• Tidak ada hasil yang ditemukan

PENYEPADUAN KEMAHIRAN ABAD KE 21 DALAM P

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PENYEPADUAN KEMAHIRAN ABAD KE 21 DALAM P"

Copied!
16
0
0

Teks penuh

(1)

PENYEPADUAN KEMAHIRAN ABAD KE-21

DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU Masyuniza Binti Yunos

ieza_1327@yahoo.com

Zamri Mahamod Syahida Nadia Binti Zakaria

Noor Syazwani Roni

Hjh Vivi Norhaffizah Binti Muhamad

Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstrak: Kajian ini bertujuan untuk melihat tahap keupayaan pelajar dalam kemahiran-kemahiran abad ke-21 dan pengaruh sikap dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.. Domain kemahiran abad ke-21 yang dikaji terdiri daripada lima komponen utama iaitu kemahiran literasi era digital, kemahiran pemikiran inventif, kemahiran komunikasi berkesan dan penghasilan produktiviti tinggi serta norma dan nilai kerohanian. Selain itu, kajian ini juga melihat perbezaan tahap kemahiran abad ke-21 pelajar berdasarkan jantina dan lokasi sekolah. Soal selidik digunakan sebagai alat kajian bagi mengutip data. Seramai 280 orang pelajar Tingkatan 4 di daerah Segamat, Johor telah dipilih sebagai responden kajian. Analisis data yang digunakan adalah SPSS 17 sebagai alat untuk pemerihalan data deskriptif dan inferensi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa sikap pelajar, dan tahap kemahiran-kemahiran abad ke-21 adalah sederhana tinggi dan terdapat perbezaan yang signifikan bagi kemahiran tersebut berdasarkan lokasi sekolah. Secara keseluruhannya, hubungan sikap dengan kemahiran-kemahiran abad ke-21 adalah kuat dan tinggi (r=0.711, 0.673). Oleh itu, berdasarkan kajian dan dapatan yang diperoleh mendapati pembinaan kemahiran baru dapat membantu pelajar untuk menghadapi kehidupan yang mencabar di luar sekolah dan juga masa akan datang yang dapat mewujudkan daya saing yang positif antara satu sama lain.

Kata kunci:- Sikap, Bahasa Melayu, kemahiran-kemahiran abad ke-21.

(2)

Key Words : attitude,. skills of the 21st century, Malay Language. LATAR BELAKANG KAJIAN

Pada masa ini, Bahasa Melayu menghadapi cabaran yang sengit terutamanya dalam abad ke-21. Masyarakat abad ke-21 merupakan masyarakat yang berorientasikan sains dan teknologi serta menggunakan prasarana teknologi maklumat terkini dalam kehidupan seharian (Juriah, Khalid, Raja Mohd Fauzi, Siti Fatimah, Nik Mohd Rahimi, Zamri & Zarin 2001). Pada dasarnya Bahasa Melayu telah menjadi bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam perlembagaan negara iaitu perkara 152 yang menyatakan bahawa Bahasa Kebangsaan ialah Bahasa Melayu. Jadi, pada abad ke-21, Bahasa Melayu yang diperkasakan dan dimartabatkan di negara ini terpaksa menghadapi saingan dengan penggunaan Bahasa Inggeris yang merupakan bahasa global. Walaubagaimanapun, tidak bererti Bahasa Melayu tidak lagi mempunyai peranan dalam abad ini.

Pada hari ini perkembangan teknologi telah mempengaruhi setiap bidang kehidupan. Perkembangan teknologi maklumat serta penggunaan komputer membawa implikasi yang besar ke atas kehidupan manusia termasuklah dalam bidang pendidikan. Aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum sekolah sebagai satu daya usaha ke arah menyemai dan memupuk minat serta sikap yang positif terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Jonassen (1996) bentuk pengajaran dan pembelajaran pada abad ke 21 masih tetap berpusatkan guru tetapi guru memainkan peranan lebih penting untuk melibatkan pelajar secara aktif dalam aktiviti pembelajaran.

(3)

Kajian berkaitan penyepaduan kemahiran-kemahiran abad ke-21 di dalam bidang pendidikan telah banyak dilakukan oleh pengkaji-pengkaji, namun kajian berkaitan penyepaduan kemahiran-kemahiran abad ke-21 dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu belum pernah dijalankan. Lantaran itu, hasil kajian ini diharap dapat membantu pelajar untuk menghadapi kehidupan yang mencabar di luar sekolah dan juga masa akan datang yang dapat mewujudkan daya saing yang positif antara satu sama lain. Hal ini kerana, betapa pentingan kemahiran-kemahiran abad ke-21 dalam dunia globalisasi hari ini.

TUJUAN KAJIAN

Secara amnya, kajian ini adalah bertujuan untuk meninjau kemahiran abad ke-21 dalam kalangan pelajar tingkatan empat sekolah menengah kebangsaan di beberapa buah sekolah di daerah Segamat, Johor dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

OBJEKTIF KAJIAN

Secara khususnya, objektif kajian ini adalah;

i) Mengenalpasti tahap kemahiran abad ke-21 dalam kalangan pelajar tingkatan empat. ii) Mengenalpasti sikap pelajar terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu.

iii) Mengenalpasti perbezaan kemahiran abad ke-21 antara jantina.

iv) Mengenalpasti perbezaan kemahiran abad ke-21 berdasarkan lokasi sekolah.

METODOLOGI Reka Bentuk Kajian

(4)

kemudiannya diterjemahkan dalam bentuk analisis statistik. Kaedah tinjauan dipilih kerana didapati sesuai untuk ditadbir ke atas sampel yang besar dalam masa yang terhad.

Populasi dan Sampel Kajian

Populasi dalam kajian ini terdiri daripada pelajar tingkatan empat di daerah Segamat, Johor. Sampel kajian adalah seramai 280 orang pelajar. Dalam kajian ini hanya empat buah sekolah sahaja yang dipilih sebagai sampel kajian. Sekolah tersebut adalah Sekolah Menengah Kebangsaan Kamalrul Ariffin, Sekolah Menengah Kebangsaan Munshi Ibrahim Labis, Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Bentara Dalam Segamat dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Segamat. Kesemua sekolah ini dipilih berdasarkan tujuan kajian yang ingin melihat perbezaan sekolah luar bandar dan sekolah dalam bandar.

Instrumen Kajian

Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah terdiri daripada satu set soal selidik yang dibahagikan kepada tiga bahagian. Bahagian pertama ialah Bahagian A yang berkaitan dengan demografi responden. Bahagian kedua pula iaitu Bahagian B berkaitan dengan sikap pelajar terhadap P&P Bahasa Melayu dan Bahagian C adalah konstruk kemahiran-kemahiran abad ke-21. Data daripada soal selidik akan dianalisa menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 17.0. . Penentuan julat tanda aras skor min berpandukan kepada skala yang digunakan di dalam instrumen kajian (skala lima likert) dan dibahagikan kepada empat bahagian iaitu lemah, rendah, sederhana dan tinggi seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah.

Penentuan tahap dan julat tanda aras skor min

1 2 3 4 5

Sangat tidak Tidak Kurang Setuju Sangat setuju setuju setuju setuju

(5)

1-99

Sumber: Adaptasi dan modifikasi daripada (Roslina Radzali, 2007) DAPATAN KAJIAN

Tahap kemahiran abad ke-21 dalam kalangan pelajar

Jadual 1 menunjukkan dapatan kajian bagi meninjau tahap kemahiran abad ke-21 dalam kalangan pelajar tingkatan empat. Dapatan kajian adalah dilihat daripada kemahiran abad-21 iaitu dimensi kemahiran literasi digital, pemikiran inventif, komunikasi berkesan, penghasilan produktiviti tinggi serta norma dan nilai kerohanian dalam kalangan pelajar tingkatan empat.

Jadual 1: Min dan sisihan piawai kemahiran abad ke-21 secara keseluruhan

Kemahiran abad ke-21 Min Sisihan Piawai Tahap

Literasi Era Digital selidik. Didapati tahap kemahiran abad ke-21 dalam kalangan pelajar Tingkatan 4 bagi setiap dimensi adalah pada tahap sederhana dan tinggi. Dapatan menunjukkan dimensi pemikiran inventif serta norma dan nilai kerohanian adalah pada tahap tinggi. Manakala dimensi kemahiran literasi digital, komunikasi berkesan dan penghasilan produktiviti tinggi adalah pada tahap sederhana. Keputusan tersebut dapat dilihat menerusi pencapaian nilai skor min iaitu antara 3.68 (tahap sederhana) hingga 4.21 (tahap tinggi). Secara keseluruhannya, kemahiran abad ke-21 adalah pada tahap sederhana iaitu pada nilai skor min 3.92.

Sikap pelajar terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu

(6)

dalam jadual tersebut, dapatan menunjukkan nilai skor min bagi setiap pernyataan adalah di antara 3.57 (nilai min terendah) hingga 4.63 (nilai min tertinggi). Ini menunjukkan tahap sikap pelajar terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu adalah pada tahap sederhana dan tinggi.

Jadual 2: Min dan sisihan piawai bagi sikap pelajar terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu

No Sikap Pelajar Terhadap Bahasa

2 Ilmu BM berguna kepada saya 1

(0.4%)

3 Saya seronok belajar BM. 5

(1.8%)

4 Topik dalam mata pelajaran BM berkaitan dengan kehidupan saya.

perkembangan terbaru dalam karya kesuasateraan Melayu. dapat menggalakkan pelajar berfikir secara kritis dan kreatif. dapat menggalakkan pelajar meneroka dan menyelidik. menghadapi cabaran teknologi abad ke-21. maklumat tentang kerjaya dalam bidang BM. pelajar (min=4.63), (2) ilmu Bahasa Melayu berguna kepada saya (min=4.54), (3) saya seronok belajar Bahasa Melayu (min=4.19), (4) topik dalam mata pelajaran Bahasa Melayu berkaitan dengan kehidupan saya (min=3.86), (5) ilmu Bahasa Melayu berguna dalam pembangunan negara (min=4.27) dan penyataan (6) saya suka mengikuti perkembangan terbaru dalam karya BM (min=3.57).

(7)

(min=3.85), (9) Bahasa Melayu menyediakan saya untuk menghadapi cabaran teknologi abad ke-21 (min=3.81) dan pernyataan (10) Guru Bahasa Melayu sentiasa memberi maklumat tentang kerjaya dalam bidang Bahasa Melayu (min=3.88). Secara keseluruhannya, dapatan kajian mendapati tahap sikap pelajar terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu adalah pada tahap tinggi iaitu pada nilai min=4.06.

Perbezaan kemahiran abad ke-21 pelajar berdasarkan jantina

Ho1 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam kemahiran abad ke-21 berdasarkan jantina

Jadual 3: Analisis ujian Mann-Whitney U kemahiran abad ke-21 berdasarkan jantina

Jantina N Mean

Rank

U z r P

Kemahiran abad ke-21

Lelaki 136 133.58 8851.500 -1.389 0.08 0.165

Perempuan 144 147.03

p>0.05

Jadual 3 menunjukkan min rank kemahiran abad ke-21 bagi pelajar perempuan (147.03) adalah lebih tinggi daripada pelajar lelaki (133.58). Namun, ujian Mann-Whitney U menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kemahiran abad ke-21 dengan jantina pelajar (U=8851.500, z=-1.389, r=0.08, p>0.05). Hal ini bermakna kemahiran abad ke-21 antara pelajar lelaki dan perempuan adalah tidak berbeza. Dapatan ini dibuktikan dengan nilai saiz kesan yang sangat kecil (r=0.08). Oleh itu, hipotesis nol adalah diterima.

Perbezaan kemahiran abad ke-21 pelajar berdasarkan lokasi sekolah

Ho2 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan kemahiran abad ke-21 berdasarkan lokasi sekolah

Jadual 4: Analisis Ujian Mann-Whitney u kemahiran abad ke-21 berdasarkan lokasi sekolah Lokasi

Sekolah

N Mean

Rank

U Z r P

Kemahiran Bandar 140 154.62 7823.500 -2.918 0.17 0.004**

(8)

abad ke-21 Bandar **p<0.05

Jadual 4 menunjukkan min rank kemahiran abad ke-21 bagi pelajar bandar (154.62) adalah lebih tinggi daripada pelajar luar bandar (126.38). Ujian Mann-Whitney U mendapati terdapat perbezaan yang signifikan antara kemahiran abad ke-21 dengan lokasi sekolah (U=7823.500, z=-2.918, r=0.17, p<0.05). Hal ini bermakna kemahiran abad ke-21 antara pelajar bandar dan pelajar luar bandar adalah berbeza. Dapatan ini dibuktikan dengan nilai saiz kesan yang kecil (r=0.17). Oleh itu, hipotesis nol adalah ditolak.

PERBINCANGAN

Tahap kemahiran abad ke-21 dalam kalangan pelajar

i. Literasi era digital

(9)

tanggungjawab, mewujudkan persekitaran pembelajaran berfokuskan pelajar, merentasi pelbagai bidang ilmu dalam kurikulum, meningkatkan kemahiran bekerja secara kolaboratif dan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka dalam ICT.

ii. Pemikiran inventif

Berdasarkan Jadual 1, pemikiran inventif pelajar Tingkatan 4 berada pada tahap yang tinggi. Dapat dilihat dalam jadual tersebut bahawa daripada sepuluh penyataan berkaitan pemikiran inventif tersebut hanya dua penyataan sahaja yang berada pada tahap sederhana iaitu penyataan ketiga “Saya selalu berfikir pelbagai kaedah dalam menyelesaikan isu-isu mengenai BM dan penyataan kelima “Saya merancang strategi belajar dalam pembelajaran BM’. Berdasarkan daripada kenyataan tersebut, dapat dikenal pasti bahawa pelajar tidak menggunakan pemikiran inventif atau berfikir secara kreatif dan kritis dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Hal ini mungkin disebabkan oleh guru dan pelajar itu sendiri. Peranan yang dimainkan oleh guru dalam menyebatikan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah begitu penting. (Faezah & Saemah 2011) menyatakan bahawa proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku tanpa unsur-unsur kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif akan menjadi tidak efektif. Namun begitu pelajar-pelajar mempunyai gaya pembelajaran dan pelbagai kecerdasan yang berbeza. Oleh itu penyebatian kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif merupakan strategi yang berkesan untuk melayan gaya pembelajaran dan pelbagai kecerdasan pelajar

iii) Komunikasi berkesan

(10)

tentang tujuan komunikasi iaitu saling faham memahami, menjalin hubungan, mempengaruhi, membantu dan berseronok. Antara faedah berkomunikasi yang dibincangkan oleh pengkaji ialah seperti dapat menyampaikan mesej atau maklumat dengan berkesan, dapat mengenali sikap seseorang individu, dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara individu, dapat menyelesaikan masalah yang rumit, mendidik diri berakhlak mulia, dapat membina jaringan hubugan dengan masyarakat luar, berfikir sebelum bertindak dan membentuk satu komuniti yang baik.

Penghasilan produktiviti tinggi

Tahap penghasilan produktiviti dalam kajian ini adalah berada pada tahap sederhana tinggi seperti yang terdapat dalam Jadual. Daripada aspek perancangan dan pengurusan hasil tugasan, pelajar tidak menyusun tugasan mengikut keutamaan, tugasan yang diberikan tidak dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan, tidak menggunakan multimedia di dalam kelas serta tidak menghasilkan karya yang bermutu. Kemahiran-kemahiran abad ke-21 antara lain bertujuan untuk melahirkan pelajar yang mampu mengaplikasikan segala kecanggihan ICT, mampu berfikir secara kritis dan kreatif, pelajar yang berdaya saing dan mempunyai sahsiah diri dan interpersonal yang tinggi. Hal ini bermakna dalam pendidikan Bahasa Melayu, keupayaan dan pencapaian guru bukan sahaja diukur berdasarkan peratusan cemerlang (kuantiti) dalam peperiksaan, tetapi juga berdasarkan kualiti pelajar yang dihasilkan itu. Jika pelajar yang dihasilkannya itu berjaya menguasai pelbagai kemahiran dan pada masa yang sama mempunyai kelulusan dalam peperiksaan, maka guru berkenaan sudah berjaya menghasilkan produk yang bermutu tinggi, terutamanya dalam menghadapi cabaran kerjaya pada masa kini. Menurut Kellner (2000), pelajar yang kurang atau tidak memperoleh kemahiran-kemahiran abad ke-21, mereka akan menghadapi banyak saingan dalam kehidupan, terutamanya cabaran dalam dunia kerja. Oleh itu, penghasilan produktiviti tinggi dalam pendidikan Bahasa Melayu juga harus diberi perhatian oleh setiap guru dan juga pelajar jika mahu berjaya dalam kerjaya masing-masing.

Norma dan kerohanian

(11)

Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan nilai dan norma kerohanian dalam diri pelajar telah berjaya. Pelajar yakin dan bersetuju bahawa norma dan kerohanian dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu memberikan impak yang positif dalam diri mereka. Zamri (2011) menyatakan kemahiran abad ke-21 berkaitan dengan normal, nilai murni dan kerohanian ini bermaksud guru-guru Bahasa Melayu perlu menerapkan elemen-elemen ini ketika mengajar Bahasa Melayu. Penerapan dan penyebatian norma, nilai murni dan kerohanian ini tidak hanya diserapkan secara tersurat dalam kandungan kurikulum, tetapi juga secara tersirat. Menerapkan nilai rasa bersyukur mempelajari Bahasa Melayu, mencintai bahasa ibunda serta menyedari akan kepentingan ilmu bahasa dalam kehidupan serta menyepadukan ilmu bahasa dengan pelbagai ilmu atau merentas ilmu serta mengaitkan ilmu bahasa dengan ilmu dunia dan akhirat adalah penting dalam melahirkan pelajar yang memiliki kemahiran abad ke-21 yang seimbang dalam aspek norma, nilai murni dan kerohanian.

Sikap Pelajar Terhadap Mata Pelajaran Bahasa Melayu

Secara keseluruhannya, dapatan kajian sikap pelajar Tingkatan 4 terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu adalah pada tahap yang tinggi. Merujuk Jadual 2, analisis persetujuan setiap item menunjukkan hampir keseluruhan pelajar bersetuju bahawa Bahasa Melayu berjaya menarik minat mereka untuk mempelajarinya. Hal ini disokong kajian oleh Jerie dan Zamri ( 2011), Abdul Rasid (2010), Abdullah (2004), Chithra (2003) dan Zarina (2001). Kajian yang dijalankan ini pada keseluruhannya menunjukkan sikap pelajar yang positif terhadap pembelajaran bahasa dan motivasi yang tinggi dalam mempelajari bahasa. (Chithra 2003) pula mendapati murid India menunjukkan keputusan yang sama, iaitu murid India mempunyai sikap yang positif terhadap pembelajaran Bahasa Melayu. Hasil kajian mendapati, murid India mempunyai motivasi yang tinggi dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Bertitik-tolak daripada pernyataan tersebut pengkaji berpendapat bahawa persepsi yang tinggi dan sikap yang positif terhadap bahasa Melayu perlu terus dipupuk agar pelajar tetap yakin terhadap kemampuan bahasa Melayu, khususnya sebagai bahasa ilmu dan bahasa perpaduan di Malaysia.

(12)

Secara keseluruhannya, analisis perbezaan kemahiran abad ke-21 pelajar berdasarkan jantina menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan berdasarkan jantina Dapatan ini dibuktikan dengan nilai saiz kesan yang sangat kecil (r=0.08). Dapatan ini bertentangan dengan kajian yang dilakukan oleh Amiruddin et al. (2006). Berdasarkan kajian tersebut, didapati bahawa pelajar perempuan mempunyai min (M=4.28, Sp=1.71) tahap kemahiran yang tinggi berbanding dengan min (M=3.78, 1.32) tahap kemahiran pelajar lelaki. Kajian Tuan Mastura (2011) juga mendapati analisis inferensi menunjukkan bahawa terdapat perbezaan skor min yang signifikan dari segi penguasaan kemahiran abad ke-21 berdasarkan jantina murid tingkatan empat dari segi literasi era digital dan komunikasi berkesan. Rumusannya, tidak terdapat perbezaan yang signifikan kemahiran abad ke-21 berdasarkan jantina dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu walaupun terdapat dapatan kajian lain yang menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan terhadap jantina pelajar terhadap kemahiran abad ke-21.

Perbezaan kemahiran abad ke-21 pelajar berdasarkan lokasi sekolah

Secara keseluruhannya, analisis perbezaan kemahiran abad ke-21 pelajar berdasarkan lokasi sekolah menunjukkan min rank kemahiran abad ke-21 bagi pelajar bandar (154.62) adalah lebih tinggi daripada pelajar luar bandar (126.38). Ujian Mann-Whitney U mendapati terdapat perbezaan yang signifikan antara kemahiran abad ke-21 dengan lokasi sekolah. Hal ini bermakna kemahiran abad ke-21 antara pelajar bandar dan pelajar luar bandar adalah berbeza. Dapatan ini dibuktikan dengan nilai saiz kesan yang kecil (r=0.17). Walaupun tiada dapatan atau kajian khusus berkenaan kaitan lokasi sekolah dengan kemahiran abad ke-21 pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, namun dapat dipastikan bahawa daripada dapatan Tuan Mastura (2011) dari segi sekolah terdapat perbezaan skor min yang signifikan dari segi pemikiran inventif serta norma dan nilai kerohanian. Daripada kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa lokasi sekolah dan jantina pelajar turut memainkan peranan dalam pembinaan kemahiran abad ke-21 pelajar.

(13)

Berdasarkan kepada kajian yang dijalankan dan dapatan yang diperolehi, berikut diusulkan beberapa cadangan yang berkaitan dengan kajian sebagai rujukan untuk penyelidikan dan penambahbaikan pada masa hadapan. Cadangan-cadangan tersebut adalah seperti berikut:-

i. Kajian ini hanya melibatkan pelajar dari sekolah menengah kebangsaan di daerah Segamat Johor, sahaja. Adalah diharapkan pada masa akan datang kajian lanjutan yang dijalankan dapat melibatkan semua jenis sekolah menengah di setiap negeri dalam Malaysia dan bukan hanya tertumpu dalam satu daerah sahaja mahupun satu negeri sahaja. Hal ini membolehkan perbandingan kemahiran abad ke-21 pelajar tingkatan empat terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu dikenal pasti. Selain itu sekiranya kajian lanjutan dapat diperluaskan ke seluruh Malaysia, dapatan yang diperolehi akan dapat memberikan gambaran sebenar.

ii. Oleh kerana kajian kemahiran abad ke-21 masih merupakan satu bidang penyelidikan pendidikan yang agak baru di Malaysia, maka diharapkan pada masa akan datang kajian lanjutan yang dijalankan dapat memperincikan lagi instrumen kajian dari segi komponen setiap kemahiran yang digunakan. Hal ini dapat memberi kesahan dan kebolehpercayaan yang lebih tinggi.

iii. Kajian yang serupa boleh dijalankan dengan memfokuskan masalah-masalah pembelajaran Bahasa Melayu yang dihadapi oleh pelajar. Hal ini bertujuan meninjau secara mendalam dan mendapatkan gambaran sebenar dalam mempertingkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

iv. Kajian boleh dilanjutkan juga melalui penghasilan model pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu yang dapat memupuk kemahiran abad ke-21 pelajar. Hal ini bermaksud kaedah penyelidikan tinjauan boleh ditukar kepada kaedah eksperimental dengan menggunakan modul dan kajian ini boleh dilakukan secara kualitatif seperti temubual dan penyeliaan terhadap guru dan pelajar yang terlibat untuk memberi gambaran yang jelas dan menyeluruh.

(14)

seterusnya dapat mengenalpasti hubungan kemahiran tersebut dengan pencapaian dan perolehan kemahiran ke atas pelajar.

KESIMPULAN

Pengajaran dan pembelajaran seharusnya berupaya membina pelajar yang mampu berfikir berasaskan ilmu pengetahuan dan mampu menyatukan ilmu tersebut dengan pengalaman. Kajian ini dijalankan untuk meninjau sejauhmana pengintegrasian kemahiran abad ke-21 dalam kalangan pelajar Tingkatan empat terhadap pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Dengan meninjau kemahiran-kemahiran abad ke-21, pendidik, pelajar dan organisasi pendidikan dapat mengenalpasti kelemahan dan kekurangan terhadap keperluan dalam kalangan pelajar. Selain itu, dapatan kajian ini dapat membantu guru memberikan kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang lebih kreatif dan inovatif serta bercirikan kemahiran-kemahiran abad ke-21 kepada pelajar. Selaras dengan itu, hal ini dapat mencapai objektif pengajaran yang telah ditetapkan di dalam kurikulum sekolah. Penekanan juga harus diberikan terhadap pelaksanaan serta pendekatan pengajaran guru sama ada di dalam atau di luar kelas bagi memastikan pelajar mempunyai sikap dan persepsi yang positif terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu. Pelbagai pendekatan dan kaedah pengajaran perlu diaplikasikan bagi memastikan para pelajar berminat dan bermotivasi untuk mempelajari mata pelajaran Bahasa Melayu dan sekaligus akan turut membentuk kemahiran abad ke-21 pelajar. Oleh itu, pengajaran dan pembelajaran perlu dilaksanakan di sekolah dengan mengadakan pelbagai aktivti yang lebih berpusatkan kepada pelajar agar pelajar dapat meningkatkan kemahiran tersebut dan seterusnya dapat menghadapi persaingan dalam dunia yang semakin mencabar.

(15)

Abdul Halim Abdullah & Mohini Mohamed. 2007. Penggunaan Kemahiran berfikir di kalangan pelajar dalam persekitaran perisian geometri interaktif. 1st International Malaysia Educational Technology Convention.

Abdul Rasid Jamian. 2010. Permasalahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

Adam@Karim Abdul Malek. (2003). Hubungan komponen sastera dalam mata pelajaran Bahasa Melayu terhadap pemilihan jurusan pelajar Tingkatan Empat di daerah Seremban. Kertas Projek Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Azalya Bt. Ayob (2003). Kepentingan Kemahiran Generik Di kalangan Pekerja Di Industri Elektrik Dan Elektronik Di Bayan Lepas, Pulau Pinang. Universiti Teknologi Malaysia: Projek Sarjana Muda.

Chithra a/p Raju. (2003). Sikap dan motivasi pelajar India dalam pembelajaranBahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Kertas Projek Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

dalam kalangan murid Cina. Jurnal Malaysian Education Deans’ Council. Volume 6, Disember. USM

Djohan Abdul Rahman, Eity Norhyezah Asyurah & Mohamad Ali Hanifiah Abdullah. (2011). Pembelajaran berasaskan projek mandiri menerobos melampaui jidar tembok tradisi: pengalaman tiga peringkat. Seminar Bahasa Melayu 2011, 233-252.

Jonassen D. H. 1996. Computers as Mindtools for Schools. New Jersey : Prentice Hall.

Juriah Long, Khalid Abdullah, Raja Mohd Fauzi Raja Musa, Siti Fatimah Mohd Yassin, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, Zamri Mahamod & Zarin Ismail. 2001. Pendidikan dan latihan guru bahasa Bahasa Melayu, Inggeris dan Arab abad ke-21. Laporan Akhir Kajian Jangka Pendek G2/99. Fakulti Pendidikan, UKM Bangi.

Kamsiah Abdullah.(2000). Sikap, penguasaan dan penggunaan Bahasa Melayu di Singapura. Angkatan Sasterawan 50, Singapura.

Kellner, D. 2000. New technologies/new literacies: Reconstructing education for the new millennium. Taeching Education, 11(3) 245-265.

Normala Ismail, Zaliha Hj. Hussin & Mohamad Kamil Ariff Khalid. Komputer Pelajar. (2005). Tahap Literasi Komputer Pelajar Sekolah Menengah di Kedah. Jurnal Pendidikan (30) 129 – 139.

Robiah Sidin & et.al. 2001. Pembudayaan sains dan teknologi: kesan pendidikan dan latihan di kalangan belia di Malaysia. Jurnal Pendidikan. 27: 35-45.

(16)

Tuan Mastura Tuan Soh, Nurazidawati Mohamad Arsad & Kamisah Osman. (2011). Peranan Lokasi Sekolah dan Jantina Murid dalam mempengaruhi Kemahiran Abad ke-21 Pelajar. Kertas Projek Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan, UKM Bangi.

Zaitun Hj. Sidin & Doriyah Endut. (2011). Penggunaan Perisian Kursus Yang Dibekalkan Kementerian Pelajaran Malaysia oleh Guru-Guru dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Bilik Darjah di Sekolah-Sekolah Rendah Zon Benut, Pontian. Jurnal Pendidikan. 1-9

Zamri Mahamod & Zarina Othman. 2001. Sikap pelajar Cina terhadap pembelajaran.

Zamri Mahamod. 2011. Seminar Bahasa Melayu. Bangi. Fakulti Pendidikan, UKM

Referensi

Dokumen terkait

Terkait dengan Pergeseran Paradigma Pendidikan di Abad-21, BNSP merumuskan 16 prinsip pembelajaran yang harus dipenuhi dalam proses pendidikan abad ke-21, yaitu:

Kemahiran proses sains (KPS) merupakan nadi bagi pembelajaran sains. Maka, penuntut- penuntut ilmu sains mestilah menguasai kemahiran ini. Kemahiran ini bermula daripada kemahiran

Penelitian ini menemukan bahwa (1) kurikulum 2013 menerapkan pendekatan saintifik dalam perencanaan, proses dan evaluasi pembelajaran; (2) keterampilan abad 21 di

Penilaian dalam pembelajaran abad 21 disusun dan dikembangkan untuk mengukur pencapaian belajar peserta didik yang meliputi kompetensi pengetahuan (berpikir kritis

Namun dalam konteks kajian ini bertujuan melihat kepada kesediaan guru dari aspek iaitu ilmu pengetahuan, kemahiran dan hubungan keduanya dalam melaksanakan

Mempelbagaikan kemahiran pedagogi semasa proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) boleh menarik minat pelajar untuk lebih menyesuaikan diri mereka dalam menjawab soalan aras

Pembelajaran pada abad ke-21 memerlukan guru untuk menjadi pembimbing kepada murid supaya mereka mempunyai kemahiran berfikir, menyelesaikan masalah, berkomunikasi dan berkolaboratif

Dengan pemahaman yang lebih baik tentang peran guru dalam meningkatkan keterampilan komunikasi peserta didik di era pendidikan abad 21 dapat dikembangkan pendekatan pengajaran yang