• Tidak ada hasil yang ditemukan

DISEDIAKAN OLEH: USTAZ SALEHUDDIN BIN ABU SAMAH BAHAGIAN SYARIAH

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "DISEDIAKAN OLEH: USTAZ SALEHUDDIN BIN ABU SAMAH BAHAGIAN SYARIAH"

Copied!
47
0
0

Teks penuh

(1)

KULIAH FEQAH:

HUKUM BERKAITAN IBADAH KORBAN

BERPANDUKAN KITAB AL-FIQH AL-MANHAJI

DISEDIAKAN OLEH:

USTAZ SALEHUDDIN BIN ABU SAMAH BAHAGIAN SYARIAH

(2)

KULIAH FEQAH : HUKUM BERKAITAN IBADAH KORBAN BERPANDUKAN KITAB AL-FIQH AL-MANHAJI

1. PENGERTIAN KORBAN 2. DALIL PENSYARIATAN 3. HIKMAH PENSYARIATAN 4. HUKUM KORBAN

5. ORANG YANG DITUNTUT UNTUK MELAKSANAKAN IBADAH KORBAN 6. BINATANG YANG DISYARIATKAN UNTUK KORBAN

7. SYARAT BINATANG KORBAN 8. WAKTU KORBAN

9. AGIHAN DAGING KORBAN 10. SUNAT DAN ADAB BERKORBAN

11. HUKUM SEMASA TENTANG IBADAH KORBAN 12. ADAB KETIKA MERAIKAN HARI RAYA AIDILADHA

(3)

PENGERTIAN KORBAN

• Korban ialah sembelihan binatang, iaitu unta, lembu, kambing dan biri-biri.

• Korban ini bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T dan dilakukan pada Hari Raya Korban.

(4)

Firman Allah Taala : Maksudnya: Oleh itu, tunaikanlah solat kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai tanda bersyukur). (Surah Al-Kauthar: 2) dalil pensyariatan

(5)

Maksudnya: “Nabi S.A.W menyembelih dua ekor kibasy putih yang bertanduk besar sebagai korban dengan tangannya sendiri sambil menyebut nama Allah dan bertakbir, serta meletakkan kaki Baginda di tengkuk kibasy tersebut”.

Riwayat Al-Bukhari dan Muslim

(6)

hikmah pensyariatan korban • Untuk menghayati semangat pengorbanan agung yang telah dilakukan oleh Nabi Ibrahim A.S, iaitu ketika Allah S.W.T menguji Baginda supaya menyembelih anaknya. • Kemudian Allah S.W.T menebusnya dengan seekor kibasy yang diturunkan-Nya dan memerintahkan Baginda menyembelihnya. • Peristiwa ini berlaku setelah Nabi Ibrahim A.S dan anaknya berusaha bersama- sama melaksanakan perintah Allah S.W.T.

(7)

hikmah pensyariatan korban

• Menolong orang fakir dan orang yang berhajat serta menggembirakan mereka, anak isteri dan keluarga pada hari raya.

• Dapat mengeratkan hubungan persaudaraan antara anggota masyarakat Islam dan menanamkan semangat hidup berjemaah serta berkasih sayang.

(8)

hukum korban Hukum Korban ialah sunat muakkad tetapi kadangkala menjadi wajib dengan dua sebab: • Pertama: Apabila seseorang mengisyaratkan binatang kepunyaannya yang boleh dijadikan korban sambil berkata: “ Inilah korbanku atau Aku akan korbankan kambing ini.” • Dengan itu dia wajiblah melakukannya. • Kedua: Apabila seseorang berazam hendak melakukan korban untuk mendampingkan diri kepada Allah dengan berkata: “ Aku mewajibkan diriku berkorban kerana Allah.” • Lantas menjadi wajib kepadanya melaksanakan korban itu. • Hal ini samalah jika dia mewajibkan dirinya melakukan sebarang ibadat- ibadat sunat kerana ketika itu ia telah menjadi nazar.

(9)

Sunat melakukan ibadah korban bagi orang-orang yang cukup syarat-syarat berikut:

Pertama: Islam

Tidak dituntut berkorban bagi orang yang bukan Islam.

Kedua: Baligh dan Berakal

Orang yang belum baligh dan tidak berakal tidak sunat berkorban kerana tidak mukallaf.

(10)

orang yang dituntut untuk melaksanakan ibadah korban

Sunat melakukan ibadah korban bagi orang-orang yang cukup syarat-syarat berikut: Ketiga: Berkemampuan Maksud berkemampuan ialah seseorang yang mempunyai harta atau wang melebihi perbelanjaan untuk dirinya sendiri dan mereka di bawah tanggungannya, sama ada makanan, pakaian dan tempat tinggal pada sepanjang Hari Raya Aidiladha dan Hari Tasyriq.

(11)

binatang yang disyariatkan untuk dilaksanakan ibadah korban Pada pandangan Mazhab Asy-Syafie, ibadah Korban hanya sah dengan binatang-binatang berikut :-1. Unta 2. Lembu 3. Kambing 4. Biri-biri.

(12)

Hal ini berdasarkan firman allah taala:

Maksudnya:

“Dan bagi tiap-tiap umat, Kami syariatkan ibadat menyembelih korban (atau lain-lainnya supaya mereka menyebut nama Allah sebagai tanda bersyukur akan pengurniaan-Nya kepada mereka daripada binatang-binatang ternak yang disembelih itu.”

(13)

• Binatang yang AFDHAL dijadikan korban ialah unta, diikuti lembu dan kambing. • Harus berkorban dengan seekor unta jantan atau betina atau lembu untuk tujuh orang. • Hal ini berdasarkan hadith, daripada Jabir R.A katanya: Maksudnya: “Kami berkorban bersama- sama Rasulullah S.A.W pada tahun Hudaibiyah dengan seekor unta untuk 7 orang dan seekor lembu untuk tujuh orang”. Riwayat Muslim

(14)

syarat binatang korban

Dari Segi Umur:

• Umur unta yang hendak dikorban disyaratkan masuk tahun keenam. • Umur lembu dan kambing telah masuk tahun ketiga

• Umur biri-biri pula telah masuk tahun kedua atau telah tanggal gigi hadapannya sekalipun umurnya belum sampai setahun.

(15)

Hendaklah Tidak Cacat:

• Ketiga-tiga jenis binatang korban tersebut tidak cacat yang menyebabkan kurang dagingnya.

• Oleh itu, tidak sah korban kambing yang terlalu kurus, sangat tempang, buta sebelah mata, berpenyakit atau putus sebahagian telinganya.

(16)

Hal ini berdasarkan hadith, daripada Al- Barra’ bin Azib R.A, daripada Rasulullah S.A.W bersabda:

Maksudnya:

“4 perkara yang menyebabkan binatang tidak sah dijadikan korban ialah binatang yang jelas buta sebelah matanya, penyakit yang nyata, jelas tempangnya, dan terlalu kurus hingga menampakkan tulang”.

Riwayat Al-Tirmizi dan Abu Daud

PERHATIAN:

Setiap perkara yang menyebabkan binatang itu kurus dan kurang dagingnya hendaklah diqiyaskan kepada kempat-empat kecacatan tersebut.

(17)

waktu dilaksanakan korban • Waktu korban bermula selepas terbit matahari pada Hari Raya Korban, iaitu sekadar tempoh masa dua rakaat solat sunat hari raya dan dua khutbah. • Waktu tersebut berterusan sehingga matahari terbenam pada Hari Tasyriq yang akhir. • Hari Tasyriq ialah pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah. • Waktu yang afdhal menyembelih binatang korban ialah setelah selesai solat sunat hari raya.

(18)

Maksudnya: “Perkara pertama yang kami lakukan pada hari raya ini ialah bersolat kemudian balik dan menyembelih binatang korban. Sesiapa yang melakukan perkara tersebut mereka telah melaksanakan sunnah kami dan sesiapa yang melaksanakannya sebelum itu maka dagingnya adalah pemberian biasa kepada ahli keluarganya dan tidak dikira ibadat korban”. Riwayat Al-Bukhari

(19)

dalil hadith yang lain ialah :

Daripada Jubair bin Mut’im R.A, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

Maksudnya:

“Dan setiap hari tasyriq adalah waktu untuk sembelihan korban”. Riwayat Ibn Hibban

(20)

agihan daging korban • Jika korban wajib, sama ada kerana korban nazar atau korban binatang yang telah diisyaratkannya seperti yang dijelaskan, ia tidak boleh dimakan oleh orang yang berkorban dan mereka yang di bawah tanggungannya. • Mereka yang memakannya hendaklah menggantikannya atau membayar nilai daging tersebut. • Jika korban sunat, dibolehkan bagi orang yang berkorban makan daging korban yang dikehendakinya dengan syarat disedekahkan sebahagiannya. • Tetapi yang AFDHALNYA ialah dia makan sedikit untuk mendapat keberkatan dan selebihnya disedekahkan.

(21)

agihan daging korban • Dia juga boleh makan 1/3 bahagian, menyedekahkan 1/3 bahagian kepada orang fakir dan 1/3 bahagian lagi dihadiahkan kepada sahabat handai dan jiran tetangganya sekalipun mereka kaya. • Akan tetapi mereka yang kaya tidak tidak boleh menjualnya kerana pemberian korban itu sebagai hadiah untuk dimakan. • Sementara daging yang disedekahkan kepada orang fakir telah menjadi hak miliknya. Dia boleh makan atau melakukan apa sahaja mengikut kehendaknya.

(22)
(23)

MAKSUDNYA:

“Dan Kami jadikan unta (yang dihadiahkan kepada fakir miskin Makkah itu) sebahagian dari syiar agama Allah untuk kamu; pada menyembelih unta yang tersebut ada kebaikan bagi kamu. Oleh itu, sebutlah nama Allah (semasa menyembelihnya) ketika ia berdiri di atas tiga kakinya maka apabila ia tumbang (serta putus nyawanya), makanlah sebahagian daripadanya, dan berilah (bahagian yang lain) kepada orang-orang yang tidak meminta dan yang meminta. Demikianlah kami memudahkan bagimu, moga-moga kamu bersyukur”.

(24)

PERHATIAN

Orang yang berkorban boleh menyedekahkan kulit binatang korbannya atau mengambil manfaatnya tetapi tidak boleh menjualnya atau diberi kepada penyembelih sebagai upah menyembelih. Ini kerana perbuatan demikian adalah kecacatan yang merosakkan ibadah korbannya.

Hal ini berdasarkan hadith, daripada Rasulullah S.A.W bersabda: Maksudnya:

“Sesiapa yang menjual kulit binatang korbannya, maka tidak sempurnalah korbannya”.

(25)

sunat dan adab berkorban

1. Tidak mencabut atau mencukur bulu yang berada di badannya

• Apabila tibanya awal Zulhijjah, seseorang yang berazam melakukan sembelihan korban, sunat baginya supaya tidak menghilangkan bulunya seperti rambut, janggut, misai, kuku dan lain-lain sehingga dilakukan penyembelihan.

Hal ini berdasarkan hadith, daripada Nabi SAW bersabda: Maksudnya:

“Apabila kamu melihat anak bulan Zulhijjah, dan antara kamu ada yang hendak melakukan ibadat korban, maka janganlah dia membuang bulu dan kukunya”. Riwayat Muslim

(26)

sunat dan adab berkorban 2. Sunat menyembelih sendiri

• Orang yang berkorban, sunat menyembelihnya sendiri.

• Jika tidak dapat membuat demikian kerana uzur dan sebagainya, maka hendaklah dia menyaksikan penyembelihan tersebut.

Hal ini berdasarkan hadith, Rasulullah S.A.W bersabda kepada Fatimah R.Anha:

Maksudnya:

“Bangun dan pergilah ke tempat penyembelihan korban kamu dan saksikanlah sendiri kerana dengan titisan darahnya yang pertama akan diampunkan dosa kamu yang terdahulu. Fatimah bertanya: Wahai Rasulullah, adakah ini khas untuk kita Ahlil Bait sahaja atau untuk kita dan orang Islam keseluruhannya? Jawab Rasulullah SAW: Bahkan untuk kita dan untuk orang Islam seluruhnya”.

(27)

sunat dan adab berkorban

3. Sunat bagi pemerintah atau pemimpin orang Islam menggunakan wang Baitul Mal untuk melakukan ibadat korban bagi pihak rakyat Islam.

Hal ini berdasarkan hadith: Maksudnya:

“Nabi SAW menyembelih seekor kibasy untuk korban sambil membaca: Bismillah, Ya Allah, terimalah korban daripada Muhammad, keluarga Muhammad dan umat Muhammad”.

(28)

sunat dan adab berkorban

4. Menyembelih di kawasan tanah lapang

Baginda melakukan sembelihan itu di kawasan lapang di tempat orang ramai berkumpul mendirikan solat sunat hari raya. Sembelihan itu dilakukan oleh Baginda sendiri.

Hal ini jelas dalam hadith, daripada Ibn Umar RA katanya: Maksudnya:

“Rasulullah SAW telah menyembelih binatang korban di kawasan lapang tempat bersolat “.

(29)

HUKUM HAKAM SEMASA

TENTANG IBADAH KORBAN

(30)

HUKUM PERTAMA:

apakah hukum daging korban

(31)

• Ulama berbeza pendapat dalam hal ini, sebahagian mazhab mengatakannya HARAM, ada yang mengatakannya MAKRUH dan Mazhab Hanbali, Hanafi mengatakannya sebagai HARUS kerana ia bukannya sedekah wajib.

• Namun tiada khilaf, mendahulukan umat Islam adalah lebih utama dalam hal ini.

(32)

fatwa jakim :

Daging korban tatawwu” (sunat) adalah sunat dimakan oleh orang yang berkorban, diberi hadiah dan disedekahkan kepada fakir miskin. Adapun untuk orang kafir di Malaysia maka hukumnya adalah harus akan tetapi keutamaan adalah kepada golongan miskin di kalangan orang Islam Sumber : http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/hukum-daging-korban- berkaitan-dengan-orang-bukan-islam

(33)

HUKUM KEDUA :

Apakah hukum korban oleh

organisasi dan syarikat?

(34)

• Ibadah korban adalah ibadah yang dilakukan oleh individu tertentu atau untuk individu tertentu. • Ia BUKAN untuk organisasi yang bukan manusia. • Justeru, jika sesebuah organisasi ingin melaksanakannya, ia MESTI menghadiahkannya kepada mana-mana Pengarah atau kakitangannya. • Ketika itu barulah sah korban dan ia menjadi korban oleh individu yang ditentukan namanya sahaja dan bukan atas nama syarikat. • Pihak syarikat terbabit boleh bergilir-gilir menghadiahkan lembu tertentu dan bahagiannya DIHADIAHKAN kepada kakitangan secara khusus UNTUK DILAKSANAKAN sembelihan atau korban. • Pahala korban akan hanya diperolehi oleh individu dan pihak organisasi pula (iaitu pemilik organisasi iaitu manusia) hanya mendapat pahala kerana menghadiahkan lembu atau bahagiannya kepada kakitangan sahaja. • Jika pihak syarikat tidak mahu berbuat demikian, bermakna ia mestilah meletakkan secara khusus 20 ekor lembu itu (sebagai contoh), untuk para lembaga pengarahnya secara khusus juga. Ia bukan atas nama syarikat tetapi individu. Sumber : www.zaharuddin.net

(35)

HUKUM KETIGA :

Melakukan ibadah korban atau

membayar hutang?

Bolehkah seseorang yang dibebani hutang bank dan rakan berkorban sekali setahun demi tawaran pahalanya?

(36)

• Jika hutang tersebut adalah dari jenis hutang yang telah terancang pembayarannya seperti hutang bank dan selepas ditolak semuanya masih ada baki wang, ketika itu individu tersebut sewajarnya melihat dan memikirkan berkenaan hutang tidak rasmi dari individu lain atau rakan-rakan serta tempoh yang dijanjikan. • Jika tempoh langsaian hutang masih jauh dan diyakini pendapatan akan datangnya boleh menampung semua tanggungjawab wajib itu, pada ketika itu, barulah ibadah korban menjadi utama untuk dilaksanakan.

(37)

• Ia amat jelas kerana ibadah korban hanya sunat muakkad sahaja menurut majoriti mazhab manakala melangsaikan hutang dalam tempohnya adalah wajib. • Jika disebabkan oleh ingin berkorban sehingga menyebabkan rakan pemberi hutang pula “TERKORBAN”, hubungan persaudaraan “terkorban”, atau hingga menyebabkan pihak bank mengenakan penalti kerana lewat bayar hutang, TIDAK WAJAR SAMA SEKALI UNTUK BERKORBAN JUGA. • Keutamaan tetap bagi pelangsaian hutang berbanding berkorban. Sumber : www.zaharuddin.net

(38)

HUKUM KEEMPAT :

bolehkah seseorang melakukan

ibadah korban untuk warisnya

(39)

Amalam korban (udhiyah) menurut jumhur ulama’ adalah Sunnah

Mu’akkadah (Sunat Yang Sangat Dituntut) dilakukan oleh mereka yang masih hidup. Ada beberapa keadaan yang dilakukan korban bagi pihak si mati :-a. Jika si mati telah meninggalkan wasiat agar wang yang ditinggalkan itu digunakan untuk amalan korban, maka hendaklah mereka yang hidup melakukan korban bagi pihak si mati. b. Ketua rumah juga boleh melakukan korban bagi pihak dirinya dan keluarga, termasuklah keluarganya yang masih hidup dan yang telah mati. Amalan ini pernah dilakukan oleh Nabi . c. Melakukan korban secara sukarela dan berasingan kepada si mati

(40)

dibolehkan berdasarkan umum maksud hadith berikut :-Dalil Yang Membolehkan Untuk Melakukan Korban Untuk Seseorang Yang Sudah Meninggal Dunia

Hadith Nabi SAW :

“Apabila mati anak Adam, maka telah terputuslah amalannya melainkan 3 perkara; Sedekah Jariah, atau Ilmu yang dimanfaatkan dengannya, atau Anak Soleh yang mendoakan ke atasnya“

(41)

PENGUMUMAN:

adakah anda ingin mendapat

pahala keampunan daripada allah

taala selama dua tahun?

(42)

Sabda Nabi Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam:

“Puasa Hari ‘Arafah, aku mengharapkan agar Allah akan menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.”

(43)

ADAB KETIKA MERAIKAN

HARI RAYA AIDIL ADHA

(44)

1. Bertakbir

Disyariatkan takbir bermula daripada waktu Subuh Hari Arafah sehinggalah waktu Asar pada Hari Tasyriq yang terakhir iaitu pada 13 Zulhijjah. Disunatkan bagi orang lelaki untuk menguatkan suara ketika bertakbir selepas setiap kali solat fardu di masjid, surau, pasar dan rumah dengan tujuan untuk mengagungkan Allah dan menzahirkan ibadah serta menyatakan kesyukuran kepadaNya.

Firman Allah Taala : Dan berzikirlah kepada Allah beberapa hari yang tertentu bilangannya. (Surah Al-Baqarah, ayat 203)

2. Menyembelih Haiwan Korban

Ibadah korban boleh dilaksanakan setelah selesai mendirikan Solat Sunat Aidil Adha. Sabda Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam yang bermaksud : “Sesiapa yang melakukan penyembelihan sebelum solat, maka hendaklah dia mengulanginya semula”. (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim) Waktu menyembelih boleh diadakan sepanjang empat hari iaitu pada Hari an-Nahr (Hari Raya Korban) dan pada tiga hari sepanjang Hari Tasyriq. Sabda Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam : “Setiap Hari Tasyriq adalah hari disyariatkan untuk dibuat ibadah korban”. (Riwayat Ahmad)

(45)

3. Mandi, berwangi-wangian dan memakai pakaian yang terbaik serta menutup aurat. Dilarang bagi kaum wanita untuk memakai wangi-wangian secara melampau-lampau dan berhias secara berlebih-lebihan. 4. Makan selepas menunaikan Solat Sunat Aidil Adha. Disebut di dalam Kitab Zad Al-Ma’ad bahawa Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam tidak makan sehinggalah Baginda pulang dari tempat solatnya, barulah Baginda makan daripada sembelihannya itu. 5. Pergi ke masjid dan surau secara berjalan kaki jika mampu. Daripada Abdullah bin Umar R.A menyatakan bahawa Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam keluar untuk mendirikan solat sunat Hari Raya dengan berjalan kaki. (Riwayat Ibnu Majah). 6. Pulang daripada masjid dan surau melalui jalan lain. Daripada Abdullah bin Umar R.A menyatakan bahawa Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam pergi mendirikan solat sunat Hari Raya melalui jalan lain dan balik melalui jalan lain. (Riwayat Abu Daud)

(46)

7. Mengucapkan tahniah dengan ucapan “Taqabballahu minna wa minkum”. Ibnu Hajar menyatakan di dalam kitabnya Fathul Bari, daripada Jubair bin Nufair berkata bahawa para sahabat Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi Wa Sallam apabila mereka bertemu pada Hari Raya, mereka saling mengungkapkan ucapan “Taqabbalallahu minna wa minkum” (semoga Allah menerima amalan daripada kita semua).”

8. Mengelakkan diri daripada terlibat dengan perkara lagha (lalai) seperti mendengar lagu-lagu dan melihat rancangan televisyen yang melalaikan serta menjauhkan diri daripada pergaulan bebas dan percampuran di antara kaum lelaki dan perempuan dan bersalam-salaman dengan bebas tanpa batasan syarak.

9. Berusaha untuk tidak membazir dalam menyediakan makan dan jamuan Hari Raya. Firman Allah Taala yang bermaksud : “Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.” (Surah Al-Isra’, ayat 27)

(47)

Referensi

Dokumen terkait

Jika dilihat dari kurva titrasi yang diperoleh, mula-mula saat larutan dititrasi, EDTA akan langsung bereaksi dengan Bi 3+ membentuk kompleks Bi-EDTA yang tidak

Ilmu Pengetahuan Alam merupakan ilmu-ilmu kealaman ( natural science ). IPA merupakan pengetahuan ilmiah yang diperoleh dari hasil penyelidikan mengenai fenomena yang

Menurut Amijaya (2010), risiko (risk) transaksi internet banking merupakan hal yang sangat dipertimbangkan dalam melakukan transaksi maya (virtual) karena jarak,

Dan hasil penelitian ini ditemukan bahwa (1) Bahwa dalam menyelesaikan permasalah Sengketa Ekonomi Syari’ah Berdasarkan Tradisi Islam Klasik dapat ditempuh dengan cara yaitu Al

Dalam tahapan pemodelan ini akan menggunakan teknik metode data mining dengan metode association rule dengan cara menemukan aturan asosiatif atau pola kombinasi merek baju

Guru kemarin lebih banyak berharap kepada pemerintah, dan tentu ini saya respon dengan baik, agar misalnya fasilitas perpustakaan itu bisa dibikin lebih baik lagi, kemudian

Puji syukur kepada Allah SWT atas rahmat dan karunia-Nya, sehingga penulis dapat menyelesaikan penyusunan skripsi dengan judul “FAKTOR - FAKTOR YANG MEMPENGARUHI

'as ienahara Pen%eluaran kas ienahara Penerimaan Piutan% retriusi kesehatan Perseiaan *at+*atan Penyisihan Piutan%. J%LA