• Tidak ada hasil yang ditemukan

HHHC9501 KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATAN SEMESTER /2015 TUGASAN BERKUMPULAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "HHHC9501 KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN PENDEKATAN SEMESTER /2015 TUGASAN BERKUMPULAN"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

1

HHHC9501 KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELESAIAN MASALAH DAN

PENDEKATAN

SEMESTER 1 2014/2015

TUGASAN BERKUMPULAN

TAJUK KAJIAN:

“MASALAH PENGANGKUTAN DI BANDAR”

DISEDIAKAN OLEH: DANIEL DAVID CHUA (A146069)

TEOH HUI YING (A146073) TEO BOON LONG (A145997) TAN YING YEW( A145974)

DISEDIAKAN UNTUK: ENCIK NOR AFIAN BIN YUSOF

(2)

2 Isi Kandungan

Pengenalan ... 3

Penyataan Masalah... 5

Punca- Punca Masalah Pengangkutan di Bandar, Malaysia. ... 6

Tindakan yang telah diambil dan Penambahbaikan... 9

i. Meningkatkan Mutu Perkhidmatan Pengangkutan Awam ... 9

ii. Peranan kerajaan dalam merancang dan memperbaikan sistem pengangkutan ... 10

iii. Kongsi kereta... 10

Idea baru/terbaik untuk mengatasi masalah pengangkutan di Bandar ... 11

i. Sistem Komuter ... 11

ii. Menubuhkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Malaysia ... 11

iii. Mewujudkan Kempen ‘Pengangkutan Awam Adalah Hak Milik Rakyat’ ... 12

(3)

3 Pengenalan

Isu keselesaan di jalanraya dan masalah kesesakan lalu lintas di kawasan bandar merupakan isu global dan keadaan ini telah menyebabkan berlakunya gangguan dan kesan terhadap persekitaran dan psikologi penduduk. Kebanyakan bandar besar di dunia, umpamanya bandar-bandar di Asia Tenggara mengalami masalah yang sama. Bandaraya Bangkok di

Thailand, Jakarta di Indonesia, Manila di Filipina, Kuala Lumpur di Malaysia dan beberapa lagi merupakan sebahagian daripada bandaraya yang mengalami masalah kesesakan lalu lintas yang serius dan tidak pernah selesai. Walaupun demikian, penduduk seolah-olah terpaksa menghadapi situasi yang merumitkan dan mengharungi kesesakan lalu lintas setiap hari bagi meneruskan kehidupan di kota.

Di bandar, sebahagian besar penyediaan kemudahan adalah untuk memenuhi permintaan bergerak daripada pengguna, dari satu tempat kepada satu tempat yang lain. Dalam sistem perhubungan, pengangkutan awam menjadi pilihan orang ramai untuk bergerak dari satu destinasi ke satu destinasi yang lain. Sistem pengangkutan ini turut menjadi pilihan golongan marhaen khususnya bagi mereka daripada golongan masyarakat pertengahan dan yang kurang berkemampuan untuk ke tempat bekerja, pusat perkhidmatan, sekolah dan institut pengajian, tempat membeli belah dan sebagainya. Penyediaan mod pengangkutan yang pelbagai, adalah untuk memberi peluang kepada masyarakat memilih mod pengangkutan yang lebih mesra pengguna, selamat, selesa dan ekonomik. Pengangkutan juga dilihat sebagai pemangkin yang mampu melonjakkan pembangunan ekonomi ke tahap yang lebih tinggi sejajar dengan matlamat untuk meningkatkan pengeluaran barangan dan perkhidmatan, penjanaan, gunatenaga dan pembangunan masyarakat seluruhnya (Abd Rahim Md Noor 2002).

Bagi kebanyakan bandar besar di Malaysia, umpamanya Johor Bharu, Pulau Pinang, Kuala Terengganu, Kota Bharu dan sebagainya pilihan pengangkutan untuk penduduk adalah terhad, dan hanya bergantung kepada beberapa jenis pengangkutan sahaja. Umpamanya seperti kenderaan persendirian terutamanya kereta, motosikal dan bas. Bandar-bandar lain di dunia seperti Jepun, Amerika Syarikat, Britian, United Kingdom dan sebagainya, mempunyai lebih banyak pilihan yang tidak wujud di negara ini. Antaranya seperti keretapi bandar yang terdapat di permukaan dan di bawah tanah, bas bandar serta bas mini dan basikal. Dalam membangunkan

(4)

4

sesebuah bandar, penggunaan kenderaan awam dan kenderaan persendirian adalah penting (Abd Rahim Md Noor 1999a, 1999b). Namun, pergantungan yang tinggi terhadap kenderaan

persendirian seperti motosikal dan kereta akan memberi implikasi yang negatif dari segi penggunaan sumber tenaga, umpamanya fosil yang dibakar oleh enjin kenderaan boleh

mendatang dan meningkatkan pencemaran udara dan seterusnya memberi impak negatif kepada persekitaran.

Masalah kesesakan lalu lintas yang dialami oleh penduduk di bandar tidak seharusnya dibiarkan berterusan. Ini kerana kesesakan lalu lintas boleh memberi gangguan kepada

persekitaran dan psikologi manusia (Aiken et al., 1982). Oleh itu, kemelut yang melanda sistem pengangkutan negara kita harus difahami agar usaha untuk menangani masalah ini dapat

(5)

5 Penyataan Masalah

Pertambahan penduduk di Malaysia bukan sahaja memerlukan lebih banyak peluang pekerjaan, permintaan terhadap perumahan, kemudahan sosial bahkan turut menambah jumlah kenderaan di jalanraya dan lebuhraya. Kajian ini membangkitkan isu keselesaan penggunaan mod pengangkutan di bandar terhadap kualiti hidup masyarakat dan menyebabkan berlakunya gangguan dan kesan terhadap persekitaran dan psikologi penduduk. Boleh dikatakan bahawa hampir semua negara di dunia mengalami masalah pencemaran air, udara dan tanah. Tambahan pula, bahaya fizikal dan bukan fizikal seperti bunyi bising, kesesakan trafik telah mewujudkan tekanan tambahan kepada penghuni bandar. Pendedahan manusia kepada pencemaran alam sekitar bukan hanya tertumpu kepada alam sekitar umum, bahkan turut melibatkan gangguan psikologi manusia.

Masalah ini bukan sahaja berkaitan dengan mod pengangkutan, bahkan turut melibatkan struktur jalan raya yang membahayakan seperti tiadanya pembahagi jalan yang jelas, jalan yang pecah dan berlopak, jalan tidak rata, kurangnya kemudahan lampu isyarat, kesesakan lalu lintas yang boleh memberi kesan kepada fizikal dan psikologi manusia. Selain daripada itu juga, kemudahan pengangkutan awam yang terdapat di bandar-bandar besar umpamanya di Kuala Lumpur, adakalanya tidak dapat memberikan perkhidmatan yang memuaskan dan maksimum kepada pengguna. Mutu perkhidmatan yang tidak memuaskan seperti jadual perjalanan yang tidak konsisten, masa menunggu yang lama dan pengurusan yang tidak cekap untuk sistem pengangkutan awam .

(6)

6

Punca- Punca Masalah Pengangkutan di Bandar, Malaysia.

Masalah pengangkutan di bandar-bandar Malaysia telah menimbulkan gangguan dan kesan terhadap persekitaran dan psikologi penduduk bandar.

Punca masalah pengangkutan di bandar ialah pertambahan penduduk Malaysia. Pertambahan penduduk Malaysia telah menolong menjana pertumbuhan ekonomi negara kita. Namun demikian, pertumbuhan ekonomi negara kita berkembang pesat disebabkan oleh sumbangan daripada pelbagai sektor di Malaysia. Sektor-sektor ini telah mewujudkan banyak peluang pekerjaan kepada penduduk Malaysia disebabkan oleh permintaan terhadap barangan atau perkhidmatan bertambah hasil daripada pertambahan penduduk Malaysia. Perubahan demografi melalui pertumbuhan semula jadi dan migrasi telah menambahkan permintaan terhadap pengangkutan bagi memudahkan pengerakan dari satu destinasi ke satu destinasi yang lain. Sebagai contoh, pengangkutan diperlukan untuk memudahkan seorang untuk menuju dan balik dari tempat kerjanya pada hari kerja. Sehingga tahun 2009 sahaja terdapat sebanyak 19,061,782 bilangan kenderaan telah didaftarkan. Jumlah ini menunjukkan peningkatan sebanyak 5.81% berbanding jumlah terkumpul kenderaan di Malaysia pada tahun 2008 iaitu sebanyak 17,971,901. Pertumbuhan yang serupa berlaku pada tahun 2008 iaitu sebanyak 6.89% jika dibandingkan dengan tahun 2007 yang mencatatkan bilangan terkumpul kenderaan sebanyak 16,813,943. Prestasi pertumbuhanpada kadar yang sama iaitu antara 5% hingga 6% setahun dijangka akan terus berlaku pada setiap tahun.

Bilangan pemandu-pemandu yang dilesenkan dalam tempoh yang sama oleh JPJ

menunjukkan peningkatan pada kadar antara 4% hingga 5% setahun. Pada tahun 2008, seramai 11,227,144 pemandu telah dilesenkan berbanding 10,769,531 pada tahun 2008. Jumlah ini menunjukkan peningkatan sebanyak4.25%. Pada tahun 2009, seramai 11,697,306 pemandu telah dilesenkan dengan peningkatan sebanyak 4.19% berbanding tahun 2008. Hal ini telah

menunjukkan pertambahan bilangan kenderaan di jalan raya dan menimbulkan masalah kesesakan di jalan raya.

Penggunaan jenis pengangkutan di bandar juga menyumbang kepada punca masalah pengangkutan di bandar. Isu keselesaan penggunaan mod pengangkutan awam di bandar telah menyebabkan sesetengah penduduk di Malaysia beralih kepada penggunaan mod pengangkutan

(7)

7

persendirian seperti kenderaan dan motosikal sebagai mod pengangkutan untuk menuju dari satu destinasi ke satu destinasi yang lain. Hal ini seterusnya menyebabkan pertambahan bilangan kenderaan di bandar yang turut menimbulkan masalah kesesakan lalu lintas di jalan raya di bandar. Hal ini telah menyebabkan gangguan dan menimbulkan kesan terhadap persekitaran dan psikologi penduduk di bandar di Malaysia.

Isu keselesaan penggunaan mod pengangkutan awam di bandar juga merupakan salah satu punca yang menyebabkan masalah pengangkutan di bandar. Rangkaian pengangkutan awam di negara kita terdiri daripada pengangkutan bas awam, teksi, Sistem Transit Tren Ringan (LRT), monorel dan sebagainya. Kebanyakan pengguna sistem pengangkutan awam ini terdiri daripada golongan masyarakat pertengahan dan golongan yang kurang berkemampuan. Kemudahan pengangkutan awam ini yang terdapat di bandar-bandar besar umpamanya di Kuala Lumpur kadang-kala tidak dapat memberikan perkhidmatan yang memuaskan dan maksimum kepada pengguna namun banyak usaha telah diambil oleh pihak kerajaan untuk mempertingkatkan lagi mutu perkhidmatan awam. Antaranya ialah kos atau tambangnya sistem pengangkutan awam kita. Kadar tambang terutamanya bagi penumpang teksi dan pengguna LRT adalah dianggap mahal terutamanya bagi mereka dari golongan pertengahan dan golongan tidak berkemampuan yang berpendapatan rendah telah menghalang mereka daripada menggunakan sistem

pengangkutan awam jenis ini dengan lebih kerap. Kebanyakan daripada mereka hanya

menggunakan pengangkutan awam jenis ini apabila terdesak atau hanya untuk ke pejabat sahaja. Tambahan pula, amalan pengurusan yang tidak cekap untuk sistem pengangkutan awam juga menimbulkan masalah pengangkutan di bandar. Contohnya bagi perkhidmatan bas awam, masyarakat telah menganggap perkhidmatan bas awam tidak boleh diharap dari segi ketepatan waktu operasinya seperti kelewatan bas dan tidak mengikut jadual perjalanan yang ditetapkan iaitu jadual perjalanan yang tidak konsisten untuk sampai ke suatu destinasi telah menyukarkan masyarakat untuk merancang dan menjangka perjalanan mereka. Ketiadaan “board

pemberitahuan” berkenaan jadual perjalanan bas yang seterusnya telah menyukarkan

perancangan masa pengguna perkhidmatan bas. Kualiti perkhidmatan bas awam, LRT dan teksi mengecewakan pengguna disebabkan oleh penyelenggarannya yang tidak menyeluruh turut menyebabkan sesetengah masyarakat memilih untuk menggunakan mod pengangkutan mereka

(8)

8

sendiri seperti kereta persendirian dan hal inilah menyumbang kepada masalah kesesakan lalu lintas di bandar.

Di samping itu, tumpuan perkhidmatan awam tidak menyeluruh di negara kita turut menjadi kekangan masyarakat untuk menggunakan perkhidmatan awam. Sebagai contohnya, kemudahan stesen LRT hanya terletak di kawasan tertentu sahaja yang sering kali menyukarkan orang ramai untuk sampai ke pejabat masing-masing. Hal ini bertambah rumit dan serius apabila masalah kekurangan pengangkutan tambahan atau “fider bus” di kawasan tersebut. Sesetengah masyarkat menghadapi masalah untuk menukar sistem pengangkutan, contohnya di antara stesen monorel dengan stesen LRT atau di antara stesen bas dengan stesen monorel. Hal ini

menyebabkan penjalanan penumpang terganggu kerana terpaksa beratur untuk membeli tiket sebelum menaiki pengangkutan awam yang lain pula bagi sesetengah penumpang yang tidak mempunyai kad “Touch n Go”. Dalam era globalisasi yang mengutamakan kepantasan, keadaan ini dianggap membebankan kehidupan masyarakat. Namun juga terdapat masa mesin “Touch n Go” yang tidak berfungsi. Hal ini lagi menyukarkan pengguna jenis perkhidmatan awam ini.

Kesesakan dalam monorel menyebabkan pengguna terpaksa menunggu lama untuk menggunakan jenis perkhidmatan ini turut mengurangkan pengguna perkhidmatan jenis ini. Punca-punca yang dinyatakan seperti di atas telah menimbulkan masalah pengangkutan di bandar Malaysia.

(9)

9 Tindakan yang telah diambil dan Penambahbaikan

i. .Meningkatkan Mutu Perkhidmatan Pengangkutan Awam

Banyak tindakan yang telah diambil oleh kerajaan untuk cuba menangani masalah pengangkutan di bandar, antaranya ialah menyediakan pengangkutan awam di Bandar, pengangkutan awam seperti bas, KTM, LRT disediakan untuk mengurangkan kesesakan di jalan raya.

Malaysia cuba seiring dan mencontohi negara-negara maju yang mempunyai system pengangkutan awam yang berkualiti. Umpamanya mencontohi Bandaraya Tokyo di Jepun, yang mempunyai sistem jaringan sistem pengangkutan awam yang bukan sahaja memberikan

perkhidmatan yang pantas dan cepat bahkan mesra alam sekitar dan keselesaan-kemewahan. Penekanan kepada sistem pengangkutanawam yang cekap, cepat dan selesa yakni berkualiti akan dapat mengubah persepsi penduduk terhadap perkhidmatan ini.

Sekiranya masalah pengangkutan awam di Malaysia dapat ditangani dan seterusnya diselesaikan secara bijak, sudah pasti masalah kesesakan lalu lintas di kawasan bandar akan dapat diselesaikan. Kini sudah tiba masanya, Kerajaan Malaysia bertegas dengan pihak-pihak tertentu, syarikat pemilikan bas umpamanya memberikan perkhidmatan yang ‘kelas pertama’ kepada pengguna, menepati piawai yang ditetapkan sebelum mereka boleh beroperasi. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) misalnya boleh menarik balik lesen sekiranya perkhidmatan bas daripada mana-mana syarikat tidak mematuhi piawaian yang telah ditetapkan. Kaedah bagaimana memantau perkhidmatan boleh diperolehi melalui ‘aduan’ ataupun melalui ‘borang kepuasan pengguna’.

Untuk mewujudkan perkhidmatan yang ‘kelas dunia’, bukan sahaja memfokuskan

kepadakemewahan, tetapi juga perlu memikirkan bilangan gerabak monorel, ERL dan komuter adakah mencukupi dan memadai untuk menampung jumlah penumpang yang sentiasa

meningkat. Kajian tinjuan yang telah dijalankan di beberapa stesen monorel di Kuala Lumpur seperti Stesen Raja Chulan, Stesen Putra, Stesen Lok Yew, dan sebagainya ternyata amat mendukacitakan. Penumpang terpaksa bersesak-sesak dan berebut-rebut untuk menaiki

perkhidmatan tersebut. Tempat duduk yang tidak mencukupi-terpaksa berdiri, kerana bilangan penumpang yang terlalu ramai dan melebihi kemudahan kerusi yang disediakan. Dalam keadaan

(10)

10

ini sudah pasti penduduk akan beralih kepada kenderaan persendirian dan seterusnya menyumbang kepada kesesakan lalu lintas.

ii. Peranan kerajaan dalam merancang dan memperbaikan sistem pengangkutan

Sistem pengangkutan seperti lebuh raya dan monorial perlu dirancang baik dan sentiasa dipantau dan diperbaiki sekiranya rosak Kerajaan Malaysia sendiri perlu betul-betul serius dalam menangani masalah ini. Sekiranya kerajaan berhasrat mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan bandar, maka perlu diperkenalkan zon-zon yang melarang kemasukan kenderaan persendirian dan hanya pengangkutan awam sahaja yang dibenarkan masuk. Pelarangan ini pula harus seiring dengan tidak menyediakan sebarang tempat ‘parking’ atau tempat meletak kereta. Ini kerana, sekiranya‘pelarangan’ sahaja dibuat, tetapi tempat meletak kereta ‘tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan’ maka masalah ini jua tidak dapat diselesaikan. Sebenarnya isu ini amat berkait rapat dengan pengaruh politik, dan banyak perkara perlu dibahas dan dikorbankan. Walaupun ianya mungkin mengambil masa yang lama, tetapi jika ada kesungguhan daripada kerajaan perkara ini tidak mustahil berjaya.

Lebuh raya yang terlalu sesak juga boleh dilebarkan untuk mengurangkan kesesakan, seperti sekarang yang dilakukan oleh kerajaan di lebuhraya Seremban ke Nilai. Selain itu, juga ada kesesakan yang disebabkan oleh pembayaran yuran tol yang lambat, oleh itu kerajaan harus mengalakan penggunaan kad “touch and go” atau “smart tag”, ini dapat mengurangkan kesesakan di lebuh raya.

iii. Kongsi kereta

Masalah pengangkutan di bandar bukan sahaja tanggungjawab kerajaan tetapi semua rakyat akan mengambil beban ke atasnya. Untuk menyeleasaikan masalah ketiadaan pengangkutan atau dari segi penjimatan kos, banyak penduduk bandar memilik untuk tumpang kereta kawan atau melibatkan diri dalam tindakan “kongsi kereta”, ini sering berlaku pada penduduk bandar semasa kenaikan harga petrol pada beberapa tahun yang lalu, rakan-rakan sekerja yang tinggal berhampiran akan kongsi satu kereta ke tempat kerja. Walaupun tindakan ini berasal dari tujuan jimat kos, ini secara tidak langsung menyelesaikan kesesakan lebuhraya di bandar.

(11)

11

Idea baru/terbaik untuk mengatasi masalah pengangkutan di Bandar

i. Sistem Komuter

Jika kami berbincang tentang idea yang terbaik untuk menyelesaikan masalah ini, kami memang boleh merujuk kepada negara-negara seperti Jepun dan Singapora, walaupun bandaraya negara mereka mempunyai populasi yang ramai (lebih banyak berbanding Kuala Lumpur), tetapi pengangkutan di bandaraya tidak memberi banyak masalah kepada mereka kerana mereka mempunyai jaring komuter yang sangat matang. Oleh itu, pada pendapat saya idea yang terbaik untuk menyelesaikan masalah pengangkutan di bandar berkait rapat dengan membangunkan pengangkutan komuter. Berbanding dengan Jepun dan Singapora, pengangkutan awam negara kami masih kurang efektif dan tidak melingkungi kebanyakan kawasan negara kami. Dalam negara Jepun, perkhidmatan komuternya merangkungmi hampir seluruh negara dan komuter mereka boleh mencapai kelajuan yang sangat tinggi, lebih laju daripada semua kenderaan darat yang ada. Ini dapat menyelesaikan masalah kesesakan pengangkuatan di bandar dengan

mengangkutan pelanggan dari satu tempat ke destinasi mereka dalam masa yang paling singkat. Dewasa ini negara China yang menpunyai populasi yang paling banyak di dunia juga mula melaksanakan idea ini dengan membina komuter paling cepat di dunia. Oleh itu melabur dalam sistem komuter merupakan idea baik yang kerap digunakan untuk menyeleasaikan masalah pengangkutan di bandar.

ii. Menubuhkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Malaysia

Dalam membicarakan isu dan masalah sistem pengangkutan awam di Malaysia, kita juga seringkali terfikir berkenaan dengan kemampuan sesebuah badan kerajaan dalam mengendali dan menguruskan sistem pengangkutan itu sendiri. Semenjak merdeka lagi sistem pengangkutan awam berada di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia. Banyak kelemahan telah

dikenalpasti dalam kementerian ini, dan ianya telah gagal diatasi. Oleh itu wujudnya satu idea untuk menubuhkan satu suruhanjaya. Suruhanjaya ini adalah satu badan yang bebas dalam merancang dan mengelola pengangkutan awam di Malaysia. Melalui suruhanjaya ini juga ternyata akan lebih bersifat objektif dan proaktif dalam mengambil langkah seperti

memperkenalkan undang-undang, larangan kemasukan kenderaan persendirian di zon-zon tertentu di kawasan bandar, menghapuskan tempat meletak kereta dan sebagainya. Dengan

(12)

12

penubuhan suruhanjaya ini kuasa yang diberikan adalah lebih ‘Manpower’ dan juga tidak berlaku longgokan tugas kerana jelas portfolio ini hanya didokong oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam sahaja. Dengan adanya satu badan yang bebas ini akan memudahkan perancangan dan strategi dapat dijalankan dengan lebih pantas dan objektif.

iii. Mewujudkan Kempen ‘Pengangkutan Awam Adalah Hak Milik Rakyat’

Selain daripada itu, kajian ini juga berjaya melihat bahawa punca kepada kesesakan lalu lintas di kawasan bandar adalah kerana penduduk tidak mempunyai kesediaan untuk

menggunakan pengangkutan awam di kawasan bandar. Ianya bukan sahaja disumbangkan oleh kualiti pengangkutan itu sahaja yang lemah, bahkan penduduk sendiri tidak merasa ‘sense of belonging’. Justeru, kajian ini mencadangkan agar kerajaan menjalankan satu kempen

‘Pengangkutan Awam Adalah Hak Milik Rakyat’. Sekiranya kempen ini berjaya dijalankan dan dihayati oleh penduduk, maka mereka akan dengan sukarela menggunakan kemudahan ini, kerana pengangkutan awam disediakan bukan untuk orang lain tetapi adalah kepada mereka. Jadi persoalan kenapa mereka tidak mahu menggunakan perkhidamatan akan dapat diatasi.

Walaubagaimanapun, untuk menarik penduduk menggunakan perkhidmatan awam, kualiti pengangkutan itu perlu ditingkatkan terlebih dahulu dengan berkonsepkan keselesaan dan kualiti yang memuaskan.

(13)

13 Kesimpulan

Keselesaan penggunaan mod pengangkutan di bandar mempunyai impak yang besar terhadap kualiti hidup masyarakat. Pelbagai mod pengangkutan telah digunakan oleh penduduk di bandar Kuala Lumpur, bandar Kajang dan Putrajaya untuk berinteraksi di kawasan bandar. Mod pengangkutan ini digunakan bagi pelbagai tujuan. Walau bagaimanapun, penggunaan mod pengangkutan ini telah mendatangkan pelbagai kesan kepada penduduk sama ada ke atas persekitaran manusia iaitu dari segi pencemaran alam sekitar bandar, kesesakan lalu lintas dan kesan terhadap psikologi penduduk. Kesan penggunaan mod pengangkutan ini didapati memberi impak terhadap kualiti hidup penduduk. Bagi mengatasi masalah pencemaran alam sekitar dan kesesakan lalu lintas di kawasan bandar, penyelesaian yang bijak adalah dengan beralih kepada mod pengangkutan awam. Pengangkutan awam boleh digunakan sebagai mod pengangkutan yang paling efektif di kawasan bandar dalam menangani masalah kesesakan lalu lintas jika mutu perkhidmatan dapat ditingkatkan seperti perkhidmatan yang mesra pengguna, berkualiti, cekap dan cepat serta memberi keselesaan kepada penggunaan. Justeru, penyelesaian ini didapati dapat mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas, mengurangkan pencemaran alam sekitar, dan seterusnya dapat mengurangkan ‘tekanan’ di kalangan pengguna. Keselesaan dalam

menggunakan pengangkutan awam ini akan mempengaruhi dan menyumbang kepada peningkatan kualiti hidup penduduk, khususnya penduduk di bandar.

(14)

Referensi

Dokumen terkait

Untuk mengetahui sampai seberapa besar tingkat kebocoran pada daerah dinding gingival gigi setelah memperoleh tambalan sementara dengan tiga macam bahan tambalan

Peran kepala desa sudah terlaksana dengan baik dalam meningkatkan pembangunan melalui Program Nasional Pemberdayaan Masyarakat Mandiri ( PNPM Mandiri ) hal ini dilihat

Desain layout pertama adalah desain layout atau susunan airbag s yang digunakan untuk proses launching kapal Tanker yang menerapkan jarak 7,2 meter ,dan desain

Fungsionalitas yang ada pada aplikasi ini adalah transaksi pembelian persediaan barang, penjualan tunai, pengeluaran beban, jurnal umum, buku besar, kartu stock,

Contoh yang kita dapat dari rangkaian di atas, misalnya model rangkaian akhir yang di dapat adalah model rangkaian seri, sehingga total rangkaian yang akan kita

Jaipongan by Gugum Gumbira has become a separate dance genre, has four types of movements as dance constructions, among others; bukaan, pencugan, nibakeun, and mincid used in

Curah jantung, adalah volume darah yang dipompakan oleh setiap ventrikel setiap menit, ditentukan oleh kecepatan denyut jantung dan volume sekuncup.. Kecepatan denyut jantung

Dalam rangka itu pula kemudian ditetapkan ketentuan- ketentuan dan persyaratan masuknya negara-negara baru, pembekuan dan pengusiran (explusion) ketentuan dan persyaratan