X
PENGENALAN
Setelah kita mempelajari enam jenis tarannum muktabar sebelum ini, iaitu
Bayyati, Nahwand, Rast, Soba, Hijaz dan Sikah, kini tibalah masanya untuk kita mempelajari tarannum yang terakhir dalam susunan tarannum-tarannum al-Quran yang masyhur, iaitu tarannum Jiharkah. Ia merupakan sebuah lagi tarannum yang sering dikumandangkan oleh para Qari Mesir melalui bacaan mereka.
Tarannum ini amat merdu sekali jika diterapkan dalam bacaan al-Quran secara bertarannum. Dengan memiliki pelbagai keunikan, ia bukan sahaja diaplikasikan dalam bacaan al-Quran secara bertarannum, malah ia sering juga diterapkan dalam bacaan al-Quran secara murattal dan laungan takbir Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha, khususnya di Malaysia.
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan tentang sejarah tarannum Jiharkah, sifat-sifat dan peranannya di dalam bacaan al-Quran;
2. Menerapkan tarannum Jiharkah di dalam surah-surah yang mengandungi Mad ÂAridh Lissukun, Mad ÂIwad dan yang tidak mengandungi mad di kepala ayat; dan
3. Mengaplikasikan tarannum-tarannum yang sesuai diwaslahkan dengan Jiharkah.
T
T
o
o
p
p
i
i
k
k
1
1
0
0
X
Tarannum
SEJARAH TARANNUM JIHARKAH
Berikut adalah tiga faktor yang menyumbang ke arah sejarah tarannum jiharkah.
10.1.1 Definisi Jiharkah dan Sejarah
Perkembangannya
Tarannum Jiharkah adalah sebuah lagu yang berasal dari Parsi. Ia telah diterima pakai sebagai tarannum al-Quran oleh para Qari Hijazi dan telah melalui fasa pengubahsuaian mengikut kesesuaian dalam pembacaan al-Quran. Kini, Tarannum Jiharkah telah dipopularkan oleh para Qari Mesir mengikut kesesuaian budaya mereka.
Tarannum Jiharkah adalah satu seni alunan bacaan al-Quran bagi menunjukkan kehebatan al-Quran secara halus. Walaupun ia telah melalui fasa perubahan, namun pada hakikatnya keaslian seni lagu tarannum ini masih kekal. Malaysia tidak ketinggalan dalam menerima pengaruh lagu ini sehinggakan ia turut diaplikasikan di dalam laungan takbir Hari Raya. Namun, menurut pemerhatian yang dijalankan ke atas bacaan para peserta tilawah al-Quran di semua peringkat di Malaysia, didapati bahawa lagu yang paling jarang dibawa oleh mereka adalah Jiharkah.
AKTIVITI 10.1
Bincangkan bersama ahli kumpulan anda tentang tarannum-tarannum sebelum ini yang memiliki air lagu dan sifat-sifat yang hampir serupa.
10.1
AKTIVITI 10.2
Huraikan secara ringkas tentang peranan dan tujuan waslah al-mumasalah
ayat yang bersifat dalaman ataupun ruhaniah dan aqidah. Rajah 10.1 berikut menunjukkan sifat-sifat umum tarannum Jiharkah.
Rajah 10.1: Sifat-sifat tarannum jiharkah
10.1.3 Peranan Tarannum Jiharkah
Tarannum Jiharkah berperanan sebagai suatu tarannum yang mampu memberi keinsafan kepada para pendengar tentang ayat-ayat yang dibaca di samping menambah kekhusyukan mereka. Selain itu, tarannum Jiharkah juga memainkan beberapa peranan lain seperti yang diterangkan dalam Rajah 10.2.
AKTIVITI 10.3
Pada pandangan anda, mengapakah para Qurra di Malaysia jarang membawa tarannum Jiharkah di dalam bacaan mereka khususnya dalam pertandingan musabaqah? Bincangkan.
Rajah 10.2: Peranan tarannum jiharkah
Demikian adalah di antara peranan-peranan yang dibawa oleh tarannum Jiharkah dalam sesuatu bacaan. Jika ia dilagukan dengan baik, maka ia akan dapat memberikan kesan yang begitu mendalam kepada para pendengar seperti mana yang telah dinyatakan sebelum ini. Oleh itu, laksanakanlah ia dalam ayat-ayat yang berkaitan dengan hari kiamat, kesedihan, rintihan dan rayuan, serta kerohanian.
AKTIVITI 10.4
Dengan merujuk kepada surah MuÊminun ayat 27, Furqan ayat 10 dan al-Qamar 36, sila tatbiqkan tarannum Jiharkah dengan berpandukan contoh dari bacaan guru anda.
TATBIQ TARANNUM JIHARKAH DALAM
AL-QURAN
10.2.1
Tatbiq
Tarannum Jiharkah dalam Surah yang
Ber
Mad Aridh Lissukun
Surah al-MuÊminun: 27
ÉΟó¡Î0
«!$#
Ç⎯≈uΗ÷q§9$#
ÉΟŠÏm§9$#
∩⊇∪
!$oΨøŠym÷ρr'sù
Ïμø‹s9Î)
Èβr&
ÆìoΨô¹$#
y7ù=àø9$#
$oΨÏ⊥ãŠôãr'Î/
$oΨÍŠômuρuρ
#sŒÎ*sù
u™!$y_
$tΡâöΔr&
u‘$sùuρ
â‘θ‘Ζ−F9$#
òè=ó™$$sù
$pκÏù
⎯ÏΒ
9e≅à2
È⎦÷⎫y`÷ρy—
È⎦÷⎫uΖøO$#
šn=÷δr&uρ
ωÎ)
⎯tΒ
t,t7y™
Ïμø‹n=tã
ãΑöθs)ø9$#
öΝßγ÷ΨÏΒ
(
Ÿωuρ
©Í_ö7ÏÜ≈sƒéB
’Îû
t⎦⎪Ï%©!$#
(#þθßϑn=sß
(
Νåκ¨ΞÎ)
šχθè%{øó•Β
∩⊄∠∪
#sŒÎ*sù
|M÷ƒuθtGó™$#
|MΡr&
⎯tΒuρ
y7tè¨Β
’n?tã
Å7ù=àø9$#
È≅à)sù
߉ôϑptø:$#
¬!
“Ï%©!$#
$oΨ9¤ftΡ
z⎯ÏΒ
ÏΘöθs)ø9$#
t⎦⎫ÏϑÎ=≈©à9$#
∩⊄∇∪
10.2
AKTIVITI 10.5
Sila baca surah-surah berikut secara murattal, dengan menggunakan tarannum Jiharkah.
10.2.2
Tatbiq
Tarannum Jiharkah dalam Surah yang
Ber
Mad ‘Iwadh
Surah al-Furqan: 21
É
Οó¡Î0
«!$#
Ç⎯≈uΗ÷q§9$#
ÉΟŠÏm§9$#
∩⊇∪
*
tΑ$s%uρ
t⎦⎪Ï%©!$#
Ÿω
šχθã_ötƒ
$tΡu™!$s)Ï9
Iωöθs9
tΑÌ“Ρé&
$uΖøŠn=tã
èπs3Íׯ≈n=yϑø9$#
÷ρr&
3“ttΡ
$oΨ−/u‘
3
ωs)s9
(#ρçy9õ3tGó™$#
þ’Îû
öΝÎγÅ¡àΡr&
öθtGtãuρ
#vθçGãã
#ZÎ7x.
∩⊄⊇∪
tΠöθtƒ
tβ÷ρttƒ
sπs3Íׯ≈n=yϑø9$#
Ÿω
3“uô³ç/
7‹Í×tΒöθtƒ
t⎦⎫ÏΒÌôfßϑù=Ïj9
tβθä9θà)tƒuρ
#\ôfÏm
#Y‘θàføt¤Χ
∩⊄⊄∪
!$uΖøΒωs%uρ
4’n<Î)
$tΒ
(#θè=Ïϑtã
ô⎯ÏΒ
9≅yϑtã
çμ≈oΨù=yèyfsù
[™!$t6yδ
#·‘θèWΨ¨Β
∩⊄⊂∪
10.2.3 Tatbiq Tarannum Jiharkah dalam Surah yang
Tidak Ber
Mad
di Kepala Ayat
Surah al-Qamar: 36
É
Οó¡Î0
«!$#
Ç⎯≈uΗ÷q§9$#
ÉΟŠÏm§9$#
∩⊇∪
ô‰s)s9uρ
Νèδu‘x‹Ρr&
$uΖtFt±ôÜt/
(#÷ρu‘$yϑtFsù
͑䋑Ζ9$$Î/
∩⊂∉∪
ô‰s)s9uρ
çνρߊuρ≡u‘
⎯tã
⎯ÏμÏøŠ|Ê
!$uΖó¡yϑsÜsù
öΝåκs]ãŠôãr&
(#θè%ρä‹sù
’Î1#x‹tã
Í‘ä‹çΡuρ
∩⊂∠∪
ô‰s)s9uρ
Νßγys¬7|¹
¸οtõ3ç/
Ò>#x‹tã
@É)tGó¡•Β
∩⊂∇∪
TARANNUM YANG SESUAI
DIWASLAHKAN DENGAN JIHARKAH
10.5
Terdapat beberapa tarannum lain yang sesuai diwaslahkan dengan tarannum Jiharkah. Ini kerana terdapat persamaan pada air lagu ataupun wazan lagu tersebut. Di antara tarannum-tarannum tersebut dapat kita lihat dalam Rajah 10.3 seterusnya.
Rajah 10.3: Peranan tarannum jiharkah
Adalah menjadi kebiasaan para QurraÊ mewaslahkan tarannum-tarannum tersebut pada lagu Jiharkah. Seperti tarannum-tarannum yang lain, kaedah
waslah tarannum Jiharkah bolehlah dilaksanakan, sama ada mengikut kaedah
waslah di tengah ataupun di hujung lagu tersebut.
10.3.1 Peranan
Waslah al-Mumasalah
dalam
Tarannum Jiharkah
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, tarannum Jiharkah adalah sebuah tarannum yang memiliki ciri-ciri kelembutan yang menusuk jiwa. Pada ketika-ketika tertentu, ia boleh diwaslahkan dengan beberapa tarannum lain seperti
Rast, Husaini, Sikah dan Soba bagi menambah seri pergerakan lagu Jiharkah tersebut.
Namun begitu, terdapat beberapa peranan lain mengapa sesuatu tarannum itu digandingkan dengan lagu Jiharkah. Di antaranya adalah seperti berikut:
(a) Mengurangkan Ketegangan dalam Persembahan
Tarannum yang amat sesuai untuk diwaslahkan dengan lagu Jiharkah, khususnya apabila Qari merasa sedikit ketegangan dalam persembahannya, ialah Soba dan Sikah.
(b) Memanaskan Bacaan
Bagi menjadikan persembahan lebih berkesan, maka ia bolehlah diwaslah
dengan Rast ataupun Husaini.
Sila ulang kaji semula apa yang anda pelajari dalam topik ini dengan menjawab semua soalan yang dikemukakan berikut.
1. Jelaskan serba sedikit tentang latar belakang tarannum Jiharkah. 2. Nyatakan sifat-sifat tarannum Jiharkah.
3. Berdasarkan sifat-sifat yang ada pada tarannum Jiharkah tersebut, apakah ayat-ayat yang bersesuaian untuk diaplikasikan tarannum Jiharkah ke atasnya?
4. Huraikan peranan-peranan yang dimainkan oleh tarannum Jiharkah dalam sesebuah bacaan.
5. Pada pengamatan anda, namakan Qari-qari Mesir yang terkenal yang sering menggunakan tarannum Jiharkah dalam bacaan mereka, sama ada secara murattal ataupun bertarannum.
6. Nyatakan tarannum-tarannum lain yang sesuai diwaslahkan dengan tarannum Jiharkah dan huraikan mengenai keperluan
waslah al-mumasalah tersebut.
7. Apakah pendapat anda tentang tarannum Jiharkah yang telah anda pelajari?
• Tarannum Jiharkah adalah tarannum terakhir dalam susunan tarannum al-Quran yang mahsyur. Ia bukan sahaja sesuai diaplikasikan dalam bacaan al-Quran secara bertarannum, malah ia sering juga diterapkan dalam bacaan al-Quran secara murattal. Di Malaysia, ia cukup sinonim dengan laungan takbir Hari Raya.
• Tarannum Jiharkah berasal dari Parsi dan diterima pakai oleh para Qari Hijazi. Ia telah melalui fasa pengubahsuaian sesuai dengan pembacaan al-Quran. Kini tarannum ini dipopularkan pula oleh para Qari dari Mesir. • Jiharkah terkenal dengan sifatnya yang mendayu-dayu, merintih serta
sedih. Oleh itu, ia amat sesuai dipraktiskan pada ayat-ayat berkaitan hari kiamat, rintihan, doa serta ayat-ayat yang bersifat ruhaniah dan aqidah. • Antara peranan utama tarannum Jiharkah ialah membangkitkan rasa insaf
dan khusyuk para pendengar terhadap ayat-ayat yang dibaca. Antara tarannum lain yang sesuai diwaslahkan dengan tarannum Jiharkah ialah
Rast, Sikah, Soba dan Husaini.
Ruhaniah
Sifat-sifat Alunan dan Peranan Jiharkah
Tarannum Jiharkah Tatbiq
KATA KUNCI
Mahdi Muhammad al-Hirazi. (2001). Bughyah al-Murid Min Ahkam al-Tajwid. Beirut: Dar al-Basyair al-Islamiyyah.
Manna Khalil Qattan. (1998). Mabahis Fi `Ulum al-Quran. Beirut: Muassasah al-Risalah.
MannaÊ Khalil al-Qattan. (1973). Studi Ilmu-Ilmu QurÊan (terj. Drs. Mudzakkir AS.). Jakarta: Litera AntarNusa.
Muhammad Abdul Azim al-Zalqani. (2001). Manahil al-Irfan fi Ulum al-Quran.
Beirut: Al-Maktabah al-Asriyyah.
Muhammad Khazar al-Mujali. (2003). Al-Wajiz Fi `Ulum al-Kitab al-`Aziz. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Muhammad Rajab Farjani. (1976). Kaifa NataÊaddabu MaÊa al-Mushaf. Qahirah: Dar al-IÊtisam.
Muhd. Ali bin Abu Bakar. (1997). Seni lagu al-Quran di Malaysia. Kuala Lumpur: Darul Fikr.
Nik Jaafar bin Nik Ismail. (1998). Qawaid Tarannum. Kuala Lumpur: Darul Fikr. Salah `Abd al-Fattah al-Khalidi. (1994). Mafatih Li al-Ta`amul Ma`a al-QurÊan.
Dimashq: Dar al-Qalam.