• Tidak ada hasil yang ditemukan

Wujud itu ada. Adanya sesuatu yang wujud atau ada sesuatu, rasionalnya adalah sesuatu yang dapat di sentuh, di lihat, di bentuk dan usulnya.

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Wujud itu ada. Adanya sesuatu yang wujud atau ada sesuatu, rasionalnya adalah sesuatu yang dapat di sentuh, di lihat, di bentuk dan usulnya."

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

Wujud

Wujud adalah sifat wajib bagi Allah Ta‟ala yang pertama. Wujud bagi Allah Ta‟ala ialah wujud zati, iaitu ada Nya Allah kerana zatNya. WujudNya Allah Ta‟ala tidaklah dengan perantaraan sesuatu pun di luar zatNya. Kepercayaan bahawa wujudnya Allah SWT bukan saja di sisi agama Islam tetapi semua kepercayaan di dalam dunia ini mengaku menyatakan Tuhan itu ada. Firman Allah SWT dalam surah Luqman ayat 25:

ِنِئَلًَ

ِمُوَتِلَأَس

ِنََمَ

ِتًَاَمَّشلا

َّنُلٌُقَََل

ُىَّللا

...

(

ةٍا ،نامقل يرٌس

)

Ertinya: “Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “siapakah yang menciptakan langit dan bumi?” sudah tentu meraka akan menjawab: „Allah‟……”

Wujud itu ada. Adanya sesuatu yang wujud atau ada sesuatu, rasionalnya adalah sesuatu yang dapat di sentuh, di lihat, di bentuk dan usulnya.

Namun wujud dalam sifat Allah tidak dapat didefinasikan seperti itu. Dengan mantiq, kita melatih akal kita bahawa wujud Allah adalah sesuatu yang tidak dapat kita lihat tetapi wujud Allah adalah sesuatu yang dapat kita lihat tetapi wujud Allah dapat kita ketahui dengan wujud Alam. Dan kita manusia ini tidak akan dapat mencipta alam. Maka Allah lah yang mewujudkan alam. Adanya alam ini yang berubah setiap masa dan waktu seperti matahari, bulan, bintang, kematian adanya binatang manusia, gunung-ganang, siang dan malam dan kejadian-kejadiannya yang sempurna, membuktikan dengan nyata adanya pencipta iaitu Allah Ta‟ala. Dengan bukti kejadian itu akal menerima dan berkata: Mesti adanya yang menjadikan dan mengadakan seluruh alam itu, tidak lain hanya pencipta yang sempurna dan berkuasa iaitu Allah Ta‟ala.

Apabila kita pandang kepada kejadian manusia dan seluruh alam ini, maka kita mendapati bahawa tiap-tiap satunya telah dijadikan cukup lengkap, elok, teratur dan sempurna. Ternyatalah sesungguhnya yang menjadikan semua ini tentulah pencipta yang mempunyai kuasa yang sempurna dengan sifat kesempurnaan yang Maha Suci dan tidak serupa dengan makhluk.

(2)

Dan Firman Allah Ta‟ala dalam surah Al-A‟raaf ayat 54:- ُمُكَبَّر َنِإ

Ertinya: “Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang telah menciptakan langit dan bumi” Dengan itu alam dan setiap ahagiannya wajib berkehendak kepada Allah. Tiap-tiap yang wajib berkehendak alam kepadaNya wajiblah wujudNya, jadi Allah itu wajib wujudnya.

Selain itu dalam dalil atau alasan adanya Allah ialah, adanya semua makhluk ini (sebab tidak ada makhluk, kalau tidak ada yang menciptakannya, Allahlah yang menciptakannya)1

Manusia ini tidak akan timbul atau hidup di alam dunia ini secara tiba-tiba, sebab kadang-kadang kita ini merasa banyak kekurangan. Orang bodoh merasa ingin pintar dan orang pendek ingin menjadi tinggi, orang yang cacat badannya pasti ingin lengkap segalanya seperti orang biasa, orang sakit ingin sihat dan seumpamanya.

Sebab itulah semua kejadian tersebut kita terima dengan keadaan yang sudah begini, sebab keadaan hidup dan bentuk atau rupa badan kita ada yang menentukan dan Allah Ta‟ala yang Maha Kuasa, pusat segala kejadian. Kita berasal dari Allah dan sesuatu hari nanti kita kembali kepadaNya. Jadi tidak ada yang sempurna, yang sempurna hanya Allah Maha Pencipta.

Firman Allah Ta‟ala:

ُىَلل Terjemahannya: “Allah Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya…..”

(as-Sajdah: 4)

1

(3)

Qidam

Wajib bagi umat Islam mempercayai dan menyakini bahawa Allah bersifat Qidam ertinya sedia ada (tiada permulaan bagiNya dan tiada akhir bagiNya) Ini adalah sifat wajib Allah Ta‟ala yang kedua. Jelas lah disini bahawa Allah sudah ada sebelum adanya segala makhluk atau sesuatu kejadian di dalam dunia dan alam lain Seperti dalam Firman Allah dalam surah Al-Hadid ayat 3:

ُلًََأِلا ٌَُه

ُنِطاَبِلاًَ ُرِهاَظّلاًَ

ۖ

ٌمَِلَع ٍءَُِش ِلُّكِبّ ٌَُهًَ

(

ةٍا ،دٍدلجا يرٌس

Ertinya: Dialah Allah Yang Pertama, Yang Akhir, Yang Terang (kelihatan tanda-tanda kebesaranNya dan Yang Tersembunyi kerana tidak dapat dilihat oleh mata kepala manusia) dan Dialah Allah Yang Maha Mengetahui segala sesuatu.

Qidam itu sedia ada. Dalam kehidupan seharian, kita bertemu dengan benda-benda yang sedia ada, tetapi sedianya itu kerana ada yang menyediakan.

Sedia pada zat Allah SWT tidak sama dengan gambaran seperti makhluk. Ia tidak boleh kita samakan dengan sifat sedia yang berlaku pada makhluk.2 Sekiranya Allah itu bersifar baharu nescaya Allah berhajat kepada yang membaharukanNya. Dan yang membaharukanNya pula berhajat kepada yang lain membaharukannya, Kalau begitu mustahil bagi Allah sebab, sudah tentu kalau Allah ada yang membuat, tentu pembuatnya Allah lagi. Allah kedua, memerlukan pembuatnya lagi dan seterusnya. Kalau kejadian ini berlaku, setentunya Allah itu miripnya seperti manusia saja dan tidak ada hujung pangkalnya, sebab tentu Allah pun turun- temurun. Itulah yang tidak dapat di terima dengan akal fikiran manusia yang bijak ini.

Keseluruhannya, Zat Allah adalah satu-satunya Zat Pembuat dan Pencipta seluruh alam semesta, lain tidak.

2

(4)

Firman Allah Ta‟ala:

ٌَُه

ُنِطاَبِلاًَ ُرِوَظّلاًَ ُرِجَأِلاًَ ُلًََأِل

...

Ertinya: “Allah itu Zat yang terdahulu tidak ada permulaannya, yang terakhir tidak ada hujungnya, yang zahir tanda-tandanya dan yang ghaib Zatnya…”

(al-Hadid: 3)

Walaupun zat Allah ini ghaib, tidak dapat dilihat dan tidak dapat diraba oleh pacaindera kita, tetapi, Ia Maha Ada. Sebab, Dia pembuat segala makhluk. Kita boleh ada, dan boleh tidak ada, bergantung pada Allah.

Baqa

Yang ketiga ialah sifat Allah yang wajib iaitu Baqa ertinya kekal selama-lamanya dan tiada kesudahan bagiNya. Pada hakikatnya ialah jika Allah tidak kekal, tentulah ia akan binasa dan jika ia binasa nescaya dia baharu dan jika dia baharu nescaya dia sangat memerlukan pertolongan dan berhajat kepada yang membaharukan. Jelas lah di sini bahawa Allah sahaja lah yang kekal. Buktinya sudah termaktub didalam al-quran dan Firman Allah Taala:

ٍناَف اَوََِلَع ِنَمَ ُلُّك

(

)

ىَقِبًٍََ

ٰ

ِماَرِكِإِلاًَ ِلاَلَجِلا ًُذ َكِبَّر ُىِجًَ

(

)

(

ةٍا ،نحمرلا يرٌس

-)

Ertinya: “Setiap yang ada di atas muka bumi ini akan binasa dan yang kekal hanya zat Tuhan mu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan”

(surah Ar-Rahman, ayat 26-27) Baqa itu kekal. Dalam pertaliannya dengan mantiq, jika Allah itu tidak kekal, tentulah ia akan binasa dan jika ia binasa nescaya dia baharu dan jika dia baharu nescaya dia sangat memerlukan pertolongan dan berhajat kepada yang membaharukan. Allah tidak seperti itu, Allah sentiasa ada, tiada akhir dan menafikan ada kesudahan bagi wujudnya Allah Taala. Sesungguhnya Allah tidak

(5)

ada hujungnya, seperti kematian. Jadi, Allah kekal selama-lamanya, tidak diakhiri dengan mati atau lenyap, tidak mengalami perubahan, tidak muda, setengah umur, lalu tua dan mati, seperti manusia. Berbeza dengan wujud makhluk, semua akan mengalami kehancuran, perubahan dan kematian. Sebab Allah adalah pembuat makhluk.

Tuhan sentiasa kekal, tidak binasa sekali-kali. Tuhan tetap ada, sedia dan kekal abadi selama-lamanya. Allah menyebutkan bahawa Dia yang mula menjadikan alam dan seluruh isinya. Kemudian Dia mengulanginya, setelah itu kepadaNya manusia akan kembali.

Firman Allah Ta‟ala:

ًُذ َكِبَّر ُىِجًَ ىَقِبًٍََ ً ِلَّلَجِل

ِماَرِكِلإ Ertinya: “Kekallah Zat Tuhanmu yang mempunyai sifat keagungan dan kemuliaan”

(ar-Rahman: 27)

Qiyamuhu Ta‟ala bi nafisi

Sifat Wajib bagi Allah Ta‟ala yang ke lima ialah Qiyamuhu Ta‟ala bi nafsihi yang bermaksud Allah berdiri dengan sendiriNya. Wajib bagi kita umat Islam bahawa Allah tidak berhajat kepada apa-apa pertolongan daripada makhlukNya. Allah sendiri sahaja yang sempurna sifatNya. Allah SWT menjadikan sesuatu (segala makhluk) adalah karena kelebihan dan belas kasihannya bukan berhajat kepada faedah. Allah SWT adalah Maha Terkaya daripada mengambil apa-apa manfaat di atas ketaatan hamba-hambanya dan tidak sesekali menjadi mudarat kepada Allah Ta‟ala atas sebab kemaksiatan dan kemungkaran hamba-hambanya. Apa yang diperintahkan atau ditegah pada hamba-hambanya adalah perkara yang kembali faedah dan manfaatnya kepada hamba-hambaNya jua.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

...

َينِمَلاَعِلا ِنَع ٌُِنَغَل َىَللا َنِإ

(

(6)

(

ةٍا ،تٌبكنعلا يرٌس

Ertinya: Sesungguhnya Allah terkaya dari sekalian alam.

(Surah Al-Ankabut, ayat 6) Qiyamuhu Ta‟alla Bi Nafsihi itu adalah Allah berdiri dengan sendirinya. Andaikata lah Allah itu ada di langit dan di bumi itu ada Tuhan yang lain selain Allah Ta‟ala nescaya akan tidak tentu dan tidak teratur susunan segala-galanya di dunia. Jika ada dua Tuhan nescaya akan tidak sama menjalankanm satu-satu pendirian. Akhirnya bertentanganlah selalu, kerana antara satu Tuhan dengan Tuhan yang lain tidak bersependapat dan masing-masing ingin mengatur sendiri, ingin berkuasa sendiri. Akhirnya akan menjadi kehancuran dan kebinasaan susunan alam ini yang teratur rapi dan indah.

Dan Allah berfirman dalam surah Al-Israa, ayat 42-43:

ُىَعَمَ َناَك ٌَِل لُّق Ertinya: Katakanlah: Sekiranya ada di samping Tuhan itu ada lagi Tuhan-Tuhan yang lain sebagai mana mereka katakana, tentulah mereka dapat mencari jalan kepada Allah yang memiliki singgahsana Arash. Maha Suci Allah dan Maha Tinggi Allah dari apa yang mereka katakana itu dengan amat tinggi.

Renungkanlah dalam hati kita, bahawa Allah itu tidak memerlukan yang membuatnya. Allah itu berdiri sendiri, Ia berpusat dari segala kejadian makhluk-makhlukNya.

Firman Allah Ta‟ala:

.... َنٌُعِجاَر ِىََِلِإ اَنِّإًَ ِىَلِل اَنِّإ Ertinya: “……sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepadaNyalah kami kembali.”

(al-Baqarah: 156) Dan FirmanNya lagi:

(7)

ٌَُهَلاِإ َ ىَلإ َلا ُىَلل ُىَحِل ِأَتَلا ُمََُقِل ةَنِس مٌَِنَّلاًَ ....

Ertinya: Allah, tiada Tuhan melainkan Dia Yang Hidup, Yang berdiri sendiri, tidak terkena oleh mengantuk, dan tidak oleh tidur.

(al-Baqarah: 255)

Wahdaniah

Wahdaniah adalah yang ke enam pada sifat Allah yang wajib bererti Maha Esa, sama ada pada zat-Nya, sifat-Nya dan af‟al-Nya (perbuatan-Nya). Keterangan yang pertama pada Maha Esa Allah pada zat-Nya ialah zat Allah tidak tersusun dari darah daging urat tulang seperti manusia. Tiada zat yang lain yang menyamai zat Allah Ta‟ala. Kita umat islam perlu percaya dan yakin bahawa zat-Nya Allah tidak tersusun daripada sesuatu anasir bahkan zat Allah bukan pada benda itu kecil atau besar.

Firman Allah Ta‟ala dalam surah Az-Zumar ayat 4:

ُىَنّاَحِبُس

ۖ

ُىَللا ٌَُه

ُراَوَقِلا ُدِحاٌَِلا

(

٤

)

(

ةٍا ،رمَزلا يرٌس

٤

)

Ertinya: “Maha Suci Allah, Dialah Allah yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.

Kedua ialah Maha Esa Allah pada sifat-Nya iaitu sifat Allah tiada berbilang-bilang seperti ada dua sifat Qudrat bagi Allah dan menafikan dan menolak berbilang-bilangan yang bercerai pada sifat Allah iaitu tidak ada seorang yang sama sifatnya dengan sifat Allah. Allah Ta‟ala hanya sendiri yang mempunyai sifat keutamaan dan sempurnaan.

Firman Allah Ta‟ala dalam surah Al-Anbiyaa‟ ayat 22:

َناَك ٌَِل

ُىَللا اَلِإ ٌةَوِلآ

(8)

Ertinya: Sekiranya di langit dan di bumi itu ada Tuhan lagi selain Allah nescaya binasalah keduanya.

Dan yang ketiga ialah Maha Esa Allah pada af‟alnya iaitu pada perbuatan-Nya: Semua yang dicipta oleh Allah baik dan jahat yang menjadi dan mengadakan hanya Allah Ta‟ala. Tidak ada sesuatu yang berlaku tanpa perbuatan Allah. Tidak ada perbuatan manusia menyamai perbuatan Allah Ta‟ala. Manusia hanya disuruh berusaha dan berikhtiar apa-apa kejadian semuanya dari Allah Ta‟ala.

Apa yang diketahui di sini wahdiah itu zat, sifat dan perbuatanNya esa, tunggal, satu. Bahawa sesungguhnya, seandainya Allah itu berbilang (banyak atau leih satu) tentu tidak akan terwujud semua alam atau makhluk ini,

Sekiranya Allah itu berbilang-bilang seperti ada dua Tuhan jika keduanya sepakat nescaya keduanya akan lemah daripada mengadakan sesuatu bersendiri.Tidak akan ada sesuatu pekerjaan yang dikerjakan oleh dua pekerja apalagi lebih dari dua yang mengerkannya. Sebagai contoh: Kalau ada beberapa orang akan menjahit baju dengan satu mesin jahit bersama-sama membuat lengannya dan sebagainya pada saat atau detik yang sama, pasti tidak akan menjadi baju tersebut. Ataupun kalau ada beberapa orang yang bersama-sama akan membuat satu titik dalam satu detik, tentu tidak akan terwujud satu titik itu, melainkan beberapa titik sesuai dengan banyaknya yang menulisnya.3 Samalah juga seumpamanya jika ada dua Tuhan pasti keduanya berselisih, nescaya meraka akan bertelingkah, akhirnya alam ini akan hancur dan binasa.

Firman Allah Ta‟ala:

.... ّلُّك ِلُّق ِدنِع ِنِمَ ِىًلل ... Ertinya: “……katakanlah! Semuanya (datang) dari sisi Allah….”

(an-Nisa: 78)

3

Referensi

Dokumen terkait

Pada saat Peraturan Gubernur ini mulai berlaku, Peraturan Gubemur Daerah Istimewa Yogyakarta Nomor 63 Tahun 2014 tentang Pengelolaan Bantuan Keuangan dan Tata Cara Bagi

Template Dokumen ini adalah milik Direktorat Pendidikan - ITB Dokumen ini adalah milik Program Studi [NamaProdi] ITB. Dilarang untuk me-reproduksi dokumen ini tanpa diketahui

mempengaruhi bagaimana mereka mempersepsikan mengenai model pembelajaran blended learning yang mereka jalankan, yang mana persepsi didefinisikan oleh Atkinson (2000)

Ovaprim adalah hormon yang berfungsi untuk merangsang dan memacu hormon gonadothropin pada tubuh ikan sehingga dapat mempercepat proses ovulasi dan pemijahan, yaitu pada

Berdasarkan data jumlah penduduk di wilayah Kelurahan Segalamider tahun 2009 sebanyak 14.710 jiwa, pada tahun 1996 yang memiliki usaha keripik hanya 2 keluarga semakin

Berdasarkan tujuan-tujuan tersebut penulis membuat kerangka penelitian disertai beberapa hipotesa mengenai wallpaper “Ragnarok” Online Games versi Indonesia yaitu

Berdasarkan hasil penelitian pada tabel 4.1 diatas, diketahui dari 16 responden bahwa hampir seluruh responden sebelum diberikan promosi kesehatan mempunyai motivasi

Tujuan penelitian adalah untuk mengetahui penilaian konsumen terhadap pelaksanaan bauran pemasaran dan implikasi strateginya pada masa yang akan datang di Bali