• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kedudukan wanita menurut agama islam kri

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Kedudukan wanita menurut agama islam kri"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

PENGENALAN

Wanita berasal dari Bahasa Sanskrit, iaitu Sva yang membawa maksud sendiri dan Nittha adalah suci. Manakala Svanittha pula bermaksud ‘mensucikan diri’ dan kemudian berkembang menjadi maksud tentang manusia yang berperanan luas dalam Dharma atau pengamal Dharma. Dari sini juga berkembang

perkataan Sukla Svanittha yang berrmaksud “bibit” atau janin yang dikandung oleh manusia, yang merupakan peranan seorang perempuan. Wanita sangat diperhatikan sebagai penerus keturunan dan sekaligus “sarana” terwujudnya Punarbhava atau re-inkarnasi, sebagai salah satu kepercayaan atau keyakinan Hindu.

Dari segi bahasa, perkataan wanita digunakan untuk mengertikan lawan kepada lelaki. Mengikut Kamus Dewan (1985), perkataan wanita adalah suatu ungkapan halus yang memberikan erti orang perempuan, iaitu lawan bagi lelaki. Mengikut kamus al-Munjid (t.t), al-untha ialah kata tunggal yang memberi erti lawan kepada perkataan lelaki. Pada asalnya perkataan al-untha ini adalah pecahan dari kata kerja anutha yang bererti lembut dan tidak keras. Oleh yang demikian apbila perkataan al-untha digunakan untuk memberi erti orang

perempuan atau wanita, lawan kepada lelaki, ia mungkin berdasarkan kepada kelembutan dan kehalusan kejadian kaum wanita itu sendiri.”

Firman Allah S.W.T dalam Surah An-Nisa' ayat 34 yang bermaksud:

"Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita) dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka. Sebab itu, maka wanita yang solehah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri".Ayat tersebut menerangkan mengenai kedudukan wanita di dalam Islam. Islam mengambil berat dan memandang tinggi terhadap wanita. Malah, Al-Quran sendiri menamakan salah satu dari surah-surahnya dalam Al-Quran dengan nama surah An-Nisa' yang membawa maksud wanita.

Sejarah merekodkan bahawa kemunculan Islam telah menghapuskan sama sekali amalan menghina dan membunuh wanita sebagaimana yang berlaku dalam masyarakat jahiliyyah. Hal ini membuktikan pandangan Islam yang tinggi terhadap kaum wanita. Peraturan dan tuntutan yang digariskan oleh Islam ialah bertujuan untuk memelihara martabat dan keselamatan

(2)
(3)

WANITA MENURUT PANDANGAN ISLAM

Agama islam merupakan agama yang membawa rahmat kepada seluruh alam. Islam juga diturunkan untuk membawa kebaikan, kedamaian dan kesejahteraan bagi penduduk bumi. Justeru, agama islam menitik beratkan soal kedudukan dan martabat wanita dalam agama ini. Hal ini jelas dilihat apabila Dr Tareq Al-Suwaidan menjelaskan bahawa perkataan wanita dan lelaki disebut sama banyak iaitu sebanyak 24 kali di dalam Al Quran1. Prinsip ketersamaan dalam agama islam antara manusia samada lelaki dan wanita mengangkat kedudukan wanita sama seperti lelaki. Prinsip ini dapat dilihat apabila Allah berfrman di dalam Al Quran dalam surah al-hujurat ayat 13 dengan mahfumNya “Wahai seluruh manusia, sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu (terdiri) dari lelaki dan perempuan dan Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal, sesungguhnya yang termulia di antara kamu adalah yang paling bertakwa .”2

Selain itu, kewujudan surah An-nisa di dalam Al Quran yang bermaksud perempuan-perempuan/wanita-wanita menunjukan betapa tingginya martabat seorang wanita dalam konteks agama islam .Surah ini menerangkan beberapa isu mengenai wanita antaranya sejarah kewujudan wanita dari tulang rusuk lelaki, hak wanita yatim piatu , hak wanita mengenai mahar perkahwinan, hak wanita dalam harta warisan, aurat dan batas pergaulan wanita serta tanggungjawab suami kepada isteri. Agama islam juga jelas menerangkan tentang keadilan dan kesamarataan jantina di dalam Surah An Nahl ayat 97, mahfumNya “Barangsiapa yang mengerjakan amalan soleh, baik laki-laki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan akan kami beri balasan pula kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.3 Sehubungan dengan itu, penetapan dasar persamaan antara lelaki dan wanita pada ganjaran ialah apabila adanya persamaan pada amalan. Seseorang lelaki tidak melebihi wanita semata-mata dia lelaki, dan seseorang wanita itu tidak kurang semata-mata dia wanita, yang membezakan cuma amalan dan taqwa setiap individu tidak kira lelaki mahupun wanita.

1 Dr. Tareq Al-Suwaidan,2013,Great Women In Islam,Kuwait:CreateSpace Independent Publishing

(4)

Mulianya seorang wanita itu di dalam agama islam sehinggakan syurga itu di gambarkan di bawah telapak kaki ibu. Hal ini dapat dibuktikan melalui hadis Rasullah “ Dari Abu Hurairah radhiyallaahu ‘anhu, beliau berkata, “Seseorang datang kepada Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam dan berkata, ‘Wahai Rasulullah, kepada siapakah aku harus berbakti pertama kali?’ Nabi shalallaahu ‘alaihi wasallam menjawab, ‘Ibumu!’ Dan orang tersebut kembali bertanya, ‘Kemudian siapa lagi?’ Nabi shalallaahu ‘alaihi wasallam menjawab, ‘Ibumu!’ Orang tersebut bertanya kembali, ‘Kemudian siapa lagi?’ Beliau menjawab, ‘Ibumu.’ Orang tersebut bertanya kembali, ‘Kemudian siapa lagi,’ Nabi shalallahu ‘alaihi wasallam menjawab, ‘Kemudian ayahmu.’ (HR. Bukhari Muslim)”4. Hadis ini jelas menunjukan kedudukan wanita sebagai ibu mendapat darjat yang tinggi di sisi agama islam. Pengorbanan seorang ibu dalam mendidik dan melahirkan anak menjadi pengukur kepada martabat wanita di dalam agama islam.

Selain itu, antara hadis lain yang menerangkan tentang kedudukan wanita dalam pandangan islam, Rasullah bersabda “sesungguhnya wanita-wanita itu saudara kandung bagi lelaki”.5 Hadis ini menjelaskan persamaan yang tabii ataupun fzikal berdasarkan penciptaan lelaki dan wanita. Pada hadis ini terkandung kehalusan bahasa Rasullah, baginda menyatakan dalam hadis ini berkaitan hubungan antara lelaki dan wanita dengan perkataan syaqaiq iaitu dari segi bahasa didefnisikan sebagai separuh dari sesuatu. Lelaki tidak sempurna melainkan jika digandingkan dengan wanita dan begitulah sebaliknya. Kedua-duanya saling menyamai dalam menyempurnakan fungsi antara satu sama lain.

Islam telah meletakkan maruah dan kedudukan wanita pada tempat yang mulia.Wanita pada sudut dan pandangan Islam terletak pada kedudukan yang tinggi, asli dan harmoni. Maruah dan kehormatan wanita akan terjaga jika mengamalkan garis panduan yang telah ditetapkan dalam agama islam.Allah telah mewujudkan peranan antara lelaki dan wanita yang berbeza-beza namun kedua-duanya seiring penting. Tidak berperanan salah satu maka pincanglah

4 Sheikh Abdul-Majid Subhi,2008,Kedudukan Wanita dalam Islam,Kuala Lumpur:Al Hidayah Publication

(5)

semua. Dalam pembentukan sebuah institusi kekeluargaan, tidak akan sempurna tanpa kedua-dua jantina ini.Pembentukan masyarakat dan pembinaan peradaban Islam belakang lelaki.

Kedudukan wanita dalam pandangan ajaran Islam tidak sebagaimana yang dipraktikan oleh masyarkat kini. Ajaran Islam pada hakikatnya memberikan kedudukan yang sangat tinggi serta kehormatan kepada wanita. Muhammad Al-Ghazali, salah seorang ulama besar Islam kontemporari Mesir, menulis: "Kalau kita mengembalikan pandangan ke masa seribu tahun yang lalu, maka kita akan menemukan wanita islam menikmati keistimewaan dalam bidang material dan sosial yang tidak dikecapi oleh wanita di kelima benua di dunia. Keadaan mereka ketika itu lebih baik dibandingkan dengan keadaan perempuan-perempuan Barat ketika ini "6Hal ini jelas menerangkan situasi peradaban wanita pada zaman kedatangan islam lebih baik jika dibandingkan dengan peradaban wanita pada masa kini. Kedatangan islam sebagai agama rahmatan fl alamin memberikan nafas baru kepada kedudukan dan martabat wanita yang selama ini dianggap sebagai satu simbolik pemuas nafsu.

Sesungguhnya wanita muslimah memiliki kedudukan yang tinggi dalam Islam dan pengaruh yang besar dalam kehidupan setiap muslim.Wanita akan menjadi madrasah pertama dalam membangun masyarakat yang soleh dan berkualiti, selagi mana berpegang dengan Al-Qur’an dan Hadis Nabi. Peranan wanita dikatakan penting karana banyak tugas-tugas berat yang harus dipikul oleh seorang ibu, bahkan tugas-tugas yang seharusnya dipikul oleh lelaki. Oleh karena itu, menjadi kewajiban bagi setiap individu muslim untuk berterima kasih kepada ibu, berbakti kepadanya, dan besopan santun dalam melayaninya. Kedudukan ibu terhadap anak-anaknya lebih didahulukan daripada kedudukan ayah. Ini disebutkan dalam frman Allah, mahfumNya“Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada ibu-bapaknya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapakmu. Hanya kepada-Ku lah kamu akan kembali.” (QS. Luqman: 14)7

Justeru, syariat agama islam ini datang untuk menempatkan lelaki dan wanita pada satu lingkungan dan menjelaskan bahawa tabiat semula jadi

6 Muhammad Al-Ghazali,1964, Al-Islam wa Al-Thaqat Al-Mu'attalat,Kairo:Dar Al-Kutub Al-Haditsah,

(6)

manusia, lelaki dan wanita hampir sama. Sehubungan dengan itu, jelaslah kedudukan dan martabat wanita dalam pandangan agama islam begitu tinggi dan adil. Sesungguhnya, tidak akan ada mana-mana ajaran, ideologi, atau agama lain yang dapat melayan wanita dengan sebegitu baik sepertimana Islam melayan wanitanya.

WANITA MENURUT PANDANGAN HINDU

Pada permulaan adat – istiadat agama menentukan kedudukan wanita dalam masyarakat. Pada zaman Indo-Arya wanita diletakkan pada kedudukan yang sangat tinggi dan diberi hak yang sama seperti lelaki dalam bidang pelajaran, politik, falsafah dan membuat keputusan dalam isu-isu yang berkaitan dengan masa hadapan mereka. Namun pada zaman Baudhayana kemerosotan

kedudukan wanita mulai kelihatan dan amat dirasai ketika zaman Manu. Pada abad yang berikutnya kedudukan kaum wanita semakin tertindas sehinggalah kedatangan kuasa kuasa Barat ke India.

Pada zaman Veda iaitu 4000 sebelum masihi, wanita sentiasa memegang peranan penting dalam kehidupan. Dalam kitab Manawa Dharmasatra ada menyatakan kedudukan wanita itu sangat dimuliakan, perkara ini ada dinyatakan di dalam bab iii seloka 55 yang berbunyi:

“Pitrbhir bhratrbhic

Caitah patribhir dewaraistatha,

Pujya bhusayita wyacca

Bahu kalyanmipsubhih”.

Maksudnya :“Wanita harus dihormati dan disayangi oleh ayahnya, kakak-kakaknya, suami dan ipar-iparnya yang menghendaki kesejahteraan sendiri”. Seloka tersebut jelas menunjukkan betapa masyarakat Hindu pada zaman Veda amat memuliakan kaum wanita.

(7)

remaja dibenarkan bergaul dengan masyarakat dalam upacara perayaan agama (Ibid:2)

Peranan wanita sebagai isteri di zaman Veda dikatakan mempunyai tanggungjawab berkongsi suka duka dan turut serta dalam upacara keagamaan bersama suaminya (R.V: VIII 31,5 & 6). Kaum wanita pada zaman Veda juga boleh memilih suami mereka sendiri. Hal ini kerana, wanita pada ketika itu berkahwin dalam berumur lingkungan 16 tahun. Mereka juga diberi peluang pendidikan oleh bapa mereka tentang ajaran agama. Budaya ini melahirkan ramai tokoh wanita yang bijak dan berpengetahuan dalam ilmu Veda. Mereka juga menikmati status sosial yang tinggi dan standing dengan kaum lelaki. Mereka juga bebas keluar rumah dan berhak ke atas harta benda ayah mereka. Kedudukan wanita pada zaman Veda mempunyai kegemilangan dan

kemerosotan. Wanita dipandang mulia dan disanjung tinggi apabila menunaikan segala tanggungjawab sebagai isteri, ibu dn anak perempuan.

Zaman Manu merupakan zaman kemunduran dan kemerosotan kaum wanita Hindu. Terdapat beberapa peraturan yang diperkenalkan oleh Manu (Ibid: 9-10) terhadap wanita, antaranya perkahwinan antara kasta adalah dilarang, perkahwinan kanak-kanak sah di sisi undang-undang, adat Niyoga ( wanita yang kematian suami boleh berkahwin semula untuk tujuan melahirkan anak) dilarang dan kaum lelaki dibenarkan kahwin lagi. Selain itu, wanita yang sudah berkahwin tidak boleh bebas keluar tanpa pengetahuan suami, wanita hanya boleh makan selepas suami tidak kira apa jua keadaan dan undang-undang Sati ( wanita dibakar hidup-hidup dalam upacara kematian suami) diperkenalkan pada masa ini.

Zaman ini jelas menunjukkan bahawa wanita tidak mempunyai kebebasan dan terpaksa ikut telunjuk kaum lelaki dalam segala hal yang berkaitan dengan kehidupan mereka. Zaman ini boleh dianggap sebagai zaman era ‘gelap’ dalam sejarah wanita India kerana kedudukan wanita dan status mereka menurun secara mendadak terutamanya apabila amalan ‘Sati’ mula diamalkan.

(8)

untuk melakukan kerja rumah seperti memasak, sembahyang, menjaga anak dan mengemas rumah. Apabila seorang suami kembali dari bekerja, isteri harus melayan suami dan memastikan anak-anak tidak mengganggu ketika suaminya sedang berehat. Wanita Hindu tidak dibenarkan menceraikan suami. Suami ibarat ‘tuhan’ dan harus diberi layanan istimewa walaupun kadang-kadang suami bertindak kejam atau curang ( Margaret Cormack 1961:17).

Di India, seorang wanita mencapai status yang paling tinggi apabila menjadi seorang ibu. Walhal, penghormatan itu diberikan ketika wanita itu dketahui mengandung. Mereka menganggap wanita yang mengandung itu membawa tuah kepada keluarga tersebut (Margaret Cormack, 1961:3). Namun, ibu dilarang untuk berbicara mengenai anak yang bakal dilahirkan dan dilarang untuk membuat persiapan rapi. Jika seorang wanita melahirkan anak lelaki, status beliau akan menjadi lebih tinggi. Bayi perempuan pula dianggap beban kerana si ayah terpaksa mencari harta untuk dijadikan hantaran apabila bayi perempuan itu dewasa kelak. Anak lelaki dianggap tuah kerana bukan sahaja akan mencari nafkah malah akan membawa harta isterinya ke rumah (Margaret Cormack, 1961:5).Tanggungjawab menjaga dan membesarkan anak anak dipikul oleh ibu kerana suami sibuk mencari nafkah hidup.

Kanak-kanak perempuan dianggap kurang istimewa, berbanding dengan kanak-kanak lelaki yang diberikan layanan istimewa sejak kecil lagi. Kanak-kanak perempuan biasanya hanya dimanjakan oleh ayah mereka sehingga mereka berumur 3 atau 4 tahun. Kanak-kanak perempuan tidak bebas untuk keluar rumah atau bermain di kawasan padang. Mereka juga dilarang keluar rumah tanpa diiringi oleh adik atau abang lelaki atau orang dewasa. Sejak berusia 7 tahun mereka diajar untuk melakukan kerja-kerja rumah. Mereka juga jarang diberi peluang pendidikan seperti saudara lelaki mereka kerana ibu bapa beranggapan pelajaran tidak berguna bagi anak perempuan yang bakal

membuat kerja rumah dan melayan suami serta anak mereka di rumah mertua.

Kedatangan kuasa asing seperti Portugis, Belanda dan British menyebabkan wanita dikawal ketat oleh kaum lelaki agar tidak mudah

(9)

lebih kebebasan kepada wanita dari segi pergaulan dan dalam memberikan pendapat.

WANITA MENURUT PANDANGAN BARAT

Wanita barat telah berjuang kuat terhadap pandangan rendah oleh masyarakat pada zaman yang lalu. Kedudukan wanita adalah berbeza mengikut budaya dan adat resam mereka, tetapi kebanyakannya etnik mengamalkan budaya lelaki lebih berkuasa berbanding dengan perempuan.

Gerakan feminisme iaitu suatu gerakan yang meminta persamaan hak wanita dan lelaki atau juga yang dikenali sebagai gerakan kesamarataan janita berasal dari pandangan masyarakat Barat. Menurut The New Encyclopedia of Britanica disebutkan bahawa “Feminism is the belief, mostly originating in the West, in the social, economic, and political equality of the sexes, represented worldwide by various institutions committed to activity on behalf of women’s rights and interests”. (Feminisme adalah keyakinan yang berasal dari Barat berkaitan dengan kesetaraan sosial, ekonomi dan politik antara lelaki dan perempuan yang tersebar ke seluruh dunia melalui organisasi yang bergerak atas nama hak wanita).8

Dalam negara Amerika Syarikat, gerakan feminism bermula dengan terbitnya buku The Feminine Mystique yang ditulis oleh Betty Friedan pada tahun 1963.9 Selepas penerbitan buku ini, banyak pihak bertampilan untuk mengeluarkan pendapat tentang hak wanita yang tidak sama rata dengan lelaki pada zaman itu. Banyak pembaharuan telah dibuat supaya wanita menikmati hak yang sama dengan lelaki.

8http://www.muftiwp.gov.my/doc/GERAKAN_FEMINISME_PERSAMAAN_GENDER_DAN_ PEMAHAMAN_AGAMA_BHG1.pdf tarikh pencapaian 28 Nov 2015

(10)

Wanita di seluruh dunia mengalami penindasan dalam segi pekerjaan, pendidikan mahupun seksualiti pada zaman dahulu mahupun zaman ini. Tetapi bagi wanita barat pada zaman ini, mereka telah mendapat hak yang agak sama dengan lelaki barat. Mereka boleh mengadakan perniagaan sendiri, memegang jawatan politik, mengundi untuk mana-mana parti politik, memberikan

pendidikan yang asas dan bebas untuk melanjutkan perbelajaan.10

Yang pertama sekali, orang barat tidak melihat wanita sebagai status sosial yang lebih rendah. Janita tidak membezakan status seseorang dalam masyarakat barat. Yang membezakan mereka ialah kemampuan dan keupayaan seseorang.

Wanita barat mempunyai hak yang sama dengan lelaki, ataupun, hak yang telah dilindungi oleh undang-undang mereka. Hak wanita di negara barat telah banyak dikaji dan diperjuang oleh banyak pihak supaya wanita barat dapat mengemukakan pendapat mereka secara bebas.

Wanita barat juga bebas memakai pakaian seksi seperti bikini, crop-top ataupun singlet yang boleh menayang tubuh. Lelaki barat pun tidak berasa apa-apa melihat wanita memakai pakaian terdedah kerana itulah budaya mereka. Undang-undang barat lebih berpihak kepada wanita jika berlakunya ganguan seksual.

Wanita barat sekarang berada di kedudukan sosial yang sama tinggi rendah dengan lelaki barat. Mereka bukan sahaja menjaga rumahtangga, tempat kerja mereka juga sangat aktif dalam memainkan peranan mereka sebagai pekerja, pengarah atau pengurus syarikat tersebut. Kurang penindasan terhadap wanita semasa bertanding dengan lelaki untuk mendapat jawatan tinggi jika berbanding dengan negara yang konservatif.

Sebagai peranan ibu, mereka memainkan peranan yang sangat baik dalam mendidik anak mereka. Ayah dan ibu dua-dua orang mempunyai tanggungjawab yang samarata terhadap pertumbuhan anak mereka. Dalam pendidikan, barat telah menunjukan contoh yang amat baik kepada negara yang lain. Kanak-kanak barat mempunyai pemikiran yang matang, dan inilah kejayaan ibu bapa. Budaya barat yang begitu terbuka membentuk personaliti kanak yang mempunyai pemikiran yang bebas.

(11)

Pelajaran mereka sangat berbeza dengan negara kita, mereka diberikan kebebasan untuk mempunyai pemikiran sendiri yang berbeza, tidak mengacuan dengan pembelajaan dalam sekolah. Selepas mereka membesar, mereka perlu berpindah ke rumah lain untuk belajar berdikari. Perempuan juga tidak

dikecualikan untuk berpindah keluar dari rumah. Oleh itu, wanita barat sangat berdikari dan tahu bagaimana melindungi diri sendiri. Mereka sangat proaktif dan pandai berkomunikasi dengan orang lain. Hal ini banyak menjayakan pekerjaan mereka dan inilah salah satu faktor wanita barat lebih berjaya dalam pekerjaan berbanding dengan wanita negara yang lebih konservatif.

Dalam politik juga, mereka mendapat peluang yang lebih banyak untuk mengambil jawatan dalam dewan atau wakil rakyat. Sebagai contoh, Hillary Diane Rodham Clinton yang merupakan ahli politik Amerika, setiausaha ke-67 di bawah kepimpinan presiden Barack Obama dari 2009 tahun hingga 2013 tahun. 11

Selain itu, wanita barat juga mengaktifkan diri dalam bidang kesukanan seperti lelaki yang selalu melibatkan diri. Sebagai contoh, selalunya orang yang mempunyai pendirian bahawa wanita tidak tahu bermain bola sepak tetapi Alex Morgan telah mewakili wanita barat yang menunjukkan kebolehannya dalam bola sepak. Alex Morgan ialah pemain bola sepak, seorang pemenang pingat emas dalam Olympics, dan juara Piala Dunia Wanita FIFA (FIFA Women’s World Cup).12 Serena Jameka Williams merupakan contoh lain yang beraktif dalam tenis. Beliau seorang pemain tenis tempat pertama dalam wanita perseorangan tenis dunia.13

Walaubagaimanapun, wanita barat yang memainkan pelbagai peranan ini akan menerima tekanan dari pelbagai aspek. Sepanjang hari, mereka akan sibuk untuk mengurus kerja dan keluarganya. Tekanan dari pengurusnya di tempat kerja, kerja rumah yang tidak habis-habisan, pelajaran anank yang perlu diperhatikan dan banyak lain perlu diselesaikan oleh seorang ibu yang mempunyai pekerjaan. Wanita barat juga mendapat tekanan daripada

11 www.biography.com/people/ hillary - clinton -9251306 tarikh pencapaian 28 Nov 2015

12 alexmorgans occer.com / tarikh pencapaian 28 Nov 2015

(12)

masyarakat barat yang mengharapkan wanita boleh menjaga rumahtangga dan kerjanya dengan seimbang dan baik. Tetapi hakitatnya, keseimbangan

rumahtangga dan kerjaya sangat susah untuk dicapaikan.

Wanita merupakan manusia yang hebat dalam dunia ini. Mereka perlu menjaga rumahtangga semasa menguruskan pekerjaan mereka. Wanita barat telah memperjuangkan hak mereka dan kesamarataan janita, tetapi mereka juga menghilangkan konsesi lelaki dan keselesaan mereka. Dengan kedudukan

wanita yang sama dengan lelaki, wanita perlulah berusaha menambah baik sendiri kerana wanita dibawa lahir lebih lemah daripada lelaki dari segi fzikal atau mental.

KESIMPULAN

Secara kesimpulanya, isu tentang kedudukan wanita sebenarnya telah lama menjadi isu yang hangat dibahaskan samada zaman moden kini mahupun zaman dahulu kala. Isu wanita ini sebenarnya adalah persoalan bagi masyarakat itu sendiri,samada di zaman sekarang mahupun zaman lampau. Pandangan sesebuah masyarakat terhadap wanita itu sendiri menjadi pengukur status martabat dan kedudukan mereka. Sebagai contoh,wanita menurut dua pandangan ini iaitu pandangan Islam menurut Al Quran dan pandangan Hindu menurut kitab veda yang meletakan wanita sebagai satu gender yang istimewa. Kedudukan wanita di letakan pada kedudukan yang tinggi bagi setiap pandangan ini. Namun biarpun peranan wanita itu jelas di dalam kitab veda namun pada zaman Manu, kedudukan wanita itu dalam keadaan yang mundur dan merosot. Hal ini jelas menyatakan bahawa kedudukan wanita itu digambarkan melalui pandangan setiap zaman dan masyarakat itu sendiri.

(13)

kepada kedudukan dan kesemarataan status wanita pada hari ini. Namun jika kita lihat kembali pada hak dan kedudukan wanita pada pandangan islam merupakan perjuangan dan tuntutan gerakan feminisme ini. Terdapat beberapa persamaan dalam pandangan islam dan gerakan ini antaranya hak menuntut ilmu dan hak kesamarataan antara lelaki dan wanita. Cuma yang menjadi perbezaan hanyalah kedudukan wanita dalam islam merupakan ajaran agama dan pegangan setiap individu muslim. Manakala gerakan feminisme hanyalah satu gerakan yang menuntut kebebasan wanita pada ketika itu dan ianya boleh berubah di setiap peredaran zaman.

Konklusinya, peranan wanita pada era globalisasi ini begitu penting dalam mencorakan sistem sosial mahupun sistem politik negara. Sesungguhnya, wanita ialah modal insan yang amat penting bagi pembinaan keluarga bahagia dan pembangunan sesebuah negara. Jika wanita dilengkapi dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan kepakaran, mereka boleh menyumbang kepada arus perdana kehidupan dan memberi sumbangan bermakna dalam proses pembangunan sesebuah Negara

RUJUKAN

Abdul Hadi Awang.2009.Islam Adil Untuk Semua.Kuala Lumpur:Al Hidayah Publication

Dr. Tareq Al-Suwaidan.2013.Great Women In Islam.Kuwait:CreateSpace Independent Publishing

Muhammad Al-Ghazali.1964. Al-Islam wa Al-Thaqat Al-Mu'attalat,Kairo:Dar Al-Kutub Al-Haditsah

Sheikh Abdul-Majid Subhi.2008.Kedudukan Wanita dalam Islam.Kuala Lumpur:Al Hidayah Publication

http://kebangkitan-hindu.blogspot.com/2012/09/peranan-wanita-didalam-hindu-dan-weda.html#ixzz3tHveOcFd

http://stitidharma.org/wanita-dalam-pandangan-hindu/

http://majalahhinduraditya.blogspot.com/2012/04/ardanareswari-dalam-hindu.html

(14)

Referensi

Dokumen terkait

Akan tetapi, walaupun tujuan perkawinan itu secara jelas dalam Undang-Undang Perkawinan Nomor 1 Tahun 1974, yaitu untuk membentuk suatu keluarga yang bahagia dan kekal bukan

Dalam hal perkawinan beda agama dan pencatatan perkawinan ini terdapat beberapa contoh kasus perkara di Kota Surakarta yang telah mendapatkan penetapan oleh