• Tidak ada hasil yang ditemukan

WABAK COVID-19 DAN HUBUNGANNYA DENGAN HADITH KELEBIHAN HABBATUS SAUDA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "WABAK COVID-19 DAN HUBUNGANNYA DENGAN HADITH KELEBIHAN HABBATUS SAUDA"

Copied!
16
0
0

Teks penuh

(1)

259

WABAK COVID-19 DAN HUBUNGANNYA DENGAN HADITH KELEBIHAN HABBATUS SAUDA’

Amran Abdul Halimi, Ahmad Kamel Mohammedii, Nidzamuddin Zakariaiii, Walid Mohd

Saidiv, Syed Najihuddin Syed Hassanv, Abdulloh Salaehvi & Mesbahul Hoquevii i (Corresponding author). Pensyarah, Fakulti Pengajian Quran Sunnah, USIM. amran@usim.edu.my

ii Pensyarah, Fakulti Pengajian Quran Sunnah, USIM. kamel@usim.edu.my iii Pensyarah, Fakulti Pengajian Quran Sunnah, USIM. nidzamuddin@usim.edu.my

iv Pensyarah, Fakulti Pengajian Quran Sunnah, USIM. walid@usim.edu.my v Pensyarah, Fakulti Pengajian Quran Sunnah, USIM. syednajihuddin@usim.edu.my

vi Pensyarah, Fakulti Pengajian Quran Sunnah, USIM. abdulloh@usim.edu.my vii Pensyarah, Fakulti Pengajian Quran Sunnah, USIM. mesbahul@usim.edu.my

Abstrak

Kebelakangan ini penularan sejagat virus Novel Coronavirus (COVID19) yang telah banyak mengorbankan ribuan nyawa serta menjangkiti jutaan manusia ribuan telah menggusarkan hati semua manusia di dunia. Virus ini telah diisytiharkan sebagai satu penyakit global serta mula memasuki negara-negara seluruh dunia khususnya di Malaysia dengan kes yang pertama dikesan positif pada tarikh 3 Februari 2020. Penulisan ini bertujuan untuk menjelaskan SOP PKP yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia dan adakah ia berkait serta ada dasarnya dari hadith-hadith atau Sunnah Rasulullah SAW dan untuk memperbetulkan salah faham masyarakat terhadap maksud hadith Rasulullah saw yang seolah-olah bercanggah dengan SOP PKP yang diperkenalkan di Malaysia. Penulis meneliti hadith-hadith Rasulullah saw yang berkaitan dengan kesihatan dan pencegahan daripada penyakit sebagaimana yang diamalkan oleh Rasulullah saw dan para Sahabat. Ra. Penulisan ini diharap dapat merungkai permasalahan yang berlaku dalam masyarakat dari sudut pemahaman dan persepsi, memperbaiki amalan seharian mengikut norma baru sebagaimana yang disarankan oleh kerajaan Malaysia dan dunia amnya yang mana ianya adalah tidak bercanggah dengan syariat Islam, malah bertepatan dengan saranan Rasulullah saw melalui hadith-hadith yang kan dibincangkan ini.

Kata kunci: Covid 19, SOP, PKP, Virus, Penyakit

PENDAHULUAN

SOP bermaksud Prosedur Standard Operasi, manakala PKP ialah Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia (PKP) 2020 merujuk kepada tindakan pencegahan oleh kerajaan

(2)

260

persekutuan Malaysia terhadap kes pandemik koronavirus (COVID-19) pada 16 Mac 2020. Oleh itu "kawalan gerakan" dilaksanakan di seluruh negara. Kejadian itu sering dirujuk oleh sesetengah pihak media sama ada beberapa media tempatan mahupun media antarabangsa sebagai "Kuarantin Malaysia31.

Kita telah mendengar bahawa Virus covid-19 atau yang lebih dikenal dengan virus corona menjadi topik yang paling banyak dibicarakan semua kalangan di semua negara di dunia saat ini menjadi isu hangat. Bagaimana tidak, kehadiran pandemik virus covid-19 mengubah gaya hidup semua orang, baik yang terkena secara langsung maupun tidak. Perubahan yang tiba-tiba dan tanpa persiapan tersebut tidaklah sedikit menimbulkan kecemasan. Menurut Dr. Jiemi Ardian SpKj, perasaan cemas yang muncul dalam menghadapi pandemik ini sebenarnya tidak selalu bermaksud mereka mengalami gangguan kejiwaan atau gangguan kesehatan mental. Cemas dalam menghadapi suatu kondisi yang baru tersebut merupakan bentuk adaptasi normal seseorang.32

Umum telah mengetahui Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada 18 hingga 31 Mac 2020. Lanjutan daripada pengisytiharan tersebut, langkah-langkah susulan telah diambil bagi menyelaras dan memperincikan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan. Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri telah mengadakan mesyuarat penyelarasan antara agensi kerajaan pada 17 Mac 2020 untuk memperincikan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan agar Perintah ini dapat berjalan dengan baik dan lancar. Untuk memastikan keperluan orang ramai kepada perkhidmatan-perkhidmatan asas tidak terjejas sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini berkuatkuasa, perkhidmatan-perkhidmatan tertentu seperti pasaraya, pasar awam, kedai runcit dan lain-lain dibenarkan beroperasi. Perintah Kawalan Pergerakan berkuatkuasa mulai jam 12.00 tengah malam, 18 Mac 2020. Sehubungan itu, orang ramai diminta untuk mematuhi semua peraturan yang telah diputuskan oleh pihak berkuasa.

Bagi melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 telah diwartakan pada 18 Mac 2020. Pegawai Polis DiRaja Malaysia dan RELA telah dilantik sebagai pegawai diberi kuasa di bawah Seksyen 3 Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342).

Bagi meningkatkan lagi keberkesanan Perintah Kawalan Pergerakan ini, orang ramai dinasihatkan supaya berada di rumah sepanjang masa kecuali untuk memenuhi 31 https://ms.wikipedia.org/wiki/Perintah_Kawalan_Pergerakan_Malaysia_2020

32 Chodijah, Medina,Nurjannah, Dian Siti, Yuliyanti, Ai Yeni, Kamba, M Karya Tulis Ilmiah LPPM UIN Sunan Gunung Djati Bandung 2020

(3)

261

keperluan-keperluan asas. Selain itu, amalkan penjarakan sosial (social distancing) dari orang sekeliling demi mengelakkan jangkitan COVID-1933.

Kerajaan telah menyarankan agar anggota masyarakat patuh terhadap penjarakan sosial (social distancing) dalam berurusan seperti urusan di bank, pasar raya, kedai dan juga kaunter-kaunter perkhidmatan sepanjang PKP berlangsung. Aktiviti luar juga tidak dibenarkan seperti aktiviti riadah, aktiviti bersama keluarga, aktiviti keramaian, sambutan keraian dan aktiviti perhimpunan. Norma-norma sosial yang diamalkan sebelum kes Covid-19 melanda juga tidak dibenarkan seperti bersalaman antara satu sama lain yang dibimbangi akan menerima jangkitan seterusnya dikhuatiri meningkatkan lagi jumlah kes Covid-19 yang baharu. Pihak KKM juga menyarankan agar mengelakkan bersalaman atau bersetuhan jika bergejala seperti demam, batuk/bersin dan sesak nafas. Alternatif yang disarankan oleh KKM ialah meletakkan tangan di dada sebagai tanda hormat dengan ucapan salam bagi menggantikan bersalaman dan bersentuhan (CPRC KKM, 19 Februari 2020). KKM juga mula mengambil langkah berjaga-jaga dengan menasihati masyarakat iaitu golongan yang berisiko tinggi supaya menghadkan lawatan ke hospital terutamanya bagi urusan tidak penting. Golongan berisiko tinggi yang dimaksudkan oleh KKM ialah golongan kanak-kanak, warga emas berusia 65 tahun ke atas, pesakit dengan penyakit kronik, pesakit dengan daya ketahanan badan yang rendah dan wanita hamil. Orang ramai juga diingatkan supaya tidak melawat pesakit di hospital jika mengalami demam, selsema dan batuk (CPRC KKM, 21 Februari 2020). Langkah berjaga-jaga oleh pihak KKM ini bagi mengekang penularan jangkitan Covid-19 di hospital. aranan oleh KKM dari semasa ke semasa berkaitan pengamalan interaksi sosial masyarakat seperti penjarakan sosial telah menunjukkan hasil yang positif seperti yang dapat dilihat dalam penurunan kes Covid-19 yang baharu dalam tempoh PKP Fasa 334.

Kes Covid-19 Di Malaysia

Mengikut KKM Istihar Jangkitan penyakit COVID 19 Sehingga 5 Julai 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat lima (5) kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,663 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 77 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi

33 https://www.pmo.gov.my/2020/03/kenyatan-media-mkn-18-mac-2020/

34 Noriha Basir et.al., Analisis Tingkah Laku Sosiologi Masyarakat Berasaskan Teori Interaksionisme Melalui Perangkaan Data Kes Covid-19 di Malaysia, dalam PENDETA Journal of Malay Language, Education and Literature Jilid 11 Edisi Khas, 2020 / ISSN 1823-6812 (11-31), Universiti Malaysia Perlis, Kangar, Perlis, Malaysia

(4)

262

rawatan35. Apabila kita lihat di sini sekira karajaan tidak laksana PKP maka banyak lagi

jangkitan di Malaysia, dengan sebab perintah kawalan pergerakan ini maka sesetengah masyarakat melawan kerajan kerana mereka tidak dapat keluar dari rumah seperti pergi ke pasar, masjid, hantar anak sekolah dan lain lain. Di sesetengah tempat mereka langgar juga perintah itu sehingga mereka di tahan dan di kompau sebagainama dalam berita harian.

Menurut menteri kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata “Jumlah tangkapan kumulatif ingkar PKP sehingga semalam adalah seramai 17,735 orang” 36.

Contoh Kes ( Covid19 ) Positif Pada 5/7/2020 Mengikut Negeri

Status Terkini Kes Covid-19 Di Malaysia

Mengikut KKM Istihar Jangkitan penyakit COVID 19 Sehingga 5 Julai 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat lima (5) kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,663 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 77 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan37. Apabila kita lihat di sini sekira karajaan tidak laksana PKP maka banyak lagi

jangkitan di Malaysia, dengan sebab perintah kawalan pergerakan ini maka sesetengah

35 https://kpkesihatan.com/2020/07/05/ 36 Berita»Nasional, https://www.bharian.com. 37 https://kpkesihatan.com/2020/07/05/

(5)

263

masyarakat melawan kerajan kerana mereka tidak dapat keluar dari rumah seperti pergi ke pasar, masjid, hantar anak sekolah dan lain lain. Di sesetengah tempat mereka langgar juga perintah itu sehingga mereka di tahan dan di kompau sebagainama dalam berita harian.

Menurut menteri kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata “Jumlah tangkapan kumulatif ingkar PKP sehingga semalam adalah seramai 17,735 orang” 38.

METODOLOGI KAJIAN

Penulisan ini bertujuan untuk menjelaskan SOP PKP yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia dan adakah ia berkait serta ada dasarnya dari hadith-hadith atau Sunnah Rasulullah SAW dan untuk memperbetulkan salah faham masyarakat terhadap maksud hadith Rasulullah saw yang seolah-olah bercanggah dengan SOP PKP yang diperkenalkan di Malaysia.

Metod kajian bagi penulisan ini ialah, penulis meneliti hadith-hadith Rasulullah saw yang berkaitan dengan kesihatan dan pencegahan daripada penyakit sebagaimana yang diamalkan oleh Rasulullah saw dan para Sahabat RA.

DAPATAN KAJIAN

Penulisan ini diharap dapat merungkai permasalahan yang berlaku dalam masyarakat dari sudut pemahaman dan persepsi, memperbaiki amalan seharian mengikut norma baru sebagaimana yang disarankan oleh kerajaan Malaysia dan dunia amnya yang mana ianya adalah tidak bercanggah dengan syariat Islam, malah bertepatan dengan saranan Rasulullah saw melalui hadith-hadith yang akan dibincangkan ini.

Masyarakat tidak dihalang daripada berikhtiar untuk berubat dengan menggunakan habbatus sauda’ terutamanya apabila mengikut kadar tertentu dan menggunakan cara tertentu bagi mengubati sesuatu penyakit tertentu seperti yang pernah diamalkan suatu masa dahulu.

Perkara yang perlu sentiasa diwaspadakan dan dielakkan ialah menggunakan sesuatu produk kesihatan di pasaran yang mengandungi habbatus sauda’ dengan harapan dapat mengubati semua jenis penyakit yang dialami. Ia merupakan suatu bentuk usaha dan tawakkal yang tidak tepat.

Usaha melalui konsultasi dan nasihat daripada ahli perubatan perlulah didahulukan kerana ilmu mereka lebih diyakini. Tawakkal yang didahului dengan usaha yang lebih diyakini adalah lebih tinggi nilainya di sisi Islam. Hal ini bertepatan dengan 38 Berita»Nasional, https://www.bharian.com.

(6)

264

amalan Nabi Muhammad SAW sepertimana baginda menyerahkan urusan teknik menanam kurma kepada mereka yang berkemahiran tentangnya dengan menyatakan bahawa: “Kalian lebih mengetahui urusan dunia kalian”39.

DALIL-DALIL BERKENAAN WABAK

Antara dalil-dalil yang banyak dikongsikan semenjak isu Covid-19 ini yang menyatakan:

‘’Di akhir zaman nanti akan ada banyak wabak penyakit melanda manusia di dunia, hanya umatku yang terhindar kerana memelihara wuduknya’’ - Riwayat Al-Thabrani.

Memang terdapat nas-nas syarak yang mengkhabarkan akan berlakunya wabak penyakit berjangkit pada generasi yang terkemudian dari kalangan umat ini. Antaranya adalah seperti yang disebutkan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Umar R.

Anhuma beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

َْلَ ِتَِّلا ُعاَجْوَلأاَو ُنوُعاَّطلا ُمِهيِف اَشَف َّلاِإ اَِبُ اوُنِلْعُ ي َّتََّح ُّطَق ٍمْوَ ق ِفِ ُةَشِحاَفْلا ِرَهْظَت َْلَ

ِفِ ْتَضَم ْنُكَت

َنيِذَّلا ُمِهِفَلاْسَأ

اْوَضَم

Maksudnya: Tidaklah muncul kejahatan pada sesebuah kaum sehinggalah mereka melakukannya

secara terang-terangan melainkan akan merebak dalam kalangan mereka wabak taun serta penyakit-penyakit yang tidak pernah muncul dalam kalangan generasi sebelum mereka.

Riwayat Ibn Majah (4019)40

Setelah diteliti teks hadis tersebut di dalam kitab-kitab hadis yang dikaryakan oleh Imam al-Thabrani seperti al-Mu’jam al-Saghir, al-Mu’jam al-Awsath, dan al-Mu’jam al-Kabir, tidak dijumpai walau satu pun hadis yang menghampiri atau menepati teks yang terdapat di dalam hadis tersebut.

Demikian juga bahawa tidak terdapat sebarang hadis yang sahih lagi sarih menunjukkan bahawa perbuatan berwuduk menghalang wabak dan penyakit kepada

39 http://www.ikim.gov.my/new-wp/index.php/2019/07/15/habbatus-sauda-penawar-penyakit/ Sahih Muslim, Kitab Fadail, Hadis 2363

40Imam Al-Hakim al-Naisaburi mengatakan: داَنْس�ْ�ا حي�حَص ثي �دَح اَذَه ‘’hadis ini isnadnya sahih’’. Rujuk Al-Mustadrak ‘ala al-Sahihain, Al-Hakim (4/582). Imam al-Bushiri mengatakan bahawa: هب لمعلل حلاص ثيدح اذه bermaksud ‘’hadis ini

soleh (baik) untuk diamalkan’’. Rujuk Misbah al-Zujajah fi Zawaid Ibn Majah, Al-Bushiri (4/186). Syeikh Syu’aib al-Arna’uth pula menyatakan bahawa hadis ini hasan lighayrih. Rujuk Sunan Ibn Majah tahqiq Syu’aib al-Arnauth

(7)

265

seseorang yang melakukannya. Bahkan teks yang terdapat di dalam hadis tersebut jelas bercanggahan dengan hakikat yang berlaku apabila ia menyatakan bahawa umat Islam yang memelihara wuduk terhindar daripada wabak penyakit. Ini kerana, merujuk kepada hadis-hadis yang sahih, saat terjadinya wabak atau azab daripada Allah S.W.T kepada sesuatu kaum, maka ia turut menimpa golongan soleh dan orang beriman yang ada dalam kalangan mereka. Antaranya adalah sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ummu Salamah R. Anha beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :

َْلأا ِفِ ُءوُّسلا َرَهَظ اَذِإ

َعَ ن َلاَق ؟َنوُِلِاَص ْمِهيِف َناَك ْنِإَو ،َِّللَّا َلوُسَر َيَ :ُتْلُ ق ، ِضْرَْلأا ِلْهَِبَ ُهَسَْبَ َُّللَّا َلَزْ نَأ ِضْر

ْنِإَو ْم

َِّللَّا ِةََحََرِل َنوُعِجْرَ ي َُّثُ ،ُساَّنلا َباَصَأ اَم ْمُهُ بيِصُي ،َنوُِلِاَص مِهيِف َناَك

Maksudnya: Apabila munculnya kejahatan di atas muka bumi maka Allah akan menurun

azab-Nya kepada seluruh penduduk bumi. Aku (Ummu Salamah) bertanya: Sekalipun dalam kalangan mereka ada orang soleh? Maka Rasulullah S.A.W menjawab: Ya, meskipun dalam kalangan mereka ada orang soleh. Mereka ditimpa sepertimana yang ditimpa oleh orang ramai kemudian mereka kembali kepada rahmat Allah.

Riwayat Al-Thabrani dalam Mu’jam al-Awsath (2089) Hadis di atas jelas menunjukkan bahawa sekiranya azab Allah S.W.T menimpa sesuatu kaum, maka ia akan meliputi kesemua yang terdapat dalam kalangan tersebut sama ada terdapat di dalamnya orang soleh atau tidak41. Bahkan ini dikuatkan lagi

dengan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Umar R.A beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

َرَأ اَذِإ

ْمِِلِاَمْعَأ ىَلَع اوُثِعُب َُّثُ ْمِهيِف َناَك ْنَم ُباَذَعْلا َباَصَأ ًبااَذَع ٍمْوَقِب َُّللَّا َدا

Maksudnya: Apabila Allah mengkehendaki azab berlaku kepada sesuatu kaum, Allah akan

menimpakan azab kepada semua yang berada dalam kalangan mereka. Kemudian mereka akan dibangkitkan dengan amalan-amalan mereka.

Riwayat Muslim (2879) Syeikh Muhammad Al-Amin al-Harari al-Syafi’e dalam syarahan ke atas hadis ini berkata: “(Azab) akan meliputi kesemua yang berada dalam sesebuah kaum dari kalangan orang yang taat dan juga pelaku maksiat”. Begitu juga yang dinyatakan oleh Syeikh Abu Al-Abbas Ahmad bin Umar al-Qurthubi yang menyebut: “Allah akan 41

(8)

266

membinasakan kesemua mereka dengan azab yang Dia utuskan kepada mereka yang meliputi orang soleh dan juga orang jahat dari kalangan mereka. Adapun azab yang menimpa orang soleh maka itu bertujuan mengangkat darjatnya serta membanyakkan pahalanya kemudian dia akan dibangkitkan di atas niatnya yang soleh”.

Demikian juga dikuatkan dengan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Zainab binti Jahsy R. Anha beliau berkata:

َلاَق َنوُِلِاَّصلا اَنيِفَو ُكِلَْنََأ

ُثَبَْلْا َرُ ثَك اَذِإ ،ْمَعَ ن

Maksudnya: Adakah kami akan binasa dalam keadaan orang-orang soleh berada dalam kalangan

kami? Maka Rasulullah S.A.W menjawab: Ya, jika kejahatan semakin banyak.

Riwayat Al-Bukhari (7059) Larangan merentas negeri, daerah, larangan ke tempat perhimpunan, perlu penjarakan sosial dan lain-lain, kesemua ini ada dasar dan nasnya sepertimana sabda Nabi SAW:

اَذإ

ُهْنِم اًراَرِف اوُجُرَْتَ َلاَف اَِبُ ْمُتْ نَأَو ٍضْرَِبَ َعَقَو اَذِإَو ِهْيَلَع اوُمَدْقَ ت َلاَف ٍضْرَِبَ ِهِب ْمُتْعَِسَ

Ertinya:

Apabila kamu mendengarnya wabak di suatu tempat maka janganlah kamu pergi ketempat itu, dan apabila ia berlaku ditempat kamu maka janganlah kamu keluar lari daripadanya42.

Imam Tajuddin Al Subki berpendapat bahawa sekira kalau ada kemudharatan lebih daripada kemuslihatan maka boleh kita tingal perkara itu maka ia berkata dalam kitabnya:

لازي ررضلا

Maksudnya:

Kemudharatan handaklah dihilangkan43.

PENGENALAN HABBATUS SAUDA’

Habbatus Sauda’ atau nama saintifiknya Nigella Sativa umumnya sudah diketahui ramai

sebagai bijirin yang mampu merawat pelbagai jenis penyakit. Habbatus Sauda kaya dengan mineral, karbohidrat dan lemak yang bagus untuk kesihatan. Kandungan zatnya 42 Al-Bukhari, Muhammad ibn Ismail. 1422 (H). Sahih al-Bukhari. Hadith 5730, juz 14.

(9)

267

adalah karbohidrat sebanyak 38%, protein (21%) dan asid lemak (35-38%) dan mineral lain (6%). Mineral lain termasuklah tiamina, niasin, kalsium, asid folik, zink dan fosforus. Asid lemak terdiri daripada asid lemak tepu dan tidak tepu yang baik untuk kesihatan dan sistem keimunan badan.

Kehebatan jintan hitam ini sudah diakui sejak zaman-berzaman. Bahkan Nabi Muhammad S.A.W bersabda dalam hadisnya yang bermaksud:

“Gunalah habbatus sauda kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat yang menyembuhkan pelbagai penyakit kecuali ‘as sam’ (mati).”

Menurut kitab Kanun Perubatan Ibnu Sina, Habbatus Sauda didakwa bertindak balas terhadap tubuh badan manusia sebagai penyumbang tenaga dan membantu pemulihan tubuh badan daripada keletihan.

Berikut adalah antara kebaikan Habbatus Sauda kepada tubuh badan:- 1) Membantu melegakan batuk dan selsema

2) Membantu penghidap lelah dan masalah pernafasan 3) Memperbaiki dan memperkuatkan fungsi hati

4) Membantu mengawal darah tinggi dan ‘hypertension’ 5) Membantu merendahkan kolesterol

6) Membantu mengimbang aras insulin / gula dalam badan 7) Membantu melancarkan peredaran darah

8) Membantu meningkatkan penghasilan susu ibu 9) Sebagai anti-kanser / anti-oksidan

10) Sebagai anti-histamin / cegah alahan

11) Membantu memperkuatkan sistem imunisasi

Cara pengunaan Habbatus Sauda pula, sebaik – baiknya diamalkan mengambil lima hingga tujuh biji sehari. Sesuai dengan sunnah yang diajarkan oleh Rasulullah S.A.W.44

Kandungan bahan aktif fitokimia dalam habbatussauda

Dalam jurnal perubatan “Egyptian journal of Biochemistry & Molecular Biology” tahun 2010 telah mengkaji tentang kesan ‘anti kulat’ minyak habbatussauda secara mendalam tentang kandungan minyak habbatussauda iaitu ia mengandungi 3 bahan utama:

• Thymol

(10)

268 • Thymoquinone (TQ)

Tetrahydroquinone(THQ)

Kajian tersebut menunjukkan ketiga-tiga bahan ini mempunyai kesan 100% menentang 30 jenis kuman patogen. Kajian ini juga menunjukkan bahawa TQ (thymoquinone) adalah bahan anti kulat yang paling kuat melawan jangkitan kulat di kulit (dermatophyte) dan yis berbanding THQ dan Thymol. Manakala bahan thymol pula baik untuk kulapuk (mold) berbanding TQ dan THQ.

Kajian ini juga menunjukkan minyak habbatussauda mempunyai bahan fitokimia yang unik yang bersifat anti kulat dan fungal dan ahli sains sedang mengkaji keberkesanan minyak ini untuk melawan ‘kuman super’ (superbug) yang mampu melawan ubat antibiotik45.

(11)

269

MENANGANI SALAH FAHAM MASYARAKAT TERHADAP KELEBIHAN HABBATUS SAUDA’ UNTUK RAWATAN SEMUA PENYAKIT TERMASUK COVID 19

Pengamalan sunnah Nabi Muhammad SAW merupakan lambang keimanan seseorang Muslim. Sunnah baginda SAW diamalkan dengan keyakinan bahawa terdapatnya keberkatan dan manfaat yang dibawa oleh sunnah itu kepada kehidupan. Sunnah baginda SAW adalah elemen penting yang menjadi panduan dalam aspek kehidupan Muslim. Ia sesuai dengan sabda baginda SAW yang bermaksud, “Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara dan kamu tidak akan sesat selagi mana kamu berpegang dengannya iaitu kitab Allah (al-Quran) dan sunnah Nabi-Nya (sunnah Nabi SAW) (Riwayat Malik, Hadis 1594).”

Gaya hidup masyarakat Muslim banyak didorong oleh sunnah Nabi SAW. Sebagai contoh, ia dapat dilihat dalam aspek penjagaan kesihatan. Masyarakat Muslim banyak merujuk kepada sunnah baginda SAW dalam hal ehwal merawat penyakit kerana di samping dapat meraih pahala, ia turut membawa manfaat kesihatan. Umpamanya di Malaysia sekarang kita akan mendapati terdapat banyak iklan-iklan atau brosur sama ada dalam kertas atau internet, dalam whatsapps atau facebook, blog-blog dan lain-lain yang menjelaskan tentang kelebihan makanan berikut antaranya habbatus sauda’, madu asli, jus delima, buah tin atau jus, buah kurma, kismis minda dan lain-lain untuk menarik minat orang ramai dan untuk melariskan jualan tersebut.

Salah satu sunnah yang biasa dirujuk oleh masyarakat Muslim apabila mengalami masalah kesihatan ialah sunnah berkaitan habbatus sauda’. Maksud hadis berkaitan yang berbunyi: “Pada habbatus sauda itu ada penawar bagi segala penyakit kecuali mati46. Namun, kefahaman terhadap hadis tersebut perlulah melalui kaedah yang betul.

Salah faham berlaku apabila masyarakat memahami secara literal terhadap terjemahan hadis. Berlaku salah faham berhubung ungkapan “penawar segala penyakit” yang digunakan dalam hadis berkenaan sehingga masyarakat beranggapan bahawa habbatus sauda’ pengubat kepada segala penyakit kecuali mati (Mohamamad Mustaqim: 2019).

Namun, kefahaman terhadap hadis tersebut perlulah melalui kaedah yang betul. Salah faham berlaku apabila masyarakat memahami secara literal terhadap terjemahan hadis. Berlaku salah faham berhubung ungkapan “penawar segala penyakit” yang digunakan dalam hadis berkenaan sehingga masyarakat beranggapan bahawa habbatus sauda’ pengubat kepada segala penyakit kecuali mati.

46 Al-Bukhari, Muhammad bin Ismail, Sahih al-Bukhari, Kitab al-Tibb, hadis 5688; dan Muslim bin al-Hajjaj, Sahih Muslim, Kitab al-Salam, hadis 2215.

(12)

270

Hal ini menjadi lebih buruk apabila wujud pihak berkepentingan menggunakan kefahaman yang tidak tepat ini untuk melariskan penjualan habbatus sauda’dengan hujah produk kesihatan yang mengandungi habbatus sauda’ berupaya mengubati segala penyakit. Adalah penting untuk sekurang-kurangnya merujuk huraian tentang sesuatu hadis yang ditulis oleh alim ulama. Hal ini kerana keupayaan masyarakat awam untuk mentafsir sesuatu hadis dengan ruang lingkup ilmu yang dimiliki adalah terhad.

Dalam isu ini, adalah penting untuk sekurang-kurangnya merujuk huraian tentang sesuatu hadis yang ditulis oleh alim ulama. Hal ini kerana keupayaan masyarakat awam untuk mentafsir sesuatu hadis dengan ruang lingkup ilmu yang dimiliki adalah terhad. Rujukan kepada huraian ulama dapat mengelakkan daripada timbul tafsiran yang tidak tepat.

Ulama menghuraikan hadis berhubung habbatus sauda’ dengan menyatakan bahawa terdapat banyak manfaat pada habbatus sauda’ yang mampu mengubati penyakit-penyakit. Kitab Fathul Bari oleh Ibn Hajar al-Asqalani, iaitu huraian kepada Sahih Bukhari menyebutkan beberapa kegunaan habbatus sauda’ sebagai penawar. Antaranya ialah apabila ia dihancurkan menjadi serbuk dan dibalut dengan kain, kemudian dihidu aromanya, boleh membantu orang yang mengalami selsema akibat cuaca sejuk. Selain itu, turut disebutkan bahawa sekiranya habbatus sauda’ dimasak bersama-sama cuka, kemudian digunakan untuk berkumur, ia dapat membantu melegakan sakit gigi.

Menurut Ibn Hajar al-Asqalani dalam Kitab Fathul Bari, Syarah Sahih Bukhari bahawa Imam al-Khattabi menerangkan ungkapan “penawar segala penyakit” merupakan lafaz umum yang membawa maksud yang khusus. Penggunaan maksud yang khusus adalah tepat kerana menurut Imam al-Khattabi tidak ada satu pun tumbuhan yang diciptakan oleh Allah SWT di dunia ini yang terkumpul di dalamnya semua manfaat bagi tujuan perubatan47.

Kefahaman khusus yang sepatutnya diambil ialah habbatus sauda’ bermanfaat sebagai penawar bagi segala penyakit yang dilihat sesuai diubati dengannya. Ibn Hajar al-Asqalani dalam Fathul Bari dan Imam al-Nawawi dalam Syarah Al-Nawawi ‘ala Sahih

Muslim memperincikan dengan lebih lanjut tentang maksud “penyakit yang sesuai

diubati dengannya.” Ia bermaksud bahawa habbatus sauda’ secara khususnya sesuai untuk mengubati penyakit-penyakit yang timbul kerana cuaca sejuk dan tidak berkesan untuk penyakit-penyakit yang timbul disebabkan cuaca panas, misalnya. Pengkhususan keberkesanan habbatus sauda’ untuk penyakit-penyakit “sejuk” dan pengecualian 47 Ibn Hajar ‘Asqalani, Ahmad ibn ‘Ali, Fath Bari Syarh Sahih Bukhari, c. 2. Beirut: Dar Kutub al-‘Ilmiyyah, 1997.

(13)

271

keberkesanannya untuk penyakit-penyakit “panas” dalam penulisan ulama menunjukkan bahawa terdapat limitasi pada kegunaan habbatus sauda’. Sehubungan itu, kefahaman bahawa habbatus sauda’ adalah ubat kepada segala penyakit di dunia ini adalah tidak tepat.

Contoh-contoh kegunaan seperti dalam kitab syarah yang dinyatakan menunjukkan bahawa terdapat banyak manfaat kesihatan pada habbatus sauda’. Namun, ia tidak bermaksud habbatus sauda’ adalah ubat kepada semua penyakit di dunia ini. Dalam hal ini, terdapat beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian. Antaranya ialah mendalami dan memahami lafaz-lafaz yang digunakan dalam hadis berkenaan habbatus sauda’ ini berpandukan ilmu usul al-fiqh. Imam al-Nawawi turut menjelaskan bahawa penyakit-penyakit yang muncul akibat keadaan yang sejuk merupakan penyakit-penyakit yang biasa dalam kalangan masyarakat sekitar baginda SAW pada zaman itu. Kerana itulah hadis tentang habbatus sauda’ menggambarkan bahawa banyak manfaat boleh diperoleh daripadanya kerana ia berupaya mengubati pelbagai jenis penyakit yang biasa pada masa tersebut.

Tidak dapat dinafikan bahawa sememangnya habbatus sauda’ mempunyai faedah yang banyak. Baginda SAW menyebutkan tentang kebaikannya dalam sunnah baginda adalah untuk manfaat awam. Kajian saintifik pada masa kini juga menunjukkan terdapat potensi-potensi kegunaan habbatus sauda’ sebagai ubat untuk masalah-masalah kesihatan yang tertentu.

Meskipun banyak manfaatnya, masyarakat awam tidak boleh mengambil kefahaman bahawa habbatus sauda’ adalah ubat kepada segala macam penyakit di dunia ini secara literal kerana ia adalah kefahaman yang tidak tepat.

Rawatan Untuk COVID 19

Pada asasnya, sehingga kini tiada rawatan khusus atau ubat antivirus untuk jangkitan COVID-19. Rawatan diberikan hanya untuk mengurangkan gejala yang dialami pesakit. Walau bagaimana pun, bekalan ubat Klorokuin, Hidroksiklorokuin dan kombinasi Lopinavir/Ritonavir sedia ada di Malaysia yang digunakan untuk merawat penyakit lain, boleh digunakan dalam rawatan COVID-1948.

Ketua Pengarah Kesihatan TanSri Dr Noor Hisham Abdullah berkata semakan pangkalan data produk berdaftar Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA)

(14)

272

Kementerian Kesihatan (KKM) mendapati tiga jenis ubat itu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah.

Beliau berkata bekalan ubat-ubatan yang perlu diimport seperti Favipiravir dan Remdesivir (ubat antiviral) akan sentiasa dimudah cara oleh KKM bagi kegunaan rawatan COVID-19.

"Bagi ubat kajian Remdesivir, Malaysia telah dipilih oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk terlibat dalam kajian klinikal 'Multicenter Adaptive Solidarity trial - COVID-19' yang mana ubat kajian tersebut akan digunakan.

"NPRA akan menyediakan laluan 'expedited review' untuk membawa masuk produk kajian klinikal ini ke Malaysia secepat mungkin manakala bagi ubat Favipiravir, KKM sedang berusaha mendapatkan ubat tersebut daripada pembekal," katanya menerusi hantaran di Facebook beliau malam tadi49.

Malaysia setakat ini kekal menggunakan ubat anti-malaria 'hydroxychloroquine' bagi merawat pesakit COVID-19 walaupun Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menghentikan sementara ujian klinikal terhadap ubat tersebut.

Bagaimanapun, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) sentiasa memantau penggunaan ubat tersebut termasuk kesan sampingan kepada pesakit.

Jelasnya, ubat anti radang tersebut telah digunakan sejak 40 tahun lalu bagi merawat penyakit malaria, dan mengakui ia mempunyai kesan sampingan termasuk pada denyutan jantung, dan mata.

“Ubat tersebut adalah ubat antiradang, jadi kalau kita menggunakan pada peringkat awal, kita dapat mencegah iaitu penyakit melarat kepada peringkat keempat dan kelima dan itu pandangan daripada pakar-pakar kita50.

PENUTUP

49 https://www.astroawani.com/berita-malaysia/tiga-jenis-ubat-boleh-diguna-rawat-covid19-kp-kesihatan-235763

50 https://www.astroawani.com/berita-malaysia/covid19-malaysia-masih-guna-ubat-hydroxychloroquine-untuk-rawat-pesakit-244410

(15)

273

Justeru, SOP Covid-19 seperti rawatan pemulihan dan lain-lain sangat penting diamalkan berdasarkan suruhan daripada Rasulullah SAW supaya menjauhi daripada penyakit kusta dan sopak agar tidak berjangkit kepada orang lain yang masih sihat. Termasuk juga Rasulullah SAW melarang kita daripada memasuki daerah atau negara yang dilanda wabak penyakit berjangkit atau lari daripadanya. Ini menunjukkan penjarakan yang jauh antara satu sama lain boleh membendung penularan penyakit berjangkit seperti Covid-19 dan seumpama dengannya. Walaupun Rasulullah SAW tidak menyatakan berapa jauh jaraknya sama ada jarak minimum dan sebagainya, kita boleh mengamalkan suruhan tersebut dengan mengggabungkan cadangan daripada para pakar perubatan yang mana jarak sosial yang dicadangkan ialah sekurang-kurangnya satu meter, manakala lebih dari itu adalah lebih utama. Ini bagi membendung wabak Covid-19 dari terus berjangkit dengan lebih meluas kepada masyarakat yang masih sihat dan perkara ini sangatlah penting terutama sekali melibatkan warga emas, kanak-kanak atau mereka yang mempunyai penyakit-penyakit yang lain seperti darah tinggi, kencing manis dan lain-lain daripada penyakit kronik kerana mereka sangat mudah terkesan dengan penularan wabak Covid 19 ini.

Masyarakat tidak dihalang daripada berikhtiar untuk berubat dengan menggunakan habbatus sauda’ terutamanya apabila mengikut kadar tertentu dan menggunakan cara tertentu bagi mengubati sesuatu penyakit tertentu seperti yang pernah diamalkan suatu masa dahulu.

BIBLIOGRAFI

‘Abbas Mutawalli, al-Sunnah al-Nabawiyyah wa Makanatuha fi al-Tasyri‘. T.t. dan t.t.p. Abu Dawud, Sulayman ibn Asy‘ath, Sunan Abu Dawud. Beirut: Dar Ihya’ Sunnah

al-Nabawiyyah, t.t.

Al-Bukhari, Abu ‘Abd Allah Muhammd ibn Isma‘il al-Bukhari, “Sahih al-Bukhari,” dalam Mawsu‘ah al-Hadith al-Syarif: al-Kutub al-Sittah, ed. Salih ibn ‘Abd al-‘Aziz Al al-Shaykh. Riyadh: Dar al-Salam, 2000.

Chodijah, Medina,Nurjannah, Dian Siti, Yuliyanti, Ai Yeni, Kamba, M Karya Tulis Ilmiah LPPM UIN Sunan Gunung Djati Bandung 2020

(16)

274

Noriha Basir et.al., Analisis Tingkah Laku Sosiologi Masyarakat Berasaskan Teori Interaksionisme Melalui Perangkaan Data Kes Covid-19 di Malaysia, dalam PENDETA Journal of Malay Language, Education and Literature Jilid 11 Edisi Khas, 2020 / ISSN 1823-6812 (11-31), Universiti Malaysia Perlis, Kangar, Perlis, Malaysia Ibn Hajar al-‘Asqalani, Ahmad ibn ‘Ali, Fath al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari, c. 2. Beirut: Dar

al-Kutub al-‘Ilmiyyah, 1997.

Ibn Majah, Muhammad ibn Yazid Qazwini, Sunan Ibn Majah. Al-Qahirah: Dar al-Hadith, 1994.

Muslim, Abu Husayn Muslim ibn Hajjaj, “Sahih Muslim,” dalam Mawsu‘ah

al-Hadith al-Sharif: al-Kutub al-Sittah, ed. Salih ibn ‘Abd al-‘Aziz Al al-Shaykh. Riyadh:

Dar al-Salam, 2000.

Tajuddin al-Subki, 1991. al-Asybah wan-Nazha-ir, Darul Kutub al Ilmiah, juz 1, h 51. Muslim, Muslim bin al-Hajjaj. T.t. Sahih Muslim Kitab al-Salam. Bab La ‘Adwa Wa La

Thiyarah Wa La Hamah Wa Sofar Wa La Nau’ Wa La Ghaul Wa La Yuridu Mumrid ‘ala Musih.

Nik Mohd Nabil Ibrahim@Nik Hanafi et.al., Analisis Hadith Penyakit Berjangkit: Mendepani Cabaran Pasca Moden, Isu 1080, Persidangan Antarabangsa Pengajian Islamiyyat Kali Ke-3 (Irsyad2017) 3 Rd International Conference in Islamiyyat Studies (IRSYAD2017), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, h. 651. Berita»Nasional, https://www.bharian.com https://ms.wikipedia.org/wiki/Perintah_Kawalan_Pergerakan_Malaysia_2020 https://www.pmo.gov.my/2020/03/kenyatan-media-mkn-18-mac-2020/ https://kpkesihatan.com/2020/07/05/ https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-al-hadith/4351-irsyad-al-hadith-siri-ke-489-status-hadis-berwuduk-menghindarkan-penyakit-dan-wabak http://inhad.kuis.edu.my/2020/03/22/pencerahan-hadis-wujud-penyakit-berjangkit/

Referensi

Dokumen terkait

Untuk kelompok suku kata berawalan konsonan /V/, data tingkat keberhasilan terdapat pada tabel 2, pembobotan yang terdapat dari konsonan tersebut dapat diketahui

Memastikan staf akademik dan staf pengurusan diberi taklimat berkenaan langkah pencegahan penularan wabak COVID-19 oleh UNIMAS COVID-19 Task Force yang perlu dibuat sebelum,

Kajian dasar mengenai kesan jerebu dalam mengatasi pencemaran udara dijalankan dengan memilih kawasan Kucing sebagai kawasan kajian memandangkan kawasan ini

Judul : Peran Perwakilan Ombudsman Republik Indonesia Provinsi Bali Dalam Pengawasan Penyelenggaraan Pelayanan Publik (Studi Kasus: Pelayanan Publik Bidang Pendidikan di

LPTK PENYELENGGARA : IAIN SUMATERA UTARA

Kajian yang dijalankan dalam populasi di Malaysia berhubung impak wabak COVID-19 terhadap kesihatan mental telah dijalankan oleh Hemavathi et al., (2020) pula

Pemahaman tentang protokol kesehatan dalam pandemi COVID-19 merupakan salah satu cara untuk memulihkan kesehatan masyarakat dan kondisi ekonomi global. Pemahaman ini dapat

“Mengingat wabah Covid-19 yang sampai saat ini masih tinggi dan Kota Medan masih dalam status Level 4, masyarakat Kota Medam diharap- kan dapat meningkatkan kesadaran dan kepa- tuhan