• Tidak ada hasil yang ditemukan

Amali 1 Awan Dan Cuaca

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Amali 1 Awan Dan Cuaca"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

AMALI 1

MENGKAJI AWAN DAN CUACA TAJUK

Awan dan cuaca.

TUJUAN

Mengkaji jenis-jenis awan yang terbentuk di langit dan membuat ramalan cuaca.

PENGENALAN

Awan merupakan gumpalan wap air yang terapung di atmosfera. Udara panas mengandungi lebih banyak wap air, justeru, udara panas yang sarat dengan air ini akan naik tinggi dan apabila tiba di satu lapisan yang mempunyai suhu yang lebih rendah, wap itu akan mencair dan awan akan terbentuk. Suhu udara tidak berubah, tetapi keadaan atmosfera adalah lembap. Udara tersebut semakin lama akan menjadi semakin tepu dengan wap air. Wap air itu akan mencair dan membentukkan molekul-moleku air yang sangat banyak dan dikenali sebagai awan.

Apabila awan telah terbentuk, titik-titik air dalam awan akan menjadi semakin besar dan awan itu akan menjadi semakin berat. Awan hanya akan menampung wap-wap air sehingga batasan yang tertentu dan apabila keberatan wap-wap-wap-wap air telah membatas batasan maksimum, maka titik-titik air tersebut akan terus jatuh kebawah menghasilkan fenomina yang dikenali sebagai hujan.

Seterusnya awan boleh diklasifikasikan kepada 4 kumpulan iaitu awan peringkat rendah, awan peringkat pertengahan, awan peringkat tinggi dan awan menegak. Kumpulan awan peringkat rendah merupakan awan yang berada pada ketinggian kurang daripada 2,000 meter. Antara jenis awan rendah ialah awan stratus, kolumbus dan komulunimbus. Kumpalan awan peringkat pertengahan pula berada pada ketinggian 2,00 hingga 5,000 meter. Antara jenis awan pertengahan iaitu Altrostratus dan Altrokumulus. Kumpulan awan peringkat tinggi pula merupakan awan yang berada pada ketianggian melebihi 6,000m.Terdapat tiga jenis awan pada kumpulan Awan tinggi

(2)

ini termasuklah Awan Sirus, Sirostratus dan Sirokumulus. Kumpulan awan terakhir iaitu awan menegak. Awan menegak tidak dikategori melalui ketinggian. Hal ini adalah kerana pertambahan saiz awan ini secara selari, dan puncaknya juga mampu mencapai ketinggian pada kategori awan tinggi. Kejadian rupa bentuk awan sangat dipengaruhi oleh keadaan cuaca. Bentuknya akan berubah-ubahmengikut keadaan cuaca. Perubahan bentuk dan jenis-jenis awan ini sentiasa berubah. Bentuk dan jenis awan ini juga dapat digunakan untuk meramal keadaan cuaca pada masa dan hari berikutnya.

HIPOTESIS

Cuaca ramalan akan dipengaruhi oleh jenis awan yang terbentuk di langit pada hari yang sama.

KEMAHIRAN PROSES SAINS 1. Memerhati 2. Mengelas 3. Meramal 4. Membuat inferens 5. Berkomunikasi 6. Mentafsir data 7. Membuat hipotesis ALAT RADAS

(3)

PEMBOLEH UBAH

MANIPULASI : Jenis awan yang terbentuk di langit GERAK BALAS : Cuaca ramalan

MALAR : Kawasan IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan

PROSEDUR

1. Maklumat tentang awan dan cuaca telah diperolehi dan dibaca melalui sumber-sumber yang seperti buku text, internet dan lain-lain.

2. Lokasi yang sesuai telah dipilih untuk menjalankan pemerhatian terhadap jenis-jenis awan yang terbentuk dalam tempoh 4 hari ( memerhatikan cuaca waktu pagi dan tengah hari, membuat ramalan cuaca waktu petang ).

3. Segala pemerhatian telah direkodkan termasuklah pengambilan gambar awan, mencatat perubahan iklim dan mendapatkan suhu cuaca terkini melalui telefon pintar telah dilakukan pada setiap pagi dan juga tengah hari dalam tempoh 4 hari tersebut.

4. Merujuk kepada data-data dan maklumat, ramalan telah dilakukan untuk meramal cuaca pada waktu petang dalam tempoh 4 hari tersebut.

5. Hasil pemerhatian yang diperolehi dianalisa dan ditafsir.

6. Laporan ditulis dengan berserta gambar yang diambil, jadual dan graf. LANGKAH BERJAGA-JAGA

1. Memastikan tidak terdapat halangan terhadap awan, seperti asap pembakaran sampah yang tebal.

2. Memastikan gambar diambil tepat pada masanya.

3. Memastikan gambar diambil menggunakan apperture kecil agar gambar lebih tajam.

(4)

Lokasi : Sekitar Kawasan IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan Tarikh : 19 hingga 22 Januari 2016

Tempoh : 4 hari

Masa : 8.00 pagi dan 12.00 tengah hari Hari /

Tarikh

Masa Gambar Jenis Awan Dan Ramalan Cuaca AccuWeather Pemerhatian Hari Pertama (19 Januari 2016)

7.42am Jenis: Awan Pertangahan

Nama: Altostratus Suhu: 24°C

Cuaca: Mendung, berkabus Kelembapan: Tinggi Keadaan awan:  Ketinggian : 2 - 5km.  Ia menyerupai lapisan atau jalur-jalur berwarna keabu-abuan dan berserabut serta mampu menutup seluruh langit.

 Awan ini memiliki bentuk yang tidak menentu.

12.01pm Jenis: Awan Rendah

Nama: Kumulus Suhu: 29°C Cuaca: Cerah Kelembapan: Rendah Keadaan awan:  Bahagian-bahagian awan yang kena pada sinaran matahari akan tampak lebih putih

(5)

kemilau.  Penyebaran cukup luas di langit. Hari Kedua (20 Januari 2016)

7.40am Jenis: Awan Tinggi

Nama: Sirostratus Suhu: 22°C Cuaca: Cerah Kelembapan: Sederhana Keadaan awan:  Kurang berawan di langit.  menyebar dan menutupi sebagian atau seluruh langit.  Menyerupai selaput tipis tembus cahaya.  Awan halus, berwarna putih.  Kadang-kadang

terjadi hujan yang tidak sampai ke permukaan bumi.

12.10pm Jenis: Awan Rendah

Nama: Kumulus Suhu: 28°C Cuaca: Cerah Kelembapan: Rendah Keadaan awan:  Terlihat seperti serabut atau buntut kuda berwarna putih.

(6)

 Bahagian-bahagian awan yang kena pada sinaran. matahari akan tampak lebih putih kemilau. Hari Ketiga (21 Januari 2016)

7.50 am Jenis: Awan Tinggi

Nama: Sirokumulus Suhu: 22°C

Cuaca: Mendung, Berkabus Kelembapan: Tinggi Keadaan awan:

 Bentuknya

menyerupai awan jenis stratocumulus.  Jika dilihat dari

permukaan, ia kelihatan seperti bulatan-bulatan yang lebih jika dibandingkan dengan awan stratocumulus.  Mengandungi butiran

air yang sangat dingin, bercampur dengan Kristal.

 Mengandung hujan yang tidak sampai ke permukaan bumi.

(7)

12.08pm Jenis: Awan Rendah Nama: Kumulus Suhu: 30°C Cuaca: Mendung Kelembapan: Rendah Keadaan awan:  Terlihat seperti serabut atau buntut kuda berwarna putih.  Bahagian-bahagian awan yang kena pada sinaran. matahari akan tampak lebih putih kemilau. Hari Keempat (22 Januari 2016)

7.50am Jenis: Awan Pertengahan

Nama: Altostratus Suhu: 24°C

Cuaca: Mendung, berkabus Kelembapan: Sederhana Keadaan awan:

 Ketinggian : 2 - 5km.

 Ia menyerupai lapisan atau jalur-jalur berwarna keabu-abuan dan berserabut serta mampu menutup seluruh langit.  Awan ini memiliki

(8)

menentu.

12.14pm Jenis: Awan Pertengahan

Nama: Altostratus Suhu: 28°C

Cuaca: Mendung, berhujan gerimis Kelembapan: Tinggi Keadaan awan:  Ketinggian : 2 - 5km.  Ia menyerupai lapisan atau jalur-jalur berwarna keabu-abuan dan berserabut serta mampu menutup seluruh langit.

 Awan ini memiliki bentuk yang tidak menentu.

 Menghasilkan hujan gerimis, hujan ringgan hingga sedang.

Hari Waktu Jenis Awan Nama Awan Ramalan

cuaca waktu petang Cuaca sebenar waktu petang

(9)

Hari Pertama (19 Januari 2016)

Pagi Pertengahan Altostratus Cerah dan panas. Cerah dan panas. Suhu:33°C Tengah hari Rendah Kumulus Hari Kedua (20 Januari 2016)

Pagi Tinggi Sirostratus Cerah

dan panas. Petang: Cerah dan panas. Suhu: 34°C Tengah hari Rendah Kumulus Hari Ketiga (21 Januari 2016)

Pagi Tinggi Sirokumulus Cerah

dan panas. Petang: Cerah dan panas. Suhu: 36°C Tengah hari Rendah kumulus Hari Keempat (22 Januari 2016)

Pagi Pertengahan Altostratus Hujan Petang: Cerah dan panas Suhu: 32°C Tengah hari Pertengahan Altostratus PERBINCANGAN

1. Analisis dan tafsirkan data yang diperolehi.

Saya telah menanalisis data-data yang diperolehi dalam dapatan kajian dan membuat tafsiran sebab-sebab saya meramalkan cuaca pada petang tersebut dan seterusnya membuat perbandingan dengan cuaca yang sebenar.

(10)

Saya telah mendapati bahawa jenis-jenis awan sentiasa berubah dalam tempoh masa empat hari ini. Antara jenis-jenis awa yang boleh saya perhatikan pada lokasi amali saya ialah awan rendah, awan pertengahan dan awan tinggi. Antara keempat-empat hari yang saya kaji, saya mendapati 3 hari adalah cerah dan panas, manakala 1 hari lagi adalah mendung dan berhujan pada waktu malam.

Saya telah merujuk kepada Accuweather.com untuk mendapatkan cuaca ramalan pakar untuk membandingkan dengan cuaca ramalan saya dan juga cuaca sebenar. Saya mendapati bahawa cuaca ramalan Accuweather.com adalah sangat tepat dengan cuaca sebenar.

2. Perbandingan antara cuaca ramalan dengan cuaca sebenar.Hari Pertama (19 Januari 2016)

Pada waktu pagi, saya telah memerhatikan kawasan kajian saya mempunyai awan Altostratus. Pada masa yang sama juga cuaca agak mendung dan berkabus. Jika mengikut teori, awan Altostratus berserta dengan cuaca yang mendung menandakan bahawa hujan akan turun. Tetapi pada waktu tengah hari pula saya telah memerhatikan kawasan kajian diseluputi dengan awan Kumulus yang menggambarkan keadaan cuaca yang cerah dan baik. Dengan itu, saya meramalkan cuaca waktu petang adalah cerah dan tidak berhujan. Ramalan adalah tepat.

Hari Kedua (20 Januari 2016)

Pada waktu pagi saya telah memerhatikan kawasan kajian saya mempunyai awan Sirostratus. Awan Jenis ini seolah-olah cerah di permukaan. awan yang tampak seperti tirai kelambu halus keputih-putihan dan kadang-kadang terjadi hujan yang tidak sampai ke permukaan bumi. Namun pada pagi tersebut tidak berhujan. Pada waktu tengah hari pula langit diseliputi dengan awan Kumulus yang menandakan keadaan cuaca yang cerah dan baik. Dengan itu, saya meramalkan cuaca waktu petang adalah cerah dan tidak berhujan. Ramalan adalah tepat.

Hari Ketiga (21 Januari 2016)

Pada waktu pagi, saya telah memerhatikan kawasan kajian saya mempunyai awan Sirokumulus. Awan jenis ini terdiri daripada lapisan awan yang terdiri dari unsur kecil menyerupai butir atau biji padi-padian tanpa bayangan dan

(11)

mengandung hujan yang tidak sampai ke permukaan bumi. Pada waktu tengah hari pula langit diseliputi dengan awan Kumulus yang menandakan keadaan cuaca yang cerah dan baik. Dengan itu, saya meramalkan cuaca waktu petang adalah cerah dan tidak berhujan. Ramalan adalah tepat.

Hari Keempat (22 Januari 2016)

Pada waktu pagi dan tengah hari telah menunjukkan jenis awan yang sama iaitu awan altostratus. Awan altostratus ialah awan pertengah dan tidak mempunyai bentuk yang tertentu. Ia menyerupai lapisan atau jalur-jalur berwarna keabu-abuan dan berserabut serta mampu menutup seluruh langit. Kebiasaannya awan ini akan menghasilkan hujan gerimis, hujan ringgan hingga sedang.Berdasarkan sebab-sebab berikut, tambahan pula cuaca mendung pada pagi dan tengah hari, dengan itu saya meramalkan cuaca pada petang akan berhujan. Namun begitu, cuaca pada waktu petang hari tersebut adalah cerah dan panas, tetapi hujan turun pada waktu malam. Hal ini mungkin disebabkan oleh factor-faktor ain yang tidak diambil kira dalam proses amali seperti faktor kelajuan angin, faktor tekanan udara dan sebagainya.

3. Nyatakan kekuatan dan kelemahan kaedah amali yang dijalankan serta cadangan penambah baikan.

Saya telah menjalankan amali ini di kawasan IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan iaitu hadapan surau sebanyak 4 hari berturutan. Dalam proses amali ini, saya tidak menukar lokasi kajian saya agar memperolehi dapatan kajian yang tepat. Selain itu, saya juga memerhati lakosi kajian saya pada masa yang sama, 2 kali dalam sehari iaitu sebelum 8 pagi dan lebih kurang 12 tengah hari.

Di samping itu, saya juga telah mengenal pasti kekuatan kaedah amali yang telah saya jalankan iaitu membuat rujukan daripada buku-buku dan internet sebelum memulakan amali. Dengan ini, saya dapat mengetahui nama setiap jenis awan dan juga sifat-sifat serta kriteria-kriteria awan tersebut agar memudahkan saya untuk meramal cuaca pada waktu petang berdasarkan jenis awan pada waktu pagi dan waktu petang.

(12)

Walau bagaimana pun, saya mendapati bahawa terdapat sedikit kelemahan dalam kaedah amali ini iaitu memerhati meramal cuaca waktu petang berdasarkan kepada jenis awan sahaja, sedangkan terdapat banyak lagi factor-faktor seperti factor-faktor kelajuan angin, factor-faktor tekanan udara dan sebagainya turut menyumbang kepada perubahan cuaca. Selain itu, kawasan pilihan saya iaitu surau IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan berlokasi di hadapan bukit dan secara langsungnya masalah kabus sentiasa timbul pada waktu pagi menyebabkan sukar untuk mengenal pasti jenis awan pada masa pagi dan mempengaruhi keputusan ramalan cuaca waktu petang.

Berdasarkan kelemahan-kelemahan tersebut, saya berpendapat bahawa faktor-faktor lain seperti faktor kelajuan angin, faktor tekanan udara dan sebagainya juga perlu diambil kira semasa menjalankan amali agar kami dapat memperolehi ramalan cuaca yang lebih tepat, Selain itu bagi mengatasi masalah kabus pula hanya boleh diselesaikan melalui cara menukar lokasi amali kepada kawasan lapang yang tidak berbukit.

KESIMPULAN

Hipotesis diterima. Setelah kajian dijalankan di lokasi tertentu selama empat hari, saya telah memperhatikan pembentukan awan sentiasa berubah setiap hari. Jenis-jenis awan yang terbentuk sama ada awan tinggi, awan pertengahan ataupun awan rendah saling berkait rapat dengan suhu dan kelembapan. Walau bagaimanapun, saya mendapati bahawa ramalan cuaca tidak bolah sekadar merujuk kepada jenis awan sahaja tetapi faktor-faktor lain seperti faktor kelajuan angin, faktor tekanan udara dan sebagainya juga perlu diambil kira agar memperolehi ramalan cuaca yang lebih tepat.

Referensi

Dokumen terkait

(3) Untuk membuktikan bahwa aktivitas belajar siswa kelas III SD Negeri Pegirikan 03 pada pembelajaran IPA materi hubungan keadaan awan dan cuaca yang belajarnya

– Iklim merupakan keadaan cuaca rata-rata pada daerah yang luas dan dalam waktu yang

Inspirasi dari kutipan ilmiah yang dituangkan ke dalam suatu kreasi, disusun dan digunakan untuk mendukung kegiatan kerja di kantor... DAFTAR

Variasi cuaca harian yang ditunjukkan oleh data pengamatan radar selama periode observasi mengindikasikan bahwa pertumbuhan awan dipengaruhi oleh faktor topografi

Data yang digunakan untuk menentukan kemunculan dan jenis awan adalah data hasil pengamatan dengan radar cuaca yang terletak di dalam wilayah bandara Soroako

cuaca cerah. Pada keadaan cuaca yang kurang baik, pengeringan akan tertunda dan akan menghasilkan fuli dengan mutu yang kurang baik karena berjamur dan warnanya

Pada Bulan September 2022 kondisi cuaca di wilayah NTB dominan Cerah Berawan dengan potensi hujan ringan hingga sedang yang terjadi pada siang hingga sore hari Untuk mempermudah

Waktu pengambilan foto udara yang baik menggunakan wahana UAV yaitu pada saat cuaca cerah, karena pada saat cuaca cerah, foto udara yang dihasilkan akan memiliki kualitas yang baik