• Tidak ada hasil yang ditemukan

5Wenjejat Warisan Paliang

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "5Wenjejat Warisan Paliang"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

2111,. II... rm

SEMINAR

PERSURATAN PAHANG

5Wenjejat

Warisan

Paliang

DPMP: Wadah

Perjuangan

Penulis

Pahang

Oleh:

Tn

Hj Syed

Ahmad

Syed

Abdullah

27

-28 Oktober 2001

Tempat : Auditorium Taman Budaya, Kuantan

)f_njuranC8ersama:

JabatanKebudayaan&. Kesenian Pahang (JKKP) Fakulti Bahasa Universiti Pendidikan Sultan Idris(UPSI)

Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP) <Dengan1(erjasama

Yayasan Pahang

Dewan Bahasa dan Pustaka(DBP) Kerajaan Negeri Pahang

(2)

DEWAN

PERSURATAN MELAYU

PAHANG

SEBAGAI

WADAH

PENULIS PAHANG

oleh

HAJI SAIVID AHMAD BIN SAIVIDABDULLAH

(DewanPersuratanMelayu Pahang)

DPMP ditubuhkan pada 17 Mei 1957 di Sekolah Laki-laki Temerloh. Kira-kiraseratus orang penulis, peminat, guru-guru, ustaz merupakan tenaga awal penubuhannya dan

mereka inilah yang hadir pada hari yang bersejarah itu. Antara objektif penubuhannya

ialah menyatukan penulis-penulis, peminat sastera dan penggiat budaya ke dalam suatu

organisasiyangberperlembagaan.

Sebelum itu Pahang telah mempunyai penulis yang menulis bersendirian seperti

Dato' Shihabudin Zainal Abidin (ulama) yangbanyak menghasilkan karya agamadalam genre syair. Dalam kurun kelima belas hingga ketujuh belas tradisi menulis terus

menerus disambung pulaolehCikguAhmadKotot, HikayatPercintaanKasih Kemudaan

diterbitkan tahun 1928. CikguAhmad adalah bekas penuntutMaktab Perguruan Melaka sebelum berpindah ke Tanjung Malim. Selepas itu timbul pula penulis IBHY iaitu IbrahimHaji Yaacob yang banyakmenulis rencana-rencanatentangnasib danperjuangan

orang-orang Melayu. Beliau merupakan pelajar Sultan Idris Training College Tanjung Malim yangtamatpadatahun 1931.

Pak Sako Ishak Haji Muhammad, Keris Mas, Pak Zek, Ibrahim Omar semuanya

telah menulis sebelum DPMP diwujudkan. Dato' Mohd. Khairuddin Kawi, Haji Alang Ahmad (wartawan) bergiat selepas penubuhannya. Sejak penubuhannya DPMP mula

bergerak melaksanakan cita-cita yang terkandung di dalam perlembagaannya. Di

antaranya ialah:

Membina dan mengembangkan bahasa, kesusasteraan, dan kesenian Melayu

ke arah mengukuhkandasarkebudayaannasional.

(3)

kesusasteraanMelayu

Memelihara kesenianMelayuterutamakesenian tradisi dansasterarakyat.

Pada akhir tahun 50-an DPMP dipimpinoleh seorang tokohtempatanyangsangat dihormati iaitu Cikgu Mohd Taib Akil dengan Setiausahanya oleh Saudara Jazam Lusah.

Pada tahun-tahun permulaan itu, DPMP berpusat di Temerloh. Antara tokoh yang

menggerakkan DPMP ialah Saudara Jaafar Husainyang menghasilkan novel Kebenaran

dan Arman Sani,yang sangatproduktifdalambidang penulisannoveldan cerpen.

Selepas Mohd. Taib Akil meninggal, DPMP dipimpin oleh Saudara Jaafar

Husain dan Drs. Abdul Rahman Zainal Abidin serta kawan-kawan di Temerloh. Pada

zamanini mereka trelahberjayamenerbitkan MajalahPedoman. Ini semuaberlaku pada

awal dan pertengahan tahun 60-an. Pada masa itu kegiatan banyak tertumpu kepada

usaha meningkatkan kebolehan menulis. Aktiviti ini diikuti dengan mengedakan

kegiatanperbengkelan, khususuntukmembimbingbakat-bakatmuda dikalanganahli. Selain daripada itu kegiatan berbentuk ceramah sastera, kursus penulisan turut

diadakan. DPMP seringkali menjemput tokoh-tokoh dari Kuala Lumpur seperti Keris

Mas, A. Samad Ismail, 1. U. Nasution, Hadzrami A.R., Usman Awang, Abu Hassan

Sham, Kemala, dan Abdullah Hussein sebagai penceramahdi dalam bengkel dan kursus

anjurannya.

Kegiatan mermmpm para penulis muda ini terus menerus menjadi agenda

kegiatan DPMP. Kegiatan ini dijalankan hampir semua daerah di Pahang, iaitu

Temerloh, Raub, Jerantut,Kuantan danBentong.

Perlembagaan DPMP yang berorientasi kegiatan berpusat telah dipinda bagi membolehkan penubuhan cawangan di setiap daerah. Kaedah ini difikirkan boleh

memperkasakan lagi DPMP. Pindaan perlembagaan ini dilaksanakan semasa DPMP

dipimpin oleh YM Tengku Alauddin bin TengkuAbdul Majid. Sehubungan dengan itu,

pentadbiran DPMP dipindahkan dari Temerloh ke Kuantan dengan Setiausahanya

Rahman Haji Yusof, seorang penulis yang mula menyerlahkan bakatnya dalarn genre

cerpen dan novel.

(4)

Semenjak dari tarikh itulah DPMP terus mempelbagaikan kegiatannya dalam

bidang sastera dan penulisan, termasuk kegiatan pementasan (teater). Dengan

memberikan pelbagai bentuk galakan dan bantuan, DPMP Cawangan mula menerbitkan

majalah sendiri

-kebanyakannya secara stensilan. Maka muncullah majalah Tinta dari

Pekan, Kalong dari Kuantan, Terataidari Maran, Kunang-Kunang dari Temerloh, Tunas dari Bentong, Emas Tempawan dari Raub dan Sinar dari Jerantut bagi menampung

karya-karya penulis

-khususnya ahli-ahli DPMP. Pada masa inilah lahimya sebilangan

penulis muda DPMP yang mengasah pena masing-masing dalam pelbagai genre. Dari

Lipis muncul penulis Aminuddin Alias (Allahyarham); Abdul Mutalib Ghani dan Nazri

Nong Samah dari Jerantut; Rahman Haji Yusof, Ami Masra, Razak Buman, Maimunah

Ali, Aripin Said dari Temerloh. Dari Lipismuncul duaorang penulismudaadik-beradik iaituZaharah Manandan Maimunah Manan.

Dari Maran terdapat penulis Omar Muhammad, Yazid Idris, dan Daeng Ramli Akil. Saedon Ibrahim, anak Lipis yang bermukim di Kuantan muncul bersama-sama

penulis lain dari Kuantan iaitu Ghaffar Muhammad, Rokiah Abu Bakar, Khairiah H.A.,

Radzwan Yusofdan Mohd. Nor Ismail. Rahman Haji Yusof yang mulanya berkhidmat

di Temerloh bertukar ke Pekan. Di Pekan beliau muncul bersama-sama Mohd. Mansor Abdullah dan Yaakub Isa.

Selain bidang puisi dan cerpen, DPMPjuga bergiat dalam bidang teater. Melalui

geme ini lahirlah penggiat teater seperti L. Man Kadir Shamsi, Yassin Salleh, Yaakub

Yunus, Kahar Ismail dan Roslan Madun.

DPMP sebenarnyatidak pernah melupakan bimbingan serta tunjuk ajar beberapa orangpenulis vaterensepertiPak Sako, KerisMas,Baharuddin C. D., Abu HassanSham,

Abdul Karim Abdullah (Bung Karim), yang tidak pernah jemu berdampingan dan

membantupenulismudadiPahang.

Organisasi penulis Pahang ini terus berkembang mengikut peredaran masa.

Untuk menyatukanpenulis Pahangyang bermukim di IbuKota, makaditubuhkan DPMP

Cawangan Kuala Lumpur. Penubuhancawangan inimerupakan satu aktiviti yang cukup bermakna dalam sejarah perkembangan DPMP. Tokoh-tokoh yang banyak memberikan

sumbangan terhadap penubuhan DPMP Cawangan Kuala Lumpur ialah Dato' Dr. Abu Hassan Sham dan Tuan Haji Abdul Karim Abdullah. Mereka dibantu oleh anak-anak

(5)

Pahang lain yang ada di Kuala Lumpur seperti Saudara Shahrom Tok Muda Sulaiman,

Kamaluddin Mat Lela, Naharuddin Ali, Ami Masra, Aripin Said; di sarnping Keris Mas dan Pak Sako yang sentiasa memberikannasihat dangalakan.

Hasil usaha yang tidak berhenti-henti dari anggota DPMP lahirlah beberapa

antologi seperti Suara dan Bicara, Di Luar Kerelaan dan Bicara Kumbangke pangkuan

masyarakat. Antara penulis DPMP yang menonjol ialah Rahman Haji Yusof, Aripin

said, Arman Sani dan Baharuddin C. D. (nevel); Zakaria Hitam, Aminuddin Ali dan Yaakub Isa (sastera rakyat); Mohd. Mansur Abdullah, Ami Masra, Nazri Sham, Yazid

Idris, Subari Ahmad, Zaharah Manan, Rafar Muhammad, Saedon Ibrahim (puisi); dan YassinSalleh, L. ManKadir Shamsi dan Roslan Madun(teater).

Dalam bidang lagu-lagu rakyat pula muncul Saudara Aripin Said

-yang boleh

dikatakan si nonim dengan lagu rakyat Pahang. Beliaulah yang bertanggungjawab

mernpopularkan Walinnong Sari, sementara Saudara Roslan Madun ikut berkecempung

dalarn bidang yang sarna kemudiannya dan polular dengan lagu Menghilir Sungai

Pahang.

* * *

DPMP turut memberikan sumbangan yang bermakna kepada Kerajaan Negeri

Pahang danGapena. Antaranyaialah:

Menyediakankertascadangan penubuhan Perpustakaan Negeri.

Mencadanguntukdiwujudkan Kompleks KebudayaanNegari.

Mencadang untuk rnewujudkan Muzium Negeri, termasuk

Muzium Sastera dan MuziumTokoh.

Menghidupkansemulapasukantariannegeri.

Meminta kerajaan mengikutsertakan penulis dalam

rornbongan kerajaanke luarnegeri.

MembuatpenyelidikanTok GuruPeramu.

Mendesar supayaditubuhkan sebuahuniversiti di Pantai Timur.

(6)

Mengadakan ceramah tentang Perlembagaan Malaysia oleh Yang

Berhormat Tan Seri Abdul KadirYusoff.

Cadangantersebut ada yang berjaya dilaksanakan, semantara yang lainnya sampai ketahap ini masihbelum terhasil.

AktivitidanprogramGfapenayang dilaksanakanoleh DPMPtermasuklah:

• SimposiumHak Ciptadi Kuantanpada 1974. • Hari Puisi Nasional

pada 13 April 1978 di Kuantan. Hasil

daripada aktiviti ini terbitlah antologi Gema Membelah Gema.

Aktiviti ini diikut serta oleh penyair dari Rusia, Australia dan

Singapura.

Mengadakan Hari sastera pada 15-18 Oktober 1987 di Pekan dan

Kuantan. Kata-kata Ketua I Gapena Prof Ismail Hussein tentang Hari Sastera di Pahang sentiasa menjadi ingatan DPMP, iaitu:

"Hari sastera 1987 adalah suatu yang terbesar pernah kami

selenggarakan, dan mengukir sejarah kegemilangan yang tersendiri. Inilahpertamakalinya kegiatan sastera baru masuk ke dalam istana Raja Melayu dan dengan menyemarakkan semula

pernyataanbanggasertakegemilangan sejarah zamanlampau.

"

DPMP juga berjaya menerbitkan antologi seperti Gema Membelah Gema, Suara dan Bicara, Di Luar Kere/aan, Bicara Kumbang, Usrah Perjalanan dan Sabda Alam.

Penerbitan ini selainmenjadi wadahperjuanganahli DPMP,juga merupakan sumbangan DPMPterhadapduniapenulisandan sasterabangsa.

Sebagai penutup kertas yang pendek ini, sukacitalah saya menurunkan di S1111

beberapakeratpuisi dari antologiyang tersebutdiatas:

Mereka yangdilupakan

(7)

belakangsempadan

sedangmereka yangmeraikan

sedangmereka yangmenaikkan

sedangmereka yangmengharapkan

Kaulupa

makakembalilahmerekapadatanah makakembalilah merekapadalautan

dan kembalilah merekapadamereka yangmerelakan.

E. TariAlauddin,Suara danBicara.

Sehelairambut yang hitam dibelah tiga.

dia menitidiatasnya dan Tuhanmendekati

mendekatihati danurallehernya

Tuhanku

telahkulihatsegala keagungan-mu

padasetiapyangwujuddimaya ini

dan akanluput

sebagaimana

aku melihatkeagungan-Mu

alasdiriku

yangjugaakanluput

hilang

dan akumengertisendiri.

(8)

Yahaya Abdullah,Suara dan Bicara

Telah kulaungkanseluruhpenjuru

supayasetiapengkau tahu

bahawa akutidaksetuju

Janda BaikdipisahkandariInderapura keranatanah inipusakakita

salahlahmereka yangdiamanahkan

tanah tercintaitu demi untukapa?

SahamadMalaya,Di Luar Kerelaan.

Merangkaksuara tangis

daririmbunduka

kelautderita

buat seorangnelayan

yanglemasdipelukgelombang

jugaseorangpetaniyangkeringdarahnya

dihirup mentari.

Mentari daritujuh lapisanlangit

gelombangdaritujuhlapisan laut

(9)

Setitikdarah dan nanah yang berbaurhanyirditanah

setitik airmatayangterburaike riba

secebiskeringatyangmenggelepar tidakpernah menjanjikanapa-apa

untuknya.

NazriSham,Di Luar Kerelaan

Dipendekkan perbicaraan, bahawa DPMP adalah satu-satunya badan penulis di

Pahang yang berjaya menyambung suara penulis-penulis Pahang dan pada masa yang

sarnamengangkatcita-citapenulis Pahang. Wallahu a'lam.

SAIYID AHMAD SAIYIDABDULLAH E48 JalanlnderaSegara

28000 TEMERLOH, Pahang

Oktober2001

Referensi

Dokumen terkait

Data suhu dan salinitas yang telah didapat akan diolah dan dipetakan dalam bentuk peta kontur menggunakan software surfer sebagai data pendukung dalam

1) Vesikuler: suara nafas tambahan terdengar disemua lapangan paru yang normal. Bersifat halus, nada rendah, inspirasi lebih panjang daripada ekspirasi.

Kerjasama dan komunikasi yang baik di tingkat lokal antara pemerintah daerah, elit lokal dan masyarakat menjadi kunci utama dalam mencegah konflik yang berlarut-larut sehingga

Kesulitan dari puhak dokter adalah sulitnya mengadakan koordinasi yang baik antara tangan kiri yang memegang lidah, tangan kanan yang memegang cermin, kepala yang menggerakkan lampu

Dalam Pedoman Operasional Umum PNPM Mandiri Perkotaan 2008, PNPM Mandiri Perkotaan merupakan kegiatan lanjutan dari Program Penanggulangan Kemiskinan di Perkotaan (P2KP)

Lapisan malpighi merupakan kulit ari yang berada di bawah lapisan kulit tanduk. Lapisan ini tersusun dari sel-sel hidup yang selalu membelah diri. Pada lapisan ini terdapat

Rajah pada intinya berisi permohonan izin kepada Tuhan, para leluhur, dan para mahluk gaib lainnya yang menghuni berbagai tempat dengan harapan agar mendapat keselamatan

Visi: Menjadi Lembaga Pendidikan Teologi pembentuk calon pemimpin Gereja dan masyarakat yang dapat melayani dengan Iman, Ilmu dan