• Tidak ada hasil yang ditemukan

HAKISAN PANTAI FAKTOR DAN MITIGASI DI TERENGGANU NOR SUZANA BINTI YUSOF. Faktor dan Mitigasi Hakisan Pantai di Terengganu 1

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "HAKISAN PANTAI FAKTOR DAN MITIGASI DI TERENGGANU NOR SUZANA BINTI YUSOF. Faktor dan Mitigasi Hakisan Pantai di Terengganu 1"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)
(2)
(3)

FAKTOR DAN MITIGASI

HAKISAN PANTAI

DI TERENGGANU

(4)

Faktor dan Mitigasi Hakisan Pantai di Terengganu| 2

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

Pendahuluan

Selain fenomena banjir, isu hakisan pantai (coastal erosion) merupakan bencana alam yang berlaku setiap tahun ketika musim tengkujuh bermula. Malaysia mempunyai pantai yang panjang iaitu 8,840 kilometer (km) dengan jumlah pantai yang mengalami hakisan sepanjang 1,347.6 km. Umum mengetahui, impak hakisan yang berlaku telah menyebabkan kerugian yang besar terhadap sektor pelancongan, ekonomi rakyat dan infrastruktur. Hal ini kerana, banyak fasiliti yang dibina seperti rumah, chalet, premis perniagaan, jalan raya dan sebagainya telah musnah ekoran hakisan yang berlaku. Di negeri Terengganu, boleh dikatakan saban tahun kawasan pantai yang terhakis semakin serius. Terengganu mempunyai jumlah panjang pantai 244 km dengan hakisan sepanjang 155.2 km iaitu 63.6 peratus. Malahan, pantai Terengganu antara pantai yang banyak mengalami hakisan yang kritikal diikuti Pahang dan Kelantan. Di Pantai Timur khususnya negeri Terengganu, isu hakisan pantai antara perkara yang bukan sahaja membelenggu kerajaan negeri tetapi juga penduduk di sekitar kawasan pesisiran pantai sejak 1970-an lagi.

Pada bulan November lalu ketika musim tengkujuh, Terengganu bukan sahaja mengalami bencana banjir tetapi juga hakisan pantai yang memberi kesan terhadap banyak aspek. Rumah mahupun kedai-kedai makan yang dibina penduduk berhampiran pantai banyak musnah ekoran dilanda ombak yang besar. Perkara ini tidak terkecuali boleh mengancam nyawa penduduk setempat. Terdapat 30 kawasan pantai yang terjejas antaranya Pantai Teluk Lipat dan Teluk Gadong, Dungun; Pantai Rhu Rendang, Pantai Rusila, Pantai Rhu Renggeh dan Pantai Rhu Dua, Marang serta Pantai Maras dan Tok Jembal, Kuala Nerus (Kosmo,2021).

Lazimnya, fenomena hakisan yang berlaku disebabkan dua faktor utama sama ada faktor fizikal atau semula jadi dan kegiatan manusia. Faktor semula jadi yang menyebabkan hakisan berlaku disebabkan agen-agen fizikal yang mempengaruhi pembentukan landskap di pinggir pantai. Manakala, faktor kegiatan manusia yang membina penempatan, pembangunan, infrastruktur dan sebagainya tanpa kawalan boleh menyebabkan hakisan pantai turut berlaku. Secara asasnya, kejadian hakisan ini tidak dapat dielakkan melainkan langkah-langkah pencegahan dan pengawalan semasa melaksanakan sebarang pembangunan di kawasan yang berisiko dilakukan dengan mengambil kira impak yang akan berlaku.

Ekoran permasalahan ini, boleh dikatakan setiap tahun sama ada Kerajaan Persekutuan mahupun kerajaan negeri sentiasa mengambil tindakan yang proaktif dalam menyelesaikan isu hakisan pantai yang semakin meruncing ini. Antara langkah-langkah yang dilakukan termasuk pembinaan lapis lindung batu (rock revetment), menambun pasir, benteng pemecah ombak (breakwater) dan sebagainya dalam mencegah dan mengurangkan hakisan pantai daripada terus berlaku di seluruh negeri. Hakikatnya, isu hakisan di Semenanjung Malaysia masih berterusan meskipun pelbagai usaha yang membabitkan belanja berbilion ringgit sudah diambil oleh pihak berkuasa untuk menanganinya. Penulisan ini memberi fokus terhadap risiko dan faktor semula jadi yang menyebabkan hakisan pantai di Terengganu semakin serius. Di samping itu, jenis struktur kawalan hakisan termasuk lapis lindung batu, Blok Labuan dan benteng pemecah ombak juga dikenal pasti dalam memastikan pencegahan dan pengawalan bencana hakisan dapat diatasi di Terengganu. Dalam pada itu, pengurusan dan langkah-langkah pencegahan hakisan pantai yang dilakukan oleh pihak berkuasa untuk jangka masa pendek mahupun jangka masa panjang dinilai sama ada berkesesuaian ataupun memerlukan penambahbaikan mengikut kesesuaian kawasan demi kemaslahatan rakyat.

Sekiranya masalah ini tidak diambil tindakan serius, impak yang lebih buruk akan berlaku pada masa akan datang. Bahkan, hakisan pantai juga boleh merebak dengan meluas dan kemusnahan alam sekitar serta jumlah kerosakan dan kerugian harta benda pasti akan bertambah setiap tahun.

(5)

Risiko Hakisan Pantai di Terengganu

Kejadian luruan monsun antara risiko ancaman hakisan pantai begitu kritikal berlaku di Terengganu. Luruan monsun terjadi dengan kehadiran hujan lebat secara berterusan selama beberapa hari terutama di Pantai Timur bermula bulan November hingga Mac setiap tahun. Ia berlaku ketika mana angin sejuk dan kering datang dari kawasan Siberia bertemu dengan angin dari Barat Pasifik yang lembap dan panas (Kosmo,2015).

Malah, setiap musim monsun Timur Laut di Malaysia berlaku, secara purata terdapat empat hingga lima kali luruan yang membawa hujan lebat berlaku. Fenomena ini turut menyebabkan air pasang dan ombak yang besar berlaku setinggi empat meter. Hal ini turut menyebabkan kawasan pesisir pantai Terengganu yang sepanjang 244 km terhakis sedikit demi sedikit sejak sepuluh tahun lalu.

Selain itu, pantai di Terengganu juga mengalami hakisan yang kritikal apabila setiap tiga tahun dianggarkan dua hingga dua puluh meter pantai telah tenggelam ke dalam laut. Masalah ini bukan sahaja memusnahkan penempatan dan harta benda penduduk yang berhampiran dengan pantai tetapi juga turut mengancam nyawa mereka. Hakisan yang teruk juga telah menyebabkan penempatan penduduk ditelan ombak sedikit demi sedikit. Tambahan lagi, Terengganu memiliki pantai berpasir yang agak sensitif dengan hakisan yang menyebabkan negeri ini berisiko mengalami hakisan yang teruk setiap tahun.

Dalam pada itu, pantai Terengganu tidak mempunyai kawasan yang banyak dengan pokok bakau berbanding di Pahang dan Johor. Perkara ini juga menyebabkan salah satu kawasan pantai di Terengganu berisiko berlaku hakisan. Peranan pokok bakau begitu penting sebagai benteng perlindungan pinggir pantai dan pengurangan kadar hakisan pantai daripada berlaku. Difahamkan pokok bakau terdapat banyak di negeri Pantai Barat berbanding Pantai Timur.

Faktor Hakisan Pantai Berlaku

Umum mengetahui, hakisan pantai yang berlaku di pantai Malaysia berikutan proses semula jadi yang tidak dapat dielakkan iaitu daya semula jadi yang saling bertindak di pesisiran pantai seperti ombak, arus, angin dan air pasang surut. Hakisan pantai yang teruk turut berlaku di negeri-negeri Pantai Timur ekoran cuaca yang buruk dan ribut taufan di Laut China Selatan semasa musim tengkujuh setiap tahun. Satu daripada kesan perubahan iklim adalah peningkatan paras air laut global. Sejak seabad yang lalu, paras air laut global meningkat dan dijangka akan terus meningkat pada kadar lebih cepat sepanjang abad ke-21. Para saintis menyatakan paras air laut dijangka meningkat sehingga 1.3 meter (m) menjelang tahun 2100 sekiranya permukaan bumi lebih panas daripada 3.5 darjah celsius. Begitu juga dengan kawasan pesisiran pantai Malaysia yang akan ditenggelami sehingga 0.2 m hingga 1.06 m menjelang tahun 2100 (Lee,2015). Perkara ini tidak mustahil dengan peningkatan kadar kenaikan paras air laut, kejadian banjir dan hakisan pantai saban tahun boleh mempengaruhi keadaan Pantai Timur Semenanjung Malaysia dan menenggelamkan tanah-tanah yang rendah sedikit demi sedikit.

Rajah 1: Peta Monsun Timur Laut (Sumber: Kosmo)

(6)

Faktor dan Mitigasi Hakisan Pantai di Terengganu| 4

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi kekerapan hakisan pantai di Malaysia berlaku sama ada kombinasi fenomena alam semula jadi mahupun kegiatan aktiviti manusia. Fenomena semula jadi seperti pendedahan tiupan angin kencang, ombak yang tinggi dan arus lautan boleh mengakibatkan hakisan berlaku. Ombak yang tinggi berlaku disebabkan perubahan (morfologi) pantai dan kehadiran tiupan angin yang kuat.

Walaupun hakisan pantai berlaku akibat fenomena alam, namun begitu aktiviti manusia yang tidak terkawal juga turut mempengaruhi geomorfologi pinggir pantai. Pembangunan di kawasan persisiran pantai yang tidak mampan bukan sahaja menjejaskan alam sekitar tetapi juga turut mempengaruhi komuniti di kawasan tersebut. Antara aktiviti manusia yang menyebabkan hakisan bertambah serius adalah pembangunan pelancongan seperti pembinaan resort, hotel, jambatan dan sebagainya. Bahkan, kemusnahan hutan bakau dan pengorekan pasir yang tidak terkawal untuk pelbagai tujuan pembangunan turut mempengaruhi morfologi pantai dan menyebabkan hakisan berlaku dengan serius.

Merujuk kenyataan Pensyarah Pusat Pengajian Sains Marin dan Sekitaran Universiti Malaysia Terengganu (UMT) iaitu Dr. Effi Helmy Ariffin, terdapat empat faktor semula jadi yang menyebabkan hakisan pantai berlaku dengan serius di Terengganu. Pertama, garis pantai yang sangat panjang di negeri Terengganu iaitu 244 km dan terbuka luas yang terdedah kepada pelbagai ancaman bencana alam dari Laut China Selatan. Hal ini juga sekali gus menyebabkan hakisan pantai turut berlaku. Kedua, peningkatan ketinggian ombak Laut China Selatan setiap tahun yang menghempas Pantai Timur terutama Terengganu ketika musim tengkujuh telah mengakibatkan hakisan bertambah serius. Dianggarkan 1.5 meter paras ombak yang memukul pantai negeri tersebut pada musim tengkujuh kali ini.

Berdasarkan maklumat daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), pantai yang menghadap Laut China Selatan biasanya berpasir dan memiliki laut yang terbuka dengan membawa angin kencang dan ombak kuat berbanding di Selat Melaka yang terlindung. Di samping itu, tiupan angin yang kencang menyebabkan ombak yang kuat sekali gus menarik pasir di pantai ke tengah laut. Tambahan pula, pantai yang berpasir lebih senang terhakis dan tenggelam ke dasar laut.

Lain daripada itu, fenomena pusuan ombak iaitu pertembungan antara ombak dengan air pasang besar turut berlaku. Keadaan ini telah memberi satu tenaga kinetik luar biasa yang mampu menghakis permukaan pantai dengan lebih banyak dan pantas. Dalam pada itu, lambakan pasir yang tersumbat di kebanyakan muara lembangan sungai utama sehingga membentuk pulau jadian sejak puluhan tahun lalu merupakan salah satu faktor hakisan pantai terjadi.

Jenis Struktur Kawalan Hakisan

1. Lapis Lindung Batu

Pembinaan lapis lindung batu (rock revetment) merupakan langkah sementara pengawalan hakisan pantai daripada ombak besar berlaku. Lapis lindung ialah struktur daratan dengan fungsi utama melindungi garis pantai daripada hakisan. Struktur ini terlentur dan mempunyai perisai batuan atau konkrit blok tuang. Lain daripada itu, ia merupakan struktur yang agak ringan dan amat sesuai dengan

Rajah 2: Hakisan Pantai di Kg Pengkalan Maras (Sumber: Berita Harian)

(7)

lokasi yang bebas daripada serangan ombak besar. Stuktur ini juga dikatakan fleksibel dan terdiri daripada batu atau blok konkrit yang saling mengunci antara satu sama lain.

Lapis lindung batu dibina di kawasan pesisir pantai sebagai langkah jangka masa pendek dalam menangani hakisan pantai. Hal ini kerana, penggunaan lapis lindung batu seperti di Pantai Mengabang Telipot dan Pengkalan Maras, Kuala Nerus sebelum ini adalah tidak sesuai dengan kehadiran ombak yang besar yang menyebabkan hakisan lebih teruk turut berlaku di kawasan pantai sehingga merebak ke kawasan lain. Dalam pada itu, pembinaan lapis lindung batu kurang diterima oleh penduduk setempat terutama nelayan kerana kehilangan pantai rekreasi, peluang pekerjaan dan kawasan pendaratan nelayan sekiranya struktur ini dibina sepanjang pesisir pantai.

2. Blok Labuan

Blok Labuan (Labuan Blocks) adalah struktur blok jisim konkrit bagi mengurangkan tenaga ombak dan membolehkan garis pantai negara dapat dilindungi. Struktur ini antara langkah kawalan hakisan pantai yang berkesan dalam mengatasi masalah hakisan yang berlaku di negara ini. Tambahan pula, ombak yang membawa endapan pasir ke pesisiran pantai dapat menambak secara semula jadi. Hal ini kerana peranan Labuan Blocks ini tidak menganggu proses pengangkutan endapan.

Secara signifikannya, walaupun Blok Labuan ini mudah, cepat dan kos yang murah berbanding pembinaan lapis lindung batu, namun begitu ia hanya dapat memberi perlindungan jangka masa pendek sahaja iaitu tiga hingga lima tahun. Bahkan, stuktur ini agak terbatas dengan bahagian atas pantai berpasir. Sehubungan itu, ia tidak cukup tahan lasak untuk menghadapi gelombang ombak yang besar.

3. Benteng Pemecah Ombak

Pembinaan benteng pemecah ombak (breakwater) merupakan tembok yang dibina bagi bertujuan mengurangkan kelajuan ombak ketika menghampiri pesisir pantai. Selain itu, ia juga dapat mengurangkan tindakan ombak di kawasan belakang pembinaan struktur berkenaan melalui penyerapan tenaga ombak dan pantulan. Benteng ini dapat mewujudkan keadaan air yang tenang sekali gus proses pemendapan di sepanjang pesisir pantai terdekat turut berlaku. Perkara ini dapat mengurangkan hakisan tebing pantai selain mengelakkan muara tertutup akibat daripada pemendapan pasir yang berlaku.

Strategi ini dikatakan boleh bertahan lebih lama dan dapat mengatasi masalah hakisan pantai yang berlaku walaupun pembinaannya memerlukan kos yang tinggi. Sehubungan itu, banyak benteng pemecah ombak dibina di kawasan yang kritikal dengan hakisan termasuk di pantai Terengganu.

Rajah 3: Pemecah ombak di Kuala Terengganu

(Sumber: JPS) Rajah 4: Blok Labuan

(8)

Faktor dan Mitigasi Hakisan Pantai di Terengganu| 6

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

Mitigasi Hakisan Pantai

Polemik masalah hakisan pantai banyak dibincangkan di dalam dan luar negara untuk mencari penyelesaian yang jitu dengan perspektif yang beza. Menyedari kejadian hakisan pantai yang semakin kritikal dengan melihat impak yang besar berlaku, pelbagai usaha yang dilakukan oleh pihak berkuasa demi memastikan isu ini dapat diatasi secara komprehensif. Boleh dikatakan pelbagai cara yang digunakan oleh kerajaan terutama di negeri Terengganu dalam menghalang dan mengawal hakisan daripada berlaku. Ia termasuk pembinaan pelbagai jenis struktur yang digunakan sebagai langkah pencegahan dan pengawalan hakisan sama ada untuk jangka masa pendek mahupun jangka masa panjang. Antara jenis struktur yang dilakukan seperti menambak pantai, menambun pasir, membina lapis lindung batu dan benteng pemecah ombak.

Berdasarkan kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau Terengganu, Kerajaan Persekutuan telah memberi peruntukan untuk projek pemulihan hakisan pantai yang kritikal di Terengganu baru-baru ini. Antara kawasan yang akan dilaksanakan segera ialah Pantai Teluk Lipat, Dungun; Pantai Rusila, Marang serta Pantai Tok Jembal dan Maras, Kuala Nerus. Peruntukan ini merangkumi penambahbaikan hakisan Pantai Teluk Lipat sebanyak RM57 juta yang dijangka siap sepenuhnya pada Ogos 2022. Manakala, pembinaan pemecah ombak sepanjang 6 kilometer yang menelan kos RM150 juta akan dilakukan di pantai Rusila serta di pantai Kuala Nerus akan dilaksanakan pemulihan hakisan dengan kos RM6.17 juta yang dijangka siap pada tahun 2021.

Antara agensi yang bertanggungjawab dalam pengurusan zon pantai di seluruh Malaysia ialah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS). Agensi ini telah lama berperanan dalam menyediakan khidmat kepakaran pembangunan zon pantai termasuk melaksanakan program pengawalan hakisan pantai. Antara strategi kawalan hakisan pantai yang digunakan oleh JPS untuk jangka pendek melibatkan kerja-kerja kejuruteraan dengan pembinaan struktur kawalan hakisan di kawasan yang kritikal. Manakala langkah jangka panjang, JPS melaksanakan kerja-kerja perancangan guna tanah selain mewujudkan Pelan Pengurusan Pantai Bersepadu (Integrated Shoreline Management Plan - ISMP) dalam menangani hakisan pantai.

Begitu juga dengan tindakan yang diambil oleh pihak kerajaan dengan langkah awal pembinaan struktur lapis lindung batu sepanjang 200 meter di Kampung Tanjung Gelam Kuala Nerus bagi mengawal hakisan pantai pada tahun 2018. Selain itu, kerajaan juga telah melaksanakan pembinaan benteng pemecah ombak dan menambun pasir sepanjang hampir 200 meter di Pantai Pengkalan Maras, Kuala Nerus pada tahun lepas bagi mengurangkan hakisan pantai daripada bertambah teruk. Walaupun banyak usaha yang dilakukan oleh kerajaan dan agensi yang terlibat dalam menangani hakisan pantai, namun begitu hakisan masih lagi berlarutan dan menelan kos yang tinggi untuk menambah baik kerosakan yang berlaku. Hal ini kerana, kawasan pantai yang dibina tembok batu mahupun benteng pemecah ombak akan menyebabkan hakisan tetap berlaku ketika ombak yang besar melanda. Oleh itu, pihak berkuasa disarankan melakukan langkah-langkah mitigasi bagi meningkatkan daya tahan sebelum zon pantai yang terlibat bakal mengalami kesan yang buruk pada masa depan. Antaranya perbanyakan pembinaan benteng pemecah ombak bagi kawasan yang begitu kritikal dengan ancaman hakisan pantai. Pengarah Institut Kejuruteraan Pantai dan Lepas Pantai (IKPLP) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menyatakan penggunaan benteng pemecah ombak antara strategi yang efektif dalam menghalang hakisan pantai berlaku.

(9)

Di samping itu, kerajaan juga disarankan melakukan kajian secara mendalam dengan penglibatan pakar-pakar dalam meminimumkan kos pembinaan benteng pemecah ombak sekali gus tidak melakukan pembinaan benteng berulang kali di kawasan yang sama. Bahkan, peruntukan yang besar amat diperlukan dalam melakukan kerja-kerja pembinaan struktur yang bukan sahaja mengurangkan hakisan tetapi juga dapat mencegah hakisan yang bertambah teruk daripada berlaku dengan menggunakan semaksimum yang mungkin kepakaran yang dimiliki negara ini.

Sementara itu, kajian secara menyeluruh juga seharusnya dilakukan dalam pembinaan pulau tiruan atau lagun di kawasan yang kritikal dengan hakisan pantai. Perkara ini perlu melibatkan kerjasama dengan pihak Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan agensi kerajaan. Meskipun pembinaan pulau tiruan membabitkan kos yang tinggi, sekurang-kurangnya tindakan itu dapat menyelamatkan kawasan pantai yang belum terhakis daripada mengalami hakisan akibat ombak besar pada musim monsun timur laut setiap tahun terutama di Terengganu.

Sehubungan itu, kajian berkaitan hakisan pantai di Terengganu memerlukan perbincangan dua hala yang berterusan dalam mencari jalan penyelesaian yang bijak. Malahan, isu ini tidak boleh mengharapkan kerajaan pusat mahupun kerajaan negeri sahaja tetapi semua pihak termasuk masyarakat sekeliling perlu memainkan peranan secara optimum.

Penutup

Isu hakisan pantai merupakan masalah yang sering menghantui negara Malaysia terutama negeri-negeri yang berisiko mengalami hakisan yang serius. Para saintis meramalkan paras air laut akan terus meningkat sehingga menenggelamkan kawasan-kawasan yang rendah. Hakisan pantai secara hakikatnya berlaku disebabkan fenomena alam semula jadi terutama di pantai Terengganu yang terdedah dengan angin monsun Laut China Selatan yang berisiko dengan pelbagai bencana.

Perubahan iklim yang berlaku pada hari ini turut menyumbang peningkatan paras air laut. Hal ini terjadi berikutan kegiatan manusia yang tidak terkawal dalam merosakkan alam sekitar sehingga menyebabkan hakisan pantai turut berlaku dan memusnahkan tanah-tanah persisiran pantai yang rendah.

Perkara ini perlu dipandang serius oleh semua pihak sama ada kerajaan mahupun agensi yang bertanggungjawab dalam pengurusan zon pantai dan mengawal hakisan daripada terus berlaku. Kos mengawal hakisan pantai daripada terus merebak telah diperuntukkan begitu banyak oleh kerajaan. Perkara ini sudah tentu bagi menyelesaikan masalah ini sama ada dengan pembinaan benteng mahupun lapis lindung batu. Hakisan ini secara terus memusnahkan harta benda awam dan menjejaskan pendapatan nelayan yang mencari rezeki.

Meskipun pelbagai usaha telah dilakukan, hakisan pantai tetap berlaku setiap tahun yang bukan sahaja menggugat kemaslahatan rakyat tetapi juga merugikan duit kerajaan untuk melakukan perkara yang sama. Sehubungan dengan itu, kajian secara teliti perlu dilakukan dalam mencari kaedah yang efisien dan menjimatkan kos terutama dalam pembinaan tembok penahan ombak yang kekal lama di kawasan pesisiran pantai yang mengalami hakisan teruk terutama di negeri Terengganu.

(10)

Faktor dan Mitigasi Hakisan Pantai di Terengganu| 8

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)

SENARAI RUJUKAN

Ariffin, E. H., Mathew, M. J., Yaacob, R., Akhir, M. F., Shaari, H., Zulfakar, M. S. Z., Sedrati, M., & Awang, N. A. (2018). Beach morphodynamic classification in different monsoon seasons at Terengganu beaches, Malaysia. Journal of Sustainability Science and Management, 13(Special Issue 5), 65–74.

Ancaman Hakisan Pantai Terengganu. (21 Januari 2021). Didapatkan dari Kosmo: https://www.kosmo.com.my/2021/01/21/ancaman-hakisan-pantai-terengganu/

Cadang Bina Pulau Tiruan Atasi Hakisan Pantai. (5 Januari 2021). Didapatkan dari MyMetro: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/01/660667/cadang-bina-pulau-tiruan-atasi-hakisan-pantai-metrotv

Jaharudin, P., Kamarul, M. D., Abu, T. J., Haslina, M., & Pravinassh, R. (2019). Impact of coastal erosion on local community: Lifestyle and identity. Disaster Advances, 12(2), 19–27.

Hakisan pantai makin meruncing di semenanjung. (14 Oktober 2019). Didapatkan dari Berita Harian: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/10/617591/hakisan-pantai-makin-meruncing-di-semenanjung

Kumar, S. A., Patah, F. M., Annuar, S. S., Bakar, A. A., Jabar, B. H., Subaryati, B., & Idris, S. R. (14 Ogos 2013). Hakisan Pantai 3 Negeri. Didapatkan dari Berita Harian: https://www.klik.com.my/item/story/6216303/hakisan-pantai-3-negeri-serius

Lee, K. E. (2015). Kesan hakisan dan kenaikan paras air laut di Batu Pahat ( Impak kepada komuniti setempat ) Pusat Pencerapan Bumi Institut Perubahan Iklim ( IPI ) Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 UKM Bangi , Selangor Darul Ehsan Cetakkan Pertama 2015. November. Midun, Z. bin. (1988). Proc . 11 th Annual Seminar of the Malaysian Society of Marine Sciences Coastal

Erosion : Problems And Solutions Ir . Zamani Bin Midun. Solutions.

Muara, H., Pantai, D., Kemaman, K., Permasalahan, T. :, Fizikal, D., & Sosial, D. (2006). Erosion in the Estuary and Coastal Area in Kuala Kemaman, Terengganu: A Physical and Social Dimension Setback. Hakisan Muara Dan Pantai Kuala Terengganu Akademika, 69, 37–55.

Nor, K. M. (5 Januari 2015). Luruan Monsun Bawa Banjir Lagi. Retrieved from Kosmo: www.water.gov.my

Ribut luruan dahsyat hakis teruk pantai Terengganu. (25 Disember 2019). Didapatkan dari Malaysiakini: https://www.malaysiakini.com/news/504840

Risiko Hakisan Pantai. (8 Mac 2016). Didapatkan dari Berita Harian: https://www.bharian.com.my/bhplus-old/2016/03/131696/risiko-hakisan-pantai

Saliran, D. A. N., & Pengairan, J. (2020). Jabatan pengairan dan saliran malaysia. II(June), 1–8. di-semenanjung

Syor Tambah Benteng Pemecah Ombak. (15 Oktober 2019). Didapatkan dari Berita Harian: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/10/618097/syor-tambah-benteng-pemecah-ombak

Ta Wee, S., & Ariffin, R. (2011). Fakulti Pengurusan Teknologi, Perniagaan dan Keusahawanan. Persidangan Kebangsaan Geografi Dan Alam Sekitar, i, 1–20.

(11)

Referensi

Dokumen terkait

Aspek psikologis, pengkajian yang bisa dikembangkan dalam aspek ini meliputi : persepsi, kepuasan terhadap pelayanan kesehatan, dan kondisi psikologis lansia. Aspek

Bluetooth memiliki arsitektur yang berisi stack protocol, hal ini ditujukan tidak hanya untuk penyesuaian sistem gelombang radio tetapi juga menggunakan stack protocol

Upaya mencegah kecelakaan untuk menjamin keselamatan jiwa anak buah kapal itu memiliki Faktor-faktor penyebab yang sering terjadinya kecelakaan kerja antara lain,

Keputusan moral yang diajukan oleh Kompas.Com dan Detik.Com adalah bahwa Alasan caleg perempuan menjadi anggota legislatif peneliti kelompokkan menjadi alasan ekonomis karena ingin

Namun penelitian ini berbeda dengan penelitian Icsal (2016) mengenai faktor yang berhubungan dengan keluhan musculoskeletal disorders (MSDs) pada penjahit wilayah

Pusat edukasi botanikal sebagai judul perancangan dalam hal ini mencakup ekosistem botani yang tidak hanya dapat diperkenalkan kepada masyarakat tetapi juga

Dalam penelitian ini, 14 gen pertama akan dimasukkan nilai acak dari 0.5 sampai 5.0, yang mana 0.5 adalah jumlah minimal suatu kategori bahan makanan digunakan dan 5.0 adalah