• Tidak ada hasil yang ditemukan

JURNAL PROJEK (THESIS)(2)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2017

Membagikan "JURNAL PROJEK (THESIS)(2)"

Copied!
44
0
0

Teks penuh

(1)

0

JURNAL PERANCANGAN

PROJEK

Nama Guru

:___________________________

Tajuk Projek :___________________________

Tarikh Projek :__________ hingga __________

Sekolah

:___________________________

Tahap/Tahun :___________________________

Bil. Murid

:___________________________

(2)

1

Pengenalan kepada Jurnal Perancangan Projek

JURNAL PERANCANGAN PROJEK mempunyai dua tujuan utama. Tujuan pertama penggunaan jurnal ini ialah untuk menyokong dan menggalakkan guru-guru semasa mereka belajar menggunakan Pendekatan Projek sebagai satu pendekatan pengajaran yang baru. Bahagian-bahagian di dalam jurnal ini juga merujuk kepada buku ‘Young Investigators: The Project Approach in the Early Year’ (Katz & Helm, 2001). Jurnal ini menyediakan panduan langkah demi langkah dengan tindakan-tindakan yang perlu dilakukan oleh guru sepanjang melaksanakan projek bersama murid. Jurnal ini akan membantu guru mambuat persediaan, merancang, dan mengimplementasi projek dengan penyiasat muda dalam bilik darjah mereka sendiri. Kedua, tujuan jurnal ini dikenal pasti semasa guru menjalankan Pendekatan Projek dan menggunakannya sebagai cara mudah untuk mengatur apa yang difikirkan dan merekod maklumat. Jurnal ini membolehkan guru mengikuti setiap langkah dalam tugasan yang dirancang, aktiviti-aktiviti projek, dan juga proses mendokumentasi. Sebagai pendidik yang sentiasa menghadapi kekangan masa, jurnal ini memberi jaminan kepada guru untuk memelihara setiap maklumat penting bagi setiap projek yang dijalankan. Lebih penting lagi, jurnal ini akan dapat digunakan semasa proses refleksi dan dapatan-dapatan daripadanya boleh dikongsikan bersama rakan sekerja yang lain.

Jurnal Perancangan Projek juga direka untuk digunakan oleh guru-guru dengan pelbagai cara. (Jurnal mungkin boleh disalin dari buku mahupun fail PDF yang dimuat turun dari laman web www.tcpress.com). Sesetengah guru meletak salinan jurnal ini kepada tiga fail yang berjilid dan menambahkan mukasurat bagi nota-nota tambahan, buku skrap, dan sampul bagi menyimpan foto. Tugasan utama dalam setiap fasa projek dipersembahkan, soalan-soalan yang dipertimbangkan disenaraikan, dan kotak bagi Teacher Jurnal (ditandakan dengan lambang ) disediakan bagi kemudahan guru membuat refleksi. Bidang-bidang dan aktiviti-aktiviti yang ditawarkan memberi peluang yang baik kepada ibu bapa untuk melibatkan diri dan ditandakan dengan simbol . Sesetengah pihak pentakbir atau penyelia projek menyediakan komputer riba bagi menggalakkan guru menggunakan pendekatan ini. Sebagaimana jurnal ini akan dikumpulkan dari projek kedua dan seterusnya, satu pengkalan data tentang projek yang telah dihasilkan boleh dibina bagi menunjukkan pengalaman-pengalaman yang telah dilalui oleh guru-guru dan murid terdahulu. Keadaan ini menggalakkan guru untuk meninjau semula perkembangan yang telah mereka lalui sebagai guru pembimbing projek dan akan memberi idea-idea dan sokongan bagi kumpulan guru yang baru mencuba pendekatan ini.

Pada halaman ketiga jurnal ini, terdapat risalah yang berjudul ‘Bagaimana Kita Belajar: Pengenalan Kepada

Pendekatan Projek’. Risalah ini boleh diberikan kepada ibu bapa di awal tahun atau di awal projek bagi

menerangkan tentang pendekatan ini. Risalah ini juga boleh dihantar secara pos mahupun secara langsung kepada kakitangan di tapak lapangan dan juga diberikan kepada pelawat pakar sebelum aktiviti lawatan bermula. Risalah ini juga boleh disertakan dan diberikan secara percuma semasa hasil kerja projek dipamerkan.

Carta aliran projek (muka surat 3) dalam jurnal ini dihasilkan bagi membimbing guru semasa merancang dan juga memberi ingatan kepada mereka tentang struktur Pendekatan Projek. Carta ini memberikan panduan dan fokus kepada guru untuk menyusun rancangan harian mereka. Setiap bahagian di dalam carta aliran ini ditempelkan pada bahagian khusus jurnal untuk dijadikan panduan bagi menunjukkan aktiviti-aktiviti yang spesifik, padan dengan gambaran yang lebih besar.

(3)

2

Bagaimana Kita Belajar :

Pengenalan Kepada Pendekatan Projek

Apakah Pendekatan Projek?

Pendekatan Projek adalah kaedah pengajaran yang mana kajian secara mendalam terhadap sesuatu topik dijalankan oleh kanak-kanak secara individu mahupun berkumpulan.

Bagaimana pendekatan ini berbeza daripada pendekatan yang lain?

Dalam pendekatan ini kanak-kanak mempelajari satu topik dalam tempoh masa yang panjang. Topik dipilih sebahagiannya kerana mereka tertarik terhadap sesuatu topik yang membawa makna kepada mereka dan dalam kehidupannya. Kanak-kanak akan melalui pengalaman yang sangat mendalam dan sering kali pada tahap yang tidak pernah kita sangkakan. Guru akan mengintegrasikan ilmu pengetahuan seperti matematik, bacaan, dan sains ke dalam projek.

Bagaimanakah projek dirancang?

Kanak-kanak melakukan banyak rancangan sendiri dengan bantuan guru. Rancangan-rancangan biasanya termasuklah lawatan ke tapak lapangan atau temubual dengan pihak tertentu yang mahir atau pakar dalam bidang yang sedang dikaji.

Bagaimanakah kanak-kanak akan belajar?

Kanak-kanak akan menggunakan pelbagai sumber bahan untuk menjawab persoalan yang mereka timbulkan. Sumber-sumber ini termasuklah sumber tradisional seperti buku-buku. Mereka juga akan menjalankan penyiasatan secara mendalam di tapak lapangan sekiranya aktiviti lawatan telah dirancang. Mereka juga akan merancang soalan-soalan bagi tujuan temubual dan juga mendapat tugasan khusus semasa aktiviti lawatan ke tapak lapangan dan lawatan oleh pihak pakar. Mereka membina nota-nota, menggambar atau menulis semasa berada di tapak lapangan. Kanak-kanak juga merancang membina struktur binaan dan juga bermain secara semulajadi bagi membantu mereka menyelesaikan apa yang telah mereka pelajari tentang sesuatu topik.

Kanak-kanak menjalankan penyelesaian masalah sendiri. Guru pula membantu murid menstruktur masalah-masalah yang wujud dan membantu mencari jalan penyelesaian serta menyediakan sumber-sumber yang sesuai. Kanak-kanak akan sentiasa menulis dan menggambar semula sebagaimana pengetahuan itu semakin berkembang. Beberapa cara bagaimana kanak-kanak ini merekodkan pembelajaran mereka adalah melalui buku projek, mural, kerja-kerja seni, carta, binaan dan jurnal-jurnal.

Bagaimanakah guru tahu jika kanak-kanak telah belajar?

(4)

3

dan kemahiran-kemahiran sebagaimana yang ditentukan dalam kurikulum. Sering kali paparan akan disediakan untuk menunjukkan apa yang telah murid pelajari.

Adakah pendekatan ini satu-satunya cara untuk kanak-kanak belajar?

Pendekatan Projek merupakan satu pendekatan yang wujud di antara berbagai bentuk pendekatan atau kaedah bagaimana kanak-kanak belajar. Projek kebanyakkannya mengintegrasikan pengetahuan yang sama dan kemahiran-kemahiran digunakan dilaksanakan secara formal dalam bilik darjah. Projek mempunyai kelebihan dalam membekalkan peluang untuk kanak-kanak mengaplikasikan apa yang mereka pelajari sebagaimana mereka menyelesaikan masalah dan berkongsi maklumat yang mereka perolehi. Keadaan ini memberikan peluang kepada murid membina kemahiran bekerja secara berkumpulan seperti bekerjasama dengan rakan sebaya dan mencabar mereka untuk berfikir.

Bagaimanakah orang lain boleh membantu dalam melaksanakan Pendekatan Projek?

(5)

4

(6)

5

FASA 1 : MEMULAKAN PROJEK

atau

MENGENAL PASTI MINAT MURID DAN

MEMILIH TOPIK

1. Apakah topik umum yang muncul dan menarik minat murid dalam bilik darjah anda?

2. Bagaimanakah anda mengetahui tentang minat mereka (murid)?

Perbincangan Menggambar Pemerhatian Soalan arent report

( Ibu bapa)

3. Apakah matlamat kurikulum anda? Topik

yang mungkin

muncul

Inisiatif Guru

Muncul daripada minat

(7)

6

* Pilih beberapa topik yang menarik dan memenuhi kriteria pemilihan topik bagi projek. Jika topik ini dipilih untuk menghasilkan projek, adakah pengalaman ini bernilai bagi murid ini?

Kriteria pemilihan topik Kat dan Chard (1997):

Topik dapat membantu penyiasat muda memahami pengalaman dan persekitaran sendiri dengan lebih meluas dan tepat.

Topik mengukuhkan kecenderungan murid untuk melihat dengan teliti pada fenomena dalam persekitaran mereka yang wajar mendapat penghargaan.

Topik menyediakan banyak peluang untuk murid menggunakan pelbagai bentuk kemahiran interaktif semasa menjalankan siasatan.

Topik menyediakan peluang kepada murid membina wawasan kepada fungsi-fungsi dan limitasi pelbagai bentuk media dan juga membina pelbagai kemahiran dalam mengaplikasikan berbagai bentuk media dalam aktiviti mereka.

(8)

7

Bina Web Rancangan Jangkaan.

(Anticipatory Planning Web)

Bina web untuk melihat projek yang dipilih boleh diintergrasikan dengan kurikulum .

Melengkapkan web-web jangkaan berasaskan:

* Soalan-soalan yang mungkin * Peluang pada kurikulum

Selidik sumber-sumber yang ada Contoh: Tapak lapangan/Pakar

Teacher Journal:

Web Rancangan Jangkaan.

(9)

8 Teacher Journal:

Web Rancangan Jangkaan.

1. Apakah alasan anda untuk memilih topik ini?

2. Apakah haluan-haluan dan tindakan yang mungkin diambil?

3. Apakah isi kandungan pelajaran atau kemahiran-kemahiran yang akan diperkukuhkan?

4. Apakah yang anda tahu tentang topik ini? Apakah yang anda ingin ketahui tentang topik ini?

(10)

9

Mencuba Topik dan Memulakan Projek

Projek boleh dimulakan dengan berbagai cara: Murid menunjukkan minat, guru memperkenalkan topik, atau topik yang dipilih oleh guru dan murid (Katz & Chard, 1989).

Topik:____________________________________ Tarik Bermula :__________________

1. Apakah aktiviti yang boleh digunakan untuk memfokuskan perhatian murid kepada topik yang dipilih.

Buku Video Objek yang berkaitan Perbincangan Lakonan

Catatan:

Adakah terdapat ruang untuk ibubapa terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang difokuskan? Sediakan aktiviti-aktiviti

(11)

10

2. Apakah yang murid tahu tentang topik ini? Bagaimanakah pengetahuan ini direkodkan?

Web Senarai soalan Menggambar/ Binaan Perbincangan yang

dirakamkan.

Lain-lain (nyatakan)

(12)

11

Memperluaskan Minat Murid dan Membina Terminologi Asas.

1. Apakah sumber-sumber yang boleh digunakan untuk merangsang minat dan juga memperjelaskan persoalan-persoalan yang wujud?

Buku Bahan-bahan binaan Pelawat Artifak Bantuan ibu bapa

Catatan:

2. Bagaimanakah murid menunjukkan, apakah yang telah mereka ketahui tentang topik ini? Bagaimanakah murid mencari maklumat tentang topik?

Melukis / lakaran Mewarna Binaan Permainaan Produk bahasa

Apakah yang boleh dilakukan untuk menggalakkan representasi?

(13)

12

Melibatkan banyak aktiviti fizikal, pengalaman langsung dan juga objek-objek sebenar yang mampu dimanipulasikan oleh murid?

Mudah dikaitkan dengan pengalaman sedia ada murid?

Boleh dikaitkan dengan tapak lawatan/kajian berhampiran yang mudah dilawati dan dilawati semula?

Adakah penyelidikan ke atas topik ini boleh dilaksanakan oleh murid dengan bantuan yang minima daripada orang dewasa? Adakah topik ini boleh dikaji tanpa bergantung kepada sumber-sumber sekunder seperti buku-buku, internet, atau video?

Boleh mewakili apa yang diketahui dan dipelajari oleh murid dengan menggunakan kemahiran dan teknik yang sesuai dengan peringkat umur mereka?

Relevan dengan budaya hidup dan juga keluarga mereka?

2.Adakah topik ini masih diminati murid?

Tidak, kerana minat murid terhadap topik telah berkurang?

Ya.

3.Adakah topik ini mempunyai merit untuk integrasi kurikulum?

Tidak, topik tidak sepadan dengan matlamat kurikulum.

(14)

13

Jika jawapan di atas sama ada kedua-duanya ‘Tidak’ anda boleh terus meneroka topik secara menfokus pada unit pembelajaran atau mengubah kepada topik lain. Tunggu kepada topik yang lebih sesuai dan praktikal untuk menjalankan projek.

Jika kedua-dua jawapan ialah ‘Ya’, murid telah menunjukkan minat dan keadaan ini menjanjikan pengalaman pembelajaran yang bernilai. Maka projek boleh diteruskan.

(15)

14

Rancangan untuk Dokumentasi

1. Ambil masa anda untuk memikirkan tentang dokumentasi

2. Apakah bentuk dokumentasi yang boleh digunakan untuk projek ini? (rujuk halaman ini dengan kerap semasa projek dijalankan).

Projek Naratif: Bercerita.

Pemerhatian terhadap perkembangan kanak-kanak: Perhatikan Kanak-kanak.

(Watching the child).

Senarai semak tentang isi kandungan kurikulum dan kemahiran yang terdapat di dalamnya.

Nota-nota anekdot.

Porfolio individu.

Produk kumpulan dan individu.

- berbentuk penulisan: surat, buku dan lain-lain.

- berbentuk verbal.

- Web dan senarai.

- Gambar-gambar.

- Muzik dan gerakan.

- Pembinaan: ukiran, blok, alat permainan dan lain-lain.

Refleksi murid (self-reflections of students).

3.Adakah ciri-ciri topik ini menjadikan salah satu jenis dokumentasi lebih menarik daripada yang lain?

4.Adakah pihak sekolah atau pihak-pihak tertentu boleh membantu dalam proses dokumentasi?

Adakah ibu bapa boleh membantu dalam proses dokumentasi (contoh: fotografi,merencana, merakam video)?

(16)

15

Lembaran rancangan dokumentasi yang harus dilengkapkan semasa projek berjalan.

Aktiviti Jangkaan

Projek

Dokumentasi yang mungkin

Bahan atau peralatan yang

diperlukan

Kutipan bahan tugasan

(17)

16

Menentukan Apa yang Diketahui oleh

Murid dan Apa yang Hendak Diketahui

oleh Mereka?

1.Dalam kumpulan yang besar atau kecil, berbincang dengan murid tentang apa yang mereka fahami tentang topik. Apakah konsep-konsep dan kefahaman sedia ada murid tentang topik? Bagaimana anda akan merekodkannya?

Web Senarai

Catatan:

2.Bersama murid, rekodkan apa yang mereka ingin ketahui tentang topik. Apakah soalan awal yang telah digenerasikan untuk kajian yang munasabah?

(18)

17

FASA II

MEMBINA PROJEK

Tajuk Projek :__________________________________________________ Fokus Topik :__________________________________________________ Tarikh Fasa II bermula :__________________________________________________

Menilai Semula Web Perancangan Pengajaran

Selepas topik dipilih, web rancangan yang dibina perlu dikaji semula. Apakah isi

kandungan dalam kurikulum yang dapat diintegrasikan ke dalam projek? Bincangkan, jika topik yang dipilih berubah secara signifikan dari web jangkaan.

Persediaan Untuk Penyiasatan

Teacher Journal : Pandang Kehadapan.

(Looking Ahead).

Apakah yang boleh murid bina dari pengalaman ini? Apakah konsep -konsep dan kemahiran-kemahiran yang ingin saya lihat? Apakah kecenderungan-kecenderungan murid yang dapat dikukuhkan?

(19)

18

Penekanan pada peringkat ini ialah memperkenalkan maklumat baru dan mendapatkan jawapan kepada persoalan-persoalan yang ditimbulkan. Pada peringkat ini, aktiviti-aktiviti termasuklah lawatan tapak lapangan, temubual dengan pelawat pakar yang mana membawa objek-objek sebenar kedalam bilik darjah, mentelaah buku, fotografi atau artifak. Murid digalakkan untuk menuruti minat mereka dan mendapatkan jawapan kepada persoalan-persoalan yang mereka hasilkan.

1.Bagaimanakah penyiasatan boleh difokuskan?

Perbincangan Web baru Senarai soalan Tugasan yang diberi

Catatan:

2.Apakah sumber-sumber tambahan perlu dibawa ke dalam bilik darjah bagi membolehkan dan menyokong kajian secara mendalam?

Buku Bahan-bahan binaan Pelawat Laman web Artifak

Bantuan ibu bapa

Catatan:

Bersedia untuk kerja lapangan dan lawatan

(20)

19

3.Apakah kemahiran-kemahiran yang mungkin murid perlukan? Kemahiran-kemahiran ini juga dipelajari semasa melaksanakan projek.

Bagaimana untuk mengajukan soalan kepada orang dewasa?

Bagaimana untuk menyelaraskan data?

Memerhatikan dan bercakap tentang apa yang mereka perhatikan.

Lukisan dari pemerhatian dan lakaran di lapangan.

Menggunakan alat-alat binaan dan bahan-bahan seperti alat pengukur, gam dan lain-lain.

Menggunakan tanah liat.

Bagaimana untuk menggunakan kamera dan video?

4.Bagaimana murid disediakan dengan baik bagi menjalankan aktiviti di tapak lapangan kajian?

Perbincangan Berlatih (practising skills) Ingatan (reminders)

Latihan (rehearsal)

(21)

20

Merancang untuk Lawatan ke Tapak Lapangan

Menguruskan pengangkutan

1.Perlukah saya menguruskan urusan pengangkutan ke tapak lapangan? Perlukah saya mendapatkan kebenaran ibu bapa?

Berhubung dengan kakitangan di tapak lapangan

1.Bagaimanakah saya perlu berurusan dengan kakitangan terbabit bagi mendapatkan peluang penyiasatan yang maksima kepada murid?

Telefon Pra lawatan oleh guru Surat ingatan Risalah (handout)

‘Bagaimana Kami Belajar’

2.Senarai semak perbincangan dengan kakitangan di tapak lapangan

Isu keselamatan di tapak lapangan.

Kepentingan murid sebagai penyiasat dan juga pengalaman langsung yang akan mereka lalui.

Kepentingan objek sebenar, terutamanya yang dapat digunakan oleh murid untuk berinteraksi menggunakan deria mereka.

Gambaran keseluruhan tentang apa yang murid telah tahu dan faham.

Gambaran keseluruhan tentang apa yang murid minati dalam pembelajaran (kongsi beberapa soalan yang mungkin ditanya oleh murid).

Penjelasan tentang bagaimana murid akan merekod apa yang mereka lihat, fikir dan apa yang mereka temui (rakaman audio, video, tulisan, fotografi).

Peluang untuk mendemonstrasikan tugasan dan aktiviti.

Perkara dan peristiwa yang mungkin dilakar atau direkod.

Artifak ( alat-alat, kelengkapan,produk,dan lain-lain) yang boleh dipinjam atau disimpan dalam bilik darjah untuk penyiasatan lanjutan.

(22)

21

Rancang dan Persediaan bagi pembantu dewasa/Chaperones

Berapa orang murid yang terbabit?________________

Berapa orang dewasa yang diperlukan?______________________

1.Apakah persediaan yang perlu bagi pembantu (dewasa)?

Panggilan telefon Surat permohonan Mesyuarat Nota ingatan

Risalah (handout) ‘Bagaimana Kami Belajar’

2.Senarai semak untuk pembantu dewasa:

Isu keselamatan di tapak lapangan.

Matlumat tentang murid tertentu yang memerlukan perhatian khusus.

Kepentingan murid sebagai penyiasat dan juga pengalaman langsung yang akan mereka lalui.

Kepentingan objek sebenar, terutamanya yang dapat digunakan oleh murid untuk berinteraksi menggunakan deria mereka.

Gambaran keseluruhan tentang apa yang murid telah tahu dan faham.

Gambaran keseluruhan tentang apa yang murid minati dalam pembelajaran (kongsi beberapa soalan yang mungkin ditanya oleh murid).

Penjelasan tentang bagaimana mereka boleh membantu murid untuk merekod apa yang mereka lihat, fikir dan apa yang mereka temui (rakaman audio, video, tulisan, photografi).

Perkara dan peristiwa yang mungkin dilakar atau direkod oleh murid.

Artifak ( alat-alat, kelengkapan,produk,dan lain-lain) yang boleh dipinjam atau disimpan dalam bilik darjah untuk penyiasatan lanjutan.

Jadual masa.

(23)

22

Mengumpulkan Bahan-bahan dan Bekalan-bekalan untuk Lawatan Tapak Lapangan

1.Bahan dan keperluan diperlukan:

Clipboards

Alat perakam (kamera, video, perakam suara)

Alat tulis, kertas, alat melukis

Beg, kotak atau bekas-bekas yang sesuai

Lain-lain

Menguruskan Murid

1.Bagaimanakah murid boleh diuruskan bagi pengalaman lawatan ini?

Murid di bawah jagaan dewasa tertentu

Kumpulan mengikut tugasan

Satu kumpulan besar

2. Bagaimana tanggungjawab kepada murid diletakkan di bawah jagaan pembantu dewasa? Senaraikan kumpulan dewasa yang membantu dan senaraikan murid mngikut kumpulan?

(24)

23 Teacher Journal :

Lawatan ke Tapak Lapangan (Field Site Visit)

Tuliskan apa yang berlaku sepanjang lawatan. Kemana murid pergi? Apakah peristiwa yang dilihat dan dilakukan oleh murid? Dengan siapa mereka berinteraksi? Apakah yang difokuskan dalam pengalaman ini?

(25)

24

Menguruskan Lawatan oleh Pakar/Pihak yang Berkenaan

Adakah pelawat ini akan melawat kelas? Perlukah saya menyediakan bilik atau ruang khas?

Berkomunikasi dengan Pelawat

1.Bagaimanakah persediaan saya untuk memaksimakan peluang penyiasatan oleh murid semasa lawatan oleh pakar?

Panggilan telefon Surat ingatan Risalah (handout):

‘Bagaimana Kami Belajar’

2.Senarai semak perbincangan dengan pelawat pakar:

Isu keselamatan di tapak lapangan. Adakah item-item yang digunakan oleh pakar sesuai dan selamat untuk murid?

Kepentingan murid sebagai penyiasat dan juga pengalaman langsung yang akan mereka lalui.

Kepentingan objek sebenar, terutamanya yang dapat digunakan oleh murid untuk berinteraksi menggunakan deria mereka.

Gambaran keseluruhan tentang apa yang murid telah tahu dan faham.

Gambaran keseluruhan tentang apa yang murid minati dalam pembelajaran (kongsi beberapa soalan yang mungkin ditanya oleh murid).

Penjelasan tentang bagaimana mereka boleh membantu murid untuk merekod apa yang mereka lihat, fikir dan apa yang mereka temui (rakaman audio, video, tulisan, fotografi).

Peluang untuk mendemonstrasikan tugasan dan aktiviti.

Perkara dan peristiwa yang mungkin dilakar atau direkod oleh murid.

Artifak ( alat-alat, kelengkapan,produk,dan lain-lain) yang boleh dipinjam atau disimpan dalam bilik darjah untuk penyiasatan lanjutan.

(26)

25

Rancang dan Persediaan bagi pembantu dewasa/Chaperones

1.Adakah pembantu di kalangan orang dewasa diperlukan semasa lawatan oleh pihak pakar? Berapakah pembantu diperlukan?____________________

2.Apakah persediaan yang perlu bagi pembantu (dewasa)?

Panggilan telefon Surat permohonan Mesyuarat Nota ingatan

Risalah (handout):

‘Bagaimana Kami Belajar’

3.Senarai semak untuk pembantu dewasa:

Isu keselamatan semasa lawatan pakar.

Matlumat tentang murid tertentu yang memerlukan perhatian khusus.

Kepentingan murid sebagai penyiasat dan juga pengalaman langsung yang akan mereka lalui.

Kepentingan objek sebenar, terutamanya yang dapat digunakan oleh murid untuk berinteraksi menggunakan deria mereka.

Gambaran keseluruhan tentang apa yang murid telah tahu dan faham.

Gambaran keseluruhan tentang apa yang murid minati dalam pembelajaran (kongsi beberapa soalan yang mungkin ditanya oleh murid).

Penjelasan tentang bagaimana mereka boleh membantu murid untuk merekod apa yang mereka lihat, fikir dan apa yang mereka temui (rakaman audio, video, tulisan, fotografi).

Perkara dan peristiwa yang mungkin dilakar atau direkod oleh murid.

Artifak ( alat-alat, kelengkapan,produk,dan lain-lain) yang boleh dipinjam atau disimpan dalam bilik darjah untuk penyiasatan lanjutan.

(27)

26

Mengumpulkan Bahan-bahan dan Bekalan-bekalan yang Diperlukan Semasa Lawatan oleh Pakar

1.Bahan dan keperluan diperlukan:

Clipboards

Alat perakam (kamera, video , perakam suara)

Alat tulis, kertas, alat melukis

Beg, kotak atau bekas-bekas yang sesuai

Lain-lain

Rancang Interaksi Bersama Pakar

1.Bagaimanakah murid boleh diuruskan bagi pengalaman lawatan pakar ini?

Murid di bawah jagaan dewasa tertentu

Murid secara langsung membuat pemerhatian ke atas pelawat secara individu

Kumpulan mengikut tugasan

Satu kumpulan besar

(28)

27 Teacher Journal :

Lawatan Pihak Pakar (Expert Visitor)

(29)

28

Representasi Apa yang Telah Dipelajari

1.Bagaimana murid menunjukkan pengalaman dan hasil kerja mereka?

Lakaran perbincangan Foto Lukisan

Merencana pengalaman Pameran(display) Buku skrap

Jawapan pada soalan dalam senarai semak

Kumpulan mengikut tugasan

Lain-lain: Nyatakan

2.Bagaimanakah murid digalakkan menggunakan bahan-bahan dari sumber sekunder?

Memperkenalkan buku yang sesuai

Meletak bahan-bahan didalam bilik darjah untuk dipilih oleh murid

Lain-lain: Nyatakan

Represantasikan apa telah dipelajari melalui

tulisan, menggambar,

(30)

29

3.Bagaimanakah murid merepresentasi apa yang telah mereka pelajari tentang topik?

Menggambar/lakaran Melukis Binaan Bermain Perbualan

Apakah yang perlu saya lakukan untuk menggalakkan representasi?

4. Bagaimanakah pengalaman-pengalaman seterusnya boleh dibekalkan sepanjang projek berjalan?

Penyelesaian Masalah: Apakah yang boleh murid fahami secara sendiri?

(31)

30 Bekerjasama dalam kumpulan.

(32)

31 Teacher Journal :

Sikap Murid

(Children’s Disposition)

(33)

32

Melihat Semula Web Murid dan Senarai Persoalan

Apakah yang telah murid pelajari? Adakah mereka mendapat jawapan bagi persoalan yang mereka pernah utarakan?

1.Adakah terdapat persoalan baru untuk penyiasatan? Bagaimanakah persoalan ini boleh dijawab?

2. Apakah yang diperlukan bagi membantu murid ini?

Lebih banyak sumber seperti buku Mengkaji semula dokumentasi

Lawatan tambahan oleh pakar Lebih banyak peluang untuk murid

merepresentasi.

Lawatan tambahan ketapak lapangan

Tapak lapangan yang sama

Tapak lapangan lain

3.Apakah pengalaman-pengalaman lain yang boleh diberikan? Lihat semula

web Tandakan apa

yang telah dipelajari, kenal pasti persoalan

baru, ulang penyiasatan dan

(34)

33

4. Menentukan Masa Untuk Mengakhiri Sesuatu Projek:

Adakah murid berpuas hati dengan pengetahuan yang baru?

Penyiasatan lanjut yang memerlukan kemahiran-kemahiran yang tidak mereka dimiliki.

Adakah murid baru sahaja kehilangan minat dengan topik?

Jika semua jawapan ialah ‘Ya’, maka projek mungkin telah bersedia memasuki Fasa III.

(35)

34

FASA III

PENUTUP PROJEK

Dalam fasa ketiga murid membawa hasil kerja mereka dan membuat ringkasan tentang apa yang telah mereka pelajari.

‘Elaborate what they have learned so that its meaning is

enhanced and made personal’ ( Katz & Chard, 1989, p.84)

Berkongsi dengan yang lain tentang apa yang telah kami pelajari

1.Apakah bukti-bukti pembelajaran murid yang boleh dikumpulkan dan dibincangkan dengan mereka?

Menggambar/Lakaran Melukis Binaan Produk bahasa

Web akhir Senarai Permainan Lain-lain

2.Bincangkan projek dengan kanak-kanak. Apakah yang murid telah pelajari?

3.Dengan siapa mereka suka untuk berkongsi projek mereka? Dapatkan

maklum balas, rancang acara kemuncak untuk

murid berkongsi cerita tentan

(36)

35

4.Apakah yang mungkin murid boleh lakukan untuk berkongsi apa yang telah mereka pelajari?

Pameran

Main peranan (role play)

Laporan

Drama, muzik, permainan

Buku skrap/fail

Persembahan di sekolah

Menerbitkan video projek

Lain-lain: Nyatakan

(37)

36

Menyemak Dokumentasi

1.Apakah bentuk dokumentasi yang telah saya gunakan dalam projek ini?

Naratif Projek

Pemerhatian ke atas perkembangan murid

Senarai semak merujuk kepada kandungan kurikulum

Nota anekdot

Porfolio individu

Produk individu dan kumpulan

Produk dalam bentuk penulisan

Produk dalam bentuk verbal

Senarai semak dan web

Foto/Gambar

Muzik dan pergerakan

Binaan: ukiran, blok, membina mainan dan lain-lain

Refleksi ke atas murid

Catatan:

Selesaikan acara kemuncak dan

(38)

37

Pertimbangan bagi projek berikut

1. Adakah terdapat topik lain yang muncul untuk penyiasatan lanjut?

(39)

38

Menilai Projek: Bagaimana melaksanakan projek dengan

lebih baik

Teacher Journal : Penilaian Projek

(Project Evalution)

1. Adakah murid meningkatkan pengetahuan dan kemahiran?

2. Apakah yang anda pelajari dalam Fasa I?

3. Apakah yang anda pelajari dalam Fasa II?

4. Apakah yang anda pelajari dalam Fasa III?

Tinjau semula projek. Apakah yang telah anda pelajari tentang pemilihan topik? Adakah topik yang dipilih sesuai? Mengapakah projek ini berkesan atau tidak berkesan untuk disiasat oleh murid?

Lihat semula projek dan

nilai pencapaian

(40)

39

5.Apakah yang akan anda lakukan secara berbeza pada projek akan datang?

(41)

40

Menilai Penglibatan Projek dalam Pembelajaran

1. Adakah murid bertanggungjawab pada aktiviti dan kerja mereka sendiri?

Adakah mereka menunjukkan bahawa mereka mempunyai hak dalam apa yang sedang mereka pelajari?

Adakah murid mengambil alih dalam proses pembelajaran dan menerangkan atau menunjukkan kepada guru apa yang mereka mahu lakukan?

2. Adakah murid belajar dan asyik dengan projek mereka?

Adakah murid mendapat kepuasan dan keseronokan dalam kerja mereka?

Adakah mereka mengembangkan gaya sendiri dalam menyelesaikan masalah dan memahami idea-idea atau konsep-konsep?

3. Adakah murid belajar dengan strategik?

Adakah mereka mengembangkan strategi-strategi dan kemahiran-kemahiran penyelesaian masalah

Adakah mereka menggunakan apa yang telah mereka pelajari dalam satu pengalaman kepada pengalaman yang sama?

4. Adakah murid menjadi semakin kolaboratif?

Adakah mereka bekerjasama antara satu sama lain?

Adakah mereka akan bercakap tentang idea sendiri kepada yang lain?

Adakah mereka bersifat adil bila berhadapan dengan orang yang tidak bersetuju dengan mereka?

Adakah mereka menawarkan bantuan, cadangan dan juga sokongan antara satu sama lain?

(42)

41

5. Adakah tugasan dalam projek mencabar dan boleh diintegrasikan?

Adakah mereka bersikap komplek, memerlukan jumlah masa yang berterusan dalam beberapa hari atau minggu.

Adakah tugasan yang dilakukan memerlukan murid untuk menggunakan akal fikiran dan kemahiran sosial dalam usaha untuk mendapat kejayaan.

Adakah murid mempelajari bahawa bahasa, matematik, sains, dan kemahiran berkomunikasi

Adakah semua murid didorong untuk bertanya soalan yang susah, menjelaskan masalah yang ada, dan mengambil bahagian dalam perbincangan?

6. Adakah hasil kerja murid daripada projek digunakan untuk menilai pembelajaran mereka?

Adakah terdapat dokumentasi tentang bagaimana murid membina pengetahuan dan hasil-hasil artifak untuk mewakili apa yang mereka pelajari?

Adakah terdapat dokumentasi tentang pencapaian yang merujuk kepada kandungan kurikulum yang terbabit?

Adakah dokumentasi membabitkan kerja-kerja kumpulan dan individu?

Adakah dokumentasi menunjukkan kecenderungan murid dalam projek seperti penyelesaian masalah, bertanyakan soalan dan sebagainya?

Adakah dokumentasi termasuk draf dan produk akhir?

Adakah murid terlibat dalam proses dokumentasi dan didorong untuk merefleksi pada dokumentasi tersebut?

(43)

42

7. Adakah anda bertanya guru, fasilitator dan membantu kerja-kerja murid?

Adakah anda menyediakan persekitaran yang kondusif, pengalaman-pengalaman dan aktiviti-aktiviti yang menarik?

Adakah anda mendorong murid untuk berkongsi pengetahuan dan juga tanggungjawab?

Adakah anda menyesuaikan tahap informasi dan sokongan, sesuai dengan keperluan murid?

Adakah anda membantu murid menghubungkan maklumat baru kepada kepada kerangka alternatif murid?

Adakah anda membantu murid membina strategi untuk menjawab persoalan yang ingin mereka ketahui?

Adakah anda menjadi model dan melatih murid?

(44)

43 Teacher Journal :

Penulisan Akhir (Final Narrative)

Referensi

Dokumen terkait

bahwa berdasarkan ketentuan Pasal 16 ayat (1) Peraturan Komisi Pemilihan Umum Nomor 13 tahun 2010 tentang Pedoman Teknis Tata Cara Pencalonan Pemilihan Umum Kepala Daerah dan

Risiko pada perawatan kesehatan Kebutuhan dasar Pengurangan bahaya fisik Pengurangan transmisi patogen Pengontrolan polusi Pencahayaan obstacles Pengurangan

pembuangan dan itu mengakibatkan dampak bagi lingkungan di sekitar tetapi sekarang banyak ditemukan cara atau solusi untuk menangani dampak-dampak yang dihasilkan oleh limbah,

Pak Menteri dan jajarannya. Saya berterima kasih sekali sama Pak Menteri karena reaksi cepat sekali menanggapi segala sesuatu yang ada di lingkungan terutama

Manakala bagi penyebut harga / petender yang tidak berjaya, sampel / contoh yang mempunyai nilai yang tinggi sahaja akan dikembalikan sekiranya permohonan

Persyaratan infrastruktur konstruksi dibuat untuk mengantisipasi seluruh proses penyiapan manufaktur, fabrikasi, peralatan konstruksi dan sumber daya manusia yang diperlukan

NO DESCRIPTION DESCRIPTION LOCATION LOCATION CUSTOMER CUSTOMER ADDRESS ADDRESS DATE DATE VALUE VALUE IDR.. IDR

Tidak hanya menempuh pendidikan formal ia juga menempuh pendidikan informal yang diberikan ayahnya secara langsung ia mendapatkan pendidikan agama dari ayahnya