• Tidak ada hasil yang ditemukan

Amali Awan Dan Cuaca

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Amali Awan Dan Cuaca"

Copied!
16
0
0

Teks penuh

(1)

Tajuk: Amali 1: Awan dan cuaca.

Tujuan:

Untuk mengkaji jenis-jenis awan yang terbentuk di langit dan membuat ramalan cuaca.

Penyataan masalah:

Adakah jenis-jenis awan mempengaruhi cuaca?

Teori:

Awan ialah gumpalan wap air yang terapung di atmosfera udara. Ia kelihatan seperti asap berwarna putih atau kelabu di langit. Proses pembentukan awan bermula daripada haba matahari memanaskan air di sungai, tasik, laut dan permukaan bumi lalu menyejat membentuk wap air di udara, proses ini dipanggil pemeluwapan. Wap air akan terus naik ke atas, bertemu dengan udara sejuk dan terkondensasi membentuk titisan-titisan air. Titisan-titisan-titisan air akan berkumpul dan membentuk awan. Apabila lebih banyak wap air terkondensasi, titisan-titisan air di dalam awan akan bergabung menjadi semakin besar dan berat sehinggalah sampai satu peringkat titik masksimum lalu jatuh ke Bumi sebagai hujan. Air hujan mengalir semula ke dalam sungai, tasik, laut dan permukaan bumi.

(2)

Jenis-jenis awan boleh diklasifikasikan kepada beberapa kumpulan iaitu kumpulan awan tinggi, kumpulan awan pertengahan dan kumpulan awan rendah. Kumpulan Awan Tinggi adalah awan yang berada pada ketinggian yang melebihi 6000m. Terdapat tiga jenis awan pada kumpulan awan tinggi ini termasuklah Awan Sirus, Awan Sirostratus dan awan Sirokumulus. Kumpulan awan yang kedua adalah kumpulan awan pertengahan. Kumpulan awan pertengahan berada pada ketinggian 2000 hingga 6000 meter. Terdapat tiga jenis awan pertengahan iaitu Awan Altostratus dan Awan Altokumulus. Kumpulan awan yang ketiga adalah kumpulan Awan Rendah. Kumpulan awan rendah berada pada ketinggian kurang daripada 2000 meter. Antara jenis awan rendah ialah Awan Stratus, Awan Stratokumulus, Awan Nimbostratus, Awan cumulus dan Awan Kumulunimbus.

Rajah 2.0: Jenis-jenis awan dan ketinggiannya.

Walaubagaimanapun, terdapat juga beberapa jenis awan yang tidak dapat dikategorikan mengikut kumpulan-kumpulan yang dinyatakan, seperti awan kumulus dan kumulonimbus lebih dikenali sebagai awan menegak. Hal ini disebabkan oleh pertambahan saiz awan ini secara selari, dan puncaknya juga mampu mencapai ketinggian pada kategori awan tinggi. Kejadian rupa bentuk awan ini sangat dipengaruhi oleh keadaan cuaca. Bentuknya akan berubah-ubah mengikut keadaan cuaca. Jadi, perubahan bentuk dan jenis-jenis awan ini sentiasa berubah setiap hari . Bentuk dan jenis awan ini juga sesuai digunakan untuk meramal keadaan cuaca pada masa dan hari berikutnya.

(3)

Oleh itu, amali ini telah dilaksanakan untuk melihat perubahan cuaca (sama ada hujan atau tidak) dengan menguji jenis-jenis awan dalam satu tempoh masa sepukuh hari iaitu bermula pada 18 Januari 2016 hingga 27 Januari 2016. Lokasi yang telah saya pilih adalah di Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh sekitar jam 17:00 hingga 18:00 petang.

Hipotesis:

Cuaca ramalan akan dipengaruhi oleh jenis awan yang terbentuk di langit pada hari yang sama.

Radas:

 Kamera canon.  Termometer. Prosedur:

1. Maklumat mengenai awan dan cuaca telah diperolehi dan dibaca dari sumber-sumber seperti buku, teks, internet dan lain-lain.

2. Lokasi yang sesuai telah dipilih dan jenis-jenis awan yang terdapat pada kawasan tersebut diperhatikan selama 10 hingga 14 hari. Pemerhatian perlu dibuat pada masa yang sama selama sejam setiap hari. Data-data lain seperti suhu, kelembapan, arah dan halaju angin juga boleh didapati.

3. Perubahan cuaca yang mungkin berlaku dalam masa 3 jam diramalkan selepas pemerhatian pertama dibuat.

4. Semua pemerhatian iaitu jenis-jenis awan dan juga sebarang perubahan cuaca yang berlaku direkodkan dalam jadual 1.0.

5. Data yang dikumpulkan dianalisis dan diinterpretasi.

6. Satu laporan ditulis perlu mengangdungi gambar-gambar, jadual, carta, rujukan dan sebagainya yang dapat menyokong perbincangan pemerhatian dan ramalan yang dibuat.

(4)

Keputusan:

Lokasi: IPG Kampus Ipoh Tarikh mula: 16/2/2016 Tarikh akhir: 25/2/2016

Tempoh masa: 5.00pm hingga 6.00pm Jadual 1.0: Pemerhatian

Tarikh/ Masa

Gambar/Jenis awan Suhu/Kelembapan/

Halaju angin Pemerhatian Ramalan Keadaan sebenar 16/2/1 6 5.00p m Sirokumulus Suhu: 27°C Kelembapan: 81% Halaju angin: 7km per jam

(5)

17/2/16 5.30pm Sirus Suhu: 32 °C Kelembapan: 80% Halaju angin: 11km per jam

Tiada hujan Tiada hujan

18/2/1 6 5.10p m Kumulus Suhu: 34°C Kelembapan: 67% Halaju angin: 9km per jam

(6)

19/2/1 6 6.00p m Stratokumulus Suhu: 32°C Kelembapan: 90% Halaju angin: 7km per jam Hujan renyai-renyai Hujan renyai-renyai 20/2/1 6 5.45p m Kumulus Suhu: 35°C Kelembapan: 61% Halaju angin: 9km per jam

Tiada hujan Tiada hujan

21/2/1 6 5.30p m Suhu: 32°C Kelembapan: 68% Halaju angin: 7km per jam

(7)

Sirus 22/2/1 6 5.00p m Altostratus Suhu: 30°C Kelembapan: 88% Halaju angin: 11km per jam

Hujan Tiada hujan

23/2/1 6

Suhu : 34°C

Kelembapan: 75%

(8)

5.20p m Kumulunimbus Halaju angin: 9km per jam 24/2/1 6 5.00p m Stratokumulus Suhu: 34°C Kelembapan :58% Halaju angin: 11km per jam

Tiada hujan Tiada hujan

25/2/1 65.30p m Suhu: 32° C Kelembapan: 90% Halaju angin: Hujan sekejap Hujan sekejap

(9)

Kumulunimbus

(10)

Perbincangan (Analisis dan interpretasi data)

1. Jenis awan memang dapat mempengaruhi cuaca pada hari tertentu. Jadi melalui amali ini, saya akan menganalisis dan menginterpretasi data yang telah saya kumpul untuk menguji kebenaran teori ini.

2. Saya telah merujuk kepada ‘weather application of sony xperia C’ dalam smartphone saya untuk mendapatkan maklumat mengenai suhu, kelembapan dan halaju angin. Saya mendapati bahawa maklumat dalam application ini adalah tepat.

3. Berdasarkan jaudal 1.0, membandingan antara cuaca ramalan dengan cuaca sebenar.

Hari Pertama (16 Februari 2016)

Pada pukul 5.00 petang, jenis awan yang telah saya memperhatikan adalah awan sirokumulus. Awan ini adalah berada pada peringkat tinggi dan dalam bentuk kristal ais. Mengikut teori, jenis awan ini tidak menimbulkan hujan. Suhu hari ini ialah 27oC, kelembapan tinggi iaitu 81% dan halaju angin yang sederhana iaitu 7km per jam. Jadi, saya meramal cuaca selepas 3 jam hari ini pada pukul 8.00pm adalah tidak hujan kerana awan sirokumulus tidak menimbulkan hujan dan kelembapan juga tidak begitu tinggi. Pada pukul 8.00pm, melalui pemerhatian saya, hujan tidak berlaku, ramalan saya adalah betul dan tepat.

Hari Kedua (17 Februari 2016)

Pada pukul 5.30 petang, jenis awan yang telah saya memperhatikan adalah awan sirus. Awan ini halus, struktur berserat, lihat seperti bulu ayam, sering tersusun sebagai pita yang melengkung, berwarna putih. Mengikut teori, jenis awan ini tidak menimbulkan hujan Suhu hari ini ialah 32oC suhu yang tinggi, kelembapan tinggi iaitu 80% dan halaju angin yang tinggi iaitu 11km per jam. Jadi, saya meramal cuaca selepas 3 jam hari ini pada pukul 8.00pm adalah tidak hujan kerana awan sirus tidak akan menimbulkan hujan, suhu hari ini adalah tinggi dan kelembapan juga tidak begitu tinggi. Pada pukul 8.00pm, melalui pemerhatian saya, hujan tidak berlaku, ramalan saya adalah betul dan tepat.

(11)

Hari Ketiga (18 Februari 2016)

Pada pukul 5.10 petang, jenis awan yang telah saya memperhatikan adalah awan kumulus. Kedudukan awan ini adalah rendah, terpisah-pisah, bahagian dasarnya berwarna hitam dan di atasnya putih berbentuk kubah seperti kapas, memiliki puncak-puncak berkepul-kepul. Mengikut teori, jenis awan ini biasanya menghasilkan hujan sekejap. Suhu hari ini ialah 34oC suhu yang tinggi, kelembapan sangat rendah iaitu 67% dan halaju angin yang sederhana iaitu 9km per jam. Jadi, saya meramal cuaca selepas 3 jam hari ini pada pukul 8.00pm adalah tidak hujan kerana suhu hari ini adalah tinggi dan kelembapan juga sangat rendah akan menyebabkan wap air dalam udara tidak cukup menghasilkan air hujan. Pada pukul 8.00pm, melalui pemerhatian saya, hujan tidak berlaku, ramalan saya adalah betul dan tepat.

Hari Keempat (19 Februari 2016)

Pada pukul 6.00 petang, jenis awan yang telah saya memperhatikan adalah awan stratokumulus. Awan ini bertompok dan membentuk gulungan besar seperti gelombang, halus, lapisannya tidak begitu tebal, berwarna putih kelabu dengan tepi terang, di antaranya masih sedikit terlihat langit biru berselang-seling. Mengikut teori, jenis awan ini biasanya menghasilkan hujan renyai-renyai. Suhu hari ini ialah 32oC suhu yang tinggi, kelembapan sangat tinggi iaitu 90% dan halaju angin yang sederhana iaitu 7km per jam. Jadi, saya meramal cuaca selepas 3 jam hari ini pada pukul 8.00pm adalah hujan renyai-renyai, walaupun suhu hari ini adalah tinggi, kelembapan masih sangat tinggi akan menyebabkan wap air dalam udara cukup menghasilkan air hujan dan jenis awan ini menghasilkan hujan renyai-renyai. Pada pukul 8.00pm, melalui pemerhatian saya, hujan renyai-renyai berlaku, ramalan saya adalah betul dan tepat.

Hari Kelima (20 Februari 2016)

Pada pukul 5.45 petang, jenis awan yang telah saya memperhatikan adalah awan kumulus. Kedudukan awan ini adalah rendah, terpisah-pisah, bahagian dasarnya berwarna hitam dan di atasnya putih berbentuk kubah seperti kapas, memiliki puncak-puncak berkepul-kepul. Mengikut teori, jenis awan ini biasanya menghasilkan hujan sekejap. Suhu hari ini ialah 35oC suhu yang tinggi, kelembapan sangat rendah iaitu 61% dan halaju angin yang sederhana iaitu 9km per jam. Jadi, saya meramal cuaca selepas 3 jam hari ini pada pukul 8.00pm adalah tidak hujan kerana suhu hari ini adalah tinggi, kelembapan adalah sangat rendah akan menyebabkan wap air dalam udara tidak cukup

(12)

menghasilkan air hujan. Pada pukul 8.00pm, melalui pemerhatian saya, hujan tidak berlaku, ramalan saya adalah betul dan tepat.

Hari Keenam (21 Februari 2016)

Pada pukul 5.30 petang, jenis awan yang telah saya memperhatikan adalah awan sirus. Awan ini halus, struktur berserat, lihat seperti bulu ayam, sering tersusun sebagai pita yang melengkung, berwarna putih. Mengikut teori, jenis awan ini biasanya tidak menghasilkan hujan. Suhu hari ini ialah 32oC suhu yang tinggi, kelembapan sangat rendah iaitu 68% dan halaju angin yang sederhana iaitu 7km per jam. Jadi, saya meramal cuaca selepas 3 jam hari ini pada pukul 8.00pm adalah tidak hujan kerana suhu hari ini adalah tinggi, kelembapan adalah sangat rendah akan menyebabkan wap air dalam udara tidak cukup menghasilkan air hujan. Pada pukul 8.00pm, melalui pemerhatian saya, hujan tidak berlaku, ramalan saya adalah betul dan tepat.

Hari Ketujuh (22 Februari 2016)

Pada pukul 5.00 petang, jenis awan yang telah saya memperhatikan adalah awan altostratus. Awan ini bersaiz kecil tetapi banyak, biasanya berbentuk seperti bola yang tebal atau bergulung-gulung melingkar seperti makaroni, berwarna putih atau kelabu.. Mengikut teori, jenis awan ini biasanya menghasilkan hujan. Suhu hari ini ialah 30oC suhu yang tinggi, kelembapan tinggi iaitu 88% dan halaju angin yang tinggi iaitu 11km per jam. Jadi, saya meramal cuaca selepas 3 jam hari ini pada pukul 8.00pm adalah hujan walaupun suhu hari ini adalah tinggi, kelembapan adalah sangat tinggi akan menyebabkan wap air dalam udara cukup menghasilkan air hujan. Pada pukul 8.00pm, melalui pemerhatian saya, hujan tidak berlaku, ramalan saya adalah salah. Hal ini mungkin disebabkan halaju angin yang tinggi meniupkan awan ke tempat yang lain dan menyebabkan hujan tidak berlaku.

Hari Kelapan (23 Februari 2016)

Pada pukul 5.20 petang, jenis awan yang telah saya memperhatikan adalah awan kumulunimbus. Awan ini merupakan salah satu awan yang menimbulkan hujan disertai dengan petir. Ia memiliki isi padu yang besar, tebal, lihat seperti gunung dengan bahagian bawah yang melebar dan awan ini menghasilkan hujan sekejap dan kilat. Suhu hari ini ialah 34oC suhu yang tinggi, kelembapan sederhana iaitu 75% dan halaju angin yang sederhana iaitu 9km per jam. Jadi, saya meramal cuaca selepas 3 jam hari

(13)

ini pada pukul 8.00pm adalah tidak hujan kerana suhu hari ini adalah tinggi, kelembapan adalah sederhana akan menyebabkan wap air dalam udara tidak cukup menghasilkan air hujan dan warna awan adalah putih menunjukkan tiada titisan air yang banyak dalam awan. Pada pukul 8.00pm, melalui pemerhatian saya, hujan tidak berlaku, ramalan saya adalah betul dan tepat.

Hari Kesembilan (24 Februari 2016)

Pada pukul 5.00 petang, jenis awan yang telah saya memperhatikan adalah awan stratokumulus. Awan ini bertompok dan membentuk gulungan besar seperti gelombang, halus, lapisannya tidak begitu tebal, berwarna putih kelabu dengan tepi terang, di antaranya masih sedikit terlihat langit biru berselang-seling. Mengikut teori, jenis awan ini biasanya menghasilkan hujan renyai-renyai. Suhu hari ini ialah 34oC suhu yang tinggi, kelembapan sangat rendah iaitu 58% dan halaju angin yang tinggi iaitu 11km per jam. Jadi, saya meramal cuaca selepas 3 jam hari ini pada pukul 8.00pm adalah tidak hujan kerana suhu hari ini adalah tinggi, kelembapan adalah sangat rendah akan menyebabkan wap air dalam udara tidak cukup menghasilkan air hujan. Pada pukul 8.00pm, melalui pemerhatian saya, hujan tidak berlaku, ramalan saya adalah betul dan tepat.

Hari Kesepuluh (25 Februari 2016)

Pada pukul 5.30 petang, jenis awan yang telah saya memperhatikan adalah awan kumulunimbus. Awan ini merupakan salah satu awan yang menimbulkan hujan disertai dengan petir. Ia memiliki isi padu yang besar, tebal, lihat seperti gunung dengan bahagian bawah yang melebar dan awan ini menghasilkan hujan sekejap dan kilat. Suhu hari ini ialah 32oC suhu yang tinggi, kelembapan sangat tinggi iaitu 90% dan halaju angin yang sederhana iaitu 9km per jam. Jadi, saya meramal cuaca selepas 3 jam hari ini pada pukul 8.00pm adalah hujan walaupun suhu hari ini adalah tinggi, kelembapan adalah sangat tinggi akan menyebabkan wap air dalam udara cukup menghasilkan air hujan dan jenis awan menghasilkan hujan sekejap. Pada pukul 8.00pm, melalui pemerhatian saya, hujan berlaku, ramalan saya adalah betul dan tepat.

(14)

4. Saya telah menjalankan amali ini di kawasan IPG Kampus Ipoh iaitu hadapan asrama blok G sebanyak 10 hari berturutan. Dalam proses amali ini, saya tidak menukar lokasi kajian agar memperolehi dapatan kajian yang tepat.

5. Di samping itu, saya juga telah mengenal pasti kekuatan kaedah amali yang telah saya jalankan iaitu membuat rujukan daripada buku-buku dan internet sebelum memulakan amali. Dengan ini, saya dapat mengetahui setiap jenis awan dan juga sifat-sifat serta kriteria-kriteria awan tersebut agar memudahkan saya untuk meramal cuaca selepas 3 jam.

6. Walau bagaimana pun, saya mendapati bahawa terdapat sedikit kelemahan dalam kaedah amali ini iaitu meramal cuaca selepas 3 jam berdasarkan jenis awan sahaja. Selepas menjalankan amali ini dan menganalis serta menginterpretasi data yang telah saya kumpul, factor-faktor lain seperti faktor halaju angin, suhu dan kelembapan turut menyumbang kepada perubahan cuaca.

7. Jadi, saya berpendapat bahawa faktor-faktor lain juga perlu diambil kira semasa menjalankan amali ini agar ramalan cuaca yang tepat dapat dilakukan,

8. Implikasi dapatan saya terhadap kehidupan saya.  Meramal waktu menjemur pakaian.

 Meramal waktu mengumpulkan balik pakaian yang dijemur.  Membawa paying atau tidak sebelum keluar.

 Meramal waktu menjemur makanan seperti ikan masing atau keropok.  Meramal waktu bersenam yang sesuai.

 Meramal hari atau waktu melakukan aktiviti luar yang sesuai seperti jungle traking.

(15)

Langkah berjaga-jaga:

1. Memastikan tidak terdapat halangan terhadap awan, seperti asap yang tebal.

2. Memastikan gambar diambil di tempat yang lapang dan lokasi yang sama setiap hari.

3. Memastikan gambar diambil tepat pada tempoh masanya.

4. Memastikan gambar diambil menggunakan apperture kecil agar gambarkelihatan lebih tajam

Kesimpulan:

Hipotesis diterima. Cuaca ramalan akan dipengaruhi oleh jenis awan yang terbentuk di langit pada hari yang sama. Walau bagaimanapun, ramalan cuaca tidak bolah sekadar berdasarkan kepada jenis awan sahaja tetapi faktor-faktor lain seperti faktor halaju angin, suhu dan kelembapan juga perlu dipertimbangkan agar memperoleh ramalan cuaca yang lebih betul dan tepat.

Refleksi:

(16)

Selepas menyiapkan amali ini, saya telah mengenali jenis awan dan hubungannya dengan perubahan cuaca lebih mendalam. Melalui menjalankan eksperimen ini, saya juga melatih sikap sabar kerana eksperimen ini perlu dijalankan selama 10 hari, Pengetahuan yang tidak dapat dinilai harganya memang dapat memberi banyak manfaat kepada kehidupan harian saya.

Rujukan:

Cheong Foon Choong. (2001). STPM Fizik Jilid 1. Selangor: Pearson Education Malaysia Sdn. Bhd.

Cloud Types and Precipitation. (t.t & t.p). Dilayari pada 17 Februari 2016, dari

http://www.bom.gov.au/weather-services/about/cloud/cloud-types.shtml

Infografik ~ Jenis-jenis Awan. (2012). (t.p). Dilayari pada 20 Februari 2016, dari

http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=382126

Lim Ching Chai, Chia Song Choy, & Poh Liong Yong. (1999). Fizik Spm. Selangor: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Masdiisya. (2011). Mengapa Awan Hujan Berwarna Gelap?. Dilayari pada 20 Februari 2016, dari https://masdiisya.wordpress.com/2011/01/10/mengapa-awan-hujan-berwarna-gelap/

Poh Liong Yong. (2003). Stpm Physics Volume 1. Johor Bahru: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Referensi

Dokumen terkait

Rosady Ruslan (dalam Nova,2011:204) mendefinisikan media relations adalah suatu kegaiatan humas dengan maksud menyampaikan pesan (komunikasi) mengenai aktivitas yang

Dari beberapa pernyataan diatas Peneliti mengharapkan penelitian tentang variasi rasio panjang leading edge dapat memperbaiki gaya drag pada mobil pick up,

2 Mendukung kegiatan pada tingkat pusat maupun daerah untuk membangun dan mengembangkan sektor kelautan dan perikanan yang berkelanjutan sesuai dengan prinsip Ekonomi Biru. 3

Dengan demikian, dari deskripsi di atas dapat dicatat empat kesimpulan. Pertama, ada sejumlah faktor yang menjadi sebab dan sumber terjadinya kekerasan terhadap

Selama waktu penyimpanan kadar air, angka peroksida, dan angka TBA mengalami kenaikan secara signifikan, sedangkan tekstur pada keripik nangka yang dikemas dengan OPP/CPP, HDPE

Untuk itu upaya agar konsumen berada pada tahapan niat membeli ini perusahaan harus memperhatikan aspek – aspek yang dapat mempengaruhi konsumen agar berada pada

Vial adalah salah satu wadah dari bentuk sediaan steril yang umumnya digunakan pada dosis ganda dan memiliki kapasitas atau volume 0,5-100 ml. Vial dapat berupa takaran tunggal