• Tidak ada hasil yang ditemukan

Anda sedang jatuh cinta? Anda sedang bercinta? Jumpa di mana cinta anda itu?

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Anda sedang jatuh cinta? Anda sedang bercinta? Jumpa di mana cinta anda itu?"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)
(2)

PENGENALAN

Anda sedang jatuh cinta? Anda sedang bercinta? Jumpa di mana cinta anda itu? Facebook? Twitter? Crush zaman belajar? Atau jatuh dari langit? Apa yang anda nampak pada pasangan anda? Apa yang menimbulkan rasa cinta itu pada anda? Adakah mungkin fizikalnya atau penampilannya atau tingkahlakunya? Terjawabkah kesemua soalan ini?

Semasa bercinta semuanya indah-indah sahaja, tidak percaya? Anda hanya akan dengar pasangan baru bernikah kata perkahwinan adalah sesuatu yang best dan bahagia. Tetapi orang tua-tua berpesan, pilihlah yang baik-baik supaya anda tidak menyesal nanti.

Mengapa mereka berpesan begini? Ini adalah kerana emosi tidak akan sama selamanya. Lama-lama, setiap orang akan menunjukkan tingkah laku dan keperibadian yang sebenarnya. Jadi apakah caranya untuk kita saling kenal peribadi kita dan pasangan dengan cara yang baik?

Alhamdulillah, ebook kali ini saya fokuskan pada tip hubungan suami dan isteri. Ianya berkisar tentang bagaimana mencorak rumahtangga seawal perkahwinan dan hingga ke akhirnya. Tulisan tangan adalah cara yang cepat dan tepat untuk mencari jawapan yang tersembunyi. Buat apa membazir airmata, tertekan dan kecewa dengan situasi yang melanda hubungan. Memendam rasa hanya membuat kita letih dalam hubungan. Apa kata dengan tulisan tangan, kita teliti satu persatu karakter pasangan.

(3)

Banyak ilmu yang kita boleh bongkar melalui tulisan tangan, antaranya kekuatan & kelemahan, faktor menghalang kebahagiaan dan mengenali kejujuran pasangan. Dengan tulisan tangan kita mampu melakukan transformasi dalam rumahtangga.

TIP HUBUNGAN IDEAL MELALUI TULISAN

Orang kata jangan menilai dari luar, pernyataan ini adalah klise tetapi kita manusia tidak lari dari memandang paras rupa. Semua mahukan yang sempurna pada pandangan mata. Bagaimana mencapai hubungan yang ideal? Saya kongsikan tiga langkah mencari hubungan yang ideal untuk anda.

1. Membina memori yang indah dalam pertemuan pertama 2. Mencari orang yang sesuai dengan anda

3. Membentuk hubungan emosi yang baik

Bagaimana nak mulakan langkah yang saya kongsi tadi? Saya pilih dengan tulisan tangan.

Tulisan tangan mendedahkan banyak perkara tentang kebahagiaan dan kesedihan. Oleh kerana kita akan menggunakan tulisan dalam mengenali teman baru, ia akan membawa anda mengetahui mengapa tulisan tangan memberi informasi yang tepat kepada anda.

Ada satu teori mengatakan semakin semakin banyak persamaan anda dengan orang itu, maka anda lebih cenderung memilihnya untuk dijadikan pasangan. Melalui tulisan tangan juga kita boleh menyemak compatibility anda dengan pasangan.

(4)

Sebelum ini saya kongsi langkah mencari hubungan yang ideal, saya kongsikan pula 3 karakter yang mudah dikenalpasti melalui tulisan.

1. Introvert

Dalam tulisan tangan individu introvert selalunya menulis dengan slanting ke kiri dan tulisan tangan yang kecil. Selalunya mereka mengalami ketakutan yang lain seperti kurang keyakinan dan sukar meluahkan perasaannya. Individu introvert juga memilih kawan dan lebih yakin dalam ruang linkungan yang kecil. Ada yang menulis dengan tulisan besar tetapi dengan slanting ke kiri, tetapi kita lihat dia seorang yang mampu bersosial. Sebenarnya dia jarang meluahkan perasaannya dan memilih untuk memendam rasa.

(5)

2. Ektrovert

Manakala untuk ektrovert pula, adalah individu yang aktif, lebih menjadi perhatian ramai dan suka dengan interaksi antara pasangan. Jika mencari karakter ini pada tulisan, lihatlah pada saiz yang besar dan slanting ke kanan.

Contoh Tulisan Individu Ekstrovert 3. Ambivert

Karakter ambivert ini didefinisikan sebagai di tengah antara tulisan menegak dan slanting ke kanan. Individu ini mempunyai ciri introvert dan ekstrovert. Selalunya individu ini berada di tengah-tengah dalam banyak isu. Mudah disimpulkan jika individu ambivert ini berada suasana yang selesa, dia mampu menjadi dirinya sendiri.

(6)

Contoh Tulisan Individu Ambivert

TIP DALAM RUMAHTANGGA YANG BOLEH DISEMAK MELALUI TULISAN TANGAN

Ceritara cinta yang didukung oleh Hero Adam dan Heroin Hawa. Cerita tentang hidup berpasang-pasangan atas sifat Allah Ya Rahman, Allah Ya Rahim.

Yang Pertama

Beradaptasi dengan diri yang baru. Kehidupan anda bukan hanya untuk memikirkan diri sendiri sahaja tapi jauh lebih menarik lagi hidup anda akan bermatlamat selepas berkahwin. Secara automatik, apabila anda mahu berbuat sesuatu anda akan memikirkan hati dan perasaan pasangan anda

“ADAM, saat melafazkan akad nikah (aku terima nikahnya…) Adam telah terikat dengan perjanjian dan tanggungjawab. Perjanjian kepada Allah, isteri yang baru

dinikahi dan keluarga mertua bagi menjaga amanah ini dengan sebaiknya” “HAWA, pasakkan pada dirimu (Ini suamiku, jodoh yang dihantar oleh Allah). Selepas lafaz akad, ketaatan Hawa diutamakan pada sang suami. Syurga Hawa kini

(7)

telah bertukar dari ibunya kepada suaminya. Ketaatan Hawa kepada suaminya selagi mana perkara yang dilakukan tidak bertentangan dengan syarak” Yang Kedua

Mengenal sisi lain pasangan kita. Ramai orang kata selepas duduk bersama di bawah satu bumbung, maka akan terlihatlah sisi lain pasangan yang jarang-jarang terkeluar semasa sedang bercinta.

Cantik di luar, adakah cantik juga di dalam?

Tidak tergesa-gesa menilai pasangan kita dengan cepat. Tempoh mengenal antara satu sama lain berjalan sepanjang masa kerana manusia adalah makhluk dan mereka boleh berubah.

Walaubagaimanapun, hidup berpasangan memerlukan kepekaan anda terhadap hak dan tanggungjawab, sensitiviti pasangan dan memahami nature kerjaya masing-masing.

Yang Ketiga

Kemeriahan keluarga mertua. Keluarga mertua adalah kumpulan baru yang penting untuk anda selidik. Lihat pada skop yang besar di mana anda kini dalam perhatian keluarga kecil pasangan anda dan saudara mara mereka

Anda perlu bijak menggunakan kata dan bercampur bersama dengan mereka. Dalam pada itu, ambil tahu cara pergaulan, budaya dan adat mereka supaya bila mana anda dalam kumpulan ini anda mudah berinteraksi dan mencapai keserasian.

(8)

Yang Keempat

Keutamaan menahan marah. Selalu terjadi perasaan marah berpunca dari tekanan. Misalnya tekanan dari tempat kerja akan dibawa ke rumah menyebabkan individu ini melempaskan kemarahan dan tekanan tersebut kepada anak-anak, isteri atau suami.

Dalam tulisan tangan kemarahan boleh dikaitkan dengan tekanan yang digunakan. Ada yang mudah marah cepat sejuk, ada yang berdendam dan tahap kemarahannya pada skala normal.

Jika anda menggunakan tekanan yang ringan semasa menulis, ini bermakna anda seorang yang sabar. Tekanannya seperti tidak kelihatan di belakang kertas. Individu ini mudah sejuk sekalipun dia marah. Dia mampu mengawal skala amarahnya dengan baik.

(9)

“Siapa saja yang menahan marah, padahal dia mampu melampiaskannya, maka Allah akan memanggilnya pada Hari Kiamat di atas kepala para makhluk hingga

dipilihkan baginya bidadari yang dia sukai” (HR At-Tirmidzi, Abu Dawud dan Ibnu

Majah)

Yang Kelima

Keutamaan memberikan kemaafan. Gesaan untuk kita menghulurkan kemaafan terlebih dahulu kepada orang yang berbuat salah terhadap kita supaya hati kita senang, tidak menyimpan dendam terhadap orang tersebut.

“Hendaklah mereka memberi maaf dan melapangkan dada. Tidakkah kamu ingin diampuni oleh Allah?” (Surah an-Nur: 22)

Memberi maaf sebelum diminta. Mereka yang enggan memberi maaf pada hakikatnya enggan mendapatkan keampunan dari Allah S.W.T. Allahu. Ironinya jangan terlalu sombong hidup di muka bumi Allah. Semuanya hanya pinjaman dari Allah supaya kita bersyukur. Bahkan hati kita yang menidakkan kata maaf juga milik Allah S.W.T.

Yang Keenam

Keutamaan bersifat sabar. Mudah mengucapkan sabar tetapi untuk melatih diri menjadi orang sabar memerlukan perjuangan. Perjuangan yang dihadapi oleh orang yang sabar tidak kurang hebatnya. Mereka perlu menjaga diri dari rasa gelisah dan menahan lidah dari mengeluh.

(10)

“Dan, orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan, mereka itulah orang-orang yang benar (imannya), dan mereka itulah

orang-orang yang bertaqwa” (Surah al-Baqarah: 177)

“Mereka memperoleh keberuntungan, keselamatan dari sesuatu yang ditakuti dan masuk syurganya Allah” (Surah ar-Ra’d, ayat 24)

Setelah berumahtangga, tiada yang mahukan perpisahan, tetapi sejauh manakah kita berusaha mengekalkan hubungan yang telah terbina?

Yang Ketujuh

Jangan kedekut dengan kata-kata pujian,

“Awak nampak extra manislah hari ini, aurat pun tertutup cantik je. Suka saya tengok”

Kata-kata pujian seperti diatas dapat membunga-bungakan hati perempuan. Perempuan memang suka akan kecantikan dan lelaki juga suka melihat kecantikan.

Apabila suami dapat membahagiakan isterinya, maka syurgalah rumahtangga mereka. Sebaliknya pula apabila perempuan mogok, rumahtangga tiada seri dan keadaan rumah tunggang terbalik kesan daripada hilang sentuhan dari seorang isteri.

Lelaki juga mahu mendengar dirinya dipuji. Lebih-lebih lagi pujian yang ada unsur kewibawaan pada seorang lelaki seperti bertanggungjawab, bertolak ansur, rajin dan romantik.

(11)

Seorang isteri yang memuji sifat positif suami dihadapan anak-anak akan memupuk rasa hormat anak kepada ayah mereka dan mengukuhkan lagi hubungan kekeluargaan.

Yang Kelapan

Usah menuturkan kata-kata yang negatif dalam hubungan anda. Apabila menuturkan kata-kata, jangan menggunakan ayat yang negatif. Apabila terlalu kerap menggunakannya, ia akan mempengaruhi hubungan.

Sering juga didengar ayat yang berbunyi seperti dibawah:

“Kalau suatu hari nanti, tiba-tiba kita tidak lagi bersama, kita akan berkawan baik tak?”

Ayat diatas tiada salahnya jika sekali baca. Melahirkan niat yang baik untuk tidak memutuskan persaudaraan walaupun setelah berpisah adalah digalakkan dalam Islam.

Cuma ada sedikit yang perlu dijaga dari sudut hati pasangan. Hati yang ada keraguan akan mudah untuk syaitan membisikkan kata-kata negatif. Seterusnya akan lahirlah sangkaan-sangkaan buruk dalam pemikiran terhadap perkara yang belum pasti akan berlaku.

Bila asyik memikirkan perkara-perkara negatif sahaja kesannya pada perhubungan dengan pasangan. Pasangan akan mula menjauh dari kita dan hubungan semakin

(12)

Yang kesembilan

Jika dalam perhubungan, menghormati kisah silam pasangan adalah perlu. Keterbukaan dia menceritakan kisahnya kepada kita mungkin atas dasar persediaan untuk kita menerima dia dengan seadanya. Dua perkara yang kita tidak mampu ubah iaitu, masa silam kita dan masa silam orang lain. Apabila kita redha dengan kisah silam kita barulah hati kita akan menjadi lebih tenang dan tenteram.

Dalam tulisan tangan kita dapat melihat sama ada individu itu sudah move on atau belum melalui margin. Selalunya margin yang rapat ke kiri dilihat sukar untuk melupakan masa lalu. Seolah ada yang bersisa di dalam lubuk hati.

Margin Rapat ke Kiri

Sebaiknya kisah tersebut dijadikan contoh dan iktibar yang disimpan dalam journal kehidupan kita yang nyata. Kehidupan kita fokus pada realiti yang kita hadapi dan mempersiapkan diri untuk kehidupan yang akan datang.

Fokus pada hubungan yang sudah terjalin dan berusaha membawa hubungan ini sebaik mungkin. Fokus pada pasangan yang sedia ada bersama kita. Terima kasih sudi menyambut kebaikan yang dihulurkan dan menerima kelemahan diri kita.

(13)

NAK TAHU LEBIH LAGI TENTANG HUBUNGAN SUAMI ISTERI?

NANTIKAN BUKU LOVE TULISAN INI

MILIK SIAPA?

BONUS : TIP PASANGAN BAHAGIA MELALUI ASMAULHUSNA

TULISAN TANGAN MENCERMINKAN PERIBADI

DI HADAPAN PASANGAN.

INSYAALLAH AKAN PRE -LAUNCH

(14)

PENUTUP

Alhamdulillah, telah dikongsikan tip-tip ringkas sebagai panduan dalam kehidupan berumahtangga bagi membentuk satu keluarga sakinah yang dicintai Allah.

Buat anda yang sedang mempersiapkan diri untuk masuk ke dunia baru iaitu alam perkahwinan, semoga perkongsian ini dapat membantu anda menjadi pasangan yang terbaik untuk dia.

Buat anda yang masih baru dengan perkahwinan, didoakan tip-tip ini akan dapat menguatkan ikatan yang baru dibina dan menambah baja-baja kasih sayang dalam cinta anda.

Buat anda yang sudah veteran dengan cerita-cerita manis dan duka dalam alam perkahwinan, semoga anda dapat menjadi idola buat anak muda diluar sana dan menjentik semangat mereka untuk menjaga amanah dan tanggungjawab dalam perkahwinan dengan bersungguh-sungguh.

Tulisan tangan ada jawapan kepada persoalan dan masalah anda dalam perhubungan. Dengan mengenali pasangan melalui tulisan, sekurang-kurangnya kita sudah bersedia dan tahu tentang dia. Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan. Semoga berjaya.

Salam Sayang, Azura Hashim

Referensi

Dokumen terkait

Hasil pengamatan yang dilakukan setiap 6 bulan pada tanaman berumur 3 tahun menunjukkan peningkatan dosis pupuk sebesar 25% dari rekomendasi dan pemberian mikoriza secara nyata

Isikan identitas Anda ke dalam Lembar Jawaban Ujian Sekolah/Madarsah (LJUS/M) yang tersedia dengan menggunakan pensil 2B sesuai petunjuk di LJUS/M.. Berilah tanda

Penelitian ini dibuat dengan tujuan untuk memberikan informasi tentang pemanfaatan rimpang kunyit ( Curcuma domestica Val .) sebagai jamu perawatan kecantikan kulit

Dengan transparansi dalam pengelolaan zakat dapat menciptakan suatu system control yang baik, karena tidak hanya melibatkan pihak intern organisasi saja tetapi

Sel normal akan berhenti tumbuh jika berada pada tempat atau posisi yang tidak semestinya, sedang sel kanker tidak, sehingga dapat timbul anak sebar (metastase).. (4) Tidak

[r]

Dari data yang diperoleh kecelakaan kerja pada tahun 2010 sebanyak 5 pekerja dengan penyebabnya adalah 3 pekerja jatuh dari perancah bangunan karena tidak memakai APD