• Tidak ada hasil yang ditemukan

contoh proposal masalah ponteng (1)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "contoh proposal masalah ponteng (1)"

Copied!
43
0
0

Teks penuh

(1)

TAJUK: Masalah ponteng kelas dalam kalangan murid pendidikan khas.

Mengurangkan kadar masalah ponteng kelas dalam kalangan murid

pendidikan khas disamping dapat meningkatkan kefahaman murid mengenai

pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan kaedah gambar (bahan bantu

ingat) dan juga kaedah permainan yang menarik.

PENYELIDIK: ROSLINA BT ARIFF

D20102043068

NAMA SEKOLAH: SEKOLAH KEBANGSAAN PULAU NYIOR, JITRA

KEDAH

ABSTRAK:

Kajian tindakan ini adalah untuk mengkaji salah satu masalah yang sering

berlaku dalam kalangan murid pendidikan khas iaitu masalah ponteng kelas.

Terdapat beberapa faktor utama murid pendidikan khas tidak hadir ke kelas.

Antaranya ialah kurang sokongan daripada ibu bapa, terpengaruh rakan sebaya

dan juga kurang pemahaman dan minat terhadap pengajaran guru di dalam kelas.

Oleh itu, dalam kajian ini akan menerangkan cara penyelesaian yang terbaik bagi

(2)

kaedah permainan yang menarik. Dalam kajian ini, seramai 10 orang murid telah

dipilih untuk melalui sesi pengajaran dan pembelajaran terdahulu dan kemudian

sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah ditambah baik.

1.0 PENGENALAN

PENDAHULUAN

Pendidikan adalah perkara yang amat penting dan berkaitan dengan pengalaman

terancang dan tanpa dirancang yang membolehkan kanak-kanak dan orang

dewasa berkembang serta belajar melalui interaksi dengan masyarakat. Oleh itu

seorang guru perlu memainkan peranan yang besar dalam merancang setiap sesi

pengajaran dan pembelajaran yang berkesan terutamanya guru pendidikan khas

bagi menarik minat murid-murid berkeperluan khas untuk belajar dan faham.

Seseorang guru perlu mengetahui masalah yang dihadapi ketika sesi pengajaran

dan pembelajaran dan sentiasa memperbaiki kelemahan tersebut untuk

menjadikan setiap proses pengajaran adalah pembelajaran yang berkesan.

(3)

Reiser, 1998). Manakal (Nortan dan Winburg, 2003) menjelaskan teknologi

maklumat dan komunikasi mempunyai peranan yang penting dalam pengajaran

dan pembelajaran di sekolah.

Pendidikan peringkat rendah ialah pendidikan yang bertujuan untuk untuk

melahirkan insan yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan

bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani (JERIS) selaras dengan

hasrat Falsafah Pendidikan Negara. Penguasaan kemahiran asas membaca,

menulis, mengira (3M) perlu dikuasai pada peringkat awal bagi membolehkan

murid berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan.

Program Pemulihan Khas telah dilaksanakan oleh KPM semenjak tahun 1960-an

lagi untuk membantu murid di sekolah rendah yang menghadapi masalah khusus

dalam pembelajaran, iaitu menguasai kemahiran asas 3M. Tansley (1967) turut

mengatakan bahawa pengajaran pemulihan ialah satu bentuk pengajaran yang

mengutamakan langkah-langkah yang benar-benar teliti dan sistematik bagi

membolehkan pengajaran pemulihan dijalankan secara tersusun.

Kesimpulannya, pendidikan khas ialah sejenis pengajaran yang dijalankan untuk

membantu murid lambat dalam pembelajaran di sekolah agar dia tidak terus

ketinggalan dalam proses pendidikan di sekolah dan dapat seiring dan setaraf

(4)

Namun, masih ada masalah yang sering membelenggu guru pendidikan khas di

sekolah iaitu murid sering ponteng kelas dan tidak berminat terhadap pengajaran

guru. Kebanyakan murid pendidikan khas mudah merasa bosan dan juga cepat

terpengaruh dengan ajakan kawan. Mereka hadir ke sekolah tetapi tidak berminat

mengikuti pengajaran guru malah sering memberi alasan untuk keluar daripada

kelas dan ke tempat lain.

Oleh itu, sebagai seorang guru pendidikian khas, kita perlu mengkaji apakah

punca masalah tersebut seterusnya merancang penambahbaikan bagi menarik

minat murid untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

LATAR BELAKANG KAJIAN

Guru akan menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran yang lalu dan telah

memilih kaedah menerangkan secara terus kepada murid. Tajuk yang telah

digunakan ialah ‘Fungsi Anggota Deria Kita’ Sesi pengajaran dan pembelajaran

ini telah dijalankan di kelas biasa pada pukul 11 pagi. Hasil daripada sesi

pengajaran dan pembelajaran ini guru akan memperoleh data mengenai dimana

kekuatan dan kelemahan kefahaman murid pendidikan khas terhadap tajuk yang

telah diajar. Soalan ringkas telah diedarkan kepada 10 salinan kepada murid

(5)

Hanya separuh daripada mereka sahaja yang mengikuti sepenuhnya sesi

pengajaran dan selebihnya ponteng. Ponteng didefinisikan sebagai lari daripada

tanggungjawab atau tugas tanpa kebenaran (Kamus Dewan,2005). Menurut

Mohamad Syamsul Izwan b. Mohd Fauzi (2011), ponteng boleh dikategorikan

kepada 3 jenis iaitu ponteng sekolah, ponteng kelas dan ponteng minda. Ponteng

juga sering dikaitkan dengan isu yang menampilkan murid yang tidak berdisiplin

dan bermoral rendah.

Murid yang terlibat dalam ponteng ini sering menghadapi masalah dalam

menguasai pembelajaran. Murid ini sememangnya telah sedia ada menghadapi

masalah pembelajaran seperti tidak dapat menguasai 3M iaitu membaca, menulis

dan mengira. Keadaan menjadi lebih teruk ekoran sikap yang suka ponteng kelas

ketika sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Kebiasaannya, murid ini

akan ketinggalan dan lupa akan pembelajaran yang telah diikuti sebelum ini.

Hal ini akan menjadi lebih parah jika perkara seperti ini berlarutan dan lebih

ramai lagi murid pendidikan khas akan terlibat ekoran terpengaruh dengan

(6)

PERNYATAAN MASALAH

Menurut kajian Azizi Yahaya, Shahrin Hashim Yusof dan Boon How Lee Chan

(2007), faktor guru merupakan faktor paling dominan yang mendorong murid

melakukan ponteng sekolah ataupun ponteng kelas. Manakala mengikut kajian

yang dilaksanakan oleh Muhammed Sharif Mustaffa dan Suria Abd Jamil (2012)

punca utama berlakunya ponteng sekolah atau ponteng kelas dalam kalangan

murid ialah faktor diri, faktor hubungan keluarga, faktor rakan, faktor sikap guru

dan faktor prasarana sekolah.

Kajian lepas yang dijalankan mengenal pasti punca-punca ponteng secara

kuantitatif yang hanya menyenaraikan factor-faktor ponteng. Oleh itu pengkaji

ingin mendalami dari perspektif pelajar tentang permasalahan ponteng .

Memandangkan masalah ponteng ini semakin meningkat, setiap guru pendidikan

khas perlu memikirkan jalan yang terbaik bagi membendung masalah ini agar

tidak berlarutan. Kajian sebelum ini tidak banyak yang mengkaji kaedah tetapi

kebanyakkannya hanya mengemukakan faktor ataupun maslah umum berkaitan

ponteng kelas.

.Oleh yang demikian, pengkaji akan membuat satu kajian untuk mengetahui

sebab-musabab atau punca-punca gejala ponteng kelas ini boleh berlaku dan

mencari jalan penyelesaian yang boleh membantu bagi mengurangkan gejala

(7)

KERANGKA KONSEPTUAL

Bagi murid yang mempunyai masalah berkeperluan khas, ruang yang luas

diperlukan untuk sesi pengajaran dan pembelajaran. Murid-murid ini lebih

cenderung untuk bergerak dengan lebih aktif dan sukar untuk dikawal. Kesukaran

ini mungkin disebabkan oleh desakan yang tidak terkawal, terlalu aktif dan tidak

memberi perhatian (paul Cooper dan Katherine 2002: 9). Guru juga perlu

memberi perhatian yang lebih dan sentiasa mengawal pergerakan murid ketika

menjalankan aktiviti ini.

Guru perlu merancang aktiviti yang lain dari yang lain dan tidak terlalu berat

untuk diterima murid. Aktiviti bermain adalah penting dalam pengajaran dan

pembelajaran terutamanya pemahaman bahasa. Christie dan Roskos (2009)

berpandangan terdapat hubungan aktiviti bermain dengan persekitaran permainan

dalam pemupukan kemahiran literasi. Untuk sesi pengajaran ini, aktiviti yang

menarik telah dicadangkan. Murid berkeperluan khas ini selalunya tidak pandai

untuk berinteraksi sesama rakan APA (2000) dalam azizi yahaya et al. (2006).

Oleh itu guru perlu memainkan peranan penting untuk berinteraksi dengan murid

berkerpeluan khas ini.

Menurut Sarafino (1996), tingkah laku adalah apa sahaja yang seseorang lakukan

sebagai respons ataupun tindak balas kepada apa yang berlaku, sama ada perkara

(8)

tidak terlepas dari mengalami masalah kecelaruan psikologi dalam menepuh

kehidupan seharian. Masalah kecelaruan psikologi yang merangkumi kecelaruan

tingkah laku, kecelaruan mental dan kecelaruan personaliti sering berlaku kepada

individu. Murid yang mengalami masalah ini juga cepat merasa bosan dan

mereka juga mungkin kurang faham perasaan orang lain. Menurut Doherty dan

Brennan (2008), pendidikan fizikal adalah sebahagian daripada proses pendidikan

yang berlaku melalui pengalaman dalam pelbagai situasi.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif Umum

Kajian ini bertujuan untuk mengurangkan masalah ponteng dalam kalangan

murid pendidikan khas,membina pengetahuan baru dan meningkatkan kefahaman

murid tentang ‘ Fungsi Anggota Deria Kita’.

Objektif Khusus

- Mengubah cara pengajaran guru supaya murid merasakan proses pembelajaran

adalah lebih menarik dan juga menyeronokkan.

- Meningkatkan daya ingatan murid untuk mengingati 5 anggota deria dan fungsi

(9)

SOALAN KAJIAN

Kajian ini cuba menjawab persoalan yang berikut:

1. Apakah teknik mengajar yang boleh digunakan bagi menarik minat

murid?

2. Apakah jenis bahan bantu ingat yang boleh digunakan untuk mengajar

murid pendidikan khas di sekolah?

3. Apakah masalah yang sering dihadapi oleh guru mata pelajaran

pendidikan khas?

4. Apakah teknik pengajaran yang boleh digunakan untuk mengurangkan

masalah ponteng kelas dalam kalangan murid pendidikan khas?

KEPENTINGAN KAJIAN

Kepentingan kajian ini dijalankan adalah bagi mengenalpasti masalah-masalah

murid pendidikan khas yang sering ponteng kelas. Selain itu, tujuan kajian ini

dilakukan juga adalah bagi mengenalpasti kekuatan dan kelemahan teknik

ataupun kaedah pengajaran dan pembelajaran guru untuk kelas pendidikan khas.

Oleh itu, guru dapat memperbaiki dan menambahbaik proses pengajaran dan juga

(10)

Di samping itu, guru-guru pendidikan khas juga dapat membuat perancangan

yang rapi dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran bagi

kelompok sasaran ini. Pelbagai teknik dan kaedah serta strategi pengajaran dapat

dipraktikkan bagi menarik minat murid-murid pendidikan khas untuk terus belajar

dalam suasana yang menyeronokkan. Langkah ini akan dapat meningkatkan tahap

keyakinan murid untuk belajar dan dapat mengurangkan masalah ponteng kelas.

Seterusnya, hasil kajian ini juga dapat digunakan oleh ibu bapa dalam memainkan

peranan yang lebih efektif bagi memotivasikan anak-anak mereka mengharungi

proses pembelajaran mereka di sekolah. Ibu bapa juga dapat menggalakan

anak-anak mereka melakukan aktiviti pembelajaran semasa di rumah bagi

meningkatkan lagi pemahaman murid disamping dapat mengeratkan hubungan

kekeluargaan.Kejayaan dalam menangani masalah ini dapat mengurangkan gejala

ponteng kelas merupakan impian dan harapan dalam menghasilkan insan yang

(11)

BATASAN KAJIAN

Terdapat beberapa batasan kajian semasa menjalankan kajian ini di sekolah ialah

kesesuaian tempat kajian. Untuk menjalankan kajian ini, bilik khas ataupun bilik

pemulihan diperlukan agar murid pendidikan khas selesa dan senang bergerak

bebas semasa melalukan aktiviti yang telah dirancang. Selain itu, masa juga

kurang mencukupi bagi melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran

seperti yang telah dirancang.

Peralatan elektrik dan eloktronik seperti radio, pemancar LCD juga tidak

disediakan untuk digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru

terpakasa membawa semua alat kelengkapan sendiri jika diperlukankan untuk

proses pengajaran dan pembelajaran yang menarik.

DEFINISI PEMBOLEHUBAH

Dalam sesuatu kajian tindakan, hal utama yang perlu dititiberatkan adalah

hubungan suatu pembolehubah dengan pembolehubah yang lain terutamanya

pembolehubah yang penting. Oleh itu, guru perlu lebih banyak mengkaji

bagaimana pembolehubah tidak bersandar dan pemboehubah bersandar dikaitkan

dengan menggunakan rujukan ilmiah dan sokongan dari rujukan lain. Cara yang

(12)

yang releven dengan pemboleh ubah yang dikaji. Di antara pembolehubah yang

mungkin terlibat dalam kajian ini adalah, pembolehubah bersandar,

pembolehubah bebas, pembolehubah penyerdahana dan juga pembolehubah

mencelah.

Antara pembolehubah yang boleh dikaitan dalam kajian ini ialah cara untuk

meningkatkan minat murid di dalam kelas dan secara tidak langsung

mengurangkan kadar ponteng dalam kalangan murid pendidikan khas. Sebagai

contoh, guru menggunakan bahan bantu ingat dan aktiviti yang menarik bagi

menarik minat murid terhadap proses pengajaran dan pengajaran.

Selain itu, kajian ini juga akan melihat pengaruh permainan terhadap minat murid

pendidikan khas di dalam kelas. Terdapat juga hubungan antara pemahaman dan

prestasi murid. Jika apa yang diajar mudah difahami dan tidak bosan, murid

secara tidak langsung akan lebih berminat dan dapat meningkatkan prestasi

murid.

Di samping itu, ketidakhadiran juga merupakan salah satu pembolehubah dalam

kajian ini, sebagai contoh mungkin hari ini hanya ada 5 orang yang hadir ke kelas,

esoknya pula meningkat kepada 10 orang. Markah ujian juga akan turut berubah

(13)

DEFINISI DAN KONSEP

Definisi konsep merujuk kepada suatu elemen yang digunakan dalam proses

kajian saintifik iaitu teratur dan bersistematik di mana suatu konsep khusus

diertikan sebagai kekerapan pengukuran.

Definisi Ponteng

Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), ponteng didefinisikan sebagai

tingkah laku lari dari tanggungjawab atau kebenaran yang telah ditetapkan.

Rasidah bt. Omar (2004), ponteng sekolah boleh ditakrifkan sebagai

ketidakhadiran pelajar ke sekolah dengan sengaja tanpa sebarang alasan

munasabh.

Mohd Tajudin Abd Rahman (1995), ponteng dengan ringkasnya bermakna tidak

datang ke sekolah tanpa apa-apa sebab yang munasabah yang diperlukan oleh

sekolah atau ‘truan’ dengan tidak diketahui oleh ibu bapa atau guru.

Ponteng Kelas

Berdasarkan Buku Panduan bagi Mengikut Masalah Ponteng di Sekolah

(KPM:1994) seperti yang dipetik oleh Ramlah Jantan dan Mahani Razali (2004)

dalam buku mereka, ponteng kelas didefinisikan sebagai perbuatan keluar atau

tidak berada di kelas tanpa kebenaran daripada guru. Abdullah Sani Yahaya

(14)

tindakan seorang pelajar yang tidak mengikuti sesuatu pelajaran pada waktu

sepatutnya pelajar itu wajib mengikutinya di dalam bilik darjah. Ponteng kelas

berlaku apabila seseorang murid itu berada di kawasan sekolah tetapi tidak berada

di dalam kelas semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung.

Kebiasaannya, murid akan mencari tempat-tempat tertentu seperti tandas untuk

melepak dan membuang masa (Mohamad Syamsul Izwan b. Mohd Fauzi, 2011).

Definisi Pendidikan Khas

Hallahan dan Kauffman (2006), pendidikan khas boleh didefinisikan sebagai satu

bentuk pendidikan yang disediakan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak

bekeperluan khas.

Gargiulo (2003), pendidikan khas merupakan program pengajaran khusus yang

direka bentuk bagi memenuhi keperluan pelajar luar biasa. Ia mungkin

memerlukan penggunaan bahan-bahan, peralatan dan kaedah pengajaran khusus.

Friends (2005), pendidikan khas adalah satu pengajaran yang direka bentuk

khusus bagi memenuhi keperluan kanak-kanak yang kurang upaya. Pengajaran

ini mungkin dikelolakan dalam bilik darjah, dirumah, di hospital atau institusi

lain.

Mansor (2005), berkata pendidikan khas di Malaysia merupakan satu usaha yang

(15)

berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan mampu

menguruskan serta menyedari potensi diri sebagai seorang individu dan ahli

masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan

Negara.

RUMUSAN

Tteknik penggunaan bahan bantu ingat menggunakan ilustrasi atau gambar dan

juga kaedah permainan banyak membantu murid memahami dan mengingati

semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Oleh itu, guru perlu

bijak untuk memilih kaedah-kaedah baru bagi meningkatkan minat murid dan

secara tidak langsung mengurangkan kadar ponteng kelas dalam kalangan murid

pendidikan khas.

Murid pendidikan khas kebanyakkannya lebih berminat terhadap aktiviti yang

melibatkan fizikal dan cenderung untuk lebih bergerak. Guru perlu menggunakan

aktiviti yang menarik untuk meningkatkan tumpuan pelajar dan juga minat

(16)

2.0 TINJAUAN LITERATUR

PENDAHULUAN

Isu utama yang sering mengganggu guru adalah amat lemah dalam berinteraksi

dengan murid ketika proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Walaupun telah bersedia sebaiknya seperti menyiapkan bahan bantu mengajar

untuk melibatkan murid secara aktif, cara ini tetap juga kurang berkesan kerana

guru tidak menggunakan sepenuhnya bahan tersebut seperti yang dirancang. Guru

mungkin juga amat lemah dalam elemen bantu ingat (prompts) ketika mengajar

dalam kelas.

Menurut teori pembelajaran tingkah laku, (behavioural learning theory) murid

akan lebih berminat kepada apa yang dilakukan oleh seseorang daripada apa yang

difikirkannya. Oleh yang demikian , perhatian ditumpukan untuk merencanakan

pengajaran yang menggalakan penghasilan tingkah laku yang diinginkan oleh

kalangan murid. Sebagai contoh, guru perlu merancang aktiviti yang menarik

untuk melibatkan murid supaya mereka lebih faham akan sesuatu topik selepas

(17)

TEORI DAN KONSEP BERKAITAN

Semasa proses pengajaran dan pembelajaran, penerangan guru amatlah penting

terutama bagi kelas pendidikan khas. Guru tidak boleh mengajar dengan cara

memberi penerangan secara berterusan sahaja tetapi guru juga perlu menyelitkan

beberapan teknik ataupun kaedah lain untuk membantu murid lebih mudah faham

dan ingat terhadap apa yang telah diajar.

Kaedah menerang mempunyai beberapa tujuan iaitu untuk menyampaikan

maklumat dengan cara yang paling berkesan, membina kefahaman dan

pengetahuan murid serta murid dapat mengikut dan mengingati apa yang diajar

dengan lebih mendalam. Terdapat beberapa jenis penerangan dalam proses

pengajaran dan pembelajaran iaitu penaalukan, interpretatif, dan deskriptif.

Manakala terdapat empat prinsip utama kemahiran menerang iaitu menggunakan

kejelasan, gunakan penegasan, urutan dan kesinambungan serta dapatkan

maklumbalas. Dalam elemen ini terdapat kemahiran urutan dan kesinambungan

terbahagi kepada induktif dan deduktif , bantu ingat (prompts) , variasi dan kata

penghubung serta mempelbagaikan kelajuan penyampaian.

Terdapat juga teori lain yang boleh di aplikasikan bagi meningkatkan elemen

bantu ingat dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh, guru

(18)

supaya lebih aktif dan berinteraksi dua hala adalah penting dalam teori

pembelajaran sosial.

Segala kegiatan yang melibatkan mental seperti berfikir, menaakul, menganalisis,

membentuk konsep, penyelesaian masalah dan sebagainya diistilahkan sebagai

teori kognitif.Ahli-ahli psikologi seperti Gestalt, Piaget, Vygotsky, Gagne, Bruner

dan Ausubel telah mempelopori pendekatan kognitif ini yang memberi penekanan

spesifik kepada proses pemikiran individu seperti kemahiran berfikir kritis dan

kreatif, kemahiran belajar dan motivasi.

Gejala ponteng kelas ini dapat dielakkan dengan memastikan guru melaksanakan

proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah dapat menarik minat

murid-muridnya. Penglibatan murid secara aktif akan berlaku jika mereka

diterima baik oleh guru dan kawan-kawannya dalam kelas. Oleh yang demikian,

adalah menjadi tanggungjawab guru untuk memenuhi kehendak-kehendak

psikososial murid-murid pendidikan khas yang diajar.

McAdam (1982) menyatakan bahawa sifat dalam diri pelajar yang mempunyai

keperluan bergabung yang tinggi akan menyertai aktiviti sosial secara aktif. Oleh

itu, pelajar lebih cenderung untuk membentuk kumpulan dan ponteng sekolah.

(19)

ciri-ciri yang sama dengan mereka iaitu dari segi umur, jantina, keturunan,

matlamat pendidikan dan pencapaian.

Menurut Bandura (1977) seseorang akan memerhatikan sesuatu tingkah laku

daripada orang lain dan menyimpan maklumat secara kognitif dan seterusnya

mempersembahkan tingkah laku tersebut. Persembahan ini akan dikawal dan

diproses oleh penggabungan persekitaran dan kognitif melalui motivasi yang

diberikan.

Oleh itu, teori pembelajaran sosial sesuai untuk mengawal gejala ponteng dalam

kalangan murid. Teori sosial boleh didefinisikan sebagai satu pembelajaran yang

berlaku dengan memerhati orang lain melakukan sesuatu. Ini bererti persekitaran

akan mempengaruhi tingkah laku. Kesesuaian tingkah laku bergantung kepada

peraturan sosial sesuatu masyarakat dan tempat. Teori pembelajaran sosial adalah

mengelakkan konsep-konsep seperti dorongan dan pengurangan dorongan bagi

(20)

KAJIAN-KAJIAN LEPAS

Bermain ataupun permainan ialah fitrah kanak-kanak. Oleh kerana aktiviti

bermain adalah sebahagian daripada dunia kanak-kanak, proses pengajaran dan

pembelajaran menjadi lebih berkesan jika kurikulum pendidikan kanak-kanak

adalah berasaskan aktiviti bermain. Melalui aktiviti bermain, kanak-kanak belajar

dan memahami isu-isu yang berlaku di sekeliling mereka dalam keadaan yang

menggembirakan dan bermakna kepada mereka.

Pakar dalam bidang perkembangan kanak-kanak percaya aktiviti bermain

merangsang fungsi otak yang dapat memupuk perkembangan kognitif, sosial,

emosi dan fizikal kanak-kanak. Semasa bermain, kanak-kanak akan berinteraksi

dengan rakan sebaya ataupun orang dewasa melalui perbincangan dan soal jawab.

Kanak-kanak belajar berkomunikasi, berinteraksi dan menyesuaikan diri dengan

persekitaran melalui bermain.

Pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan khas terutamanya bagi tahun 1-4

adalah lebih berkesan jika dilakukan melalui aktiviti bermain kerana bermain

adalah sebahagian daripada dunia kanak-kanak. Menurut Moyles (2005) bermain

adalah pengalaman pengajaran dan pembelajaran yang terbaik dan menjadi

keutamaan dalam pendidikan khas. Teori perkembangan kanak-kanak Erikson

(1950) dan Piaget (1980) menekankan keupayaan yang berbeza boleh dilakukan

(21)

Tahap ini adalah mengikut perkembangan kanak-kanak dan perkembangan ini

dapat diasah dan ditingkatkan mengikut keperluan kanak-kanak. Menurut

Ornstein dan Hunkins (2004), pembelajaran tidak boleh dipisahkan dengan

kehidupan seharian kanak-kanak, malah pembelajaran mestilah berdasarkan

keperluan dan minat kanakkanak. Kurikulum melibatkan kedua-dua pengalaman

yang dirancang dan tidak dirancang, wujud daripada nilai dan sikap yang

dihasilkan guru dan pentadbir sekolah, ibu bapa dan masyarakat (Arce 2000).

Menurut Toffler (1970) ransangan kognitif yang melampau di sekolah boleh

menyebabkan kemampuan untuk berfikir dan bertindak dengan tegas terjejas.

Penerangan yang terlampau mendadak terhadap pancaindera akan menyebabkan

murid menjauhkan diri dari sekolah.

Dewey (1859-1952) dan ahli-ahli yang lain dalam pergerakan progresif menyaran

bahawa pengalaman kurikulum perlu berasaskan pada minat dan penglibatan

murid-murid dalam pengalaman yang aktif.. Froebel yang pernah mengasaskan

Kindergarten berpandangan, bermain adalah penting dalam pembelajaran secara

tidak langsung (Downey & Garzoli 2007).

Neuman dan Copple (2004) melihat hubungan bermain dengan kemahiran literasi

yang melibatkan simbol, struktur bunyi dan bahan bercetak. Kemahiran bahasa

(22)

konsep bahan bercetak. Cristie dan Roskos (2009) juga berpendapat kebanyakan

murid mampu mengenal pasti perkataan bertulis semasa mereka bermain.

Menurut Mohd Salleh Lebar (2007:78) murid-murid bosan dengan sebahagian

guru yang mengajar sambil lewa dan tidak banyak perubahan dalam teknik

pengajaran. Ini bukan sahaja berlaku pada kelas yang lemah seperti kelas

pendidikan khas, tetapi juga berlaku pada kelas yang bijak. An-Nashmy (1980)

mencadangkan supaya guru memilih kaedah yang boleh memberi kesan yang

mendalam bukan sahaja kepada kefahaman murid yang diajar, malah yang

memberi kesan kepada jiwa dan menyentuh perasaan murid.

Dengan cara ini murid akan memberi tumpuan yang padu dan dapat mengingati

pelajaran dengan lebih cepat dan bertahan lebih lama. Untuk mencapai hasrat ini

guru haruslah pandai memilih pendekatan yang sesuai dan teknik yang menarik

dan ditambah pula dengan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang canggih dan

(23)

RUMUSAN

Pengajaran dan pembelajaran berkait rapat dengan tanggungjawab guru sebagai

penyampai ilmu dan keberkesanan pengajaran banyak bergantung kepada sejauh

mana guru berjaya mencapai objektif pengajarannya dalam membantu

murid-murid belajar apa yang diajarkan (Zamri, Juliawati & Nik Mohd Rahimi 2009).

Justeru, bagi memastikan hasil pembelajaran dapat dicapai dan masa yang

diperuntukkan digunakan dengan sebaiknya, guru perlu bijak merancang,

mengurus dan mengelola pengajaran.

Kajian Ab. Halim (2003) mendapati terdapat pelbagai kaedah dan strategi

pengajaran yang dikemukakan oleh pakar pendidikan untuk dijadikan panduan

oleh guru. Rashidi dan Abd. Razak (1995) membahagikan kaedah pengajaran

kepada beberapa bahagian, iaitu kaedah pengajaran mendengar-bertutur, kaedah

membaca–menulis, kaedah memerhati dan membuat. Guru sentiasa perlu

mempelbagaikan teknik dan kaedah yang bersesuaian dengan masa yang

diperuntukkan dan juga tahap pengetahuan sedia ada pelajar.

Willian (2005) menyatakan dalam kajiannya bahawa guru pendidikan khas tidak

mempunyai kemahiran menggunakan alat bantu mengajar dalam pengajaran

murid kurang upaya. Keadaan ini akan melahirkan guru pendidikan khas yang

lemah pengajaran dan pengendalian alat bantu mengajar yang disediakan Saker

(24)

3.0 METADOLOGI

PENDAHULUAN

Bagi menghasilkan kajian ini, beberapa langkah penting perlu dititikberatkan

sebagai contoh reka bentuk kajian, persampelan, instrument kajian, cara

mengumpul dan menganalisis data dan juga tindakan susulan bagi memperbaiki

cara pengajaran guru disamping dapat menyelesaikan masalah utama kajian ini.

REKA BENTUK KAJIAN

Kajian ini merupakan sebuah kajian kualitatif dan kuantitatif berbentuk kajian

kes. Pemilihan reka bentuk berdasarkan kajian yang akan guru jalankan iaitu

untuk mengkaji gejala ponteng kelas dalam kalangan murid pendidikan khas

tahap dua di sekolah rendah dengan lebih mendalam lagi. Terdapat beberapa

langkah yang perlu dijalankan dalam proses reka bentuk kajian untuk

menghasilkan kajian tindakan ini.

Antara langkah-langkah yang akan saya jalankan untuk kajian ini adalah:

(25)

Saya telah menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran yang pertama pada 25

Mac yang lalu untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan saya dalam

menggunakan bahan dan melaksanakan permainan bagi tajuk yang telah dipilih.

Soalan berbentuk gambar telah diberikan kepada 10 orang murid pendidikan khas

dan seorang demi seorang perlu menyatakan anggota deria dan menyatakan secara

ringkas fungsi setelah tamat sesi pengajaran. Namun hanya 5 orang murid sahaja

yang memberikan respon dan yang lain tidak memberikan tumpuan terus da nada

juga yang telah keluar dari kelas dengan alas an untuk ketandas.

Langkah 2:Merancang tindakan

Setelah tinjauan awal dilakukan saya dapati saya lemah dalam beberapa elemen

dalam pengajaran seperti tidak menggunakan bahan bantu mengajar yang telah

dirancang dan juga tidak melaksanakan aktiviti permainan yang menarik minat

murid. Saya tidak menggunakan langsung bahan bantu ingat yang telah saya

sediakan iaitu paparan slide mengenai anggota deria yang perlu diketahui oleh

murid. Saya juga tidak menjalakan permainan seperti yang telah dirancang dan

hanya menjalankan proses pengajaran secara terus kepada murid dengan hanya

menggunakan buku teks sahaja sebagai bahan. Saya telah merancang untuk

menjalakan sesi pengajaran dan pembelajaran yang kedua bagi memperbaiki

kelemahan elemen ini menggunakan kaedah bahan bantu ingat(gambar) dan juga

(26)

Lankah 3:Melaksanakan tindakan

Saya menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran kali yang kedua untuk

memperbaiki kelemahan elemen penggunaan bantu ingat dan juga menjalankan

permainan yang ringkas dan menarik. Soalan berbentuk gambar telah diberikan

kepada 10 orang murid pendidikan khas dan seorang demi seorang perlu

menyatakan anggota deria dan menyatakan secara ringkas fungsi setelah tamat

sesi pengajaran. Pada kali ini hamper keseluruhan murid memberi tumpuan dan

menunjukan reaksi yang positif dan tidak lagi memberi alasan untuk keluar dari

kelas.

Langkah 4:Pemerhatian dan analisis data

Setelah mengumpul semua data berdasarkan kehadiran murid ke kelas dan juga

tahap pemahaman murid berdasarkan soalan bergambar yang telah diedarkan ,

saya telah membuat analisis data bagi melihat perbezaan antara sesi pengajaran

dahulu dan yang baru dan melihat jika kekurangan saya telah diatasi sebaiknya.

Langkah 5:Refleksi dan penilaian

Setelah selesai menganalisis data yang diperolehi, saya dapati teknik

menggunakan bahan bantu ingat dan kaedah permainan yang menarik dapat

memberi hasil yang positif terhadap proses pengajaran saya kepada murid. Murid

(27)

kepada murid ketika sesi pembelajaran. Murid juga lebih berminat untuk

mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran dengan adanya aktiviti yang

menarik. Ini secara tidak langsung mengurangkan masalah ponteng kelas dalam

kalangan murid pendidikan khas.

PERSAMPELAN/KUMPULAN SASARAN

Kumpulan s asaran yang terlibat bagi kajian ini adalah seramai 10 orang murid

tahun 4 kelas pendidikan khas Sekolah Kebangsaan Pulau Nyior Iaitu 5 orang

lelaki dan 5 orang perempuan. Tajuk untuk proses pengajaran dan pembelajaran

bagi kajian ini ialah ‘Fungsi Anggota Deria Kita’.

INSTRUMENT KAJIAN

Kajian ini telah menggunakan instrumen senarai semak soalan 1 yang diberikan

kepada murid semasa pengajaran pertama, senarai semak soalan 2 yang sama

diberikan untuk dinilai semasa proses pengajaran kedua serta soalan temu bual

berdasarkan proses pengajaran dan pembelajaran pertama kali.

Temubual ini dilaksanakan ke atas murid dengan tujuan untuk mendapatkan

maklum balas berkaitan teknik pengajaran dan bahan bantu mengajar yang telah

(28)

akan menggunakan Borang Soal Selidik untuk mendapatkan maklumat dan

maklum balas daripada murid.

Menurut Walker & Burnhill (1988), proses mengumpul data dapat dilakukan

melalui temu bual dalam pelbagai kajian tinjauan. Maklumat dan data dicapai

melalui sesi temubual pengkaji dengan responden. Pengkaji juga boleh

mendapatkan maklumat tambahan dan mengukuhkan maklumat temu bual

menerusi proses pemerhatian.

Segala data-data dan maklumat-maklumat tersebut dikumpulkan sendiri oleh

pengkaji dengan menggunakan borang catatan yang mengandungi soalan-soalan

kajian berkenaan. Arkey dan Knight (1999) menjelaskan bahawa proses temu

bual adalah satu cara membantu manusia untuk membuat perkara-perkara

eksplisit yang wujud secara tersirat untuk melahirkan tanggapan-tanggapan yang

tersirat, perasaan-perasaan dan kefahaman.

PERLAKSANAAN KAJIAN

Tinjauan Awal

Dalam perlaksanaan kajian ini, tinjauan awal masalah dibuat berdasarkan kaedah

(29)

Kaedah mengumpul data

Pra-pemerhatian

Murid akan dinilai oleh proses pengajaran guru dengan menngunakan soalan

berbentuk gambar yang telah disediakan oleh guru. Tujuan pungutan data ini

dilakukan adalah untuk mengetahui dimana kekurangan guru dan juga kekuatan

guru ketika mengajar. Ini secara tidak langsung memudahkan proses

penambahbaikan dilakukan kelak. Guru juga menilai sikap murid melalui

kehadiran sewaktu proses pengajaran dan pembeajaran berlangsung samada

terlibat ataupun ponteng kelas.

Temubual

Sebanyak 2 orang murid akan menjalankan sesi temubual untuk mendapatkan

respond dan maklumat lebih lanjut semasa proses pengajaran dan pembelajaran

berlangsung.

Contoh Analisis data dan pra pemerhatian

Sebanyak 10 soalan berbentuk gambar telah diedarkan kepada murid untuk

dinilai. Hasil daripada maklum balas mereka telah dianalisis berdasarkan jadual di

(30)

CONTOH ANALISIS BORANG SOALAN YANG TELAH DIBERIKAN

Hidung Menghidu 3 3/10 x 100 30%

Lidah Merasa 2 2/10 x 100 20%

Kulit Menyentuh 1 1/10 x100 10%

Carta diatas menunjukkan peratus keseluruhan bagi setiap eanggota deria manusia

(31)

diberikan selepas sesi pengajaran pertama. Ketika sesip pengajaran pertama ini,

hanya 5 orang murid sahaja yang terlibat dan selebihnya tidak hadir ke kelas.

Contoh Analisis Temubual

Hasil daripada temubual yang telah dijalankan kepada 2 orang murid, mereka

bersependapat bahawa sesi pengajaran guru adalah menarik kerana guru banyak

menggunakan gambar ilustrasi yang menarik dan lebih mudah untuk difahami.

Selain itu, guru juga telah menanyakan soalan adakah mereka memahami isi

yang diajar untuk tajuk pengajaran ini dan mereka juga bersependapat bahawa

mereka sangat faham ketika guru mengajar tetapi susah untuk mengingati isi-isi

penting yang di ajar oleh guru.

Menurut mereka, guru tidak menggunakan bantu ingat ketika mengajar dan

mereka tidak dapat mengejar isi pembelajaran dan nota -nota penting yang telah

diajar. Guru juga kurang menekankan pada isi-isi penting yang telah ditunjukan

dalam slaid. Guru hanya menerangkan dan tidak menumpukan satu persatu isi

yang dirasakan agak penting oleh murid dan menyebabkan murid hanya faham

tetapi susah untuk mengingati.

Berdasarkan temubual ini juga, saya telah menanyakan bagaimana boleh

dipelbagaikan penggunaan bantu ingat (prompts) agar murid lebih mudah dan

faham. Murid lebih minat terhadap gambar ilustrasi yang sebenar dan juga lebih

(32)

menggunakan peta minda, hanya isi-isi yang penting sahaja akan dikeluarkan

untuk menjadi nota dan ini secara tidak langsung lebih mudah untuk difahami dan

di ingat.

TINDAKAN YANG DIJALANKAN

Tindakan seterusnya yang dicadangkan adalah guru akan melaksanakan

pengajaran kali kedua dengan menggunakan bahan bantu ingat dan juga kaedah

permainan di dalam tajuk yang sama iaitu, ‘Fungsi Anggota Deria Kita’

menggunakan gambar( slide) dan mengadakan aktiviti bagi isi penting tajuk.

Guru menyediakan slide gambar warna pada komputer kemudian mengadakan

aktiviti melekatkan gambar dan fungsi yang telah disediakan pada kad manila

dihadapan kelas. Guru meminta murid melekatkan gambar pada kad manila

yang telah disediakan yang telah disediakan ketika sesi pengajaran berlangsung.

Guru juga menunjukan contoh- contoh semula jadi untuk ditunjukan pada murid

dan juga memaparkan slaid ‘power point’ ketika sesi pengajaran.

(33)

Bil. Jenis bahan Kuantiti x harga seunit Jumlah kos 1. Fotostat bahan 30 x RM 0.10 RM 3.00 2. Pen marker 3 x RM 2.00 RM 6.00 3. Kad manila 2 x RM 0.40 RM 0.80 4. Kertas Warna 1 x RM2.50 RM 2.50

Jumlah RM 12.30

PELAKSANAAN

Kajian tindakan ini diteruskan dengan perlaksanaan pengajaran kali kedua. Sesi

pengajaran kali kedua ini dilaksanakan pada 27 Mac 2014 di dengan mengekalkan

tajuk yang sama iaitu ‘ Anggota Deria Manusia’ menggunakan bahan bantu ingat

dan juga aktiviti yang menarik. Seramai 10 orang murid akan mengikut sesi mikro

pengajaran ini. Langkah- langkah perlaksanaan adalah seperti yang berikut:

Minit Langkah-langkah

Minit 1 Guru memulakan tayangan slide kepada pelajar. Guru memberi

contoh gambar dan contoh model sebenar kepada murid.

Minit 6 Guru memberi penerangan yang lebih lanjut menggunakan

tayangan slaid disamping berinteraksi bersama murid.

(34)

tayangan slaid disamping berinteraksi bersama murid.

Minit 15 Guru membuat ringkasan dengan melekatkan gambar di hadapan

kelas bertujuan menarik minat murid, kemudian guru menyuruh

murid melekatkan gambar anggota deria beserta fungsi dan

memberikan hadiah kecil sebagai pembakar semangat.

Minit 25 Guru membuka peluang kepada murid jika ingin mengemukakan

soalan.

Kaedah Mengumpul Data

Guru menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran kali kedua

mengenai tajuk, ‘ Fungsi Anggota Deria Kita’ menggunakan bahan bantu ingat

dan juga aktiviti yang ringkas dan menarik. Murid dibuat penilaian oleh guru

dengan berdasarkan jumlah soalan yang Berjaya dijawab dengan betul dengan

menggunakan soalan yang sama pada pengajaran kali pertama, Guru membuat

analisis pengajaran melalui berdasarkan senarai semak tersebut.

Analisis Data post-pemerhatian

Analisis data dibuat berdasarkan keseluruhan elemen yang terlibat dan

dibandingkan dengan pengajaran pertama. Perbandingan dibuat untuk melihat

sama ada menggunakan bahan bantu ingat dan kaedah permainan yang digunakan

berkesan dalam membantu daya ingatan murid untuk memahami isi - isi penting

(35)

CONTOH ANALISIS BORANG SOALAN YANG TELAH DIBERIKAN SEMASA PROSES PENGAJRAN DAN PEMBELAJARAN KALI KEDUA

Anggota deria

Hidung Menghidu 7 7/10 x 100 70%

Lidah Merasa 5 5/10 x 100 50%

Kulit Menyentuh 5 5/10 x100 50%

(36)

kali kedua ini kesemua murid hadir kekelas dan mereka lebih bersemangat ketika

menjalankan aktiviti. Murid juga tidak lagi mengelak untuk keluar daripada kelas.

RUMUSAN

Setelah selesai bab ini, guru dapat mengetahui kaedah serta cara melaksanakan

kajian terhadap sampel yang dipilih. Guru juga akan mudah unutk merancang

rancangan pengajaran supaya lebih menarik dan berkualiti.

Setelah semua maklumat dikumpulkan dan kajian telah dilaksanakan, teknik

penggunaan bantu ingat(gambar) dan juga aktiviti menarik mungkin banyak

membantu murid memahami semasa proses pengajaran dan pembelajaran

berlansung. Berdasarkan analisis senarai semak soalan yang telah diedarkan, guru

akan mengetahui tahap pemahaman murid terhadap pengajarannya dan dapat

(37)

BIBLIOGRAFI

Amiruddin 2009. Kemudahan, Sikap Dan kemahiran Dalam Teknologi Maklumat. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Azizi Yahya dan Tan Soo Yin. 2007. Kesihatan Mental. Universiti Teknologi Malaysia. Johor.

(38)

Chuah. 2009. Meningkatkan penguasaan Melalui Kaedah ‘Play, Play, Do’. SMK Putrajaya.

Ishak. 2012. Amalan Pengajaran Guru Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ling dan Zaidatul. 2012. PENDEKATAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA MENERUSI LAGU DAN MUZIK BERASASKAN KOMPUTER BAGI MURID TAHUN SATU. Universiti Teknologi Malaysia.

Nur Hanis. 2012. KEBERKESANAN PENGGUNAAN KAEDAH BERMAIN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN TAHUN 4. IPG KBL.

R. Ramasamy. 2008. Masalah Disleksia Dalam Kalangan Murid-Murid Pemulihan. Universiti Sains Malaysia.

Sharifah dan Aliza. 2013. Pendekatan Sambil Bermain (Prasekolah). Universiti Kebangsaan Malaysia.

(39)

Belajar sambil bermain, 05 April, 2014, diambil dari http://seputarpendidikan003.blogspot.com/2013/07/belajar-sambil-bermain.html

Hiperaktif , 05 April, 2014, diambil dari http://www.slideshare.net/mandalina/bilazim

Kajian tindakan dan sesuatu, 04 April, 2014, diambil dari http://axresedu.blogspot.com/

Konsep dasar penggunaan media, 01 April, 2014, diambil dari http://eprints.walisongo.ac.id/137/2/Taufiq_Tesis_Bab2.pdf

Kajian teori pengembangan media gambar, 02 April, 2014, dimbil dari http://eprints.uny.ac.id/7578/2/bab2%20-%2008108249121.pdf

Landasan teori pengajaran dan pembelajaran, 03 April, 2014, diambil dari http://eprints.uny.ac.id/8980/2/bab%202%20-09604227107.pdf

Pendekatan bermain dalam pengajaran bahasa dan literasi, 03 April, 2014, diambil dari http://www.ukm.my/jpbm/pdf/1-16_Artikel %201_Sharifa_Nor_dan_Aliza.pdf

(40)

Media pembelajaran, 02 April, 2014, diambil dari

http://ber-guru.blogspot.com/2011/10/penggunaan-media-pembelajaran-dalam.html

Masalah ponteng kelas. 09 April, 2014, diambil dari http://hemsmkb.blogspot.com/2009/04/pelancaran-ponteng-kelas-dan-salah-laku.html

Sesi belajar blogspot, 01 April, 2014, diambil dari http://sesibelajar.blogspot.com/ 2012/11/kajian-tindakan.html

(41)

LAMPIRAN

Contoh senarai semak soalan yang dijawab oleh murid setelah selesai pronses p&p

(42)

CONTOH SOALAN TEMUBUAL DIJALANKAN

1. Adakah kamu suka datang ke sekolah?kenapa?...

2. Adakah kamu berminat terhadap sesi pembelajaran disekolah? Jika

berminat jelaskan…. Jika tidak minat jelaskan….

3. Adakah kamu faham dengan sesi pengajaran dan pembeajaran yang guru

(43)

4. Apakah aktiviti dalam kelas yang paling kamu suka? Membaca?

Referensi

Dokumen terkait

Seperti pada papan partikel serutan kayu yang direndam selama 2 jam, pada papan partikel serutan kayu yang direndam selama 24 jam juga menunjukkan makin tinggi tekanan kempa,

Arang adalah suatu bahan padat berpori yang dihasilkan dari pembakaran pada suhu tinggi dengan proses karbonisasi, yaitu proses pembakaran tidak sempurna,

Menurut Sabatier (1986) memodifikasi model mereka pada tahun (1973), mengidentifikasi tiga faktor bebas (independen faktor) yang mempengaruhi keberhasilan

Upaya pengentasan kemiskinan yang dilakukan oleh Pemerintah Kabupaten Solok (2005-2010) adalah; 1) Pengembangan ekonomi local dengan cara memberikan pelatihan dan

Paket pemberian modal usaha seringkali tidak kena sasaran disebabkan karena program tersebut hanya bersifat sementara, karena sasaran program hanya mengurangi beban

Simpana Sukarela Lancar merupakan simpanan anggota masyarakat yang didasarkan akad wadi‟ah yad dhamanah. Atas ijin penitip dana yang disimpan pada rekening SIRELA