• Tidak ada hasil yang ditemukan

siasatan dalaman

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "siasatan dalaman"

Copied!
47
0
0

Teks penuh

(1)
(2)

SESI SIASATAN DALAMAN

RATIONAL

Di dalam mana-mana Siasatan Dalaman Disiplin (Domestic Inquiry),

Pegawai Pendakwa memainkan peranan penting . Ianya ibarat watak

utama atau master mind bagi memastikan Siasatan Dalam berjalan dengan

lancar dan mengikut peraturan. Kejayaan majikan di dalam sesi ini amat

bergantung kepada persediaan Pegawai Pendakwa dan kemahirannya di

dalam pemeriksaan utama, pemeriksaan balas dan pemerksaan semula.

Bukan itu sahaja Pegawai Pendakwa juga perlu mahir di dala siasatan dan

menyedia / memahami tuduhan

(3)

PROSES PENGENDALIAN

SESI SIASATAN DALAMAN

OBJEKTIF

Di akhir kursus ini, para peserta akan dapat:

Memahami tentang kenapa pekerja perlu di disiplinkan , prosedurnya dan

jika gagal meneruskan proses disiplin seterusnya iaitu prosedur disiplin

besar.

Mempelajari proses melaksanakan siasatan yang kompprehensif dan

teknik-teknik mencadangkan tuduhan-tuduhan salahlaku yang tepat dan sesuai.

Mengetahui tentang prosedur Siasatan Dalaman dan cara-cara

melaksanakannya.

Mempunyai kemahiran didalam membuat pemeriksaan utama, pemeriksaan

balas dan pemeriksaan semula.

Memahami akan cara-cara membuat penghujahan lisan dan penghujahan

balas

(4)

PROSES PENGENDALIAN

SESI SIASATAN DALAMAN

Salahlaku

Siasatan Salahlaku

Menyediakan Tuduhan / Memahami Tuduhan

Siasatan Dalaman Disiplin (SDD) / Domestic Inquiry

Examination in chief (Pemeriksaan Utama)

Cross-Examination (Pemeriksaan Balas)

Re Examination (Pemeriksaan Semula)

Submission (Penghujahan akhir)

(5)

PROSES PENGENDALIAN

SESI SIASATAN DALAMAN

Salahlaku Ringan

Salahlaku ringan merupakan kesalahan oleh seorang pekerja ; kelakuan

yang tidak betul tetapi tidak begitu serius untuk dikenakan hukuman yang

berat. Tidak semua salahlaku pekerja patut mendapat pemecatan. Pihak

Mahkamah harap majikan berpatutan. Mahkamah suka mengatakan

bahawa pekerja bukan malaikat. Mereka mungkin bersalah tetapi sekiranya

mereka dihukum, mereka mungkin akan menunjukkan kelakuan yang lebih

baik dan tidak akan ulangkan salahlaku mereka.

Sekiranya pekerja membuat salahlaku ringan dan dihukum kerananya,

tetapi kemudian mengulangi salahlaku yang sama, kelakuan yang tidak

boleh diterima ini akan menjadi lebih serius dan beliau patut terima

hukuman yang lebih berat. Jika beliau masih juga mengulangi salahlaku itu,

pemecatan sahajalah mungkin penyelesaiannya kerana jelas menunjukkan

bahawa beliau tidak mendapat pengajaran daripada tindakan-tindakan

yang diambil.

(6)

PROSES PENGENDALIAN

SESI SIASATAN DALAMAN

Menentukan Sama Ada Buatan Salahlaku itu Ringan atau Serius

Sama ada satu buatan salahlaku dianggap ringan atau serius bergantung

kepada jenis kerja yang pekerja buat dan jenis industri. Anda patut adakan

sesi bersama dengan pengurus kanan anda, periksa peraturan syarikat dan

tentukan sama ada setiap contoh salahlaku itu ringan atau serius. Adalah

mustahil untuk menyediakan satu senarai buatan salahlaku yang ringan

yang berkait dengan semua industri dan pekerjaan.

(7)

PROSES PENGENDALIAN

SESI SIASATAN DALAMAN

Berikut adalah beberapa cadangan mengenai kelakuan yang dianggap

salahlaku ringan:

1. Merokok di dalam premis di mana ada peraturan melarang merokok –

biasanya adalah salahlaku ringan, melainkan merokok itu berlaku di tempat

yang sangat merbahaya, mungkin senang terbakar disebabkan oleh rokok

yang menyala (seperti dekat dengan bahan mudah terbakar)

2. Tidak hadir untuk satu atau dua hari bekerja tanpa izin – manakala tidak

hadir selama 3 hari atau lebih tanpa kebenaran boleh dianggap sebagai

salahlaku serius

3. Sampai lewat di tempat kerja atau pulang awal

4. Tidak berada di stesyen kerja pekerja semasa waktu kerja

5. Menggunakan bahasa kurang sopan kepada rakan sekerja

(8)

PROSES PENGENDALIAN

SESI SIASATAN DALAMAN

Mengambil Tindakan ke atas Salahlaku Ringan

 Dalam kes-kes di mana pekerja membuat salahlaku ringan pihak penyelia patut diberi kuasa

untuk mengambil tindakan ke atas pekerja berkenaan. Mereka mesti dilatih untuk tugas ini supaya mereka tahu apa yang perlu dilakukan dan bagaimana untuk lakukannya. Mereka mesti tahu apakah hukuman yang boleh di kenakan.

Amaran Lisan

 Hukuman yang biasa dikenakan untuk salahlaku ringan adalah amaran. Kali pertama seorang

pekerja membuat salahlaku ringan, beliau patut diberi amaran lisan. Ini bermakna penyelia beliau mesti:

 1. Tanya beliau sama ada beliau mempunyai penjelasan mengenai kelakuan beliau  2. Ingatkan beliau bahawa kelakuan tersebut tidak dapat diterima, dan

 3. Beri amaran kepada beliau supaya tidak mengulangi salahlaku tersebut atau salahlaku yang

lain

 Amaran ini, sungguh pun ia adalah amaran lisan, mesti direkodkan oleh penyelia. Sekiranya tidak,

beliau tidak akan ingat sama ada beliau telah keluarkan apa-apa amaran sebelumnya. Pihak penyelia mesti simpan nota bertulis, dan bertarikh, menyatakan jenis salahlaku dan sebarang komen atau keterangan yang diberi oleh pekerja kepada beliau.

(9)

PROSES PENGENDALIAN

SESI SIASATAN DALAMAN

Amaran Bertulis

 Sekiranya seorang pekerja mengulangi perbuatan salahlaku di mana amaran lisan telah diberi

kepadanya, amaran bertulis mesti dikeluarkan. Amaran bertulis boleh diberi dalam bentuk surat biasa kepada pekerja. Surat amaran patut ditandatangani oleh penyelia pekerja berkenaan, dengan salinan kepada pegawai HR supaya satu salinan dimasukkan ke dalam fail peribadi pekerja.

 Kandungan surat amaran adalah:

 1. Satu kenyataan menerangkan salahlaku yang dibuat oleh pekerja  2. Masa, tarikh dan tempat di mana kelakuan salahlaku dibuat

 3. Rujukan kepada polisi atau peraturan syarikat yang telah dilanggar  4. Rujukan kepada amaran terdahulu yang diberi (lisan atau bertulis)

 5. Satu peringatan bahawa peraturan organisasi telah diberi kepada pekerja dan beliau telah

setuju mematuhinya

 6. Satu kenyataan bahawa sekiranya pekerja mengulangi perbuatan salahlaku atau mana-mana

(10)

PROSES PENGENDALIAN

SESI SIASATAN DALAMAN

 Sebelum amaran bertulis dikeluarkan, adalah penting pengurus semak semua fakta untuk

mempastikan pekerja betul-betul telah melakukan kesalahan.

 Ia dianggap sebagai amalan yang adil bagi pihak majikan mengeluarkan sehingga tiga amaran

bertulis sebelum penalti yang lebih berat dipertimbangkan. Apabila surat amaran dikeluarkan, pekerja berkenaan mesti tandatangan satu salinan menunjukkan bahawa beliau telah terima surat itu. Sekiranya beliau enggan menandatangan penerimaan surat itu (ini adalah kelakuan mengingkari perintah), penyelia beliau patut bacakan surat itu kepada beliau di hadapan seorang pengurus yang akan tandatangan surat sebagai saksi bahawa ia telah dibacakan kepada pekerja tersebut.

(11)

PROSES PENGENDALIAN

SESI SIASATAN DALAMAN

Salahlaku Serius

 Sekiranya seorang pekerja disyaki melakukan satu perbuatan salahlaku yang serius, atau jika

beliau telah diberi amaran terakhir kerana melakukan perbuatan salahlaku ringan beberapa kali, satu prosedur yang berbeza daripada yang digariskan di atas perlu diikuti.

 Prosedur untuk diikuti apabila seorang pekerja dituduh melakukan perbuatan salahlaku serius

adalah seperti berikut:

(12)

PROSES PENGENDALIAN

SESI SIASATAN DALAMAN

Menyiasat

 Sebelum mengenakan apa-apa penalti ke atas pekerja kerana perbuatan salahlaku serius,

keperluan pertama adalah menjalankan penyiasatan teliti. Siapa yang layak sekali untuk

menjalankan penyiasatan bergantung kepada jenis tuduhan ke atas pekerja tersebut. Misalnya, salahlaku yang melibatkan wang organisasi patut disiasat oleh pegawai audit, sekiranya wujud dalam syarikat anda. Kecurian atau berkelahi mungkin boleh disiasat oleh pegawai sekuriti; ketidakhadiran biasanya disiasat oleh HR dan seterusnya.

 Penyiasatan mesti menjawab soalan berikut:  1. Salahlaku apa yang telah dilakukan?

 2. Peraturan atau polisi apa yang dilanggar?  3. Siapa yang terlibat?

 4. Bila dan di mana salahlaku terjadi?

 5. Bukti apa yang menunjukkan kesalahan telah berlaku? Adakah saksi, gambar atau dokumen

(13)

PROSES PENGENDALIAN

SESI SIASATAN DALAMAN

1.Menyiasat2.Persiapan untuk siasatan dalaman3.Menjalankan siasatan dalaman 4.Tindakan susulan

 Adalah tersangat penting supaya ada bukti yang mencukupi bahawa pekerja tersebut telah

melakukan perbuatan salahlaku. Sekiranya beliau dituduh oleh seorang, sedangkan beliau tidak mengaku bersalah dan tidak ada bukti bebas yang lain untuk menunjukkan beliau bersalah, maka kes tersebut tidak boleh diteruskan.

Surat Tunjuk Sebab

 Ia adalah satu amalan yang wajar untuk mengeluarkan satu surat tunjuk sebab kepada pekerja

yang dituduh, sama ada di awal penyiasatan atau selepas penyiasatan awalan tamat. Surat

tunjuk sebab akan senaraikan tuduhan-tuduhan keatas beliau dan mengarahkan beliau menjawab tuduhan tersebut sebelum tarikh tertentu, biasanya dalam tempoh 3-5 hari.

(14)

PROSES PENGENDALIAN

SESI SIASATAN DALAMAN

Penggantungan

 Semasa penyiasatan ke atas tuduhan salahlaku, pihak majikan berhak untuk menggantung

pekerja berkenaan. Hak pekerja bergantung sama ada beliau dilindungi oleh Akta Pekerjaan atau tidak, seperti diterangkan dalam Ruang bertajuk PERSEKITARAN PERUNDANGAN DALAM

PEKERJAAN.

 Pekerja yang berada dalam skop Akta Pekerjaan boleh digantung kerja dengan mendapat

separuh gaji, sehingga dua minggu semasa beliau disiasat kerana disyaki bersabit dengan

salahlaku. Sekiranya dengan sebab apa sekali pun, penyiasatan mengambil masa lebih daripada 2 minggu, penggantungan pekerja boleh dipanjangkan tetapi beliau mesti dibayar gaji penuh.

Jikalau diputuskan bahawa tidak ada bukti yang kukuh bahawa pekerja bersalah, atau jikalau beliau didapati tidak bersalah oleh panel siasatan dalaman, separuh gaji yang ditahan mesti dibayar kepada beliau.

 Sekiranya seorang pekerja yang dituduh membuat salahlaku tidak dilindungi oleh Akta Pekerjaan,

beliau masih boleh digantung kerja semasa penyiasatan, tetapi beliau mesti dibayar gaji penuh dalam tempoh tersebut.

(15)

PROSES PENGENDALIAN

SESI SIASATAN DALAMAN

Persiapan untuk Siasatan Dalaman

 Sekiranya satu penyiasatan mendedahkan bukti bahawa pekerja itu bersalah, satu siasatan

dalaman mesti diadakan. Persiapan yang diperlukan untuk siasatan dalaman termasuk:

 Lantik seorang Pendakwa  •Lantik Panel Siasatan

 Sediakan Bilik Siasatan Dalaman  •Lantik seorang Setiausaha

 Keluarkan Notis Siasatan & Tuduhan kepada Pekerja

 Siasatan dalaman (Domestic inquiry atau DI) ialah satu perbicaraan dalaman untuk menentukan

sama ada pekerja yang dituduh membuat salahlaku bersalah atau tidak. Pihak majikan mesti melantik seorang pendakwa daripada kalangan eksekutif kanan. Pendakwa mewakili syarikat. Peranan beliau ialah untuk membuktikan kepada ahli DI bahawa pekerja yang dituduh adalah bersalah.

(16)

PROSES PENGENDALIAN

SESI SIASATAN DALAMAN

Panel DI, biasanya mengandungi 3 orang ahli termasuk seorang pengerusi, dikehendaki mendengar

kenyataan yang dibentang oleh pendakwa dan apa-apa keterangan oleh tertuduh, dan ambil

 keputusan sama ada tertuduh bersalah atau tidak ke atas tuduhan terhadapnya.

Sekurang-kurangnya seorang eksekutif atau pengurus kanan patut dilantik sebagai ahli panel bersama dua orang yang lain.

Sebuah bilik yang sesuai patut ditempah untuk DI.

Seorang setiausaha mesti dilantik. Setiausaha diperlukan untuk merekod kata demi kata

perjalanan DI, iaitu menulis semua yang dikatakan semasa DI, yang dikendalikan mengikuti format soal dan jawab.

Satu notis mesti disampaikan kepada pekerja berkenaan memberitahu beliau bila dan mana

siasatan akan diadakan. Bersama-sama dengan notis tersebut, tuduhan ke atas pekerja tersebut akan disertakan.

(17)

PROSES PENGENDALIAN

SESI SIASATAN DALAMAN

Menjalankan Siasatan Dalaman

 Siasatan dalaman (DI) tidak perlu merumitkan atau terlalu formal. Walau bagaimanapun,

sekiranya seorang pengurus kanan dituduh membuat salahlaku, mungkin elok dapatkan nasihat daripada pihak perunding atau daripada seorang peguam. Jikalau staf HR belum pernah

menghadiri DI, mereka patut ikuti satu program latihan mengenai topik ini. Pihak penyedia latihan ada menawarkan banyak latihan seumpamanya.

(18)

GARIS PANDUAN TAMBAHAN MENGENAI SIASATAN DALAMAN

Tiada mana-mana pihak dibenarkan membuat ucapan semasa DI, melainkan

semasa penggulungan akhir.

Pastikan rekod kata demi kata dibuat. Jangan bergantung kepada rakaman pita. Benarkan tertuduh membaca mana-mana dokumen yang dibentangkan sebagai

bukti menuduh beliau

 1. Pengerusi panel siasatan, yang bertanggungjawab mempastikan DI dilaksanakan dengan licin,

semak siapa yang hadir dan buat pengenalan jika perlu. Beliau terangkan tujuan DI kepada tertuduh dan menggariskan beberapa peraturan bagaimana DI akan dijalankan.

 2. Pendakwa (atau Pengerusi panel siasatan) bacakan tuduhan kepada pekerja tersebut dan

minta sama ada beliau mengaku salah atau tidak bersalah.

 3. Sekiranya pekerja mengaku tidak bersalah, Pendakwa, yang mewakili majikan, akan mulakan

kes dengan memanggil saksi beliau yang pertama. Soalan akan ditanya dan pihak saksi mesti menjawab.

 4. Apabila Pendakwa telah tamat menyoal saksi pertama, tertuduh dibenarkan menyoal balas

saksi tersebut, iaitu bertanya soalan kepada beliau.

 5. Pendakwa mungkin ingin menyoal semula, atau bertanya soalan tambahan kepada saksi untuk

menjelaskan beberapa perkara. Sesudah itu, saksi lain akan dipanggil.

 6. Proses memanggil saksi untuk disoal, soal balas dan soal semula akan berterusan sehingga

(19)

 7. Sebaik sahaja Pendakwa habis memanggil saksi-saksi beliau, pekerja yang dituduh boleh

panggil saksi dia, jika ada, dan proses yang sama akan diulang tetapi terbalik.

 8. Sebaik sahaja pekerja habis dengan saksi-saksinya, kedua-dua Pendakwa dan pekerja boleh

membuat penggulungan akhir mengenai bukti-bukti mereka.

 9. Selepas penyerahan terakhir, panel siasatan akan adakan perbincangan bersama untuk

membuat keputusan sama ada pekerja berkenaan bersalah atau tidak bersalah ke atas tuduhan-tuduhan yang dibuat terhadap beliau. Mereka akan tulis satu laporan mengenai keputusan

mereka dan serahkan laporan itu kepada pengurus yang melantik mereka.

 Berikut adalah berberapa garis panduan mengenai isu-isu biasa berhubung dengan pengendalian

DI.

 Staf HR tidak boleh dilantik sebagai ahli panel DI. Mereka boleh menjadi Pendakwa atau

Setiausaha.

 Ahli-ahli panel DI, seboleh-bolehnya, orang yang berkecuali dan tidak terlibat secara langsung

sama sekali dengan kes berkenaan.

 Sekiranya pekerja tersebut gagal untuk hadir DI, tangguhkannya dan cuba dapatkan sebab

kenapa dia tidak hadir. Tetapkan tarikh baru untuk DI setelah memberitahu pekerja mengenainya. Jika dia masih tidak hadir, siasatan dalaman akan dijalankan tanpa dia.

 Panel DI tidak sepatutnya diberi taklimat atau diberi maklumat mengenai kes terlebih dahulu.  Tertuduh tidak berhak untuk diwakili oleh peguam semasa DI. Jangan benarkan ini. Sekiranya

dia ahli kesatuan sekerja, dia berhak untuk diwakili oleh seorang pegawai kesatuan.

(20)

 Sekiranya ada pihak, termasuk pekerja yang dituduh berkelakuan penuh emosi semasa DI,

perbicaraan patut berhenti rehat.

 Panel DI tidak boleh menyoal pekerja yang dituduh. Peranan mereka adalah mendengar

kenyataan yang diberi dan menilainya.

Tindakan Susulan

 Selepas DI dijalankan, beberapa tindakan perlu diambil termasuk:

 1. Sekiranya panel DI mendapati bahawa pekerja bersalah, pihak pengurusan atasan syarikat

mesti tentukan penalti yang sesuai. Pilihan penalti adalah turun pangkat, penggantungan kerja tanpa gaji (untuk maksimum 14 hari), atau pemecatan. Penalti mesti sepadan dengan salahlaku tersebut.

 2. Pekerja tersebut mesti dimaklumkan mengenai hasil proses DI. Sekiranya beliau didapati tidak

(21)

PROSES PENGENDALIAN

SESI SIASATAN DALAMAN

1.1

Sesi Siasatan Dalaman dijalankan apabila pihak Syarikat , berdasarkan

kepada siasatan awalan yang dijalankan, berpendapat bahawa

seseorang pekerja telah melakukan salah laku yang serius.

Semasa sesi SiasatanDalaman, pekerja terbabit yang dikenali sebagai

Tertuduh akan didakwa terhadap salah laku yang dipercayai telah

dilakukan. Pembentangan kes akan dijalankan oleh pegawai yang

dilantik oleh Syarikat yang dikenali sebagai Pegawai Pembentang Kes.

(22)

1.2 Panel Siasatan Dalaman merupakan pihak ketiga yang

dipertanggungjawabkan untuk mendengar pembentangan kes oleh

Pegawai Pembentang Kes dan juga pembelaan daripada Tertuduh

Seterusnya, Panel Siasatan akan membuat keputusan samada Tertuduh

Bersalah atau tidak terhadap dakwaan yang dikemukakan.

1.3 Panel Siasatan ini terdiri daripada seorang Pengerusi dan dua orang

ahli Panel lain.

(23)

Job-worth and Market-Driven

Approaches

 1.4 Pada dasarnya, tujuan Siasatan Dalaman diadakan adalah untuk;  -Mencari kebenaran

 -Menegak kebenaran

 -Untuk menentukan samada kebenaran tersebut menyokong

 perlakuan yang dilakukan oleh Tertuduh samada salah atau betul.

-Menentukan siapa yang melakukan salah laku tersebut.

-Menambil kira faktor-faktor

yang boleh meringankan

hukuman

(24)

1.5 Untuk mencapai tujuan Siasatan Dalaman, Panel Siasatan hendaklah;

-menjalankannya dengan semangat yang adil dan berhati murni.

-Memberi Tertuduh peluang yang secukupnya untuk membela diri dan

memperdengarkan hujahnya.

-Meneliti setiap dokumen yang dikemukakan oleh kedua-dua pihak

sebagai

bahan bukti.

-Tidak menyebelahi mana-mana pihak dan hanya berpandukan

kepada

fakta-fakta yang dinyatakan dalam sesi tersebut.

(25)

2.0 PERMULAAN SIASATAN DALAMAN

2.1 Sebelum memulakan suatu Siasatan Dalaman secara rasminya,

Pengerusi

hendaklah memastikan bahawa semua ahli Panel telah hadir dan

memastikan bahawa Tetuduh, Pegawai Pembentang Kes dan pencatat minit

juga telah berada

di tempat yang diteteapkan. Lampiran 1 adalah contoh kedudukan sesi

Siasatan Dalaman.Pengerusi juga perlu memastikan bahawa keadaaan

tenang sebelum Siasatan tersebut dimulakan.

(26)

2.2 Pengerusi perlu memulakan siasatan tersebut dengan memperkenalkan diri

selaku Pengerusi dan ahli Panel, dan seterusnya menyatakan tujuan siasatan pada

hari tersebut. Contoh pengenalan adalah seperti berikut.

“Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera. Saya, (nama Pengerusi) selaku

Pengerusi siasatan padahari ini, dan akan di Bantu oleh dua ahli Panel iaitu En

(nama) dan En (nama). Tujuan kita mengadakan Sesi Siasatan Dalaman pada hari ini adalah untuk mendengar kes terhadap (nama Tertuduh) yang telah dituduh

(27)

Collecting and Analyzing

Labor-Market Data

2.3 Pengerusi seterusnya, hendaklah bertanya kepada Tertuduh , samada beliau

mempunyai apa-apa bantahan terhadap perkara-perkara berikut;

-Pemilihan Panel Siasatan

-Tempat/ Masa siasatan tersebut dijalankan.

Contoh penyataan adalah seperti berikut;

“Sebelum saya mulakan Siasatan Dalaman pada hari ini, saya ingin

bertanya Tertuduh samada anda mempunyai apa-apa bantahan

terhadapperlantikan kami selaku Panel pada hari ini dan juga apa-apa

bantahan terhadap tempat dan masa Siasatan Dalaman ini dijalankan.

Sekiranya anda mempunyai sebarang bantahan sila nyatakan sekarang

berserta sebab-sebab atau alasan anda membuat bantahan tersebut.

Sekiranya tiada bantahan yang dibuat kita akan teruskan siasatan ini”

(28)

Decide on Survey Source(s)

Sekiranya ada bantahan yang dibuat, Pengerusi hendaklah eminta Tertuduh

memberikan penjelasanterhadap sebab atau asas bantahan tersebut dibuat

dan seterusnya berbincangbersama ahli Panel yang lain. Pengerusi boleh

juga meminta pendapat Pegawai Pembentang Kes dan pemerhati Syarikat

sebelum membuat sebarang keputusan. Selepas perbincangan Pengerusi

boleh membuat keputusan-keputusan berikut;

-meneruskan juga siastan Menangguhkan siasatan ke suatu tarikh yang

lain.

-Menangguhkan seketika siasatan bagi mendapatkan pendapat dari

pihak-pihak yang lain.

(29)

Decide on Survey Source(s)

2.4 Sekiranya tiada apa-apa bantahan yang dibuat, Pengerusi

bolehlah meneruskan sesi Siasatan Dalaman tersebut dengan

memulakan pembacaan

pertuduhan-pertuduhan.Pertuduhan-pertuduhan adaterdapat di surat “Notis Siasatan Dalaman”

yang diserahkan kepada Panel.

(30)

Characteristics of Good Salary

Surveys

3.0 PEMBACAAN PERTUDUHAN

3.1 Pembacaan pertuduhan hendaklah dibuat dengan jelas dan terang supaya

ianya mudah difahami oleh Tertuduh. Selepas setiap pembacaan pertuduhan,

Pengerusi hendaklah bertanyakan kepada Tertuduh samada ia mengaku bersalah

atau tidak. Contoh pembacaan pertuduhan adalah seperti berikut;

“En (Tertuduh), saya akan bacakan pertuduhan satu persatu dan

anda hendaklah menjawab samada anda mengaku bersalah atautidak

terhadap pertuduhan apabila saya selesai membaca setiap satu

pertuduhan.

Tuduhan pertama…(rujuk kepada pertuduhan)

Adakah anda mengaku bersalah?

Tuduhan kedua…(rujuk kepada pertuduhan)

Adakah anda mengaku bersalah ?

(31)

Safe Harbor Guidelines

3.2 Bagi setiap jawapan yang diberikan ke atas

setiap pertuduhan, Pengerusi dan Panel

hendaklah membuat catatan terhadap jawapan

tersebut samada bersalah atau tidak

(32)

Collecting and Analyzing

Labor-Market Data

4.0 SEKIRANYA TERTUDUH MENGAKU BERSALAH

4.1 Sekiranya Tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang

dibacakan,Pengerusi hendaklah memastikan bahawa Tertuduh faham

terhadap perakuan tersebut. Pengerusi juga perlu memastikan bahawa

Tertuduh memahami kesan dan akibat pengakuan tersebut; yang mana

pihak Syarikat boleh mengenakan tindakan disiplin yang tegas kepada

Tertuduh;yang merangkumi pembuangan kerja.

(33)

Gather Valid Data

4.2 Pengakuan bersalah hendaklah disebut tanpa meletakkan sebarang

syarat.

4.3 Setekah pengesahan tersebut dibuat, dan tertudh tetap dengan

pengakuan bersalah;ini bermakna perbicaraan untuk kes tersebut telah

selesai. Pengerusi tidak perlu meminta Pegawai Pembentang Kes untuk

membentangkan kes dengan sepenuhnya seperti memanggil saksi-saksi,

tetapi Pengerusi handaklah mengarahkan Pegawai Pembentang Kes

menyatakan ringkasan fakta kes sahaja.

4.4 Pengerusi seterusnya meneruskan sesi tersebut dengan memberi

peluang kepada Tertuduh untuk membuat rayuan terhadap hukuman yang

bakal dikenakan. Semasa sesi ini, Tertuduh sudah tidak boleh lagi

mempersoalkan terhadap pertuduhan-pertuduhan yang dikenakan

kapadanya. Pengerusi perlu memastikan bahawa Tertuduh menumpukan

kepada isu-isu rayuan sahaja.

(34)

How to Handle Incomplete Job

Matches

5.0 SEKIRANYA TERTUDUH TIDAK MENGAKU BERSALAH

5.1 Sekiranya Tertuduh tidak mengaku bersalah terhadap pertuduhan

yang dikenakan, ini bermakna pembicaraan pada hari tersebut diteruskan

dan Pengerusi akan meminta Pegawai Pembentang Kes untuk

membentangkan kes. Contah penyataan adalh seperti berikut;

“Memandangkan Tertuduh tidak mengaku bersalah terhadap

kesemua /tuduhan pertama/kedua(dan seterusnya);Panel dengan

ini meminta Pegawai Pembentang Kes untuk membentangkan

kes”

(35)

6.0 PEMBENTANGAN KES OLEH PEGAWAI PEMBENTANG

KES

6.1 Untuk membentangkan kes, Pegawai Pembentang Kes

biasanya akan menyatakan bahawa beliau ingin memanggil saksi

untuk memberikan keterangan. Jumlah saksi syarikat

berubah-berubah bergantung kepada jenis kes dan kesalahan. Pegawai

Pembentang Kes juga biasanya akan membawa dokumen-dokumen

bukti yang akan ditender sebagai eksibit.

(36)

Collecting and Analyzing

Labor-Market Data

6.2 Apabila Pegawai Pembentang Kes memanggil saksi, beliau akan

menyoal saksi tersebut bagi mengaitkan bahawa Tertuduh adalah bersalah

terhadap tuduhan yang dikenakan berdasarkan kepada

kenyataan-kenyataan yang diberikan oleh saksi yang dipanggil. Pegawai

Pembentangan Kes juga akan menyerahkan dokumen-dokumen bukti

melalui saksi tersebut; yang mana dokumen-dokumen tersebut akan

ditandakan mengikut turutan. Pengerusi dan Panel hendaklah meyemak

dokumen-dokumen tersebut; meminta penjelasan sekiranya perlu dan

seterusnya mengesahkan penerimaan dokumen-dokumen tersebut sebagai

eksibit. Contoh penyataan penyerahan dokumen bukti yang dilakukan oleh

Pegawai Pembentang Kesc adalah seperti berikut;

(37)

Complete data analyses

“Panel, saya ingin menyerahkan rekd perubatan ini sebagai eksibit

PO3”

Pengerusi dan Panel setelah menyemak dan meneliti dokumen

tersebut;menerima dokumen tersebut sebagai eksibit dengan mengatakan:

“Panel dengan ini menerima rekod perubatan ini sebagai eksibit

PO3”

(38)

Common Measures of Central

Tendency

6.3 Apabila Pegawai Pembentang Kes telah selesai menyoal

saksinya, Panel seterusnya akan memberi peluang kepada Tertuduh

untuk menyoal-balas saksi tersebut. Panel hendaklah memastikan

bahawa soalan-soalan yang diajukan oleh Tertuduh adalah

berkaitan dengan pertuduhan-pertuduhan sahaja. Contoh

penyataan Panel adalah seperi berikut

“Sekarang saya beri peluang kepada tertuduh untuk

(39)

Percentiles

6.4 Apabila Tertuduh telah selesai menyoal-balas saksi syarikat, Panel

hendaklah memberi peluang kepada Pegawai Pembentang Kes untuk

menyoal semula saksi tersebut. Contoh penyataan Panel adalah seperti

berikut;

“Sekarang saya memberi peluang semula kepada Pegawai

Pembentang Kes untuk menyoal semula saksinya atau untuk meminta

penjelasan lanjut, dipersilakan”

(40)

Sekiranya tiada apa-apa soalan daripada Pegawaqi Pembentang Kes, atau

telah selesai dengan soal-balasnya, ini bermakna saksi tersebut telah

selesai memberi keterangannya, dan Pengerusi seterusnya membenarkan

saksi untuk meninggalkan bilik Siasatan Dalaman. Contoh penyataan adalah

seperti berikut;

“Terima kasih (nama saksi) diatas kerjasama yang telah anda berikan.

Sesi ini telah selesai mendengar keterangan anda dan anda dibenarkan

untuk keluar”

(41)

6.5 Pegawai Pembentang Kes akan seterus nya

memanggil saksi kedua untuk memberikan

keterangan dan seterusnya sehingga kesemua

saksi-saksi bagi pihak syarikat selesai memberi

keterangan. Proses memberi keterangan,

penyerahan dokumen bukti sebagai eksibit dan

soal-balas adalah serupa bagi kesemua saksi dan

semua dokumen

(42)

6.6 Apabila Pegawai Pembentang Kes telah selesai menyoal kesemua

saksinya, pihak Tertuduh pula akan diberikan peluang untuk memanggil

saksi-saksinya, iaitu saksi bagi pihak Tertuduh. Proses memberi keterangan

oleh saksi Tertuduh adlah serupa saperti saksi syarikat, cuma untuk kali ini.

Tertuduh akan memulakan soalan-soalannya dahulu. Setelah selesai,

Pegawai Pembentang Kes pula akan duberikan peluang untuk

menyoal-balas dan seterusnya diatas. Contoh penyataan adalah seperti berikut:

“Pegawai pembentang Kes telah selesai memanggil saksi-saksi bagi

pihak syarikat sekarang adalah giliran pihak Tertuduh untuk memanggil

saksi-saksi Tertuduh bagimemberi keterangan kepada sesi ini, dipersilakan”

(43)

Aging Data

6.7

Semasa proses saksi memberi keterangan ini, Pengerusi dan

Panel dibenarkan untuk menyoal soalan dan meminta penjelasan

samada dari saksi, Pegawai Pembentang Kes atau Tertuduh; terhadap

apa-apa jua isu-isu yang berkaitan

(44)

Aging Survey Data

6.8 Setelah kedua-dua pihak selesai dengan saksi dan dokumen

bukti masin-masing; kedua-dua pihak akan diminta untuk meggulung

kes. Penggulungan akan dibuat olieh Pegawai Pembentang kes dan di

ikuti oleh Tertuduh. Contoh penyataan adalh seperti berikut;

“memandangkan kedua-dua piahk telah selesai dengan kes

masing dan juga telah selesai memenggil saksi

masing-masing; Panel Siasatan Dalaman dengan ini meinta kedua-dua pihak

untuk menggulung kes masing-masing. Kita mulakan penggulungan

kes oleh Pegawai Pembentang Kes dahulu, dipersilakan

…sekarang Panel Siasatan Dalaman meminta pihak Tertuduh

untuk meggulung kesnya, dipersilakan”.

(45)

6.9 Setelah kedua-dua pihak melakukan

penggulungan masing-masing; ini bermakna sesi

Siasatan Dalaman tersebut telah sampai ke

(46)

6.10 Sebelum brsurai Pengerusi hendak memberitahu kepada

Tertuduh bahawa keputusan siasatan tersebut akan diberitahu

secara bertulis dalam jangkamasa terdekat.

6.11 Sesi Siasatan Dalaman bersurai.

(47)

SELEPAS SIASATAN DALAMAN

DI

1- Dalam tempoh seminggu pihak juri perlu membuat keputusan bersama

dan menulis surat kepada CEO/ MD/ PENGERUSI mengenai keputusan

mereka, kenapa dan saranan hukuman. CEO/ MD/ PENGERUSI syarikat akan

membuat keputusan hukuman yang patut dijatuhkan (mengambil kira

pendapat HR advisor/ practitioner) dan menandatangani persetujuan

tersebut.

2- Surat akan diserahkan kepada pihak HR. HR akan menyediakan surat

kepada tertuduh bagi memaklumkan mengenai keputusan dan hukuman

yang dijatuhkan kepada tertuduh dan bila ia akan berkuatkuasa. HR akan

menyerahkan surat kepada tertuduh dan tertuduh perlu menandatangani

penerimaan surat tersebut.

Jadi bayangkanlah berapa banyak dokumen yang ada untuk DI ni?

Banyakkan? Setiap dokumen perlu disimpan dengan baik untuk persediaan

sekiranya tertuduh mengfailkan kes ke JPP.

Referensi

Dokumen terkait

Pemberian ransum dengan kualitas berbeda berupa perbedaan level PK sampai 16% dan TDN sampai 75% pada sapi perah laktasi dapat meningkatkan secara nyata terhadap

Semua untai pemompa adalah untai switching yang mengkonversi energi dari sumber ke beban atau komponen penyimpanan-energi tertentu dalam keadaan diskrit.. Setiap untai pemompa

Perkembangan zaman yang semakin maju menuntut peran serta perempuan dalam pembangunan sehingga peran perempuan ini disebut dengan “peran perempuan dalam

menggunakan penghawaan alami yang berasal dari jendela dengan sistem cross ventilation agar sirkulasi udara baik sehingga ruangan tidak lembab dan juga cepat kering.

Penelitian hukum normatif terhadap konsep yang berhubungan dengan keadilan dalam perlindungan dan pengelolaan lingkungan hidup menurut Undang-Undang Nomor 32 tahun

Variabel tingkat kepuasan masyarakat dalam penelitian ini adalah persepsi masyarakat Desa Sungai Naek, Desa Sungai Bonot, Desa Pangkalan Tarum, Desa Gunung Kembang,

Bagi Marx filsafat spekulatif adalah suatu teori yang berdasarkan alienasi—tidak hanya religius, melainkan juga dan di atas segala-galanya bersifat sosial dan ekonomik, suatu

Hasil Penelitian Tindakan Kelas yang dilaksanakan dua siklus dengan hasil : Pendekatan Kontekstual ( Contextual Teaching and Learning -CTL) dapat meningkatkan pemahaman