KERTAS CADANGAN MINGGU SAINS ANJURAN PANITIA SAINS
SK 1.0 PENDAHULUAN :
Pada tahun ini, panitia di bawah bidang Sains akan meneruskan lagi program tahunan panitia dengan mengadakan program Minggu Sains. Program ini akan dijalankan selama 1 minggu. Sempena dengan program tersebut, pelbagai aktiviti telah dirancang .
2.0 MATLAMAT :
Program ini diadakan dengan matlamat untuk mencungkil bakat dan minat pelajar terhadap mata pelajaran Sains dianggap sebagai mata pelajaran yang sukar dan membosankan.
3.0 OBJEKTIF :
Objektif diadakan program Minggu Sains ini ialah untuk :
3.1 Meningkatkan pencapaian mata pelajaran Sains bagi semua pelajar Sekolah Kebangsaan
dalam peperiksaan sama ada di peringkat sekolah atau peperiksaan awam menerusi aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
3.2 Membuang tanggapan bahawa mata pelajaran Sains adalah susah sebaliknya sangat menarik untuk dipelajari.
3.3 Memberi pengalaman menarik kepada pelajar melakukan hands-on experiment melalui aktiviti yang dijalankan.
3.6 Memupuk kesedaran pelajar untuk mencintai alam sekitar anugerah tuhan menerusi penerapan nilai murni dalam aktiviti yang berkaitan dengan kitar semula.
3.7 Memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar seperti sikap bekerjasama, berkeyakinan dan bantu membantu.
4.0 KUMPULAN SASARAN : Semua pelajar Sekolah Kebangsaan
5.0 TARIKH PELAKSANAAN : 5 Mei – 9 Mei
7.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM
AJK : Semua guru mata pelajaran Sains dan Dunia Sains dan Teknologi
8.0
CADANGAN AKTIVITI
Bil Tarikh Cadangan aktiviti Sasaran
1 5 Mei Peraduan Teka Silangkata dan Cari
kata Semua murid
2 5 Mei Pertandingan Telur Kebal Semua murid
3 6 Mei Tayangan perdana bertemakan Sains dan Teknologi (Megastructure-Petronas Twin Towers)
Tahun 3 dan Tahap 2
4 7 Mei Persediaan terakhir pameran Tahun 3 dan Tahap 2
9.0 Penutup
Dengan adanya aktiviti ini, diharap agar minat dan pencapaian murid dalam subjek Sains dapat dipertingkatkan. Kreativiti dan kemahiran berfikir murid juga diharap dapat diasah dengan lebih tajam lagi supaya generasi kreatif dan inovasi dapat dilahirkan di masa hadapan.
Disediakan oleh Disemak oleh
……….. ………
(EN) (EN MOHD)
Setiusaha Panitia Ketua Panitia
SK SK
Disahkan oleh
………
(EN ) Guru Besar