Rahsia Rubik's Cube
Teks penuh
(2) 2 | TEKNIK MENYELESAIKAN KIUB RUBIK. ISI KANDUNGAN. KATA-KATA ALUAN.......................................................................MUKA 3 KENALI KIUB RUBIK......................................................................MUKA 5 LANGKAH 1 ASAS PERGERAKAN RUBIK........................................................MUKA 7 LANGKAH 2 SELESAIKAN SETENTANG PUTIH.............................................MUKA 9 LANGKAH 3 SELESAIKAN PERMUKAAN PUTIH............................................MUKA 11 LANGKAH 4 SELESAIKAN BAHAGIAN TENGAH............................................MUKA 13 LANGKAH 5 SELESAIKAN SETENTANG KUNING.........................................MUKA 15 LANGKAH 6 SELESAIKAN SISI TEPI............................................................... MUKA 17 LANGKAH 7 SELESAIKAN BUCU KIUB........................................................... MUKA 19 LANGKAH 8 (AKHIR) SELESAIKAN KIUB RUBIK.......................................................... MUKA 21 PENUTUP.......................................................................................MUKA 23. Hakcipta Terpelihara © RahsiaRubik.com.
(3) 3 | TEKNIK MENYELESAIKAN KIUB RUBIK. KATA-KATA ALUAN. Alhamdulillah kerana siap juga ebook Teknik Menyelesaikan Kiub Rubik ini. Dengan komitmen dan masa yang terhad membuatkan proses menyiapkan ebook ini tertangguh beberapa kali. Terima kasih saya ucapkan kepada anda kerana sudi mendapatkan ebook ini.. Secara ringkas, Kiub Rubik adalah 3-D permainan mekanikal dikenali juga sebagai "Magic Cube". Ia telah diberi lesen oleh Professor Rubik iaitu pencipta kiub rubik ini pada 1980 dan telah memenangi "German Game of the Year" untuk "Best Puzzle". Pada Januari 2009, 350 juta kiub telah dijual seluruh dunia membuatkan ia menjadi permainan paling laku di dunia. Kiub Rubik versi 3×3×3 telah meraikan ulangtahun ke-30 pada tahun 2010. Saya Jepree Ibrahim, merupakan seorang pencinta kiub rubik dan salah seorang yang berjaya menyelesaikan kiub ini. Tahukah anda bahawa terdapat jutaan orang merasa kecewa dengan kiub rubik ini? Bukan di Malaysia sahaja tapi di seluruh dunia. Saya adalah salah seorang dari mereka tapi itu dulu. Sekarang saya boleh menyelesaikannya dalam masa purata 3 minit. Oleh kerana minatnya saya pada kiub rubik ini, saya berusaha untuk menghasilkan ebook “Teknik Menyelesaikan Kiub Rubik” ini dan ingin berkongsi teknik tersebut dengan anda. Di dalam ebook ini saya akan menumpukan kepada kiub rubik 3x3x3. Akhir kata, selamat ber”rubik”.. Hakcipta Terpelihara © RahsiaRubik.com.
(4) 4 | TEKNIK MENYELESAIKAN KIUB RUBIK. EBOOK “TEKNIK MENYELESAIKAN KIUB RUBIK” DIDATANGKAN BERSAMA VIDEO TUTORIAL. EBOOK AKAN MENUNJUKKAN LANGKAH-LANGKAH SECARA TEORI MANAKALA VIDEO AKAN MENUNJUKKAN TEKNIK AMALI YANG SEBENAR. SILA RUJUK EBOOK DAN VIDEO SEBAGAI RUJUKAN ANDA.. Hakcipta Terpelihara © RahsiaRubik.com.
(5) 5 | TEKNIK MENYELESAIKAN KIUB RUBIK. KENALI KIUB RUBIK. Hakcipta Terpelihara © RahsiaRubik.com.
(6) 6 | TEKNIK MENYELESAIKAN KIUB RUBIK. PERMUKAAN TEPI KIUB PADA BAHAGIAN TEPI PERMUKAAN DENGAN DUA WARNA BERBEZA, TERDAPAT DUA BELAS (12) PERMUKAAN KIUB YANG TERLETAK PADA BAHAGIAN TENGAH KIUB.. PENJURU BUCU KIUB PADA BAHAGIAN BUCU KIUB DENGAN TIGA WARNA YANG BERBEZA, TERDAPAT LAPAN (8) BUCU PADA PENJURU KIUB.. BAHAGIAN TENGAH KIUB PADA BAHAGIAN TENGAH KIUB, TERDAPAT ENAM (6) PERMUKAAN DENGAN WARNA BERBEZA.. TIPS: WARNA BERIKUT PADA BAHAGIAN TENGAH INI SENTIASA BERTENTANG ANTARA SATU SAMA LAIN. PUTIH BERTEMU KUNING OREN BERTEMU MERAH HIJAU BERTEMU BIRU. Hakcipta Terpelihara © RahsiaRubik.com.
(7) 7 | TEKNIK MENYELESAIKAN KIUB RUBIK. LANGKAH 1 ASAS PERGERAKAN KIUB RUBIK. Hakcipta Terpelihara © RahsiaRubik.com.
(8) 8 | TEKNIK MENYELESAIKAN KIUB RUBIK. Berikut adalah pergerakan asas kiub rubik. Tujuan huruf R, L U, F dan D digunakan adalah kerana ia kod standard antarabangsa. Ini memudahkan anda sekiranya anda berjaya masuk ke pertandingan rubik antarabangsa nanti. Manalah tahukan?. PUSING PERMUKAAN KANAN IKUT JAM (R) PUSING PERMUKAAN KANAN IKUT JAM (Ri). PUSING PERMUKAAN KIRI IKUT JAM (L) PUSING PERMUKAAN KIRI IKUT JAM (Li). PUSING PERMUKAAN ATAS IKUT JAM (U) PUSING PERMUKAAN ATAS IKUT JAM (Ui). PUSING PERMUKAAN DEPAN IKUT JAM (F) PUSING PERMUKAAN DEPAN IKUT JAM (Fi). PUSING PERMUKAAN BAWAH IKUT JAM (D) PUSING PERMUKAAN BAWAH IKUT JAM (Di). Hakcipta Terpelihara © RahsiaRubik.com.
(9) 9 | TEKNIK MENYELESAIKAN KIUB RUBIK. LANGKAH 2 SELESAIKAN SETENTANG PUTIH. Hakcipta Terpelihara © RahsiaRubik.com.
(10) 10 | TEKNIK MENYELESAIKAN KIUB RUBIK. Di dalam langkah ini kita akan bermula untuk menyelesaikan kiub rubik. BEHOLD! Sila pastikan bahagian putih terletak di bahagian atas. Sasaran anda ialah membina bahagian putih seperti tanda tambah “+” dan turutan dua (2) warna di setiap empat (4) permukaan tepi kiub. Langkah ini boleh dicapai melalui latihan dan “try and error” tapi jangan risau, saya ada tips rahsia.. TIPS: Selesaikan Langkah 1 mengikut turutan berikut bermula dari warna biru, oren, hijau dan merah.. 1A. Pastikan warna putih berada di permukaan atas. Pusing bahagian kanan (R), satu pusingan atau lebih sehingga kiub menjadi seperti di sebelah. Jika kiub anda seperti di sebelah, selesaikan warna lain iaitu oren, hijau dan merah.. 1B. Jika kiub anda seperti ini, gunakan turutan di bawah sehingga kiub anda menjadi seperti 1A dan selesaikan warna yang lain. Ulangi langkah 1A jika perlu.. Jika kiub anda seperti sasaran Langkah 2, teruskan kepada Langkah 3 Hakcipta Terpelihara © RahsiaRubik.com.
(11) 11 | TEKNIK MENYELESAIKAN KIUB RUBIK. LANGKAH 3 SELESAIKAN PERMUKAAN PUTIH. Hakcipta Terpelihara © RahsiaRubik.com.
(12) 12 | TEKNIK MENYELESAIKAN KIUB RUBIK. Sasaran anda adalah menyelesaikan permukaan putih seperti gambar di sebelah. TIPS: Pastikan penjuru bucu kiub terdapat warna putih bersama dua warna yang sama dengan permukaan yang bersebelahan dengannya. Lihat contoh gambar di bawah.. 2A. Halakan permukaan berwarna merah menghadap anda kerana kita akan selesaikan permukaan berwarna merah dahulu. Pastikan terdapat tiga (3) warna sahaja pada bucu bawah kanan atau bucu atas kanan kiub iaitu merah, biru atau putih sahaja. Pusing bahagian bawah (D) untuk mendapatkan tiga (3) warna tadi (jika perlu). 2B. Setelah tiga (3) warna tersebut berada di kedudukannya, sila ikuti langkah berikut:. Ulangi langkah ini sekali atau beberapa kali (maksimum 6 kali) sehingga kiub anda menjadi begini. Untuk permukaan seterusnya, ulangi langkah 2A dan 2B sehingga selesai keempat-empat permukaan.. Jika kiub anda seperti sasaran Langkah 3, teruskan kepada Langkah 4. Hakcipta Terpelihara © RahsiaRubik.com.
(13) 13 | TEKNIK MENYELESAIKAN KIUB RUBIK. LANGKAH 4 SELESAIKAN BAHAGIAN TENGAH. Hakcipta Terpelihara © RahsiaRubik.com.
(14) 14 | TEKNIK MENYELESAIKAN KIUB RUBIK. Pusingkan permukaan putih yang telah diselesaikan dalam Langkah 3 tadi ke bawah. Sekarang kita akan selesaikan bahagian seterusnya iaitu bahagian tengah.. (3A). (3B). TIPS: Pusing permukaan atas (U) sekali atau lebih jika perlu dan pastikan warna biru, merah atau oren berada seperti kedudukan di atas (3A, 3B). 3A. Jika warna oren berada sejajar dengan biru (rujuk gambar 3A), gunakan pergerakan di bawah.. 3B. Jika warna merah berada sejajar dengan biru (rujuk gambar 3B), gunakan pergerakan di bawah.. Selesaikan semua permukaan tengah yang lain mengikut pergerakan 3A dan 3B.. Jika kiub anda seperti sasaran Langkah 4, teruskan kepada Langkah 5 Hakcipta Terpelihara © RahsiaRubik.com.
(15) 15 | TEKNIK MENYELESAIKAN KIUB RUBIK. LANGKAH 5 SELESAIKAN SETENTANG KUNING. Hakcipta Terpelihara © RahsiaRubik.com.
(16) 16 | TEKNIK MENYELESAIKAN KIUB RUBIK. Pastikan permukaan berwarna kuning berada di sebelah atas. Sasaran untuk Langkah 5 adalah seperti gambar di sebelah. TIPS: Dalam Langkah 5 ini, selesaikan permukaan berwarna kuning sahaja. Abaikan warna yang lain.. 4A. Jika kiub anda seperti di sebelah kiri, sila teruskan kepada Langkah 6.. 4B. Jika kiub anda seperti di bawah, gunakan langkah yang ditunjukkan di sebelah kanannya.. =. =. =. Jika kiub anda seperti sasaran Langkah 5, teruskan kepada Langkah 6 Hakcipta Terpelihara © RahsiaRubik.com.
(17) 17 | TEKNIK MENYELESAIKAN KIUB RUBIK. LANGKAH 6 SELESAIKAN SISI TEPI. Hakcipta Terpelihara © RahsiaRubik.com.
(18) 18 | TEKNIK MENYELESAIKAN KIUB RUBIK. Sasaran anda adalah seperti gambar di sebelah.. TIPS: Pada salah satu atau lebih pada permukaan sisi, pasti akan terdapat permukaan yang selari warnanya seperti di sebelah. Jika tidak, pusingkan permukaan atas (U) untuk mendapatkan keselarian warna tersebut. Gunakan warna yang selari sebagai origin atau paksi kiub. Gunakan langkah di bawah untuk mencapai sasaran Langkah 6 ini.. Ulangi langkah ini beberapa kali sehingga keempat-empat permukaan menjadi seperti sasaran di atas.. Jika kiub anda seperti sasaran Langkah 6, teruskan kepada Langkah 7.. Hakcipta Terpelihara © RahsiaRubik.com.
(19) 19 | TEKNIK MENYELESAIKAN KIUB RUBIK. LANGKAH 7 SELESAIKAN BUCU KIUB. Hakcipta Terpelihara © RahsiaRubik.com.
(20) 20 | TEKNIK MENYELESAIKAN KIUB RUBIK. Dalam Langkah 7, sasaran anda adalah seperti salah satu daripada gambar di bawah.. TIPS: Di antara keempat-empat penjuru, pasti akan terdapat satu penjuru dengan tiga (3) warna yang berada di dalam warna keluarganya iaitu: Kuning – Biru – Merah Kuning – Hijau – Oren. | |. Kuning – Merah – Hijau Kuning – Oren – Biru. Jika kiub anda seperti salah satu daripada gambar di atas, ambil bucu penjuru sebelah kanan atas sebagai paksi kiub untuk menyelesaikan sasaran Langkah 7 ini.. Ulangi langkah ini beberapa kali sehingga keempat-empat bucu berada di dalam warna keluarganya iaitu: Bucu 1: Kuning Bucu 2: Kuning Bucu 3: Kuning Bucu 4: Kuning. – – – –. Biru – Merah Merah - Hijau Hijau – Oren Oren – Biru. Jika kiub anda seperti sasaran Langkah 7, teruskan kepada Langkah 8 Hakcipta Terpelihara © RahsiaRubik.com.
(21) 21 | TEKNIK MENYELESAIKAN KIUB RUBIK. LANGKAH 8 (AKHIR) SELESAIKAN KIUB RUBIK. Hakcipta Terpelihara © RahsiaRubik.com.
(22) 22 | TEKNIK MENYELESAIKAN KIUB RUBIK. Dalam Langkah Terakhir ini, anda akan menggunakan semula langkah yang pernah digunakan sebelum ini cuma terdapat satu pergerakan tambahan sahaja. TIPS: Gunakan satu bucu sebagai paksi kiub. Jika terdapat bucu yang telah diselesaikan, gerakkan permukaan atas (U) satu pusingan dan selesaikan bucu yang lain.. Gunakan pergerakan di bawah beberapa kali sehingga menjadi seperti berikut:. 8A.. 8B. Setelah kiub anda menjadi seperti di atas, pusing permukaan atas lawan arah jam satu pusingan. Ulangi pergerakan 8A dan 8B untuk tiga bucu lagi. Pastikan anda melakukan setiap pergerakan di atas. Jika tertinggal satu pergerakan terutamanya pergerakan (Ui & D), kiub akan jadi bercelaru.. Hakcipta Terpelihara © RahsiaRubik.com.
(23) 23 | TEKNIK MENYELESAIKAN KIUB RUBIK. PENUTUP Tahniah kepada anda kerana berjaya membaca sampai ke muka surat ini tapi jangan baca sahaja, praktikkan. Sila dapatkan kiub rubik anda di kedai mainan yang berdekatan jika anda masih belum memiliki kiub rubik. Kesimpulannya, untuk mendapatkan kepantasan dan skill, apa yang anda perlu buat adalah latihan, latihan dan latihan. Saya mengambil masa lebih kurang 3 hari untuk menyiapkan kiub rubik saya yang pertama dan saya terus berusaha sehingga saya berjaya sampai ke tahap sekarang. Saya yakin, ANDA JUGA MAMPU MELAKUKANNYA! Segalanya bergantung di atas usaha anda sendiri. Selamat berjaya!. Sekian sahaja daripada saya,. Jepree Ibrahim http://rahsiarubik.com http://www.facebook.com/m.jepree Hakcipta Terpelihara © RahsiaRubik.com.
(24)
Dokumen terkait
Tangan lengan harus disiapkan dengan lurus ke bawah (siku tidak ditekuk) apabila akan mengambil bola servis dengan jenis servis bola tanpa putaran (float serve). Tangan
9) Bahwa proses peradilan oleh penyidik terhadap anggota dewan yang hanya dapat dilakukan dengan persetujuan Mahkamah Kehormatan Dewan, merupakan kelompok pengaturan yang
Menghadapi persaingan pasar, terutanna daIann nnenghadapi pasar gIobaI, suatu perusahaan harus bisa nnenetapkan nnetode SWOT sebagai Iandasan dasar perunnusan strategi
Berdasarkan hasil kegiatan penelitian tindakan kelas yang telah dilakukan melalui penggunaan macromedia flash pada mata diklat chassis pemindah tenaga, maka dapat ditarik
Oleh karena itu, hukum semakin penting peranannya sebagai sarana untuk mewujudkan kebijakan-kebijakan pemerintah, Suatu kebijakan akan menjadi efektif apabila dilaksanakan
Nilai moral yang terkandung dalam sistem keluarga Ie memiliki nilai yang universal sebagai pengikatnya. Sebagaimana dalam keluarga pada umumnya baik keluarga kecil
Parameter-parameter yang digunakan untuk analisis probabilitas dengan model sumber gempa sesar (fault) adalah latitude dan longitude, slipt-rate, fault trace, penjang dan
Program ini dilaksanakan oleh Puslitbang Perubahan Iklim dan Kebijakan, Balai Besar Penelitian Dipterokarpa Samarinda, Balai Besar Bioteknologi Tanaman Hutan Yogyakarta,