• Tidak ada hasil yang ditemukan

1.0 Pengenalan. 2.0 Takaful Islam

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "1.0 Pengenalan. 2.0 Takaful Islam"

Copied!
15
0
0

Teks penuh

(1)

1

1.0 Pengenalan

Setiap individu tanpa mengira agama apa pun yang mereka anuti pasti akan berusaha untuk mengelakkan diri mereka daripada ditimpa sebarang musibah seperti kerugian, kemalangan dan kesusahan. Kesedaran tentang hal ini menunjukkan betapa pentingnya perlindungan dalam kehidupan seharian dan sebagai persediaan untuk menghdapai sebarang kemungkinan di masa hadapan, maka perkhidmatan insurans dilihat mampu memenuhi keperluan masyarakat kini. Hal ini demikian kerana insurans bukan sahaja memberi jaminan perlindungan kepada keselamatan diri dan keluarga malah turut menawarkan perlindungan dalam sektor perniagaan dan banyak lagi.

Kini industri insurans semakin berkembang maju di negara Malaysia, bukan sahaja syarikat insurans konvensional malah insurans Islam (Takaful) juga semakin berleluasa. Hal ini menunjukkan orang awam menyedari tentang kepentingan insurans dan mereka memerlukan perlindungan. Di Malaysia khususnya sektor Insurans Islamik mahupun Konvensional berkembang bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Kedua-kedua jenis insurans ini sememangnya berbeza dan masing-masing menawarkan perkhidmatan yang tersendiri. Dalam penulisan ini akan dijelaskan secara terperinci perbandingan konsep dan amalan antara Takaful Islam dan Insurans Konvensional berdasarkan satu salah satu contoh syarikat takaful dan insurans yang terdapat di Malaysia. Selain rujukan daripada beberapa buah buku dan laman web, penulisan ini juga ditulis dengan hasil temu bual bersama beberapa orang pegawai bank yang bertugas dalam hal-hal insurans.

2.0 Takaful Islam

2.1 Definisi Takaful

Takaful berasal dari kata dasar “kafala” yang bermaksud menjamin, menjaga atau memelihara dan takaful juga berasal dari kata kerja iaitu bermaksud saling menjamin, saling menjaga dan saling memlihara.1 Sebenarnya banyak lagi maksud lain bagi perkataan takaful tapi dalam perbincangan ini hanya berfokus kepada maksud yang berkaitan dengan perlindungan sesuai dengan konsep insurans yang diamalkan.

1

(2)

2 Di dalam al-Quran terdapat perkataan-perkataan “kafal” dan “yakfulu” yang bermaksud memelihara atau menjada. Sebagai contoh dalam firman Allah S. W. T yang bermaksud:

“Maka Tuhannya menerima ia sebagai nazar dengan penerimaan yang baik, dan mendidiknya dengan pendidikan yang baik dan Allah menjadikan Zakaria pemeliharaannya (penjaganya)”

(Surah Ali-Imran: 37)

Dari segi istila pula takaful bermaksud satu perjanjian dalam kalangan ahli-ahli satu kumpulan untuk bersama-sama membantu ahli lain yang ditimpa kesusahan atau musibah. Definisi takaful ini selaras dengan definisi yang diletakkan dalam Akta Takaful 1984 yang mana antara aspek penting yang terkandung dalam penjelasan definisi tersebut antaranya, persepakatan peserta untuk kebaikan bersama, setiap peserta menyumbang untuk menolong peserta lain yang memerlukan bantuan, ada unsur “tabarru” yang bertujuan membahagikan kerugian dan mengagihkan liabiliti melalui sistem tabungan komuniti, elemen ketidaktentuan tidak wujud terutamanya yang berkait dengan langganan dan pampasan serta skim ini tidak bermaksud untuk meraih kesempatan atas kos yang terpaksa ditanggung oleh individu atau peserta lain.2

2.2 Sejarah dan Perkembangan Takaful

Konsep takaful yang ada pada hari ini sebenarnya telahpun wujud semenjak zaman permulaan Islam lagi. Pada zaman Nabi, antara sistem yang digunakan oleh baginda ialah al-Qasamah iaitu urusan perniagaan yang mana ianya lebih kurang Takaful am dan al-Aqilah iaitu urusan kebajikan lebih kurang sama dengan Takaful Keluarga.

Sistem Takaful ini berkembang pesat dengan kehebatan Islam dan mula mengalami proses pemodenan apabila Khalifah Umar r.a memperkenalkan Takaful Marin. Apabila Empayar Islam mengalami kemerosotan, sistem takaful ini mulai lenyap dan akhirnya Barat memperkenalkan insurans pada kurun ke-15 yang berasakan konsep jual beli. Setelah itu, insurans menguasai pasaran dunia hampir 500 tahun dan apabila penjajah masuk ke negara kita, mereka membawa masuk sekali sistem insurans dari Barat ini.

2

(3)

3 Pada tahun 1979, negara Sudan iaitu sebuah negara Islam yang kecil melahirkan semula takaful dan pada tahun yang sama para ulamak seluruh dunia bersidang bersama pakar-pakar ekonomi termasuk Malaysia. Setelah kajian dibuat dengan teliti bersama dengan hujah yang jelas, akhirnya mereka sepakat mengeluarkan fatwa bahawa insurans konvensional adalah haram dan takaful dibenarkan. Hal ini demikian kerana para ulama Islam telah bersetuju mengenai kewujudan riba, maisir, gharar dan unsure ketidakpastian dalam insurans konvensional menyebabkan ianya haram.3

Sejarah penubuhan Takaful di Malaysia bermula pada tahun 1984 iaitu dengan penubuhan Syarikat Takaful Malaysia Berhad (STMB). Syarikat ini merupakan anak syarikat BIMB Holding Berhad dan kemudiannya pada tahun 1993 Takaful Nasional Sdn Bhd (TNSB) ditubuhkan dan beroperasi pada 15 Oktober 1993. Syarikat ini sebelum bertukar namanya kepada TNSB dikenali sebagai MNI Takaful hasil daripada persepakatan antara Permodalan Nasional Berhad (PNB), Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (YPEIM) dan Malaysia Nasional Insurance (MNI). Sterusnya sektor Takaful Malaysia semakin meningkat dengan tertubuhnya Maybank Takaful Berhad (MTB) pada tahun 2002 dan Takaful Ikhlas Sdn. Bhd pada tahun 2003.

3.0 Insurans Konvensional

3.1 Definisi Insurans

Insurans merupakan satu alat ekonomi untuk memindahkan risiko kepada penangung insurans iaitu individu yang mengggantikan kerugian kewangan yang besar dan pasti dengan kos kecil yang pasti iaitu premium insurans. Insurans juga didefinisikan sebagai alat ekonomi untuk mengurangkan dan menghapuskan risiko melalui penggabungan sebilangan pendedahan yang homogeneous dengan secukupnya ke dalam satu kumpulan untuk menjadikan kerugian boleh diramal untuk kumpulan tersebut. Melalui definisi ini, dapat kita kenali tiga cirri asas yang menjadi intipati insurans iaitu pemindahan risiko, perkongsian kerugian dan pengurangan risiko.4

Insurans terbahagi kepada dua iaitu insurans nyawa dan insurans am. Secara berkanun syarikat insurans dikehendaki menyimpan 80% asetnya dalam bentuk aset Malaysia dan 25%

3 Afzal-Ur-Rahman, Doktrin Ekonomi Islam, m/s 212.

4

(4)

4 dalam bentuk 25% surat sekuriti kerajaan. Oleh sebab tuntutan bila-bila masa sahaja akan berlaku, maka syarikat insurans sebahagian besar asetnya dalam bentuk yang tunai serta deposit bank. Namun demikian surat sekuriti dan deposit bank tidak member pulangan yang tinggi, oleh itu syarikat insurans melabur dananya dalam sekuriti swasta seperti syer dan bon syarikat.5 Secara umumnya syarikat insurans ini lebih dikenali sebagai sebuah institusi konvesional.

3.2 Sejarah dan Perkembangan Insurans di Malaysia

Insurans bermula di Malaysia kesan perkembangan ekonomi dalam perdagangan antarabangsa. Syarikat insurans terawal di Malaysia adalah seperti Bousted and Company, iaitu wakil bagi Syarikat Royal Insurance Company dari England dan juga syarikat tempatan seperti Straits Insurance Limited dan Khean Guan Insurance Limited. Insurans yang penting ketika itu adalah insurans maritim dan insurans kebakaran perniagaan dan kemalangan dan insurans nyawa. Insurans berkembang pesat setelah Malaysia mencapai kemerdekaan. Pihak kerajaan menggalakkan penubuhan syarikat insurans tempatan akan tetapi tidak berjaya, banyak syarikat telah menggulung tikar. Hal ini kerana mereka tidak mengamalkan polisi pengunderaitan yang munasabah. Bagi menyelamatkan industri insurans, kerajaan telah memperkenalkan Akta Insurans juga dilantik untuk menyelia industri insurans di Malaysia.

4.0 Profil Takaful Ikhlas Sdn. Bhd dan Zurich Insurance (MCIS)

Secara amnya, objektif dalam industri takaful sebenarmya mempunyai persamaan dengan industri insurans konvensional. Kedua-duanya merupakan instrument untuk membantu golongan yang tidak bernasib baik kerana ditimpa musibah. Secara jelasnya, kedua-dua instrument ini merupakan salah satu cara yang moden untuk memindahkan risiko yang berlaku dan sudah menjadi kebiasaan, sesuatu ganjaran akan diberi kepada pihak yang sanggup menerima pemindahan risiko ini. Dalam kertas kerja ini diperincikan lagi tentang konsep dan amalan salah satu contoh syarikat Takaful Islam dan Insurans Konvensional. Contoh syarikat yang akan digunakan untuk membandingan konsep dan amalam dalam

5

(5)

5 Takaful Islam dengan Insurans Konvensional adalah Takaful Ikhlas Sdn. Bhd dan MCIS Zurich Insurance (MCIS).

Takaful Ikhlas Sdn. Bhd atau lebih dikenali dengan nama Takaful Ikhlas diperbadankan pada 18/9/20012 dan merupakan anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Berhad. Setelah beroperasi selama 9 tahun, Takaful Ikhlas Berjaya mengukuhkan kedudukannya dalam sektor insurans dan sistem yang digunapakai adalah berasakan Takaful Islam sepenuhnya. Pelan yang ditawarkan oleh Takaful Ikhlas adalah Pelan Am dan Pelan Keluarga.

MCIS ditubuhkan di Malaysia pada tahun 1954 dan menjadi MCIS Insurance pada tahun 1998. Liberalisasi pasaran dan keperluan kepada kekuatan entity untuk beroperasi secara afektif dalam suasana global menyebabkan MCIS bergabung dengan Zurich Financial Services, iaitu penyedia perkhidmatan insurans kelima terbesar di dunia yang mendapat ranking ke-59 dalam Forturne Globals 500 pada tahun 2005. Zurich Financial Services Group (Zurich) adalah syarikat yang berasaskan insurans dan merupakan syarikat penanggung insurans tempatan dengan piawaian antarabangsa. MCIS Zurich merupakan syarikat insurans konvensional dan aktiviti utama adalah menjalankan pengunderaitan ke atas insurans hayat dan insurans berkait pelaburan dan semua perniagaan ke atas insurans hayat.

5.0 Perbandingan Konsep dan Amalan dalam Takaful Ihklas dan MCIS

Zurich Insuran

5.1 Kontrak yang digunapakai

Dalam Takaful Ikhlas, kontrak yang digunapakai dan diamalkan adalah kontrak al-Wakalah. Perkataan al-Wakalah diambil daripada perkataan bahasa Arab yang membawa maksud perwakilan. Al-Wakalah merupakan kontrak yang mana peserta membenarkan pengendalian untuk menguruskan hal-ehwal dana bagi pihak beliau dan ini sah dengan keizinan kedua-dua pihak.6 Menerusi kontrak ini, Takaful Ikhlas akan mengenakan yuran pengurusan untuk urusan ini dan ianya diambil daripada Dana Akaun Ta‟awuni (TAP). Amalan al-Wakalah merupakan amalan yang diharuskan dalam Syara‟ kerana keperluannya cukup untuk mencapai suatu matlamat. Sudah menjadi fitrah kejadian manusia yang tidak

6

(6)

6 lepas daripada kelemahan kerana manusia tidak dijadikan dengan kesempurnaan. Hal ini dihebahkan oleh Allah s. w. t dalam surah an-Nisa, ayat 28 yang bermaksud:

“…manusia itu dijadikan berkeadaan lemah.”

Oleh yang yang demikian Islam mengharuskan prinsip al-Wakalah untuk dilaksanakan dengan syarat ianya tidak lari daripada perundangan Islam. Pengharusan ini bersumberkan kepada sumber-sumber yang berikut iaitu antara berdasarkan kisah Ashabul Kahfi sebagaimana yang diceritakan di dalam al-Quran yand bermaksud:

“…sekarang utuslah (wakilkanlah) salah seorang dari kamu, membawa wang perak kamu ini ke Bandar: kemudian biarlah dia mencari dan memilih mana-mana jenis makanan yang lebih baik lagi halal (yang dijual di situ), kemudian hendaklah dia membawa untuk kamu sedikit habuan daripadanya”

(surah al-Kahfi:19)

Selain itu, ianya juga bersumberkan kepada as-Sunnah yang diriwayatkan oleh al-Bukhari, Ahmad, Abu Daud, at-Tarmizi, Ibn Majah dan al-Daruqutni iaitu saripada „Urwah sendiri bahawa Rasulullah S.A.W telah mewakilkan „Urwah al-Bariqi supaya membeli kambing untuk korban. Amalan al-Wakalah sebagaimana yang diamalkan oleh segelinitr pengendali Takaful di Malaysia adalah sangat diperlukan untuk memasarkan produk-produk insurans yang berteraskan Islam kepada masyarakat. Tugas ini sangat diperlukan bagi merancakkan lagi penyebaran produk-produk yang berterasakan prinsip Islam.

Amalan al-Wakalah inilah yang menjadi asas induk kepada sistem operasinya. Prinsip al-Wakalah yang dilaksanakan oleh Takaful Ikhlas bagi menjalankan operasinya ialah di mana Takaful Ikhlas sebagai wakil kepada para peserta bertanggungjawab untuk menguruskan segala dana yang telah diwujudkan dengan penuh amanah, telus dan professional. Bagi tujuan tersebut, Takful Ikhlas mengenakan caj pengurusan dan prestasi berasaskan prinsip perwakilan yang dibayar upah. Seterusnya, Takaful Ikhlas juga melantik wakil-wakil sebagai perantara dalam memasarkan produk-produk syarikat dengan dibayar upah.

Perbincangan tentang kontrak perwakilan ini dikaitkan dengan empat sifat utama iaitu siddiq, amanah, tabligh dan fatanah. Keempat-empat sifat ini mestilah ditanam dan

(7)

7 diterjemahkan dalam urusan perwakilan oleh setiap wakil demi mencapai kehidupan yang berkualiti di dunia dan akhira. Konsep dan amalan al-Wakalh ini dapat membuka peluang pekerjaan dan salah satu daripada punca pendapatan. Para wakil juga berpeluang melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang da‟ie yang mengajak masyarakat membantu antara satu sama lain melakukan tabarru‟ serta membangunkan sistem muamalat Islam yang merupakan suatu tuntutan agama keatas setiap muslim.

Di dalam Zurich Insurans pula, kontrak yang digunapakai ialah kontrak pertukaran (Mu‟awadat) iaitu berbentuk jual beli dan tiada kontrak selain daripada itu. Berbeza dengan kontrak yang digunapakai dalam Takaful Ikhlas iaitu kontrak wakalah (perwakilan). Penyertaan Takaful Ikhlas merupakan satu aqad dalam kalangan peserta tetapi pembelian Zurich insurans adalah satu kontrak di antara penginsurans dan pemegang polisi. Hal bermaksud pemegang polisi membeli produk insurans yang ditawarkan oleh penginsurans syarikat Zurich Insurans dengan ,e,bayar kadar bayaran premium yang telah ditetap dalam sesuatu produk insurans tersebut. Keadaan ini nyata berbeza dengan konsep perwakilan dalam Tkaful Ikhlas.

5.2 Kaedah Operasi

Takaful Ikhlas sebagai satu bentuk perniagaan adalah tidak berasakan aqad jual beli semata-mata. Dalam hal ini, peserta takaful tidak membeli produk seperti mana yang dijalankan oleh syarikat insurans. Takaful Ikhlas seperti takaful yang lain di Malaysia mementingkan dan menghayati amalan kerjasama, tolong-menolong, setiakawan atau secara ringkasnya saling menjamin antara satu sama yang lain.

Secara umumnya struktur perjalanan takaful tidak banyak berbeza dengan Zurich Insurans yang mana wujud satu pihak yang melanggani produk takaful daripada wakil takaful yang menyediakan produk itu, iaitu Takaful Ikhlas. Kedua-dua pihak ini akan memetraikan aqad. Oleh kerana wang sumbangan dibayar oleh peserta dengan tujuan untuk menabung dan mendapat manfaat sambil berniat untuk membantu rakan peserta yang memerlukan bantuan ketika ditimpa musibah mahupun bencana. Maka operasi Takaful Ikhlas lebih berbentuk satu usaha pelaburan bukan jual beli. Seterusnya wang sumbangan peserta tidak menjadi hak syarikat sementara dalam Zurich Insurans, wang premium menjadi hak syarikat sepenuhnya sebagai balasan pemegang polisi membeli polisi insurans daripada syarikat berkenaan. Keadaan ini bersesuaian dengan struktur operasinya yang mangamalkan kontrak mu‟awadah.

(8)

8

5.3 Saluran Pelaburan

Saluran pelaburan pula dalam Takaful Ikhlas, pelaburan kumpulan wang takaful akan dilaburkan ke atas syarikat-syarikat yang telah dikelaskan sebagai patuh syariah. Penentuan ini adalah berdasarkan senarai patuh Syariah yang dikeluarkan oleh Suruhan Jaya Sekuriti (SC). Pelaburan syarikat insurans pula adalah bebas kepada semua jenis instrument tidak mengira sama ada halal atau tidak. Ini termasuklah pelaburan ke atas syarikat perjudian dan arak. Berbeza dengan Zurich Insurans, segala hasil tidak halal yang diperolehi oleh pengendalian Tkaful Ikhlas tidak akan dikira sebagai pendapatan syarikat sebaliknya akan dimasukkan ke dalam tabung kebajikan manakala syarikat Zurich tidak mempunyai sistem yang sebegini kerana hasil yang tidak halal itu merupakan salah satu pendapatan syarikat.

4.4 Majlis Badan Penasihat Syariah

Perjalanan operasi pula, Takaful Ikhlas mempunyai Majlis Penasihat Syariah yang bertanggungjawab memberikan nasihat terhadap segala aktiviti termasuk pelaburan. Selain itu Takaful Ikhlas juga mempunyai unit Syariah yang berperanan sebagai sekretarat kepada Majlis Penasihat Syariah. Syarikat MCIS Zurich Insurance walaubagaimanapun mempunyai badan penasihat tidak seperti syarikat insurans yang lain di Malaysia namun badan penasihat ini hanya memberi nasihat dalam beberapa perkara tertentu sahaja dan perjalanan operasinya masih lagi perniagaan insurans konvensional.

Merujuk kepada Majlis Penasihat Syariah yang ditubuhkan, ia tidak lebih hanya sebagai penasihat syariah untuk tujuan memberikan nasihat kepada pihak pengurusan dan untuk menjaga hal-hal berkaitan etika para pekerja MCIS Zurich Insurans. Selain itu, mereka juga bertanggungjawab untuk melakukan kajian berkaitan insurans dari perspektif syariah. Walaupun begitu, peranan dan fungsi Majlis penasihat ini berbeza dengan peranan yang dimainkan oleh Majlis Penasihat Syariah Pengendali takaful dan bank-bank Islam kerana fungsi mereka ialah memastikan perjalanan operasi, produk dan sebagainya adalah berlandaskan syariah dan halal. Berbeza dengan MCIS Zurich Insurans yang mana perniagaan terasnya adalah jelas haram. Dengan kewujudan Majlis Penasihat Syariah tidak bermakna MCIS Zurich Insurans adalah sebuah syarikat insurans Islam.

(9)

9 Dalam aspek perundangan, pengendalian Takful Ikhlas tertakluk dibawah Akta Takaful 1984 sementara Zurich insurans tertakluk dibawah Akta Insurans 1963 (pindaan 1996). Perbezaan yang dinyatakan di atas adalah asas utama mengapa insurans di hukum sebagai haram dan bukannya atas beberapa perkara pada pandangan beberapa pengamal insurans yang cuba mempertikaikan hukum fatwa yang telah diputiskan sebelum ini.

Walaupun diletak dibawah akta yang berbeza tetapi masih terdapat persamaan dalam kedua-dua akta tersebut terutamanya tambahan dan pengawalseliaan operasi perniagaan takaful. Akta ini mewujudkan satu jawatan Ketua Pengarah yang bertindak sebagai Ketua Pengarah Insurans Konvensional.

5.6 Unsur Gharar

Perkataan “Gharar” diambil daripada perkataan Arab yang bermaksud ketidaktentuan. Menurut para ulama “gharar didefinisikan sebagai kontrak yang mana hasilnya tidak diketahui. Kontrak insurans konvensional ialah kontrak jual beli yang bermaksud peserta membayar harga premium dan penyedia insurans menawarkan pampasan . Sebagai contoh produk MCIS Zurich Insurance yang menawarkan produk MZ Income 5G (MZI5G) yang mana kadar premium bagi produk tersebut adalah RM139.69/sebulan.

Di dalam kontrak jual-beli elemen gharar yang boleh membatalkan kesahihan sesuatu jual-beli adalah dibenarkan sebagaimana firman Allah s. w. t yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah, kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama antara kamu dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesame sendiri”

(an-Anisa‟: 29)

Namun begitu, barang atau subject matter di dalam kontrak adalah diperlukan dalam menentukan kebenaran kerana adalah tidak logik untuk mengatakan bahawa seseorang memberi kebenaran tentang sesuatu yang ia tidak tahu. Terdapat beberapa jenis gharar yang terdapat dalam insurans konvesional demikianlah Zurich juga tidak terlepas dari unsur gharar yang tersebut. Dalam isu gahrar, laporan Badan Petugas Penubuhan Insurans Secara Islam di Malaysia yang menyatakan kontrak insurans mengandungi unsur gharar kerana apabila tidak berlaku tuntutan satu pihak (syarikat insurans) akan mendapat semua keuntungan (premium)

(10)

10 sementara satu pihak lagi (peserta) tidak mendapat sebarang keuntungan sedangkan kontraknya adalah berasaskan jual beli. Keadaan ini bertepatan dengan maksud apabila satu pihak lagi tidak menerima apa yang sepatutnya dia dapat.

Maka jelaslah disini perkara pokok yang menjadi punca persoalan hala haram produk insurans ini adalah kerana komtrak jual beli yang digunapakai. Perkara sebegini tidak berlaku dalam Takaful Ikhlas kerana takaful Ikhlas telah mengubah aqad Mu‟awadah Maliah‟ (kontrak jual beli) yang digunakan oleh syarikat Insurans konvensional kepada aqad al-Wakalah. Hasilnya, aqad al-Wakalah tidak terikat dengan syarat-syarat jual beli, tidak juga diperlukan untuk jelas dan terang jumlah itu ini dan bila serahan derma perlu dibuat. Jadi jalaslah Takaful Ikhlas terlepas daripada isu gharar atau ketidaktentuan. Dalam produk insurans pula, masalah yang timbul adalah dari sudut pembeli yang mana mereka tidak pasti pada masa bila mereka boleh memperolehi jaminan jumlah yang dibelinya dalam produk insurans walaupun mereka mengetahui jumlah yang bakal diterima. Sebagai contoh, tidak diketahui bila kemalangan akan berlaku sama ada berlaku pada tahun ini atau tahun yang berikutnya tiada sesiapa yang tahu kerana bayaran hanya akan diterima apabila musibah atau kemalangan itu akan menimpa mereka.

Penjelasan yang lebih mudah apabila membeli kontrak jual beli, aqad jual beli memerlukan kejelasan dalam hal berkaitan penjual, pembeli, benda yang dijual dan harga. Dalam empat rukun jual beli ini, syarikat insurans mempunyai masalah dengan barang yang dijual. Hal ini demikian kerana pelanggan telah membeli jaminan wang, ia dikira sebagai pertukaran mata wang RM dengan RM. Berbeza dengan Takaful Ikhlas, perkara ini tidak menjadi isu kerana mereka menggunapakai al-Wakalah. Dalam Zirich Insurans gharar dalam hasil pertukaran tidak dapat dielakkan. Apabila kontrak dibuat, peserta tidak tahu dengan jelas sama ada akan mendapat pampasan atau tidak sebagai pertukaran kepada premium yang dibayar. Masalah yang timbul dalam kontrak jual beli insurans ialah pelanggan tidak tahu bila mereka boleh dapat jaminan wang tersebut sebabnya ianya hanya akan dibayar oleh syarikat insurans apabila musibah berlaku sedangkan musibah belum berlaku.

Gharar di dalam kadar pampasan juga tidak ketahuan memandangkan ianya bergantung kepada sesuatu kejadian yang mungkin berlaku atau tidak mungkin berlaku. Sebagai contoh, apabila pelanggan membeli barang tetapi dia tidak tahu bila dia boleh mendapatkan barang yang dibelinya. Maka jelaslah unsur gharar merupakan unsur yang dominan dalam insurans konvensional ini yang mana risiko keberangkalian ini wujud dalam

(11)

11 keseluruhan Zurich Insurans termasuklah dalam hal bayaran premium, tebus rugidan kepentingan untuk insurans.7 Hal ini berbeza dengan Takaful Ikhlas yang menggunakan aqad al-Wakalah yang mana wujud perwakilan dalam pengendalian takaful. Aqad diantara para wakil dan Takaful Ikhlas adalah berasaskan aqad al-Wakalah. Konsep ini sejajar dengan prinsip Islam sebagaimana amalan Rasulullah S.W.T yang pernah mengutuskan pegawai. Di dalam prinsip Islam, apabila dilaksanakan kontrak wakil dengan bayaran upah, maka kontrak itu adalah sah dan mengikat. Hal ini bermakna semua pihak bertanggungjawab melaksanakan semua perkara yang dipersetujui di dalam aqad tersebut.

5.7 Maisir

Maisir juga merupakan perkataan Arab yang bermaksud perjudian. Dalam kontrak konvesional Zurinch Insurans mahupun yang lain tetap dikaitkan dengan perjudian yang mana jika berlaku bencana, pihak pnyedia insurans akan menanggung kerugian yang di alami oleh si pemegang insurans.8 Sebaliknya pula apabila tiada apa-apa musibah atau bencana yang menimpa si pemegang insurans, maka peserta yang akan rugi kerana tidak mendapat pulangan daripada bayaran premium yang bayar setiap bulan atau suatu tempoh tertentu.

Tambahan timbul persoalan tentang sumber wang diperolehi sebagai pampasan kerana sumbernya tidak ditentukan. Unsur perjudian seperti ini tidak wujud dalam Takaful Ikhlas kerana semua peserta yang menyertai skim ini tidak mempunyai tujuan untuk mendapatkan pampasan akibat bencana yang menimpanya. Sebaliknya bertujuan untuk saling membantu ahli-ahli lain yang berada dalam kesusahan melalui konsep tabarru‟ tanpa mengharapkan apa-apa balasan.9

5.8 Riba

Perkataan “riba” diambil daripada perkataan Arab yang membawa maksud faedah. Terdapat banyak ayat-ayat al-Quran yang terang dan jelas melarang riba dan tiada siapa yang mempertikaikannya.10 Namun dalam hal ini timbul percanggahan pendapat dalam kalangan ulama tentang apakah sebenarnya yang dikaitkan dengan riba. Sesetengah ulama berpendapat bahawa faedah sama ada ke atas prinsip atau bayaran lewat adalah riba. Satu lagi

7

Afzal-Ur-Rahman, Doktrin Ekonomi Islam, m/s 214.

8 Afzal-Ur-Rahman, Doktrin Ekonomi Islam, m/s 212. 9 Asmak Abd Rahman, Sistem Takaful di Malaysia, m/s 33 10

(12)

12 bentuk riba menurut sunnah Rasulullah S.A.W adalah elemen ribawi pertukaran atau barang-barang riba yang mana terdapat perbezaan di dalam tempoh masa atau kuantiti. Elemen ribawi ini yang dimaksudkan oleh Rasulullah S.A.W adalah emas untuk emas, perak untuk perak, gandum untuk gandum, barli untuk barli, kurma untuk kurma dan garam untuk garam. Betul ataupun salah dengan membuat bandingan persamaan, wang adalah hampir sama dengan dengan emas dan perak, yang mana kaedah ini dijadikan perantaraan bagi pertukaran.11

Elemen ribawi inilah membawa kepada kewujudan perbezaan dalam kedua-dua unsur kuantiti dan jumlah di dalam kontrak pertukaran di antara penyedia insurans dan peserta. Hal ni bermaksud pertukaran penyedia insurans dan peserta berlaku dalam dua keadaan iaitu jumlah yang tidak sama nilainya antara premium dengan bayran ganti rugi. Seterusnya, ditangguhkan bayaran hanya apabila peserta mengalaami kerugian sahaja,12 Tambahan pula para ulama ini mempertikaikan bahawa syarikat insurans konvesional Zurich Insurans memberi pinjaman daripada premium yang diterima dan mengenakan faedah dan ini tidak dapat dinafikan lagi sebagai riba. Zurich Insurans juga memperolehi pendapatan selain daripada premium yang dibayar oleh pembeli insurans. Antaranya ialah kadar faedah daripada pinjaman diterima, kadar faedah terakru, kadar faedah daripada sekuriti hutang korporat dan urusniaga forex. Jelas di sini pendapatan lain syarikat datangnya daripada sumber kadar faedah yang jelas diharamkan oleh Islam. Dalam Takaful Ihklas unsur riba sedemkian tidak wujud kerana ianya dipelihara dibawah Akta Takaful 1984 yang mana semua urusan dan operasi syarikat Takaful bebas daripada unsur-unsur yang bercanggahan dengan syariat Islam.

11 Muhammad Kamal Azhari, Bank Islam: Teori dan Praktik, m/s 55. 12

(13)

13

6.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, kewujudan Takaful dan Insurans di Malaysia merupakan salah satu sektor yang menyumbang kepada perkembangan ekonomi negara selain menjadi jaminan kepada peserta untuk mendapatkan pampasan dan bantuan ketika ditimpa musibah dan malapetaka. Walaupun insurans dan takaful kelihatan seakan-akan sama namun terdapat perbezaan yang besar di antara Takaful Ikhlas dan MCIS Zurich Insurans sama ada dari segi konsep, amalan dan pelaburan yang dijalankan oleh kedua-dua syarikat yang menawarkan insurans dan takaful. Perbezaan ini amat penting bagi umat Islam agar tidak terjebak dalam insurans konvensional yang telah dikuatkuasakan sebagai haram kerana mengandungi unsur-unsur gharar, perjudian dan riba.

Sektor takaful seperti Takful Ikhlas ini sepatutya mendapat tempat dalam kalangan penduduk Malaysia yang majoritinya terdiri daripada warganegara yang beragama Islam. Penyertaan bersama di dalam sitem yang sebegini dapat memupuk semangat tolong-menolong, kerjasama, dan amanah dalam dalam kalangan wakil takaful dan peserta. Kesedaran kepentingan dan perbandingan tentang takaful dan insurans perlulah dilakukan secara meluas agar masyarakat Islam dapat mengetahui mana yang halal dan haram kerana pada masa ini tidak dapat dinafikan banyak yang terjebak dalam insurans konvesional akibat pengetahuan yang kurang tentang takaful dan insurans.

(14)

14

Bibliografi

Afzal-Ur-Rahman, Doktrin Ekonomi Islam (1991), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Asmak Abd Rahman (2008), Sistem Takaful di Malaysia, Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Buku Panduan Peperiksaan: Asas Takaful (2007), Kuala Lumpur: Islamic banking and Finance Institute Malaysia (IBFIM).

Cheah Kooi Guan (1994), Institusi-instusi Kewangan di Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hendon Redzuan, Rubayah Yakob, Mohammad Abdul hamid (2005), Risiko dan Insurans, Petalin Jaya: Prentice Hall.

Muhammad Abdul Mannan (1989), Ekonomi Islam: Teori dan Praktis, Kuala Lumpur: A.S Noordeen. Muhammad Kamal Azhari (1993), Bank Islam: Teori dan Praktik, Kuala Lumpur: Dewan Pustaka Fajar. Noor Saliza Zainal dan Zulkafli Mohd. Yusuf (2008), Perbankan Islam di Malaysia, Shah Alam: Pusat

Penerbitan Universiti (UPENA), UiTM. Zurich Insurance. http://www.zurich.com.my/

Takaful Ikhlas Sdn. Bhb. http://www.takaful-ikhlas.com.my/malay/default.asp

Perunding kewangan Islam.

http://www.rozman-takaful.com/search/label/Takaful%20Ikhlas%20Sdn%20Bhd

Utusan Online. Wakalah dalam takaful.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0902&pub=Utusan_Malaysia&sec= Bicara_Agama&pg=ba_02.htm

(15)

15

Lampiran

Temu bual melalui panggilan telefon bersama Mohd Noor Izuddin Bin Abu Bakar, Marketing Assistant, MCIS Zurich Berhad dan Mohd Rozman Bin Omar, Perunding Kewangan Islam Takaful Ikhlas Sdn. Bhd

Soalan yang diajukan:

1. Apa yang dimaksudkan dengan kontrak al-Wakalah dalam Takaful Ikhlas?

2. Bagaimana kontrak al-Wakalah ini berbeza dengan kontrak yang digunapakai dalm insurans konvensional?

3. Apakah produk yang ditawarkan dalam Takaful Ikhlas?

4. Adakah Zurich insurans ini merupakan takaful islamik atau konvensional?

5. Zurich insurans mempunyai Majlis Penasihat Syariah dan apa sebenarnya peranan Majlis tersebut dalam MCIS Zurich Insurans?

6. Bagaimana cara tuntutan pampasan dalam Takaful Ikhlas

7. Bagaimana cara tuntutan pampasan dalam Zurich Insurans

8. Dari mana sumber pendapatan Zurich selain daripada hasil bayaran premium.

Referensi

Dokumen terkait

Sejauh pengamatan peneliti, penelitian mengenai perbedaan adversity quotient pada mahasiswa yang mengikuti Objective Structured Clinical Skills (OSCE) berdasarkan motivasi

Berdasarkan model genangan banjir rob yang ditunjukkan pada Gambar 14, hampir seluruh kelurahan di Kecamatan Semarang Utara terkena dampak dari banjir rob, yang

Sebuah elektron dari luar kulit yang berenergi lebih tinggi kemudian mengisi lubang, dan perbedaan energi antara kulit yang berenergi lebih tinggi dengan kulit

Kesehatan Lingkungan memudahkan pelaksanaan kegiatan kesehatan lingkungan yang melibatkan pemangku kepentingan berupa kajian FR Penyakit yang berpotensi KLB berbasis

Berangkat dari hal-hal yang harus diperhatikan pada readiness assesment untuk organizational change, para peneliti mencoba membuat pendekatan untuk readiness assesment dalam

(6) Pendidikan Profesi Guru (PPG) sebagaimana dimaksud ayat (1) adalah program pendidikan yang diselenggarakan untuk mempersiapkan lulusan S1 kependidikan dan S1/D4

Sikap layanan yang baik merupakan persyaratan utama yang harus dimiliki oleh petugas perpustakaan terutama petugas pada bagian layanan referensi, sebab sikap

Pada tahapan ini adalah tahap permulaan untuk membangun dan mengembangkan aplikasi sesuai dengan rencana yang telah dibuat. Bagian ini merupakan kegiatan tentang