• Tidak ada hasil yang ditemukan

Isu Tekanan dan Beban Tugas Guru

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Isu Tekanan dan Beban Tugas Guru"

Copied!
6
0
0

Teks penuh

(1)

i) Isu Pendidikan : Tekanan dan bebanan kerja guru

Arus permodenan dan globalisasi masyarakat dunia menuntut profesion guru dan sistem pendidikan bergerak seiring dengan kepesatan pembangunan masyarakat secara amnya. Segalanya harus bergerak dengan pantas dan sempurna seiring dengan pergerakan arus modenisasi yang mencabar. Guru adalah makhluk yang mempunyai jiwa dan mungkin akan mengalami gangguan emosi dan tekanan kerana setiap manusia itu pasti tidak dapat mengelakkan daripada tekanan.

Kepelbagaian dan kompleksnya kehidupan masyarakat kini menatijahkan kewujudan suatu wabak yang menyerang manusia iaitu tekanan atau dikenali sebagai stres. Dalam buku Guru dan Cabaran Semasa dipetik bahawa Hatta Sidi dan Mohamed Hatta Shaharom (2002) menyatakan, tekanan merupakan sebahagian daripada kehidupan manusia sejak dahulu lagi tanpa disedari. Robbins(1993) menerangkannya sebagai “Suatu keadaan yang dinamik yang menyebabkan individu berdepan dengan peluang, kekangan atau desakan terhadap apa yang dihasratkan. Pada masa yang sama wujud ketidakpastian akan hasilnya dan hasil tersebut adalah penting kepada individu tersebut”.

Pelaksanaan transformasi dalam pendidikan sudah pasti menjadikan peranan dan tanggungjawab para guru menjadi lebih mencabar. Noor Hamizah Abu Bakar menulis di dalam artikelnya yang bertajuk ‘Guru Lebih Stres’ yang diterbitkan dalam akhbar Utusan Malaysia bertarikh 24 April 2012 menyatakan bahawa terdapat kajian menunjukkan bahawa guru berada di kedudukan keempat dalam kerjaya yang paling mencetuskan tekanan selepas polis, pegawai penjara dan jururawat. Perguruan adalah profesion membantu yang amat terdedah dengan tekanan. Tekanan terhadap guru memang berkecenderungan untuk menyebabkan guru berada dalam keadaan murung, mengalami tekanan jiwa, kekecewaan dan kebimbangan (Sapora Sipon, 2007).

(2)

kesihatan fizikal dan mental guru. Oleh itu, apakah faktor yang mencetuskan permasalahan ini?

Sapora Sipon (2007) dalam artikel yang berjudul ‘Pendidik perlu bijak kawal emosi’ menulis bahawa tekanan yang dihadapi oleh pihak guru disebabkan oleh pelbagai faktor. Antara faktor yang paling ketara ialah ketidakupayaan guru untuk berdaya tindak ke atas isu-isu pendidikan. Ini kerana gelombang pembangunan pesat yang berlaku di negara ini juga seluruh dunia menyaksikan cabaran dan tekanan dihadapi oleh guru semakin meningkat. Ini disokong oleh kajian-kajian yang menunjukkan isu-isu pendidikan seperti masalah disiplin pelajar yang berleluasa, bebanan tugasan, masalah kekurangan guru, kekurangan bilik darjah, konflik peranan, kekaburan peranan, ketiadaan sistem sokongan sosial yang kuat dan rangkaian masalah yang lain yang tidak dapat diselesaikan dengan memuaskan boleh menggugat kesejahteraan guru seterusnya menambahkan bebanan emosi para guru.

ii) Implikasi tekanan dan bebanan terhadap bakal guru

Sebagai seorang bakal guru, kita perlu menganggap isu tekanan dan bebanan tugas guru sebagai pengajaran dan sempadan. Isu-isu negatif yang berkaitan dengan profesion perguruan perlulah dijadikan peringatan agar kita tidak mengulangi perkara tersebut dan sentiasa mencari jalan penyelesaian untuk memperbaiki kelemahan dan kepincangan dalam amalan perguruan.

(3)

termasuklah melakukan perkara-perkara yang menyalahi undang-undang dan etika perguruan.

Tekanan yang berpanjangan juga boleh melemahkan mental dan fizikal seseorang guru serta boleh membawa risiko ke atas kesihatan jika tidak menerima rawatan dengan sebaiknya. Tekanan atau stres yang berterusan juga boleh menggugat emosi seseorang guru sehingga kadangkala mereka boleh bertindak di luar jangkaan. Contohnya seperti berita yang diulaskan oleh Dr. Sapora Sipon dalam artikel itu berkaitan seorang warden asrama yang mendenda pelajar asrama perempuan SMK Bawang Assan berendam di dalam kolam ikan kerana kesalahan seorang daripada mereka yang membuang tuala wanita di dalam mangkuk tandas asrama perempuan.

Oleh itu dalam hal ini, fikiran yang wajar dan kebijaksanaanlah yang menentukan dan membezakan seseorang individu itu dengan individu yang lain. Seorang guru yang bijak pastinya akan sentiasa berfikiran positif, terbuka dan mempunyai strategi dan kaedahnya yang tersendiri untuk mengatasi dan menangani masalah tekanan yang dihadapi oleh mereka. Kemahiran inilah yang perlu dikuasai dan diamalkan oleh setiap bakal guru demi menghadapi hari-hari yang panjang sebagai seorang pendidik.

iii) Cadangan peranan pihak pentadbiran sekolah dapat membantu kalangan guru yang bermasalah

Antara peranan pihak pentadbiran dalam usaha untuk menangani permasalahan ini ialah:

(4)

penerangan dan taklimat yang jelas tentang skop kerja dan bidang tugas yang perlu digalas.

b) Mengenali setiap guru yang menjadi warga sekolah dan prihatin dengan masalah mereka. Pihak pentadbiran sekolah perlu arif dengan setiap guru di sekolah agar guru merasakan diri mereka diberi perhatian dan penghargaan. Misalnya memberi kad hari lahir guru di perhimpunan rasmi mingguan akan membuat guru berasa dihargai. Sebarang keputusan dan tindakan yang diambil perlulah melalui perbincangan antara guru dan pihak pentadbir perlu menyusun polisi sekolah yang lengkap dan teratur agar perlaksanaan sesuatu program sekolah dapat dilaksanakan dengan lancar. Bak kata pepatah bulat air kerana pembetung bulat manusia kerana muafakat. Muafakat membawa berkat. Amalan itulah yang perlu diterapkan dalam budaya sekolah.

c) Mewujudkan pengamalan budaya sihat di sekolah. Program sukan, senaman dan aktiviti gotong-royong dalam menjayakan sesuatu majlis di sekolah dapat mencetuskan suasana yang sihat dan harmoni serta perhubungan yang baik antara staf. Program seperti kelas senamrobik, kuliah agama yang diadakan secara mingguan atau bulanan dapat mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan guru di samping mengekalkan kesihatan jasmani dan rohani. Situasi ini akan membina persekitaran kerja yang ceria dan kerjasama yang baik untuk menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi.

d) Mengaplikasikan kemajuan teknologi masa kini untuk berinteraksi antara satu sama lain dalam ruang komuniti sekolah melalui perkhidmatan sosial seperti komuniti Facebook dan WhatsApp khas bagi warga sekolah. Laman ini bertujuan untuk penyebaran maklumat, pebincangan dan perkongsian pendapat. Dengan cara ini, tekanan dan masalah guru dapat dikongsi dan dibincangkan. Guru yang lebih berpengalaman mungkin dapat menyumbangkan pendapat mereka sekaligus memberi panduan kepada guru yang bermasalah mencari jalan penyelesaian.

(5)

program. Dengan adanya program pengurusan masa dan tekanan dapatlah ianya memberi input yang baik agar semua guru dapat melaksanakan tugas dengan lebih teratur, sistematik dan efisyen. Guru-guru juga dapat menyusun tugasan mereka mengikut keutamaan dan kepentingan. Perkara ini sekurang-kurangnya dapat mengurangkan tekanan dan bebanan tugas guru.

f) Melalui pendekatan organisasi pula, pihak pentadbir tentu boleh menentukan pemilihan dan penempatan guru-guru. Perpindahan dan pertukaran guru-guru disokong sepenuhnya supaya guru-guru yang ingin bertukar tidak tertekan. Oleh itu pihak pentadbir perlu memberi sokongan yang positif bagi setiap permohonan penempatan dan perpindahan guru. Hal ini juga membantu pengurangan tekanan guru.

Kesimpulannya, kerjaya dan tugas seorang guru itu adalah amat berat. Tugas dan tanggungjawab guru pada masa yang serba canggih bukan hanya sekadar menyampaikan ilmu pengetahuan malah guru adalah penjana dan nadi kepada kecemerlangan generasi akan datang. Secara mudahnya, tekanan yang dialami oleh guru tidak boleh dipandang remeh kerana ia boleh membawa kesan lebih dahsyat kepada kemajuan pendidikan negara amnya dan kepada pembangunan pelajar khasnya kerana mereka bakal menjadi pemimpin pada masa depan.

(6)

RUJUKAN

Beban emosi, kognitif dan fizikal guru. (2008). Kosmo Online. Diakses pada Februari 8, 2015 daripada laman http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp? y=2014&dt=0131&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_02.htm

Noor Hamizah Abu Bakar. (2012, April 24), Guru lebin stres. Utusan Malaysia, Utusan Online. Diakses pada Februari 8, 2015 daripada laman

http://ww1.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20120424/pe_01/Guru-lebih-stres Sapora Sipon. (2007, Julai, 23). Pendidik mesti bijak kawal emosi. Utusan Malaysia. Utusan online. Diakses pada Februari 8, 2015 daripada laman

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?

y=2007&dt=0723&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_07.htm

Shahril @ Charil Marzuki Yahya Bin Don. (2007). Kecerdasan Emosi Dan Kepemimpinan Pendidikan Dalam Pembentukan Sekolah Berkesan. Jurnal Masalah Pendidikan 2007, Jilid 30(1). Diakses pada Februari 8, 2015 daripada laman

http://myais.fsktm.um.edu.my/4906/1/9.pdf

Referensi

Dokumen terkait

&ista berbentuk o*al dengan ukuran panjang +/ mikron, lebar - mikron dan mempunyai / dinding tipis dan kuat. Sitoplasmanya berbutir halus dan letaknya terpisah dari dinding

"Oleh sebab itu, saat ini ANTM diperkenan- kan untuk melakukan ekspor bijih bauksit tercuci dengan kadar Al2O3 = 42%, dengan mendapatkan rekomendasi persetujuan

Artinya beban kerja yang berlebihan menyebabkan penurunan kinerja perawat Dalam menjalankan tugas utama setiap hari dengan beban kerja yang tinggi tersebut,

Penguasaan ilmu pengetahuan melalui cara tradisi ini mempunyai berapa ciri seperti: (1) pengetahuan melalui cara tradisi ini mempunyai berapa ciri seperti:

Mengenai batasan perjudian sendiri diatur dalam Pasal 303 ayat (3) KUHP sebagai berikut: “Yang dikatakan main judi yaitu tiap- tiap permaian yang mendasarkan

Berdasarkan definisi diatas, peneliti dapat menarik kesimpulan kepatuhan diet pada pasien gagal ginjal kronik yang menjalani hemodialisis adalah suatu perilaku yang

1) Keluarga korban tidak mengijinkan di lakukan otopsi pada korban, apabila pada korban kecelakaan Lalu Lintas tidak dilakukan pemerik- saan otopsi maka akan mempersulit

Soil- adjusted vegetation index dikembangkan sebagai modifikasi dari Normalized Difference Vegetation Index (NDVI) untuk mengkoreksi pengaruh kecerahan tanah apabila