• Tidak ada hasil yang ditemukan

Peranan komuniti dalam hubungan penggunaan saluran komunikasi terhadap peningkatan kualiti hidup masyarakat Orang Ulu di Sarawak

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Peranan komuniti dalam hubungan penggunaan saluran komunikasi terhadap peningkatan kualiti hidup masyarakat Orang Ulu di Sarawak"

Copied!
53
0
0

Teks penuh

(1)UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PERANAN KOMUNITI DALAM HUBUNGAN PENGGUNAAN SALURAN KOMUNIKASI TERHADAP PENINGKATAN KUALITI HIDUP MASYARAKAT ORANG ULU DI SARAWAK. RIBKA ALAN. FBMK 2015 74.

(2) PM. IG. H. T. U. PERANAN KOMUNITI DALAM HUBUNGAN PENGGUNAAN SALURAN KOMUNIKASI TERHADAP PENINGKATAN KUALITI HIDUP MASYARAKAT ORANG ULU DI SARAWAK. R. Oleh. ©. C. O. PY. RIBKA ALAN. Tesis yang dikemukakan kepada Sekolah Pengajian Siswazah,Universiti Putra Malaysia,sebagai memenuhi keperluan untuk Ijazah Doktor Falsafah. November 2015.

(3) PM. Semua bahan yang terkandung dalam tesis ini, termasuk teks tanpa had, logo, ikon, gambar dan semua karya seni lain, adalah bahan hakcipta Universiti Putra Malaysia kecuali dinyatakan sebaliknya. Penggunaan mana-mana bahan yang terkandung dalam tesis ini dibenarkan untuk tujuan bukan komersial daripada pemegang hakcipta. Penggunaan komersial bahan hanya boleh dibuat dengan kebenaran bertulis terdahulu yang nyata daripada Universiti Putra Malaysia.. ©. C. O. PY. R. IG. H. T. U. Hakcipta© Universiti Putra Malaysia.

(4) Abstrak tesis yang dikemukakan kepada Senat Universiti Putra Malaysia sebagai memenuhi keperluan untuk Ijazah Doktor Falsafah. PM. PERANAN KOMUNITI DALAM HUBUNGAN PENGGUNAAN SALURAN KOMUNIKASI TERHADAP PENINGKATAN KUALITI HIDUP MASYARAKAT ORANG ULU DI SARAWAK Oleh. November 2015. : Profesor Md. Salleh Hj. Hassan, PhD : Bahasa Moden dan Komunikasi. T. Pengerusi Fakulti. U. RIBKA ALAN. IG. H. Peningkatan kualiti hidup bagi masyarakat luar bandar merupakan satu agenda utama di dalam perancangan pembangunan oleh kerajaan Malaysia. Oleh itu, penyediaan dan pembangunan infrastruktur adalah perlu untuk menyediakan saluran komunikasi bagi masyarakat luar bandar. Bagi mengkaji hubungan penggunaan saluran komunikasi ke arah peningkatan kualiti hidup di kalangan masyarakat luar bandar, satu kajian telah dilakukan ke atas kumpulan sasaran masyarakat Orang Ulu di Sarawak, Malaysia.. PY. R. Pengumpulan data adalah menggunakan borang soal selidik dan temubual bersemuka dengan responden. Seramai 356 orang responden yang dipilih secara rawak bagi tujuan kajian ini dan data dianalisis menggunakan program ‘Statistical Package for Social Science’ (SPSS) versi 19.00. Hasil kajian dipersembahkan dalam bentuk statistik deskriptif, pekali korelasi separa dan regresi pelbagai.. O. Keputusan kajian menunjukkan responden meliputi lelaki (56.7%), etnik Kenyah (88.5%), umur lebih daripada 40 tahun (71.4%), tahap pendidikan SPM dan ke bawah (91.6%), mengusahakan penanaman kelapa sawit (60.1%) dan padi bukit (32.0%).. ©. C. Mod penggunaan saluran komunikasi adalah dikategorikan seperti berikut: telefon bimbit dan komunikasi antara perseorangan (sering) manakala bagi radio (jarang) dan televisyen (jarang sekali). Penggunaan telefon bimbit paling kerap digunakan di antara saluran komunikasi dari empat hingga enam kali seminggu bagi tujuan menelefon (35.1%), SMS (19.9%) dan lain-lain maklumat 9.0%. Bagi televisyen, jenis saluran TV yang paling digemari ialah Media Prima (24.4%) bagi mendapatkan maklumat berkaitan lain-lain maklumat (47.2%) dan maklumat kerajaan (44.2%).. Berdasarkan kualiti hidup, sebanyak 63.2% responden berpendapatan kurang daripada RM1,500.00. Namun demikian, tahap kualiti kesihatan, pendidikan, kehidupan keluarga, persekitaran pekerjaan, perumahan, alam sekitar dan keselamatan awam di kawasan i.

(5) PM. kajian masih dikategorikan sebagai memuaskan. Kualiti bagi pengangkutan dan perhubungan atau komunikasi dan penyertaan sosial adalah pada tahap sederhana. Peranan komuniti dalam kajian memainkan peranan yang sangat signifikan dalam penggunaan saluran komunikasi untuk mempengaruhi kualiti hidup di kawasan luar bandar.. U. Hasil kajian analisis korelasi separa menunjukkan hubungan signifikan di antara penggunaan saluran komunikasi (komunikasi antara perseorangan, radio, televisyen dan telefon bimbit) dengan kualiti hidup (penyertaan sosial, kehidupan keluarga, keselamatan awam dan pendapatan dan pengagihan) masyarakat Orang Ulu di Sarawak.. ©. C. O. PY. R. IG. H. T. Hasil kajian analisis regresi menunjukkan kekerapan komunikasi antara perseorangan merupakan faktor penyumbang kepada peningkatan kualiti pengangkutan dan perhubungan, penyertaan sosial dan keselamatan awam di kalangan masyarakat Orang Ulu di Sarawak. Sementara itu, penggunaan radio merupakan satu faktor penyumbang kepada peningkatan kualiti penyertaan sosial, perumahan dan alam sekitar. Bagi penggunaan saluran televisyen, ia merupakan faktor menyumbang kepada peningkatan kualiti penyertaan sosial, keselamatan awam, persekitaran pekerjaan, kehidupan keluarga, pendidikan dan pendapatan dan pengagihan. Telefon bimbit menyumbang dalam peningkatan kualiti kesihatan, alam sekitar dan pengangkutan dan perhubungan atau komunikasi. Kesimpulannya, penggunaan saluran komunikasi boleh meningkatkan kualiti hidup masyarakat luar bandar sekiranya perkhidmatan tersebut dinaiktaraf.. ii.

(6) Abstract of thesis presented to the Senate of Universiti Putra Malaysia in fulfilment of the requirement for the Degree of Doctor of Philosophy. PM. ROLES OF COMMUNITY IN RELATIONSHIP OF COMMUNICATIONCHANNEL UTILIZATION TO IMPROVE QUALITYOF LIFEOF THE ORANG ULU COMMUNITY IN SARAWAK By. November 2015. : Professor Md. Salleh Hj. Hassan, PhD : Modern Languages and Communication. T. Chair Faculty. U. RIBKA ALAN. IG. H. Improving the quality of life for the rural communities is one of the main agenda in the development plan of the government of Malaysia. Thus, infrastructure preparation and development are essential to provide communication channels for the rural communities. To study the relationship of these communication channels towards improving the quality of life among rural communities, a study was conducted for a focused group of Orang Ulu community in Sarawak, Malaysia.. PY. R. Data were collected using questionnaires and face to face interviews with the respondents. A total of 356 respondents were randomly selected for the study and data were analyzed using "Statistical Package for Social Science (SPSS) version 19.00.The findings are presented in the form of descriptive statistics, partial correlation coefficients and multiple regression.. O. The results showed that respondents were comprised of men (56.7%), Kenyah ethnicity (88.5%), above 40 years old (71.4%), education level SPM and below (91.6%) and working on oil palm cultivation (60.1%) and hill paddy (32.0%).. ©. C. The utilization modes of communication channels were categorized as follows: mobile phones and interpersonal communication (frequent), while the radio (sometime) and television (seldom). The mobile phone was the most frequently used among the communication channels from four to six times for calling purposes (35.1%), SMS (19.9%) and other purposes (9.0%). For television, the most popular channel is provided by Media Prima (24.4%) for the purpose to obtain other information (47.2%) and government information (44.2%).. Based on quality of life, about 63.2% of respondents earn less than RM 1,500.00. However, the quality of health, education, family life, working environment, housing, environment and public safety in the study area were categorized as satisfactory. The iii.

(7) PM. quality of transport and road networks or communication and social participation was categorized as average level. Roles of communities in this study are playing a very significant role in the use of communication channels to influencing the quality of life in rural areas.. The results of partial correlation analysis study showed a significant correlation between the use of communication channels (interpersonal communication, radio, television and mobile phone) with quality of life (social participation, family life, public safety and revenue and distribution) of the Orang Ulu community in Sarawak.. ©. C. O. PY. R. IG. H. T. U. The findings of multiple regression analysis showed the frequency of interpersonal communication was a contributing factor to increase the quality of transport and communication, social participation and public safety among the Orang Ulu community in Sarawak. While, utilization of radio was a contributing factor to increase the quality of social participation, housing and the environment. The use of television was a contributing factor for improving the quality of social participation, public safety, environment, employment, family life, education and income and distribution. Mobile phones contributed in improving the quality of health, environment, transport and road network, or communication. In conclusion, the use of certain communication channels could improve the quality of life of rural communities if those services are upgraded.. iv.

(8) PENGHARGAAN. U. PM. Segala puji syukur kepada Tuhan kerana memberkati dan melindungi saya sepanjang menyiapkan tesis ini. Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada penyelia tesis ini Profesor Dr. Md. Salleh Hj. Hassan kerana memberi peluang kepada saya untuk belajar dan membimbing saya dalam mencapai kesempurnaan dalam menyiapkan tesis ini. Juga, jutaan terima kasih kepada ahli jawatankuasa yang banyak membantu, memberi cadangan dan petunjuk dalam memperbaiki kelemahan tesis ini iaitu Profesor Madya Dr. Jusang Bin Bolong dan Dr. Mohd. Nizam Bin Osman di atas ilmu statistik serta prihatin terhadap format tesis ini.. H. T. Kepada keluarga khususnya ibubapa saya, Alan Adau dan Ta’a Erung yang sentiasa mendoakan kelapangan, kemudahan dan kesejahteraan untuk saya. Kepada suami saya, Philip Lepun terima kasih kerana sentiasa memberi dorongan dan sudi menjadi teman berbincang untuk menyiapkan tesis ini dan sabar menguruskan anak-anak kami (Ashton Lenchau, Aimar Abun dan Aldrich Erung). Kepada anak-anak, terima kasih kerana memahami kesibukan ibu menyiapkan tesis ini.. R. IG. Kesempatan ini juga saya ingin ucapkan terima kasih kepada Pegawai Tadbir Daerah Kecil Asap, Belaga, Encik Seaver Miot ak Nyipa dan Cik Norina Ngang bantuan menyediakan maklumat penduduk yang banyak membantu saya mencari responden bagi kajian ini. Tidak lupa juga saya ucapkan terima kasih kepada responden dan penduduk kampong atas kerjasama yang diberikan dalam menjayakan kajian ini.. ©. C. O. PY. Kepada Cik Ubong Anyi, Pn. Shafinah Bt Kamaruddin, Dr. Nordiana Bt Mohd Idris dan Pn. Malisah Bt. Latip terima kasih atas dorongan dan diskusi bersama. Kepada rakan seperjuangan dalam pengajian Robe’ah Yusuf, Khairul Hilmi Abdul Manap, Khairul Nizam dan Sherilyizatul Adayu terima kasih kerana sanggup bersusah payah bersamasama belajar mengenai analisis statistik.. v.

(9) ©. T. H. IG. R. PY. O. C. U. PM.

(10) Tesis ini telah dikemukakan kepada Senat Universiti Putra Malaysia dan telah diterima sebagaimemenuhisyarat keperluan untuk ijazah Doktor Falsafah. Ahli Jawatankuasa Penyeliaan adalah seperti berikut:. PM. Md. Salleh Hj. Hassan, PhD Profesor Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia (Pengerusi). T H ________________________ BUJANG KIM HUAT, PhD Profesor dan Dekan Sekolah Pengajian Siswazah Universiti Putra Malaysia Tarikh:. ©. C. O. PY. R. IG. Mohd. Nizam Bin Osman, PhD Pensyarah Kanan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia (Ahli). U. Jusang Bin Bolong, PhD Profesor Madya Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia (Ahli). vii.

(11) Perakuan Pelajar Siswazah. IG. H. T. U. PM. Saya memperakui bahawa:  tesis ini adalah hasil kerja saya yang asli;  setiap petikan, kutipan dan ilustrasi telah dinyatakan sumbernya dengan jelas;  tesis ini tidak pernah dimajukan sebelum ini, dan tidak dimajukan serentak dengan ini, untuk ijazah lain sama ada di Universiti Putra Malaysia atau di institusi lain;  hak milik intelek dan hakcipta tesis ini adalah hak milik mutlak Universiti Putra Malaysia, mengikut Kaedah-Kaedah Universiti Putra Malaysia (Penyelidikan) 2012;  kebenaran bertulis daripada penyelia dan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) hendaklah diperoleh sebelum tesis ini diterbitkan (dalam bentuk bertulis, cetakan atau elektronik) termasuk buku, jurnal, modul, prosiding, tulisan popular, kertas seminar, manuskrip, poster, laporan, nota kuliah, modul pembelajaran atau material lain seperti yang dinyatakan dalam Kaedah-Kaedah Universiti Putra Malaysia (Penyelidikan) 2012;  tiada plagiat atau pemalsuan/fabrikasi data dalam tesis ini, dan integriti ilmiah telah dipatuhi mengikut Kaedah-Kaedah Universiti Putra Malaysia (Pengajian Siswazah) 2003 (Semakan 2012-2013) dan Kaedah-Kaedah Universiti Putra Malaysia (Penyelidikan) 2012. Tesis telah diimbaskan dengan perisian pengesanan plagiat.. Tarikh: __________________. R. Tandatangan: ________________________. ©. C. O. PY. Nama dan No.Matrik: Ribka Alan, GS27270. viii.

(12) Perakuan Ahli Jawatankuasa Penyeliaan:. U. PM. Dengan ini, diperakukan bahawa:  penyelidikan dan penulisan tesis ini adalah di bawah seliaan kami;  tanggungjawab penyeliaan sebagaimana yang dinyatakan dalam Kaedah- Kaedah Universiti Putra Malaysia (Pengajian Siswazah) 2003 (Semakan 2012- 2013) telah dipatuhi.. Md. Salleh Hj. Hassan, PhD. Tandatangan: Nama AhliJawatankuasa Penyeliaan:. Jusang Bin Bolong, PhD. Tandatangan: Nama AhliJawatankuasa Penyeliaan:. Mohd. Nizam Bin Osman, PhD. ©. C. O. PY. R. IG. H. T. Tandatangan: NamaPengerusi Jawatankuasa Penyeliaan:. ix.

(13) ISI KANDUNGAN MukaSurat i iii v vi viii xiii xvi xvii. U. PM. ABSTRAK ABSTRACT PENGHARGAAN PENGESAHAN PERAKUAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI SINGKATAN BAB. 5 6 9 9 10 11 11. SOROTAN LITERATUR 2.1 Kualiti Hidup 2.2 Definisi Komunikasi 2.2.1 Komunikasi Antara Perseorangan 2.2.2 Media Cetak 2.2.3 Media Elektronik 2.2.4 Media Baru 2.3 Peranan dan Pengaruh Media Massa 2.4 Pembangunan Komuniti 2.5 Peranan Komuniti 2.6 Teori Peresapan atau Difusi Inovasi 2.7 Teori Hierarki Keperluan Abraham Maslow 2.8 Rangka Konsep Kajian 2.9 Hipotesis Kajian. 13 13 16 17 18 19 20 22 23 24 25 27 30 31. METODOLOGI KAJIAN 3.1 Reka Bentuk Kajian 3.2 Lokasi Kajian 3.3 Populasi 3.4 Prosedur Persampelan 3.5 Instrumen Kajian. 33 33 34 34 37 38. H. R. IG. ©. C. O. PY. 2. 3. 1 1 2 3. PENGENALAN 1.1 Latar Belakang Kajian 1.1.1 Kualiti Hidup Masyarakat Luar Bandar Malaysia 1.1.2 Kualiti Hidup Masyarakat Luar Bandar di Sarawak 1.1.3 Masyarakat Orang Ulu di Sarawak 1.2 Penyataan Masalah 1.3 Persoalan Kajian 1.4 Objektif Kajian 1.5 Kepentingan Kajian 1.6 Skop Kajian 1.7 Definisi Kata Kunci. T. 1. x.

(14) 3.7 3.8 3.9. H. IG. R. PY O C. ©. 39 39 42 46 47 49 50 50 50 51. 52 52 52 57 57 64 69 74 78 78 81 83 85 86 87 90 91 93 95 96 99 99 106 114 122 128 129. U. HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN 4.1 Ciri Demografi Responden 4.1.1 Profil Responden 4.2 Analisis Deskriptif Pola Penggunaan Saluran Komunikasi 4.2.1 Komunikasi Antara Perseorangan 4.2.2 Radio 4.2.3 Televisyen 4.2.4 Telefon Bimbit 4.3 Analisis Deskriptif Tahap Kualiti Hidup 4.3.1 Pendapatan dan Pengagihan 4.3.2 Kesihatan 4.3.3 Pendidikan 4.3.4 Kehidupan Keluarga 4.3.5 Persekitaran Pekerjaan 4.3.6 Perumahan 4.3.7 Alam Sekitar 4.3.8 Pengangkutan dan Perhubungan 4.3.9 Penyertaan Sosial 4.3.10 Keselamatan Awam 4.4 Analisis Deskriptif Peranan Komuniti 4.5 Analisis Korelasi Separa 4.4.1 Komunikasi Antara Perseorangan 4.4.2 Radio 4.4.3 Televisyen 4.4.4 Telefon Bimbit 4.6 Analisis Regresi Pelbagai 4.6.1 Faktor Komunikasi yang Menyumbang kepada Perubahan Pendapatan dan Pengagihan 4.6.2 Faktor Komunikasi yang Menyumbang kepada Perubahan Kesihatan 4.6.3 Faktor Komunikasi yang Menyumbang kepada Perubahan Pendidikan 4.6.4 Faktor Komunikasi yang Menyumbang kepada Perubahan Kehidupan Keluarga 4.6.5 Faktor Komunikasi yang Menyumbang kepada Perubahan Persekitaran Pekerjaan 4.6.6 Faktor Komunikasi yang Menyumbang kepada Perubahan Perumahan. T. 4. Pengoperasionalan dan Pengukuran Pemboleh Ubah 3.6.1 Pemboleh Ubah Bebas 3.6.2 Pemboleh Ubah Bergantung 3.6.3 Pemboleh Ubah Kawalan Pra-Uji Pengumpulan Data Penganalisaan Data 3.9.1 Analisis Deskriptif 3.9.2 Analisis Korelasi Separa 3.9.3 Analisis Regresi Pelbagai. PM. 3.6. xi. 130 131 133 135 136.

(15) 137. RINGKASAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.1 Ringkasan Kajian 5.1.1 Latar Belakang Kajian 5.1.2 Objektif Kajian 5.1.3 Metodologi Kajian 5.1.4 Rumusan Hasil Kajian 5.2 Kesimpulan 5.3 Implikasi Kajian 5.3.1 Implikasi Teoritikal 5.3.2 Implikasi Metodologi 5.3.3 Implikasi Praktikal 5.4 Cadangan dari Hasil Kajian 5.5 Cadangan Kajian Masa Hadapan. 147 147 147 148 148 149 154 155 155 155 156 156 157. 138. PM. 140 143 145. ©. C. O. PY. R. BIBLIOGRAFI LAMPIRAN BIODATA PELAJAR SENARAI PENERBITAN. IG. H. T. U. 5. 4.6.7 Faktor Komunikasi yang Menyumbang kepada Perubahan Alam Sekitar 4.6.8 Faktor Komunikasi yang Menyumbang kepada Perubahan Pengangkutan dan Perhubungan 4.6.9 Faktor Komunikasi yang Menyumbang kepada Perubahan Penyertaan Sosial 4.6.10 Faktor Komunikasi yang Menyumbang kepada Perubahan Keselamatan Awam 4.7 Rumusan Analisis Regresi Pelbagai. xii. 158 179 194 195.

(16) SENARAI JADUAL Jadual. 4.2. 4.4 4.5. O. 4.6 4.7. ©. C. 4.8. 4.9 4.10 4.11 4.12 4.13 4.14 4.15 4.16 4.17 4.18 4.19. 15 37 40 40 41 41 42 42 43 43 44 44 44 45 45 46 46 47 49. PM. U. T. H. PY. 4.3. IG. 3.19 4.1. Indikator kualiti hidup yang telah digunakan dalam kajian lepas Bilangan penduduk dan saiz sampel mengikut kampung terpilih Pemboleh ubah bagi komunikasi antara perseorangan Pemboleh ubah bagi media cetak Pemboleh ubah bagi media elektronik Jenis saluran radio yang didengari oleh responden Pemboleh ubah bagi media baru Pemboleh ubah bagi pendapatan dan pengagihan Pemboleh ubah bagi kesihatan Pemboleh ubah bagi pendidikan Pemboleh ubah bagi kehidupan keluarga Pemboleh ubah bagi persekitaran pekerjaan Pemboleh ubah bagi perumahan Pemboleh ubah bagi alam sekitar Pemboleh ubah bagi pengangkutan dan perhubungan Pemboleh ubah bagi penyertaan sosial Pemboleh ubah bagi keselamatan awam Pemboleh ubah bagi peranan komuniti Tahap kebolehpercayaan instrumen kajian pra-uji dan selepas pengumpulan data Nilai pekali korelasi Profil responden berdasarkan jantina, etnik, agama, umur dan tahap pendidikan (n=356) Profil responden berdasarkan penglibatan dalam pertanian dan jenis tanaman yang diusahakan (n=356) Profil responden berdasarkan jenis dan keluasan tanah yang diusahakan (n=356) Waktu utama untuk berjumpa dengan individu lain (n=356) Masa yang diperuntukkan setiap kali perjumpaan dengan individu lain (n=356) Tempat utama untuk berjumpa dengan individu lain (n=356) Maklumat utama yang di cari dalam proses komunikasi antara perseorangan (n=356) Kekerapan perjumpaan dengan individu lain dalam tempoh setahun (n=356) Waktu utama untuk mendengar radio (n=356) Masa yang diperuntukkan setiap kali mendengar radio (n=356) Tempat utama untuk mendengar radio (n=356) Maklumat utama yang di cari dari radio (n=356) Kekerapan mendengar radio dalam tempoh seminggu (n=356) Waktu utama untuk menonton televisyen (n=356) Masa yang diperuntukkan setiap kali menonton televisyen (n=356) Tempat utama untuk menonton televisyen (n=356) Maklumat utama yang di cari televisyen (n=356) Kekerapan menonton televisyen dalam tempoh seminggu (n=356) Waktu utama untuk menggunakan khidmat telefon bimbit (n=356). R. 2.1 3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 3.6 3.7 3.8 3.9 3.10 3.11 3.12 3.13 3.14 3.15 3.16 3.17 3.18. Muka Surat. xiii. 51 53 55 56 58 59 60 62 63 64 65 66 67 68 69 70 71 72 73 74.

(17) 4.36 4.37 4.38 4.39 4.40 4.41 4.42 4.43 4.44. ©. C. 4.46 4.47 4.48 4.49 4.50 4.51 4.52. 76 77 78. PM. O. 4.45. 75. 79 80 81 82 83 84. U. 4.30 4.31 4.32 4.33 4.34 4.35. T. 4.26 4.27 4.28 4.29. H. 4.24 4.25. IG. 4.23. R. 4.21 4.22. Masa yang diperuntukkan setiap kali menggunakan khidmat telefon bimbit (n=356) Tempat utama untuk menggunakan khidmat telefon bimbit (n=356) Maklumat utama yang di cari dari menggunakan khidmat telefon bimbit (n=356) Kekerapan menggunakan khidmat telefon bimbit dalam tempoh seminggu (n=356) Jenis peralatan isi rumah yang dimiliki (n=356) Pendapatan dan kaitannya dengan keperluan asas dalam tempoh setahun (n=356) Jenis penyakit di kalangan responden (n=356) Pendapat responden terhadap tahap kemudahan kesihatan (n=356) Tahap pencapaian pelajar sekolah (n=356) Tahap kepuasan responden berkaitan kemudahan pendidikan (n=356) Aktiviti bersama keluarga (n=356) Tahap kepuasan responden mengenai persekitaran pekerjaan (n=356) Jenis pemilikan aset (n=356) Kekerapan melakukan pengubahsuaian (n=356) Jarak tempat tinggal dengan kemudahan asas (n=356) Kekerapan kejadian gangguan khidmat utiliti dan perhubungan talian komunikasi di kawasan responden (n=356) Kekerapan pencemaran alam sekitar di kawasan responden (n=356) Jenis pemilikan kenderaan alam sekitar di kalangan responden (n=356) Tahap mutu pengangkutan dan perhubungan (n=356) Taburan penglibatan dalam aktiviti sosial oleh responden (n=356) Taburan aktiviti kebudayaan dan hiburan yang diikuti responden (n=356) Reaksi terhadap jenis dan tahap masalah sosial (n=356) Tahap kepekaan komuniti kepada peranan sosial semasa (n=356) Perkaitan kekerapan komunikasi antara perseorangan dengan pemboleh ubah bergantung (n=356) Rumusan keputusan hipotesis bagi peranan komuniti terhadap hubungan di antara komunikasi antara perseorangan dengan kualiti hidup Perkaitan kekerapan penggunaan radio dengan pemboleh ubah bergantung (n=356) Rumusan keputusan hipotesis bagi peranan komuniti terhadap hubungan di antara penggunaan radio dengan kualiti hidup Perkaitan kekerapan penontonan televisyen dengan pemboleh ubah bergantung (n=356) Rumusan keputusan hipotesis bagi peranan komuniti terhadap hubungan di antara penontonan televisyen dengan kualiti hidup Perkaitan kekerapan penggunaan telefon bimbit dengan pemboleh ubah bergantung (n=356) Rumusan keputusan hipotesis bagi peranan komuniti terhadap hubungan di antara penggunaan telefon bimbit dengan kualiti hidup Analisis varian bagi pemboleh ubah pendapatan dan pengagihan Regresi Koeffisen pemboleh ubah bebas: Multi-Regresi Analisis, Kaedah Stepwise bagi pendapatan dan pengagihan. PY. 4.20. xiv. 85 86 87 88 89 90 91 92 93 94 95. 96 97 100 106. 107 114 115 122 123 128 129 129.

(18) 4.63 4.64 4.65 4.66 4.67 4.68 4.69 4.70. 132 133. PM. ©. C. O. PY. 4.71. 130 131. 134 134 135 136 136 137. U. 4.61 4.62. T. 4.59 4.60. H. 4.57 4.58. IG. 4.55 4.56. Analisis varian bagi pemboleh ubah kesihatan Regresi Koeffisen pemboleh ubah bebas: Multi-Regresi Analisis, Kaedah Stepwise bagi kesihatan Analisis varian bagi pemboleh ubah pendidikan Regresi Koeffisen pemboleh ubah bebas: Multi-Regresi Analisis, Kaedah Stepwise bagi pendidikan Analisis varian bagi pemboleh ubah kehidupan keluarga Regresi Koeffisen pemboleh ubah bebas: Multi-Regresi Analisis, Kaedah Stepwise bagi kehidupan keluarga Analisis varian bagi pemboleh ubah persekitaran pekerjaan Regresi Koeffisen pemboleh ubah bebas: Multi-Regresi Analisis, Kaedah Stepwise bagi persekitaran pekerjaan Analisis varian bagi pemboleh ubah perumahan Regresi Koeffisen pemboleh ubah bebas: Multi-Regresi Analisis, Kaedah Stepwise bagi perumahan Analisis varian bagi pemboleh ubah alam sekitar Regresi Koeffisen pemboleh ubah bebas: Multi-Regresi Analisis, Kaedah Stepwise bagi alam sekitar Analisis varian bagi pemboleh ubah pengangkutan dan perhubungan Regresi Koeffisen pemboleh ubah bebas: Multi-Regresi Analisis, Kaedah Stepwise bagi pengangkutan dan perhubungan Analisis varian bagi pemboleh ubah penyertaan sosial Regresi Koeffisen pemboleh ubah bebas: Multi-Regresi Analisis, Kaedah Stepwise bagi penyertaan sosial Analisis varian bagi pemboleh ubah keselamatan awam Regresi Koeffisen pemboleh ubah bebas: Multi-Regresi Analisis, Kaedah Stepwise bagi keselamatan awam Rumusan bagi analisis regresi bagi penggunaan saluran komunikasi yang menyumbang kepada kualiti hidup. R. 4.53 4.54. xv. 137 138 139 139 141 142 144 144 146.

(19) SENARAI RAJAH Rajah. 28 30 35 38. ©. C. O. PY. R. IG. H. T. U. 3.2. Hierarki Keperluan Abraham Maslow Kerangka konseptual kajian Lokasi penempatan semula masyarakat Orang Ulu Sungai Asap Koyan Rangka persampelan kajian. PM. 2.1 2.2 3.1. Muka Surat. xvi.

(20) SENARAI SINGKATAN. PM. U. T. H. ©. C. O. PY. R. SMS SPM SPSS TMK UPE UPSR WWW VCD. Asian Satellite Television and Radio Operator Skim Amanah Ikhtiar Malaysia Compact Disc Community Development Academy Digital Versatile Disc Indeks Kualiti Hidup Malaysia Intitusi Pengajian Tingga Awam/ Swasta Garis Panduan Kualiti Hidup Malaysia Rural Information Center National Broadband Initiatives Native Customary Right National Information Technology Agenda National Key Results Areas Orang Ulu National Association Portable Document Format Rural Internet Center Penilaian Menengah Rendah Penempatan Semula Asap Koyan Belaga Rancangan Malaysia Kesembilan Rancangan Malaysia Kesepuluh Radio Televisyen Malaysia Suruhanjaya Komunikasi Malaysia dan Multimedia Malaysia Short Message Service Sijil Pelajaran Malaysia Statistical Packagefor SocialScience Teknologi Maklumat dan Komunikasi Unit Perancang Ekonomi Ujian Penilaian Sekolah Rendah World Wide Web Video Compact Disc. IG. ASTRO AIM CD CDA DVD IKHM IPTA/S GPKHM MID NBI NCR NITA NKRA OUNA PDF PID PMR PSAKB RMK9 RMK-10 RTM SKMM. xvii.

(21) BAB 1. PM. PENGENALAN. 1.1. U. Bab ini membincangkan perihal kajian yang merangkumi beberapa topik iaitu latar belakang kajian, penyataan masalah, persoalan kajian, objektif kajian, kepentingan kajian, skop kajian dan definisi kata kunci.. Latar Belakang Kajian. IG. H. T. Agenda pembangunan yang dirancang oleh pemerintah di sesebuah negara lebih menekankan kepada pembangunan secara holistik dengan menggariskan beberapa langkah penting sebagai garis panduan kemajuan yang diingini. Di Malaysia, kualiti hidup melalui pembangunan dan kemajuan yang dilakukan harus berlandaskan kepada Rukun Negara yang diterapkan di dalam matlamat pendidikan negara bagi membentuk sifat intelek, rohani, emosi dan jasmani yang seimbang sesuai dengan prinsip keagamaan masing-masing. Ini bagi menjamin masyarakat menikmati kualiti hidup yang lebih baik.. ©. C. O. PY. R. Kualiti hidup adalah satu tahap kesejahteraan dan keselesaan hidup yang diperolehi oleh seseorang atau kelompok masyarakat (Ross & Willigen, 1997; Kamaruddin & Mubin, 2012). Kualiti hidup meliputi pelbagai definisi dan perspektif yang tidak boleh diukur secara langsung kerana ia sentiasa berubah mengikut keadaan persekitaran yang hendak dinilai. Garis panduan kualiti hidup perlu disusun secara teratur dalam membentuk polisi dan tindakan agar dapat membantu meningkatkan perubahan kehidupan manusia sejagat (Renwick, 2006; Affizal, 2008; William & Haris, 2013). Petunjuk penting yang dinilai dalam kualiti hidup manusia merangkumi beberapa prinsip utama iaitu yang bersifat dalaman, luaran dan harta benda (Schalock, 1996). Peranan media massa adalah penting untuk membina sebuah kehidupan yang berkualiti kerana ia boleh meningkatkan keberkesanan pasaran, produktiviti, daya saing serta meningkatkan kualiti hidup masyarakat (Noor Sharifah, 2004; Wielicki & Arendt, 2010; Chhahhar & Md. Salleh, 2013).. Dalam situasi masa kini, peranan saluran komunikasi adalah penting dalam meningkatkan kualiti hidup masyarakat baik di bandar ataupun luar bandar. Dunia tanpa sempadan yang wujud kini adalah kesan daripada penggunaan media baru dalam perhubungan di alam maya yang tidak dapat disekat kerana kebebasan dalam persaingan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Prinsip globalisasi dan kemajuan yang pesat dalam teknologi maklumat memberi peluang yang luas untuk meningkatkan kualiti hidup (Leung & Lee, 2005; Chan, 2014). Namun, peluang yang luas dalam pembangunan TMK adalah di luar kemampuan sesebuah masyarakat akan turut serta dibebani dengan kesan yang tidak diingini secara tidak langsung. Kehidupan manusia pada masa kini menjadikan media digital seperti Internet dan telefon bimbit. 1.

(22) sebagai satu kemudahan yang perlu bagi memudahkan manusia saling berinteraksi antara satu sama lain, bersosial dan dalam pelbagai aktiviti termasuk perniagaan.. Kualiti Hidup Masyarakat Luar Bandar Malaysia. H. 1.1.1. T. U. PM. Sepanjang dekad yang lalu, Internet telah mengubah cara orang bekerja, bermain, belajar dan berkomunikasi. Kini, jurang berkaitan maklumat dalam aspek kehidupan generasi baru dapat dikurangkan kerana maklumat boleh didapati di Internet, yang menghujani beratus-ratus juta laman web dan keupayaan untuk berhubung antara satu sama lain melalui mel elektronik juga amat mudah (Henderson, 2001; Normah, Wan Amizah, Fauziah, Maizatul & Mohd Helmi, 2013). Internet merupakan satu mekanisme baru untuk berkomunikasi dan menyampaikan maklumat selain daripada telefon, pos surat, televisyen, radio dan surat khabar. Malah ramai yang beranggapan pertumbuhan maklumat di Internet dan e-dagang sebagai mega trend global yang berevolusi seiring dengan mesin cetak, telefon, komputer dan alat elektronik yang lain yang semakin mesra pengguna. Sejak perkembangan baru ini, teknologi maklumat telah mengambil alih kehidupan kita dalam kebanyakan sesebuah negara (Leung & Lee, 2005; Thierry, Nicolas & Raphael, 2013).. O. PY. R. IG. Pendekatan pembangunan di Malaysia sejak kebelakangan ini lebih tertumpu kepada pembangunan di luar bandar. Sebagai salah satu negara dunia ketiga, kerajaan Malaysia meletakkan tumpuan pada aspek seperti pembasmian kemiskinan, pembangunan pertanian (Md Salleh et al., 2010) dan pembangunan TMK (Samah, Hayrol, Md Salleh & D Silva, 2011). Selain daripada itu, Kerajaan Malaysia menetapkan dua peringkat transformasi dan evolusi pembangunan luar bandar. Peringkat pertama telah dirancang dari tahun 1957–1994 dengan memilih dasar yang telah dilaksana iaitu Pra-Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Ekonomi Baru. Di bawah dasar, ini sasaran pembangunan luar bandar yang ditetapkan oleh kerajaan ialah menyediakan infrastruktur asas, pembangunan pertanian yang berdasarkan komoditi utama, pembangunan ekuiti, usaha pembasmian kemiskinan, pembangunan tanah dan wilayah dan pemberian subsidi. Pada peringkat kedua transformasi (1994– 2020), ia adalah berdasarkan Falsafah Baru dan Dasar Pembangunan Luar Bandar yang memberi tumpuan kepada mencapai status negara maju pada tahun 2020.. ©. C. Dalam tempoh tersebut, kedua-dua dasar baru ini telah digubal dan dikenali sebagai Dasar Pembangunan Negara dan Dasar Wawasan Negara dengan harapan untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat. Kedua-dua dasar ini memfokuskan kepada pembangunan yang seimbang, pembangunan sumber manusia, pembangunan tanah wilayah autoriti, meningkatkan kualiti perkhidmatan untuk kualiti hidup yang lebih baik, mencapai pembangunan mapan, pembasmian kemiskinan dan kumpulan berpendapatan rendah, membangunkan kawasan yang menarik, maju dan menguntungkan kawasan luar bandar dan tumpuan pembangunan luar bandar kumpulan yang khusus. Ideologi pembangunan seimbang yang dikemukakan oleh kerajaan bertujuan memastikan kedua-dua pembangunan fizikal dan pembangunan manusia berjalan dengan lancar (Sulaiman et al., 2011).. 2.

(23) U. PM. Kesan daripada transformasi pembangunan di luar bandar, terdapat peningkatan pendapatan masyarakat yang amat ketara. Pada tahun 1999, pendapatan bulanan bagi setiap isi rumah luar bandar ialah RM1,718 berbanding dengan RM2,545 pada tahun 2009. Bagi memperhebatkan pembangunan di kawasan luar bandar, kerajaan telah memperuntukkan di dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) sejumlah RM145 bilion bagi pembangunan fizikal, ekonomi dan sosial luar bandar. Kesan ini juga boleh dilihat pada perkembangan pendidikan apabila hampir setengah juta pelajar luar bandar telah ditawarkan tempat untuk meneruskan pengajian peringkat sarjana muda di universiti dalam tempoh tersebut. Dalam tempoh 2006–2009, sejumlah 1,419.26 km jalan baru dan jalan lama dibaiki bagi memenuhi keperluan penduduk di kawasan luar bandar.. IG. H. T. Selain itu, kerajaan Malaysia juga telah memperkenalkan enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan sudah tentu salah satu daripada sasaran utama NKRA itu adalah untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat luar bandar. Antara sasaran utama NKRA ialah pengurangan kadar jenayah, memerangi rasuah, meluaskan akses kepada kawasan yang berkemampuan dan pendidikan berkualiti, meningkatkan taraf hidup golongan miskin, meningkatkan infrastruktur di kawasan luar bandar dan menambah baik pengangkutan awam dalam jangka masa sederhana. Penekanan dalam pembangunan luar bandar ini adalah bukti daripada kesan program pembangunan terdahulu yang dianggap berjaya. Namun demikian persoalannya kini, adakah masyarakat luar bandar mempunyai tanggapan bahawa mereka telah mencapai kualiti hidup yang lebih baik (Sulaiman et al., 2011).. O. PY. R. Pelancaran kampung jalur lebar tanpa wayar ke arah merakyatkan jalur lebar telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia pada 24 Mac 2010 sebagai satu usaha bagi meningkatkan kualiti hidup yang dapat membantu masyarakat di luar bandar menikmati dan menerokai kemudahan TMK. Kemudahan seperti ini bagi membolehkan masyarakat luar memperoleh yang setara dengan masyarakat bandar selain menjadi pencetus kepada perubahan kualiti hidup semasa mereka. Tanggungjawab yang dipikul oleh kerajaan dalam mengurangkan jurang penyediaan kemudahan teknologi maklumat adalah penting ke arah perubahan hidup mereka (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, 2010).. ©. C. Chamhuri Siwar, 2004 (dalam Mohamed Zaini, 2010) menyatakan secara umumnya, penggunaan garis kemiskinan tidak dapat memberi gambaran yang jelas tentang tahap kemiskinan yang dialami oleh isi rumah, sama ada berada di pinggir atau begitu jauh di bawah garis kemiskinan. Sebaliknya, ia memerlukan sokongan petunjuk sosial seperti kualiti fizikal. Dengan ini, kualiti fizikal yang meliputi infrastruktur dan prasarana yang baik bagi sesebuah masyarakat terutama yang tinggal di luar bandar.. 1.1.2. Kualiti Hidup Masyarakat Luar Bandar di Sarawak. Negeri Sarawak mempunyai keluasan tanah yang luas dan ini menjadi halangan untuk menyediakan kemudahan jalan raya sebagai penghubung yang lebih efektif untuk memasarkan hasil pertanian penduduknya. Oleh kerana kemudahan perhubungan yang terhad, kebanyakan penduduknya yang bekerja sebagai petani seperti menanam padi 3.

(24) PM. bukit, tanaman komersial dan mengumpul hasil hutan atau menangkap ikan di sungai dan di persisiran pantai sangat terhad untuk memasarkan hasil mereka (Ahmad Mahdzan, 1997). Bagi mempercepatkan pembangunan di luar bandar, kerajaan telah memperuntukkan RM1.8 bilion untuk membina kemudahan infrastruktur di negeri Sarawak dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) bagi meningkatkan ekonomi masyarakat di kawasan pedalaman (Utusan Malaysia Online, 2006).. T. U. Selain itu, media massa memainkan peranan penting dalam pembangunan secara menyeluruh di kawasan luar bandar terutamanya di negeri Sarawak yang sukar untuk dihubungi oleh kemudahan asas lain. Di sesetengah tempat terutamanya di pedalaman, masih terdapat penduduk yang tidak menerima siaran televisyen terestrial biasa disebabkan penempatan penduduk pedalaman yang berselerak dan tidak ekonomik untuk memasang menara pemancar (Utusan Malaysia Online, 2010). Pada masa kini, perkembangan teknologi dalam media massa adalah satu saluran yang boleh memberi kesedaran kepada sasarannya dalam menerima dan membantu dalam proses pembangunan yang dirancang oleh pihak kerajaan.. R. IG. H. Menurut United Nation ICT Task Force (2005), Malaysia merupakan salah satu negara yang mencatatkan permintaan tinggi dalam pasaran perniagaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Walau bagaimanapun, tahap penggunaan TMK oleh petani di negara ini masih di peringkat biasa sahaja (Bahaman, Hayrol, Md Salleh, Musa & Narimah, 2009). Menurut Obiechina (2004), seseorang petani harus mempunyai peluang untuk mengakses TMK dan mencipta hubungan atas talian dengan agensi pembangunan dan petani lain bagi meningkatkan hasil pertanian dan produktiviti.. PY. Kerajaan juga berusaha untuk menyampaikan maklumat berkaitan teknologi pertanian kepada penduduk luar bandar yang masih aktif mengusahakan pertanian tradisional agar berubah kepada tanaman komersial. Menurut Penny (2005), kaedah lama ini dapat dilakukan dengan bantuan saluran komunikasi seperti penggunaan saluran komunikasi antara perseorangan, media cetak dan media elektronik yang dapat menyampaikan maklumat pertanian.. ©. C. O. Sejajar dengan perubahan dalam sistem penyampaian maklumat yang semakin pesat, sektor pertanian di Malaysia juga tidak ketinggalan. Menurut Md Salleh, Hayrol, Musa, Bahaman dan Sham (2009) sektor pertanian tidak boleh dinafikan keberkesanannya dalam memajukan ekonomi negara. Ini boleh dibuktikan dalam tempoh pelaksanaan RMK-9, sektor pertanian sedang dibangunkan untuk dijadikan sebagai sektor ketiga penjana ekonomi negara. Bagi merealisasikan matlamatnya, informasi dan maklumat tentang faedah sektor ini harus disebarkan kepada masyarakat melalui media massa yang telah diperakui dapat memainkan peranan penting ini dalam proses pembangunan di Malaysia.. Menurut Mohd. Safar (1999), Malaysia telah menjadikan teknologi maklumat sebagai pemacu pembangunan ekonomi dan sosial. Sehubungan dengan ini, isu jurang kemudahan mengakses maklumat yang tidak sama perlu ditangani terlebih dahulu. Songan, Hamid, Yoe, Gnaniah dan Zin (2004) berpendapat TMK kontemporari mampu 4.

(25) PM. membawa masyarakat luar bandar terlibat dalam kegiatan ekonomi secara bersepadu dan sekali gus memperbaiki kualiti hidup mereka. Sarjana pembangunan iaitu Chikowore-Kabwato dan Ajiferuke (2004), berpendapat bahawa TMK berpotensi tinggi untuk memberi impak yang mendalam kepada masyarakat luar bandar bagi meningkatkan kualiti hidup mereka. Justeru itu, program pembangunan TMK di luar bandar perlu diberi perhatian (Ezhar, Narimah & Aji, 2008).. Masyarakat Orang Ulu di Sarawak. IG. 1.1.3. H. T. U. Dalam konteks Sarawak, beberapa kajian di kawasan pedalaman Sarawak iaitu Bario dan Long Bedian (Harris, Bala, Songan, Khoo & Trang, 2001; Bala, Khoo, Songan & Harris, 2000; Bala, Harris & Songan, 2003; Bala, Songan, Ab Hamid, Harris & Khoo, 2002; Songan, Hamid, Yoe, Gnaniah & Zen, 2004; Gnaniah, Songan, Yeo, Zen, & Ab Hamid, 2004; Mahendhiran, Gil-Soo, Heejin, Patricia & Ramlah, 2010) mendapati bahawa penggunaan komputer dalam kedua-dua komuniti ini amat rendah disebabkan faktor kekurangannya akses kepada komputer dan infrastruktur TMK, kesedaran yang rendah, kurang latihan dalam komputer, tahap pendidikan yang rendah, halangan bahasa dan kandungan TMK tidak relevan kepada keperluan masyarakat tempatan. Kajian tersebut juga mendapati bahawa setelah TMK menjadi pilihan orang tempatan ia dapat meningkatkan kemapanan komputer dan inisiatif lain dalam masyarakat luar bandar.. PY. R. Penggunaan terma Orang Ulu mula digunakan sejak zaman penjajahan British yang merujuk kepada lokasi kediaman masyarakat tersebut yang tinggal jauh di hulu sungai di Sarawak. Secara umumnya, istilah Orang Ulu telah dipopularkan oleh persatuan yang dibentuk pada tahun 1969 yang dinamakan Persatuan Kebangsaan Orang Ulu (OUNA). Populasi etnik ini adalah di antara 100 hingga 25,000 orang (Chee-Beng, 2000; Jung, 2009). Nama Orang Ulu tidak wujud dalam perlembagaan Malaysia dan juga bukan istilah rasmi. Ia merupakan suatu gelaran ciptaan politik untuk mengumpulkan masyarakat tersebut atau memudahkan pengkelasan etnik yang terlalu ramai.. ©. C. O. Masyarakat Orang Ulu terdiri daripada 27 kumpulan etnik yang berlainan dengan populasi penduduk sebanyak 177,960 orang (Jung, 2009; Jabatan Perangkaan Sarawak, 2010), iaitu 5.7% daripada jumlah populasi negeri Sarawak. Kumpulan etnik yang terbesar ialah Kenyah (25,542), Kayan (24,906), Lun Bawang (15,154), Penan (12,227), Bisaya (5,415), Kelabit (5,009) dan Kajang (4,332). Orang Ulu bermaksud “penghulu hulu sungai” yang tinggal Novel & Mohd Azlan, 2014). Kebanyakan etnik Kenyah tinggal di kawasan pedalaman daerah Baram, Belaga dan Tatau di Sarawak, Malaysia serta Kalimantan, Indonesia.. Menurut Junaidi, Novel dan Mohd Azlan (2014) antara suku kaum masyarakat Orang Ulu yang dominan di Sarawak ialah Penan, Kayan dan Kenyah serta dikenali sebagai antara penduduk paling awal berada di Sarawak. Mereka juga dikenali sebagai suku kaum yang suka berperang, konservatif, kuat beragama dan lebih mahir dalam seni kraftangan berbanding etnik Orang Ulu yang lain. Kebanyakan etnik Kenyah dan Kayan tinggal di kawasan tanah tinggi bahagian utara Kepulauan Borneo. Manakala 5. di. bah.

(26) etnik Penan dan etnik yang lain lebih cenderung untuk tinggal di rumah panjang. Kebanyakan rumah kediaman masyarakat Orang Ulu terletak berhampiran dengan sungai (Ngah, 2010, Silverina, Johanna, Patricia & Sylvester, 2012).. H. T. U. PM. Pada masa kini, cara hidup masyarakat peribumi semakin dipengaruhi oleh perubahan di sekeliling. Hal ini menyebabkan kehidupan sosial harian, ekonomi dan politik semasa masyarakat pribumi turut berubah. Oleh sebab perubahan yang drastik kepada sistem pembangunan di dalam masyarakat peribumi, maka cara hidup tradisi mereka turut berubah. Hal ini menyebabkan masyarakat pribumi terpaksa menerima hakikat perubahan baharu demi kelangsungan hidup semasa (Hood, 2004). Misalnya, pembangunan projek Empangan Hidro Elektrik Bakun telah menyebabkan dusun dan hutan yang telah dimiliki penduduk Orang Ulu di sepanjang sungai Balui sebagai tempat bergantung hidup diserahkan kepada kerajaan untuk tujuan tapak projek tersebut. Akibatnya timbul pelbagai masalah dalam kalangan Orang Ulu di penempatan semula terutama dalam menyediakan kemudahan asas kehidupan harian mereka serta penyesuaian diri dengan tempat baru. Menurut Ritchie (2005), akibat pembangunan projek Hidro Elektrik Bakun penduduk yang belum bersedia menerima pembangunan ini jelas kebingungan dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan.. 1.2. PY. R. IG. Masyarakat Orang Ulu lebih suka hidup bebas dalam membina kehidupan yang lebih bersandarkan kepada ketersediaannya kawasan tanah yang wujud di sekitar mereka. Oleh itu, saiz tanah yang kecil dan tidak ekonomik menjadi masalah bagi pekebun kecil (Nurulhuda & Ramlee, 2009). Usaha kerajaan untuk memperbaiki produktiviti pekebun kecil telah bermula dengan kaedah dan amalan pertanian yang baik sejak tahun 1960. Antara usaha yang diletakkan sebagai keutamaan dalam mencapai penggunaan tanah yang lebih produktif adalah dengan menjadikan tanah tradisional kepada semi intensif. Bagi meningkatkan semangat dalam pembangunan tanah di negeri Sarawak, maka isu berkaitan hak milik dalam kalangan penduduk peribumi perlu diselesaikan agar penanaman komersial secara besar-besaran boleh dilaksana (Ngidang, 2005).. Penyataan Masalah. ©. C. O. Kehidupan masyarakat pada masa kini yang menjadikan peranan saluran komunikasi seperti media cetak, media elektronik dan media baru sebagai rujukan dalam kehidupan seharian menentukan tahap kualiti hidup mereka. Penerimaan penggunaan alat komunikasi sebagai media penting dan alatan asas dalam kehidupan untuk mendapatkan maklumat berkaitan isu semasa, sukan, pendidikan, kesihatan dan hiburan. Kecanggihan dalam paparan saluran komunikasi telah banyak memberi kelebihan dalam kehidupan selari dengan kepesatan sains dan teknologi juga membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat. Namun demikian, pendedahan kepada maklumat komunikasi yang tidak terbatas ini juga boleh mengundang pelbagai mesej dan informasi yang memerlukan kebijaksanaan penerimanya kerana tidak semua matlamatnya boleh diterima dengan baik akibat interpretasi yang berbeza oleh setiap orang (Mus Chairil, Jamilah & Norazimah, 2011).. 6.

(27) T. U. PM. Penyediaan dan kemasukan saluran komunikasi ke kawasan luar bandar merupakan pelengkap kepada tranformasi pembangunan yang dirancangkan. Susulan itu, timbul persoalan bahawa setakat mana keberkesanan penyampaian maklumat melalui saluran komunikasi kepada penduduk luar bandar yang dilihat kurang menarik minat atau maklumat yang ingin disampaikan sukar untuk difahami oleh masyarakat luar bandar akibat daripada kekangan pendidikan. Kebanyakan masyarakat luar bandar lebih mempercayai dan menerima maklumat melalui komunikasi antara perseorangan berbanding dengan saluran komunikasi lain yang hanya berperanan sebagai kemudahan untuk berkomunikasi dan hiburan semata-mata. Akibat daripada ini, masyarakat di luar bandar tidak akan memperolehi maklumat terkini mengenai dasar atau inisiatif kerajaan untuk membangunkan kualiti hidup mereka. Menurut Bala et al. (2000) dan Norudin, Zainuddin dan Che Haspu (2013), saluran komunikasi yang biasanya digunakan di luar bandar ialah komunikasi bersemuka iaitu penduduk luar bandar atau pengunjung akan bergerak masuk dan keluar dari kawasan mereka sebagai satu cara untuk mendapat maklumat. Petani sering mengguna sumber maklumat interpersonal daripada media cetak dan media elektronik kerana sumber ini lebih sahih dan dipercayai (Penny, 2005; Ribka, 2009).. PY. R. IG. H. Di sebalik penggunaan saluran komunikasi yang semakin meluas dalam kalangan masyarakat bandar ataupun luar bandar, isu besar yang menjadi persoalan sekarang ialah tahap kualiti hidup masyarakat di luar bandar. Oleh itu, taraf dan kedudukan yang dinilai bagi memastikan kemajuan sesebuah negara juga diukur berdasarkan kualiti hidup yang dinikmati termasuk yang tinggal di luar bandar (Mahathir Mohamad, 2003). Memetik Mohd Shaladdin Muda, Wan Abdul Aziz dan Nik Wan Omar (2006), kualiti hidup masyarakat dinilai berdasarkan pendapatan, kesihatan, perumahan, kemudahan asas yang lain dan persekitaran pekerjaan yang yang dimiliki oleh mereka dalam tempoh tertentu. Namun usaha murni bagi meningkatkan kualiti hidup secara menyeluruh oleh segenap lapisan masyarakat yang disediakan ini sukar untuk dinikmati dan dinilai kerana banyak faktor yang merencatkan transformasi yang diimpikan oleh pihak kerajaan. Memandangkan tiada instrumen untuk mengukur tahap kualiti hidup masyarakat luar bandar, maka pengukuran dari perspektif masyarakat Orang Ulu dibuat untuk mengetahui tahap kualiti hidup mereka.. ©. C. O. Seterusnya, kajian mengenai peranan komuniti dalam meningkatkan kualiti hidup masyarakat di luar bandar Sarawak masih kurang dilaksana. Kebanyakan kajian lepas lebih tertumpu kepada penyertaan komuniti dalam sesuatu program (Azlizan, Hamzah, Yahaya & Habibah, 2012; Kwok & Haris, 2014) dan persepsi kualiti hidup komuniti Bidayuh (Novel, Bustami & Salfarina, 2011). Matlamat sesuatu program pembangunan sememangnya perlu didokong oleh peranan agensi pelaksana yang jelas dan berterusan. Namun demikian, terdapat satu lagi faktor lain yang tidak seharusnya diketepikan sekiranya pihak pentadbir memandang serius tentang sesuatu kejayaan program pembangunan. Faktor tersebut adalah penglibatan komuniti setempat dalam proses melaksanakan aktiviti pembangunan yang akan memberi impak kepada mereka terutamanya dalam peningkatan kualiti hidup (Haslina & Regina, 2009; Azlizan et al., 2012; Kwok & Haris, 2014).. 7.

(28) T. U. PM. Malaysia merupakan sebuah negara yang pesat membangun terutamanya dalam penyediaan infrastruktur dan pentadbiran kerajaan yang baik. Namun begitu, aspek penggunaan saluran komunikasi kurang diberi perhatian dalam meningkatkan kualiti hidup masyarakat luar bandar terutamanya di Sarawak (May, Sharon & Azuriaty, 2014). Walaupun terdapat masyarakat luar bandar yang sudah menikmati kesan pembangunan dengan baik dari segi kualiti hidup, tetapi dalam masa yang sama masih ramai masyarakat luar bandar yang jauh ketinggalan. Peranan penggunaan saluran komunikasi untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat Orang Ulu tidak digunakan secara bijak. Ini akan menyebabkan mereka semakin jauh ketinggalan dalam menerima maklumat terkini yang boleh mengubah kualiti hidup mereka. Dalam menilai aspek penting yang kurang memuaskan bagi kualiti hidup masyarakat luar bandar yang tertinggal ini, perkara penting yang perlu diberi perhatian adalah aspek penglibatan dan hubungan sosial, keadaan rumah, keselamatan di kawasan, pendidikan, persekitaran fizikal, kewangan dan keselamatan kerja dan kemudahan infrastruktur (Sulaiman et al., 2011; Unit Perancang Ekonomi, 2004).. PY. R. IG. H. Pembangunan TMK di luar bandar bertujuan untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat Malaysia ke arah negara maju pada tahun 2020 terutama daripada aspek kesihatan, ekonomi, urbanisasi dan pendidikan formal (Khadijah, 2007). Namun, penembusan sistem teknologi maklumat dan komunikasi yang dilancarkan lewat tahun 1996 oleh mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohamad masih tidak mencapai standard komunikasi yang diingini malah belum ada maklumat menunjukkan perkaitan antara TMK dengan kualiti hidup masyarakat luar bandar terutamanya di Sarawak. Selain itu, demografi penggunaan TMK dalam kalangan penduduk luar bandar yang berbeza dalam setiap lapisan masyarakat ini menyebabkan matlamat peningkatan kualiti hidup itu tidak tercapai. Sehubungan dengan itu, penyediaannya yang agak lewat serta kurang penyemaian budaya dan kemahiran penggunaan TMK dalam kalangan masyarakat luar bandar menyebabkan penggunaan TMK yang rendah (Narimah et al., 2008). Lantaran kurangnya pembudayaan dan pendedahan penggunaan TMK yang bersifat digital menjurus kepada penggunaan saluran komunikasi yang lain yang akhirnya menyumbang kepada kualiti hidup yang terus mundur.. ©. C. O. Penggunaan saluran komunikasi yang pelbagai dalam kalangan masyarakat luar bandar membolehkan mereka mencari maklumat dengan bebas. Akibatnya, saluran komunikasi dalam kalangan masyarakat juga turut berubah serta menyukarkan kepada penilaian kualiti hidup (Haryati & Nurasyikin, 2011). Dalam hal menilai kualiti hidup masyarakat luar bandar yang turut berubah ini maka keperluan asas dalam kehidupan mereka adalah penting sebagai ukuran dan penggunaan saluran komunikasi perlu diseimbangkan. Keutamaan kepada penggunaan saluran komunikasi yang kurang memberi impak kepada meningkatkan kualiti hidup adalah tidak selari dengan aspirasi kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang selesa dari segi taraf hidup mereka. Ini akan menyebabkan jurang yang besar antara masyarakat luar bandar dan bandar dalam menikmati kualiti hidup yang lebih baik. Begitu juga sebaliknya, masyarakat luar bandar juga kurang mengaplikasi maklumat yang diperolehi dari saluran komunikasi untuk meningkatkan kualiti hidup.. 8.

(29) 1.3. U. PM. Sorotan terhadap kajian lepas yang menggunakan peranan komuniti sebagai pemboleh ubah kawalan menunjukkan ianya memberi kesan terhadap tahap kualiti hidup masyarakat di luar bandar (Mohd Shaladdin, Wan Abdul Aziz & Nik Wan Omar, 2006). Manakala kajian mengenai peranan komuniti yang boleh mempengaruhi dan memberi kesan dalam kualiti hidup masyarakat luar bandar menunjukkan ianya menjadi faktor penting dalam meningkatkan kualiti hidup mereka (Azlizan et al., 2012). Namun timbul persoalan, setakat mana keberkesanan peranan komuniti sebagai pemboleh ubah kawalan terhadap hubungan penggunaan saluran komunikasi dengan kualiti hidup masyarakat luar bandar. Oleh kerana tujuan utama kajian ini adalah untuk mengetahui kesan peranan komuniti sebagai pemboleh ubah kawalan, berdasarkan perspektif masyarakat Orang Ulu maka seharusnya penggunaan saluran komunikasi dan kualiti hidup juga dikaji.. Persoalan Kajian. 1.4. R. IG. H. T. Beberapa persoalan kajian dikenal pasti sebagai panduan kajian ini iaitu: 1. Apakah pola penggunaan saluran komunikasi dalam masyarakat Orang Ulu? 2. Apakah tahap kualiti hidup masyarakat Orang Ulu? 3. Apakah peranan komuniti dalam peningkatan kualiti hidup masyarakat Orang Ulu? 4. Adakah terdapat peramal penggunaan saluran komunikasi yang signifikan dengan setiap dimensi kualiti hidup? 5. Apakah perkaitan antara penggunaan saluran komunikasi dengan tahap kualiti hidup masyarakat Orang Ulu? 6. Bagaimanakah peranan komuniti sebagai pemboleh ubah kawalan antara hubungan penggunaan saluran komunikasi dengan kualiti hidup masyarakat Orang Ulu?. Objektif Kajian. PY. Objektif umum kajian ini adalah untuk mengenal pasti peranan komuniti dalam hubungan penggunaan saluran komunikasi terhadap peningkatan kualiti hidup masyarakat Orang Ulu di Sarawak, Malaysia. Beberapa objektif khusus kajian ini ialah: Untuk mengenal pasti pola penggunaan saluran komunikasi dalam masyarakat Orang Ulu. Untuk mengenal pasti tahap kualiti hidup masyarakat Orang Ulu. Untuk mengenal pasti peranan komuniti dalam peningkatan kualiti hidup masyarakat Orang Ulu. Untuk mengenal pasti penggunaan saluran komunikasi sebagai peramal kepada setiap dimensi kualiti hidup masyarakat Orang Ulu. Untuk mengenal pasti perkaitan antara penggunaan saluran komunikasi dengan kualiti hidup masyarakat Orang Ulu. Untuk mengenal pasti kesan peranan komuniti sebagai pemboleh ubah kawalan terhadap hubungan penggunaan saluran komunikasi dan kualiti hidup masyarakat Orang Ulu.. O. 1.. ©. C. 2. 3. 4. 5. 6.. 9.

(30) 1.5. Kepentingan Kajian. PM. Di Malaysia pada masa kini, agenda pembangunan luar bandar juga amat diberi perhatian dan semakin rancak. Namun demikian, masih terdapat lagi penduduk di kawasan luar bandar yang mundur dan mempunyai tahap kualiti hidup yang rendah. Justeru itu, kajian ini penting untuk mengkaji tentang hubungan penggunaan saluran komunikasi terhadap kualiti hidup dalam kalangan masyarakat luar bandar. Seterusnya kajian ini juga dapat menambahkan lagi literatur dalam kajian komunikasi massa dan sosiobudaya terutamanya di Malaysia.. IG. H. T. U. Walaupun terdapat banyak kajian berkaitan masyarakat luar bandar di Malaysia, namun ia lebih menekankan kepada kajian tentang penilaian dan konsep kualiti hidup masyarakat di kawasan tersebut. Penilaian dan konsep kualiti hidup seperti kesan terhadap kualiti hidup dalam masyarakat luar bandar di sungai Pahang dan sungai Muar (Sulaiman et al., 2011), analisis kesejahteraan hidup nelayan pesisir (Mohd Shaladdin et al., 2006), kualiti hidup penduduk pulau negeri Terengganu (Norizan, 2003). Sebaliknya dalam kajian ini, penyelidik mengkaji aspek yang menjadi masalah atau penghalang kepada masyarakat di kawasan luar bandar dalam bidang komunikasi dan sosiobudaya selain bagi mengenal pasti sejauh mana hubungan penggunaan saluran komunikasi dalam meningkatkan kualiti hidup masyarakat luar bandar.. PY. R. Kepentingan kajian ini dikaitkan dengan sumbangannya kepada polisi kerajaan untuk menyalurkan maklumat dan projek pembangunan untuk masyarakat luar bandar agar mereka dapat mengubah kualiti hidup secara tersendiri. Selain itu, kajian ini dapat membantu pihak kerajaan dalam merangka dasar penting ke arah matlamat kualiti hidup rakyatnya yang lebih baik menjelang tahun 2020. Kajian ini dapat membantu mengenal pasti hubungan penggunaan saluran komunikasi dalam menyelesaikan masalah dan halangan yang membantutkan peningkatan kualiti hidup masyarakat di luar bandar. Melalui kajian ini, sumbangan saluran komunikasi dalam mempengaruhi sosiobudaya masyarakat Malaysia juga boleh diukur selain untuk mencari alternatif lain dalam meningkatkan kualiti kandungan program yang digunakan untuk pembangunan dan dasar kerajaan.. ©. C. O. Seterusnya kepentingan kajian ini adalah sumbangannya kepada ilmu pengetahuan. Ini adalah kerana, kajian lepas melihat penilaian dan konsep kualiti hidup ke atas sesebuah kawasan atau komuniti di Malaysia, khususnya berkaitan penggunaan saluran komunikasi dengan kualiti hidup, belum lagi pernah dikaitkan dengan sebarang kerangka teoritikal berkaitan saluran komunikasi dan peranan komuniti. Justeru itu, kajian ini mengaplikasi Teori Peresapan atau Difusi Inovasi untuk melihat, dan meneroka fenomena di atas, kerana teori ini mempunyai penjelasan yang amat penting mengenai penyaluran maklumat melalui saluran komunikasi, yang mempunyai pengaruh ke atas sesebuah komuniti untuk meningkatkan kualiti hidup mereka. Begitu juga dengan Teori Hierarki Keperluan Maslow yang menjelaskan kehidupan manusia dalam memenuhi dan memotivasikan mereka untuk mencapai satu tahap kepuasan yang sebenarnya. Oleh yang demikian, dapatan kajian akan meluaskan lagi kefahaman tentang aplikasi teori ini dalam pelbagai keadaan dan situasi, khususnya perkaitannya, dan juga dengan peranan komuniti dalam hubungan penggunaan saluran komunikasi dengan kualiti hidup masyarakat tersebut. 10.

(31) Skop Kajian. U. 1.6. PM. Kajian ini juga memberi sumbangan kepada kaedah untuk menerokai permasalahan dalam sesebuah komuniti dengan mengaplikasi temu bual untuk mengetahui perkara sebenar yang berlaku dalam sesuatu fenomena. Kebiasaannya, instrumen yang diguna pakai dalam kajian, kerapkali meminjam instrumen yang telah diuji dalam kajian lepas. Namun begitu, kebanyakan instrumen tersebut dihasilkan di luar negara yang mempunyai perbezaan yang ketara dari segi budaya, norma dan amalan hidup. Dengan melaksana temu bual, pengkaji dapat memahami peranan komuniti dalam hubungan penggunaan saluran komunikasi dengan kualiti hidup masyarakat luar bandar. Keadaan ini memudahkan proses menggubal instrumen soal selidik kerana jawapan yang disenaraikan adalah hasil temu bual dengan subjek sebenar yang terlibat dalam kajian.. IG. H. T. Kajian yang dijalankan ini adalah untuk mengkaji hubungan penggunaan saluran komunikasi dengan kualiti hidup masyarakat Orang Ulu di negeri Sarawak. Saluran komunikasi yang dimaksudkan di dalam kajian ini adalah satu perantaraan komunikasi yang diguna untuk menyampaikan maklumat oleh komunikator kepada penerima. Komunikasi merupakan proses penyampaian maklumat dari satu pihak kepada pihak lain. Oleh itu, skop kajian yang diukur ialah saluran komunikasi yang digunakan oleh penduduk luar bandar bagi mendapatkan maklumat seperti melalui komunikasi antara perseorangan, media cetak, media elektronik dan media baru.. PY. R. Selain itu, kajian ini juga menilai tahap peranan komuniti yang menjadi faktor perantaraan terhadap hubungan antara saluran komunikasi dengan kualiti hidup masyarakat Orang Ulu di luar bandar. Akhirnya, penilaian dan penentuan tahap kualiti hidup masyarakat Orang Ulu di luar bandar dinilai berdasarkan perubahan di dalam kehidupan harian semasa tentang kepuasan asas keperibadian mereka, keselesaan kebendaan, kehidupan kekeluargaan atau kejiranan dan hak kemanusiaan semasa berbanding dengan keadaan dulu.. ©. C. O. Menjalankan kajian yang menumpukan sesuatu etnik di kawasan luar bandar Sarawak adalah sesuatu yang agak sukar kerana, istilah masyarakat Orang Ulu tersebut merujuk kepada kepada semua individu yang terlibat dengan aktiviti pertanian. Populasi sebenar mereka yang tinggal di kawasan luar bandar, khususnya di kawasan kajian adalah 12,843 orang daripada 15 buah kampung yang di diami (Jabatan Perangkaan Sarawak, 2010; Junaidi, Novel & Mohd Azlan, 2014). Ini menimbulkan kekangan dari segi proses persampelan terutamanya masa untuk menemu bual responden kerana petempatan kelompok masyarakat Orang Ulu ini semuanya adalah di kawasan luar bandar.. 1.7. Definisi Kata Kunci. Masyarakat Orang Ulu bermaksud “orang atau penduduk sungai” dan pedalaman kawasan yang meliputi etnik Kenyah, Kayan, Kelabit, Bisaya, Murut, Lun Bawang, Lundayeh, Kajang dan juga Penan. Masyarakat Orang Ulu ini kebanyakannya tinggal di Lawas, Limbang, Baram, Bintulu dan Belaga, Sarawak. Orang Ulu dikenali sebagai suku yang suka hidup di rumah panjang dan tepi sungai. 11.

(32) Mereka juga kaya dengan adat resam dan budaya yang unik dan menarik (Ngah, 2010; Faridah, 2012, Junaidi et al., 2014).. U. PM. Peranan Komuniti Dalam Masyarakat Luar Bandar ditakrif sebagai satu proses atau amalan aktiviti yang dilakukan secara berterusan oleh komuniti demi kepentingan masyarakat luar bandar. Aspek penglibatan komuniti merupakan faktor utama yang menyumbang dalam pembangunan komuniti. Antara tindakan komuniti dalam masyarakat luar bandar ialah menghasilkan perubahan atau pembangunan yang lebih baik di samping meningkatkan kualiti hidup masyarakat luar bandar. Konsep ini dioperasionalkan berdasarkan pemboleh ubah peranan komuniti bersandarkan pada kajian Mohd Shaladdin et al. (2006), Mohd Yusof, Mohd Shaharudin, Suraiya dan Abd Hair (2011), Sara dan Asnarulkhadi (2011), Azlizan, Hamzah, Yahaya dan Habibah (2012), Thenmolli dan Kappusamy (2013) dan Muhammad Shehu (2014).. IG. H. T. Maklumat Komunikasi ditakrif sebagai maklumat yang disalur atau disebarkan melalui saluran komunikasi kepada masyarakat untuk memberitahu dan menyedarkan mereka tentang banyak perkara. Antara maklumat tersebut ialah pertanian, kesihatan, pendidikan dan latihan, pekerjaan, sukan dan rekreasi, peniagaan, maklumat kerajaan, kebudayaan, teknologi maklumat, politik, pelancongan dan sebagainya. Pemboleh ubah ini dioperasional berdasarkan kajian Dominic dan Hawa (2014), Md Salleh et al. (2011) dan Okwu dan Umoru (2009).. PY. R. Penggunaan Saluran Komunikasi ditakrif sebagai alat atau media yang dapat dimanfaatkan seseorang, kumpulan atau organisasi yang berkomunikasi untuk menyampaikan maklumat. Antara saluran komunikasi yang terlibat ialah komunikasi antara perseorangan, media cetak, media elektronik dan media baru. Pemboleh ubah ini juga dioperasional berdasarkan kajian Md Salleh et al. (2011), Okwu dan Daudu (2011), Akpobio, Makanjuola dan Udoma (2006), Salawu dan Abu Bakar (2008), Md Salleh, (2008), Azimi dan Hayrol (2008), Van Djik (2006) dan Siti Ezaleile dan Azizah (2011).. ©. C. O. Kualiti Kidup ditakrif sebagai standard kehidupan semasa yang merujuk kepada persepsi individu terhadap kepuasan ke atas sesuatu keadaan, persekitaran yang mempengaruhi kehidupan seseorang dan hubungan dengan keluarga, pendapatan, tempat kerja dan tempat tinggal. Pemboleh ubah ini juga dioperasional berdasarkan kajian Azahan Awang (2006), Sulaiman et al. (2011), Unit Perancang Ekonomi, (2011), Azizah, Jamal dan Roslina (2013), William dan Haris (2013), Zaimah et al. (2012) dan Saloma, Zabidah, Rekaya dan Jane (2012).. 12.

(33) BIBLIOGRAFI ______. (2007). Kamus Dewan. Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia.. PM. Adedokun, M. O., Adeyemo, C. W. and Olorunsola, E. O. (2010). The impact of communication on community development. Journal Communication, 1(2), 101–105.. U. Adenkule, A. A., Onyibe, J. E., Ogunyinka, O. M., Omenesa, Z. E., Auta, S. J. and Kuyello, A. U. (2002). Agricultural information dissemination: An audience in Kano State. International Institute of Tropical Agriculture (IITA): Nigeria. Adler, R. B., Rosenfeld, L. B. and Towne, N. (1999). Interplay: The process of interpersonal communication. Fort Woth: Harcourt Brace.. T. Affizal Ahmad. (2008). Kepentingan pendidikan dalam pembentukan kualiti hidup. Kelantan: Universiti Sains Malaysia.. IG. H. Ahmad Bakeri Abu Bakar. (2003). Narrowing the digital divide: The ASEAN approach, building a knowledge society: Value creation through people, knowledge and ICT. Kumpulan kertas kerja dalam Seminar Kebangsaan Teknologi Komunikasi dan Maklumat, International Islamic University Malaysia, Kuala Lumpur. 21–22 Oktober, 2003.. R. Ahmad Fahmi Mahmood. (2005). Penggunaan dan penilaian laman web berasaskan pertanian oleh Pegawai Pertanian di Malaysia. (Unpublished Thesis). Universiti Putra Malaysia.. PY. Ahmad, M., Akram, M., Rauf, R., Khan, I. A. and Pervez, U. (2007). Interaction of extension worker with farmers and role of radio and television as sources of information in technology transfer: A case study of four villages of district Peshawar and Charsadda. Sarhad Journal of Agriculture, 23(2), 515–518.. O. Ahmad Mahdzan Ayob. (1997). Kaedah penyelidikan sosio-ekonomi. Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.. ©. C. Ahmad Mahdzan Ayob. (2005). Kaedah penyelidikan sosio-ekonomi. Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Akpobio, I., Makanjuola, S. and Udoma, G. (2006). Reports of agricultural news in the pioneer newspaper (2004-ad) Nigeria. International Journal of Agriculture and Biology, 8, 406–409.. Ali, M. S. S., Hassan, M. S., Samah, B. A. and Shaffril, H. A. M. (2010). Decision making in producing agricultural television programmes in Malaysia. Paper accepted for presentation at International Conference: Future Imperatives of Communication and Information for Development and Social Change, Bangkok. December 20–22, 2010. Retrieved from http://www.jcconference. co.cc/.it.. 158. Master.

(34) PM. Ango, A. K., IIIo, A. K., Abdullah, A. N., Maikasuwa, M. A. and Amina, A. (2013). Role of farm-radio agricultural programmes in disseminating agricultural technology to rural famers for agricultural development in Zaria, Kaduna State, Nigeria. Asian Journal of Agricultural Extension, Economics & Sociology, 2(1), 54–68.. U. Ariyo, O. C., Ariyo, M. O., Okelola, O. E., Aasa, O. S., Awotide, O. G., Aaron, A. J. and Oni, O. B. (2013). Assessment of the role of mass media in the dissemination of agricultural technologies among farmers in Kaduna North Local Government area of Kaduna State, Nigeria. Journal of Biology, Agriculture and Healthcare, 3(6), 2224–3208. Retrieved from http://www.iiste.org/Journals/index.php/JBAH/article/viewFile/5677/5790. T. Athiyaman, A. and Walzer, N. (2008). Strategies to enchance and maintain quality of life: The case of non-metropolitan IIlinois. Journal Rural Community Development, 3, 41–59. Retrieved from journals.brandonu.ca/jrcd/article/download/117/43. H. Atkinson, R. D. and Castro, D. D. (2008). Digital quality of life: Understanding the personal and social benefit of the information technology revolution. New York: Washington.. IG. Azahan Awang. (2006). Kualiti hidup masyarakat bandar di kawasan Majlis Perbandaran Seremban, Negeri Sembilan. (Unpublished Doctoral Dissertation). Universiti Kebangsaan Malaysia.. PY. R. Azimi, H. dan Hayrol Azril, M. S. (2009). Sejarah, prinsip dan keperluan pengembangan pertanian. Dalam Bahaman Abu Samah, Jegak Uli dan Khadijah Alavi (Eds.). Media pengembangan pertanian ke arah memperkasakan komuniti luar bandar (pp. 1-31). Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia. Azlizan Talib, Hamzah Jusoh, Yahaya Ibrahim dan Habibah Ahmad. (2012). Penyertaan komuniti dalam bidang keusahawanan luar bandar. Malaysia Journal of society and space, 8(9), 84–96.. ©. C. O. Aziyah, A. B., Wan Abd Aziz, W. M. A. C., Hasniza, C. N. dan Mohd Yahya, M. A. (2011). Hubungan komunikasi keluarga dalam menangani konflik dalam kalangan remaja. Jurnal Pengajian Media Malaysia, 13(1), 73–89. Azizah, M. Y., Jamal, A. dan Roslina, K. (2013). Kesejahteraan hidup: Kajian petani di kawasan penanaman padi di Negeri Perlis. Prosising Perkem, 13(3), 1177– 1181. Bahaman, A.S, Hayrol, A., Shaffril, M., Md Salleh, Musa, A.H. and Narimah, I. (2009). Contribution of information and communication technology in increasing agro-based entrepreneurs productivity in Malaysia. Journal of Agriculture and Social Sciences, 5(3), 93–97. Retrieved from psasir.upm.edu.my/6053/. 159.

(35) PM. Bala, P., Khoo, G. L., Songan, P. and Harris, R. (2000). Potential users profile and existing communication pattern among the rural community of Bario: A needs analysis for the development of a telecentre. In Leigh, M. (Ed.), Borneo 2000: Politics, history & development (pp. 626–647). Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia: Universiti Malaysia Sarawak. Bala, P., Harris, R.W. and Songan, P. (2003). E-Bario project: In search of a methodology to provide access to information communication technologies for rural communities in Malaysia. In Marshall, S., Taylor, W. & Yu, X. (eds.), Using community informatics to transform regions (pp. 115–131). Hershey, PA: Idea Group Publishing.. U. Bala, P., Songan, P., Hamid, K., Harris, R. and Khoo, G. L. (2002). Bridging the digital divide: The e-Bario experience. Sarawak Development Journal, 5(1), 63–78.. T. Babbie, E. (2004). The practice of social research. (10th Ed.). Belmont: Wadsworth. Babbie, E. (2007). The practice of social research. (11th Ed.). Belmont: Wadsworth.. IG. H. Bebbington, A. (1999). A capitals and capabilities: A framework for analyzing peasant viability, rural livelihoods and poverty. World Development, 27(12), 2012– 2044. Beebe, S. A., Beebe, S. J. and Redmond, M. V. (1999). Interpersonal communication: Relating to others. Boston: Allyn and Bacon.. R. Bernama. (2011). Telefon pintar beri kesan buruk? Kedapatan dari http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0718&pub=Utusan_ Malaysia&sec=Megabait&pg=me_01.htm#ixzz2gWrA9aEo.. PY. Bhandari, B. S., and Grant, M. (2007). Analysis of livelihood security: A case study in the Kali-Khola watershed of Nepal. Journal of Environmental Management, 85: 17–26.. O. Bhattacharharjee, S. (2005). Media and mass communication an introduction. New Delhi: Kanishka Publish. Binkley, M. (2002). Set Adrift: Fishing Families. Toronto: University of Toronto Press.. ©. C. Bloom, D. E., Craig., P. H. and Malaney, P. N. (2001). The quality of life in rural Asia, (1st Ed.). Oxford: Oxford University Press. Brock, K. (1999). It’s not only wealth -It’s piece that A review of matters of mind too. participatory work on poverty and Illbeing: A study to inform the World Development Report 2000/01 on Poverty and Development. Washington: World Bank. Burnell, J.D. and Galster, G. (1992). Quality of life measurements and urban size: An empirical note.Urban Studies, 29, 727–735.. 160.

(36) Chamhuri Siwar. (2004). Pembangunan mapan: strategi “Menang -Menang” untuk pembasmian kemiskinan dan pemuliharaan alam sekitar. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.. PM. Chan, M. (2013). Mobile phones and the good life: Examining the relationships among mobile use, social capital and subjective well-being. New Media & Society, xx(x), 1–18. doi:10.1177/1461444813516836. U. Chan, M. (2014). Multimodal connectedness and quality of life: Examining the influences of technology adoption and interpersonal communication on well being across the life span. Journal of Computer-Mediated Communication, 20(2015), 3–18.doi: 10.1111/jcc4.12089. T. Chapman, R., Blench, R., Kranjac-Berisavljevic’, G. and Rural radio in agricultural extension: The example of vernacular radio programs on soil and water conservation in N. Ghana. Agricultural Research and Extension Network No. 127. London: Overseas Development Institute.. H. Chee-Beng, Tan. (2000). Etnic identities and national identities: some examples from Malaysia. Identities: global Studies Culture and Power, 6(4), 441–480.. IG. Chen, W. (2011). How education enhance happiness: Comparison of mediating factor in four East Asian countries. Journal of Social Research Indicators (online first). Retrieved from http//www.springlink.com/content/ t3tu717033106v37/fulltext.pdf.. R. Che Su, M. dan Nan Zakiah, M. I. (2014). Persepsi dan penggunaan media sosial dari perspektif ibu bapa: satu analisi kualitatif. Jurnal Komunikasi, 30, 43–74.. PY. Chikowore-Kabwato, S. and Ajiferuke, I. (2004). Information and communication technologies provision to rural communities: The case of Gutu world links telecenter in Zimbabwe. In Marshall, T., and Yu (Ed.). Using Community Informatics to Transform Regions. Pp. 100–114. Hershey: Idea Group Publishing.. ©. C. O. Chisenga, J., Entsua-Mensah, C. and Sam, J. (2007). Impact of globalization on the information needs of farmers in Ghana: a case study of small-scale poultry farmers. Paper read at the World Library and Information Congress: 73rd IFLA General Conference and Council Durban, South Africa. 19–23 August 2007. Retrieved from http://www.ifla.org/iv/ifla73/index.htm. Chhachhar, A. R. and Md Salleh, H. (2013). Information communication technology agriculture development. Journal of American Science, 9(1), 85–91. Retrieved from http://www.jofamericanscience.org Chua, Y. P. (2009). Statistik penyelidikan lanjutan. Shah Alam: McGraw-Hill Education. Coakes, J. C. and Ong, C. (2010). SPSS Version 17 for Windows, Analysis Without Anguish. Queensland : John Wiley and Sons Australia Ltd.. 161. Zakar.

(37) Coldevin, G. (1987). Perspectives on communication for rural development. New York: Development Communication Paper, FAO United Nations.. PM. Community Development Academy (CDA). (1997). Building community from grassroots. Columbia: University of Missouri. Contanza, R., Fisher, B. and Ali, A. (2007). Quality of life: An approach integrating opportunities, human needs and subjective well-being. Ecological Economic, 61, 267–276.doi:10.1016/j.ecolecon.2006.02.023. U. Cukur, T. (2013). Determination of communication behavior of earthen pond fish farmers. Bulgarian Journal of Agricultural Science, 19(6), 1358–1363. Retrieved from http://www.agrojournal.org/19/06-28.pdf. T. Dominic, D. A. and Hawa, O. (2014). Meeting information needs of coca farmers in selected communities in the Eastern Region of Ghana. Library Philosophy and Practice (e-journal). Retrieved from http://digitalcommons. unl.edu/ libphilprac/1103.. H. Daudu, S., Chado, S. S. and Igbashal, A. A. (2009). Agriculture information sources utilized by farmers in Bunue State, Nigeria. Journal Patsunk, 5, 39– 48.. IG. Deny Kurniawan. (2008). Regresi Linier (Linear Regression). Retrieved from http://ineddeni.files.wordpress.com/2008/07/regresi_linier.pdf.. R. Dhaliwal, R. K., Lopamudra, M. and Dhaliwal, H. S. (2011). ICT for agricultural dan rural development. Journal Extension Education, 19, 110– 116. Retrieved from ttp://www.rseeudaipur.org/wp-content/uploads/2013/02/251.pdf. PY. Diekhoff, G. (1992). Statistics for the social and behavioral research. Chicago: University of Chicago Press. Dinpanah, G. and Lashgarara, F. (2011). Factors influencing the information seeking knowledge of wheat farmers in Iran. African Journal of Agricultural Research, 6(14), 3419–3427.. O. Djojomartono, M. and Pertiwi, S. (1998). Present status of information technology utilization in Indonesian agriculture. Bogor, Indonesia: Agricultural University.. ©. C. Ejembi, E. P., Omoregbee, F. E. and visit extension system in central Nigeria: Evidence from Barkin, plateau state. Journal Social Science, 12(3), 207–212. Er, A. C., Katiman Rostam, Aishah@ Esah Hj Mohamed., Zaini Zakawi. dan Abd. Rahim. (2009). Pembangunan dan impak terhadap keselamatan kesejahteraan penduduk setempat: analisis jaringan di wilayah pembangunan Iskandar Johor. Jurnal E-Bangi, 4(1), 84– 94.. 162. Ejembi,.

(38) Er, A. C., Siti Syahidah., S., A. Habibah. dan J. Hamzah. (2013). Impak pembangunan industri petroleum terhadap kesejahteraan hidup penduduk setempat di Paka, Terengganu. Akademika, 83(1), 57–64.. PM. Ezhar, T., Narimah, I. dan Aji, K. (2008). Pola pencarian maklumat dalam kalangan belia di Pusat Internet Desa (PID) Sarawak. Dalam Akmar Hayati Ahmad Ghazali, Jusang Bolong, Siti Zobidah Ahmad (Eds.). Cabaran komunikasi masa kini (pp. 61-72). Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia, Universiti Putra Malaysia.. O. U. Faridah Sahari. (2012). Innovation in indegenous Orang Ulu crafts. Retrieved from https://www.researchgate.net/publication/273441959_Innovation_in_Orang_U lu_Indigenous_Crafts. T. Frey, l. R., Botan, C. H. and Kreps, G. L. (2000). Investigating communication: An introduction to research methods. (2nd Ed.). Boston: Allyn and Bacon.. H. Gatewood, J. S. and Steed, G. L. (1990). Comparison of job satisfaction in six New Jersey Fisheries. Human Organization, 49(1), 14–25.. IG. Gazi M. N. I., Yew, T. S., Nik Mustapha R. A. and Viswanathan, K. K. (2011). Social capital, community based management, Ocean and Coastal Management, 54, 173–180. doi:10.1016/j.ocecoaman.2010.10.026. R. Ghazali, D. (2005). Kesahan dan kebolehpercayaan dalam kajian kualitatif dan kuantitatif. (Jurnal Online). Kedapatan dari http://www.ipislam. edu.my/uploaded/file/ghazali.pdf.. PY. Girard, B. (2001). The challenges of ICTs and rural radio. Paper presented at the First International Workshop on Farm Radio Broadcasting, 19–22 February 2001. Rome: FAO.. O. Gnaniah, J., Songan, P., Yeo, A., Zen, H. and Ab Hamid, K. (2004). Communication patterns of the Long Bedian community: Implications for the development of a telecentre. In Khalid, H.M., Helander, M.G., and Yeo, A.W. (Eds.).Work with computing systems 2004. Kuala Lumpur: Damai Sciences.. ©. C. Goldsmith, E. B. (2005). Resourse management for individuals and families. (3rd Ed.). Belmont: Thomson Wadsworth. Gupta, D. K. (2005). Modern encyclopedia of media and mass communication Vol.1. New Delhi: Rajat Publications.. Hackett, H. (2004). Community capacity building. Paper presented at the conference of social assistance professionals in the provincial and municipal sectors. Retrieved from http://www.ranaprocess.com/Articles/Articles/ Community% 20Capacity%20Building.pdf.. 163. an.

Referensi

Dokumen terkait

Serapan K tebu bagian atas menunjukkan bahwa metode aplikasi melalui daun menghasilkan efek lebih baik, tetapi serapan K akar (Tabel 16.) menunjukkan bahwa

Astalini (2018, 60) ketertarikan memperbanyak waktu belajar fisika adalah dimana sikap siswa saat belajar fisika, siswa merasa penasaran dan ingin tahu lebih dalam

Kod prvog sjedanja, bolesnik još uvijek nema ravnoteţu sjedenja, tako da medicinska sestra koja podiţe bolesnika cijelo vrijeme provodi uz njega, a kao oslonac podmeće

[r]

Ditinjau dari hasil tangkapan per piece jaring atau hasil tangkapan per upaya penangkapan (CPUE), alat tangkap trammel net menangkap ikan maupun udang yang

Setelah fermentasi 2 – 3 hari, karbohidrat tersebut menjadi cairan semi padat atau kental yang merupakan campuran dari gula, alkohol, aldehid dan asam, dimana akan memberikan

untuk dicairkan menjadi uang tunai, dijual atau consumer dalam periode berikutnya (paling lama satu tahun atau dalam perputaran kegiatan perusahaan yang normal). 5) Aktiva

Dari hail penelitian dan pembahasan di atas dapat disimpulkan bahwa tidak terdapat hubungan antara enuresis dengan kejadian ISK pada anak usia 6-8 tahun di SD negeri Malalayang