• Tidak ada hasil yang ditemukan

PENEKANAN ILMU MORFOLOGI DALAM BUKU TEKS

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PENEKANAN ILMU MORFOLOGI DALAM BUKU TEKS"

Copied!
16
0
0

Teks penuh

(1)

190

PENEKANAN ILMU MORFOLOGI DALAM BUKU TEKS BAHASA ARAB KURIKULUM BARU SEKOLAH MENENGAH

Mohd Zaini Bin Sejo

[email protected]

Fakulti Bahasa Dan Linguistik, Universiti Malaya, Kuala Lumpur

Abstrak: Kajian ini cuba mengenengahkan salah satu permasalahan berkaitan dengan

kandungan pembelajaran subjek morfologi Arab, dalam buku teks Bahasa Arab Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) kegunaan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) di Malaysia. Buku teks merupakan faktor penting bagi menentukan keberkesanan aktiviti pembelajaran dan pengajaran dan seterusnya memastikan kejayaan sesuatu matlamat pendidikan. Dalam kajian ini penulis akan menganalisis kandungan ilmu morfologi yang ditulis di dalam buku teks bahasa Arab pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama bermula dari buku teks kegunaan pelajar tingkatan satu hingga tingkatan lima bagi Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM). Penilaian akan dibuat berdasarkan tiga kriteria sahaja iaitu kandungan persembahan dan latihan. Pengumpulan data-data tersebut dilakukan bagi mengetahui dan menilai kesesuaian isi kandungan ilmu morfologi yang ditulis untuk kegunaan pelajar. Adalah diharapkan agar dapatan kajian ini akan memberikan gambaran yang menyeluruh bagaimana ilmu morfologi ini didedahkan kepada pelajar dan berdasarkan analisis yang akan dibuat, penulis berhasrat untuk mencadangkan pendekatan yang sesuai berdasarkan ciri-ciri bahasa Arab yang berbeza daripada bahasa Melayu, dan mengikut tahap umur serta keperluan pembelajaran itu sendiri. Dapatan ini akan membantu pihak yang berkepentingan iaitu Kementerian Pelajaran, penulis buku teks, guru- guru dan para pelajar sendiri dalam usaha meningkatkan pencapaian penguasaan dalam bahasa Arab di Malaysia secara amnya.

PENDAHULUAN

Bahasa Arab merupakan pecahan daripada rumpun bahasa Semitik yang masih mengekalkan

ciri-ciri klasiknya sehingga hari ini. Bagi menguasai Bahasa Arab, seseorang itu perlu

mempelajari dua belas cabang ilmu Bahasa Arab (Abdul Malik as Sa'die, 1993:17). Antara

cabang ilmu tersebut adalah ilmu nahu (sintaksis) dan ilmu morfologi. Ilmu morfologi adalah

kajian berkaitan dengan perkataan, manakala ilmu nahu itu sendiri merupakan perbahasan

mengenai ayat. Justeru, sebelum seseorang mempelajari nahu, seseorang itu mestilah

mempelajari ilmu morfologi Arab. Pada peringkat ini, ilmu morfologi mempunyai fungsi asas

yang amat penting dan mesti dikuasai. Maka dengan itu ilmu morfologi mesti diperjelaskan Persidangan Kebangsaan Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Arab 2012 PKEBAR’

(2)

191

dengan sebaiknya dan disampaikan dengan cara yang sepatutnya agar tujuan akhir daripada

mempelajari nahu Bahasa Arab akan dapat dicapai. Sesungguhnya tujuan utama daripada

pembelajaran nahu itu supaya dapat menggunakan ungkapan yang betul dan pertuturan yang

selamat (Zabyah al-Saliti, 2002:24).

PERNYATAAN MASALAH

Pengajian bahasa Arab telah sekian lama dilaksanakan di Malaysia, serentak dengan

kedatangan Islam ke Tanah Melayu ketika itu. Menurut W.M Saghir pengajian bahasa Arab

telah pun berlangsung sejak kedatangan Islam di rantau ini iaitu pada abad kedua belas lagi

(dipetik daripada Ahmad Nazuki@ Marzuki Yaaub, 2006:1). Dalam usaha memenuhi

keperluan negara, kerajaan telah menubuhkan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama

(SMKA) bermula tahun 1977. Penubuhan SMKA seiring dengan usaha pemodenan sistem

pendidikan negara. Proses penambahbaikan sistem pendidikan Islam di sekolah-sekolah

agama sesuai dengan perkembangan Kementerian Pelajaran pada masa itu telah

mengusahakan agar sistem pentadbiran dan kurikulum di sekolah-sekolah agama diselaraskan

dengan sekolah menengah harian. Sukatan pelajaran bahasa Arab yang berbeza dan tidak

seragam telah disatukan dan dibina secara khusus untuk pelajar-pelajar SMKA. Sejak

penubuhannya hinggalah sekarang, sukatan matapelajaran Bahasa Arab telah digubal dan

dipinda beberapa kali di bawah KBSM, sehinggalah perkembangan terkini bermula pada

tahun 2011, sukatan baru diperkenalkan di bawah Kurikulum Standard Sekolah Menengah

(KSSM) (BPI, 2012). Pada masa yang sama juga, beberapa edisi buku teks bahasa Arab telah

dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) berdasarkanperubahan kurikulum

tersebut.

Walau bagaimanapun, prestasi pelajar dalam penguasaan Bahasa Arab khususnya

tatabahasa Arab didapati semakin merosot . Dalam beberapa kajian yang telah dijalankan

antaranya oleh Abdul Aziz Musa (1998), Che Kamarudin Kamel Che Muhammad (1999 )

dan Abdul Ghani Md Hassan (1999), antara dapatan mereka bahawa pelajar yang mempunyai

masalah lemah dalam penguasaan Bahasa Arab didapati sangat lemah dalam pengetahuan

asas bahasa. Che Radiah Mezah (2009: 4) telah membuat kesimpulan bahawa kelemahan

utama pelajar dalam bidang penulisan adalah dalam aspek morfologi yang melibatkan aspek

kata dan penggunaannya dalam ayat. Tamam Hasan (2001:205) telah menyenaraikan lapan

asas yang mesti diambil kira dalam penentuan makna di dalam sesebuah ayat. Perkara yang

(3)

192

satu bidang kajian morfologi. Sejak dahulu Ibn Usfur (dalam Umar Mukhtar Walad Abah,

1996:274) telah menegaskan bahawa ilmu morfologi itu hendaklah dipelajari dahulu

sebelum mempelajari ilmu –ilmu bahasa Arab yang lain. Hujah beliau bahawa mempelajari

tentang perkataan patut didahulukan sebelum pembelajaran tentang frasa atau ayat.

Bagi meneliti kandungan ilmu morfologi yang disampaikan kepada para pelajar,

hanya terdapat satu rujukan rasmi sahaja iaitu dengan meneliti buku teks bahasa Arab pelajar

yang disediakan oleh Bahagian Buku Teks, KPM. Menurut Kamarul Zaman Abd Ghani

(2011:54) buku teks merupakan bahan asas dalam pengajaran dan pembelajaran di Malaysia.

Beliau telah memetik kenyataan daripada Bahagian Kurikulum Jabatan Pendidikan Islam

dan Moral (JAPIM:2001) :

" Buku teks BAK dan BAT adalah antara bahan pengajaran dan pembelajaran yang

paling dominan dan sering digunakan sebagai sumber pemerolehan ilmu sejak sistem

pendidikan formal Bahasa Arab dijalankan di sekolah. Buku teks Bahasa Arab merupakan

buku khusus yang digunakan untuk menyampaikan pelajar pengetahuan dan kemahiran

Bahasa Arab."

Persoalannya, adakah tajuk-tajuk ilmu morfologi yang ditulis dalam buku teks bahasa

Arab yang disediakan oleh KPM memenuhi dan mencakupi keperluan pengetahuan asas

pelajar-pelajar SMKA dalam bahasa Arab, dan adakah ia dipersembahkan berdasarkan

pemeringkatan isi yang sesuai dengan tahap para pelajar daripada tingkatan satu hingga

tingkatan lima dan dalam masa yang sama mengambil kira perbezaan dan persamaan ciri

bahasa antara bahasa Arab dan bahasa Melayu? Begitu juga dengan pemberatan aktiviti

latihan dan penilaian dalam ilmu morfologi, adakah ia mencukupi sehingga mampu

menjadikan pelajar-pelajar SMKA benar-benar dapat menguasai asas ilmu bahasa Arab itu

sendiri?

Oleh itu, satu kajian kualitatif berbentuk deskriptif dan analisis perlu dijalankan

bertujuan untuk meninjau apakah isi kandungan ilmu morfologi yang ditulis dalam buku teks

bahasa Arab. Data tersebut akan dianalisis berdasarkan tema –tema tertentu seperti

kesesuaian kandungan, kesesuaian persembahan dan lain-lain lagi. Hasil daripada analisis

tersebut diharap agar penulis dapat memberikan cadangan penambah baikan sama ada dari

segi kandungan mahupun persembahan berdasarkan dapatan dan kajian yang telah dibuat

oleh mereka yang mahir dalam bidang pembelajaran bahasa kedua atau ketiga. Semoga

(4)

193

sering dipersalahakan kerana telah dianggap gagal menterjemahkan objektif pembelajaran

Bahasa Arab itu sendiri.

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini berhasrat untuk :

1. Meninjau isi kandungan ilmu morfologi Arab di dalam buku teks kegunaan pelajar

daripada tingkatan satu hingga tingkatan lima.

2. Menganalisis kandungan pembelajaran ilmu morfologi Arab di dalam buku teks

kegunaan pelajar daripada tingkatan satu hingga tingkatan lima.

3. Menjelaskan pendekatan yang sesuai dalam menyusun tajuk-tajuk morfologi bagi

tujuan pembelajaran tatabahasa Arab.

PERSOALAN KAJIAN

1. Apakah tajuk-tajuk morfologi yang terkandung dalam buku teks Bahasa Arab

daripada tingkatan satu hingga tingkatan lima ?

2. Bagaimanakah pemberatan kandungan ilmu morfologi pada setiap tahap buku teks

tersebut ? dan bagaimankah ia dipersembahkan?

3. Apakah pendekatan yang sepatutnya diambil dalam menyusun tajuk-tajuk morfologi

di dalam buku-buku teks tersebut ?

KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini cuba mengenalpasti tajuk-tajuk utama kandungan ilmu morfologi Arab di dalam

buku teks bahasa Arab yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi kegunaan

para pelajar dan guru. Selain itu kajian ini juga bertujuan meninjau pendekatan yang

digunakan dalam penulisan tersebut. Kajian kandungan buku teks amat perlu dalam konteks

Malaysia " kerana pembelajaran bahasa Arab di Malaysia, buku teks merupakan asas dalam

pembelajaran dan pengajaran di sekolah-sekolah (Kamarul Zaman Abd Ghani, 2011: 54).

Kajian ini memberi kepentingan kepada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan

Pelajaran Negeri, pihak pentadbir sekolah, guru dan murid.

Hasil dapatan kajian di harap dapat membantu pihak Kementerian Pelajaran Malaysia

(5)

194

khususnya dalam bidang ilmu morfologi memandangkan kepada kepentingannya dalam

usaha menguasai bahasa Arab. Dapatan ini boleh dijadikan rujukan oleh pihak yang

menyusun kurikulum bahasa Arab begitu juga penulis-penulis yang akan menulis dalam buku

teks pelajar.

Kajian ini juga memberi kepentingan kepada pihak jabatan pelajaran negeri dan juga

pihak sekolah dalam memastikan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran tidak

mengabaikan sebahagian tajuk daripada ilmu bahasa Arab khususnya yang berkaitan dengan

ilmu morfologi Arab. Setiap tajuk hendaklah diberikan pemberatan yang sesuai dengan

objektif mata pelajaran yang telah ditetapkan. Pihak jabatan juga boleh mengadakan siri

kursus atau bengkel dalam uasaha memantapkan pendekatan guru dalam pengajaran dan

pembelajaran dengan maklumat-maklumat terkini yang disokong oleh kajian-kajian.

Kajian ini diharapkan dapat menjadi rujukan dan panduan untuk guru-guru dalam

membuat persediaan pengajaran samada berkaitan kandungan ataupun teknik yang sesuai

juga dalam membina bahan bantu mengajar (BBM) yang boleh digunakan dalam

menyampaikan tajuk morfologi kepada para pelajar.

Kepentingan kajian yang paling besar adalah diharapkan ia dapat membantu para

pelajar memahami dan menguasai ilmu morfologi Arab sebagai satu asas yang amat penting

agar mereka dapat menguasai peringkat pembelajaran tatabahasa seterusnya, disamping dapat

mengekalkan daya tumpuan dan minat berdasarkan pendekatan yang dicadangkan. Maka

diharapkan dengan kajian ini, prestasi para pelajar akan meningkat dalam pencapaian mereka

dalam bahasa Arab.

BATASAN KAJIAN

Kajian ini dibuat berdasarkan kepada amalan dan perkembangan semasa pendidikan bahasa

Arab seperti yang digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Rujukan Kurikulum

adalah kurikulum semasa, iaitu sebelum kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)

dilaksanakan secara menyeluruh. Kajian ini hanya menumpukan kepada kandungan ilmu

morfologi Arab yang terdapat di dalam buku teks bahasa Arab yang disediakan oleh

Bahagian Buku Teks, KPM bagi kegunaan pelajar-pelajar SMKA. Sebanyak 5 buah buku

teks Bahasa Arab yang mewakili setiap tahap iaitu daripada tingkatan satu hingga tingkatan

lima merupakan sampel kajian. Bagi temu bual yang dijalankan pula, penulis hanya akan

melaksanakannya terhadap beberapa partisipan yang mengajar bahasa Arab di sekolah

(6)

195

DEFINASI OPERASI KAJIAN

1. Penekanan: perihal menekan (menekankan) iaitu sangat-sangat mementingkan,

mengutamakan, menitikberatkan, menegaskan (Kamus Dewan, 2007: 1629). Dalam kajian

ini, penulis berhasrat untuk meninjau sejauh mana penekanan yang diberikan oleh buku teks

bahasa Arab terhadap ilmu morfologi, dari tingkatan satu hingga tingkatan lima.

2. Ilmu morfologi Arab merujuk kepada ilmu tentang hukum-hukum berkaiatan pembinaan

sesebuah perkataan yang terdiri daripada beberapa huruf. Huruf –huruf ini antaranya menjadi

asal atau tambahan, sihah, I'lal, ibdal dan seumpamanya. Ilmu ini boleh dibahagikan kepada

dua iaitu :

Pertama: perubahan pola sesuatu perkataan kepada pola yang lain berdasarkan makna yang

dikehendaki. Contohnya, perubahan daripada pola masdar kepada pola kata kerja kala

lampau, dan kata kerja kala kini, atau kepada pola nisbah dan tasghir .

Kedua: perubahan (huruf) di dalam binaan sesebuah perkataan yang tidak melibatkan

perubahan makna tetapi disebabkan oleh berlakunya ibdal, hazf, qalb dan idgham (Mustafa

al-Ghilayini, 1999: Juzuk 1, 207).

3. Buku teks yang dimaksudkan di sini adalah sebagaimana pentakrifan yang diberikan oleh

UNESCO iaitu " A textbook is a book which an exposition of generally accepted principles in

one subject, intended primarily as a basis for instruction in classroom or pupil-book-teacher

situation." Cambridge International Dictionary of English menyebutkan bahawa buku teks

adalah "A book that contains detailed information about a subject for people who are

studying that subject" (dipetik daripada Bahagian Buku Teks KPM, 2010). Dalam kajian ini,

buku teks adalah merujuk kepada buku teks bahasa Arab yang diperakukan olah Bahagian

Buku Teks, Kementerian Pelajaran Malaysia, yang mula digunakan pada tahun 2008

(tingkatan satu) dan 2012 (tingkatan lima).

KAJIAN ILMU MORFOLOGI

Tatabahasa Arab sejak dahulu membawa maksud perbahasan berkaitan nahu (tatabahasa) dan

tidak melibatkan perbahasan dalam saraf (morfologi). Namun, sejak kemunculan al-Khalil

Ibn Ahmad al-Farahidi hinggalah al-Mazini, tatabahasa Arab (nahu) telah mengumpulkan

kedua-dua cabang ilmu tersebut (sintaks dan morfologi)(Zabyah al-Saliti, 2002: ). "Ini kerana

(7)

196

sesebuah perkataan. Kerana itulah kita mendapati dalam kalangan sarjana nahu sendiri sangat

sukar untuk memisahkan antara sintaks dan juga morfologi".(Hasan, 2001). Oleh sebab itu,

pembelajaran Bahasa Arab di Malaysia merangkumi kedua-dua bidang tersebut di bawah

nama qawaid (tatabahasa). Walaupun diletakkan dibawah satu nama, sebagaimana yang

telah diperjelaskan, setiap satunya mempunyai perbahasan yang tersendiri namun saling

berkait antara satu sama lain.

Menurut Mat Taib Pa, pengajaran Bahasa Arab di Malaysia diperingkat awal dan

menengah adalah bersifat kemahiran dan bukannya sebagai ilmu pengkhususan. Bertolak

daripada itu, beliau mencadangkan dasar-dasar pengajaran nahu Arab antara lainnya

menyatakan, memastikan pelajar-pelajar menguasai dan mahir dalam kaedah-kaedah

sintaksis dan morfologi asas yang merupakan tonggak kepada struktur nahu arab yang lain.

Tanpa penguasaan kaedah morfologi, gambaran pelajar tentang bahasa Arab adalah pincang

dan struktur nahu lain tidak dapat difahami dengan jelas. Menurut beliau lagi, penekanan

harus diberikan kepada bentuk / pola perkataan dan perbezaan-perbezaannya.(Ismail & Pa,

2006)

Abdul Aziz Musa (1998: 69-70), dalam tesisnya bertajuk "Pengajaran Nahu Bahasa

Arab; Satu Kajian Kes Di Maahad Muhammadi Kota Bharu", Kelantan telah membuat kajian

pengajaran Bahasa Arab di sekolah tersebut yang menggunakan 2 sukatan pembelajaran

tatabahasa, iaitu aliran perdana dan aliran thnanawi. Antara dapatan beliau adalah tahap

penguasaan tatabahasa dalam kalangan pelajar amat lemah sekali, sehinggakan ramai pelajar

menganggap pelajaran tatabahasa adalah pelajaran yang susah dan buku teksnya sukar

difahami. Dapatan berikutnya menyatakan pelajar kurang mempunyai asas yang kukuh

dalam pelajaran nahu. Ini bermakna kelemahan pelajar dalam ilmu tatabahasa Arab bermula

daripada peringkat asas. Meskipun pelajar tersebut mendapat pendedahan yang banyak

melalui dua sukatan berbeza dalam pengajian nahu Arab, penguasaan pelajar masih lagi pada

tahap amat lemah sekali.

Che Kamarudin Kamel Che Muhammad (1999:70-74), pula merumuskan dalam tesis

beliau, "Satu Kajian Penguasaan Nahu Bahasa Arab Peringkat Menengah Dalam Kalangan

Pelajar Sekolah Menengah Agama Arab", turut menegaskan bahawa pelajar masih tidak

mengetahui banyak perkara asas dalam pelajaran nahu Arab. Kesannya mereka tidak dapat

menguasai tajuk-tajuk lain yang diajar, kerana setiap tajuknya berkait rapat antara satu sama

lain. Dalam huraiannya, beliau menyatakan pelajar tidak mampu membezakan kata kerja

(8)

197

tidak mampu mengubah suai perkataan dengan menambahkan beberapa huruf seperti alif dan

lam, alif dan nun, wau dan nun serta menukarkannya kepada kata terbitan (masdar) dan

sebagainya.

Dapatan ini diperteguhkan lagi dengan rumusan hasil kajian Abdul Ghani Md Hassan

(dalam Sahabuddin Salleh, 2003: 18) dalam tesis beliau, "Kesilapan Membina Ayat Asas

Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah", menyatakan rata-rata pelajar tidak berminat

dengan matapelajaran Bahasa Arab. Keadaan ini timbul ekoran kelemahan penguasaan

tatabahasa dan perbendaharaan kata yang didorong daripada sikap malas melakukan hafalan

serta tidak mampu mengingati tasrif (sistem morfologi bahasa Arab).

Che Radiah Mezah (2009: 6) dalam tesis beliau, "Kesilapan Leksikal Dalam

Pembelajaran Bahasa Arab" telah menjelaskan "bahawa perbendaharaan kosa kata

memainkan peranan yang sangat penting untuk berkomunikasi sama ada secara lisan

mahupun tulisan. Penguasaan bahasa dilihat berkait rapat dengan jumlah kosa kata yang

dikuasai kerana ia memberi kesan kepada kefahaman dalam bacaan, kepetahan bertutur dan

kemahiran menulis." Berdasarkan kajian analisis kesilapan bahasa yang telah dijalankan,

beliau menyatakan antara punca kesilapan leksikal adalah kesilapan dalam penggunaan

bentuk/ pola perkataan yang terdapat dalam penulisan. Beliau menjelaskan pelajar dilihat

masih belum memahami fungsi pola atau bentuk kata bahasa Arab seperti pola kata kerja

berimbuhan. Justeru beliau menyeru agar bidang morfologi diberi perhatian serius di

peringkat sekolah (65).

Kajian yang telah dijalankan oleh Abdul Aziz Musa, Che Kamarudin Kamel Che

Muhammad Abdul Ghani Md Hassan, adalah merupakan kajian tentang penguasaan pelajar

dalam nahu yang bersifat menyeluruh, namun tidak membincangkan kesan ilmu morfologi

secara langsung, akan tetapi dalam dapatan mereka telah dinyatakan antara faktor kelemahan

penguasaan pelajar dalam Bahasa Arab berpunca dari kelemahan mereka menguasai asas

tatabahasa itu sendiri. Kajian Che Radiah Mezah antara lain telah menjelaskan bahawa asas

kepada penguasaan bahasa adalah berpunca daripada aspek penguasaan kata, secara tidak

langsung mengaitkannya dengan kelemahan pelajar dalam bidang morfologi Arab di mana

pelajar tidak mampu pola/ bentuk perkataan serta fungsinya.

Bebeza dengan kajian lepas yang mengkaji pencapaian pelajar dalam penguasaan

asas ilmu morfologi, penulis berhasrat untuk mengkaji apakah kandungan ilmu morfologi

yang telah disediakan untuk para pelajar tersebut, kerana dalam proses pembelajaran dan

(9)

198

utama sebelum penilaian terhadap faktor-faktor pemerolehan bahasa yang lain seperti faktor

guru, faktor murid mahupun faktor persekitaran diambil kira.

KAJIAN KANDUNGAN BUKU TEKS

Arif Kharkhy (1994: 183) menjelaskan bahawa apa sahaja teknik yeng terkini dan dianggap

maju dalam pengajaran bahasa Arab semuanya saling berkait rapat dengan beberapa faktor

yang lain seperti kurikulum bahasa Arab, buku teks yang digunakan, alat-alat bantu

mengajar, bilangan pelajar, tahap pencapaian pelajar dalam bahasa Arab dan kemampuan

mereka, masa yang diperuntukkan dan peruntukan masa guru dalam pengajaran. Oleh itu

peranan buku teks di sini tidak dapat dinafikan lebih-lebih lagi dalam konteks pembelajaran

bahasa kedua atau bahasa asing di Malaysia.

Ab Halim Mohamad (dalam Muhammad Haron Husaini dan Khairul Anuar Ahmad,

2008: 433) dalam kajian beliau "Buku Teks Bahasa Arab di Malaysia, Antara Teori

Pengajaran dan Realiti" telah menyenaraikan sebelas ciri penting bagi sebuah buku teks yang

baik bagi pelajar IPT , iaitu objektif, bersepadu, peringkat pelajar, latihan, contoh, konteks,

faedah, perlu, berperingkat-peringkat, penting, jelas dan senang.

Kajian analisis kandungan buku teks bahasa Arab masih lagi kurang dijalankan di

Malaysia. Kajian- kajian berkaitan buku teks telah dijalankan oleh pengkaji terdahulu pula

memfokuskan pada bidang atau kemahiran yang berbeza. Contohnya kajian Kamarul Zaman

Abdul Ghani (2011). Tajuk tesis beliau adalah "Kebolehbacaan Buku Teks Bahasa Arab

Tinggi Berasaskan Ujian Kloz Dalam Bahasa Arab ." Antara dapatan kajian beliau adalah

kebolehbacaan buku teks Bahasa Arab Tinngi Tingkatan 4 berada pada tahap kecewa iaitu

tidak sesuai untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Menurut beliau lagi, pihak berwajib

seharusnya ambil kira tahap kebolehbacaan teks yang disediakan. Kajian beliau hanya

meliputi petikan-petikan beberapa karangan yang terdapat dalam buku tersebut. Secara tidak

lansung kajian ini menuntut satu penambah baikan dalam membina kandungan buku teks.

Terdapat satu kajian yang dijalankan oleh Azharudin Ahmad Zakaria (2005). Tesis

beliau bertajuk "Penggunaan Buku Teks Dalam Pengajaran Bahasa Arab di Sekolah Rendah

Agama, Satu Kajian Kes." Kajian beliau memfokuskan kepada tahap penggunaan buku teks

dalam kalangan guru di sekolah-sekolah tersebut. Kesimpulan yang dibuat oleh beliau adalah

guru-guru tidak berpuas hati dengan kandungan buku teks. Mereka juga berpendapat buku

teks tersebut tidak dapat memenuhi kehendak pembelajaran pelajar. Buku teks yang dikaji

(10)

199

penulis dapat melihat kesan pembinaan kandungan sesuatu buku teks terhadap proses

pembelajaran dan pengajaran bahasa Arab di sekolah-sekolah agama di Malaysia.

Mohd Zuhir Abd Rahman (2005) juga telah menjalankan kajian terhadap buku teks

KBSM Bahasa Arab Komunikasi. Tajuk tesis beliau "Penilaian Dalam Pembelajaran: Satu

Kajian Buku Teks KBSM Bahasa Arab Komunikasi." Dalam tesisnya, beliau memberi fokus

hanya kepada kajian terhadap soalan-soalan latihan yang terdapat di dalam buku teks

tersebut. Korpus soalan dikumpul dan dianalisis berdasarkan aspek kemahiran asas

berbahasa, aspek tatabahasa dan aspek penggunaan perbendaharaan kata. Antara dapatan

utama beliau adalah peratusan terbesar latihan adalah dalam aspek kemahiran asas bahasa

iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis sebanyak 74.9%. Diikuti dengan latihan

perbendaharaan kata sebanyak 17.1% dan yang terakhir latihan tatabahasa sebanyak 8%.

Latihan kemahiran asas bahasa mendominasi jenis latihan tersebut kerana buku teks tersebut

ditulis untuk mata pelajaran Bahasa Arab Komunikasi yang memberi fokus kepada

kemahiran berbahasa. Namun begitu, mata pelajaran ini telah ditukar kepada mata pelajaran

Bahasa Arab sahaja pada tahun 2008, dan pendekatan komunikasi tidak lagi digunakan

dalam buku teks yang baharu.

Terdapat satu kajian oleh Heng Buai Chin, Neo Kian Sen dan The Hong Siok (2009)

yang mengkaji kandungan bahan pengajaran (buku teks) bagi Kursus Bahasa Mandarin di

Unitersiti Teknologi Mara (UiTM). Tajuk tesis mereka adalah "Penilaian Bahan Pengajaran

Kursus Bahasa Mandarin di UiTM." Kajian ini berbentuk gabungan kualitatif dan kuantitatif,

dan kedah yang digunakan adalah kaedah tinjauan, temu ramah dan analisis isi kandungan.

Sampel kajian pula adalah daripada kalangan pelajar dan pensyarah bahasa Mandarin di

UiTM. Antara dapatan penting kajian adalah dalam penilaian para pelajar, isi kandungan

pelajaran buku teks satu (Huayu 1) dipersetujui paling sesuai, buku teks kedua (Huayu 2)

dipersetujui sebagai kedua sesuai dan buku teks ketiga (Huayu 3) dianggap perlu dibuat

sedikit penyemakan semula. Bagi penilaian pensyarah pula, didapati kebanyakan bahan

pengajaran yang sedang digunakan dalam ketiga-tiga buku tersebut masih sesuai dan

dianggap penting, walaupun ada cadangan agar bahan-bahan yang terdapat dalam buku

tersebut dirombak dan disusun semula dalam topik-topik tertentu.

Pengkaji juga mendapati panel penulis buku tersebut mempunyai banyak pengalaman

dalam mengembang dan membangunkan bahan pengajaran bahasa Mandarin sebagai bahasa

kedua. Mereka telah memberi perhatian dalam pelbagai aspek, antaranya mereka perlu

(11)

200

keperluan pelajar. Mereka juga perlu mengambil kira jumlah jam kuliah dan kebolehan

pelajar.

Melihat kepada peri pentingnya peranan buku teks dalam proses pembelajaran dan

pengajaran bahasa Arab, penulis merasakan satu keperluan bagi membuat kajian daripada

aspek yang belum dikaji dalam pembelajaran dan pengajaran bahasa Arab iaitu aspek

analisis kandungan dalam buku teks bahasa Arab yang digunakan pada hari ini, bagi melihat

sejauh mana ia menepati kehendak pembelajaran bahasa Arab sebagai bahasa kedua atau

bahasa asing di SMKA.

METODOLOGI KAJIAN

Bab ini akan menjelaskan secara terperinci mengenai metodologi yang digunakan dalam

kajian ini. Beberapa teknik membuat kajian digunakan untuk mendapatkan maklumat dan

data yang signifikan mengenai tajuk ini. Di dalam bab ini akan dibicarakan tentang

rekabentuk kajian, sampel kajian, instrumen kajian, prosedur menjalankan kajian dan

prosedur penganalisisan data.

Reka Bentuk Kajian

Kajian ini merupakan kajian kualitatif menggunakan kaedah analisis dokumen dengan

rekabentuk kajian analisis kandungan. Kajian ini akan melibatkan data dianalisis dan

dihuraikan secara deskriptif. Data-data diperolehi daripada analisis terhadap kandungan ilmu

morfologi yang terdapat dalam buku teks Bahasa Arab tingkatan satu hingga tingkatan lima

sukatan KBSM terkini bagi bahasa Arab. Seterusnya pengkaji akan menjalankan temubual

terhadap beberapa orang guru bahasa Arab yang berpengalaman mengajar daripada beberapa

sekolah bagi mendapatkan pendapat dan pandangan mereka tentang kandungan ilmu

morfologi di dalam buku teks.

Pensampelan

Kajian ini akan memfokuskan kepada buku teks sebagai sampel kajian. Kajian ini akan

menganalisi kandungan ilmu morfologi dalam lima buah buku teks bahasa Arab yang

diperakukan oleh Bahagian Buku Teks, Kementerian Pelajaran Malaysia. Siri Buku teks yang

(12)

201

Bil Nama Buku Teks Penerbit

1 Bahasa Arab Tingkatan Satu Synergymate Sdn. Bhd

2 Bahasa Arab Tingkatan Dua Aras Mega Sdn. Bhd.

3 Bahasa Arab Tingkatan Tiga Cerdik Publication Sdn. Bhd.

4 Bahasa Arab Tingkatan Empat Aras Mega Sdn. Bhd.

5 Bahasa Arab Tingkatan Lima Cerdik Publication Sdn. Bhd.

Sampel untuk temubual pula diambil daripada beberapa orang guru yang mengajar

matapelajaran bahasa Arab di sekolah-sekolah di Negeri Sembilan. Bilangan sampel tersebut

ialah seramai 14 responden.

Instrumen Kajian

Di dalam kajian ini, penulis menggunakan instrumen analisis kandungan dan temubual bagi

mengumpul dan mendapatkan data. Bagi tujuan analisis kandungan ilmu morfologi bahasa

Arab dalam buku teks, penulis akan membaca dan membuat penelitian terhadap keseluruhan

isi kandungan bagi tajuk-tajuk ilmu morfologi atau isi-isi kandungan yang berkaitan

dengannya walaupun tidak dinyatakan secara jelas bahawa ia merupakan sebahagian daripada

perbincangan ilmu morfologi. Tiga jenis borang analisis dan catatan/ semakan (Hasnan Basri,

2004: iii) telah dibina dan digunakan untuk tujuan tersebut, iaitu :

a) Borang analisis kandungan ilmu morfologi

b) Borang analisis penilaian aktiviti dan latihan

c) Borang analisis persembahan isi kandungan

Satu set soal selidik telah dibentuk untuk digunakan dalam temu bual semi

berstruktur. "Soalan-soalan dalam temu bual semi berstruktur ditentukan terlebih dahulu

tetapi jawapan kepada soalan-soalan tersebut adalah terbuka, boleh dikembangkan mengikut

budi bicara penemu bual dan partisipan (Othman Lebar, 2012: 122). Soalan ini direka khas

untuk mendapatkan maklumat mengenai dapatan dan pandangan mereka tentang pendekatan

yang sesuai dalam menyusun tajuk-tajuk morfologi bagi tujuan pembelajaran tatabahasa

Arab dan juga kandungan ilmu morfologi di dalam buku teks bahasa Arab.

Bagi instrumen soal selidik semi berstruktur, item-item yang terkandung di dalamnya

(13)

202

lain iaitu, permasalahan dalam pembelajaran ilmu morfologi dan strategi atau pendekatan

yang efektif dalam pembelajaran ilmu morfologi.

Prosedur Menjalankan Kajian

Kajian dilakukan berasaskan dua sumber utama iaitu data primer dan data sekunder. Data

sekunder diperolehi melalui kajian ke beberapa perpustakaan awam dan pusat pengajian

tinggi iaitu Universiti Malaya, Perpustakaan Universiti Islam Antarabangsa dan lain-lain.

Penulis juga melayari internet untuk ke laman-laman web berkaitan dengan strategi

pembelajaran bahasa kedua. Bahan-bahan rujukan pula terdiri daripada jurnal-jurnal bahasa,

buku-buku, tesis, disertasi, laporan kajian, dan lain-lain.

Bagi mendapatkan data-data primer, penulis akan menghubungi terlebih dahulu

semua pastisipan bagi mendapatkan persetujuan mereka seterusnya menetapkan masa dan

tempat bagi pelaksanaan temu bual itu nanti. Sekiranya proses ini terpaksa dilakukan pada

hari persekolahan, penulis akan memohon kebenaran daripada Ketua Jabatan atau Pengetua

bagi tujuan tersebut. Data –data akan direkodkan secara rakaman mp3 dan juga mengambil

nota semasa temu bual. Ini bagi memastikan segala maklumat dan dapatan dapat direkod

dengan baik. Langkah seterusnya adalah dengan log temu bual, sebagaimana yang

dicadangkan oleh Merriam (2001) (dalam Othman Lebar, 2012: 134). Ini kerana transkripsi

secara penuh memerlukan masa dan tenaga yang banyak.

Prosedur Penganalisisan Data

Analisis terhadap buku teks akan dibuat mengikut tema yang dibuat oleh Tay Meng Guat

(2010: 7-11) dalam kajian beliau, "Pandangan Guru Pelatih Terhadap Buku Teks Bahasa

Melayu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah." Tema yang akan digunakan adalah seperti

berikut :

1. Kandungan

Bil. Perkara

1 Kandungan buku teks sesuai dengan perkembangan semasa

2 Fakta tepat dan terkini.

3 Isi kandungan memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

4 Pemilihan bahan sesuai dengan kumpulan sasar.

(14)

203

2. Penilaian aktiviti dan latihan

Bil. Perkara

1 Menarik dan kreatif

2 Pelbagai

3 Meransang dan mencabar

4 Praktikal, logikal dan realistik

5 Menepati keperluan kumpulan sasaran.

3. Persembahan isi kandungan

Bil. Perkara

1 Persembahan bahan mempunyai kesinambungan dan bertautan.

2 Pengolahan bahan teks jelas dan sistematik.

3 Pengolahan bahan grafik jelas dan sistematik.

4 Pengolahan bahan mudah difahami/ diikuti dan mesra pengguna.

5 Murid-murid berpeluang meningkatkan kemahiran secara berperingkat dan progresif.

Data –data daripada temu bual semi berstruktur akan disusun semula mengikut

kategori dan pengekodan berdasarkan aspek yang dinyatakan di atas.

PENUTUP

Bab tiga di atas telah menerangkan mengenai metodologi kajian, perkaedahan yang

digunakan seperti rekabentuk, responden, instrumen kajian, kaedah pengumpulan data dan

prosedur penganalisaan data.

BIBLIOGRAFI

Abdul Azizi Musa, (1998 ). Pengajaran Nahu Bahasa Arab; Satu Kajian Kes di Maahad Muhammadi, Kota Bharu, Kelantan . 69-70.

Abdul Ghani Hassan, (1999). Kesilapan Membina Ayat Asas Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah.

(15)

204

Arif Kharkhy Khudhairy. (1994). Ta'lim al-lughat al-'Arabiyah li ghair al-'Arab Dirasat fi al-Manhaj wa Turuq al-Tadris. Kaherah: Dar Al-Saqafah lil al-Nasyr wa al-Tauzi'.

Bahagian Buku Teks, Kementerian Pelajaran Malaysia. (2010 ). Retrieved from

http://www.moe.gov.my/bbt/bukuteks

Bahagian Pendidikan Islam BPI, KPM. (2012, Mac). . Retrieved from

http://www.bpi.edu.my

Che Kamarudin Kamel Che Muhammad. (1999). Satu Kajian Penguasaan Nahu Bahasa Arab Peringkat Menengah Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Arab. 70-74.

Che Radiah Mezah (2009). Kesilapan Leksikal Dalam Pembelajaran Bahasa Arab. Serdang, Selangor Darul Ehsan: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Hasnan Basri, (2004). Unsur Pemikiran Kretif Dalam Buku Teks Sejarah Tingkatan Satu KBSM. Kuala Lumpur: Universiti Malaya .

Heng B.C; Neo K.S; Teh H.S. (2009). Penilaian Bahan Pengajaran Kursus Bahasa Mandarin di UiTM. Shah Alam: Universiti Teknologi Mara.

Irma Martini Mad Yasim ; Khairil Anwar Salim ; Wan Umi Suraya Wan Ismail;. (2010). al-Lughah al-Arabiyah lil as-Sanah as-Salisah. Shah Alam, Selangor Darul Ehsan: Cerdik Publication Sdn .

Kamus Dewan . (2007 ). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mat Nawi Mat Jusuh; Mohd Ridzwan Hj Abd Rasyid; Mohd Zaini Sejo. (2010). al-Lughah al-Arabiyah lil as-Sanah ar-Rabiah, Bahasa Arab Tingkatan Empat. Kajang, Selangor Darul Ehsan : Aras Mega Sdn Bhd.

Mohd Rosdi Ismail; Mat Taib Pa, (2006). Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab di Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Mohd Zuhir Abd Rahman, (2005). Penilaian dan Pembelajaran: Satu Kajian Buku Teks KBSM Bahasa Arab Komunikasi. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Muhammad Nasruddin Mohd Hasim ; Mohd Zawawi Hj. Awang Hamat ; Aisah Hasmam ;. (2008). al-Lughah al-Arabiyah lil as-Sanah as-Saniah, Bahasa Arab Tingkatan Dua. (S. S. Baktal, Ed.) Kajang, Selangor Darul Ehsan: Aras Mega Sdn Bhd.

Muhammad Seman ; Muhammad Afifi Abdullah ; Rusli Othman ; Hasmadi Hamdan ;. (2011). al-Lughah al-Arabiyah li as-Sanah al-Ula, Bahasa Arab Tingkatan Satu. (H. S. Hasuna, Ed.) Semenyih,, Selangor Darul Ehsan: Sinar Jimat Sdn Bhd.

(16)

205

Othman Lebar, (2012). Penyelidikan Kualitatif Pengenalan Kepada Teori dan Metod. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Tammam Hasan, (2001). Allughatul 'Arabiyah, Ma'naha, wa Mabnaha. Dar lbaidha', Maghribi: Dar Atthaqafah .

Tay M.G, (2010) Pandangan Guru Pelatih Terhadap Buku Teks Bahasa Melayu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Jurnal Penyelidikan IPG KBL , Jilid 9, 7-11.

Referensi

Dokumen terkait

[r]

(2015) pada pH yang tinggi, gugus hidroksida merupakan ligan yang lebih efektif dibandingkan gugus aktif adsorben, sehingga ion logam lebih tertarik untuk berikatan

Berdasarkan hasil karakterisasi menunjukkan bahwa nanopartikel klindamisin HCl-kitosan memiliki nilai rata-rata ukuran partikel 209,5nm, nilai indeks polidispersitas 0,271,

Elastisitas yang digunakan untuk mengukur intensitas reaksi konsumen atau pembeli pada umumnya dalam bentuk perubahan jumlah barang yang diminta terhadap perubahan

TAEKWONDO UNTUK MENGEMBANGKAN KECERDASAN KINESTETIK PESERTA DIDIK DI MADRASAH IBTIDAIYAH AL-FALAH GEDONGAN TAHUN PELAJARAN 2018. Skripsi, Fakultas Keguruan dan Ilmu

[r]

Pendidikan kolonial melarang masuknya pelajaran agama dalam sekolah-sekolah kolonial.(Suaramuhammadiyah, 2017) Bukan sekedar menerapkan system dikotomis-dualistik, namun

Tidak hanya itu juga menyambut MEA (Masyarakat Ekonomi Asean) pada tahun 2015 ini, dimana globalisasi terjadi maka perlu disesuaikan modul atau bahan ajar yang ada. Berbagai