1.1 KEPERLUAN ASAS MANUSIA 1. Manusia memerlukan keperluan asas
untuk hidup.
2. Keperluan asas manusia ialah: (a) makanan.
(b) air. (c) udara.
(d) tempat perlindungan.
3. Manusia akan mati jika tidak mendapat keperluan asasnya.
1.2
MANUSIA MEMERLUKAN MAKANAN, AIR, UDARA, DAN TEMPAT PERLINDUNGAN Manusia Memerlukan Makanan1. Manusia memerlukan makanan untuk: (a) tumbesaran.
(b) mendapat tenaga bagi menjalani aktiviti harian.
(c) mendapat haba bagi memanaskan badan.
2. Manusia memerlukan gizi seimbang untuk hidup sihat.
3. Manusia mendapat makanan daripada tumbuhan dan haiwan.
Gizi seimbang Manusia Memerlukan Air
1. Air amat penting kepada manusia.
2. Manusia memerlukan air untuk membantu dalam:
(a)
mengawal suhu badan.(b)
pengedaran darah ke seluruh badan.(c)
pengangkutan makanan tercerna danoksigen ke seluruh badan.
(d) penyingkiran bahan kumuh dari badan.
(e)
pencernaan makanan.(f)
penyahtinjaan. Manusia Memerlukan Udara1. Manusia bernafas dengan menyedut udara.
2. Dengan udara yang disedut, manusia dapat menjalankan proses-proses hidup.
3. Tanpa udara, manusia akan mati. 4. Semasa bernafas, dada kita kelihatan
bergerak ke atas dan ke bawah.
Manusia memerlukan udara untuk hidup Manusia Memerlukan Tempat Perlindungan 1. Manusia juga perlukan tempat perlindungan
untuk hidup.
2. Tempat perlindungan diperlukan untuk melindungi diri daripada bahaya, sinaran matahari, dan hujan.
3. Terdapat pelbagai jenis tempat perlindungan untuk manusia seperti pondok, rumah teres, rumah pangsa, dan banglo.
Bidang Pembelajaran 1: Keperluan Asas Hidupan
UNIT 1 KEPERLUAN ASAS MANUSIA
Pondok Rumah teres
Pelbagai jenis tempat perlindungan manusia
2.1 KEPERLUAN ASAS HAIWAN 1. Haiwan memerlukan keperluan asas untuk
hidup.
2. Keperluan asas haiwan ialah: (a) makanan.
(b) air. (c) udara.
(d) tempat perlindungan.
2.2 HAIWAN MEMERLUKAN
MAKANAN, AIR, UDARA, DAN TEMPAT PERLINDUNGAN Haiwan Memerlukan Makanan
1. Haiwan memerlukan makanan untuk: (a) membantu tumbesarannya. (b) mendapat tenaga bagi menjalankan
aktiviti-aktiviti harian. (c) hidup sihat.
2. Haiwan mendapat makanannya daripada tumbuhan dan haiwan lain.
Harimau mendapat makanannya daripada haiwan lain
Haiwan Memerlukan Air
1. Air amat penting untuk hidupan.
2. Haiwan memerlukan air untuk membantu dalam:
(a)
mengawal suhu badan.(b)
pengedaran darah ke seluruh badan.(c)
pengangkutan makanan tercerna danoksigen ke seluruh badan.
(d) penyingkiran bahan kumuh dari badan.
(e)
pencernaan makanan.(f)
penyahtinjaan.Seekor rusa perlu minum untuk membantunya membesar dengan sihat
Haiwan Memerlukan Udara
1. Haiwan bernafas dengan menggunakan udara.
2. Dengan udara sedutan, haiwan dapat menjalankan proses-proses hidup.
3. Haiwan akuatik menggunakan udara terlarut dalam air.
Ikan bernafas menggunakan udara terlarut dalam air
2.3 Jenis-jenis Tempat Perlindungan Haiwan
1. Haiwan perlukan tempat perlindungan untuk melindunginya daripada bahaya, sinaran matahari, dan hujan.
2. Haiwan yang berbeza mempunyai jenis tempat perlindungan yang berbeza seperti: (a) sarang.
(b) gua.
(c) lubang bawah tanah.
3. Sesetengah haiwan membuat tempat perlindungannya daripada kayu, daun, dan lumpur.
Bidang Pembelajaran 1: Keperluan Asas Hidupan
Haiwan seperti burung dan ayam membuat Sarang
Kelawar hidup di dalam gua
3.1 KEPERLUAN ASAS TUMBUHAN Keperluan asas tumbuhan ialah:
(a) air. (b) udara.
(c) cahaya matahari.
Tumbuhan Memerlukan Air
1. Air amat penting kepada tumbuhan. 2. Tumbuhan memerlukan air untuk:
(a) menjalankan fotosintesis. (b) mengawal suhunya.
(c) menjalankan proses-proses kimia. 3. Jika tumbuhan tidak mendapat air,
tumbuhan akan mati.
selepas dua minggu
(Plant A) disiram air tumbuhan masih hidup
selepas dua minggu
(Plant B) tidak disiram tumbuhan mati dengan air
Tikus hidup di dalam lubang bawah tanah
Tumbuhan Memerlukan Udara 1. Tumbuhan memerlukan udara untuk:
(a) membakar makanan untuk menghasilkan tenaga.
(b) menghasilkan makanan melalui fotosintesis.
2. Apabila tumbuhan bernafas, tumbuhan menyerap oksigen dari udara.
3. Apabila tumbuhan berfotosintesis,
tumbuhan menyerap karbon dioksida dari udara.
4. Tumbuhan akan mati jika tidak mendapat udara.
selepas dua minggu
(Plant A) mendapat tumbuhan masih hidup udara
selepas dua minggu
(Plant B) tidak mendapat tumbuhan mati udara
Tumbuhan Memerlukan Cahaya Matahari Bidang Pembelajaran 1: Keperluan Asas Hidupan
UNIT 3 KEPERLUAN ASAS TUMBUHAN
selepas dua minggu selepas dua minggu selepas dua minggu selepas dua minggu
Organ deriaRangsangan yang dapat dikesan
O
MataCahayaContoh: Manusia akan menutup mata serta-merta apabila suatu lampu suluh bernyala dihalakan depan mata. C
C
TelingaBunyi
Contoh: Manusia akan menutup telinga dengan tangan serta-merta apabila terdengar bunyi yang amat kuat.
C
C
HidungBahan kimia yang mempunyai bau
Contoh: Manusia dapat mengesan bau makanan dari dapur. C
C
LidahBahan kimia yang mempunyai rasa manis, masam, masin, dan pahit Contoh: Manusia dapat membezakan rasa makanan yang dimakan.
C
C
KulitSentuhan, panas, sejuk, sakit, dan tekanan
1. Tumbuhan hijau dapat membuat makanannya sendiri.
2. Tumbuhan hijau membuat makanannya sendiri melalui fotosintesis.
3. Selain air dan udara, tumbuhan perlukan cahaya matahari untuk berfotosintesis. 4. Tumbuhan menghasilkan makanan yang
dikenal sebagai glukosa melalui fotosintesis.
5. Glukosa disimpan sebagai kanji di dalam daun.
6. Jika tumbuhan tidak mendapat cahaya, tumbuhan akan kekuningan dan seterusnya akan mati.
4.1 MEKANISME PERNAFASAN MANUSIA
1. Manusia bernafas.
2. Apabila manusia bernafas, manusia: (a) menggunakan oksigen.
(b) membebaskan karbon dioksida. 3. Manusia memerlukan udara untuk
bernafas.
Bagaimana Manusia Bernafas
1. Organ pernafasan manusia ialah peparu.
2. Proses pernafasan terdiri daripada sedutan udara dan hembusan udara.
(a) Apabila kita menyedut udara, udara dibawa masuk melalui hidung atau mulut ke peparu.
(b) Apabila kita menghembus udara, udara dikeluarkan dari peparu melalui hidung.
selepas dua minggu
(Plant A) terdedah tumbuhan masih hidup kepada cahaya
selepas dua minggu
(Plant B) disimpan tumbuhan mati di tempat gelap
3. Aliran udara yang disedut masuk dan dihembus keluar melalui laluan seperti yang berikut.
(Hidung → (kerongkong) → (peparu) Atau mulut)
Perbezaan antara Sedutan dengan Hembusan Udara
Sedutan udara Hembusan udara Mempunyai lebih
oksigen
Mempunyai kurang oksigen
Mempunyai kurang
karbon dioksida Mempunyai lebih karbon dioksida
4.2 PERKUMUHAN DAN
PENYAHTINJAAN PADA MANUSIA (UPSR ‘03/OBJ)
Perkumuhan
1. Manusia berkumuh.
2. Manusia berkumuh untuk menyingkirkan bahan buangan yang dihasilkan daripada pelbagai aktiviti badan.
3. Bahan buangan itu adalah bahan bertoksin. 4. Bahan buangan bole meracuni badan jika
tidak disingkirkan. MELAYARI INTERNET
http://www.inhs.uiuc.edu/chf/pub/tree_kit/stu dent/lesson6.html
Bidang Pembelajaran 2: Hidupan Menjalankan Proses Hidup
UNIT 4 PROSES HIDUP MANUSIA
Peparu seorang Peparu seorang perokok bukan perokok (Bahan dalam asap
rokok menyebabkan peparu menjadi hitam)
selepas dua minggu hidung lubang hidung mulut kerongkong peparu
Organ deriaRangsangan yang dapat dikesan
O
MataCahayaContoh: Manusia akan menutup mata serta-merta apabila suatu lampu suluh bernyala dihalakan depan mata. C
C
TelingaBunyi
Contoh: Manusia akan menutup telinga dengan tangan serta-merta apabila terdengar bunyi yang amat kuat.
C
C
HidungBahan kimia yang mempunyai bau
Contoh: Manusia dapat mengesan bau makanan dari dapur. C
C
LidahBahan kimia yang mempunyai rasa manis, masam, masin, dan pahit Contoh: Manusia dapat membezakan rasa makanan yang dimakan.
C
C
KulitSentuhan, panas, sejuk, sakit, dan tekanan
5. Oleh yang demikian, manusia perlu menyingkirkan bahan buangan untuk hidup sihat.
Penyahtinjaan
1. Manusia perlu penyahtinjaan secara teratur (sekurang-kurangnya dua kali seminggu). 2. Manusia menyahtinja untuk menyingkirkan
bahan makanan tidak tercerna daripada badan.
3. Sisa makanan tidak tercerna dalam badan boleh mengakibatkan penyakit-penyakit. 4. Oleh itu manusia perlu menyingkirkan bahan
makanan tidak tercerna untuk kekal sihat. Hasil-hasil Perkumuhan
1. Semasa mengumuh, manusia menghasilkan: (a)air kencing.
(b) peluh. (c)air.
2. Air kencing, peluh, dan udara hembusan mengandungi bahan-bahan yang tidak diperlukan lagi oleh badan.
3. Bahan-bahan ini adalah air yang berlebihan, garam mineral dan urea.
4. Air juga dikumuhkan melalui pernafasan, pemeluhan, dan air kencing.
5. Semasa menghembuskan nafas, manusia mengeluarkan udara yang mengandungi air. 6. Air tersebut adalah dalam bentuk wap air. Hasil-hasil Penyahtinjaan
1. Semasa menyahtinja, manusia menghasilkan tinja.
2. Tinja ialah sisa makanan yang tidak dicernakan oleh badan.
3. Manusia menyingkirkan tinja melalui dubur.
4.3 MANUSIA BERGERAK BALAS TERHADAP RANGSANGAN
1. Manusia mempunyai lima organ deria. 2. Organ deria dapat mengesan rangsangan. 3. Tindak balas terhadap rangsangan dapat
membantu manusia melindungi dirinya daripada bahaya.
4.4 PEMBIAKAN MANUSIA
1. Manusia tidak dapat hidup selama-lamanya. 2. Oleh itu manusia perlu membiak untuk
mengha-Peparu seorang mengha-Peparu seorang perokok bukan perokok (Bahan dalam asap
rokok menyebabkan peparu menjadi hitam)
Organ deriaRangsangan yang dapat dikesan
O
MataCahayaContoh: Manusia akan menutup mata serta-merta apabila suatu lampu suluh bernyala dihalakan depan mata. C
C
TelingaBunyi
Contoh: Manusia akan menutup telinga dengan tangan serta-merta apabila terdengar bunyi yang amat kuat.
C
C
HidungBahan kimia yang mempunyai bau
Contoh: Manusia dapat mengesan bau makanan dari dapur. C
C
LidahBahan kimia yang mempunyai rasa manis, masam, masin, dan pahit Contoh: Manusia dapat membezakan rasa makanan yang dimakan.
C
C
KulitSentuhan, panas, sejuk, sakit, dan tekanan
5.1 TABIAT YANG MEMUDARATKAN PROSES HIDUP MANUSIA
1. Tabiat tertentu mempunyai kesan buruk ke atas badan manusia.
2. Contoh tabiat-tabiat buruk adalah: (a)merokok.
(b) penggunaan alkohol. (c)mengambil dadah.
3. Semua tabiat tersebut mempunyai kesan buruk kepada proses hidup manusia.
5.2 KESAN MEROKOK KE ATAS PEPARU
1. Asap rokok mengandungi banyak bahan-bahan beracun.
2. Semasa manusia merokok, bahan-bahan beracun termendap dalam peparu.
3. Bahan-bahan ini akan merosakkan peparu dan mendatangkan kesan negatif kepada peparu dalam pengambilan masuk oksigen.
4. Merokok adalah buruk terhadap kesihatan manusia.
silkan anak dari generasi ke generasi.
3. Pembiakan memastikan penyambungan spesies manusia di dunia ini.
4. Manusia membiak melalui kelahiran anak.
Bidang Pembelajaran
2: Hidupan Menjalankan Proses HidupUNIT 5 TABIAT YANG BOLEH MENGGANGGU PROSES HIDUP
Peparu seorang Peparu seorang perokok bukan perokok (Bahan dalam asap
rokok menyebabkan peparu menjadi hitam)
Cabang keluarga bagi tiga generasi Generasi pertama Generasi kedua Generasi ketiga atuk nenek bapa saudara bapa emak abang emak saudara
5. Merokok boleh menyebabkan penyakit dan masalah kesihatan seperti:
(a)kanser peparu. (b) penyakit jantung. (c)batuk teruk.
(d) kesukaran bernafas.
5.3 DADAH DAN ALKOHOL BOLEH MELAMBATKAN GERAK BALAS SESEORANG TERHADAP RANGSANGAN 1. Mengambil dadah dan alkohol boleh membawa
keburukan kepada badan manusia.
2. Dadah dan alkohol melambatkan tindak balas seseorang terhadap rangsangan.
3. Orang yang mengambil dadah dan alkohol tidak dapat berjalan lurus.
4. Seorang pemandu mabuk atau pemandu yang khayal dadah boleh mengakibatkan kemalangan.
Pemandu yang mabuk boleh mengakibatkan kemalangan
5. Penagih dadah yang mengambil jumlah dadah berlebihan biasanya akan memendekkan hidupnya.
6. Penggunaan jumlah alkohol yang berlebihan dalam jangka masa panjang akan merosakkan hati dan otak.
5.4 KEMPEN TIDAK MENGGALAKKAN MEROKOK, PENGAMBILAN DADAH
DAN ALKOHOL
1. Kita boleh membantu dalam membanteras merokok, penagihan dadah dan penggunaan alkohol dengan menlancarkan kempen tidak menggalakkan tabiat-tabiat ini.
6.1 PERKUMUHAN DAN PENYAHTINJAAN DALAM HAIWAN
1. Perkumuhan ialah proses hidup untuk menyingkirkan hasil pembuangan daripada badan kita melalui organ perkumuhan.
2. Hasil pembuangan yang disingkirkan daripada badan dikenal sebagai hasil perkumuhan. UPSR ’04 OBJ
3. Hasil perkumuhan haiwan adalah karbon dioksida, wap air, dan air kencing.
2. Aktiviti-aktiviti dalam kempen termasuk: (a)Menjemput pegawai kesihatan untuk memberi
ceramah tentang kesan merokok, penagihan dadah, dan penggunaan alkohol.
(b)Mengadakan pertandingan poster anti merokok, penagihan dadah, dan penggunaan alkohol.
Contoh-contoh poster kempen anti merokok, penagihan dadah, dan penggunaan alkohol. (c)Mengadakan pertandingan ceramah atau
penulisan esei tentang mengapa kita harus mengelakkan merokok, penagihan dadah, dan
penggunaan alkohol.
(d)Menontong video tentang bagaimana merokok, penagihan dadah, dan penggunaan alkohol boleh menjejaskan kesihatan kita.
(e)Mengadakan pameran untuk menunjukkan bahawa merokok, penagihan dadah, dan penggunaan alkohol memudaratkan kesihatan.
4. Penyahtinjaan ialah proses hidup di mana makanan tidak tercerna, tinja disingkirkan daripada badan melalui dubur.
5. Haiwan mengumuh dan menyahtinja. Haiwan mengumuh untuk menyingkirkan hasil perkumuhan dan menyahtinja untuk
Bidang Pembelajaran 2: Hidupan Menjalankan Proses Hidup
UNIT 6 PROSES HIDUP HAIWAN
tanah lembap
menyingkirkan makanan tidak tercerna daripada badannya.
6. Haiwan berlainan akan mengumuhkan hasil perkumuhan dalam cara berlainan. Contohnya, ikan menyingkirkan hasil perkumuhan seperti karbon dioksida melalui insang. Monyet mengumuhkan hasil perkumuhan seperti karbon dioksida melalui peparu.
7. Perkumuhan dan penyahtinjaan adalah proses hidup penting untuk mengekalkan kesihatan badan.
8. Hasil perkumuhan dalah sebatian beracun. Sebatian ini boleh memudaratkan sel-sel badan jika ia tidak disingkirkan daripada badan. Tinja perlu disingkirkan untuk mengekalkan kesihatan badan.
6.2 STRUKTUR PERNAFASAN HAIWAN (UPSR’02/OBJ) 1. Haiwan bernafas untuk hidup.
2. Haiwan bernafas menggunakan struktur pernafasannya.
3. Gambar-gambar yang berikut menunjukkan struktur pernafasan haiwan tertentu.
Struktur pernafasan haiwan.
4. Struktur pernafasan untuk haiwan berlainan jenis adalah berbeza.
6.3 PEMBIAKAN DALAM HAIWAN
1. Haiwan membiak untuk memastikan kemandirian spesiesnya.
2. Haiwan berlainan membiak dengan cara yang berbeza.
3. Sesetengah haiwan melahirkan anak sementara haiwan lain bertelur.
Anak ayam menetas dari telur.
Zirafah melahirkan anak.
4. Jadual yang berikut menunjukkan sesetengah haiwan dikelaskan kepada dua kumpulan mengikut cara pembiakannya.
Melahirkan anak Bertelur Monyet Ikan paus Lembu Badak sumbu Kelawar Harimau Singa Kangaru Gajah Kucing Katak Penyu Ikan Cicak Ular Belalang Semut Labah-labah Itik Burung burung ikan belalang labah-labah katak monyet tanah lembap
6.4 KITAR HIDUP HAIWAN YANG BERBEZA
1. Haiwan boleh mempunyai kitar hidup yang berlainan.
2. Gambar-gambar yang berikut menunjukkan beberapa contoh kitar hidup haiwan.
Kitar hidup rama-rama.
Kitar hidup katak.
Kitar hidup tikus belanda.
3. Dalam setiap peringkat kitar hidup haiwan yang berlainan, terdapat perubahan saiz dan rupa bentuk badan.
4. Contohnya, pada setiap peringkat kitar hidup tikus belanda, saiz badan tikus belanda bertambah dari peringkat anak hingga ke peringkat dewasa.
5. Perubahan rupa bentuk berlaku dalam kitar hidup rama-rama. Setiap peringkat kitar hidup, daripada telur hingga ke
peringkat dewasa, perubahan bentuk berlaku dalam pertumbuhannya.
7.1 GERAK BALAS TUMBUHAN TERHADAP RANGSANGAN 1 Tumbuhan bergerak balas terhadap
rangsangan seperti air, graviti, cahaya matahari, dan sentuhan.
2
Gerak balas tumbuhan terhadap rangsangan3
hanya melibatkan sesetengah bahagiantumbuhan sahaja iaitu pucuk, akar, atau daun.
Gerak Balas Tumbuhan terhadap Air 1 Akar tumbuhan akan bertumbuh ke arah
sumber air.
2 Hal ini boleh ditunjukkan melalui eksperimen yang berikut.
Awal eksperimen.
Akhir eksperimen.
Di akhir eksperimen, akar anak pokok tumbuh ke arah sumber air.
Gerak balas Tumbuhan terhadap Graviti (UPSR’04 /OBJ) 1 Pucuk tumbuhan akan bertumbuh ke arah
graviti.
2 Hal ini boleh ditunjukkan melalui eksperimen di bawah.
Bidang Pembelajaran 2: Hidupan Menjalankan Proses Hidup
UNIT 7 PROSES HIDUP TUMBUHAN
pupa dewasa larva telur telur berudu dewasa
tikus belanda selepas dilahirkan
anak tikus belanda dewasa diseram setiap hari anak pokok pasu tanah lembap selepas seminggu
anak benih akar
A B
Gerak balas tumbuhan terhadap graviti. (a) Rajah A menunjukkan susunan
radas di awal eksperimen. (b) Selepas satu minggu, akar biji
benih tumbuh ke bawah iaitu ke arah graviti seperti yang ditunjukkan pada Rajah B. Gerak balas Tumbuhan terhadap Cahaya Matahari
1 Pucuk tumbuhan akan bertumbuh ke arah cahaya matahari.
2 Hal ini boleh ditunjukkan melalui eksperimen di bawah.
P Q Gerak balas tumbuhan terhadap cahaya matahari.
(a) Rajah P menunjukkan susunan radas di awal eksperimen. (b) Selepas beberapa hari, pucuk
tumbuh dan membengkok ke arah cahaya matahari yang menyinar melalui lubang seperti yang ditunjukkan pada Rajah Q.
Gerak balas Tumbuhan terhadap Sentuhan Sesetengah tumbuhan bergerak balas terhadap sentuhan. Contohnya, daun-daun pokok semalu menguncup apabila disentuh.
Gerak balas pokok semalu terhadap sentuhan.
7.2 PEMBIAKAN DALAM TUMBUHAN
1 Tumbuhan membiak untuk memastikan kemandirian spesiesnya.
2 Tumbuhan membiak dalam pelbagai cara seperti:
(a) melalui biji benih.
durian jagung (b) melalui spora.
paku pakis cendawan
(c) melalui sulur/anak pokok.
pokok pisang nanas
(d) melalui keratan batang.
pokok ubi kayu tebu
(e) melalui daun.
Bryophyllum Begonia
(f) melalui batang bawah tanah.
kotak lubang kotak semalu daun tertutup jika disentuh spora
8.1 CIRI-CIRI KHAS DAN PERLAKUAN HAIWAN BAGI MELINDUNGI DIRI DARIPADA BAHAYA
1 Haiwan perlu melindungi dirinya daripada dimakan atau diserang oleh musuh. 2 Haiwan mempunyai ciri-ciri khas untuk
melindungi dirinya daripada musuh. Ciri-ciri khas Contoh haiwan Mempunyai sengat
berbisa Kala jengking, labah-labah Mempunyai racun
berbisa
Ular Mempunyai kuku
cengkam yang tajam Harimau, singa, helang Mempunyai duri-duri
tajam
Landak Mempunyai
cangkerang keras Kura-kura, siput, kerang Mempunyai kaki
yang panjang dan berotot
Kuda, kancil, kuda belang
Badan diliputi dengan sisik-sisik yang keras
Tenggiling, buaya
3 Sesetengah haiwan mempunyai perlakuan khas untuk melindungi dirinya daripada musuh.
Perlakuan khas Contoh haiwan Menyamar diri Sesumpah, kuda belang, kupu-kupu Hidup berkelompok Gajah, monyet Menggulungkan diri Ulat gonggok,
tenggiling Berpura-pura mati Kumbang Memancutkan
dakwat hitam Sotong Menanggalkan ekor Cicak Mengeluarkan bau
busuk
Skunk, pepijat, lipas
Ulat gonggok cicak menggolongkan menanggalkan badannya. ekornya.
8.2 CIRI-CIRI KHAS DAN PERLAKUAN HAIWAN BAGI MELINDUNGI DIRI DARIPADA CUACA YANG TERLALU PANAS DAN SEJUK (UPSR’02/ STR) 1 Haiwan juga perlu melindungi dirinya
daripada cuaca yang melampau. 2 Haiwan mempunyai ciri-ciri khas untuk
melindungi dirinya daripada cuaca yang melampau.
3 Haiwan yang hidup di kawasan yang sangat sejuk mempunyai ciri-ciri yang berikut.
(a) mempunyai bulu tebal Contohnya: beruang kutub, musang artik
(b) mempunyai lapisan lemak yang tebal di bawah kulit Contohnya: paus, penguin, anjing laut, beruang kutub
Beruang kutub 4 Unta hidup di kawasan gurun.
5 Cuaca di gurun adalah sangat panas dan kering.
6 Bagi menyesuaikan dirinya dengan persekitaran, unta mempunyai cirri-ciri yang berikut:
(a) mempunyai bonggol di atas badannya untuk menyimpan makanan dan air.
(b) mempunyai bulu untuk melindungi badannya daripada haba matahari di waktu siang. (c) mempunyai kebolehan untuk
minum banyak air
(d) mempunyai bulu mata yang panjang untuk menghalang pasir daripada memasuki mata semasa rebut pasir.
Unta
Bidang Pembelajaran 3: Haiwan dan Tumbuhan Melindungi Diri
7 Sesetengah haiwan mempunyai perlakuan khas untuk melindungi dirinya daripada cuaca yang melampau.
Perlakuan khas aiwan untuk melindungi dirinya daripada cuaca panas Perlakuan khas haiwan untuk melindungi dirinya daripada cuaca sejuk (a) berkubang dalam lumpur Contoh: badak, kerbau (a) bermigrasi daripada kawasan sejuk ke kawasan panas Contoh: burung layang-layang, bangau (b) bersembunyi di
tempat teduh atau di dalam tanah Contoh: tikus, biawak
(b) berhibernasi sepanjang musim sejuk
Contoh: beruang, tupai, tikus
8.3 CIRI-CIRI KHAS DAN PERLAKUAN HAIWAN UNTUK
MEMBOLEHKANNYA BERMANDIRI 1 Haiwan perlu melindungi dirinya daripada
bahaya dan cuaca yang melampau.
2 Oleh itu, setiap haiwan mempunyai ciri-ciri dan perlakuan khas.
3 Tanpa ciri-ciri dan perlakuan khas, haiwan mungkin akan mati apabila: (a) haiwan diserang oleh musuh. (b) terdedah kepada unsur-unsur cuaca
yang melampau.
4 Ciri-ciri dan perlakuan khas haiwan membolehkan haiwan terus bermandiri di alam ini.
9.1 CIRI-CIRI KHAS TUMBUHAN UNTUK MELINDUNGI DIRINYA DARIPADA MUSUH
1 Tumbuhan tidak dapat bergerak dari satu tempat ke satu tempat untuk melindungi dirinya daripada musuh.
2 Oleh sebab itu, tumbuhan mempunyai ciri ciri khas untuk melindungi dirinya daripada musuh.
Ciri-ciri khas
tumbuhan Contoh tumbuhan
Mempunyai batang, daun atau buah berduri
Pokok ros, durian, kaktus, nanas Mempunyai kulit
tebal dan keras
Angsana, pokok getah
Mempunyai buah, batang atau daun yang berbulu halus yang boleh menyebabkan kegatalan
Buluh, buah labu, pokok lalang
Menghasilkan susu getah
Pokok getah, pokok betik, pokok cempedak Menghasilkan bahan
beracun Sesetengah jenis keladi
pokok ros pokok labu 9.2 CIRI-CIRI KHAS TUMBUHAN
UNTUK MELINDUNGI DIRINYA DARIPADA KEHILANGAN AIR YANG BERLEBIHAN
1 Semasa cuaca panas, tumbuhan cenderung kehilangan banyak air ke persekitaran. 2 Tumbuhan kehilangan air melalui daun. 3 Oleh itu, daun sesetengah tumbuhan
disesuaikan dengan ciri-ciri khas untuk mengurangkan kehilangan air yang berlebihan.
4 Contohnya:
(a) pokok rhu mempunyai daun berbentuk jarum.
(b) pokok tembikai dan pokok labu mempunyai daun yang berbulu
(c) pokok keladi dan pokok pandan
mempunyai daun yang berlilin yang kalis air.
MELAYARI INTERNET
http://www.sciencemadesimple.com/animasl. html
Bidang Pembelajaran 3: Haiwan dan Tumbuhan Melindungi Diri
UNIT 9 TUMBUHAN MELINDUNGI DIRI
duri
bulu halus
(d) pokok pisang dan pokok jagung menggulungkan daun pada cuaca panas.
(e) pokok getah meluruhkan daun pada musim kering.
pokok getah pokok keladi 5. Pokok kaktus hidup di gurun yang sangat
panas dan kering.
6. Untuk mengelakkan kehilangan air yang berlebihan, kaktus mempunyai ciri-ciri khas seperti yang berikut:
(a) daun kecil berbentuk duri untuk mengurangkan kehilangan air. (b) batang yang boleh menyimpan air (c) akar yang panjang untuk menyerap air ke
dalam tanah
Kaktus mempunyai akar yang panjang untuk menyerap air ke dalam tanah
9.3 CIRI-CIRI KHAS TUMBUHAN UNTUK MELINDUNGI DIRI DARIPADA ANGIN KENCANG
1. Apabila tumbuhan ditiup angin kencang, tumbuhan cenderung tumbang.
2. Untuk mengelakkan hal ini daripada berlaku, tumbuhan mempunyai ciri-ciri khas untuk melindungi diri daripada angin kencang.
(a) Mempunyai akar sokongan
pokok beringin (b) Mempunyai akar banir
pokok semarak api
(c) Mempunyai batang yang mudah melentur
pokok buluh
(d) Mempunyai daun yang berbentuk jarum
pokok ru MELAYARI INTERNET http://www.units.muohio.edu/dragonfly/trees .htmlx daun berlilin akar akar sokomgan akar banir daun
10.1CARA –CARA BERLAINAN UNTUK MENGUKUR PANJANG
1.
Panjang adalah jarak di antara dua titik atau dua tempat.2. Terdapat banyak cara untuk mengukur panjang.
3.
Pada zaman dahulu, orang menggunakan anggota –anggota badan untuk mengukur panjang.4. Gambar –gambar berikut menunjukkan beberapa cara untuk mengukur panjang dengan menggunakan anggota-anggota badan kita.
Cara-cara untuk mengukur panjang dengan menggunakan anggota-anggota badan
5.
Pengukuran panjang dengan menggunakananggota badan adalah tidak tepat kerana orang berbeza mempunyai saiz badan yang berbeza.
6. Kita boleh juga menggunakan objek-objek lain seperti penyedut minuman, benang, mancis dan klip kertas untuk mengukur panjang.
Panjang buku itu adalah sama dengan 6 keping klip kertas.
Panjang kotak pensel itu adalah sama dengan 2 batang penyedut.
Tinggi meja itu adalah sama dengan 4 batang pensel, lebar meja itu adalah sama dengan 5 batang pensel.
10.2ALAT PENGUKUR DAN UNIT PIAWAI
1.
Alat pengukur seperti pembaris dan pita ukur adalah alat piawai yang digunakan untuk mengukur panjang.pita ukur pembaris
2.
Unit piawai bagi panjang yang diukur oleh pembaris ialah sentimeter ( cm) dan milimeter (mm).3. Unit piawai bagi panjang ditunjukkan seperti berikut:
4.
Panjang bagi satu garis lengkung boleh diukur dengan menggunakan benang dan pembaris.5. Jadual berikut menunjukkan alat pengukur yang sesuai digunakan untuk mengukur panjang bagi objek yang berbeza. Panjang yang
diukur Alat pengukur Unit piawai
10 milimeter = 1 sentimeter
100 sentimeter = 1 meter
1 000 meter = 1 kilometer
Bidang Pembelajaran 4: Pengukuran
UNIT 10 MENGUKUR PANJANG
langkah
depa
kaki hasta
Ibu jari
Panjang bagi sebatang pensel
Pembaris Milimeter dan sentimeter Panjang bagi sebuah meja guru Pembaris meter, Pembaris setengah meter Meter Lebar dan panjang bagi sebuah bilik darjah Pembaris meter, pita ukur Meter Tinggi bagi
seorang murid Pembaris meter, pita ukur
Meter
10.3TEKNIK PENGUKURAN PANJANG YANG BETUL
1. (a) Gambar di bawah ini menunjukkan teknik pengukuran panjang yang betul bagi suatu objek.
Teknik pengukuran panjang yang betul bagi sebatang pensel.
(b) Mata patut diletakkan secara tegak di atas tanda yang dibaca.
2. Untuk mengukur panjang garis lengkung, letakkan benang disepanjang garisan itu. Kemudian luruskan benang tadi dan ukur panjangnya menggunakan pembaris.
Teknik pengukuran panjang yang betul bagi suatu garis lengkung
4. Panjang bagi objek-objek lain seperti sebiji bola atau sebuah kereta mainan boleh diukur secara tepat dengan menggunakan sebatang pembaris dan dua blok kayu.
Teknik pengukuran panjang yang betul bagi sebuah kereta mainan.
11.1 KONSEP BAGI LUAS
1.
Luas bagi sesuatu permukaan adalah saiz bagi permukaan itu.2. (a) Gambar-gambar yang berikut
menunjukkan dua bentuk yang berbeza, iaitu suatu segi empat sama dan suatu segi empat tepat.
segi empat sama segi empat tepat
(b) Berdasarkan gambar-gambar tersebut, segi empat tepat mempunyai luas yang lebih besar daripada segi empat sama. (c) Ini dapat dibuktikan dengan
menggunakan kad-kad yang setiapnya dapat mengukur 1 cm x 1 cm ( 1 cm 2)
(d) Isikan segi empat sama dan segi empat tepat itu dengan kad-kad 1 cm2 ini dan
kira jumlah bilangan kad yang digunakan.
(e) Segi empat sama itu akan menggunakan empat keping kad 1 cm2 ini manakala
segi empat tepat itu akan menggunakan enam keping.
Bidang Pembelajaran 4: Pengukuran
UNIT 11 MENGUKUR LUAS
kedudukan mata yang salah kedudukan mata yang salah kedudukan mata yang betul pensel garis lengkung benang
blok kayu kereta mainan
pembaris blok kayu 2 cm 2 cm 2 cm 3 cm
(f) Perhatikan bahawa jumlah bilangan kad yang digunakan untuk mengisi suatu bentuk adalah sama dengan hasil darab panjang dengan lebar bagi bentuk itu. (g) Oleh itu, untuk mengukur lebar bagi
suatu bentuk yang seragam, formula yang berikut boleh digunakan: Luas = panjang x lebar
3. Luas sesuatu permukaan diukur oleh alat berunit piawai.
4. Luas bagi suatu permukaan yang kecil diukur dalam milimeter persegi ( mm2 )
atau sentimeter persegi ( cm2).
5. Luas bagi suatu permukaan yang besar diukur dalam meter persegi ( m 2 ) atau
kilometer persegi ( km2).
Contoh 1
Gambar yang berikut menunjukkan suatu segi empat tepat yang mempunyai panjang 5 cm dan lebar 4 cm. Hitungkan luas bagi segi empat tepat itu.
Penyelesaian
Luas = panjang x lebar = 5 cm x 4 cm = 20 cm2
Contoh 2
Kemudian isikan segi empat tepat di atas dengan kad-kad yang setiapnya mengukur 1 cm2. Berapakah keping kad yang
digunakan ?
Penyelesaian
Bilangan kad 1 cm2 yang digunakan
= 20 keping = 20 cm2
11.2TEKNIK PENGUKURAN LUAS YANG BETUL
1. Pada asasnya, untuk mengukur saiz bagi segi empat sama atau segi empat tepat, gunakan formula yang berikut:
2. Contoh-contoh yang berikut menunjukkan kiraan luas.
Contoh 1
Hitungkan luas bagi bentuk di bawah ini.
Penyelesaian
Luas bagi segi empat sama A = 3 cm x 3 cm
= 9 cm2
Luas bagi segi empat tepat B = 3 cm x 2 cm
= 6 cm2
Luas bagi bentuk itu
= Luas bagi segi empat sama A + Luas bagi segi empat tepat B
= 9 cm2 + 6 cm2
= 15 cm2
Contoh 2
Hitungkan luas bagi kawasan berlorek di bawah ini.
Penyelesaian
Luas= panjang x lebar = 1 cm x 1 cm = 1 cm2
Luas = panjang x lebar
4 cm 5 cm 1 cm 1 cm 3 cm 3 cm 3 cm 2 cm B A 1 cm 1 cm
Luas = 25 segi empat sama = 25 x 1 cm2+
= 25 cm2
12.1 Menyukat Isi Padu Pepejal 1. Isi padu ialah saiz sesuatu ruang.
2. Objek yang lebih besar mempunyai isi padu yang lebih besar.
3. (a) Rajah di bawah menunjukkan dua objek yang berlainan, sebuah kubus
dan kuboid.
(b) Isi padu kubus dan kuboid yang diberi diukur menggunakan kubus yang berukuran 1 cm1 cm 1 cm sebagai unit ukuran isi padu piawai.
(c) Bilangan kubus yang berukuran 1 cm 1 cm 1 cm yang mempunyai isi padu yang sama dengan kubus yang diberi dikira. Bilangan ini memberikan isi padu bagi kubus itu. Isi padu kuboid juga boleh dikira menggunakan cara yang sama.
4. Isi padu pepejal yang berbentuk seragam boleh disukat menggunakan rumus : Isi padu = panjang lebar tinggi 5. Unit piawai bagi isi padu ialah:
•
milimeter padu (mm3)•
sentimeter padu (cm3)•
meter padu (m3)Contoh
Kira isi padu objek berikut
Penyelesaian :
Isi padu = panjang lebar tinggi = 4 cm 3 cm 2 cm = 24 cm3
12.2 Menyukat Isi Padu Cecair
1. Isi padu cecair boleh disukat menggunakan alat berunit piawai seperti bikar dan silinder penyukat.
Silinder penyukat
2. Silinder penyukat biasanya digunakan untuk menyukat isi padu sesuatu cecair.
3. Silinder penyukat boleh menyukat isi padu cecair dalam unit sentimeter padu (cm3)
4. Rajah di bawah menunjukkan teknik yang betul semasa mengambil bacaan pada silinder penyukat.
1 sentimeter padu = 1 mililiter 1 cm3 = 1 ml
Bidang Pembelajaran 4: Pengukuran
UNIT 12 MENGUKUR ISI PADU
1 cm 1 cm 1 cm 4 cm 4 cm 4 cm 2 cm 8 cm kuboid kubus 4 cm 3 cm 2 cm 4 cm (X) () (x)
Cara mengambil bacaan yang betul semasa membaca isi padu cecair
5. Semasa menyukat isi padu cecair menggunakan silinder penyukat, pastikan:
(a) Silinder penyukat diletakkan di atas permukaan yang rata
(b) Bacaan diambil pada aras bahagian bawah meniskus
(c) Mata sama aras dengan bahagian bawah meniskus
13.1 Alat Pengukur dan Unit Piawai 1. Semua objek mempunyai jisim.
2. Jisim boleh diukur menggunakan alat-alat berikut:
(a) neraca tuas
(b) neraca mampatan
3. Unit piawai bagi jisim dalam sistem metrik adalah milligram (mg), gram (g) dan kilogram (kg).
4. Hubungan antara kesemua unit adalah seperti berikut:
5. Jisim yang besar diukur menggunakan neraca yang mempunyai skala yang besar dan isi padu yang kecil diukur menggunakan neraca yang mempunyai skala yang kecil.
6. Sebagai contoh, jisim sebiji tembikai diukur dalam kilogram (kg), jisim sebuah buku latihan diukur dalam gram (g) dan jisim sebatang jarum diukur dalam milligram (mg).
13.2 Teknik Mengukur Jisim yang betul
Berikut menunjukkan teknik yang betul semasa mengukur jisim menggunakan neraca mampatan. (a) Sebelum mengukur jisim sesuatu objek,
pastikan penunjuk neraca berada pada kedudukan kosong.
Penunjuk neraca ialah pada kedudukan kosong.
(b) Letakkan objek secara perlahan ke atas piring neraca. Jangan tolak neraca menggunakan objek atau jatuhkan objek secara tiba-tiba ke atas piring neraca.
Durian diletakkan perlahan-lahan ke atas piring neraca
(c) Semasa mengambil bacaan pada neraca, pastikan kedudukan mata adalah berserenjang dengan kedudukan skala. 1 kilogram (kg) = 1000 gram (g)
1 gram (g) = 1000 miligram (mg)
Bidang Pembelajaran 4: Pengukuran
UNIT 13 MENGUKUR JISIM
Contoh
Bacaan awal = 0 kg
Bacaan akhir = 5 kg
Jadi, jisim bagi empat buah buku = 5 kg
14.1 Cara yang Berbeza untuk Mengukur Masa
1. Masa ialah tempoh antara dua ketika. 2. Masa boleh diukur berasaskan proses
yang berulang secara seragam.
3. Proses yang ditunjukkan berulang secara seragam, jadi proses ini boleh digunakan untuk mengukur masa.
Proses yang berulang secara seragam 14.2 Alat Pengukur dan Unit Piawai
1. Pada zaman dahulu, manusia menggunakan proses yang berulang secara seragam untuk mengukur masa.
2. Berdasarkan prinsip ini, mereka telah mereka cipta alat untuk mengukur masa.
3. Alat-alat di bawah digunakan oleh manusia pada zaman dahulu untuk mengukur masa.
Jam yang digunakan pada zaman dahulu untuk mengukur masa
4. Pada masa sekarang, jam yang berunit piawai dicipta untuk mengukur masa. 5. Unit piawai bagi masa ialah :
(a) saat
Bidang Pembelajaran 4: Pengukuran
UNIT 14 MENGUKUR MASA
kedudukan mata yang betul
ayunan bandul
titisan air denyutan nadi
jam matahari
jam pasir
(b) minit (c) jam
6. Semua unit piawai ini membolehkan kita mengukur masa dengan tepat.
7. Hubungan antara semua unit masa adalah seperti berikut:
8. Jam yang ditunjukkan di bawah digunakan pada zaman sekarang untuk mengukur masa.
Jam yang digunakan pada zaman sekarang 9. Jam randek digunakan untuk mengukur
masa yang pendek dengan tepat.
(a) Ja, randek menyukat masa dalam saat dan minit
(b) Jam randek selalu digunakan di dalam makmal dan pertandingan sukan.
15.1 Keperluan Menggunakan Unit Piawai 1. Pada zaman dahulu, manusia tidak
menggunakan unit piawai untuk mengukur kuantiti fizikal seperti panjang, jisim, isi padu dan masa.
2. Mereka menggunakan anggota badan mereka untuk mengukur kuantiti fizikal. 3. Sebagai contohnya mereka menggunakan
jengkal dan depa untuk mengukur panjang. 4. Kaedah-kaedah ini menghasilkan ukuran
yang berbeza bagi setiap individu. 5. Tanpa unit piawai, ahli sains tidak dapat
berkongsi ilmu pengetahuan mereka atau berbincang mengenai penemuan mereka.
6. Oleh sebab itu, penggunaan unit piawai adalah penting dalam kehidupan harian. 7. Jadual berikut menunjukkan kuantiti fizikal
dan unit piawainya.
Kuantiti Fizik Unit Piawai
Panjang Meter (m)
Luas Meter persegi (m2)
Isi padu Meter padu (m3)
Jisim Kilogram (kg)
Masa Saat (s)
16.1 Pengelasan Objek Berdasarkan Bahan Buatannya
1. Sekeliling kita terdapat pelbagai jenis objek. 2. Objek-objek ini diperbuat daripada pelbagai
bahan.
3. Jadual berikut menunjukkan pengelasan
objek berdasarkan bahan buantannya. 60 saat = 1 minit
60 minit = 1 jam 24 jam = 1 hari
Bidang Pembelajaran 4: Pengukuran
UNIT 15 KEPENTINGAN MENGGUNAKAN UNIT PIAWAI
Bidang Pembelajaran 5: Sifat-sifat Bahan
UNIT 16 SIFAT-SIFAT BAHAN
jam dinding jam randek
jam digital jam tangan
Bahan Contoh objek
Kaca Guli, botol, cermin, pinggan, mentol, pasu, cermin kereta, mangkuk Getah Pemadam, tayar, tilam, gelang getah,
belon, sarung tangan, bola, selipar 16.2 SIFAT-SIFAT BAHAN
1. Bahan yang berlainan mempunyai sifat-sifat yang berbeza.
2. Sifat-sifat beberapa bahan ditunjukkan di bawah.
Sifat Bahan
Mengkonduksikan tenaga
e-lektrik Logam
Mengkonduksikan haba Logam, kaca Terapung di atas air Kayu, plastik Menyerap air Kain, kertas Boleh diregangkan Getah Membenarkan cahaya
mela-luinya
Plastik, kaca
Konduktor dan Penebat
1.
Konduktor adalah bahan yangmembenarkan tenaga elektrik dan haba untuk melaluinya dengan mudah.
2.
Penebat adalah bahan yang tidakmembenarkan tenaga elektrik untuk melaluinya. Penebat juga tidak membenarkan haba
melaluinya dengan cepat.
3.
Kebiasaannya konduktor adalah logam seperti besi, emas, perak, aluminium, dan kuprum.4.
Penebat adalah bukan logam seperti getah, kayu, plastik dan kaca.5. Jadual berikut memberikan contoh-contoh konduktor dan penebat.
Konduktor Penebat
Kunci, syiling, jarum, paku, klip kertas, paku tekan, cincin emas, pembaris keluli, dawai, sudu keluli
Kertas, kain, pembaris plastik, penyedut minuman, rod kaca, benang, gelang getah, pemadam, beg plastik Objek Lut Sinar, Lut Cahaya dan Legap (UPSR’04/O BJ)
1. Sesetengah bahan membenarkan cahaya untuk melaluinya, tetapi sesetengahnya tidak. 2. Berdasarkan kepada sifat ini, bahan-bahan boleh dikelaskan kepada tiga kumpulan, iaitu: bahan lut sinar.
bahan lut cahaya bahan legap
Bahan lut sinar Bahan lut cahaya Bahan legap
Bahan yang membenarkan seluruh cahaya malaluinya
Bahan yang membenarkan hanya sebahagian cahaya melaluinya
Bahan yang tidak membenarkan sebarang cahaya untuk
melaluinya Objek boleh dilihat dengan jelas
melalui bahan lut sinar Objek boleh dilihat dengan samar-samar melalui bahan lut cahaya
Objek tidak boleh dilihat melalui bahan legap Contoh:
Bikar, silinder penyukat, Contoh:Cermin tingkap, kertas surih, Contoh:Tuala, buku, tin aluminium, Bahan Contoh objek
Kayu Pensil, katil, meja, kerusi, rumah, almari, kertas, bot, buku
Plastik Botol, sudu, garpu, pinggan, cawan, pen, pembaris, penyedut minuman, baldi, bakul, alat mainan
Logam Kunci, paku, pisau, gunting, senduk, periuk, sudu, barang kemas, dawai kokot
kepingan lut sinar kertas tisu sapu tangan 16.3MENGAPLIKASIKAN PENGETAHUAN
TENTANG SIFAT BAHAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN
1. Pengetahuan tentang sifat bahan boleh memanfaatkan kita dalam pelbagai cara. 2. Dalam kehidupan seharian, kita menggunakan
penebat haba untuk mengekalkan kepanasan atau kesejukan benda.
3. Gambar dibawah menunjukkan cara untuk mengekalkan kepanasan benda.
Bekas polisterina mengekalkan kepanasan makanan dan susu.
Membalut botol susu dengan tuala mengekalkan kepanasan susu.
Dinding kaca, lapisan vakum, dan penutup plastik dalam kelalang termos mengekalkan kepanasan air.
4. Gambar di bawah menunjukkan Cara untuk mengekalkan kesejukan benda.
Kotak polisterina menghalang ais daripada melebur dengan mudah. Ini boleh digunakan untuk mengkalkan kesejukan minuman dan ikan.
Melapisi ais dengan habuk kayu mengekalkan kesejukan ais, jadi ais tidak melebur dengan mudah.
16.4KEGUNAAN BAHAN BERDA-SARKAN SIFAT MEREKA
1. Bahan yang berbeza mempunyai sifat yang berbeza.
2. Apabila memilih bahan untuk membuat sesuatu objek, kita sepatutnya mempertimbangkan sifat-sifat bahan.
3.
Contoh:
Objek Bahan Sifat
Kuali Logam • Keras dan kuat
• Tidak menyambar api
• Mengkonduksikan haba, jadi makanan boleh dimasak dengan lebih cepat
Plastik • Ringan
• Menebat haba, jadi pemegang tidak panas dengan mudah
Tuala Kapas • Lembut
• Menyerap air makanan susu panas bekas polisterina tuala air panas penyumbat plastik dinding kaca vakum minuman sejuk kotak polistirena ais
ais habuk kayu
plastik
Jendela Kaca • Keras
• Tidak menyerap air
• Membenarkan cahaya melaluinya
• Tidak tergores dengan mudah
17.1BAHAN SEMULA JADI DAN BAHAN BUATAN MANUSIA
1. Terdapat berjuta-juta bahan yang berguna kepada manusia.
2. Manusia menggunakan beberapa bahan untuk mencipta objek baru.
3. Semua objek dan benda yang digunakan oleh manusia adalah diperbuat daripada bahan semula jadi dan bahan buatan manusia.
4. Sesetengah objek berasal daripada kedua-duanya: bahan semula jadi dan buatan manusia.
5. Bahan semula jadi berasal daripada tanah, batuan, tumbuhan, haiwan dan logam. 6. Bahan semula jadi tidak dibuat oleh manusia.
Objek Bahan semula jadi
Kerusi Kayu
Tilam Getah
Syiling Logam
Beg tangan Kulit Pasu bunga Tanah liat
Skaf Sutera
Baju sejuk Bulu
7. Bahan buatan manusia adalah bahan semula jadi yang diproses menjadi bahan baru.
Objek Bahan buatan manusia
Pembaris Plastik Botol plastik Pinggan plastik/kaca Cawan plastik/kaca
Jala Nilon
Stoking Kain sintetik
17.2KEPERLUAN UNTUK MEMULIHARA BAHAN
1. Semua objek diperbuat daripada bahan semula jadi atau bahan buatan manusia 2. Penggunaan bahan-bahan ini secara berterusan akan menyebabkan kuantiti bahan-bahan ini berkurangan.
3. Oleh sebab itu, kita perlu memulihara bahan-bahan ini kerana bahan semula jadi dan bahan buatan manusia adalah terhad dan mungkin kehabisan jika tiada usaha untuk memuliharakannya.
4. Berikut adalah beberapa cara untuk memelihara bahan.
i. Guna semula ii. Kitar semula iii. Mengurangkan
5. Guna semula bermaksud mengguna semua objek sekali lagi.
6. Kitar semula bermaksid memproses semua objek buangan kepada objek baru. 7. Mengurangkan bermaksud menghadkan penggunaan objek yang diperbuat daripada bahan semula jadi dan bahan buatan manusia.
8. Contoh objek yang boleh diguna semula ditunjukkan dalam jadual di bawah.
Objek Kegunaan baru
Botol dan tin plastik • Bekas air
• Pasu
• Bekas pen
Tayar buruk • Barang perhiasan
• Tempat pembiakan ikan
9. Jadual di bawah menunjukkan beberapa objek yang kita boleh kitar semula.
Objek lama Objek baru
UPSR ’03 OBJ
Bidang Pembelajaran 5: Sifat-sifat Bahan
UNIT 17 KEPENTINGAN DALAM MENGGUNA ,
MENGURANG, DAN MENGITAR SEMULA BAHAN
guli kaca biji saga
10. Berikut adalah beberapa faedah daripada kitar semula, guna semula dan pengurangan.
i. Boleh menyelamatkan hutan
ii. Boleh menyelamatkan sumber bahan kita
iii. Boleh menjimatkan sumber tenaga kita
iv. Boleh mengurangkan pencemaran
18.1OBJEK BERKARAT DAN OBJEK TIDAK BERKARAT
1. Sesetengah objek berkarat selepas dibiarkan beberapa lama tetapi sesetengah objek pula tidak berkarat.
2. Karat terbentuk kerana tindak balas sesetengah logam dengan air dengan kehadiran udara.
3. Objek-objek yang diperbuat daripada besi boleh berkarat.
4. Objek- objek yang diperbuat daripada kayu, kulit, kaca, plastik dan tanah tidak boleh berkarat.
5. Jadual di bawah menunjukkan beberapa contoh objek –objek yang boleh berkarat dan objek –objek yang tidak boleh berkarat. Objek yang boleh
berkarat
Objek yang tidak boleh berkarat Pintu pagar Sudu plastik Pisau cukur Pinggan kaca
Paku Pasu seramik
Cangkul Kerusi kayu
tin Cincin emas
Nat dan palang Kertas surat khabar 6. Karat ialah bahan perang – kemerahan
yang terbentuk pada permukaan sesuatu objek.
18.2 FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN PENGARATAN
1. Pengaratan hanya akan berlaku apabila suatu objek itu terdedah kepada air dan udara. 2. Pengaratan tidak akan berlaku apabila salah satu antara tersebut tidak hadir.
Susunan radas di dalam eksperimen untuk mengkaji faktor –faktor pengaratan.
Keputusan eksperimen Tabung
uji Keputusan kehadiranAir Udara
A Berkarat √ √ B Tidak berkarat √ × C Tidak berkarat × √ D Tidak berkarat × × E Berkarat √ √
18.3 BEBERAPA CARA MENCEGAH PENGARATAN DAN FAEDAHNYA Beberapa Cara Mencegah Pengaratan 1. Pengaratan sesuatu objek dapat dicegah.
Hal ini dapat dilakukan dengan mencegah air dan udara dari bersentuhan dengan objek.
2. Antara cara –cara untuk mencegah pengaratan:
(a) mengecat
(b) menyalut objek dengan logam lain yang tidak berkarat
(c) menyapu objek dengan gris, minyak dan tar
(d) menyalut objek dengan bahan yang tidak berkarat seperti plastik dan kertas (e) menggalvani dengan zink
Bidang Pembelajaran 5: Sifat-sifat Bahan
UNIT 18 BAHAN-BAHAN BERKARAT
paku air
air
didih minyak kalsium klorida kontang
udara
minyak
Matahari
Zuhrah Marikh
asteroid Pluto
Neptun Musytari
Utarid Bumi Uranus
Zuhal
guli kaca biji saga
Mengecat pagar besi
Faedah Mencegah Pengaratan
1. Pengaratan menyebabkan objek mudah rosak.
2. Objek yang berkarat rapuh dan mudah patah.
3. Oleh itu, banyak wang diperlukan untuk membaiki objek yang berkarat.
4. Mencegah pengaratan banyak kelebihannya kerana:
(a) membuatkan objek logam lebih cantik (b) ia mencegah objek logam dari kelihatan
haus dan reput.
(c) boleh mengelak dari kemungkinan mendapat penyakit tetanus.
19.1 JUZUK-JUZUK SISTEM SURIA 1. Matahari adalah suatu bintang. Matahari
terletak di tengah-tengah di dalam sistem solat.
2. Planet-planet adalah objek yang mengelilingi Matahari pada jarak yang berbeza.
3. Terdapat sembilan planet di dalam sistem solar.
4. Planet-planet disusun mengikut jaraknya dari Matahari iaitu Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus, Neptun, dan Pluto.
5. Rajah di bawah menunjukkan sembilan planet yang mengelilingi sistem solar.
Sembilan planet yang mengelilingi Matahari di dalam Sistem Suriar.
6. Tarikan daripada daya graviti Matahari mengekalkan semua planet di dalam orbit masing-masing.
7. Semua planet bergerak di dalam orbit bujur.
8. Lebih jauh suatu planet dari Matahari, maka lebih besar orbit planet tersebut.
9. Selain dari planet-planet, sistem solar juga terdiri daripada objek yang lain seperti
satelit semula jadi, asteroid, meteor dan komet.
Satelit Semula jadi
1. Bulan adalah satelit semula jadi kerana ia adalah objek semula jadi yang mengelilingi planet- planet.
2. Planet-planet mempunyai bilangan satelit semula jadi yang berbeza yang mengelilinginya.
Planet Bilangan satelit semula jadi Utarid 0 Zuhrah 0 Bumi 1 Marikh 2 Musytari 16 Zuhal 23 Uranus 15 Neptun 8 Pluto 1 Asteroid
1. Asteroid adalah batu –batu kecil atau objek berlogam yang banyak bertaburan di dalam sistem solar.
2. Asteroid banyak dijumpai di dalam lingkaran yang terletak di antara orbit Marikh dan Musytari.
Bidang Pembelajaran 6: Sistem Suria
UNIT 19 SISTEM SURIA
Musytari Asteroid
Marikh
bola jaring guli kaca
biji saga
Lingkaran asteroid Meteor
1. Meteoroid adalah batu yang kecil atau objek berlogam yang terapung di angkasa lepas. 2. Meteor adalah coreng cahaya yang
dihasilkan apabila meteoroid memasuki lapisan atmosfera Bumi.
Meteor
3. Meteoroid adalah objek semula jadi dari angkasa lepas yang menghentam
permukaan planet Bumi atau planet –planet yang lain.
4. Meteoroid yang menghentam permukaan Bumi akan membentuk kawah . Contoh kawah ialah yang terdapat di Arizona, Amerika Syarikat.
Komet
1. Komet adalah ketulan-ketulan kecil ais dan debu yang terdapat pada orbit yang mengelilingi Matahari.
2. Komet mempunyai kepala dan ekor yang panjang.
3. Sesetengah komet bersinar dengan cahaya yang istimewa apabila mereka menghampiri Matahari dan ais terbakar sebagai gas yang membentuk ekor sehingga mencapai 300 juta km panjang.
19.2 HUBUNG KAIT ANTARA SAIZ DENGAN JARAK BUMI, BULAN, DAN MATAHARI
1. Matahari adalah lebih besar dari Bumi dan Bulan.
2. Matahari kelihatan lebih kecil di langit kerana ia terletak sangat jauh dari Bumi manakala Bulan kelihatan lebih besar berbanding Matahari kerana Bulan terletak lebih hampir dengan Bumi.
3. Jarak antara Matahari dan Bumi adalah lebih kurang 150 juta kilometer, sementara jarak antara Bulan dan Bumi ialah lebih kurang 384 000 kilometer.
4. Diameter Matahari ialah 110 kali ganda lebih besar dari Bumi dan 400 kali ganda lebih besar dari diameter Bulan.
5. Bumi lebih kurang 50 kali ganda lebih besar dari Bulan. Diameter Bulan ialah ¼ daripada diameter Bumi.
6. Saiz Bulan, Bumi dan Matahari adalah dalam nisbah yang berikut:
7. Rajah di bawah menunjukkan perbandingan antara saiz Bumi, Bulan, dan Matahari.
Bulan Bumi Matahari Perbandingan antara saiz Bumi, Bulan, dan Matahari
19.3 MENGHARGAI KEDUDUKAN BUMI YANG IDEAL DI DALAM SISTEM SURIA
1. Jarak antara Bumi dari Matahari adalah adalah sangat sesuai untuknya menerima tenaga haba yang cukup untuk menyokong kehidupan.
2. Planet yang lain samada menerima terlalu banyak haba atau terlalu sedikit haba. 3. Permukaan Bumi mengandungi bekalan air
yang cukup untuk benda hidup meneruskan kehidupannya.
4. Bumi juga mengandungi gas di dalam komposisi yang sesuai untuk menyokong kehidupan.
5. Setakat ini, hanya Bumi sartu-satunya planet di dalam sistem solar yang mengandungi benda hidup.
6. Hal ini adalah kerana Bumi satu-satunya planet yang terdapat air, udara dan haba yang sesuai untuk benda hidup meneruskan kehidupan.
20.1HAD KEUPAYAAN MANUSIA DAN PERALATAN UNTUK
Bulan : Bumi : Matahari 1 : 4 : 400
Bidang Pembelajaran 7: Teknologi
UNIT 20 KEPENTINGAN TEKNOLOGI DALAM KEHIDUPAN
SEHARIAN
MENGATASINYA(UPSR’00/OBJ) 1. Manusia berupaya untuk melakukan
pelbagai aktiviti dengan menggunakan otak, anggota badan dan organ deria. 2. Walau bagaimanapun, terdapat had
keupayaan pada manusia untuk melakukan kerja.
3. Had keupayaan pada manusia antaranya termasuklah:
(a) tidak mampu mengingati semua senarai nombor-nombor telefon tanpa
menulisnya.
(b) tidak mampu untuk melompat mencecah syiling dan menyentuhnya (c) tidak mampu untuk membaca tulisan
yang sama dari jarak yang berbeza. 4. Manusia menggunakan kepandaian mereka
untuk mengatasi had keupayaan. 5. Jadual berikut menunjukkan beberapa
contoh peralatan
yang digunakan untuk mengatasi had keupayaan manusia.
Peralatan diatasi oleh peralatan Had keupayaan yang tersebut Kanta pembesar Membolehkan seseorang
melihat objek dengan lebih jelas
Mikroskop Membolehkan seseorang memerhatikan sesuatu objek secara teliti
Mikrofon dan
pembesar suara Membolehkan seseorang bercakap dengan kuat
Peralatan
Had keupayaan yang diatasi oleh peralatan
tersebut untuk didengari pada jarak yang jauh
Basikal
Kereta
Kapal terbang
Membolehkan seseorang bergerak pada jarak yang jauh
Teleskop Membolehkan seseorang melihat objek yang berada sangat jauh
Kalkulator/ mesin
kira-kira Membolehkan seseorang melakukan pengiraan dengan lebih cepat dan lebih tepat
21.1 PERKEMBANGAN TEKNOLOGI 1. Teknologi berkembang dengan peredaran
masa.
2. Manusia mencipta banyak peralatan untuk membantu mereka melakukan kerja seharian.
3. Perkembangan teknologi mengubah kehidupan manusia dalam bidang komunikasi, pengangkutan, pertanian dan pembinaan.
Bidang pembelajaran 7: Teknologi
Perkembangan Teknologi dalam Komunikasi
Memukul gendang Menggunakan burung Penciptaan telefon oleh Penciptaan telefon merpati sebagai utusan Alexander Graham Bell selular
Perkembangan Teknologi dalam Pengangkutan Darat
Penggunaan penggelek Penciptaan roda dan gandar Penciptaan kereta Udara
Belon udara panas “Flyer” Kapal terbang moden Air
Rakit Kapal layar Kapal moden
Perkembangan Teknologi dalam Pertanian
Menggunakan cangkul untuk Menggunakan haiwan Menggunakan jentera Membuat lubang untuk membajak pembajak moden
Perkembangan Teknologi dalam Pembinaan Bangunan
Gua Pondok Rumah papan Banglo (rumah batu) Jambatan
Jambatan ringkas Jambatan kayu Jambatan konkrit
21.2 PENYELESAIAN MASALAH YANG DIHADAPI MANUSIA DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN
1. Manusia menghadapi banyak masalah dalam kehidupan seharian.
2. Walau bagaimanapun, masalah-masalah tersebut boleh diatasi dengan menggunakan teknologi.
3. Bincangkan masalah-masalah yang dihadapi dalam kehidupan seharian, terutamanya di sekolah. Cuba selesaikan masalah tersebut dengan melakukan aktiviti yang berikut.
21.3 KEBAIKAN DAN KEBURUKAN TEKNOLOGI KEPADA MANUSIA 1. Teknologi mempunyai kebaikan dan
keburukan.
2. Manusia perlu menggunakan teknologi secara bijaksana supaya ia memberikan kebaikan.
3. Perkembangan teknologi boleh
memudaratkan manusia jika teknologi tidak digunakan secara bijaksana.
Kebaikan Teknologi
1. Perkembangan teknologi membantu manusia dengan memudahkan sesuatu kerja dilakukan.
2. Teknologi telah mengubah kehidupan manusia.
3. Perkembangan teknologi dalam kesihatan dan perubatan telah meningkatkan taraf kesihatan manusia.
4. Perkembangan teknologi menjadikan komunikasi antara dua individu yang berada jauh lebih mudah dan lebih cepat.
5. Lebih banyak kerja yang tidak dapat dilakukan oleh manusia sebelum ini dapat dilakukan dengan lebih mudah disebabkan penciptaan lebih banyak mesin.
6. Perkembangan teknologi dalam bidang angkasa lepas membantu manusia mengkaji dan memahami angkasa lepas.
Keburukan Teknologi
1. Perkembangan teknologi bermaksud lebih banyak peralatan dan mesih dicipta dan digunakan dalam pelbagai bidang. Oleh AKTIVITI
1. Kenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid-murid dalam kehidupan seharian, seperti kehilangan pensil atau pen setiap masa ataupun ketidakmampuan untuk mengawal habuk yang berterbangan semasa membersihkan papan hitam. 2. Lakukan sesi sumbang saran bagi
menyelesaikan masalah yang telah dikenal pasti.
3. Reka dan bina alat untuk menyelesaikan masalah yang telah dikenal pasti.
4. Gunakan bahan-bahan yang dikitar semula untuk membuat alat tersebut.
sebab itu, peralatan moden dan mesin menggantikan manusia di tempat kerja. Hal ini menyebabkan lebih ramai kehilangan kerja.
2. Jika teknologi ketenteraan tidak dikawal, lebih banyak senjata yang berbahaya dan bom nuklear akan dicipta dan lebih ramai manusia akan terbunuh di medan
peperangan.
3. Perkembangan teknologi juga boleh menyebabkan peningkatan masalah sosial terutamanya di bandar-bandar besar. 4. Dengan perkembangan teknologi, lebih
banyak kilang akan dibina. Aras pencemaran akan meningkat.
5. Perkembangan teknologi juga boleh menyebabkan manusia menjadi lebih malas kerana lebih banyak kerja dilakukan oleh mesin atau robot.