• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kajian Tindakan: Meningkatkan Kemahiran Membaca Perkataan Bahasa Arab dan Ayat Al-Quran

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Kajian Tindakan: Meningkatkan Kemahiran Membaca Perkataan Bahasa Arab dan Ayat Al-Quran"

Copied!
25
0
0

Teks penuh

(1)

SK (2) TAMAN KERAMAT

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA

PERKATAAN BAHASA ARAB DAN

AYAT AL-QURAN

Oleh:

NAZRI BIN SAMSUDIN

(No. KP: 780304-10-6075)

Guru Pendidikan Islam j-QAF

(Opsyen Bahasa Arab)

SK (2) Taman Keramat

(2)

ISI KANDUNGAN

Abstrak

1. Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran lalu 2. Fokus Kajian 3. Objektif Kajian 3.1 Objektif Am 3.2 Objektif Khusus 4. Kumpulan Sasaran 5. Pelaksanaan Kajian 5.1 Tinjauan Masalah 5.1.1 Pemerhatian 5.1.2 Ujian Pengesanan 5.2 Analisis Tinjauan Masalah

5.2.1 Analisis Pemerhatian 5.2.2 Analisis Ujian Pengesanan 5.3 Tindakan yang dijalankan

5.4 Pelaksanaan Aktiviti

5.4.1 Aktiviti 1: Pengenalan Huruf-huruf Tunggal Arab Tanpa Sistem Tanda dan Baris

5.4.2 Aktiviti 2: Pengenalan Huruf-huruf Tunggal Arab dan Bersambung dengan Sistem Tanda dan Baris

5.4.3 Aktiviti 3: Membaca perkataan Bahasa Arab dan potongan ayat Al-Quran yang mudah

(3)

5.5 Refleksi Kajian

5.5.1 Penilaian Pencapaian Murid 5.5.2 Rumusan Pemerhatian 6. Cadangan seterusnya

7. Bahan yang diperlukan 8. Anggaran kos

9. Jadual Pelaksanaan 10. Lampiran-lampiran:

Lampiran A: Analisa Peperiksaan Akhir Tahun 2009 Bahasa Arab dan Laporan Pencapaian j-QAF 2009 (Analisa Khatam Al-Quran)

Lampiran B: Borang Pemerhatian

Lampiran C: Kertas Soalan Ujian Pengesanan

Lampiran D: Contoh Huruf-huruf Tunggal Arab tanpa Sistem Tanda dan Baris Lampiran E: Contoh Huruf-huruf Tunggal Arab dan Bersambung dengan Sistem

Tanda dan Baris

Lampiran F: Contoh Perkataan Bahasa Arab bertanda sukun (mati), syaddah (sabdu) dan mad (panjang)

(4)

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA PERKATAAN BAHASA ARAB DAN AYAT AL-QURAN

Oleh

NAZRI BIN SAMSUDIN

Guru Pendidikan Islam j-QAF (Opsyen Bahasa Arab)

SK (2) Taman Keramat

ABSTRAK

Kajian ini adalah hasil pemerhatian kepada kelemahan murid dalam membaca perkataan-perkataan Bahasa Arab yang terdapat dalam Buku Teks Bahasa Arab dan ayat-ayat Al-Quran menggunakan kaedah Iqra’ sebagaimana yang dilaksanakan dalam Program j-QAF melalui Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Bahasa Arab, Khatam Al-Quran 6 Bulan Pertama dan Tasmik. Kelemahan murid dalam kemahiran membaca perkataan Bahasa Arab adalah berpunca daripada kelemahan mereka dalam menguasai kemahiran membaca Buku Iqra’. Murid yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada 10 orang murid yang masih membaca Buku Iqra’ 4 dan 5 dari kelas 6 Setia, SK (2) Taman Keramat, Gombak, Selangor. Kajian bagi mengenalpasti masalah ini adalah melalui pemerhatian dan analisis terhadap markah Peperiksaan Akhir Tahun 2009 Bahasa Arab dan Laporan Pencapaian j-QAF (Oktober 2009)1. Kajian tindakan ini adalah penting untuk dilaksanakan bagi tujuan

merealisasikan dan mencapai objektif dan matlamat program j-QAF, khususnya melibatkan kumpulan pertama murid j-QAF 2005 yang akan menamatkan persekolahan rendah mereka pada tahun 2010 ini.

(5)

1. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Saya mengajar mata pelajaran Bahasa Arab dan Pendidikan Islam (Khatam Al-Quran) kelas 6 Setia. Saya dapati murid yang masih membaca Buku Iqra’ 4 dan 5 tidak dapat menguasai kemahiran membaca perkataan Bahasa Arab sepertimana yang terdapat dalam Buku Teks Bahasa Arab. Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Khatam Al-Quran yang dilaksanakan dengan hanya menggunakan Buku Iqra’ sebagai Bahan Bantu Mengajar adalah tidak mencukupi bagi mengatasi masalah ini. Hasil keputusan Peperiksaan Akhir Tahun 2009 Bahasa Arab mendapati mereka tidak dapat menjawab soalan yang menguji kemahiran membaca malah sukar untuk menjawab soalan kerana mereka tidak pandai membaca perkataan Bahasa Arab dengan betul dan lancar. Oleh itu, saya perlu berusaha untuk meningkatkan kemahiran membaca mereka dengan mempelbagaikan kaedah, teknik dan strategi pengajaran serta bahan bantu mengajar dalam P&P Bahasa Arab dan Khatam Al-Quran.

2. FOKUS KAJIAN

Daripada refleksi di atas didapati murid gagal atau sekadar mendapat markah lulus paling minimum dalam Peperiksaan Akhir Tahun 2009 Bahasa Arab kerana:

a. Murid kurang mahir tentang sistem tanda dan baris dalam huruf dan perkataan Bahasa Arab menyebabkan mereka sukar untuk membaca perkataan Bahasa Arab dan ayat Al-Quran.

b. Ada murid yang sudah boleh mengenal dan mengaplikasikan sistem tanda

dan baris bagi huruf-huruf tunggal Arab, tetapi sukar untuk mengenal dan mengaplikasikannya bagi huruf-huruf Arab yang bersambung dalam satu perkataan.

(6)

Masalah ini berlaku di kalangan murid kerana sikap murid yang malas untuk membuat latihan dan mengulangkaji bacaan Buku Iqra’ walaupun saya sering berpesan kepada mereka untuk membaca hanya satu muka surat pada setiap hari kerana setiap Buku Iqra’ mempunyai lebih kurang 30 muka surat yang boleh dihabiskan dalam masa sebulan. P&P Khatam Al-Quran 6 Bulan Pertama sebanyak 4 waktu seminggu (2 jam) di sekolah adalah tidak mencukupi bagi mengatasi masalah ini kerana realitinya guru hanya mampu mendengar bacaan setiap murid secara individu selama 2-3 minit sahaja dalam setiap P&P yang dijalankan. Keadaan ini bertambah buruk apabila terdapat murid yang langsung tidak mempunyai Buku Iqra’ di rumah mereka.

3. OBJEKTIF KAJIAN i. Objektif Am

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan dalam kemahiran membaca perkataan Bahasa Arab dan ayat Al-Quran dengan menggunakan persembahan multimedia dan powerpoint yang mudah, ringkas dan menarik serta latih tubi bacaan Buku Iqra’ satu muka surat pada setiap hari di sekolah.

ii. Objektif Khusus

Objektif khusus kajian ini adalah supaya :

 Murid dapat memahami cara mengaplikasikan sistem tanda dan baris dalam huruf tunggal, huruf bersambung dan perkataan Bahasa Arab.

 Murid dapat membaca perkataan Bahasa Arab dan ayat Al-Quran dengan betul dan lancar.

 Murid dapat mengurangkan kesilapan dalam menjawab soalan peperikaan.

(7)

4. KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran terdiri daripada 10 orang murid yang masih membaca Buku Iqra’ 4 dan 5 dari kelas 6 Setia, SK (2) Taman Keramat yang terdiri daripada 8 orang murid lelaki dan 2 orang murid perempuan. Murid-murid ini mempunyai tahap penguasaan yang lemah dalam mata pelajaran Bahasa Arab dan Khatam Al-Quran iaitu mereka belum menguasai kemahiran membaca perkataan Bahasa Arab dan ayat Al-Quran.

5. PELAKSANAAN KAJIAN 5.1 Tinjauan Masalah

5.1.1 Pemerhatian

Saya membuat kaedah pemerhatian2 untuk mengesan tahap

penguasaan murid-murid dalam kemahiran membaca perkataan Bahasa Arab dan ayat Al-Quran.

5.1.2 Ujian Pengesanan

Melalui ujian pengesanan3, saya dapat menilai tahap kecekapan murid

dalam kemahiran membaca perkataan Bahasa Arab dan ayat Al-Quran.

5.2 Analisis Tinjauan Masalah

Saya membuat analisis berdasarkan kaedah yang dijalankan untuk meninjau masalah yang menyebabkan murid gagal menguasai kemahiran membaca perkataan Bahasa Arab dan ayat Al-Quran.

2 Lihat Lampiran B: Borang Pemerhatian

(8)

5.2.1 Analisis Pemerhatian

Dalam setiap P&P Bahasa Arab, salah satu aktiviti wajib yang saya akan jalankan adalah meminta murid membaca perkataan dan ayat dalam Buku Teks Bahasa Arab, tulisan saya di papan hitam atau yang dipaparkan pada Kad Imbasan. Hasil pemerhatian saya, hanya murid yang sudah pandai membaca Al-Quran sahaja yang boleh membaca perkataan dan ayat Bahasa Arab dengan betul dan lancar. Ini adalah kerana mereka sudah mahir untuk mengaplikasikan sistem tanda dan baris bagi huruf tunggal, huruf bersambung dan perkataan Bahasa Arab. Begitu juga dalam P&P Khatam Al-Quran, apabila saya meminta mereka membaca perkataan atau ayat Al-Quran, mereka sukar untuk melakukannya walaupun diminta membaca setiap huruf demi huruf yang bersambung dan diletakkan pelbagai tanda dan baris itu dalam satu perkataan.

5.2.2 Analisis Ujian Pengesanan

Berdasarkan ujian Bahasa Arab dan Al-Quran, masalah yang sama sering berlaku. Ini menyebabkan markah keseluruhan bagi ujian tersebut terjejas.

5.3 Tindakan yang dijalankan

Tindakan yang dijalankan berdasarkan analisis yang telah dijalankan. Oleh itu, langkah pertama yang perlu dilakukan ialah memberi galakan kepada murid-murid terbabit untuk meningkatkan penguasaan kemahiran membaca perkataan Bahasa Arab dan ayat Al-Quran. Tindakan selanjutnya ialah:

(9)

 Memberi pengenalan huruf-huruf tunggal Arab tanpa sistem tanda dan baris kepada murid-murid.

 Memberi pengenalan huruf-huruf tunggal Arab dan bersambung dengan sistem tanda dan baris kepada murid-murid.

 Membaca perkataan Bahasa Arab dan potongan ayat Al-Quran yang mudah.

 Latih tubi bacaan Buku Iqra’ setiap hari satu muka surat.

5.4 Pelaksanaan Aktiviti

5.4.1 Aktiviti 1: Pengenalan Huruf-huruf Tunggal Arab Tanpa Sistem Tanda dan Baris

Walaupun secara asasnya murid-murid sudah belajar dan mengenal huruf-huruf tunggal Arab tanpa sistem tanda dan baris4 ini ketika Tahun 1, tetapi

adalah tidak menjadi satu kesalahan bagi seseorang guru untuk mengulangkaji perkara ini dalam peringkat pengenalan untuk kumpulan murid Tahun 6 yang lemah ini supaya mereka benar-benar menguasainya dengan betul dan lancar kerana biasanya mereka tahu menyebut dan membaca huruf-huruf tunggal Arab ini dengan betul tetapi tidak lancar. Aktiviti dijalankan seperti berikut:

a. Guru menunjukkan semua huruf tunggal Arab tanpa sistem tanda dan baris.

b. Guru membaca semua huruf tunggal Arab tersebut dan meminta murid membaca mengikut contoh bacaan guru secara ramai, individu atau mengikut giliran.

(10)

c. Guru mengedarkan kad imbasan huruf tunggal Arab kepada setiap murid.

d. Guru meminta wakil murid untuk menyebut satu huruf dan murid yang mempunyai kad huruf tersebut diminta menunjukkannya atau menampalnya di papan hitam. Proses ini dilakukan sehingga selesai semua huruf.

e. Guru menyebut satu huruf dan meminta murid menuliskan huruf tersebut di papan hitam. Proses ini dilakukan sehingga selesai semua huruf.

f. Guru meminta setiap murid membaca huruf yang ada pada kad imbasan mereka. Kad-kad tersebut boleh ditukar supaya setiap murid dapat peluang membaca huruf-huruf yang berbeza.

Pemerhatian

Setiap murid tidak semestinya diberikan satu kad huruf sahaja, tetapi apabila mereka sudah dapat menyebut dan membaca satu huruf dengan betul dan lancar, maka mereka boleh diberikan dua hingga lima kad huruf sekaligus supaya dapat membiasakan diri apabila membaca perkataan pula.

Refleksi

Setelah melaksanakan aktiviti berpusatkan murid ini, saya dapati murid lebih cepat menguasai kemahiran membaca huruf-huruf tunggal Arab kerana kepelbagaian aktiviti walaupun menggunakan satu bahan bantu

(11)

5.4.2 Aktiviti 2: Pengenalan Huruf-huruf Tunggal Arab dan Bersambung dengan Sistem Tanda dan Baris5

Berbeza dengan tulisan huruf Rumi, huruf Arab sama ada tunggal atau bersambung perlu diletakkan tanda dan baris bagi peringkat kemahiran asas dan sederhana (sekolah rendah dan menengah) supaya murid dapat mengenal dan membaca huruf dan perkataan dengan betul dan lancar. Aktiviti ini dijalankan seperti berikut:

a. Guru menunjukkan dan membaca semua huruf tunggal Arab berbaris satu di atas dan meminta murid mengikutnya secara ramai dan individu.

b. Guru menunjukkan dan membaca semua huruf tunggal Arab berbaris satu di bawah dan meminta murid mengikutnya secara ramai dan individu.

c. Guru menunjukkan dan membaca semua huruf tunggal Arab berbaris satu di depan dan meminta murid mengikutnya secara ramai dan individu.

d. Guru menunjukkan dan membaca setiap huruf tunggal Arab yang berbaris satu di atas, satu di bawah dan satu di depan, dan meminta murid mengikutnya secara ramai dan individu.

e. Guru menunjukkan dan membaca setiap huruf tunggal Arab yang berbaris dua di atas, dua di bawah dan dua di depan, dan meminta murid mengikutnya secara ramai dan individu.

(12)

f. Guru mengedarkan kad imbasan huruf tunggal Arab pelbagai baris itu kepada setiap murid dan meminta mereka membaca huruf berbaris tersebut secara individu. Kad-kad tersebut boleh ditukar supaya setiap murid dapat peluang membaca huruf-huruf yang berbeza barisnya.

g. Guru menyebut satu huruf berbaris yang berbeza dan meminta murid menuliskan huruf dengan barisnya di papan hitam. Proses ini dilakukan sehingga selesai semua huruf.

h. Kali ini, guru menunjukkan satu perkataan yang terdiri daripada huruf-huruf yang bersambung dengan pelbagai baris. Pada peringkat permulaan, murid diminta untuk membaca setiap huruf berbaris itu satu persatu secara ramai atau individu.

i. Apabila sudah lebih lancar, guru menunjukkan beberapa perkataan yang mengandungi huruf-huruf yang bersambung dengan baris yang berbeza. Murid diminta untuk membacanya secara ramai atau individu.

Pemerhatian

Setiap murid tidak semestinya diberikan satu kad huruf sahaja, tetapi apabila mereka sudah dapat menyebut dan membaca satu huruf dengan betul dan lancar, maka mereka boleh diberikan dua hingga lima kad huruf sekaligus supaya dapat membiasakan diri apabila membaca perkataan pula.

(13)

Refleksi

Setelah melaksanakan aktiviti berpusatkan murid ini, saya dapati murid lebih cepat menguasai kemahiran membaca huruf-huruf tunggal Arab kerana kepelbagaian aktiviti walaupun menggunakan satu bahan bantu mengajar sahaja.

5.4.3 Aktiviti 3: Membaca perkataan Bahasa Arab dan potongan ayat Al-Quran yang mudah

Aktiviti ini dilaksanakan sama ada menggunakan kad imbasan, slaid multimedia/powerpoint, buku teks dan buku Iqra’. Ia sedikit berbeza dengan aktiviti 2 kerana pada peringkat ini terdapat penambahan sistem tanda asas seperti tanda sukun (mati), syaddah (sabdu) dan mad (panjang)6. Aktiviti ini dijalankan seperti berikut:

a. Guru menunjukkan dua huruf yang bersambung di mana satu huruf diletakkan pelbagai baris, manakala satu huruf lagi diletakkan tanda sukun (mati).

b. Guru menunjukkan contoh bacaan yang betul dan meminta murid membacanya secara ramai atau individu.

c. Guru menunjukkan dua huruf yang bersambung di mana satu huruf diletakkan pelbagai baris, manakala satu huruf lagi diletakkan tanda syaddah (sabdu).

d. Guru menunjukkan contoh bacaan yang betul dan meminta murid membacanya secara ramai atau individu.

6 Lihat Lampiran F: Contoh Perkataan Bahasa Arab bertanda sukun (mati), syaddah (sabdu) dan mad

(14)

e. Guru menunjukkan dua huruf yang bersambung di mana satu huruf diletakkan pelbagai baris, manakala satu huruf lagi diletakkan tanda syaddah (sabdu).

f. Guru menunjukkan contoh bacaan yang betul dan meminta murid membacanya secara ramai atau individu.

g. Guru mengedarkan kad imbasan kepada murid-murid atau memaparkan pada slaid, perkataan Bahasa Arab atau potongan ayat Al-Quran yang mempunyai pelbagai tanda dan baris.

h. Guru meminta murid membacanya dengan betul dan lancar.

Pemerhatian

Apabila murid sudah dapat mengaplikasikan sistem baris dalam membaca perkataan Bahasa Arab, dengan menggabungkan sistem tanda sukun (mati) dan syaddah (sabdu) ke dalam sistem baris, maka murid dapat mengenal dan membaca perkataan Bahasa Arab dengan betul.

Refleksi

Pada peringkat ini, murid sudah boleh membaca perkataan Bahasa Arab dan ayat Al-Quran dengan betul dan lancar kerana mereka sudah mengenali dan menguasai sistem tanda dan baris yang asas dalam huruf tunggal dan huruf bersambung serta perkataan Bahasa Arab.

5.4.4 Aktiviti 4: Latih tubi bacaan Buku Iqra’ setiap hari satu muka surat

(15)

mereka malas dan tidak membuat latihan mengulangkaji bacaan Buku Iqra’ di rumah, maka saya perlulah mengadakan aktiviti ‘setiap hari satu muka surat’7 di sekolah. Cara aktiviti ini dijalankan seperti berikut:

a. Guru meminta murid membawa Buku Iqra’ milik sendiri dari rumah atau menggunakan Buku Iqra’ milik sekolah pada setiap hari persekolahan.

b. Pada hari yang diadakan P&P Khatam Al-Quran iaitu 3 hari (6 waktu=3 jam), maka aktiviti ini dilaksanakan dalam waktu P&P. c. Baki 2 hari lagi diadakan aktiviti ini pada waktu P&P Tasmik.

Pemerhatian

Aktiviti ini jika dapat dilakukan secara berterusan tanpa gangguan seperti guru dipanggil mesyuarat/berkursus atau terdapat aktiviti/program sekolah lain, maka murid yang lemah ini dapat dipulihkan penguasaan bacaan mereka walaupun mereka tidak mengulangkaji atau membuat latih tubi bacaan di rumah.

Refleksi

Apabila aktiviti ini dilakukan secara berterusan tanpa gangguan dan yang paling penting di bawah bimbingan dan pemantauan guru, maka ia adalah lebih baik daripada meminta murid ini membuat latih tubi bacaan sendiri tanpa pengawasan ibu bapa/penjaga di rumah.

(16)

5.5 Refleksi Kajian

5.5.1 Penilaian Pencapaian Murid

Selepas kajian dijalankan saya dapat melihat perubahan positif ke atas murid-murid saya dan saya sendiri. Sebelum ini, saya tidak mempelbagaikan alat dan bahan bantu mengajar dengan hanya membataskan kepada penggunaan papan hitam, Buku Teks dan Buku Iqra’ sahaja. Apabila menggunakan buku sahaja, maka aktiviti yang berpusatkan murid tidak dapat dipelbagaikan dan diperbanyakkan. Setelah semua aktiviti ini dijalankan, saya dapati peningkatan dalam menguasai kemahiran membaca perkataan Bahasa Arab dan ayat Al-Quran adalah sangat baik khususnya bagi Aktiviti 1 dan Aktiviti 2. Kesemua aktiviti yang dirancang dapat berjalan dengan lancar dan keyakinan diri murid juga menunjukkan perubahan yang lebih positif. Walaupun dalam ujian PKBS 1, markah yang diperolehi mereka tidak cemerlang (A) atau baik (B), tetapi sekurang-kurangnya sasaran saya untuk mengeluarkan mereka daripada mendapat markah gagal (E dan D) kepada markah lulus dengan memuaskan (C) sedikit sebanyak tercapai.

5.5.2 Rumusan Pemerhatian

Apabila murid-murid ini sudah dapat meningkatkan penguasaan kemahiran membaca mereka dari satu tahap yang rendah ke tahap yang lebih baik, atau sebelum ini mereka selalu gagal dan sekarang boleh lulus dalam ujian, maka saya dapat lihat

(17)

bertambah minat untuk belajar Bahasa Arab dan lebih rajin membuat latihan yang diberikan oleh guru.

6. CADANGAN SETERUSNYA

Saya dapati kajian penguasaan kemahiran membaca perkataan Bahasa Arab dan ayat Al-Quran ini perlu diperluaskan kepada tiga lagi aspek kemahiran bahasa yang lain iaitu kemahiran mendengar, kemahiran bertutur dan kemahiran menulis. Dengan melengkapkan kajian ini meliputi kesemua empat aspek kemahiran bahasa ini, maka ia dapat memberikan gambaran yang lebih menyeluruh tentang masalah dan penyelesaian P&P Bahasa Arab dan Khatam Al-Quran. Tambahan pula, kajian ini bukan sahaja dapat menghasilkan kesan yang positif kepada diri saya sendiri sebagai seorang guru, tetapi apa yang lebih penting ialah ia dapat meningkatkan penguasaan murid. Saya juga bercadang untuk meneruskan program ini untuk meningkatkan penguasaan kemahiran membaca perkataan Bahasa Arab dan ayat Al-Quran bagi murid lemah di tahap lain pula. Kajian ini juga menjadikan guru sentiasa berfikiran positif, kritis, kreatif dan inovatif sentiasa fleksibal dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan.

7. BAHAN YANG DIPERLUKAN

Bahan- bahan yang diperlukan untuk menjalankan kajian ini adalah seperti :

 Kad Manila = 10 (untuk setiap huruf tunggal tanpa baris, huruf tunggal berbaris satu/dua di atas/di bawah/di depan)

 Marker Pen = 3 (tiga warna iaitu hitam, biru dan merah)

 Gunting, pembaris, pen, pensel, pensel warna, kertas A4

 Kertas Soalan Ujian Bahasa Arab

(18)

8. ANGGARAN KOS

Anggaran kos untuk bahan-bahan yang saya perlukan ialah : Kad Manila = 10 x RM 0.50 = RM 5.00

Marker Pen = 3 x Rm 2.00 = Rm 6.00

9. JADUAL PELAKSANAAN (1 Februari 2010 – 28 Februari 2010)

BIL AKTIVITI TEMPOH PELAKSANAAN

1 Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal 2 hari

2 Menulis proposal 1 hari

3 Merancang tindakan-individu 2 hari

4 Membuat Pemerhatian 1 hari

5 Ujian pengesanan 1 hari

6 Melaksanakan tindakan- aktiviti 1 3 hari 7 Analisis tindakan – aktiviti 1 1 hari 8 Melaksanakan tindakan – aktiviti 2 3 hari 9 Analisis tindakan – aktiviti 2 1 hari 10 Melaksanakan tindakan- aktiviti 3 3 hari 11 Analisis tindakan – aktiviti 3 1 hari 12 Melaksanakan tindakan- aktiviti 4 3 hari 13 Analisis tindakan – aktiviti 4 1 hari

14 Refleksi kajian 1 hari

15 Menulis laporan kajian 3 hari 16 Pembentangan laporan kajian 1 hari

(19)

Lampiran A:

Analisa Peperiksaan Akhir Tahun 2009 Bahasa Arab

Bil

Nama

Kertas 1

(30%)

Kertas 2

(70%)

Jumlah Gred

1

Abd Hannan bin Ahmad Shalaby

10

22

32

D

2

Abd Wahed bin Mawi

19

21

40

C

3

Ahmad Saini bin Sifihudin

8

19

27

D

4

Alias bin Fauzi

20

13

33

D

5

Budiyanto bin Sadi

18

22

40

C

6

Meor Mohd Aikal bin Meor Mohd

Redzuan

15

28

43

C

7

Muhd Akmal bin Ahmad Tarmizi

17

24

41

C

8

Zulkifli bin Rafie

6

23

29

D

9

Intan Syafinaz bt Mohd Shobri

17

26

43

C

10 Nor Shasha Melissa bt Pakaruddin

25

22

47

C

Laporan Pencapaian j-QAF 2009

Analisa Khatam Al-Quran

Bil

Nama

Iqra’ Jumlah Markah

Ayat (60)

Bacaan (40)

Kualiti

1

Abd Hannan bin Ahmad Shalaby

4 60 15

2

Abd Wahed bin Mawi

6 60 20

3

Ahmad Saini bin Sifihudin

4 60 15

4

Alias bin Fauzi

Tidak 60 25

5

Budiyanto bin Sadi

4 60 15

6

Meor Mohd Aikal bin Meor Mohd

Redzuan

4 60 15

7

Muhd Akmal bin Ahmad Tarmizi

4 60 15

8

Zulkifli bin Rafie

4 60 15

9

Intan Syafinaz bt Mohd Shobri

4 60 15

(20)

Lampiran B:

Borang Pemerhatian

(21)

Lampiran C:

Kertas Soalan Ujian Pengesanan

(22)

Lampiran D:

(23)

Lampiran E:

Contoh Huruf-huruf Tunggal Arab dan Bersambung

dengan Sistem Tanda dan Baris

(24)

Lampiran F:

Contoh Perkataan Bahasa Arab bertanda sukun (mati), syaddah (sabdu) dan

mad (panjang)



























(25)

Lampiran G:

Referensi

Dokumen terkait

“Peranan Kemampuan Membaca Al-Quran Terhadap Prestasi Bahasa Arab Santri I’daad Lughawy Pesantren Islam Al-Irsyad Tengaran Tahun Pelajaran 2007/2008.”..

Sistem yang menggabungkan bahasa Arab dalam pendidikan al-Quran Kajian tentang aktiviti mengingat dan hafazan al-Quran 2.5.1 Hafazan al-Quran sebagai aktiviti kognitif 2.5.2

bagi penyelidik untuk memilih sampel kajian dan penyelidik yang ditemubual. Penyelidik memilih 30 murid sebagai sampel kajian semasa menyelesaikan kajian ini. Sampel untuk kajian

Namun, bagi perkataan yaumu, keputusan menunjukkan bilangan pelajar yang mampu menjawab dengan betul lebih rendah berbanding ujian pra iaitu hanya 8 orang pelajar

Penelitian ini membahas dialektika al-Quran dengan tradisi pernikahan arab dengan menggunakan pendekatan historis-antropologis, dengan asumsi ayat-ayat pernikahan tidak

Subtansi dari dua ayat tersebut adalah cerita tentang dakwah Nabi Musa dan Nabi harun kepada fir‟aun dengan menggunakan perkataan halus (Qawlan Layyina) yang

Malah, beliau menegaskan barangsiapa yang berkata sedemikian, maka dia telah mengucapkan sesuatu yang besar (akibatnya, iaitu boleh jatuh kufur). Ini kerana, al-Quran

163 APLIKASI KAEDAH QAWALIB BAGI MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBINA AYAT MUDAH DALAM BAHASA ARAB MUA’SIROH MURID-MURID TINGKATAN DUA SEKOLAH AGAMA MENENGAH HULU LANGAT, CHERAS,