• Tidak ada hasil yang ditemukan

Terima Kasih kerana mendapatkan Ebook Blueprint Ebook 5 Angka ini. Dalam ebook ini saya nak ceritakan bagaimana perjalanan dan strategi yang saya

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Terima Kasih kerana mendapatkan Ebook Blueprint Ebook 5 Angka ini. Dalam ebook ini saya nak ceritakan bagaimana perjalanan dan strategi yang saya"

Copied!
22
0
0

Teks penuh

(1)
(2)

Hai dan Salam Sejahtera kepada semua….

Terima Kasih kerana mendapatkan Ebook Blueprint Ebook 5 Angka ini…

Dalam ebook ini saya nak ceritakan bagaimana perjalanan dan strategi yang saya gunakan untuk menjana pendapatan 5 angka dengan menjual produk digital saya iaitu RAHSIA SUBLET PREMIUM (ebook).

Saya pasti anda dah tak sabar-sabar untuk mengetahui bagaimana saya sebagai seorang yang newbie dalam bidang Internet Marketing ini dapat menjana 5 angka dalam masa 2 hari.

Kalau ikut pada pengalaman saya benda ini memang tahyul (bak kata mentor saya Cikgu Hafis)..Mana ada bisness yang boleh jana INCOME 5 angka dalam masa yang pendek? Kalau anda tahu boleh bagitau saya juga..sebab saya pun nak join sama…hehe..

Tapi selepas saya buat dan follow betul-betul apa yang diajarkan oleh kepada saya..

(3)

Betul saya tak tipu …sebab biasanya 5 angka ni saya dapat setiap hujung tahun jer (itupun waktu bonus tahunan syarikat)..ini dapat dalam masa 2 hari (untuk pre-launch ebook)…PERGHHH..memang best giler…kalau anda dapat RM 12k dalam masa dua hari apa yang anda nak buat agaknya?

Screenshot Penjulan ebook dalam masa 2 hari= RM 12640.00

Mesti banyak benda kan boleh settle dengan kalau ada RM 12k ni.

Jangan salah sangka yer…saya bukan nak anda semua meletakkan duit itu sebagai satu keUTAMAan..tapi bila kita mempunyai duit,sekurang-kurangnya banyak perkara yang selama ini kita tak boleh nak buat,dapat dilaksanakan.

Bila banyak benda boleh buat dan boleh settle kita pun senang hati..bila senang hati takde la nak marah-marah orang setiap hari..tak de la nak stress setiap hari..barulah kita

(4)

boleh beribadat dengan tenang dan khusyuk..dan pengharapan kita kepadaNYA lebih sempurna…Itu yang saya hendak anda semua fikirkan..

Baiklah sebelum kita pergi lebih jauh mari kita berkenalan terlebih dahulu yer…

(Baiklah gambar di atas tu adalah gambar saya waktu muda-muda dulu…kalau jumpa sekarang dah lain dah…heheh)

Nama diberi ialah Mohd Fairuz Bin Abd Razak.

Saya merupakan seorang Jurutera Elektrik di salah sebuah syarikat pengendali Elektrik terbesar di Malaysia (rasanya semua dapat agak kan?)

(5)

Mula berjinak-jinak dengan dunia Internet Marketing (IM) ni dah lama sebenarnya..Dari zaman universiti lagi.Saya ingat lagi waktu tu femes dengan Youtube Marketing. Waktu tu saya ada lebih dari 50 akaun Youtube sahaja untuk buat marketing.

Tetapi macam biasa la …buat marketing separuh jalan sahaja.sebab waktu tu memang takde orang nak guide dan tak banyak panduan/kelas yang ada macam sekarang ni..jadi saya lost..bila lost memang tak sambung buat selepas tu..

Jadi selepas tu memang saya ke laut entah kemana…kemudian dalam tahun 2014 baru nak start balik berjinak-jinak dalam dunia IM (Internet Marketing).Saya memang berminat dengan IM ni sebab kerjaya ni nampak rilek jer…duduk rumah pakai kain pelikat pun boleh buat jualan…

Memang banyak sangat panduan,ebook,video,yang saya dah beli berkaitan dengan IM ni..tapi memang tak menampakkan hasil..ada yang beli sahaja..tak baca/tengok pun produk yang dibeli…lebur duit macamtu sahaja.NO ACTION TAKEN.

Saya juga seorang suka dan passionate dalam bidang hartanah.

Sebab itulah ebook pertama yang saya buat adalah berkaitan dengan har tanah iaitu Rahsia Sublet Premium..(boleh ke www.rahsiasubletpremium.com untuk mengetahui detail berkaitan dengan ebook best seller saya ni)

(6)

Anda nampak tak apa yang saya nak tunjukkan?

Sebenarnya anda boleh convert anything yang anda minat kepada bentuk digital dan jual untuk menambah pendapatan anda. Itu yang saya cuba highlightkan dalam ayat di atas.

(7)

(Tak kira lah sama ada anda seorang yang suka kucing, suka menanam pokok strawberry, suka membela kambing, suka main kereta Tamiya (Dash Yan kuro) dan lain-lain lagi)

Okay jadi anda dah bersedia nak tahu TEKNIK SIMPLE TAPI POWER yang saya gunakan dalam pemasaran ebook saya?

Kalau dah sedia cakap…SAYA DAH BERSEDIA!

(pastikan tiada orang berhampiran dengan anda,takut-takut nanti di cop orang gil* pula…heheh)

Untuk strategi ebook ini saya pecahkan kepada tiga fasa penting iaitu : Fasa 1 : Proses Membuat Ebook.

Fasa 2 : Proses Pemasaran Ebook. Fasa 3 : Proses Pelancaran Ebook

(8)

FASA PERTAMA : PROSES MEMBUAT EBOOK

1) Tajuk

Apa yang penting untuk mula menulis sesebuah ebook adalah anda kena tahu apa topik/tajuk yang sesuai untuk menulis ebook yang mudah dijual.

Perkara ini sangat penting..kerana anda mesti tahu apakah USP (unique selling point) untuk ebook anda.USP ini ialah ciri-ciri unik yang ada pada ebook anda yang tidak ada pada mana-mana penulisan yang lain.

Dalam ebook Rahsia Sublet Premium., saya mendedahkan teknik Sublet Premium yang jarang dilakukan oleh orang ramai (ini adalah antara USP saya).

Sebab market ketika itu adalah mereka yang membuat sublet biasa sahaja.Jadi dengan membuat ebook berkaitan dengan Sublet Premium, saya telah menawarkan satu nilai yang tidak pernah orang dengar sebelum ini.

(9)

Anda tak perlu risau,yang penting anda tulis ahaja.Sebab setiap penulis akan menulis berdasarkan pengalaman masing-masing.Jadi mesti ada kekurangan dalam penulisan buku/ebook yang beliau telah tulis dan telah ada dipasaran sekarang ini.

Antara ebook yang menjadi permintaan ramai ketika ini adalah dalam bidang menjana duit tambahan dan bisnes.Sekiranya anda mahir dalam sesuatu bidang dan bisnes mungkin anda boleh tulis satu ebook berkaitan dengan perkara yang anda mahir tersebut.

Contohnya anda mahir dalam penternakan ikan,anda boleh tulis ebook berkaitan dengan “Panduan A-Z yang simple buit duit RM 4k sebulan dengan ikan arowana”.

2) Tetapkan Matlamat (Dateline)

Anda mesti letakkan satu matlamat yang jelas bila yang anda akan selesaikan ebook tersebut.Sekiranya anda tiada matlamat,pasti sukar untuk anda menyiapkan ebook anda.

Pengalaman saya menulis ebook Rahsia Sublet Premium adalah selama 3 bulan.(lama kan?).Tetapi kalau saya hitung betul-betul sebenarnya ebook RSP boleh siap dalam masa 1 bulan sahaja.

Dalam bab ini anda perlu disiplinkan diri anda untuk memastikan ebook tersebut siap pada masa yang ditetapkan.Selagi anda lengahkan,selagi itulah anda lambat untuk

(10)

menjana pendapatan melalui ebook tersebut.Anda harus ingat bahawa ebook tersebut adalah salah satu dari mesin ATM anda

Nak tak saya kongsikan apakah motivasi saya untuk menyiapkan ebook tersebut?

Motivasi saya waktu itu adalah tak lain dan tak bukan saya ingin menjana duit tambahan.Itu sahaja.

Dan saya yakin bila saya siap sahaja ebook ini , ia akan menjadi satu PERKONGSIAN yang sangat berguna kepada semua orang.Saya jual nilai dan pengalaman saya selama 2 tahun mengendalikan bisness Sublet Premium supaya orang lain juga boleh buat seperti saya.

Alhamdulillah .hasilnya kini sudah lebih dari 5 orang membuat Sublet Premium di tempat yang sama dengan saya buat.

(11)

3) Mesti tahu apa yang hendak ditulis (pakar dalam bidang tersebut)

Maksud pakar di sini bukan lah anda mesti ada degree / PHD dalam bidang tersebut.Tapi cukuplah sekadar anda mempunyai pengalaman yang cukup dalam penulisan ebook anda.

Sebenarnya anda boleh dapatkan kepakaran tersebut dari orang lain.Contohnya anda hendak bercerita tentang bisnes menjahit,tapi anda tak pernah pun buat bisnes tersebut.Jadi bagaimana anda nak tulis berkaitan dengan bisnes tersebut?

Senang sahaja ,apa yang anda perlu lakukan adalah anda approach mereka yang telah lama buat bisness jahit dan minta mereka kongsikan pengalaman mereka.Teknik ini dipanggil teknik JV (Joint Venture).

Anda hanya akan menulis dan isinya anda perolehi dari pemilik bisnes tersebut.

(12)

FASA KEDUA : PROSES PEMASARAN EBOOK

1) Kumpul Database

Database is KING !

Apa yang saya lakukan adalah saya menggunakan teknik mengumpul database semua prospek-prospek yang berminat untuk mengetahui berkaitan dengan ebook saya.

Saya menggunakan Landing Page/Squeeze Page untuk tujuan mengumpulkan database ini.

Squeeze page diterjemahkan sebagai sesuatu yang dikompakkan.Ia seakan-akan minisite tetapi di sini anda akan masukkan nama dan email anda.Kalau anda perasan sebelum anda dapat free report ini anda ada masukkan nama dan email pada satu website.Itu dinamakan “Squeeze Page”.

Fungsi “Squeeze Page” ini adalah untuk menyimpan email dan nama prospek yang berminat.Prospek ini dinamakan sebagai Subscriber

(13)

Di atas adalah contoh “squeeze page” yang saya gunakan untuk tarik orang untuk memasukkan nama dan email mereka. Selepas mereka memasukkan email dan nama,mereka akan terus mendapat ebook “Real Case Study: Buat Duit tanpa memiliki hartanah sendiri”.

(14)

Terdapat 3 laman web yang boleh membuat squeeze page secara mudah tanpa perlu anda perlu tahu teknikal.untuk design laman web tersebut ialah:

1) Instaspages. (https://instapage.com)

2) Optimizepress. (https://www.optimizepress.com) 3) Leadspage (http://www.leadpages.net)

Ketiga-tiga laman web ini tidak memerlukan anda melanggan Domain atau hosting dan membuat squeeze page semudah drag n drop sahaja.

Apakah ciri2 yang perlu ada pada sesebuah Squeeze page?

Ada 4 perkara yang perlu ada dalam sesebuah Squeeze page:

1) Headline : Nyatakan secara terang-terangan mengenai produk yang akan anda berikan.

2) Teaser : Boleh letakkan screenshot video, E-cover dan sebagainya.

3) Button “KLIK SEKARANG”,”AKSES PERCUMA”,”GET INSTANCE ACCESS” dan sebagainya.

(15)

Bagaimana sistem squeeze page ini berfungsi?

Saya pasti anda semua telah experience perkara ini disebabkan sebelum anda mendapatkan ebook yang sedang and baca ini.,anda juga ada memasukkan nama dan email yang kemudiannya meminta anda COMFIRM SUBSCRIPTION..selepas itu satu email akan dihantar kepada anda untuk download link ebook ini.

Apa yang bestnya ,selepas anda menyimpan database anda..anda dapat email mereka berkali-kali.Anda dapat membuat engagement dengan mereka melalui email tersebut dengan AUTORESPONDER.(email anda boleh di schedulekan mengikut masa yang anda suka)

Oh ya…sebelum pergi jauh anda juga perlu ada satu Autoresponder akaun untuk menyimpan database anda. Proses untuk menyimpan database prospek anda adalah seperti dalam gambarajah berikut :

(16)

Terdapat pelbagai Autoresponder di luar sana…ada yang free dan ada yang berbayar…antara autoresponder berbayar yang terkenal adalah seperti :

1) Getrespond. 2) Aweber 3) Mail chimp 4) Emailmatik

Anda boleh dapatkan autoresponder ini dengan type nama-nama di atas menggunakan google.

2. Engagement

Selepas saya telah memiliki email dan nama setiap prospek, saya akan educate subscriber saya dengan menghantar info, tips dan panduan yang berguna kepada mereka berkaitan dengan sublet.

Tips-tips dan info ini hendaklah dihantar sekurang-kurangnya sekali sehari untuk memastikan hubungan anda dengan subscriber anda akan semakin rapat.Perlu diingatkan bahawa anda perlulah nampak sebagai seorang yang pakar pada pandangan subscriber anda.

Subscriber akan mudah bertukar sebagai buyer sekiranya rate of engagement antara danda dan buyer meningkat.

(17)

FASA KETIGA : PROSES PELANCARAN EBOOK

Untuk pemasaran ebook Rahsia Sublet Premium saya menggunakan dua kali pelancaran produk iaitu pra-pelancaran dan mega pelancaran

1. Pra-Pelancaran

Sebelum kedua–dua pelancaran ini anda perlulah menyiapkan terlebih dahulu surat jualan (Sales Copy).Surat jualan adalah merupakan salah satu faktor yang penting yang menyumbang kepada kejayaan sesebuah produk digital.

Dengan kata lain, surat jualan ini seolah-olah menjadi jurujual bagi pihak anda yang akan memancing prospek untuk membeli produk anda.Sekiranya anda mempunyai surat jualan yang bagus, maka kebarangkalian produk anda terjual adalah amat tinggi.

Sebenarnya untuk membuat surat jualan ini anda mestilah mahir dalam menggunakan ayat-ayat yang memujuk prospek.Ia lebih dikenali sebagai Copywriting. Copywriting adalah salah satu skill yang powerful untuk mempengaruhi prospek untuk membuat apa sahaja hanya dengan menggunakan perkataan.

Cara paling mudah untuk membuat surat jualan adalah dengan melihat surat jualan orang lain. Sekiranya anda membaca sesebuah surat jualan,dan anda terasa hendak membeli produk tersebut maka surat jualan tersebut memang betul-betul powerful.

(18)

Anda boleh ke www.rahsiasubletpremium.com untuk melihat contoh surat jualan yang saya gunakan untuk ebook Rahsia Sublet Premium.

Di dalam pra-pelancaran ebook Rahsia Sublet Premium saya menggunakan teknik Scarcity. Iaitu saya hanya membuka jualan untuk 50 naskhah terpantas dan selepas itu dibuka selama 2 hari sahaja. Selepas kuota (50 naskhah) penuh maka saya akan menghentikan menamatkan jualan.

2. Mega-Pelancaran

Untuk Mega – pelancaran saya menggunakan strategi Affiliate. Saya menggunakan affiliate supaya saya dapat memperluaskan lagi pemasaran ebook melalui ejen-ejen affiliate yang mendaftarkan diri mereka secara sukarela ke dalam sistem affiliate yang telah saya tetapkan. Setiap affiliate akan diberikan link affiliate dalam sistem tersebut.

Affilate ini mudah sahaja. untuk memudahkan pemahaman saya tunjukkan gambar dibawah.

(19)

Ali menyertai satu pertandingan affiliate dan mendaftar menerusi satu sistem (katakan sistem affiliate ONPAY).Selesai pendaftaran Ali akan menerima LINK AFFILATE KHAS dimana sekiranya ada pembeli membeli menerusi LINK KHAS tersebut,Ali akan menerima komisyen.

Ada bermacam-macam sistem affiliate yang anda boleh gunakan untuk tujuan affiliate ini.Untuk sistem affiliate RSP saya menggunakan sistem onpay.my (https://onpay.my/) Terdapat juga sistem sistem affiliate yang lain seperti Aztetic (https://aztetic.my/) dan juga sistem affiliate lite (http://www.sistemaffiliate.com/)

Komisyen adalah yang ditetapkan oleh pemilik produk sendiri.Dalam kempen affiliate RSP saya ada membuat cabaran affiliate.Cabaran ini bermula dari 29 Disember 2015 hingga 29 Januari 2016 selama 30 hari.Selain daripada mendapat komisyen, mereka juga akan mendapat hadiah berdasarkan preastasi jualan masing-masing.

(20)

Berikut adalah hadiah-hadiah yang ditetapkan bagi cabaran affiliate Rahsia Sublet Premium.

Hadiah yang ditawarkan perlulah sesuatu yang mampu untuk menarik minat affiliate. Seperti contoh di atas,saya menawarkan iphone 6 untuk affiliate yang mendapat sales lebih daripada 70 sales ke atas. Hadiah yang menarik seperti ini akan menjadi motivasi dan pembakar semangat kepada affiliate untuk bersama-sama mempromosikan produk anda.

(21)

Kesimpulannya..

Tak susah kan untuk membuat sebuah ebook dan menjana pendapatan melalui ebook tersebut?

Sebenarnya yang susah adalah diri kita sendiri, macam saya bagitau awal-awal untuk membuat ebook RSP saya memerlukan sekurang-kurangkan 3 bulan untuk siap.Tetapi kalau saya fokus dan tulis dengan berdisiplin dalam 3 minggu pun dan boleh siap.

Saya berharap apa yang saya kongsikan sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada anda semua.Terima Kasih di atas kesudian anda semua membaca dari awal sehingga habis free report ini.

ANDA SEMUA BETUL-BETUL OHSEM

Pertemuan kita bukan berakhir disini sahaja. Saya akan terus-menerus memberikan info dan perkongsian yang terbaik dalam bidang Internet Marketing (khas buat newbie) kepada anda semua melalui email–email saya yang akan datang.

Dan saya amat-amat berharap agar dapat membantu anda semua untuk mencapai apa yang anda inginkan, jadi kalau ada apa-apa pertanyaan dan soalan anda bolehlah ajukan kepada saya melalui email. Jangan malu-malu dan jangan segan-segan. Kenalkan diri anda sebagai pembaca free report RSP (Rahsia Sublet Premium).

(22)

Terima Kasih…

Mohd Fairuz Bin Abd Razak

Penulis ebook RSP @ Ebook 5 angka dalam 2 hari mfairuzar2202@gmail.com

testing

https://www.facebook.com/sharer/sharer.php?u=http%3A//fairuzrazak.my/downloadebo ok

Referensi

Dokumen terkait

Pelatihan dapat meningkatkan performance kerja pada posisi jabatan yang sekarang. Kalau level of performance-nya naik/meningkat, maka berakibat peningkatan

Sebelumnya saya mengucapkan terima kasih karena Sobat telah mendownload Ebook "Membongkar Rahasia Sukses MULTIJUTAWAN dari Bisnis Teh untuk PEMULA...!".. Ebook ini

Peraturan Menteri Agraria dan Tata Ruang/Kepala Badan Pertanahan Nasional Republik Indonesia Nomor 38 Tahun 2016 tentang Organisasi dan Tata Kerja Kantor Wilayah Badan

Kemudian berpijak dari pendapat Tyler dan para pakar lainnya, juga berdasarkan kondisi konkrit jam pembelajaran yang ada pada kedua madrasah tersebut hanya 1

Peraturan Daerah Kabupaten Sukoharjo Nomor 4 Tahun 2008 tentang Organisasi dan Tata Kerja Lembaga Teknis Daerah, Satuan Polisi Pamong Praja, dan Kantor Pelayanan

Perasaan, merupakan gejala psikis yang bersifat subjektif yang umumnya berhubungan dengan gejala mengenal dan dialami dalam kualitas senang atau tidak senang

Gambaran mengenai kondisi transportasi khususnya berjalan kaki di kawasan Pendidikan Yogyakarta sebagaimana yang telah dijelaskan di atas menjadi dasar perlunya dilakukan

pertanyaan awal kepada siswa secara lisan yang diarahkan pada anak tema: Healthy Foods dengan gambar; Guru menyampaikan tujuan pembelajaran; Guru menyajikan