• Tidak ada hasil yang ditemukan

Rahsia RM6,700 Setiap Bulan Dengan Tone WoW. Jadilah Orang Biasa Dengan Income Luar Biasa

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Rahsia RM6,700 Setiap Bulan Dengan Tone WoW. Jadilah Orang Biasa Dengan Income Luar Biasa"

Copied!
42
0
0

Teks penuh

(1)

Rahsia RM6,700 Setiap

Bulan Dengan Tone WoW

(2)

Jadilah Orang Biasa... Dengan Income Luar Biasa Page2

Penafian :

Pihak penerbit atau penulis berusaha sedaya upaya bagi memastikan 'Report PERCUMA' yang

diterbitkan ini mengandungi maklumat yang tepat dan berautoriti dari segi subjek yang dibincangkan. Pihak Penulis Report ini tidak boleh dianggap memberikan khidmat perundangan atau khidmat profesional yang lain kepada pembaca.

Segala maklumat yang terkandung di dalam laporan ini adalah tepat pada masa ia di hasilkan. Kami tidak akan mengambil sebarang tanggungjawab ataupun risiko jika berlaku sebarang kerugian ataupun apa-apa kesan negatif akibat dari penggunaan laporan ini.

Earnings Disclaimer

EVERY EFFORT HAS BEEN MADE TO ACCURATELY REPRESENT THIS PRODUCT AND IT'S POTENTIAL. EVEN THOUGH THIS INDUSTRY IS ONE OF THE FEW WHERE ONE CAN WRITE THEIR OWN CHECK IN TERMS OF EARNINGS, THERE IS NO GUARANTEE THAT YOU WILL EARN ANY MONEY USING THE TECHNIQUES AND IDEAS IN THESE MATERIALS. EXAMPLES IN THESE MATERIALS ARE NOT TO BE INTERPRETED AS A PROMISE OR GUARANTEE OF EARNINGS. EARNING POTENTIAL IS ENTIRELY DEPENDENT ON THE PERSON USING OUR PRODUCT, IDEAS AND TECHNIQUES. WE DO NOT PURPORT THIS AS A “GET RICH SCHEME.”

ANY CLAIMS MADE OF ACTUAL EARNINGS OR EXAMPLES OF ACTUAL RESULTS CAN BE VERIFIED UPON REQUEST. YOUR LEVEL OF SUCCESS IN ATTAINING THE RESULTS CLAIMED IN OUR MATERIALS DEPENDS ON THE TIME YOU DEVOTE TO THE PROGRAM, IDEAS AND TECHNIQUES MENTIONED, YOUR FINANCES, KNOWLEDGE AND VARIOUS SKILLS. SINCE THESE FACTORS DIFFER ACCORDING TO INDIVIDUALS, WE CANNOT GUARANTEE YOUR SUCCESS OR INCOME LEVEL. NOR ARE WE RESPONSIBLE FOR ANY OF YOUR ACTIONS.

MATERIALS IN OUR PRODUCT AND OUR WEBSITE MAY CONTAIN INFORMATION THAT INCLUDES OR IS BASED UPON FORWARD-LOOKING STATEMENTS WITHIN THE MEANING OF THE SECURITIES LITIGATION REFORM ACT OF 1995. FORWARD-FORWARD-LOOKING

STATEMENTS GIVE OUR EXPECTATIONS OR FORECASTS OF FUTURE EVENTS. YOU CAN IDENTIFY THESE STATEMENTS BY THE FACT THAT THEY DO NOT RELATE STRICTLY TO HISTORICAL OR CURRENT FACTS. THEY USE WORDS SUCH AS “ANTICIPATE,” “ESTIMATE,” “EXPECT,” “PROJECT,” “INTEND,” “PLAN,” “BELIEVE,” AND OTHER WORDS AND TERMS OF SIMILAR MEANING IN CONNECTION WITH A DESCRIPTION OF POTENTIAL EARNINGS OR FINANCIAL PERFORMANCE.

ANY AND ALL FORWARD LOOKING STATEMENTS HERE OR ON ANY OF OUR SALES MATERIAL ARE INTENDED TO EXPRESS OUR OPINION OF EARNINGS POTENTIAL. MANY FACTORS WILL BE IMPORTANT IN DETERMINING YOUR ACTUAL RESULTS AND NO GUARANTEES ARE MADE THAT YOU WILL ACHIEVE RESULTS SIMILAR TO OURS OR ANYBODY ELSES, IN FACT NO GUARANTEES ARE MADE THAT YOU WILL ACHIEVE ANY RESULTS FROM OUR IDEAS AND TECHNIQUES IN OUR MATERIAL.

(3)

Jadilah Orang Biasa... Dengan Income Luar Biasa Page3

Table of Content

Pengenalan... 4

Fenomena Biasa Masyarakat Di Sekeliling Kita... 6

Kaitan Antara Masa Dan Duit ... 11

Cara Buat Duit Pertama: Kerja Macam Orang Biasa ... 12

Cara Buat Duit Kedua: Berhenti Dan Cari Kerja Lain ... 14

Cara Buat Duit Ketiga: Buat Bisnes Sendiri Kecil-Kecilan ... 15

Cara Buat Duit Keempat: Upah Pekerja ... 17

Cara Buat Duit Kelima: Buat Pelaburan ... 19

Model Perniagaan Yang Ideal ... 20

Pendapatan Aktif ... 22

Pendapatan Pasif ... 23

Buat Duit Dengan Tone Wow Excel ... 25

Selamat Datang Ke Perniagaan Ideal ... 26

Macam Mana Cara Nak Buat Duit Dengan Tone Wow Excel ... 28

Dua Jenis Pendapatan Dalam Tone Wow ... 30

Kelebihan Yang Dinikmati Pengguna Simkad Tone Wow ... 33

Rumusan ... 34

Kaedah Promosi Berkesan ... 35

Kesimpulan ... 38

Apa Pendapat Anda? ... 39

(4)

Jadilah Orang Biasa... Dengan Income Luar Biasa Page4

Pengenalan

Ebook ini dihasilkan bagi membantu anda dan sesiapa sahaja untuk hasilkan lebih banyak

duit.

Macam mana? … kata anda.

Jawapannya ada disetiap helaian mukasurat ebook ini.

Adakah anda dah penat kerana terpaksa menjalani hidup atas muka bumi ini yang segalanya ditentukan oleh berapa banyak duit yang anda ada?

Apa yang anda boleh buat… kemana anda boleh pergi… apa yang anda boleh dan tak boleh miliki… dan siapa anda sekarang ini… segala-galanya ditentukan oleh saiz pendapatan anda. Macam mana kalau saya katakan, semua ini boleh berubah sedikit masa lagi, dengan syarat anda sudi untuk luangkan masa anda untuk baca dari mula sampai habis ebook ini.

8 daripada 10 pembaca ebook ini berjaya meningkatkan pendapatan mereka sebanyak 30% walaupun mereka langsung tak mengikuti segala saranan yang saya gariskan dalam ebook ini.

Setelah mereka baca ebook ini, satu perubahan telah berlaku dalam diri mereka.

Mereka kini lebih bersikap terbuka, dan mampu melihat sesuatu perkara dengan lebih objektif. Ada juga yang lebih positif terhadap cabaran dan dugaan yang mereka terpaksa lalui.

Sekarang giliran anda.

Tidak kiralah sama ada anda bujang atau dah berumahtangga, seorang ibu, ayah, pelajar, surirumah, nenek kepada tiga orang cucu, seorang kakitangan kerajaan mahupun swasta yang sibuk, seorang bisnesman, seorang eksekutif yang dibayar gaji yang mahal, atlet sukan, selebriti atau sesiapa sahaja…

Ebook ini ditulis untuk membantu individu-individu seperti anda membina pendapatan sampingan, secara part time.

Seterusnya, anda yang tentukan, berapa banyak yang anda ingin hasilkan. Semuanya terpulang pada anda.

(5)

Jadilah Orang Biasa... Dengan Income Luar Biasa Page5

Kuasa untuk buat keputusan, seratus peratus terletak di tangan anda. Janji saya.

Ebook ini pasti akan merubah perspektif dan cara anda berfikir tentang kekayaan, dan kaedah penjanaan pendapatan.

Anda dah sedia?

(6)

Jadilah Orang Biasa... Dengan Income Luar Biasa Page6

Fenomena Biasa Masyarakat Di

Sekeliling Kita

Cerita ini adalah tentang Ahmad.

Seorang pekerja biasa, dan pendapatan dia pun biasa-biasa.

Gaji tak adalah terlalu tinggi, dan tak terlalu rendah. Boleh juga kalau kita nak kata sekadar cukup-cukup untuk belanja makan, tempat tinggal, beli pakaian, dan pengangkutan.

Cukup bulan, dapatlah buat sedikit simpanan, walaupun kadang-kadang terlepas jugak nak buat simpanan.

Hari ini hari Isnin.

Jam loceng yang di set kan untuk berdering pada jam 06:15 pagi dah pun berbunyi. Setiap kali jam tersebut berbunyi, Ahmad akan tekan snooze.

Bila dah masuk kali yang ke empat, barulah Ahmad betul-betul bangun dari tidur. Itupun sebab jarum panjang dan berganjak menunjukkan waktu sekarang pukul 06:35 pagi.

Dia wajib bangun sekarang, kalau tak dia pasti akan sampai lewat ke tempat kerja. Lalu dengan tergesa-gesa, dia pun segera mandi, pakai pakaian kerja, tunaikan kewajipan sebagai seorang muslim, ambil sedikit makanan sebagai alas perut, dan terus keluar rumah. Jam 07:45 pagi.

Ahmad sampai di ofis.

Punch Card.

Maka bermulalah rutin harian dia. Untuk 8 jam berikutnya dia akan mula sibuk.

Satu masa dulu, Ahmad telah menandatangani satu kontrak perjanjian dengan pemilik syarikat tersebut, bahawa dia akan menjual masanya yang berharga, termasuklah jiwanya, untuk

duit.

Ya.

(7)

Jadilah Orang Biasa... Dengan Income Luar Biasa Page7

Kerana gaji inilah yang akan digunakan bagi meneruskan kelangsungan hidup.

Walaupun sebenarnya, dia boleh dapatkan lebih banyak duit ditempat lain, tetapi dia tak tau semua tu.

Dia terlalu sibuk untuk fikirkan hal itu.

Dia terlalu sibuk memajukan orang lain, tetapi tidak dirinya.

Tepat jam 5:00 petang, sekali lagi Ahmad siap sedia untuk punch card. Ahmad kena cepat.

Dia tak mau bersesak-sesak dengan pekerja-pekerja lain. Dia tak nak terperangkap dalam traffic

jam dan membazirkan masanya berlalu begitu sahaja dalam kedaan dia tersekat ditengah-tengah

jalan.

Masanya sangat berharga.

Kalau boleh, dia nak pastikan yang dia dapat sampai ke rumah tepat jam 6.00 petang atau lebih awal dari tu.

Sampai di rumah, tak banyak perkara yang boleh dibuat.

Makan malam. Tonton televisyen sekejap, layan kerenah anak-anak untuk beberapa minit, dan bila mengenangkan esok kena kerja… tiba-tiba mata mula terasa berat.

… dan sekarang waktu baru sahaja menunjukkan jam 09.00 malam.

Esok dia kena sambung kerja-kerja yang tak pernah habis yang ditinggalkan di pejabat. Maka adegan yang sama akan berulang kembali.

Anda pun tau adegan yang mana satu.

Ringkasnya, jam loceng berbunyi  bersiap-siap  kelam-kabut untuk ke tempat kerja  mula bekerja macam biasa  punch card  bergegas untuk balik rumah.

Semua ini berterusan sampai hari Jumaat. Orang putih kata, “Thank God it’s Friday!” Jumaat adalah hari yang istimewa.

Hari Jumaat adalah penutup bagi hari bekerja. Hari Sabtu dan Ahad adalah hari cuti.

(8)

Jadilah Orang Biasa... Dengan Income Luar Biasa Page8

Walaupun Sabtu dan Ahad adalah hari cuti, dia tak akan keluar bawa keluarga kemana-mana. Banyak sangat yang perlu difikirkan, terutamanya dari segi kos dan perbelanjaan.

Hanya sebagai contoh, petrol, tol, parking, makan dan sebagainya.

Boleh jadi dia terpaksa habiskan gaji yang diperolehi untuk nilai kerja selama tiga hari

hanya untuk tujuan berseronok-seronok bersama keluarga selama beberapa jam.

Nampak tak masuk akal, kan? Tiba hujung bulan, gaji pun masuk.

Setidak-tidaknya hari gaji masuk itulah dia dapat melupakan sejenak susah payah dan tekanan yang terpaksa di alami selama sebulan bekerja.

Ahmad merenung amount yang tertera di skrin.

Semenjak dia berumah tangga, ada komitmen rumah dan kereta, tak pernah lagi baki akaun menunjukkan amaun 4 angka… kecuali bila waktu gaji masuk.

Ahmad tersenyum puas.

Walaupun dia sedar, situasi ni tak akan lama.

Kejap lagi bila dia mula bayar hutang pinjaman perumahan, hutang kereta, hutang kad kredit, hutang PTPTN, caruman perlindungan takaful, bil Astro, Internet, air, elektrik, bil telefon, barangan runcit, dan macam-macam lagi…

Dan selepas dia bayar semua komitmen yang ditanggungnya, berapa banyak yang tinggal

untuk dirinya? Sangat sedikit, itupun kalau masih ada.

Ahmad tak lagi tersenyum. Tapi hidup mesti diteruskan!

Ahmad berhak untuk merasa gembira. Dia berhak untuk menikmati segala penat lelah seharian bekerja.

Macam manapun, dia perlu beli sesuatu untuk dirinya sebagai penghargaan kepada dirinya sendiri. Baju baru, bawa keluarga menonton wayang dan makan di restoran mewah at least sebulan sekali.

Sebagai seorang ketua keluarga, dah tentu dia tak nak buatkan seolah-olah ada kekurangan pada keluarganya sendiri.

(9)

Jadilah Orang Biasa... Dengan Income Luar Biasa Page9

Hai Encik… Encik ada sedikit masa, boleh saya nak terangkan kepada encik tentang promosi kad kredit kami?

Kalau dulu, masa muda-muda dulu, memang Ahmad tak layan langsung promoter kad kredit ni. Tapi sekarang, situasi dah berubah. Kad kredit dah jadi sebahagian daripada keperluan.

Lepas satu kad kredit hampir-hampir cecah kredit limit, Ahmad berhenti guna. Kemudian dia mula guna kad yang lagi satu, hinggalah akhirnya dah tak ada kad yang boleh digunakan. Dia terpaksa apply kad kredit yang baru.

Itupun kalau permohonannya di terima.

Dalam masa kurang daripada 6 bulan, komitmen dan perbelanjaan bulanannya meningkat. Kini dia terpaksa bayar interest kad kredit yang sangat tinggi, 18, 20, 21%.

Sampai satu tahap, Ahmad bekerja bukan lagi kerana untuk meneruskan kehidupan, tetapi untuk bayar hutang… yang tak pernah surut.

Tapi, apa yang dia boleh buat?

Fikirnya, dia dah pun mencuba yang terbaik. Kini yang tinggal untuk dia hanyalah pasrah. Walaupun dia sedar, makin hari, makin bertimbun hutang yang perlu dibayar.

Jadi, jika kita ringkaskan.

Adakah orang macam Ahmad mempunyai kehidupan yang diidam-idamkan oleh setiap orang yang bekerja dan yang berkeluarga?

Hampir setiap hari, 6 – 8 jam di gunakan untuk tidur, kira-kira 8 – 10 jam untuk bekerja, 1 – 4 jam untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat, sedikit masa untuk buat kerja-kerja ringan, 1 -2 jam untuk makan dan urusan peribadi, Ahmad dan berjuta-juta orang lain yang seperti beliau hanya mempunyai baki masa yang sangat sedikit.

Jadi tak hairanlah orang seperti dia selalu akan kata,

“Sorry aku tak ada masa la nak ____ ”

Dan ya.

Saya sangat bersetuju, sebabnya kita memang tak akan ada masa, lebih-lebih lagi jika kita masih lagi nak kekalkan cara hidup kita sekarang ni.

(10)

Jadilah Orang Biasa... Dengan Income Luar Biasa Page10

Anda kenal sesiapa di sekitar anda yang ada persamaan dengan Ahmad dalam cerita ni?

Satu je yang saya nak pesan. Jangan jadi macam Ahmad. Jadi lebih baik daripada Ahmad. Itu tak ada masalah.

(11)

Jadilah Orang Biasa... Dengan Income Luar Biasa Page11

Kaitan Antara Masa Dan Duit

Kalau kita nak cerita tentang buat duit, macam mana pun kita kena sentuh bab masa. Lazimnya, cara manusia buat duit adalah berkaitan dengan cara mereka uruskan masa. Kalau mereka tak ada masa, jarang kita dengar mereka boleh buat duit.

Setiap orang mempunyai 24 jam dalam sehari. Tetapi, macam mana boleh ada orang yang berjaya buat duit lagi banyak dari kita, sedangkan mereka pun cuma mempunyai 24 jam dalam sehari?

Jika ini merupakan kali pertama anda baca tentang pengurusan kewangan dan masa, sila baca dengan teliti, kerana anda mungkin dapat memecahkan rahsia orang-orang kaya jana pendapatan melalui pembacaan ebook ini.

(12)

Jadilah Orang Biasa... Dengan Income Luar Biasa Page12

Cara Buat Duit Pertama:

Kerja Macam Orang Biasa

Secara puratanya, orang biasa akan bekerja kira-kira 40 jam dalam masa seminggu.

Bermula dari hari Isnin sampai hari jumaat, dan mereka dibayar sekitar RM7 – RM10 untuk satu jam tempoh perkhidmatan.

Memandangkan pendapatan yang dihasilkan masih lagi belum cukup, jadi apa yang biasanya akan mereka lakukan untuk tambahkan pendapatan ialah kerja lebih masa.

Mereka akan ambil pendekatan untuk menghasilkan lebih banyak pendapatan dengan melaburkan lebih banyak masanya untuk syarikat.

Hasilnya, dia akan buat kerja part time, atau akan cuba untuk buat overtime.

Jadi sekarang, campur kerja lebih masa, dia akan peruntukkan masa sekitar 40 – 70 jam seminggu untuk bekerja.

Tetapi, pendapatan yang diperolehi masih lagi belum cukup. Tak ramai yang sanggup buat dua kerja dalam satu masa.

Burn out.

Situasi biasa yang dihadapi oleh mereka yang terlalu penat bekerja.

Macam yang saya dah sebutkan sebelum ini, setiap orang hanya mempunyai 24 jam dalam sehari. Jumlahnya sangatlah terhad, dan kita tak akan dapat bertahan untuk tempoh masa yang lama jika sentiasa perlu bekerja lebih masa untuk tambah pendapatan.

Kita kena ambil kira faktor usia, kesihatan, komitmen dan lain-lain juga. Sekali lagi kita ambil contoh Ahmad.

Kalau Ahmad bawa seisi keluarga ke restoran yang baik untuk makan malam, dia mungkin terpaksa bekerja sepanjang hari untuk cover kos perbelanjaan tersebut.

(13)

Jadilah Orang Biasa... Dengan Income Luar Biasa Page13

Ok macam ni, Ahmad mungkin terpaksa bekerja 8 jam atau lebih untuk bayar kos sekali makan malam di restoran tersebut.

Masa yang diperlukan untuk hasilkan bil tersebut hanya mengambil masa beberapa minit sahaja, tetapi untuk hasilkan duit yang boleh bayar kos tersebut, mungkin bersamaan dengan 8 jam bekerja, atau lebih.

Kita ambil contoh, untuk kos makan malam di restoran tersebut mungkin mencecah RM100 ++ Katakanlah Ahmad dibayar RM10 untuk satu jam bekerja. Untuk dapatkan gaji sebanyak RM100, Ahmad perlu bekerja selama 10 jam.

Jika sehari, waktu bekerja hanyalah 8 jam sahaja, ini bermakna, Ahmad perlu bekerja sekurang-kurangnya selama dua hari untuk jelaskan bil makan malam tersebut.

Jadi, apa lagi yang dia boleh buat?

Apa lagi yang biasanya orang lain akan buat?

(14)

Jadilah Orang Biasa... Dengan Income Luar Biasa Page14

Cara Buat Duit Kedua:

Berhenti Dan Cari Kerja Lain

… yang menawarkan gaji yang lebih tinggi.

Ataupun cari kerja yang turut menawarkan komisyen berdasarkan prestasi kerja.

Dalam kes ini, dia boleh cuba untuk cari kerja lain yang menawarkan kadar gaji yang lebih tinggi dan pada masa yang sama turut menawarkan imbuhan tambahan dalam bentuk komisyen.

Namun masalah belum lagi selesai.

Tak kira sejauh mana tinggi sekalipun bayaran per jam yang ditawarkan, namun pendapatan dia masih lagi terhad mengikut berapa banyak masa yang ada dalam sehari.

Begitu juga dengan pekerjaan yang menawarkan komisyen. Sebagai contoh jurujual kereta. Kerja seperti ini, walaupun menawarkan komisyen yang lumayan, namun pada masa yang sama, gaji basic yang ditawarkan juga tidaklah terlalu tinggi.

Dalam contoh jurujual kereta misalnya, sekiranya model tersebut kurang mendapat permintaan, maka jurujual akan hadapi cabaran yang besar untuk mendapatkan jualan.

Jika jualan masih lagi kurang, bermakna, nak tak nak, terpaksalah terima pendapatan bulan tu dengan gaji basic yang tak seberapa.

Namun, jika situasi yang sama tetap berterusan, mungkin dia terpaksa berhenti dan cari alternatif lain.

Jadi, apa lagi yang boleh dilakukan oleh orang seperti Ahmad untuk buat lebih banyak duit dan pada masa yang sama untuk dapatkan kebebasan kewangan?

(15)

Jadilah Orang Biasa... Dengan Income Luar Biasa Page15

Cara Buat Duit Ketiga: Buat

Bisnes Sendiri Kecil-Kecilan

Zaman sekarang ni mudah.

Kalau kita tak mampu nak buat bisnes secara buka kedai, kita boleh buka bisnes secara online. Sama ada kita nak buat bisnes online ataupun bisnes offline, persamaannya ialah kita kena ada modal.

Dalam kaedah ketiga ini, kita akan buat duit dengan cara melaburkan duit yang ada, dan pada masa yang sama laburkan masa kita juga untuk buat lebih banyak duit.

Jadi anda ingin buat bisnes sendiri dan jadi pemilik perniagaan.

Sekarang, untuk buat duit, anda perlu jual masa anda untuk beri servis kepada mereka yang perlukan servis anda ataupun sama ada jual produk yang anda miliki.

Sebagai pemilik perniagaan, anda akan miliki 100% keuntungan daripada setiap transaksi yang anda lakukan. Kalau dulu, walau besar macam mana sekalipun jasa anda pada syarikat, anda hanya layak menikmati gaji bulanan anda sahaja.

Tapi jangan lupa, sebagai pemilik perniagaan, anda masih lagi ada komitmen dan perbelanjaan yang perlu ditanggung.

Melainkan anda adalah seorang peniaga yang cekap, anda mungkin berjaya untuk meningkatkan taraf ekonomi anda.

Walaubagaimanapun, pendapatan yang boleh dihasilkan masih lagi terhad kepada berapa banyak transaksi yang mampu diselesaikan dalam masa sehari.

Walaupun anda menjual produk, anda pasti hanya mampu uruskan jumlah transaksi yang terhad sahaja.

Kesimpulannya, jumlah pendapatan yang boleh dihasilkan oleh pemilik perniagaan juga bergantung pada berapa banyak masa yang dimiliki.

Kerana daripada masa yang dimiliki inilah perlu diagihkan dengan sebaiknya untuk tujuan pemasaran, promosi, menjawab pertanyaan bakal pelanggan, uruskan tempahan, dan uruskan permintaan pelanggan sedia ada.

(16)

Jadilah Orang Biasa... Dengan Income Luar Biasa Page16

Untuk buat lebih banyak duit, anda masih lagi perlukan lebih banyak masa.

Jadi, apa yang biasanya akan dilakukan oleh pemilik perniagaan untuk hasilkan lebih banyak duit?

(17)

Jadilah Orang Biasa... Dengan Income Luar Biasa Page17

Cara Buat Duit Keempat:

Upah Pekerja

Untuk buat lebih banyak duit, sebagai pemilik perniagaan, anda bukan sahaja perlu laburkan duit dan masa anda sahaja, malah pada masa yang sama anda perlu cuba merekrut orang lain bekerja untuk anda.

Kita ambil contoh Azhar.

Azhar adalah seorang peniaga online dan produk utama yang dia jual ialah minyak wangi. Kos sebotol minyak wangi ialah RM30.

Harga jual ialah RM70.

Dalam hal ini, untung Azhar ialah sebanyak RM40 untuk sebotol minyak wangi yang berjaya dijual.

Untuk melariskan perniagaan, dia mengambil agen dropship untuk mempromosikan produk minyak wangi miliknya.

Satu botol minyak wangi, dia caj dengan harga RM50 sebotol. Jika agen tersebut berjaya menjual sebotol minyak wangi dengan harga RM70, maka agen tersebut akan untung RM20. Azhar masih lagi untung RM20 untuk hasil kerja keras yang dilakukan oleh agen-agen dibawah seliaannya.

Kalau anda dapat lihat, Azhar bukan sahaja dapat buat duit dengan hasil usaha dia sahaja, malahan dia juga akan dapat duit atas hasil usaha agen-agen dibawahnya.

Masa yang diperlukan untuk Azhar buat duit tidak lagi terhad pada masa yang dia miliki sahaja. Sampai pada satu tahap, jika Azhar nak buat lebih banyak duit, apa yang dia perlu lakukan ialah untuk rekrut lebih ramai agen yang berkualiti.

Bagitu juga yang dilakukan oleh lain-lain pemilik perniagaan.

Mereka mempunyai masa yang terhad dalam sehari dan kerja yang mereka boleh lakukan juga sangat terhad. Jadi apa yang mereka buat ialah merekrut lebih ramai pekerja untuk bekerja dengan mereka.

(18)

Jadilah Orang Biasa... Dengan Income Luar Biasa Page18

Lambat laun, jika mereka ingin meningkatkan pendapatan, mereka perlu menggunakan masa dan tenaga orang lain.

Lihat sekeliling anda.

Bukankah kebanyakkan syarikat yang berkembang, mereka akan mengupah lebih ramai pekerja baru untuk bekerja dengan mereka?

Memiliki sebuah perniagaan boleh jadi sangat menguntungkan.

Namun bukan semua perniagaan boleh dijalankan menurut konsep yang simple seperti konsep dropship.

Perniagaan konvensional lazimnya terlibat dengan banyak tanggungjawab seperti hal-hal berkaitan dengan pemberian latihan, rekrut pekerja baru, memecat pekerja sedia ada, gaji, insurans, lesen, cukai, sewa, peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan, bil, dan macam-macam lagi.

Pendek kata, ia bukan sesuatu yang mudah.

Pada masa yang sama, ia perlukan kerja keras. Terutama sekali pada peringkat permulaan.

You are on your own.

Sebenarnya banyak pemilik perniagaan yang terpaksa bekerja untuk tempoh masa yang panjang, 70 – 80 jam dalam seminggu, dan kadang-kadang tak cukup masa untuk tidur, itu perkara biasa. Statistik menunjukkan, 80% daripada bisnes yang baru ditubuhkan, gulung tikar pada tahun yang ke lima.

Jadi, apa agaknya penyelesaiannya? Ada alternatif lain tak?

(19)

Jadilah Orang Biasa... Dengan Income Luar Biasa Page19

Cara Buat Duit Kelima: Buat Pelaburan

Kita melabur dalam bisnes orang lain.

Mungkin di pasaran saham atau dipasaran FOREX.

Walaubagaimanapun, pelaburan seperti ini bukan untuk semua orang. Kita perlukan ilmu pelaburan yang baik, jika tidak, kita akan lebih banyak rugi berbanding buat duit

Selain daripada itu, kita juga memerlukan modal untuk mulakan pelaburan.

Macam mana cara yang kita boleh lakukan untuk buat lebih banyak duit, dan pada masa yang sama, kita tak perlu bersusah payah untuk lalui rintangan yang dibincangkan dalam 5 cara buat duit sebelum ini?

(20)

Jadilah Orang Biasa... Dengan Income Luar Biasa Page20

Model Perniagaan Yang Ideal

Saya yakin anda kini dah faham macam mana cara biasa yang digunakan oleh kebanyakkan orang untuk buat duit.

Setiap satu cara tidaklah lebih baik daripada cara yang satu lagi walaupun tak dinafikan memang ada mereka-mereka yang berjaya dan hidup selesa dengan cara pilihan masing-masing.

Setiap cara yang diterangkan sebelum ini ada kekurangannya sendiri.

Jadi, macam mana kita nak buat duit yang banyak, tanpa perlu kita terpaksa berhadapan dengan halangan-halangan yang ada?

Perkara pertama yang perlu anda beri penekanan ialah, untuk mendapatkan pendapatan yang lumayan, dan untuk bebaskan diri daripada terpaksa bekerja keras serta terperangkap dengan aktiviti menukarkan masa kepada wang ringgit, anda perlu mempunyai bisnes anda sendiri. Tetapi, bisnes yang macam mana yang anda boleh ceburi?

Bisnes ini mestilah cukup simple supaya orang-orang biasa tak rasa terbeban untuk sertai dan mulakan perniagaan mereka sendiri.

Bukan itu sahaja, kita mahukan mereka-mereka yang memang busy dan selalu rasa tak cukup masa supaya dapat buat bisnes ini dan ia tak akan menggangu kerja-kerja dan tugasan hakiki mereka.

Kita bukan sahaja mahukan supaya bisnes ini boleh dilakukan hanya dari rumah, malah kita nak bisnes ini boleh dilakukan tak kira walau dimana kita berada.

Yang paling penting, bisnes ini mestilah nampak PROFESIONAL dan tak menjejaskan kredibiliti mahupun imej seseorang.

Sebagai tambahan, kita juga mahukan bisnes yang bakal kita bina ini tidak begitu rumit, straight

to the point, dan tak menyusahkan kita kembali.

Ringkasnya kita mahukan supaya bisnes ini mempunyai karekteristik seperti berikut  Tiada risiko

 Tak perlu simpan stok

(21)

Jadilah Orang Biasa... Dengan Income Luar Biasa Page21

 Tak perlukan kemahiran komputer  Tak perlukan peralatan

 Tak perlu upah pekerja

 Tidak menelan belanja yang besar

Dan bila saya sebutkan bisnes ini tak memerlukan modal yang besar, maksud saya ialah sesiapa yang berminat untuk buat bisnes ini, dia tak perlu sediakan modal melebihi daripada gaji yang dia perolehi untuk dua atau tiga hari bekerja.

Jadi, mereka tak perlulah bersusah payah untuk buat pinjaman bank dalam nilai yang besar, sebabnya, hanya gunakan duit simpanan mereka sahaja pun dah mencukupi.

Dalam bab ini kita akan membincangkan konsep atau model perniagaan yang ideal.

Oleh itu, kita akan senaraikan segala ciri-ciri perniagaan yang menepati ciri-ciri perniagaan yang ideal.

Antaranya ialah

 Kita akan jadi bos untuk perniagaan kita (sudah tentu)  Boleh buat secara part time

 Boleh dijalankan tanpa perlu ada ofis

 Bisnes boleh dikembangkan tanpa perlu upah pekerja

 Boleh dapat pendapatan sekurang-kurangnya sekitar RM1,000 – RM4,000 setiap bulan  Berpotensi untuk menggantikan pendapatan sedia ada

 Mampu mencapai kebebasan kewangan  Boleh bantu kita untuk bersara awal

 Bisnes boleh berkembang sehingga ke satu tahap yang membanggakan  Dan yang paling penting, tak perlu jual barang

Ada lagi yang tertinggal?

Anda boleh tambah sendiri ciri-ciri perniagaan yang ideal mengikut citarasa anda.

Bukan semua orang ada kemahiran nak jual barang. Macam-macam sebab yang buatkan orang kurang berjaya dalam bisnes, dan salah satunya disebabkan oleh tak pandai jual barang.

(22)

Jadilah Orang Biasa... Dengan Income Luar Biasa Page22

Sebelum saya terangkan dengan lebih lanjut mengenai bisnes yang ideal ini, terlebih dahulu saya ingin perkenalkan kepada anda dua jenis pendapatan, iaitu

1. Pendapatan Aktif 2. Pendapatan Pasif

Pendapatan Aktif

Pendapatan jenis ini akan terhenti apabila anda berhenti bekerja.

Contohnya seperti pekerjaan biasa yang kita lakukan saban hari. Kita dibayar gaji selagi mana kita masih lagi mampu bekerja.

Namun, satu masa nanti, apabila kita dah tak lagi mampu bekerja, syarikat tempat kita bekerja pasti akan berhenti membayar kita gaji, walaupun jasa kita terhadap syarikat sangat besar. Begitu juga halnya apabila kita berhenti kerja. Kita dah tak akan menerima sebarang upah dari syarikat tempat kita bekerja sebelum ini.

Dalam konteks pemilik perniagaan pula, pendapatan mereka akan berhenti apabila mereka tutup kedai.

Dalam konsep pendapatan aktif, anda buat duit selagi mana anda masih bekerja. Setelah anda berhenti bekerja, maka pendapatan anda juga akan turut berhenti.

Untuk dapat duit selama-lamanya, bermakna anda juga perlu bekerja selama-lamanya, yang mana kita tahu, adalah mustahil untuk seseorang itu bekerja selama-lamanya.

Setiap orang yang bekerja dan juga pemilik perniagaan memiliki sumber pendapatan seperti ini, dan jenis pendapatan seperti ini adalah jenis yang biasa dimiliki oleh setiap manusia.

(23)

Jadilah Orang Biasa... Dengan Income Luar Biasa Page23

Pendapatan Pasif

Pendapatan pasif adalah jenis pendapatan yang tetap memberi hasil walaupun kita dah berhenti lakukan kerja tersebut.

Kita hanya perlu buat sesuatu kerja tu sekali sahaja, dan kita masih lagi boleh mendapat imbuhan daripada kerja-kerja yang kita pernah buat sebelum ini.

Sebagai contoh adalah pendapatan dalam bentuk royalti yang biasanya diperolehi oleh golongan seni.

Mereka hanya perlu merekod album mereka sekali sahaja. Setiap kali album mereka terjual, mereka akan memperolehi sedikit royalti daripada hasil jualan album tersebut.

Walaubagaimanapun, untuk memperolehi pendapatan seperti ini, kita memerlukan kemahiran dan pengetahuan tertentu, dan bukan itu sahaja malah kita juga perlu membuat pelaburan yang besar di peringkat permulaan.

Selain daripada itu, kita juga memerlukan seseorang bekerja untuk kita bagi menjual produk kita dan juga mencari pelanggan baru.

Dalam konteks penyanyi yang merakamkan album, penulis buku, dan sebagainya, lazimnya, seorang pelanggan hanya membeli produk mereka sekali sahaja.

Justeru, untuk memastikan pendapatan mereka sentiasa berterusan, maka mereka perlu sentiasa mencari pelanggan yang baru.

Model pendapatan pasif yang terbaik ialah apabila kita dapat buat duit dari pelanggan yang sama secara berulang-ulang.

Sebagai contoh, apabila kita ada rumah sewa.

Penyewa kita akan bayar sewa kepada kita dalam jumlah yang sama setiap bulan selagi mana kita belum naikkan harga.

(24)

Jadilah Orang Biasa... Dengan Income Luar Biasa Page24

Selain daripada itu, contoh lain ialah dalam bisnes telekomunikasi.

Pihak telco hanya perlu menjual simkad kepada pelanggan mereka sekali sahaja. Di pihak

pelanggan, untuk mereka kekal sebagai pengguna, mereka perlu membayar kepada syarikat telco pada setiap bulan.

Untuk mereka kekal sebagai pengguna, maka setiap bulan mereka perlu topup untuk kekal aktif. Ini juga adalah salah satu contoh bisnes yang ideal, yang memberikan sumber pendapatan pasif secara berkala.

Sebab itu kita boleh lihat, adakalanya syarikat telco tidak teragak-agak untuk beri simkad percuma, servis percuma dan sebagainya, kerana mereka buat duit melalui yuran bulanan yang bakal dibayar oleh pelanggan.

(25)

Jadilah Orang Biasa... Dengan Income Luar Biasa Page25

Buat Duit Dengan Tone Wow Excel

Dalam bab sebelum ini, kita telah membincangkan tentang model perniagaan yang ideal, yang mana kita telah menggariskan beberapa ciri-ciri perniagaan yang kita mahukan seperti

 Tidak memerlukan modal permulaan yang besar  Tidak perlu simpan stok

 Boleh dilakukan dimana-mana sahaja sama ada dari rumah atau di pejabat  Boleh dilakukan secara part time

 Pendapatan dari perniagaan masih berjalan walaupun kita dah berhenti bekerja  Tidak melibatkan kos yang mahal

 Tak perlu menjual

Ciri-ciri diatas adalah antara penanda aras yang telah kita tetapkan bagi mengklasifikasikan sesuatu perniagaan itu sebagai perniagaan yang ideal.

Perniagaan tersebut mestilah simple dan nampak profesional, dan yang paling penting ia mampu menghasilkan pendapatan secara berterusan kepada kita tanpa perlu kita mendapatkan pelanggan yang baru setiap masa.

Persoalan yang timbul kini ialah di mana kita nak cari peluang perniagaan seperti ini?

Saya faham tak ramai yang mampu untuk menjadi penulis buku, penulis lagu atau penyanyi, atas faktor bakat.

Tak ramai yang mampu nak beli rumah atas tujuan untuk disewakan semula atas faktor modal permulaan dan kos maintenance yang besar.

Tak ramai juga yang mampu untuk memulakan perniagaan telekomunikasi mereka sendiri dan bersaing dengan syarikat-syarikat besar seperti Celcom, Maxis, Digi dan sebagainya.

(26)

Jadilah Orang Biasa... Dengan Income Luar Biasa Page26

Ebook ini adalah tentang peluang hasilkan pendapatan yang lumayan dengan telekomunikasi juga, iaitu Tone Wow Excel.

Macam mana caranya?

Jom kita teruskan pembacaan.

Selamat Datang Ke Perniagaan Ideal

Peluang perniagaan seperti ini memang betul-betul wujud.

Salah satu perniagaan yang ingin saya perkenalkan kepada anda ialah dengan menjadi wakil pengedar sim kad Tone Wow Excel.

Sebelum itu, saya ingin memperkenalkan kepada anda terlebih dahulu sedikit latar belakang syarikat Tone Group.

Laman web rasmi Tone Group:

(27)

Jadilah Orang Biasa... Dengan Income Luar Biasa Page27

Tone Group secara amnya dimulai dengan Tone Excel Sdn Bhd yang ditubuhkan pada tahun 2009, bagi meneroka pasaran dalam industri mudah alih di Malaysia.

Kepakaran mereka adalah dalam bidang kewangan, insurans, dan pemasaran rangkaian.

Pada 10 Februari 2010 Tone Excel Sdn Bhd telah menandatangani perjanjian usahasama dengan Tune Talk untuk menyediakan satu platform kepada pengguna mudah alih di Malaysia dengan peluang untuk mencapai kebebasan kewangan.

Hasil kerjasama ini, maka lahirlah sim kad Tone Excel.

Simkad ini tidak dijual dikedai-kedai biasa. Ia diedarkan hanya menerusi ahli berdaftar sahaja.

Selepas beberapa tahun beroperasi, ramai yang menghasilkan pendapatan ribuan, puluhan ribu dan ratusan ribu ringgit setiap tahun melalui program referral ini.

Pada hujung tahun 2018, Tone Group memperkenalkan sebuah lagi program yang dinamakan Tone Wow Excel, di mana ini adalah kerjasama Tone Group dengan Digi pula.

Yang menariknya, kos penyertaan diturunkan sehingga ke RM10 dan ini membuka peluang yang lebih besar untuk sesiapa sahaja menyertainya dan menghasilkan pendapatan yang lumayan.

(28)

Jadilah Orang Biasa... Dengan Income Luar Biasa Page28

Macam Mana Cara Nak Buat Duit Dengan

Tone Wow Excel

Untuk menceburi perniagaan ini, ada dua perkara yang perlu anda lakukan.

Perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah, anda perlu menjadi ahli dan menjadi

pengguna bagi servis mereka.

Sebagai pengguna, anda hanya perlu membayar untuk servis yang anda perlukan sahaja.

Jika sebelum ini anda merupakan pengguna talian telefon seperti Celcom, Maxis dan sebagainya, anda hanya perlu menukar syarikat telco kepada Digi. Itu sahaja.

Modal anda hanyalah sekadar untuk memiliki sim kad Tone Wow. Selepas anda dapatkan sim kad ini, anda hanya perlu guna telefon seperti biasa.

Anda boleh buat panggilan dan sms seperti biasa.

Sebagai pemilik telefon mudah alih, saya percaya setiap bulan anda pasti akan membelanjakan sejumlah wang untuk tujuan komunikasi.

Jadi bukan satu perkara baru jika anda keluar belanja untuk beli topup.

Perkara kedua yang anda perlu lakukan ialah untuk rekemen pengguna telco lain untuk

menjadi ahli dan pengguna simkad Tone Wow seperti anda.

Setiap kali anda rekemen orang lain untuk jadi pengguna, mereka juga akan lakukan perkara yang sama. Mereka jadi ahli, kemudian mereka hanya perlu jadi pengguna simkad Tone Wow. Mereka hanya perlu membayar untuk servis perkhidmatan yang mereka perlukan sahaja. – bukan untuk simpan stok dan membuat jualan.

(29)

Jadilah Orang Biasa... Dengan Income Luar Biasa Page29

Seterusnya anda akan buat duit tanpa perlu bersusah payah kerana syarikat akan membayar komisyen bagi setiap pengguna baru yang sertai anda dan juga untuk setiap nilai topup yang mereka lakukan.

(30)

Jadilah Orang Biasa... Dengan Income Luar Biasa Page30

Dua Jenis Pendapatan Dalam Tone Wow

KOMISYEN PENYERTAAN PENGGUNA BARU TALIAN TONE WOW

Kita boleh memperkenalkan sebanyak mana sim kad Tone Wow ini kepada seberapa ramai bakal pengguna yang kita mahukan.

Anda ada dua pilihan sama ada untuk lakukannya secara online atau secara offline.

Jika anda ingin buat promosi secara online, caranya mudah sahaja, anda akan diberikan satu kod link url unik untuk anda promosikan.

Setiap penyertaan pengguna baru yang terhasil menerusi link unik anda, anda bakal menerima komisen.

Dengan hanya mempromosikan link url unik anda, anda bebas untuk membuat promosi dilaman-laman web seperti facebook, twitter, tagged, dan lain-lain dilaman-laman media sosial lagi.

Anda juga boleh buat promosi dilaman pengiklanan percuma dan juga di blog.

Sebenarnya anda juga akan dibekalkan dengan beberapa tools yang bakal memudahkan kerja-kerja promosi yang bakal anda lakukan.

Untuk maklumat lanjut tentang komisyen penajaan, sila lawati laman web utama Tone Group. Namun, anda boleh lihat yang kerja anda untuk menghasilkan pendapatan dengan

memperkenalkan simkad ini kepada orang lain adalah sangat mudah.

 Tanpa perlu jumpa orang

 Tanpa perlu memaksa orang untuk beli

 Tak perlu nak pujuk-pujuk orang untuk beli

 Tak perlu berbelanja besar untuk iklan

Jika anda masih ingat lagi, dalam bab sebelum ni kita ada membincangkan tentang pendapatan aktif dan juga pendapatan pasif.

Jika anda ingin fokus pada pendapatan jenis pertama ini, bermakna anda sedang fokus pada pendapatan aktif.

(31)

Jadilah Orang Biasa... Dengan Income Luar Biasa Page31

Berita baiknya ialah, bisnes ini turut beri peluang kepada anda untuk mempunyai pendapatan pasif anda sendiri.

KOMISYEN DARI PEMBELIAN TOPUP PREPAID

Berikut adalah andaian komisyen berdasarkan komisyen Normal Member dengan top up bulanan anda RM60 minima.

Setiap kali pengguna kad sim yang diperkenalkan oleh anda itu tadi melakukan tambah nilai, anda layak untuk memperolehi komisen sebanyak 10% daripada nilai topup mereka, walaupun mereka beli topup dari orang lain.

Tak kira di mana mereka topup, komisen 10% tu tetap akan dibayar kepada anda.

Mereka yang mendapatkan sim kad ini terus dari anda, dikenali sebagai Level 1. Komisyen anda di Level 1 adalah sebanyak 10%.

Seandainya mereka yang berada di Level 1 ini memperkenalkan sim kad ini juga kepada

pengguna baru, pengguna baru yang mereka perkenalkan ini akan dikenali sebagai Level 2 anda. Komisyen anda pada tahap ini adalah 3%.

Pengguna terbaru yang diperkenalkan oleh Level 2 pula akan jadi Level 3 bagi anda. Disini komisyen bagi setiap topup yang anda bakal perolehi adalah sebanyak 13%.

10% LEVEL 1 RELOAD RM50 X 5% = RM5.00 3% LEVEL 2 RELOAD RM50 X 3% = RM1.50 13% LEVEL 3 RELOAD RM50 X 13% = RM6.50

(32)

Jadilah Orang Biasa... Dengan Income Luar Biasa Page32

Jadual dibawah ini bakal menunjukkan potensi pendapatan sekiranya anda hanya

memperkenalkan 10 keping sim kad Tone Wow Excel sahaja kepada pengguna baru.

Di dalam hidup anda, pasti anda kenal lebih daripada 10 orang dan bayangkan sekiranya anda perkenalkan peluang ini kepada 100 orang dan mereka cuma perkenalkan kepada 10 orang sahaja pada setiap level, pendapatan anda akan mencecah RM69,000 (RM500 Level_1 + RM1,500 Level_2 + RM67,000 Level_3) – hampir tak masuk akal tapi ianya tak mustahil dan sudah dibuktikan di dalam program rujukan Tone Group sebelum ini.

Potensi pendapatan ini adalah untuk tujuan penerangan dan ia besar kemungkinan akan berbeza mengikut usaha yang anda buat.

Seandainya pendapatan anda dah pun mencecah RM6,700 atau RM69,00 di kemudian hari, nilai ini sebenarnya akan anda dapat setiap bulan dengan syarat pengguna simkad tu masih lagi topup. Sebab inilah saya katakan anda tak perlu nak ubah cara hidup anda. Anda boleh teruskan dengan rutin harian anda, akan tetapi income daripada program ini akan terus masuk ke akaun bank anda setiap 21hb.

(33)

Jadilah Orang Biasa... Dengan Income Luar Biasa Page33

Kelebihan Yang Dinikmati Pengguna

Simkad Tone Wow

PELUANG JANA PENDAPATAN PASIF BERTERUSAN

Setiap kali pengguna sim kad ini topup, anda akan dapat komisyen dalam bentuk percent daripada nilai topup mereka.

Mereka boleh topup dimana-mana sahaja tanpa perlu jumpa anda.

Apa yang menariknya ialah, tak kira walau dimana mereka berada, dan macam mana cara mereka buat tambah nilai, anda masih lagi akan terima komisyen.

Mereka boleh top up di lokasi-lokasi yang menyediakan perkhidmatan tambah nilai untuk topup prepaid Digi, sama ada secara online atau offline.

Ada yang salah faham dengan menyangka bisnes ini ialah bisnes topup. Sebenarnya bukan sama sekali, sebabnya kita tak perlu jual topup pun. Anda hanya perlu perkenalkan produk ini kepada pengguna baru, itu sahaja.

WOWCHER

Ahli yang menyertai perniagaan ini juga mendapat kelebihan menggunakan WOWCHER untuk membeli belah di kedai runcit 99SpeedMart dan sebagainya.

KEKALKAN NOMBOR SEDIA ADA

Anda tak perlu tukar nombor telefon sekiranya anda sayang dengan nombor anda. Anda boleh kekalkan nombor telefon sedia ada.

Disebabkan Tone Wow baru diperkenalkan semasa ebook ini dikemaskini, maka banyak lagi kelebihan akan ditambah ke dalam program ini dari masa ke semasa.

Tapi, yang paling penting ialah pendapatan pasif tak masuk akal yang bakal anda perolehi bila anda mula merujuk orang lain ke program Tone Wow.

(34)

Jadilah Orang Biasa... Dengan Income Luar Biasa Page34

Rumusan

Setelah anda berhasrat untuk sertai perniagaan sim kad Tone Wow Excel ini, anda akan menjadi ahli bagi perniagaan telekomunikasi ini.

Anda melanggan servis mereka kerana anda tahu mereka mampu untuk berikan perkhidmatan yang baik untuk anda.

Syarikat ini memperoleh pelanggan baru untuk melanggan sim kad Tone Wow Excel melalui sistem referral.

Ia dipromosikan oleh ahlinya sendiri.

Setiap pelanggan yang melanggan servis ini, termasuk anda, layak untuk merekrut atau merekemen pengguna lain untuk jadi ahli dan pelanggan.

Anda menerima imbuhan dalam bentuk komisyen setiap kali anda berjaya memperkenalkan pengguna baru untuk melanggan servis mereka dan setiap kali mereka lakukan tambah nilai. Ciri seperti ini sudah tentu tidak terdapat pada syarikat telco lain buat masa ini.

Setiap kali pelanggan ingin beli topup, mereka boleh terus berurusan di mana-mana lokasi yang menjual topup.

Sebagai pemilik perniagaan ini, anda juga sebenarnya adalah seorang pelanggan, dan seorang pendaftar.

Peranan utama anda adalah untuk mempromosikan peluang buat duit ini kepada pelanggan baru yang berpotensi supaya mereka mendaftar sebagai ahli. Seterusnya, syarikat akan membayar anda komisyen untuk kemasukkan ahli baru, serta untuk setiap tambah nilai yang mereka lakukan.

Ini memberi peluang kepada anda untuk mendapatkan pendapatan secara berulangkali daripada usaha promosi yang anda lakukan hanya sekali sahaja.

Pelanggan hanya perlu daftar sekali sahaja. Mereka akan ada akaun mereka sendiri, jika mereka perlu topup, mereka boleh terus topup dimana-mana lokasi yang menyediakan perkhidmatan tersebut tanpa perlu mengganggu anda.

Setiap bulan, syarikat akan buat bayaran kepada anda. Cukup simple kan?

(35)

Jadilah Orang Biasa... Dengan Income Luar Biasa Page35

Kaedah Promosi Berkesan

Promosi adalah perkara fundamental dalam mana-mana bisnes.

Tanpa promosi yang berkesan, bisnes anda akan mati dan akan sunyi daripada menerima pelanggan-pelanggan baru.

Saya percaya, anda dah nampak betapa besarnya potensi pendapatan yang dapat dihasilkan daripada bisnes ini.

Persoalan yang sering bermain difikiran hampir setiap orang ialah macam mana nak promosi.

PERKENALKAN KEPADA RAKAN TERDEKAT

Termasuklah saudara mara atau sesiapa sahaja yang terdekat dengan anda.

Tujuan kita perkenalkan peluang bisnes ini adalah untuk berkongsi peluang buat duit dengan mereka.

Tak perlu nak memaksa atau kelihatan terdesak.

Anda hanya perlu ceritakan tentang bisnes ini, bermula dengan kelebihan menyertai bisnes ini hinggalah serba sedikit tentang latar belakang syarikat.

GUNAKAN MEDIUM LAMAN MEDIA SOSIAL

Sekarang ni kita ada Facebook, Twitter, Instagram dan sebagainya. Tak perlu nak buat promosi di semua laman web.

(36)

Jadilah Orang Biasa... Dengan Income Luar Biasa Page36

Buat masa ini, laman Facebook masih lagi merupakan laman media sosial terbaik untuk kita lakukan promosi. Jadi, manfaatkan laman media sosial tersebut.

Gunakan pengiklanan berbayar seperti FBAds jika perlu.

Atau anda boleh juga gunakan medium pengiklanan di FB Group.

GUNAKAN SISTEM PEMASARAN ONLINE “FORMULA INCOME SEUMUR HIDUP”

Anda mungkin dapatkan ebook ini daripada laman web Formula Income Seumur Hidup (FI$H)

www.FormulaIncomeSeumurHidup.com/wowsuperaffiliategold

Jadi, anda boleh lihat sendiri bagaimana anda menyertai program Tone Wow dengan membuat pesanan simkad daripada laman web ini.

Orang yang perkenalkan program Tone Wow ini cuma berikan link ke laman web ini dan semuanya diuruskan oleh pihak FI$H selepas itu (daripada anda buat pesanan simkad,

(37)

Jadilah Orang Biasa... Dengan Income Luar Biasa Page37

pendaftaran program Tone Wow sehinggalah anda baca ebook ini). Cara inilah beliau rekemen dan menaja orang ke dalam Tone Wow.

Kerja beliau cuma berikan link web replika mereka kepada seramai mungkin orang di luar sana, seperti yang mereka lakukan kepada anda.

Itu sahaja.

Sekarang, jika anda lalui saluran ini, maka anda juga akan menjadi ahli Tone Wow dan mendapat web replika anda sendiri.

Tugas anda seterusnya adalah menyebarkan link web replika anda pula. Senang, kan?

Macam mana kalau anda dapatkan ebook ini dari reseller dan bukannya direct daripada laman web FI$H?

Mudah sahaja.

Anda lawati laman web di bawah dan ikuti arahan di dalam laman web tersebut satu per satu dengan teliti.

www.FormulaIncomeSeumurHidup.com/simkadpercuma

Secara automatik, anda pun akan menjadi ahli Tone Wow dan affiliate FI$H, di mana anda akan mula menjana pendapatan di dalam Tone Wow dan juga komisyen jualan produk-produk di laman web Formula Income Seumur Hidup.

Segalanya akan berlaku secara automatik sebaik sahaja anda mula sebarkan link web replika anda.

Mudah, kan? Jom buat sekarang!

(38)

Jadilah Orang Biasa... Dengan Income Luar Biasa Page38

Kesimpulan

Semasa saya menulis ebook ini, saya telah membuat rujukan dalam topik network marketing dalam jumlah yang agak banyak.

Model perniagaan seperti ini (network marketing) boleh diklasifikasikan sebagai kaedah pemasaran yang bijak.

Sesebuah syarikat yang menggunakan kaedah pemasaran seperti ini tak perlu membelanjakan sejumlah wang yang besar bagi tujuan pemasaran. Sebaliknya mereka dapat memberikan peluang kepada pelanggan mereka sendiri untuk terlibat secara terus dalam operasi syarikat. Mereka berpeluang untuk mendapatkan pelanggan yang berpuas hati dan pada masa yang sama, pelanggan mereka tidak akan teragak-agak lagi untuk membantu mempromosikan produk syarikat.

Potensi pendapatan yang boleh dihasilkan menerusi cabang bisnes ini tidak ada had. Sebenarnya, ada had. Anda yang akan letakkan hadnya sendiri.

Seperti yang kita bincangkan dalam bab perniagaan yang ideal, bisnes ini menepati ciri-ciri yang dibincangkan sebelum ini iaitu

 Modal permulaan yang kecil  Tak perlu simpan stok

 Boleh dilakukan secara part time

 Boleh dilakukan sama ada dari rumah atau dari mana-mana sahaja  Tidak perlu menjual

 Tidak perlu layan customer

(39)

Jadilah Orang Biasa... Dengan Income Luar Biasa Page39

Apa Pendapat Anda?

Saya harap penerangan saya tak terlalu panjang dan meleret-leret.

Peranan saya dah pun selesai dengan berakhirnya pembacaan anda terhadap ebook ini. Jika perlu, saya cadangkan supaya anda ulang pembacaan, dan kemudian buatlah keputusan. Ada tiga kaedah bagaimana seseorang itu buat keputusan.

KAEDAH PERTAMA

Mereka buat keputusan untuk mengatakan YA dan mereka ingin ikhtiar untuk perbaiki diri.

KAEDAH KEDUA

Mereka buat keputusan untuk berkata tidak, dan mereka ingin terus mencari cara lain yang dirasakan lebih baik.

Mungkin ada beberapa perkara yang mereka kurang jelas atau mereka memang tak minat untuk buat bisnes ini.

Tak ada masalah.

Asalkan, anda sentiasa bertekad untuk perbaiki diri.

KAEDAH KETIGA

Kaedah ketiga ni lain macam sikit, sebabnya mereka buat keputusan untuk tak buat keputusan. Mereka tak kata TIDAK, dan mereka juga tak kata YA.

Orang macam ni memang menyusahkan orang lain dan menyusahkan dirinya sendiri. Selagi dia tak buat keputusan, selagi itu kita akan sentiasa tanya dia sama ada dia minat atau tidak untuk buat bisnes ini.

Bukan niat kita untuk mendesak dia supaya sertai, tetapi kita nak tau dimana kedudukan dia. Apa pendirian dia, itu sahaja.

(40)

Jadilah Orang Biasa... Dengan Income Luar Biasa Page40

Jadi lebih cepat anda buat keputusan lagi mudah. Kalau kurang faham, tanya.

Anda boleh tanya mereka yang menjual ebook ini kepada anda. Jangan buatkan orang lain tertunggu-tunggu keputusan anda.

(41)

Jadilah Orang Biasa... Dengan Income Luar Biasa Page41

Penutup

Model bisnes ini memang simple dan straight forward.

Namun, saya faham jika anda tetap rasa bisnes ini sukar dan sebagainya. Ini adalah kerana anda masih lagi belum cuba lalui sendiri dan usahakan bisnes ini.

Peringkat permulaan, ketika anda masih lagi belum dapat rentak, saya percaya anda akan alami sedikit cabaran.

Saranan saya, berilah peluang bagi diri anda untuk pelajari selok belok tentang perniagaan. Setiap perkara yang kita lakukan buat kali pertama, kita tak akan jadi pandai dengan serta merta. Bisnes ini tak terkecuali.

Beri peluang. Beri masa.

In Shaa Allah, anda pasti ada kesempatan untuk berjaya.

(42)

Jadilah Orang Biasa... Dengan Income Luar Biasa Page42

abcdefghijklmnopqrstuvwxyzABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUVWXYZ.:,;-_!"'#+~*@§$%&/\´`^°|µ()=?[]1234567890

Agen affiliate UsahawanInternet.com buat duit pasif tanpa produk sendiri. Klik link di bawah untuk maklumat lanjut!

Referensi

Dokumen terkait

1) Kangkung sutera dapat ditanam bersamaan dengan waktu tanam jagung manis, sampai dengan tiga minggu setelah tanam jagung manis. 2) Hasil jagung manis tidak

Saya melakukan pembelian di Restoran Solaria karena ertarik dengan desain interior dan eksterior Solaria yang sesuai. dengan

matematis dari hukum aksi massa (law of mass action), yang menyatakan bahwa pada reaksi reversibel (bolak-balik, dua arah) yang mencapai keadaan kesetimbangan pada temperatur

Pemikiran mengenai kereversibelan reaksi kimia mula-mula dinyatakan secara jelas dalam 1799 oleh C. Berthollet yang menyatakan adanya deposit natrium karbonat dalam

Hasil penelitian menunjukkan bahwa Penyandang Masalah Kesejahteraan Sosial (PMKS) mendapatkan dana anggaran dari APBD Kota Parepare, Adanya peningkatan dalam setiap

Apabila dikaitkan dengan karakteristik budaya hukum, yaitu tidak tertulis, hidup, tumbuh dan berkembang dalam masyarakat 40 kemudian merupakan ide, nilai dan sikap yang diyakini oleh

Brand attachment mencerminkan adanya keterikatan pada merek dan merupakan variabel psikologis yang menunjukkan hubungan afektif yang tidak dapat diubah terhadap merek

senang terhadap objek sikap. Rasa senang atau tidak senang pada. suatu objek sikap. Rasa senang merupakan suatu hal yang