• Tidak ada hasil yang ditemukan

KEPADA SIAPA KURSUS INI DITAWARKAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "KEPADA SIAPA KURSUS INI DITAWARKAN"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

DESKRIPSI PANDUAN KURSUS

Anda perlu membaca Panduan Kursus dengan berhati-hati daripada awal sehingga akhir. Ia menyatakan kandungan kursus dengan ringkas dan bertujuan membantu anda memahami kandungan kursus. Ia juga mencadangkan jumlah tempoh masa untuk anda habiskan bagi melengkapkan kursus ini dengan sepenuhnya. Sentiasalah rujuk Panduan Kursus secara berterusan semasa anda membaca kandungan kursus kerana ia dapat membantu di dalam menjelaskan komponen-komponen pembelajaran penting yang mungkin anda terlepas pandang.

PENGENALAN

ABSW3103 Kewangan Islam adalah salah satu kursus yang ditawarkan oleh Fakulti Sains Sosial Gunaan di Open University Malaysia (OUM). Kursus ini melibatkan 3 jam kredit dan harus dijalankan dalam tempoh masa 8 hingga 15 minggu.

KEPADA SIAPA KURSUS INI DITAWARKAN

Kursus ini ditawarkan kepada semua pelajar yang mengambil program Sarjana Muda Pengajian Islam (Pengurusan Islam) dengan Kepujian. Modul ini bertujuan untuk memberi pengetahuan asas berkenaan konsep kewangan Islam dan komponen-komponen yang berkait dengan kewangan Islam. Modul ini seharusnya dapat membekalkan pengetahuan asas yang cukup bagi kursus asas dalam kewangan Islam.

Sebagai pelajar jarak jauh, anda seharusnya fasih dengan keperluan pembelajaran kendiri dan mampu mengoptimakan kaedah pembelajaran dan persekitaran yang sedia ada. Sebelum anda memulakan kursus ini, sila pastikan anda maklum dengan bahan kursus, kelayakan kursus dan bagaimana kursus tersebut dikendalikan.

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

Berdasarkan piawaian OUM, seseorang pelajar itu perlu memperuntukkan 40 jam pembelajaran bagi setiap jam kredit. Selaras dengan piawaian ini, kursus yang bernilai tiga jam kredit memerlukan masa selama 120 jam pembelajaran. Anggaran masa pembelajaran ialah seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 1.

(2)

Jadual 1: Anggaran Masa Pembelajaran

Aktiviti Pembelajaran Jam

Pembelajaran Membaca kandungan kursus dan mengambil bahagian dalam

perbincangan awal 3

Membaca modul 60

Menghadiri 3 hingga 5 sesi tutorial 10

Perbincangan atas talian 12

Ulang kaji 15

Menyiapkan tugasan, Ujian dan Peperiksaan 20

JUMLAH MASA PEMBELAJARAN 120

OBJEKTIF KURSUS

Setelah mengikuti kursus ini, para pelajar seharusnya dapat:

1. Mengenal pasti istilah-istilah dan prinsip-prinsip utama yang digunakan dalam kewangan Islam dan yang membentuk struktur sistem kewangan Islam;

2. Menghuraikan komponen-komponen yang membentuk sistem kewangan Islam seperti instrumen, institusi dan pasaran;

3. Mengaitkan prinsip-prinsip kewangan Islam dengan sumber-sumber perundangan Islam seperti al-QurÊan dan al-Hadis;

4. Menganalisis perbezaan yang terdapat antara sistem kewangan Islam dan konvensional; dan

5. Menerangkan struktur sistem kewangan Islam berasaskan keperluan pasaran dan perkembangan semasa.

(3)

SINOPSIS KURSUS

Kursus ini terbahagi kepada 10 topik. Sinopsis untuk setiap topik adalah seperti yang disenaraikan berikut:

Topik 1 memberi pendedahan awal berkenaan dengan apa itu kewangan Islam. Ianya merangkumi sejarah awal berkaitan dengan kewangan Islam dan juga pengenalan kepada ayat-ayat al-Quran dan hadith-hadith yang berkaitan. Selain itu, perbincangan juga meliputi konsep fiqh muamalah dan kaitannya dengan kewangan Islam. Topik ini juga menerangkan kepada kita berkenaan dengan elemen-elemen yang dilarang di dalam amalan yang berkaitan dengan kewangan Islam. Di samping itu, perkara-perkara berkenaan dengan prinsip-prinsip Syariah dalam kontrak Syariah, khususnya dalam akad jual beli juga turut dibincangkan.

Topik 2 memperincikan berkenaan dengan sistem ekonomi yang terdapat di dunia pada masa sekarang dan mengaitkannya dengan sistem kewangan dan sistem kewangan Islam. Ianya meliputi pengenalan dan pemahaman tentang komponen-komponen dan prinsip-prinsip utama yang membentuk sistem kewangan Islam. Perbincangan juga dihalakan kepada hubungkait di antara sistem ekonomi Islam dan sistem kewangan Islam. Akhirnya, perbincangan menjurus kepada perbezaan utama dalam struktur yang membentuk sistem kewangan Islam dan sistem kewangan konvensional.

Topik 3 menerangkan berkenaan riba dari segi konsep dan pengertiannya sama ada dari sudut bahasa mahu pun istilah. Ianya turut mendedahkan pelbagai istilah yang berkaitan dengan riba, seperti bunga, untung, bay` dan qard. Seterusnya perbincangan menjurus kepada pengenalpastian jenis-jenis riba yang boleh berlaku di dalam transaksi jual beli sehari-harian. Di samping itu, perbincangan turut menjurus kepada perbandingan di antara konsep riba`, bay` dan qard. Selain itu, penerangan terperinci tentang sejarah kewujudan amalan riba di peringkat dunia turut diselitkan.

Topik 4 merupakan lanjutan dari topik sebelumnya, membincangkan pengertian dan istilah riba dari perspektif sumber perundangan Islam iaitu Qur`an, al-hadith dan fiqh. Para pelajar turut didedahkan kepada hal yang berkaitan dengan mengenalpasti dan membezakan `illah pengharaman riba bagi barangan al-Nuqud dan barangan al-At`imah. Seterusnya, penjelasan mengenai justifikasi mengapa riba diharamkan di dalam Islam turut dibincangkan. Akhirnya, para pelajar didedahkan kepada kefahaman berkenaan isu-isu kontroversi yang dikaitkan dengan riba.

(4)

Topik 5 memberi pendedahan dan pemahaman kepada para pelajar berkenaan fungsi dan peranan serta perkara yang berkaitan dengan institusi perbankan dan pengantara kewangan bukan bank di Malaysia. Seterusnya, perbincangan menjurus kepada pengenalan berkenaan elemen-elemen yang terdapat di dalam pasaran kewangan di Malaysia, khususnya berdasarkan kepada jenis-jenis pasaran kewangan yang utama seperti pasaran wang, pasaran modal dan pasaran derivatif.

Topik 6 membincangkan konsep dan amalan perbankan dan kewangan dari perspektif Islam. Dengan kata lain, para pelajar didedahkan kepada konsep, struktur dan amalan kewangan Islam secara menyeluruh. Perbincangan dimulakan dengan penerangan berkenaan struktur dalam sesuatu kewangan, iaitu meliputi tiga elemen yang utama iaitu institusi, instrumen dan pasaran. Seterusnya perbincangan dijuruskan kepada konteks kewangan Islam, yang juga mempunyai tiga elemen yang sama. Elemen-elemen dalam struktur sistem kewangan Islam itua dalah institusi kewangan secara Islam (Islamic financial institutions), instrumen kewangan Islam (Islamic financial instruments) dan pasaran kewangan Islam (Islamic financial markets). Rumusan seterusnya dibuat, iaitu tiga elemen tersebut merupakan tiga entiti yang perlu wujud untuk saling beroperasi mengikut peranan tersendiri dalam sebuah sistem kewangan sama ada kewangan Islam mahu pun konvensional. Selanjutnya, perbincangan dihalakan kepada pengetahuan secara terperinci mengenai ciri-ciri utama institusi perbankan dan kewangan Islam; ciri-ciri dan kategori instrumen kewangan Islam; dan juga pasaran kewangan Islam. Perbincangan turut menyentuh dalam hal untuk mengenalpasti jenis-jenis pasaran dalam pasaran kewangan di Malaysia, membezakan peranannya satu persatu, khususnya dari aspek pematuhan kepada prinsip-prinsip Syariah. Kesimpulannya, topik ini membicarakan secara terperinci berkenaan dengan institusi kewangan dan perbankan Islam, instrumen perbankan dan kewangan Islam serta pasaran kewangan Islam.

Topik 7 menerangkan secara terperinci mengenai setiap komponen di dalam struktur sistem kewangan Islam di Malaysia, iaitu institusi, instrumen dan pasaran. Institusi terbahagi kepada dua jenis yang utama iaitu institusi perbankan dan institusi kewangan bukan bank. Instrumen kewangan Islam d dalam konteks di Malaysia pula dilihat kepada tiga kategori utama, iaitu instrumen deposit; instrumen pembiayaan; dan lain-lain instrumen, iaitu merujuk kepada meliputi instrumen sokongan yang ditawarkan oleh institusi kewangan Islam di Malaysia. Seterusnya pasaran adalah menyentuh mengenai pasaran wang, pasaran modal yang termasuk di dalamnya pasaran ekuiti Islam dan pasaran hutang Islam dan seterusnya pasaran derivatif Islam. Segala perbincangan adalah mengambilkira konsep kewangan Islam dan aplikasinya di Malaysia. Di samping itu, para pelajar turut didedahkan kepada amalan

(5)

kewangan Islamyang telah dilaksanakan di Malaysia dan kejayaan yang telah dicapai oleh negara ini berkenaan dengan hal tersebut

Topik 8 adalah lanjutan berkenaan dengan instrumen yang terdapat di dalam kewangan Islam, sebagaimana yang diterangkan di dalam topik 7. Di dalam topik ini, pembahagian instrumen kewangan Islam adalah berasaskan kepada dua kategori, iaitu instrumen pembiayaan ekuiti dan instrumen pembiayaan hutang. Ini adalah berdasarkan kepada matlamat asal kepada penciptaan dan penawaran instrumen kewangan Islam adalah untuk memenuhi kedua-dua pembiayaan tersebut. Dengan erti kata lain, pembahagian instrumen ini dibuat berasaskan kepada instrumen yang ditawarkan di dalam pasaran modal Islam sama ada termasuk di dalam kategori instrumen ekuiti mahu pun di dalam kategori instrumen hutang Islam. Oleh itu, pembahagian instrumen boleh juga diklasifikasikan berasaskan kepada instrumen pasaran modal meliputi ekuiti Islam dan hutang Islam dan juga instrumen dalam pasaran wang Islam. Kategori instrumen tersebut diambilkira berdasarkan `uruf, iaitu merujuk kepada pasaran yang mana kebiasaannya sesuatu instrumen itu diurusniagakan.

Topik 9 membincangkan berkenaan institusi kewangan Islam yang terdapat di Malaysia. Perbincangan dibuat berasaskan kepada pembahagian institusi kewangan di Malaysia kepada institusi perbankan dan institusi kewangan bukan bank. Perbincangan mengenai institusi perbankan merangkumi bank-bank Islam dan bank-bank Skim Perbankan Islam (SPI) yang terdapat di Malaysia. Seterusnya perbincangan dijuruskan kepada kategori institusi-institusi kewangan bukan bank yang meliputi 7 kategori yang utama, iaitu institusi pembiayaan dan pembangunan; institusi tabungan dan simpanan; institusi kumpulan wang simpanan pekerja; institusi takaful; institusi kredit perumahan dan mortgage; institusi saham, syarikat pembrokeran dan institusi saham amanah Islam; dan lain-lain institusi. Perbincangan juga turut meliputi sejarah penubuhan institusi tersebut, operasinya dan jenis produk dan perkhidmatan kewangan Islam yang disediakan oleh institusi-institusi tersebut. Selanjutnya, di dalam topik ini juga diselitkan perbincangan mengenai badan pengawal selia utama yang terlibat dalam pembentukan sistem kewangan Islam di Malaysia, iaitu Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Perbincangan adalah dalam ruang lingkup peranan dan tanggungjawab yang dimainkan oleh badan pengawal selia tersebut dalam membangun dan memajukan kewangan Islam di Malaysia.

Topik 10 menerangkan konsep pembiayaan dalam konteks kewangan dan kewangan Islam. Anda juga akan didedahkan kepada dua bentuk pembiayaan iaitu pembiayaan ekuiti dan pembiayaan hutang. Dalam konteks pembiayaan hutang, penerangan diperincikan dengan memasukkan konsep pembiayaan yang dibuat dalam konteks bon Islam atau sukuk. Seterusnya, para pelajar

(6)

didedahkan kepada hubungkait di antara konsep pembiayaan Islam dalam konteks pasaran kewangan Islam. Akhirnya, perbincangan dijuruskan kepada pemahaman dan kaitan pembiayaan-pembiayaan tersebut dengan jenis-jenis pasaran yang wujud dalam pasaran kewangan Islam.

PANDUAN SUSUN ATUR TEKS

Sebelum anda membaca modul ini, adalah penting sekiranya anda ambil tahu akan susun atur teks modul. Memahami susun atur teks akan membantu anda untuk merencana pembelajaran kursus supaya lebih objektif dan berkesan. Amnya, susun atur teks bagi setiap topik adalah seperti berikut:

Hasil Pembelajaran: Ia merupakan apa yang anda harus dapat lakukan atau capai setelah selesai membaca sesuatu topik. Setelah selesai membaca setiap topik anda digalakkan merujuk kepada senarai hasil pembelajaran berkenaan untuk memastikan sama ada anda dapat atau tidak mencapainya. Amalan seperti ini akan dapat mengukur dan mempertingkatkan penguasaan kandungan sesuatu topik.

Semak Kendiri: Soalan-soalan diselitkan pada bahagian-bahagian tertentu dalam sesuatu topik. Soalan-soalan ini menguji kefahaman tentang maklumat yang anda telah baca. Jawapan untuk soalan-soalan ini biasanya terdapat dalam perenggan-perenggan yang sebelumnya. Anda digalakkan menjawab soalan-soalan semak kendiri ini untuk menguji dan memastikan sama ada anda telah memahami kandungan sesuatu topik dan seterusnya menyediakan anda menghadapi ujian dan peperiksaan kelak. Kebanyakan jawapan kepada soalan-soalan yang ditanya terdapat di dalam modul itu sendiri.

Aktiviti: Aktiviti-aktiviti juga diselitkan pada bahagian-bahagian tertentu dalam sesuatu topik dengan tujuan menggalakkan anda mengaplikasi konsep dan prinsip yang anda telah pelajari kepada situasi sebenar. Aktiviti-aktiviti ini juga memperluaskan kefahaman kandungan yang dipelajari dengan menggalakkan anda melakukan sesuatu seperti berfikir secara mendalam, memberi pendapat, berbincang bersama rakan dalam kelas, merujuk kepada laman web, membaca artikel jurnal dan seumpamanya.

Rumusan: Di akhir sesuatu topik, isi-isi penting topik tersebut disenaraikan. Komponen ini membantu anda untuk mengingat dan mengimbas semula keseluruhan topik. Anda haruslah memastikan bahawa anda memahami setiap pernyataan yang disenaraikan. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan.

(7)

Kata Kunci: Di akhir topik disenaraikan beberapa perkataan dan frasa penting yang digunakan di dalam topik berkenaan. Anda mesti dapat menjelaskan setiap perkataan dan frasa ini. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan. Rujukan: Rujukan adalah bahagian di mana senarai buku teks, jurnal, artikel, kandungan elektronik atau sumber-sumber yang boleh ditemui yang berkaitan dan berguna dalam melalui modul atau kursus. Senarai ini boleh dilihat di dalam beberapa bahagian seperti di dalam Panduan Kursus (di bahagian Rujukan), di akhir setiap topik atau di akhir modul. Anda digalakkan membaca bahagian-bahagian yang berkaitan dalam senarai rujukan tersebut untuk mendapatkan maklumat lanjut dan memperkukuhkan kefahaman anda.

PENGETAHUAN ASAS

Anda tidak perlu mempunyai pengetahuan asas tertentu sebelum memulakan kursus ini. Anda tidak disyaratkan untuk mempunyai pengetahuan asas yang tertentu sebelum mengambil kursus ini. Walau bagaimana pun, sekiranya anda mempunyai pengetahuan dalam usul fiqh dan fiqh muamalat, ianya amat dialu-alukan bagi memudahkan kefahaman anda dalam mempelajari kursus ini.

KAEDAH PENILAIAN

Sila rujuk myINSPIRE.

RUJUKAN

Ab. Mumin Ab. Ghani & Fadillah Mansor (eds). (2006). Dinamisme kewangan Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Ab. Mumin Ab. Ghani. (1999). Sistem kewangan Islam dan pelaksanaannya di Malaysia, Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Abdul Monir Yaacob dan Hamiza Ibrahim (eds.). (1999). Islamic financial

services and products, Kuala Lumpur: IKIM.

Kamal Khir, Lokesh Gupta & Bala Shanmugan. (2008). Islamic banking, a practical perspective. Selangor: Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

M. Said Othman. (2007). Pemasaran Satu huraian mudah. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

(8)

Nor Mohamed Yakcop. (1996). Teori, amalan dan prospek sistem kewangan Islam di Malaysia, Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd.

Othman Yong. (1993). Pasaran dan Institusi Kewangan di Malaysia, Teori dan Amalan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sudin Haron. (1997). Islamic banking, rules and regulations. Selangor: Pelanduk Publications.

Syabir, Muhammad ÂUthman. (1996). Mu`amalat Maliyyah fi Fiqh al-Islami, `Amman: Dar al-NafaÊis.

Referensi

Dokumen terkait

Dengan pembahasan mengenai teori interaksionisme simbolik diharapkan agar kita dapat lebih mengetahui fenomena sosial dengan pencermatan individu. Sehingga bisa untuk

Hal ini sejalan dengan prinsip pergerakan molekul bermuatan, yakni molekul bermuatan dapat bergerak bebas di bawah pengaruh medan listrik, molekul dengan muatan

Peningkatan pelayanan sistem ujian sekolah pada SMP Muhammadiyah 2 Godean berguna untuk memberikan mutu dan kualitas evaluasi hasil belajar yang lebih baik bagi

Pihak –pihak yang wajib mengumumkan informasi yang dapat mengancam hajat hidup orang banyak dan ketertiban umum yaitu dilakukan koordinasi dan komunikasi secara

Untuk menguji hubungan antaraNon Performing Loan (NPL), Loan to Deposit Ratio (LDR), Good Corporate Governance (GCG) dan Capital Adequacy Ratio (CAR) terhadap

Langkah selanjutnya yang harus dilakukan dalam Perencanaan Geometrik Jalan dengan Langkah selanjutnya yang harus dilakukan dalam Perencanaan Geometrik Jalan dengan menggunakan

Kepada para veteran di seluruh tanah air yang telah berjuang dalam menegakkan kemerdekaan dan kedaulatan bangsa serta yang telah mewujudkan perdamaian dan keamanan, baik di