• Tidak ada hasil yang ditemukan

Asal Usul Baba Dan Nyonya

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Asal Usul Baba Dan Nyonya"

Copied!
24
0
0

Teks penuh

(1)

Asal Usul Baba Dan Nyonya

 Segolongan keturunan kaum Cina yang unik kedudukannya di kalangan kaum Cina yang terdapat di Negeri-negeri Selat, Tanah Melayu (kini sebahagian Malaysia), khususnya di negeri Melaka.

 Masyarakat ini dikatakan telah wujud sejak lebih 600 tahun lalu iaitu ketika zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka apabila mereka datang untuk berdagang di bumi ini dan kemudiannya berkahwin dengan masyarakat Melayu.

 Sebahagian mereka enggan mengakui bahawa mereka adalah orang Cina tetapi sebaliknya mendakwa bahawa mereka adalah rakyat British dan amat berbangga dengan kedudukan ini.

 Mereka mengeji pendatang-pendatang Cina yang baru dan mempunyai kelab tersendiri yang tidak membenarkan pendatang-pendatang Cina masuk.

 Mereka memanggil diri mereka sebagai “Baba” atau “Peranakan” kerana kebudayaan mereka, yang berasal daripada warisan tradisi Cina, mempunyai unsur-unsur pengaruh kebudayaan Melayu.

 Penyesuaian dan resapan budaya mereka terhadap suasana sosio-budaya di persekitaran mereka di zaman silam, iaitu melalui perkahwinan campur yang berlaku di antara kaum-kaum Cina dan Melayu, adalah punca utama mengapa generasi-generasi seterusnya memanggil mereka sebagai “Baba”.

(2)

Pakaian

 terdiri daripada baju kebaya (baju panjang dan batik sarung) dan kerongsang.

 Rekaan kasut manek tradisional sering memperlihatkan motif bunga Eropah dan warnanya dipengaruhi oleh tembikar Peranakan dan sarung batik. Mulai 1930-an, kasut manek menjalani perubahan dengan diberi rekaan moden dan ditambah tumit.

 Suku Peranakan di Indonesia ada baju kebaya tersendiri, terutamanya ‘kebaya encim’, serta mengemmbangkan corak batik tersebdiri yang bermotifkan Cina.

Bahasa

 Masyarakat baba Nyonya di Melaka fasih bertutur bahasa Melayu dan mengikut fakta sejarah golongan ini mempunyai pertalian dengan darah keturunan Melayu di mana mereka fasih bertutur dalam bahasa Melayu.

 Selain menggunakan Bahasa Melayu dalam pertuturan seharian mereka juga boleh bertutur bahasa Hokkien.

 Saya = goa (bahasa Hokkien)

 Anda = lu (bahasa Hokkien)

 Dia = dia (bahasa Melayu)

(3)

 Kebanyakan orang Baba juga adalah Hokkien dan mereka yang berasal daripada keturunan Hokkien masih menganggap diri mereka sebagai orang Hokkien meskipun kebanyakannya tidak pandai bertutur dalam loghat Hokkien. Ada juga orang Baba yang berasal daripada keturunan Kantonis, Hakka, dan lain-lain.

 Budaya Baba berasal dari Melaka tetapi apabila Pulau Pinang dan Singapura berkembang dan dimajukan, banyak juga di antara mereka yang berpindah ke kedua-dua negeri ini.

 Kaum Baba yang wujud pada hari ini bertutur dalam bahasa Baba iaitu sejenis dialek Melayu yang dapat difahami oleh kebanyakan orang Melayu. Cara masakan mereka kebanyakannya diresapi oleh cara masakan Melayu dan adalah menjadi satu kebiasaan bagi mereka makan dengan menggunakan tangan sebagaimana juga orang-orang Melayu.

 Tocang yang dianggap sebagai lambang pengabdian kepada kerajaan Manchu, serta tradisi mengikat kaki kaum wanita yang dianggap sebagai adat yang tidak bertamadun.

 Rumah Baba juga dibina berdasarkan pelan-pelan tradisional Cina berbanding dengan Melayu.

Agama

 Baba dan Nyonya mengamalkan agama-agama tradisional Cina, menyambut Tahun Baru Cina dan Perayaan Tanglung, sambil mengamalkan adat resam Melayu dan penjajah barat. Pengaruh Portugis, Belanda, British, Melayu dan Indonesia meninggalkan kesan dalam budaya Peranakan.

(4)

 Kesan dari pengaruh Melayu, lahirnya masakan “Nyonya” yang menggunakan rempah masakan Melayu. Contohnya ayam kapitan, sejenis kari ayam kering; inci kabin, iaitu ayam goreng cara Nyonya; dan pindang bandeng, kuah ikan yang dihidangkan ketika meraikan tahun baru Cina di singapura.

Perkahwinan

 Saudagar Cina di Melaka zaman silam gemar menmperisterikan atau mempergundikkan wanita Melayu dari Semenanjung Tanah Melayu atau Sumatera.Hasilnya, suku Baba dan Nyonya memperlihatkan campuran budaya Cina dan Melayu yang bersinergi.

 Catatan dari abad ke-19 dan awal abad ke-20 menyatakan bahawa lelaki Baba lazimnya mengahwini wanita dalam masyarakat Peranakan setempat. Ada kalanya, keluarga Peranakan membawa masuk pengantin dari China atau menghantar anak perempuan ke China untuk mencari suami.

 Orang Peranakan biasanya berkahwin dengan pasangan setempat yang sama darjatnya. Lelaki kaya paling menggemari chin choay atau perkahwinan matrilokal iaitu si suami menyertai keluarga isteri.

 Lamaran memerlukan buah tangan pinangan, iaitu bakul berkilau dua tingkat, yang dibawa oleh pengantara yang mewakili pelamar kepada ibu bapa pengantin idaman. Kebanyakan suku Peranakan tidak beragama Islam, sebaliknya memelihara adat penyembahan nenek moyang dari kaum Cina, tetapi ada yang memeluk agama Kristian.

(5)

 Pendondang bergilir-gilir menyambungkan lagu bertema asmara sambil menari berpusing-pusing dengan perlahannya. Dondang sayang memerlukan kemahiran berjenaka dan bertikam balas, siapa yang bijak berdondang maka dialah yang meraih gelak ketawa dan tepukan tangan ramai-ramai. Pelat loghat dan cara berbahasa Baba dan Nyonya serta kepandaian menyerikan lagi persembahan.

 Perkahwinan tradisional baba nyonya merupakan satu majlis yang memenatkan dan akan berlangsung selama 12 hari. Menurut mereka jika orang yang sama berkahwin sekali lagi pun, dia tidak akan berpeluang untuk mempunyai upacara sebegini sekali lagi. Segala urusan mencari jodoh bagi anak perempuan akan diuruskan oleh ibu bapa mereka, mereka tidak boleh membantah keputusan orang tua. Jika seseorang perempuan itu belum berkahwin sebelum usia 20 tahun mereka akan dianggap sebagai anak dara tua, mereka juga akan mengalami kesukaran dalam soal mencari jodoh. Bagi pihak lelaki pula, mereka selalunya akan berkahwin dalam usia 20 tahun.

(6)

Muzium

 Bahan-bahan bersejarah dari kebudayaan Baba dan Nyonya dipamerkan di pusat-pusat kebudayaan seperti Jonker Street (Melaka), Pulau Pinang dan Muzium Peranakan (Singapura).

 Di tempat-tempat sedemikian, anda boleh mencari muzium yang mempamerkan perabot, makanan, dan pakaian tradisi Baba and Nyonya. Juga terdapat kedai-kedai makan “Nyonya” di Singapura, Pulau Pinang, Melaka, Jakarta, Semarang, Surabaya, dan juga di Barat. Pertunjukan seni Peranakan mingguan juga diadakan di pasar malam Jonker Street.

Pantang Larang

 Masyarakat Baba dan Nyonya masih lagi percaya kepada pawang dan bomoh. Tujuan mereka pergi berjumpa dengan pawang tersebut untuk meminta tolong menghalau atau membuang jin atau hantu tersebut daripada mengganggu anak mereka.

 Ibu yang hamil tidak boleh keluar rumah pada waktu senja. Mereka percaya bahawa darah ibu yang mengandung anak sulung sangat disukai oleh pontianak dan langsuir. Sekiranya terpaksa juga keluar, ibu tersebut dikehendaki membawa barangan yang diperbuat daripada besi, antaranya pisau untuk menakutkan hantu.

(7)

Pox’, masyarakat Baba dan Nyonya akan berjumpa dengan bomoh untuk mendapatkan air penawar untuk diminum dan dijadikan air untuk mandi

Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Muzium Warisan Baba dan Nyonya Jalan Tun Tan Cheong Lock, Melaka Muzium Warisan Baba dan Nyonya ini terletak di Jalan Tun Tan Cheng Lock atau lebih dikenali sebagai Millionaire’s Row. Bangunan Muzium ini merupakan kediaman keluarga

untuk tiga generasi seorang Baba.

Reka bentuk rumah lama ini menunjukkan gabungan budaya timur dan barat. Ia dibina pada tahun 1896 dan mempunyai laman dalam terbuka di tengah-tengah rumah tersebut. Perabotnya dibuat daripada rosewood mengikut reka bentuk Cina, British dan Belanda. Rumah ini memaparkan cara kehidupan masyarakat Baba dan Nyonya di Melaka pada penghujung abad ke-19.

买一些银锁或银手镯,寓意平安吉祥嘛...最好就不要戴太多,像戴一个小手镯这样子,又吉祥又不怕会弄

伤小孩子,最重是家长在挑选的时候要找一些质量好的,材质和设计方面都要注意,注意看边缘找光滑点的,

不要买那些劣质或者做工不好边缘有些坑坑洼洼,有什么尖尖硬硬突出的.那样就会容易弄伤小孩..这边可

以建议你到西满鑫那里挑一下,前段时间给我家宝宝挑了一个,我觉得还不错..你可以参考一下..祝宝宝健

康成长..

Melawat Melaka Bersejarah Bererti Melawat Malaysia

 沙葛鱿鱼丝是槟城的娘惹菜色,也是一道开胃菜。老板说,包得越大就代表口袋满满哦!

 相信大马人对吉隆坡中央艺术坊(Central Market)再熟悉不过。那你知道吗?在中央艺术坊二楼,

有一家颇有中国古代怀旧感的娘惹餐厅,如果不是从门口瞧见店内摆放的用餐桌椅,还以为它是一家 古董店呢!

 PreciousOld China,顾名思义自然与旧中国不无关系。在店里用餐犹如置身古中国,椅子、桌子、

百子柜、门板、屏风、水晶吊灯,甚至是各尊佛像,都是从各处搜寻回来的古董,令顾客们怀古思旧。

 “娘惹”本是指华人与马来人通婚的女儿。娘惹继承了中国人“男主外,女主内”的传统,出嫁前就

(8)

成一格做成娘惹菜,既有中式菜的内蕴,又有马来菜的特色,呈现出的一种新的口味,这些特点都体 现在娘惹菜里。

保存娘惹原味

 老板郑雄才递来一张餐厅卡片。卡片正面的黑白人像照引起了笔者的注意,便问道:“请问这个人是 谁?”“哦,她是从小照顾我们的奶奶。”

 该餐馆营业约有7年,娘惹菜口味虽经过改良,但仍然保存着娘惹原味,而且不少菜肴用的是奶奶的

秘方,有些菜肴还有小故事呢!

 “小时候,奶奶为了让家里的小孩不忘记自己是华人,记得吃米饭,想出用兰花汁把米饭染色,小孩 子被鲜艳的颜色吸引,自然胃口大开。至今,我们也延续这种做法,为顾客呈上色香味俱全的蓝色椰 浆饭。”

 招牌饮料“洛神花汁”非常适合在天气炎热时喝上一杯来解暑,红得通透的颜色第一眼就让人喜欢, 味道酸酸甜甜,也有养颜功效哦!

 另外,喜爱吃榴梿的你,绝对不可以错过甜品“榴梿飘香”!这道甜品是用上等榴梿制成,主要是将 榴梿肉捣成泥,再放进冰箱冷藏,拿出来食用时浇上新鲜椰汁,香浓的榴梿味和椰香味交织在唇齿间,

味道绝佳。他说,“很多顾客都非常喜欢店内的复古装潢与设计,包括一些国外游客在光顾本店前还

先做功课,了解有关娘惹的历史背景和菜肴特色。

 “除菜肴特色外,娘惹餐也重视一起吃饭的温馨感。在娘惹家族里,每逢过时过节,一家人都会聚在 一起吃饭,气氛非常热闹!我们希望带给顾客一种回家的感觉,吃出一份真情和欢喜,这种味道尤其 珍贵!”

 ★Precious OldChina★

 营业时间:上午11时至晚上11时

地址:Lot M2,Central Market,Jalan Hang Kasturi50050Kuala Lumpur.

电话:03-22737372

网址:http://www.oldchina.com.my

Bm nyonya baba keturunan, sejarah , cerita,syair/sajak

http://www.ibnuhasyim.com/2013/01/armada-cheng-ho-bentuk-baba-nyonya.html

(9)

xxx-syair

pantang larang-keturunan nyonya chan

http://mforum.cari.com.my/archiver/?tid-630208.html (sebahagian drp web mforum.cari.com.my)

1. dikatakan, peranakan Baba Nyonya sudah wujud sejak 600 tahun lalu dan kini telah mencecah lebih 600 orang di Melaka. Tidak termasuk yang berhijrah ke Pulau Pinang dan Singapura. Mereka memiliki dua budaya, warisan tradisi Cina dan mengamalkan ciri-ciri kehidupan masyarakat Melayu. Mempunyai persamaan dengan kaum Melayu terutama dari segi bahasa, makanan dan budaya. Kebanyakannya masih mengekalkan agama Buddha dan ada yang memilih Islam atau Kristian

2. Kesan dari pengaruh Melayu, lahirnya masakan 'Nyonya' yang menggunakan rempah masakan Melayu. Ayam buah keluak. Contohnya 'ayam kapitan', sejenis kari ayam kering; inci kabin, iaitu ayam goreng cara Nyon ya; dan pindang bandeng, kuah ikan, yang dihidangkan ketika meraikan tahun baru Cina di Singapura."

3. Generasi perempuan atau Nyonya hingga kini masih pakai kebaya dan kain sarung seperti masyarakat Melayu. Dikenali sebagai 'kebaya nyonya' . Tetapi kehidupan dan pemikiran kaum Baba Nyonya ini, masih mengekalkan unsur-unsur Cina biarpun telah lama terpisah nenek moyang mereka di Negara China.

Contohnya, sistem keluarga dan agama masih dikekalkan, kecuali tocang yang dianggap sebagai lambang pengabdian kepada kerajaan Manchu, zaman sebelum penghijrahan mereka ke Tanah Melayu. Bagaimanapun, zaman semakin berubah, budaya Baba Nyonya semakin disisihkan oleh generasi baru kaum itu.

Bagaimana bahasa mereka?

Pada dasarnya, bahasa Baba ialah satu bahasa campuran antara bahasa China Hokkien dengan bahasa Melayu. Bahasa Baba telah menyerap banyak perkataan Cina. Umpamanya 'lai' untuk 'datang', dan lain-lain. Banyak menggunakan peribahasa Cina dengan lebih meluas, berbanding peribahasa Melayu.

Bentuk ayat bahasa Baba berbeza daripada bahasa basahan orang Melayu.

Umpamanya, "Ibu bapanya sedang makan di meja" disebut "Dia punya mak-bapa ada dudok makan do sblah punya mejah".

4. Selain itu, mereka menggunakan kata ganti 'ini' dan 'itu' mendahului kata nama, iaitu berbeza dengan bahasa Melayu. Orang-orang Baba juga tidak tahu tentang perkataan-perkataan yang berhubung dengan agama Islam.

Contoh bahasa..

Hubungan sanak saudara.. adalah daripada bahasa Hokkien kecuali mak, adik, dan abang:

(10)

datuk = 'ngkong (kong)

kawasan tengah tanpa bumbung = chimchi (深井 chhim-chin) tingkat atas = loteng (樓頂 lâu-téng)

serambi dalam = pangkeng (pang-keng)

serambi luar tanpa bumbung = la-pen (lau-pin) lampu = teng atau tanglung (燈籠 teng-liong) meja = toh (bahasa Hokkien; toh)

permaidani = tanak (毯仔 thán-á) cat = chat (漆 chhat)

Bagaimanapun, peralatan dapur diberi nama Melayu, kecuali barangan jenis Cina seperti: teko = tekuan (茶壺 tê-kòan)

sudu sup = tngsi (湯匙 thng-sî) cerek = teko (茶壺 tê-kó͘)

Terdapat satu pengecualian, iaitu sumpit yang berasal daripada bahasa Melayu, "sepit" (iaitu penyepit). Orang-orang Baba menggunakan perkataan Melayu bagi perkara memasak, kecuali 'mengukus' yang dipanggil tīm (). Bagaimanapun,

kebanyakan masakan mereka diberi nama Cina seperti bami, tauyu, kianchai, kuchai, dan sebagainya. Beberapa jenis pakaian juga diberi nama Cina.

Perkataan berkaitan dengan agama...

Perkataan-perkataan berkaitan dengan agama menunjukkan lagi satu aspek pengaruh budaya Cina dalam kehidupan orang Baba:

tokong = bio (biō)

tokong besar atau dewa Cina = tokong (mungkin daripada nama dewa, Tua Pek Kong (

伯公 Tōa-Peh Kong))

membakar colok = sio-hio (燒香 sio-hiun) melutut = kui (kūi)

(11)

Keunikan Budaya Baba dan Nyonya

MASYARAKAT peranakan Baba dan Nyonya dikenali juga sebagai kaum Peranakan dan mereka merupakan kaum miroriti yang tinggal di negeri Melaka. Menurut sejarah, masyarakat ini telah wujud sejak lebih 600 tahun lalu iaitu ketika zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka. Melaka yang terkenal sebagai pusat perdagangan pada waktu itu telah berjaya menarik ramai pedagang dari luar termasuk dari China untuk berdagang di Melaka. Pedagang-pedagang dari China ini berkahwin dengan wanita tempatan dan melahirkan anak yang berdarah kacukan Melayu-Cina atau lebih dikenali sebagai Baba Nyonya..

Baba Nyonya atau peranakan merupakan masyarakat unik kerana memiliki dua budaya warisan tradisi Cina yang pada masa sama mengamalkan ciri-ciri kehidupan masyarakat Melayu terutama dari segi bahasa, makanan dan budaya.

Agama

(12)

Masakan

Cara masakan Baba Nyonya juga dipengaruhi resipi orang Melayu sehingga sudah menjadi kebiasaan, kaum ini menggunakan tangan ketika menjamah

hidangan seperti amalan masyarakat Melayu.

Kuih-muih

(13)

Pakaian Baba dan Nyonya

Generasi Nyonya (perempuan) yang terdahulu sehingga kini masih memakai pakaian kebaya dan kain sarung seperti masyarakat Melayu yang dikenali sebagai kebaya nyonya merupakan pakaian tradisional nenek moyang mereka.

Pertuturan

(14)

Perkahwinan

Adat-adat yang serupa masyarakat Melayu boleh didapati di dalam

perkahwinan mereka iaitu dari tepak sireh yang melambangkan kesucian wanita yang akan berkahwin itu. Adat lain termasuk ‘mas kahwin’ diserahkan kepada ibu bapa gadis itu kerana kesucian gadis itu. Upacara lain ialah pertukaran cincin dan hadiah, penggunaan bunga rampai dan pembakaran setanggi. Muzik dimainkan oleh kumpulan ronggeng, boria dan pancaragam serunai Cina. Upacara berlangsung selama 12 hari bagi orang-orang kaya manakala golongan biasa ialah pada hari pertama dan hari kedua belas sahaja.

Adat Perkahwinan Baba Nyonya

Melangkah ke gerbang perkahwinan sememangnya dinantikan dan

merupakan saat yang bahagia bagi pasangan yang bercinta. Pelbagai persiapan harus dilakukan dan dirancang terlebih dahulu.

Setiap kaum dan bangsa mempunyai adat dan kepercayaan mereka yang tersendiri di dalam urusan perkahwinan. Baba dan Nyonya merupakan antara masyarakat Malaysia yang unik.

Pada peringkat awal perkahwinan, jemputan secara peribadi akan dimulakan dengan melawat dari satu rumah ke satu rumah yang lain untuk menghantar kad jemputan yang bersampul merah dan di hantar oleh 'Pak Chindek". Jemputan untuk kawan-kawan dan saudara mara adalah berbeza dan ianya mengambil masa

selama enam hari sebelum upacara perkahwinan.

Pada hari tersebut, ketua upacara tersebut akan berpakaian gaun cina yang labuh dan jaket pendek dan memulakannya dengan memberi 'kueh ih' yang terletak elok di dalam bakul nyoya iaitu bakul Siah. Untuk hari 'kueh ih' ia juga di panggil 'sang ih' yang bermaksud untuk memperkenalkan. 'Ih 'pula adalah symbol bagi benda yang baik untuk perkahwinan. Selain dari 'sang ih', tanglung, kain merah atau 'chye kee' akan diletakkan di pintu utama.

Persiapan bilik pengantin juga perlu dan ia diletakkan langsir, cadar baru yang kaya dengan sulaman berwarna-warni, bunga-bungaan dan bilik tersebut di

(15)

bunga dan ia lebih dikenali sebagai bunga rampai di kalangan orang Melayu. Seterusnya ialah hari 'KhuihThiah' iaitu hari pembukaan untuk perayaan. Ia juga adalah hari kupas bawang. Hari tersebut juga adalah dibuka kepada saudara mara dan kawan-kawan untuk datang menyiapkan pelbagai persiapan. Ini disusuli oleh 'hari menyambal'. Kebiasaannya mereka membuat sambal sebanyak 20 jenis antaranya ialah sambal serunding. Sambal ini akan dimakan bersama dengan 'nasi lemak' pada hari kedua belas upacara perkahwinan.

Dua hari sebelum perkahwinan, hari 'tumbuk tepung' dan 'Sang Jit' diuruskan dahulu. Tepung ini akan di gunakan untuk membuat kuih tat, kuih genggang, pisang goreng dari pisang raja, apam berkuah dan onde-onde. Makanan terakhir yang perlu di sediakan ialah putu tekan yang berwarna biru dan putih dan ditekankan dalam bekas kayu. 'Sang Jit' ialah hari bertukar hadiah di antara keluarga pengantin lelaki dan wanita. Antara barangan yang sering di tukar ialah seperti itik, khinzir, cincin berlian dan lain-lain

Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Muzium Warisan Baba Nyonya

(16)

sumber:http://seeheart4all.blogspot.com/2009/06/muzium-warisan-baba-dan-nyonya-jalan.html

Gaya seni bina rumah-rumah ini dengan jelas menggambarkan pengaruh Timur-Barat.Muzium ini dibina pada tahun 1896 dan menawarkan peluang mengenali gaya hidup Baba-Nyonya di Melaka, terutamanya pada awal abad itu.

Muzium ini kaya dengan warisan dari segi pakaian tradisional, perabot antik dan ukiran. Pengaruh Barat dengan jelas dapat dilihat dalam beberapa perabot antik dengan pengaruh Itali, pengaruh British dan Belanda. Pengaruh barat tidak berakhir di sini kerana terdapat banyak lagi barangan di muzium,seperti lampu era Victoria dan jubin lantai,

kesemuanya mempunyai nilai warisan.

Muzium ini merupakan rumah kedai Cina yang klasik pada abad

kesembilan belas, dibaikpulih kepada keadaan seperti pada akhir abad keduapuluh atau kesembilan belas. Seperti kebanyakan bangunan-bangunan lama yang sempit, rumah-rumah kedai Baba Nyonya

(17)

akan berlaku di separuh depan tingkat bawah, manakala separuh belakang dan semua tingkat atas ialah ruangan persendirian. Muzium Warisan ini adalah dimiliki oleh keluarga Chan. Pada masa itu, mereka ialah orang-orang terkaya di Melaka.

Rumah Peranakan yang dibina pada tahun 1896 ini telah bertukar

menjadi sebuah muzium tradisional Peranakan kemudian.Bilik-bilik dalam muzium dihubungkan oleh kaki lima biasa,dihiasi dengan jubin yang dilukis dengan tangan dan penuh dengan ukiran kayu jati di pintu dan diiringi pintu dalaman yang menyediakan keselamatan tambahan.Muzium ini dikelilingi oleh tiang-tiang Greco-Roman, dua bekas lampu merah, satu ‘bearing’ dengan nama keluarga dan satu lagi dengan mesej bertuah,satu diletakkan di sebelah kiri dan satu di sebelah kanan pintu masuk.

Paras atas rumah mempunyai kanopi yang singkat dengan jubin Cina di atas serambi anjung yang bingkai tingkap.Kaca tingkap jerejak besi dan cucur atap mempunyai ciri timur- barat, dihias dengan pelbagai reka bentuk dan dicat dengan corak flora. Di dalam muzium terdapat koleksi-daun emas lekapan, perabot kayu hitam yang mempunyai reka bentuk Cina dan Belanda dan bertatahkan mutiara serta skrin lakuer yang halus hasil tangannya serta candelier Victoria

Tiap-tiap bilik, perabot (neo-klasik Eropah) dan perabot lain (candelier era Victoria dan jubin lantai) adalah betul-betul dalam keadaan seperti pada masa pemilik asal meninggalkan rumah ini.Satu lagi barangan yang menarik ialah pelbagai pakaian baba nyoya yang dipamerkan dan barangan lain yang pernah digunakan dalam gaya hidup Peranakan.Ia merupakan wacana untuk mengetahui sedikit sebanyak tentang

kehidupan golongan tersebut pada zaman lampau itu.

Kebudayaan Baba Nyonya

(18)

TAN HUI HUI CHUA WAN LING

BOON KAH YIE Latar Belakang Kesenian Baba Nyonya Kesimpulan Latar Belakang

Kesimpulan Segolongan keturunan kaum Cina yang unik kedudukannya di kalangan kaum Cina yang terdapat di Negeri-negeri Selat, Tanah Melayu (Negeri Melaka).

Enggan mengakui bahawa mereka adalah orang Cina tetapi sebaliknya mendakwa bahawa mereka adalah rakyat British (amat berbangga). Berasal dari wilayah Hokkien, China yang berhijrah ke Melaka 600 tahun dulu ketika Melaka terkenal sebagai pusat perdagangan.

Mereka mempunyai kelab tersendiri yang tidak membenarkan pendatang-pendatang Cina masuk. bermotif dari negara China

unsur Islam dan pengaruh Melayu

mempunyai ukiran yang menarik ialah pada porselin

lukisan burung phoenix, bunga dahlia, bunga mawar, lipan

porselin mudah dikenali kerana saduran warna yang cerah seperti merah jambu, biru tua, hijau dan kuning. bermotif dari negara China

unsur Islam dan pengaruh Melayu

mempunyai ukiran yang menarik ialah pada porselin

lukisan burung phoenix, bunga dahlia, bunga mawar, lipan

porselin mudah dikenali kerana saduran warna yang cerah seperti merah jambu, biru tua, hijau dan kuning. mempunyai peralatan khas yang

digunakan unuk menjalankan upacara

seperti dulang teh tembikar yang berwarna-warni yang dihiasi dengan ukiran

digunakan ketika upacara minum the semasa hari perkahwinan bakul sia digunakan untuk tujuan seperti hantaran perkahwinan dan pemberian hadiah.

diperbuat daripada buluh, kayu dan dibalut dengan kertas tebal atau kulit diisi dengan pebagai juadah makanan Kaum Baba dan Nyonya merupakan kaum yang mempunyai budaya dan latar belakang yang unik.Oleh itu, Kebudayaan Baba dan Nyonya perlu dilindungi agar tidak hilang dan hanya tinggal dalam buku sejarah. Kita perlu berusaha dan menanam kebudayaan tersebut dalam keturunan golongan Baba dan Nyonya agar kebudayaan baba dan nyonya kekal dalam salah satu keistimewaan dalam kebudayaan Malaysia.

“Baba” atau “Peranakan” - kebudayaan mereka, yang berasal daripada warisan tradisi Cina, mempunyai unsur-unsur pengaruh kebudayaan Melayu.

(19)

Agama tradisional Cina dan Buddha, namun telah ramai yang memeluk agama lain seperti Kristian yang amat popular di kalangan remaja. dari segi perumahan,keunikan adalah campuran pengaruh Belanda dan China Keunikan rumah Baba Nyonya ialah lorong hadapan rumah mereka yang sempit membawa kepada ruang tengah yang luas.

terdapat ruang tengah rumah yang luas

terdapat kawasan tengah tanpa bumbung Bakul sia Bahasa campuran antara bahasa Melayu dan dialek Hokkien

nahu bahasa Baba Nyonya ini adalah berasal daripada bahasa Melayu berbeza dengan bahasa Melayu dalam pelbagai aspek

menyerap banyak perkataan Cina

dan kecenderungan ke arah dialek Hokkien yang tidak dapat difahami oleh masyarakat Melayu Kata ganti nama saya = goa

kamu = lu dia = i

kita = wa lang Hubungan sanak saudara Ayah = ntia (tia) Datuk = ngkong (kong)

Kakak = tachi (toachi)

Bapa saudara = impek(peh) Adik bapa = nchek(chek)

Suami kakak = chau (chia hu) Perkataan berkaitan dengan rumah Ibu rumah = tian

Kasawan tengah tanpa bumbung = chimchi Tingkat atas = loteng

Cerek = teko Perkataan berkaitan dengan agama Tokong = bio Membakar colok = sio hiun

Melutut= kui Adat Perkahwinan Baba Nyonya Makanan Tradisi Baba-Nyonya Agama kebanyakan masyarakat baba dan nyonya

menganutiagamaTaoisme,Confucianisme,dan Cina Buddha.

mereka menyambut Tahun Baru Cina, Pesta Tanglung, Hari Cap Goh Meh, Terdapat tanda-tanda Portugis, Belanda, British, Melayu, dan Indonesia pengaruh dalam budaya Baba dan Nyonya selain itu, mereka juga amat mengutamakan penyembahan nenek moyang di rumah

semasa penyembahan nenek moyang di rumah, semua ahli keluarga diwajibkan hadir

hal ini dapat dijelaskan mereka tidak lupa jasa budi nenek moyang mereka

di samping itu, masyarakat baba dan nyonya juga mempercayai "konsep yin yang"

dipengaruhi oleh masyarakat Cina.

masa sekarang terdapat kebanyakan masyarakat baba dan nyonya menganuti agama Kristian.

(20)

Pakaian Baba Nyonya Terpengaruh dengan budaya pemakaian orang Melayu.

Baba perempuan memakai pakaian kebaya dan kain sarong.

Pakaian ini merupakan pakaian tradisional nenek moyang mereka yang diwarisi dari satu generasi ke satu generasi.

Kebaya dibuat daripada kain atau benang menggunakan seni sulaman tangan yang halus dan terperinci.

Merupakan satu simbol identiti bagi masyarakat Baba.

Berbeza dengan masyarakat Cina yang tidak memakai kebaya.

Kebaya Nyonya memerlukan 3 pasang kerongsang untuk dijadikan butang berbeza dengan kebaya masyarakat Melayu tidak mempunyai butang. Hiasan utama baju kebaya adalah sulaman tebuk lubang di mana garisan corak motif bunga di jahit manakala bahagian tengah dasar kain yang tidak terjahit pula ditebuk

hiasan yang seakan-akan renda yang halus, yang dikenakan pada

bahagian leher, lengan, hujung blaus serta dua bucu segitiga di bahagian depan baju yang dikenali sebagai lapik.

KUMPULAN 14 TERIMA KASIH @Kumpulan 14 Masyarakat ini terkenal dengan makanan tradisinya turun temurun dari nenek moyang mereka. Biasanya makanan kaum Baba berasal dari masakan Cina tetapi

disesuaikan dengan selera kaum Baba yang gemarkan masakan pedas kaum Melayu.

Makanan dan masakan tradisi masyarakat Baba ini biasanya disajikan pada hari perayaan seperti sambutan Tahun Baru Cina, Hari Lahir atau Majlis Perkahwinan

Jenis-jeins masakan Baba adalah seperti kari, sambal, pang-teh, bak-wan kepiting iaitu campuran daging babi dan sup ketam, itik timitik yang disalut dengan sayur jeruk atau diperam, itik sioh iaitu daging itik yang disalut dengan rempah, hati babi bungkus, acar Nyonya dan nasi lemak. Selain itu, masyarakat Baba juga menghidangkan Nasi Kunyit dan sejenis mee yang dibuat khas, iaitu 'mee sua tau'. Mee ini dibuat bertujuan untuk memenuhi hajat supaya dipanjangkan umur.

Kuih-muih tradisional masyarakat Baba pula terdiri daripada kuih bakul atau tih kuey dan kuey-ku yang berbentuk kura-kura berwarna merah, biru dan hitam. Kuih bakul atau tih kuey ini adalah warisan masyarakat Cina terhadap masyarakat Baba. Selain itu, masyarakat Baba juga meminati kuih-miuh tradisional Melayu seperti dodol, wajik, tapai, bahulu dan lain-lain lagi Otah otah onde onde Adat-adat perkahwinan Bapa-nyonya mempunyai persamaan dengan masyarakat Melayu. Persamaan adat boleh didapati di dalam perkahwinan mereka iaitu dari tepak sireh yang melambangkan kesucian wanita yang akan berkahwin . Adat lain seperti “mas kahwin” diserahkan kepada ibu bapa gadis sebagai lambangan kesucian gadis itu.

(21)

hari bertukar hadiah di antara keluarga pengantin lelaki dan wanita. Antara barangan yang sering di tukar ialah seperti itik, khinzir, cincin berlian dan lain-lain

Pada peringkat awal perkahwinan, jemputan secara peribadi akan dimulakan dengan melawat dari satu rumah ke satu rumah yang lain untuk menghantar kad jemputan yang bersampul merah yang dihantar oleh 'Pak Chindek". Ianya mengambil masa selama enam hari sebelum upacara perkahwinan.

Pada hari tersebut, ketua upacara tersebut akan berpakaian gaun cina yang labuh dan jaket pendek dan memulakannya dengan memberi 'kueh ih' yang terletak elok di dalam bakul nyoya iaitu bakul Siah. Untuk hari 'kueh ih' ia juga di panggil 'sang ih' yang bermaksud untuk

memperkenalkan. 'Ih 'pula adalah symbol bagi benda yang baik untuk perkahwinan. Selain dari 'sang ih', tanglung, kain merah atau 'chye kee' akan diletakkan di pintu utama.

Upacara pertukaran cincin dan hadiah juga dilakukan dengan penggunaan bunga rampai dan pembakaran setanggi. Selain itu, muzik yang

dimainkan adalah kumpulan ronggeng, boria dan pancaragam serunai Cina semasa perlangsungan perkahwinan. Upacara perkahwinan akan berlangsung selama 12 hari bagi orang-orang kaya manakala golongan biasa ialah pada hari pertama dan hari kedua belas sahaja.

Persiapan bilik pengantin pula perlu diletakkan langsir, cadar baru yang kaya dengan sulaman berwarna-warni, bunga-bungaan dan bilik tersebut di harumkan dengan 'Stangee' iaitu wangian daripada kulit pokok, gula tebu dan gula. Begitu juga dengan 'potpouri' yang dipenuhi dengan wangian dari daun pandan, bunga dan ia lebih dikenali sebagai bunga rampai di kalangan orang Melayu Seterusnya ialah hari 'KhuihThiah' iaitu hari pembukaan untuk perayaan. Ia juga adalah hari kupas bawang. Hari tersebut juga adalah dibuka kepada saudara mara dan kawan-kawan untuk datang menyiapkan pelbagai persiapan. Ini disusuli oleh 'hari menyambal'. Kebiasaannya mereka membuat sambal sebanyak 20 jenis antaranya ialah sambal serunding. Sambal ini akan dimakan bersama dengan 'nasi lemak' pada hari kedua belas upacara perkahwinan.

Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Oleh itu, adalah menarik bahawa kehidupan orang Baba dan pandangan mereka masih

bersifat kecinaan, walaupun mereka telah lama terpisah daripada komuniti mereka di China.

Ini digambarkan melalui aspek-aspek kebudayaan yang lain seperti sistem kekeluargaan dan

agama yang mereka masih kekal, kecuali tocang yang dianggap sebagai lambang pengabdian

(22)

adat yang tidak bertamadun. Malahan masyarakat Baba masih mengamalkan sebahagian

resam budaya Cina yang sudah tidak dihiraukan lagi oleh masyarakat Cina Malaysia yang

lain, seperti adat istiadat perkahwinan Cina tradisional yang memperlihat kedua-dua

pengantin memakai pakaian-pakaian yang indah dan berwarna warni warisan budaya Cina

tradisional. Rumah Baba juga dibina berdasarkan pelan-pelan tradisional Cina berbanding

dengan Melayu

Kebanyakan anak-anak Baba dibesarkan mengikut cara hidup dan upacara-upacara agama

orang Cina yang diubah oleh unsur-unsur kemelayuan serta unsur-unsur tempatan yang lain.

Dalam seratus lima puluh tahun yang lalu, upacara ini telahpun diubah suai. Penghidupan

moden yang terlalu cepat meninggalkan sedikit demi sedikit masa lapang untuk persembahan

ke atas pengorbanan yang tidak berkesudahan itu. Upacara ini semakin berkurangan

disebabkan juga oleh pengaruh Barat, tetapi masih terus diamalkan

Keunikan Masyarakat Baba dan Nyonya di Melaka

MASYARAKAT peranakan Baba dan Nyonya merupakan kumpulan komuniti yang tinggal di negeri Melaka. Mereka merupakan masyarakat unik kerana kumpulan ini adalah sebahagian dari kaum Cina tetapi mengamalkan adat resam dan budaya campuran Cina-Melayu.

Masyarakat ini dikatakan telah wujud sejak lebih 600 tahun lalu iaitu ketika zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka apabila mereka datang untuk berdagang di bumi ini dan kemudiannya berkahwin dengan masyarakat Melayu.

(23)

Tahukah anda semua, apa yang menarik perhatian saya dan ingin saya kongsikan kepada anda semua, berikutan budaya ini, kebaya nyonya mula wujud. Kebaya Nyonya ini adalah pakaian tradisional untuk kaum hawa budaya Baba Nyonya ini.

Kebaya Nyonya

Selain itu, masakan Baba Nyonya juga terkenal dan digemari ramai sehingga hari ini. Biasanya makanan kaum Baba berasal dari masakan Cina tetapi disesuaikan dengan selera kaum Baba yang gemarkan masakan pedas kaum Melayu. Tetapi amalan ini hanya dilakukan di rumah sahaja.

Makanan dan masakan tradisi masyarakat Baba ini biasanya disajikan pada hari perayaan seperti sambutan Tahun Baru Cina, Hari Lahir atau Majlis Perkahwinan. Di sinilah dihidangkan masakan dan kuih-muih tradisional mereka.

Jenis-jeins masakan Baba adalah seperti kari, sambal, pang-teh,dan bak-wan

Selain itu, masyarakat Baba juga menghidangkan Nasi Kunyit dan sejenis mee yang dibuat khas, iaitu 'mee sua tau'. Mee ini dibuat bertujuan untuk memenuhi hajat supaya dipanjangkan umur.

Kuih-muih tradisional masyarakat Baba pula terdiri daripada kuih bakul atau tih kuey dan kuey-ku yang berbentuk kura-kura berwarna merah, biru dan hitam. Kuih bakul atau tih kuey ini adalah warisan masyarakat Cina terhadap masyarakat Baba. Selain itu, masyarakat Baba juga meminati kuih-miuh tradisional Melayu seperti dodol, wajik, tapai, bahulu dan lain-lain lagi.

(24)

Maklumat ringkas folio yang lebih sempurna

Referensi

Dokumen terkait

Bab III komparasi instrumen violin dan viola, berisi proses serta hasil penelitian yang terdiri dari, cara dasar bermain instrumen violin maupun viola, penjabaran

Menambah data keluarga Merupakan proses menambah data keluarga baru Berhasil 11 Melihat semua data individu Merupakan proses untuk melihat semua data individu dengan

Hasil dari pembuatan aplikasi ini adalah terancangnya sebuah aplikasi yang menggunakan teknologi virtual reality modeling language dengan studi kasus Kampus Sistem

Permasalahan yang akan diangkat pada penelitian ini yaitu bagaimana daya hidup dan daya kerja Aspergillus niger sebagai agen penghasil enzim lipolitik pada medium cair

Pada model ini, populasi total

Karena probabilitas jauh lebih kecil dari 0.05 maka variabel independen klaster industri tekstil, proporsi kepemilikan asing, status kepemilikan kredit, dan hambatan

Masa kanak-kanak, remaja, dewasa, dan kemudian menjadi orangtua, tidak lebih hanyalah merupakan suatu proses wajar dalam hidup yang berkesinambungan dari tahap-tahap pertumbuhan

Keefektifan penjatuhan putusan sanksi pidana denda terhadap pelanggaran kelengkapan kendaraan bermotor dalam berlalu lintas di Pengadilan Negeri Klas 1B Maros dari