan tambahan, (xiv) Kedaulatan raja, dan (xv) Prosiding terhadap Yang di-Pertuan Agong dan raja. Selain itu, Perlembagaan Malaysia dilengkapi dengan 13 jadual yang memperincikan sebahagian daripada 199 peruntukkannya. Kandungan 13 jadual tersebut adalah; (1) Sumpah pemohon bagi pendaftaran atau penaturalisasian, (2) Kewarganegaraan, (3) Pemilihan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, (4) Sumpah jawatan bagi Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, (5) Majlis Raja-Raja, (6) Bentuk sumpah dan ikrar, (7) Pemilihan Ahli Dewan Negara, (8) Peruntukan yang hendak dimasukkan ke dalam Perlembagaan Negeri, (9) Senarai Perundangan, (10) Pemberian dan sumber hasil yang diserahhakkan kepada negeri, (11) Peruntukan Ordinan Tafsiran dan Fasal Am 1948, (12) Peruntukan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 [dimansuhkan], dan (13) Peruntukkan yang berhubungan dengan penyempadanan Bahagian Pilihanraya.

Hakikatnya, peruntukkan hak perlindungan bagi Sabah dan Sarawak telah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia, 1963. Selain daripada peruntukkan umum, Sabah dan Sarawak juga diberikan sejumlah tujuh kelompok peruntukkan khas. Pertama, dalam Bahagian III pada Perkara 16A: Kewarganegaraan melalui pendaftaran (orang yang bermastautin di negeri Sabah dan Sarawak pada Hari Malaysia); Kedua, dalam Bahagian VI pada Perkara 95B (Ubahsuaian bagi negeri Sabah dan Sarawak mengenai pembahagaian kuasa perundangan), 95C (Kuasa untuk memperluaskan kuasa perundangan atau eksekutif negeri melalui perintah), 95E (Negeri Sabah dan Sarawak terkeluar daripada kuasa Parlimen untuk meluluskan undang-undang seragam mengenai tanah atau kerajaan tempatan), dan 95E (Negeri Sabah dan Sarawak terkeluar daripada rancangan negara bagi penggunaan tanah, kerajaan tempatan, pembangunan, dsb.).

Ketiga, dalam Bahagian VII pada Perkara 112A (pengauditan negeri di negeri Sabah dan Sarawak), 112B (Kuasa meminjam bagi negeri Sabah dan Sarawak), 112C (Pemberian khas dan penyerahhakkan hasil kepada negeri Sabah dan Sarawak), dan 112D (Kajian semula pemberian khas kepada negeri Sabah dan Sarawak); Keempat, dalam Bahagian X pada Perkara 146A (Cawangan Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan di negeri Borneo), 146B (Cawangan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam setiap negeri Sabah atau Sarawak), dan 146D (Bidang kuasa Suruhanjaya Pasukan Polis ke atas anggota yang dipinjamkan daripada perkhidmatan negeri di negeri Sabah dan Sarawak. Kelima, dalam Bahagian XII pada Perkara 153 (Perizaban kuota berkenaan dengan perkhidmatan, permit, dsb. bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara negeri Sabah dan Sarawak). Keenam, pada Bahagian XIIA dengan Perkara 161 (Penggunaan bahasa Inggeris dan bahasa ibunda di negeri Sabah dan Sarawak, 161A (Kedudukan istimewa anak negeri di negeri Sabah dan Sarawak, 161B (Sekatan ke atas peluasan kepada bukan pemastautin akan hak untuk menjalankan amalan di hadapan dalam mahkamah dalam negeri Sabah dan Sarawak), 161C (Pendidikan agama Islam di negeri Borneo), 161D (Kebebasan beragama), dan 161E (Perlindungan kedudukan dari segi perlembagaan mengenai negeri Sabah dan Sarawak). Ketujuh, dalam Jadual 10 pada Bahagian IV (Pemberian khas kepada negeri Sabah dan Sarawak) dan Bahagian IV (Sumber tambahan hasil yang diserahhakkan kepada negeri Sabah dan Sarawak).

Hakikatnya, semua peruntukkan khas untuk perlindungan tersebut dalam Perlembagaan Malaysia 1963 dapat memperjelaskan kedudukan atau status negeri Sabah dan Sarawak yang berbeza dan istimewa berbanding semua negeri di Malaya. Peruntukkan khas tersebut juga menjelaskan bahawa negeri Sabah dan Sarawak memiliki hak kawalan sepenuhnya ke atas perkara yang berkaitan. Dengan erti kata lain, Perlembagaan Malaysia memberikan hak kuasa otonomi kepada negeri Sabah dan Sarawak ke atas semua perkara yang terkandung dalam tujuh kelompok peruntukkan khas tersebut. Walau bagaimanapun, kemampuan negeri Sabah dan Sarawak dari segi fiskal pada peringkat awal selepas penubuhan Malaysia adalah terlalu lemah.

(7)

Borneo should amount to $200 million during the Five Year Plan after the establishment of Malaysia in order to obtain a satisfactory rate of economic growth. Sungguhpun pada tahun awal selepas pembentukan Malaysia, negeri Sabah memiliki otonomi atau kawalan sepenuhnya ke atas kewangan dan pentadbiran yang dijamin dalam Perlembagaan Malaysia dan juga Perlembagaan Sabah. Walau bagaimanapun, pada tahun berikutnya otonomi tersebut telah secara beransur-ansur dikurangkan melalui proses federalise dengan meletakkan beberapa sektor pentadbiran negeri ke bawah kawalan kerajaan pusat. Misalnya, pada bulan Februari 1964, sektor pendidikan, sektor penerbangan awam, sektor telegraf dan pos, sektor kajibumi, sektor polis, sektor penjara dan sektor syarikat kerjasama diletakkan di bawah tanggungjawab kerajaan Persekutuan. Tambahan kerajaan negeri Sabah juga menyerahkan beberapa sumber hasil negeri yang utama seperti kutipan cukai kastam dan cukai pendapatan kepada kerajaan Persekutuan.

Ketirisan Kuasa Otonomi

Walau bagaimanapun, kebanyakan perlindungan khas tersebut telah gagal ditunaikan, sebaliknya satu persatu mula terhakis atau mengalami ketirisan sama ada melalui pindaan Perlembagaan ataupun tidak dilaksanakan sepenuhnya. Contoh kes di Sabah akan ditinjau, terutamanya dari satu perspektif, iaitu faktor hegemoni kerajaan pusat (Kuala Lumpur) menjadi punca berlakunya ketirisan kuasa otonomi bagi negeri Sabah. Dapat dikatakan, masalah yang dihadapi oleh negeri Sabah adalah kegagalan kerajaan negeri dan kerajaan pusat mempertahankan hak kuasa otonomi yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia 1963.

Kegagalan tersebut dapat dikaitkan dengan masalah terlalu kerap berlaku krisis politik dalam sepanjang hubungan antara kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan (pusat di Kuala Lumpur) dari tahun 1963 hingga 1994. Hampir semua krisis yang berlaku adalah berpunca daripada masalah politik dalaman di negeri. Keadaan ini telah mendorong campurtangan kerajaan pusat untuk mencari jalan penyelesaian. Di Sabah, telah tercetus krisis politik pada bulan Julai 1964, apabila Yang di-Pertuan Negeri (kini Tuan Yang Terutama), Tun Datu Mustapha Datu Harun mencampuri urusan pentadbiran negeri di bawah Ketua Menteri, Tun Mohd Fuad Stephens. Tun Mustapha telah menuntut jawatan Ketua Menteri sebagai hak parti USNO berasaskan agihan majoriti kerusi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN). Krisis di antara Tun Mustapha dan Tun berlarutan pada bulan Disember 1964, apabila Tun Mustapha enggan mengesahkan perlantikan John Dusing sebagai Setiausaha Negeri yang baharu. Krisis tersebut telah mengundang campurtangan kerajaan pusat yang lebih memihak kepada Tun Mustapha. Walau bagaimanapun, bukan bererti kerajaan pusat telah bertindak menceroboh hal ehwal negeri Sabah, tetapi sebaliknya krisis tersebut telah dirujuk kepada kerajaan pusat untuk mencari penyelesaian. Pentadbiran Tun Fuad mula tidak disenangi oleh kerajaan pusat di bawah pentadbiran Tunku Abdul Rahman Putra disebabkan kecenderungan Tun Fuad menyuarakan tuntutan hak otonomi negeri Sabah ke atas pendidikan, bahasa, imigresen dan cukai berasaskan memorandum 20 Perkara semata-mata. Pendek kata, krisis hubungan politik di antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri Sabah pada tahun 1965 ekoran perpisahan Singapura daripada Malaysia telah menambahkan campurtangan dan dominasi kerajaan pusat.

Pada tahun 1966, krisis politik di Sarawak telah tercetus apabila undi tidak percaya dalam DUN dilakukan terhadap pentadbiran Ketua Menteri Tan Sri Datu Amar Stephen Kalong Ningkan. Gabenor atau TYT Sarawak, Tun Abang Haji Openg telah melantik Dato’ Penghulu Tawi Sli sebagai Ketua Menteri yang baharu menggantikan Tan Sri Datu Amar Stephen Kalong Ningkan. Hakikatnya Tan Sri Datu Amar Stephen tidak meletak jawatan beliau, sebaliknya mencabar tindakan DUN dan TYT di Mahkamah Sarawak dengan keputusan berpihak kepada beliau. Walau bagaimanapun, krisis tersebut tidak berakhir dengan keputusan mahkamah, sebaliknya telah mengundang campurtangan kerajaan pusat yang telah mengisytiharkan darurat di Sarawak dan melantik semula Dato’ Penghulu Tawi Sli menjadi Ketua Menteri.

(8)

memperkenalkan beberapa dasar pentadbiran negeri Sabah ke arah penyelarasan dengan kerajaan pusat. Ini membawa kepada pindaan terhadap perlembagaan negeri berkaitan dengan bidang pendidikan (1970), bahasa (1970) dan agama (1971). Hubungan yang baik dengan kerajaan pusat telah membolehkan negeri Sabah pada ketika itu mendpaat banyak bantuan kewangan dan peruntukkan yang lumayan pada setiap tahun, terutamanya melalui Rancangan Lima Tahun Malaysia pertama dan kedua. Sungguhpun pentadbiran Tun Mustapha menjadi satu mercu petanda kejayaan perlaksanaan kuasa otonomi di Sabah, namun penghujung era pentadbiran beliau menunjukkan hubungan yang tidak baik dengan kerajaan pusat. Ini telah membawa kepada campurtangan kerajaan pusat dalam arena politik Sabah, dengan alasan untuk membenteraskan ancaman Tun Mustapha yand dituduh kononnya pada bulan April 1975 ingin membawa perpisahan Sabah dariapda Malaysia. Kerajaan pusat telah menaja penubuhan parti baharu, Berjaya pada bulan 1975. Kemenangan parti Berjaya dalam pilihanraya 1976 telah menamatkan penguasaan parti USNO di Sabah. Pentadbiran negeri Sabah seterusnys telah silih berganti daripada Berjaya (1976-1985), PBS (1985-1994) dan UMNO (1995 – kini). Era pentadbiran Berjaya juga mempunyai hubungan baik dengan kerajaan pusat pada peringkat awal. Tren yang sama juga dilalui oleh pentadbiran PBS pada peringkat awal dan menghadapi krisis hubungan politik dengan kerajaan pusat pada akhir pentadbirannya ekoran desakan PBS yang membangkitkan hak otonomi negeri Sabah dan pelbagai isu yang begitu sensitif bagi kerajaan pusat. Memandangkan kedudukan UMNO sebagai parti daripada kerajaan pusat yang mula mengambil-alih pentadbiran di Sabah pada tahun 1994 hingga hari ini, maka dominasi kerajaan pusat ke atas negeri Sabah bertambah kukuh. Segala urusan pentadbiran negeri Sabah terlebih dahulu dirujuk ke Kuala Lumpur. Dengan kata lain, situasi negeri Sabah kelihatan begitu ketara telah kehilangan kuasa otonominya. Antara contohnya, penggiliran Ketua Menteri dalam kalangan presiden parti komponen Barisan Nasional seramai tujuh orang dalam tempoh dari tahun 1994 hingga 2003. Dari tahun 2003, Presiden UMNO Sabah, Musa Aman mengekalkan jawatan Ketua Menteri sehingga kini, tahun 2016.

Kesimpulan

(9)
(10)

LAMPIRAN A

20 POINTS of NORTH BORNEO (SABAH)

Point 1: Religion

While there was no objection to Islam being the national religion of Malaysia there should be no State religion in North Borneo, and the provisions relating to Islam in the present Constitution of Malaya should not apply to North Borneo

Point 2: Language

a. Malay should be the national language of the Federation

b. English should continue to be used for a period of 10 years after Malaysia Day

c. English should be an official language of North Borneo for all purposes, State or Federal, without limitation of time.

Point 3: Constitution

Whilst accepting that the present Constitution of the Federation of Malaya should form the basis of the Constitution of Malaysia, the Constitution of Malaysia should be a completely new document drafted and agreed in the light of a free association of states and should not be a series of amendments to a Constitution drafted and agreed by different states in totally different circumstances. A new Constitution for North Borneo (Sabah) was of course essential.

Point 4: Head of Federation

The Head of State in North Borneo should not be eligible for election as Head of the Federation

Point 5: Name of Federation

“Malaysia” but not “Melayu Raya”

Point 6: Immigration

Control over immigration into any part of Malaysia from outside should rest with the Central Government but entry into North Borneo should also require the approval of the State Government. The Federal Government should not be able to veto the entry of persons into North Borneo for State Government purposes except on strictly security grounds. North Borneo should have unfettered control over the movements of persons other than those in Federal Government employ from other parts of Malaysia into North Borneo.

Point 7: Right of Secession

There should be no right to secede from the Federation

Point 8: Borneanisation

Borneanisation of the public service should proceed as quickly as possible

Point 9: British Officers

Every effort should be made to encourage British Officers to remain in the public service until their places can be taken by suitably qualified people from North Borneo

Point 10: Citizenship

The recommendation in paragraph 148(k) of the Report of the Cobbold Commission should govern the citizenship rights in the Federation of North Borneo subject to the following amendments:

a) sub-paragraph (i) should not contain the proviso as to five years residence

b) in order to tie up with our law, sub-paragraph (ii)(a) should read “7 out of 10 years” instead of “8 out of 10 years”

(11)

Point 11: Tariffs and Finance

North Borneo should retain control of its own finance, development and tariff, and should have the right to work up its own taxation and to raise loans on its own credit

Point 12: Special position of indigenous races

In principle the indigenous races of North Borneo should enjoy special rights analogous to those enjoyed by Malays in Malaya, but the present Malaya form ula in this regard is not necessarily applicable in North Borneo

Point 13: State Government

a) the Chief Minister should be elected by unofficial members of Legislative Council b) There should be a proper Ministerial system in North Borneo

Point 14: Transitional period

This should be seven years and during such period legislative power must be left with the State of North Borneo by the Constitution and not be merely delegated to the State Government by the Federal Government

Point 15: Education

The existing educational system of North Borneo should be maintained and for this reason it should be under state control

Point 16: Constitutional safeguards

No amendment modification or withdrawal of any special safeguard granted to North Borneo should be made by the Central Government without the positive concurrence of the Government of the State of North Borneo. The power of amending the Constitution of the State of North Borneo should belong exclusively to the people in the state. (Note: The United Party, The Democratic Party and the Pasok Momogun Party considered that a three - fourth majority would be required in order to effect any amendment to the Federal and State Constitutions whereas the UNKO and USNO considered a two - thirds majority would be sufficient)

Point 17: Representation in Federal Parliament

This should take account not only of the population of North Borneo but also of its size and potentialities and in any case should not be less than that of Singapore

Point 18: Name of Head of State

Yang di-Pertua Negara

Point 19: Name of State

Sabah

Point 20: Land, Forests, Local Government, etc.

Referensi

Dokumen terkait

Abdul Untung selanjutnya mengatakan bahwa untuk memperoleh hasil penelitian dan pengembangan yang optimal, maka salah satu prasyarat yang harus terpenuhi dalam upaya

13 Kesalingtergantungan terjadi ketika dalam proses pencapaian tujuan individu atau kelompok, dia atau mereka harus memperhitungkan orang atau kelompok lain, baik itu untuk

LO (Local Officer)  Pengurus khusus yang memastikan proyek dan kekeluargaan di sebuah Standing Committee berjalan dengan baik dan dinamis, ia sadar bahwa sebenarnya ia merupakan

[r]

Penelitian ini dilakukan untuk mengetahui perbedaan kemampuan menulis puisi antara sebelum menerapkan teknik pembelajaran rangsang gambar dan sumbang kata dengan

Dari pendapat para ahli diatas dapat disimpulkan bahwa keterampilan proses sains untuk anak usia dini yang dimaksud dalam penulisan ini merupakan keterampilan anak dalam

Jadi metoda sirkulasi air waduk yang dilakukan dengan memutarkan air waduk pada arah vertikal, dapat mengontrol dan mencegah ledakan populasi dari alga biru- hijau dalam

Pengguna mendapatkan disajikan link di email atau Facebook, tampaknya dari seorang teman, yang mengarahkan mereka untuk men-download beberapa aplikasi untuk melihat,