• Tidak ada hasil yang ditemukan

SAUDAGAR BESAR DARI KUALA LUMPUR.docx

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "SAUDAGAR BESAR DARI KUALA LUMPUR.docx"

Copied!
18
0
0

Teks penuh

(1)

SAUDAGAR BESAR DARI KUALA LUMPUR: KERIS MAS

Definisi Pemikiran

“Pemikiran adalah fikiran atau idea yang wujud daripada golongan intelek yang telah menggunakan akalnya dalam memikirkan sesuatu masalah dalam masyarakat yang melibatkan dirinya atau lingkungannya dan pemikiran itu disebarkan dalam lingkungan masyarakat atau keluar dari masyarakatnya”. (S.Othman Kelantan 1997:8)

“Pemikiran atau persoalan merupakan aspek yang terpenting dalam karya. Pengkarya atau pengarang sering berpandukan sesuatu fikiran untuk menghasilkan sesebuah karya bagi tatapan khalayak. Sesebuah karya terbaik mempunyai idea yang terkawal dan idea itu boleh disifatkan sebagai persoalan atau pemikiran penyair”. (Ali Ahmad 1978:13)

“Suatu usaha pengarang memikirkan bagaimana mengatasi masalah tertentu yang dihadapi oleh seseorang individu atau masyarakat dalam menangani sesuatu masalah. Pemikiran juga adalah satu rancangan (rencana atau program) yang bertujuan mendapatkan pelbagai pemerhatian dan pertimbangan (consideration) di samping harapan (expectation)”. (A.Rahim Abdullah 1995:225-226)

Kenapa Pemikiran Berbeza Antara Pengarang?

1. Latar belakang 2. Keadaan sosial

3. Pengetahuan dan pendidikan 4. Pengalaman

(2)

6. Bakat

Pemikiran Sosial

Nilai sosial yang terpancar dalam novel ialah isu-isu berkaitan dengan pembangunan negara, pembangunan diri, hubungan dengan manusia, hubungan dengan persekitaran dan lain-lain.

Pemikiran Ekonomi

Nilai ekonomi yang terdapat dalam novel-novel Melayu ialah gambaran pembentukan ekonomi, peningkatan ekonomi, dan penguasaan ekonomi masyarakat di tanah air. Novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur karya Keris Mas (1980) menggambarkan pengkelasan masyarakat dalam melakukan pekerjaan masing-masing iaitu ada sebagai peniaga, pekerja lombong, dan mengusahakan tanah di Felda.

(3)

Nilai politik dalam novel ialah memperlihatkan corak kepimpinan dalam parti negara, pergolakan politik yang dialami di tanah air dan semangat perjuangan menegakkan kemerdekaan di kalangan masyarakat.

Pemikiran Budaya

Nilai budaya yang mengagaskan kepentingan agama, norma-norma hidup, dan nilai-nilai murni dalam novel Melayu.

Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur karyaan Keris Mas ini menunjukkan kematangan penulisan yang tinggi, karya beliau ini tidak akan dijumpai dalam karya pop tulisan ahadiat akashah, sharifah abu salem dan lain-lain penulis. Novel tebal ini memaparkan suatu persoalan yang relevan hingga kini iaitu tentang kemunculan usahawan melayu dan giatnya gerakan dakwah Islamiah dalam kalangan generasi muda. Menerusi novel ini, Keris Mas menyimpulkan bahawa dalam usaha mencari kekayaan dan kemajuan, asas keagamaan harus dikuatkan supaya arah kemajuan yang hendak dicapai tidak menghancurkan bangsa dan agama.

Setiap watak yang terlahir dalam novel ini sangat berpengaruh di antara satu sama lain, sama penting walaupun berbeza dari segi pangkat dan darjat mereka (mungkin beliau mahu kita sedar, setiap insan itu mmg tidak ada yang kurang penting

(4)

antara satu dengan yang lain). Krisis, romantis, pertembungan idealis dan individualis antara anak-ayah, keruntuhan ego seorang yang gagah di pencak perdagangan pada seorng muda alim yang warak, cantik tersusun indah membentuk plot-plot yang mamberahikan nafsu membaca untuk terus dihabiskan helai demi helai. Novel keris mas, sekadar memetik kata-kata suatu watak dalam karya ini sebagai contoh kata-kata Rahim di dalam surat kepada tunangannya Mahani:

"Pembangunan yang berjalan sekarang di dunia membangun, di negara kita khususnya, adalah pengadunan dan pembakaran kuih resipi Barat untuk makanan barat. Jika ini berjalan terus, kita akan menjadi dapur yang membakar diri sendiri untuk dunia di luar dunia kita. Memang tidak ada apa-apa yang salah dalam resepi ini, tetapi ia bukan untuk selera kita."

Nilai Dalam Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur

Dalam teks Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur terdapat beberapa nilai dan mesej pengajaran yang telah diterapkan atau diketengahkan oleh penulisnya. Antara nilai yang terdapat dalam novel ini ialah nilai kemanusiaan, nilai kemasyarakatan, nilai keagamaan dan moral.

Nilai kemanusiaan yang pertama ialah nilai pemurah. Sifat ini dapat dilihat melalui watak Imam Saad yang telah mewakafkan tapak surau di Kampung Pulai. Walau bagaimanapun, tanah wakaf tapak surau itu juga akan dilombong dan digantikan oleh Syarikat Lombong Lembah Tualang dengan sebidang tanah di Pekan Tualang. Manakala Pengghulu Mahmud pula telah membenarkan penduduk yang tidak bertanah tinggal di tanah milik keluarganya disamping mengerjakan tanah tersebut. Mereka juga

(5)

telah dibayar ganti rugi setelah tanah itu dijual kepada Syarikat Lombong lembah Tualang. Watak yang terakhir memperlihatkan nilai ini ialah Lebai Maarup yang telah mewakafkan tanah pusakanya untuk mendirikan surau walaupun dia tahu akan mendapat wang yang banyak sekiranya tanah itu dijualkan kepada Syarikat Lombong Lembah Tualang.

Nilai kemanusiaan yang kedua ialah keberanian dan keyakinan diri. Nilai ini dapat dilihat dalam watak Rahim apabila dia berani menentang ayahnya yang cuba mengumpul dan menambah kekayaan dengan menjalankan projek perlombongan sedangkan penduduk Kampung Pulai teraniaya. Selain itu, terdapat juga watak lain yang menunjukkan keberanian, iaitu watak Muhammad Alif. Alif merupakan anak kepada Maimunah binti Datuk Indera Idris dan waris nombor kesembilan keluarga Datuk Indera yang berani bertanya kepada Encik Muhammad tentang wang tanah.Beliau juga memberi cadangan agar semua waris melabur dalam Syarikat Lombong Lembah Tualang melalui jumlah wang harga bahagian masing-masing dimasukkan sebagai saham. Pertanyaannya ini telah mencabar kewibawaan Encik Muhammad. Watak ini juga diperlihatkan dalam watak Kemat Jerangkung yang merupakan pengikut Lebai Maarup yang setia. Dia telah menjadi pembela Lebai Maarup pada saat-saat genting. Dia juga telah memberanikan diri menjadi informer kepada polis sehingga Mat Akil dan rakan-rakannya tertangkap.

Nilai kemanusiaan yang ketiga ialah simpati dan belas kasihan. Nilai ini telah ditonjolkan melalui watak Pak Salim, Sudin, Sani, Mat Akil, Bilal Endut dan Kemat Jerangkung. Nilai ini terjadi melalui peristiwa yang berlaku,contohnya Sudin bersimpati dengan Sani yang ingin meminjam wang dengan finance. Oleh itu, dia telah

(6)

menawarkan Sani menggantikan tempatnya sebagai wakil Yang Berhormat Muhd. Yusuf. Manakala Pak Salim amat bersimpati dengan nasib Sudin dan menasihatinya supaya balik bertemu kedua-dua ibu bapanya untuk menjernihkan keadaan. Sebaliknya Sani telah kembali menetap di Pekan Kuala kerana bersimpati dengan ayahnya. Kesannya, ayahnya telah memohon untuk berhenti menjadi imam.

Nilai kemanusiaan yang keempat ialah menghormati orang tua. Antaranya ialah Encik Muhammad memarahi golongan muda yang tidak menghormati abangnya, iaitu Datuk Indera Mahmud yang yang berucap ketika majlis pembahagian harta pusaka. Selain itu, Lebai Maarup yang disenangi oleh golongan tua di Kampung Pulai seperti Imam Saad, Tuk Empat Dahlan, Pak Salim dan Bilal Endut kerana sifatnya yang menghormati orang yang lebih tua.

Nilai kemanusiaan yang kelima ialah kerjasama dan tolong-menolong. Nilai ini telah diserapkan dalam watak Rahim dan Robert. Mereka telah berkawan sejak di bangku sekolah lagi. Kedua-dua ibu bapa mereka berkawan rapat dan menguruskan perniagaan yang sama. Mereka bersama-sama melanjutkan pelajaran ke luar negara dan menjadi harapan ibu bapa mereka. Semasa di London,mereka saling mengambil berat dan tolong-menolong antara satu sama lain sehinggakan pulang ke tanah air bersama. Selain itu, Imam Saad dan Lebai Maarup bekerjasama dalam berdakwah. Kehadiran Lebai Maarup ke Kampung Pulai memberi harapan baru kepada Imam Saad dalam usahanya mendekatkan masyarakat dengan agama. Lebai Maarup telah berjaya meramaikan jemaah di surau kampung itu. Dengan kerjasama Lebai Maarup beban yang ditanggung oleh Imam Saad telah berkurangan.

(7)

Pelbagai nilai kemasyarakatan yang dapat dikesan dalam novel ini. Antara nilai positif tersebut ialah masyarakat yang berkerjasama. Kerjasama yang dapat dilihat di kalangan penduduk kampung Pulai ialah untuk menyambut lawatan Duli Yang Maha Mulia Sultan. Selain itu, masyarakat bergotong-royong untuk menyiapkan jamuan pada hari Jumaat sempena perjumpaan dengan Yang Berhormat Muhd. Yusuf. bersama orang kampung di surau sebelum sembahyang Jumaat.

Nilai masyarakat yang kedua ialah masyarakat yang penyayang. Rasa kasih sayang ini dapat dilihat menerusi watak Syarifah Mu'inah, Mak Minah, Imam Saad, Mahani dan Rahim.

Nilai kemasyarakatan yang ketiga ialah masyarakat yang rajin dan gigih. Kerajinan dan kegigihan ini dapat dilihat melalui watak Encik Muhammad dan Cik Puan Tipah yang masing-masing berminat dalam dunia perniagaan. Bezanya cuma Encik Muhammad telah lama berkecimpung dalam dunia perniagaan dan berjaya menguruskan projek yang besar manakala Cik Puan Tipah baru mula berjinak dengan dengan dunia perniagaan kerana hobinya menanam orkid.

Nilai kemasyarakatan terakhir yang dapat dikesan ialah masyarakat yang mementingkan kekeluargaan. Menerusi novel ini dapat dilihat semangat kekeluargaan menerusi watak Tok Empat Dahlan yang mengambil berat tentang Mat Akil setelah kedua-dua ibu bapanya meninggal. Begitu juga dengan sikap Bilal Endut yang mengambil berat tentang Lebai Maarup. Semangat kekeluargaan ini juga ditonjolkan oleh pengarang melalui proses pembahagian harta Datuk Indera. Ahli keluarga yang

(8)

tinggal di wilayah Tualang atau yang merantau ke tempat lain berkumpul di rumah Datuk Indera Mahmud.

Terdapat beberapa perkara dalam novel ini berkaitan dengan nilai keagamaan dan moral. Antaranya ialah bertaubat. Kehidupan Encik Muhammad yang asyik mengejar kemewahan telah berubah selepas penubuhan Syarikat Lombong Lembah Tualang dan mendekati masyarakat kampung Pulai. Dia telah insaf kerana kelalaiannya tidak menunaikan sembahyang dan tidak mendekati TUHAN dengan taat. Dia juga tidak meneruskan lagi perbuatan memnum arak, perbuatan zina, menipu, menganiaya orang dan lain-lain.

Nilai keagamaan dan moral yang kedua ialah perkahwinan. Demi mengelakkan perkara yang tak diingini, Sudin dan Gayah telah dikahwinkan oleh Encik Muhammad. Sebelum ini percintaan mereka tidak direstui oleh orang tua disebabkan sejarah silam keluarga mereka. Oleh sebab itu, perkahwinan pertama mereka menemui kegagalan. Setelah bergelar janda Gayah membawa diri ke bandar sehingga Sudin difitnah melarikannya. Perkahwinan itu telah menyelesaikan masalah mereka dan mereka hidup bahagia.

Nilai keagamaan dan moral yang terakhir ialah mengerjakan ibadah solat. Lebai Maarup digambarkan seorang yang taat mengerjakan ibadah solat dan berusaha mengajak masyarakat kampung khususnya pemuda untuk sama-sama meramaikan surau kampung itu dengan berjemaah. Watak-watak lain yang digambarkan taat mengerjakan solat di surau ialah Imam Saad, Bilal Endut, Tuk Empat Dahlan dan Kemat Jerangkung.

(9)

Pembangunan Insan, Pembangunan Masyarakat, dan Pembangunan Negara

Novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur oleh Keris Mas, dan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka 2003. Berdasarkan teks ini jelas bahawa mahu mengupas secara mendalam aspek Sastera dan Pembangunan. Melihat pada zaman pembaharuan yakni zaman moden yang diwakili oleh teks Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur. Teks ini akan digauli dari dua tiga aspek utama iaitu pembangunan insan, pembangunan masyarakat, dan pembangunan negara. Jika dilihat kepada subtema yang ditetapkan penelitian akan berkisar kepada aspek budaya, pemikiran, psikologi, sosiologi, sosial, politik, ekonomi, intelek, nilai, serta sikap masyarakat yang melingkari aspek keinsanan, kemasyatakatan, dan kemajuan negara.

(10)

Jika diteliti dari aspek pemilihan teks didapati bahawa teks ini lahir pada zaman yang jauh berbeza dari sudut adat, budaya, sosial, tradisi dan pentadbiran negara. Setiap teks pastinya memiliki keistimewaan dalam menyusun penceritaan yang berkaitan sejarah dan zamannya. Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur lahir dari zaman pasca perang setelah negara menikmati kemerdekaan. Unsur-unsur kemasyarakatannya berubah yang bukan lagi dipengaruhi tradisi lisan tetapi kemunculan percetakan dan tulisan. Masyarakatnya pula terdukung dari kepelbagaian ras, agama dan budaya serta kemajuan pendidikan, ekonomi, dan politik sudah jauh berbeza dengan zaman istana dan raja. Rasionalnya pada setiap zaman itu berkembang pengaruh dan aliran tertentu yang membina budaya manusia, kerencaman masyarakat, dan lingkungan kenegaraannya. Inilah yang akan diteliti secara rinci oleh pelajar dalam melihat bagaiamana ketiga-tiga aspek itu berkembang, menular dan bercambah sebagaimana termuat dalam teks yang dibincangkan.

Ilmu sastera memperlihatkan bahawa sesebuah karya akan dilihat dari dua aspek penting iaitu aspek intrinsik, dan aspek ekstrinsiknya. Aspek intrinsik ialah bagaiamana karya itu dibangunkan dengan strukutur dan unsur tertentu. Pendekatan intrinsik dalam kajian sastera adalah melihat hasil sastera secara objektif iaitu dengan hanya meneliti apa yang membangunkan sesebuah karya sastera itu sendiri. Ia meliputi analisis terhadap plot, watak, bahasa, latar, tema dan persoalan, serta bentuk. Aspek kedua adalah kajian ekstrinsik yang melihat kepada fokus pertalian antara karya sastera dengan khayalak atau masyarakat, pengarang dan sejarah.

(11)

Karya yang dikaji dari sudut sejarah memberi fokus terhadap latar belakang karya itu sendiri. Ia melihat kepada unsur nilai, budaya, dan tradisi yang membangunkan karya itu. Melihat bagaimana berlakunya pekaitan antara karya sastera dengan sudut pandangan hidup masyarakatnya. Suasana penciptaan dalam Saudagar Besar dari Kuala Lumpur yang mula dipengaruhi kerencaman budaya era pemodenan, kewujudan fenomena baru dalam masyarakat, dan kesan kemerdekaan. Bagaimana faktor perubahan zaman ini merubah persepsi dan perspektif pengarang dan kaitannya dengan karya tersebut. Jika Dasar Ekonomi Baru menjadi penanda perubahan sosial dalam masyarakat sudah tentu ia akan terkesan dalam karya dan bagaimana pengarang merakamkan segenenap perubahan dan dimensi kehidupan selepas merdeka dan munculnya DEB.

Manakala karya yang dikaji berdasarkan aspek pengarang akan melihat bagaimana hubungan pengarang dan karyanya. Karya sastera adalah daya pemikiran dan imaginasi penulis. Segala aspek diri penulis seperti latar belakang, riwayat hidupnya, kecenderungan, minat, dan keinginan penghasilan karya akan menentukan kecenderungan dalam karya berkaitan. Pastinya Keris Mas memiliki latar, tradisi dan sejarah hidup yang berbeza dengan penulis lain. Kajian terhadap pengarang akan menemukan kita dengan kerahsiaan pengarang dan karyanya. Apakah tujuan sebenar pengarang menghasilkan karya sastera dan apakah pula pengaruh dan idea yang mahu disampaikan. Yang penting adalah pelajar dapat memahami latar belakang pengarangnya akan memudahkan melakukan perkaitan antara tujuan karya, kecenderungan dan saranan yang termuat dalam karya berkaitan. Dalam kita mencari bagaimana sesebuah karya merakamkan unsur pembangunan insan, masyarakat dan

(12)

negara, kita harus seketika menjenguk kepada latar pengarangnya. Barangkali Keris Mas sebagai orang yang baru melihat kemerdekaan dan keluar dari cengkaman penjajah ingin melihat keupayaan bangsanya menimba nikmat kemerdekaan. Semuanya akan dapat digali dan diterokai dalam karya masing-masing.

Kajian terakhir ialah melihat hubungan karya sastera dengan masyarakat atau khayalak pembaca. Kejayaan sesebuah karya sastera dilihat atas penerimaan masyarakat terhadap karya berkenaan. Ia berkait dengan kesan terhadap pembaca sama ada karya itu memberi impak dari aspek kesedaran, nilai, dan budaya dan pemikiran. Pada tahap ini sesebuah karya dinilai secara kritis oleh pengkaji. Aspek khalayak dan masyarakat inilah pula yang membawa kepada hubungan sastera dan masyarakat. Implikasi penting dalam hubungan ini ialah sastera dikatakan sebagai cermin masyarakat. Ini bermakna sesebuah karya sastera yang dihasilkan oleh penulis sebenarnya datang dari kesan perhubungan, implikasi, dan renungan penulis terhadap masyarakat. Apa yang terkandung dalam denyut nadi masyarakat akhirnya menjadi rangka dan bahan karya yang dihasilkan pengarang.

Ia pastinya suatu pengalaman sastera yang amat berguna kepada calon STPM bagi mata pelajaran ini. Selama ini kajian sastera hanya berfokus kepada unsur-unsur intrinsik dalam sastera seperti plot, tema, watak, latar, gaya bahasa, dan pengajaran sebagaimana dilakukan dalam Kertas 1. Tapi dalam Kertas 2 Kesusasteraan Melayu Komunikatif ini calon akan merenung dan membuat refleksi terhadap aspek-aspek ekstrinsik dalam karya sastera iaitu pengarang, masyarakat dan karya.

(13)

Subtema yang ditetapkan itu memberi fokus kepada beberapa elemen yang penting difahami oleh calon dalam kedua-dua buah teks kajian. Kajian Pembangunan Insan memberi fokus kepada keagamaan iaitu melihat bagaimana nilai-nilai Islam dan kehidupan beragama sebagai tonggak pembangunan sahsiah. Sejauh mana Sulalatus Salatin membongkar nilai-nilai Islam sebagai tonggak pembinaan insan. Daripada perkembangan Islam muncul di Melaka hinggalah Melaka menjadi sebuah negara bangsa yang berjaya tertanam di dalam masyarakatnya pengaruh dan kepercayaan agama Islam yang kental. Begitu juga bagaimana Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur berjaya menerapkan aspek pembangunan insan yang tidak terpisah dari nilai Islam yang tulen.

Seterusnya pembangunan insan dilihat dari sudut ilmu iaitu bagaimana kepentingan ilmu dalam memartabatkan diri setiap insan. Bagaimana disiplin ilmu berupaya membina rupa masyatakat yang dapat mengagungkan Melaka sebagai sebuah kerajaan ternama dalam Sulalatus Salatin, dan bagaimana pula tradisi ilmu yang melingkungi segenap ciri budaya, adab, dan isitiadat Melayu. Malah banyak lagi bahagian kepentingan ilmu yang terkait dengan penceritaan seperti keilmuan yang memperkasakan ketaatan dan kesetiaan rakyat terhadap kerajaan dan Melaka. Jika dilihat kepada unsur ilmu yang terangkum dalam Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur ia memberi fokus kepada kemajuan pendidikan dan perubahan sosial darinya. Bagaimana ilmu yang semakin berkembang pada zaman selepas merdeka dapat dikuasai dan menjadikan orang Melayu berkembang dari tradisi pertanian ke alam perdagangan.

(14)

Seterusnya dalam meneliti pembangunan insan ia tidak lepas dari melihat kepada jati diri dipancarkan dalam karya yang dikaji. Bagaimana unsur jati diri seperti daulat, derhaka, ketaatan, keberanian, kepahlawanan, kecintaanakan tanahair, ketinggian pekerti, kemuliaan sifat dan kepimpinan terpancar dalam Sulalatus Salatin. Perkara yang sama tersirat dalam Saudaggar Besar Dari Kuala Lumpur. Ilmu bantu seperti sejarah, kebudayaan, perundangan dan sosiologi akan dapat memberi banyak bahan batu untuk calon meneliti aspek jati diri ini dalam karya berkenaan. Ia penting kerana karya moden ini sudah berhadapan dengan kerencaman pengaruh ilmu dan cabaran lain dalam masyarakat. Apa yang menjadi keutamaan adalah bagaimana unsur jati diri dapat membina kekuatan dan keupayaan bagi masyarakat untuk berkembang dan berjaya menghadapi liku zamannya.

Kajian pembangunan manusia tidak terlepas dari melihat unsur kemanusiaan yang terdapat dalam masyarakat. Di sini akan bertumbuhnya pengalaman untuk memahami nilai dan kejiwaan yang berkait dengan kemanusiaan yang dipaparkan dalam kedua-dua buah teks. Bagaimana perkaitan daulat dan derhaka dari sudut kemanusiaan yang membawa kepada kedaulatan istana dan sultan. Sebenarnya banyak lagi aspek lain yang dapat diperhati yang berkaitan dengan kemanusiaan. Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur pula sudah pasti memaparkan suasana yang lebih rencam berkaitan dengan kemajmukan masyarakat, kepelbagaian budaya, keilmuan yang dapat membentuk budaya dan pemikiran manusia pada zamannnya.

(15)

Aspek Pembangunan Masyarakat memerlukan calon membuat kupasan terhadap pendidikan. Bagaimana elemen pendidikan memberi kesan terhadap pembangunan masyatakat. Meskipun pada zaman tradisi keilmuan tetap berkembang bersesuaian dengan zamannya seperti ilmu keagamaan, adat dan budaya, hinggalah kepada aspek pendidikan dan nilai yang membina keperibadian masyarakat. Bagaimana Melaka dapat berkembang sebagai sebuah negara bangsa dengan kehebatan pentadbiran, kecekapan kepimpinan dan sebagainya. Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur pula membawa refleksi masyarakat yang sedang dilanda gelombang Dasar Ekonomi Baru. Golongan berilmu akan mampu menjadi golongan pemikir dan perancang kepada sesuatu program dan tugas. Rahim, anak encik Muhammad telah dihantar belajar ke luar negeri kerana dia adalah modal insan yang penting pada masa hadapan. Akhirnya dia telah berjaya dalam pelajaran dan pulang untuk memberi sumbangan yang baik kepada perniagaan ayahnya.

Dalam aspek pembangunan masyarakat ia turut dikaitkan dengan kemajuan sosial dengan fokus kepada budaya, perpaduan, mobiliti dan susunlapis masyarakat. Aspek budaya melihat kepada hubungkait budaya setempat dengan kehidupan seharian. Sosial juga melihat kepada elemen pemantapan perpaduan dalam masyakat majmuk. Kemajuan sosial juga berhubungan dengan mobiliti sosial yang terjadi dalam masyarakat. Bagaimana Tun Perak dari rakyat biasa menjadi Bendahara ternama di Melaka. Inilah mobiliti yang berlaku dalam masyarakat. Begitu juga perubahan yang berlaku kepada Encik Muhammad sebagai saudagar ternama semuanya melalui kesan mobiliti yang ketara. Elemen perubahan masyarakat inilah yang mahu difokuskan dalam

(16)

kedua-dua buah teks. Seterusnya melihat ke dalam akar masyarakat dan realiti di dalamnya. Bagaimana terciptanya masyarakat pelbagai kaum dan rasa yang hidup bersama dan berpadu dikupasa melalui kedua-dua buah teks. Pada zaman Melaka perpaduan dikaitkan dengan hubungan antara negara seperti Majapahit dan China. Manakala dalam latar masyakat Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur digambarkan jelas soal hubungan antara kaum, perpaduan, dan kerjasama yang terjalin.

Aspek terakhir diberi penekanan adalah Pembangunan Negara. Elemen-elemen politik seperti kepimpinan, nasionalisme serta peraturan dan perundangan menjadi penting terhadap pembangunan negara. Dalam Sulalatus Salatin bagaimana elemen politik terpancar dalam ketokohan dan kewibawaan kepimpinan yang membawa Melaka ke tahap kegemilangan. Politik juga dikaitkan dengan keupayaan pemimpin menggerakkan kemajuan dan perubahan negara sebagaimana dilakukan oleh Sultan Mansur Syah Melaka termasuklah nilai kepimpinan yang ada pada Bendahara Paduka Raja dan Tun Mutahir. Konsep daulat dan derhaka, wasiat, ketaatan dan kesetiaan juga lahir sebagai elemen politik yang kuat. Saudagar Besar dari Kuala Lumpur melihat kepada aspek kedinamisan kepimpinan dalam menggerakkan perubahan dalam dunia dagang. Ia ditambah dengan unsur hubungan awam, stail kepimpinan dan sebagainya. Tidak terlapas dari saringan politik adalah bagaimana nasionalisme tercetus dalam masyarakat. Melaka berhadapan dengan cabaran dan penentangan dari Siam, Majapahit, dan sebuah negara jauh China. Semangat cinta akan negara yang

(17)

dipancarkan secara bijaksana oleh pengarang melalui hubungan China Melaka, Majapahit Melaka dan seterusnya keupayaan bangsa Melayu melawan serangan penjajah. Semangat cinta akan negara juga dilakarkan dalam Saudagar Besar dari Kuala Lmpur. Elemen terakhir dari pengaruh pembangunan negara adalah peraturan dan undang-undang. Bagaimana peraturan dan undang-undang menjadi unsur penting pembentukan pembangunan negara. Jika dilihat ke dalam Sulalatus Salatin kita akan bertemu dengan pelbagai peraturan dan perundangan seperti Susun Tertib dan Adat Istiadat Diraja, akibat derhaka, waad dan sebagainya. Kita dapat melihat bagaimana peraturan dan perundangan membina kekuatan Melaka untuk menjadi negara besar yang berkembang dan disegani. Dalam masyarakat moden pula Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur mencerminkan kehidupan masyarakat mengecap nikmat merdeka dan pertumbuhan pembangunan negara. Elemen peraturan dan perundangan diterapkan yang berkait dengan rasuah, kuasa dan perlembagaan.

Aspek terakhir di bawah subtema Pembangunan Negara ialah perkembangan ekonomi yang memberi sumbangan terhadap kemajuan negara dari sektor pertanian, usahawan dan perdagangan. Melaka muncul sebagai pusat dagang yang meletakkan kehebatan Melaka dalam jalur dagang alam Melayu yang maju dan berkembang. Dunia dagang dalam Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur menampilkan watak Encik Muhammad sebagai seorang saudagar yang berjaya dengan terlibat dalam usaha dagang yang jarang diceburi oleh orang Melayu.

(18)

Demikian secara ringkas bagaimana ilmu sastera yang cuba diterapkan ke dalam Kertas 2 ini untuk dikuasai oleh calon dalam mendekati dan meneliti teks Sulalatus Salatin dan Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur. Yang penting adalah pengisian sastera sebagai alat komunikasi yang dapat memberi impak dan kesedaran terhadap masyarakat dapat dikaji dengan jelas. Kajian yang dilakukan bertujuan untuk membuktikan bahawa karya sastera bukan sekadar berdiri sebagai elemen hiburan semata-mata tetapi mampu membina kekuatan pengaruh terhadap rupa budaya dam kemajuan insan, masyarakat dan budaya.

Referensi

Dokumen terkait

Pembangunan Persekitaran dan Fasiliti Galeri Pameran Pusat Sains Negara Kuala

Dengan kajian ini juga, faktor-faktor yang berkaitan seperti ciri-ciri individu, teknologi dan persekitaran organisasi dan tahap penguasaan Sistem Maklumat Sumber Manusia

4.7.2 Hubungan Masalah Kesihatan Kronik Lain yang Dihidapi Responden Berkaitan dengan Pengawalan Diabetes Jenis 2 berdasarkan Tahap HbA1c HUBUNGAN PROFIL RESPONDEN BERKAITAN

 Pendekatan psikologi terhadap pekerjaan sosial menekankan hubungan yang telah dibentuk orang dalam situasi sosial, terutama isu-isu yang berkaitan dengan hubungan identitas

suatu kenyataan sosial yang berkaitan hubungan masyarakat dengan orang perorang, antara manusia, dan antara peristiwa yang terjadi dalam batin seseorang. Novel juga

sosial terlibat dalam pembangunan nasional yang memfokus kepada pembangunan diri insan tersebut...  Perlaksanaan kerja sosial berlandaskan nilai, prinsip. dan etika yang

Dengan kajian ini juga, faktor-faktor yang berkaitan seperti ciri-ciri individu, teknologi dan persekitaran organisasi dan tahap penguasaan Sistem Maklumat Sumber Manusia

Hubungan bersifat sosiologis adalah adanya acuan nilai bersama (shared values) yang berkaitan dengan institusi pers dalam konteks kebebasan pers dan pers bebas.. Hubungan