PERKAMUSAN
DEFINISI
Mengikut The American College Dictionary
(1960:36), kamus ialah buku yang berisi pilihan kata sesuatu bahasa atau sesuatu kelas kata khusus, biasanya disusun mengikut abjad dengan
penjelasan makna serta maklumat lain dinyatakan atau dilahirkan dalam bahasa yang sama atau
dalam bahasa yang lain.
Kamus juga dimaksudkan sebagai buku rujukan yang memuatkan daftar kata atau gabungan kata dengan keterangan pelbagai makna dan
penggunaan dalam bahasa, biasanya mengikut abjad (Harimurti Kridalaksana, 1982:73).
MINGGU 9
Konsep Dasar dalam Perkamusan
Ada tiga konsep penting dalam penciptaan kamus, iaitu tipologi, leksikologi, dan
leksikografi.
Tipologi
Dari sudut bahasa bermaksud pengelompokan bahasa berdasarkan ciri-ciri fonologi, nahuan atau leksikal untuk menentukan jenisnya yang lalu
daripada perkembangan sejarah (Hartmann, 1972:243).
Leksikologi
Ialah ilmu untuk mempelajari dan menganalisis
Leksikografi
Bidang leksikografi merupakan bidang linguistik terapan yang garapannya mencakupi teknik dn metodologi penyusunan. Leksikografi juga
adalah cabang leksikologi yang mengkaji dasar dan kaedah penyusunan kamus, iaitu dari segi pengumpulan data, pemilihan data, dan
pengabjadan, di samping penyusunan definisi dan pemberian makna.
Sejarah Perkamusan Melayu
Berdasarkan sejarah perkembangannya, terdapat tiga jenis kamus yang dihasilkan, iaitu:
• Kamus awal yang hanya dikarang dalam bentuk senarai kata dan istilah tertentu.
• Kamus yang disusun bersama dengan deskripsi tatabahasa BM
• Kamus yang dibentuk seperti yang terdapat kini
Kamus Awal
• Senarai kata yang pertama diketahui ialah
senarai Melayu-Cina yang dikatakan terkarang sebelum kurun ke-15. Senarai ini tertulis dalam bahasa Cina.
• Senarai kedua yang ditulis oleh Pigafetta pada tahun 1521 menggunakan bahasa Melayu-Latin, dan menggunakan tulisan Rumi.
• Senarai ketiga dikarang oleh Frederick de Houtman (1603) dalam bahasa Belanda, juga mengandungi kata bahasa Malagasi.
• Casper Wiltens dan Sebastian Danskearts telah menerbitkan kamus Belanda-Melayu dan Melayu-Belanda pada tahun 1622.
Kamus dan Tatabahasa
• David Haex menyusun sebuah kamus bertajuk Dictionarium Malaico-Latino et Latinum-
Malaicum pada tahun 1931.
• Tahun 1701, Thomas Bowery telah menyusun sebuah kamus Melayu-Inggeris yang
mengandungi deskripsi tatabahasa.
• William Marsden telah menghasilkan kamus yang sangat penting pada tahun 1521 kerana dianggap kamus pertama yang sempurna.
Marsden juga menulis sebuah kamus jilid lain pada tahun yang sama, iaitu The Grammar of the Malayan Language dalam tulisan Rumi dan Jawi.
• Tahun 1852, John Crawfurd telah menghasilkan kamus yang diberi judul The Grammar and
Dictionary of the Malay Language.
• Winstedt telah menyusun kamus pada tahun 1922, Hamilton tahun 1923, dan Swettenham pada tahun 1927.
• Selepas tahun 1930-an, baharu muncul ahli
perkamusan Melayu seperti Shamsuddin Mohd.
Yunus (1935), Mustapha Abdul Rahman Mahmud (1940), Haji Abdul Hamid Ahmad (1941),
Mohammad Haniff (1955), Mohd. Shah Munji dan Abdullah Samad (1975), Farid Wajidi (1959),
Zainal Abidin Safarwan (1966), dan lain-lain lagi.
Kamus Moden
Usaha yang jelas dalam konteks ini dilakukan
oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka. Ada tiga jenis kamus yang dihasilkan, iaitu kamus
ekabahasa, kamus dwibahasa, dan kamus pancabahasa.
Penjenisan Kamus Berdasarkan Bahasa
• Kamus ekabahasa, contohnya Kamus Dewan.
• Kamus dwibahasa, contohnya Kamus Dwibahasa Dewan dan Kamus Inggeris-Melayu Dewan
• Kamus pancabahasa
Penjenisan Kamus Berdasarkan Struktur Kandungan
• Kamus panduan
• Kamus ensiklopedia
• Kamus tersaurus
• Kamus definisi
• Kamus sejarah
Penjenisan Kamus Berdasarkan Fungsi
• Kamus umum
• Kamus khusus
Penjenisan Kamus Berdasarkan Pengguna
• Kamus pelajar
• Kamus pelancong
• Kamus bidang
Jenis-jenis Kamus
1. Daftar Kata 2. Glosari
3. Indeks
4. Kamus Sebutan 5. Kamus Istilah 6. Kamus Idiom 7. Daftar Istilah 8. Tesaurus
9. Kamus seerti (sinonim) 10. Ensiklopedia
11. Kamus pelancong 12. Kamus umum
TATABAHASA
Definisi
Perkataan tatabahasa atau nahu adalah
terjemahan daripad kata grammar. Perkataan grammar pula berasal daripada bahasa Greek yang makna asalnya ialah satu seni bacaan dan penulisan. Kemudian, perkataan ini digunakan sebagai istilah umum untuk kajian dan pemerian bahasa.
Abdullah Hassan (1993: 1) mendefinisikan tatabahasa sebagai satu kumpulan petua bagi membentuk perkataan, frasa, klausa, dan ayat.
Arbak Othman (1981:1) pula menyatakan ciri-ciri bahasa Melayu yang teratur dan kemas dipanggil
Jenis-jenis Tatabahasa
1. Tatabahasa Sejarawi (historis)
Mempunyai kaitan dengan linguistik historis, iaitu satu cabang kajian bahasa yang melihat perkembangan bahasa mengikut masa dan zaman. Penelitian dilakukan melibatkan beberapa aspek, seperti struktur,
perbendaharaan kata, ejaan, dan sebagainya, di samping membincangkan sebab dan akibat perubahan yang berlaku.
Dalam konteks BM, misalnya struktur ayat dalam karya sastera klasik adalah berbeza dengan struktur ayat yang digunakan kini.
Dari segi perkataan, terdapat sesetengah
perkataan yang mengalami kehilangan fonem tertentu walaupun maksudnya tidak berubah, misalnya kata sahaya, sahaja, halipan, dan senantiasa yang banyak digunakan dalam karya sastera lama, sekarang dinyatakan sebagai saya, saja, lipan, dan sentiasa.
Dari segi sistem ejaan pula, bunyi-bunyi seperti [ O ], [ ], [ ], dan [ ] yang dulunya dieja
dengan th, sh, dh, dan dz sekarang menjadi s, sy, d, dan z sahaja.
2. Tatabahasa Tradisional
Adalah sejenis tatabahasa yang tertua.
Tatabahasa ini mementingkan peraturan
preskriptif yang mesti dipatuhi. Salah satu ciri tatabahasa tradisional ialah berdasarkan satu model bahasa yang dianggap lengkap, ideal, dan baik. Bahasa yang dijadikan model ialah bahasa Greek dan Latin yang telah dikaji oleh Aristotle dan Plato. Aspek tumpuan
penganalisisan ialah penggolongan perkataan (parts of speech atau classes of words).
Bagi BM, Tatabahasa Za’ba tergolong dalam tatabahasa tradisional. Dalam bukunya, Pelita Bahasa Melayu I, Za’ba menyatakan
tatabahasa yang dihasilkannya adalah
berasaskan tatabahasa bahasa Inggeris dan tatabahasa bahasa Arab. Beliau
membahagikan perkataan BM kepada lima gologan, iaitu nama, perbuatan, sendi, sifat,
dan seruan. Beliau juga mengemukakan aspek pembentukan kata, iaitu penggunaan
penambah (imbuhan), membincangkan rangkai kata dan ayat. Semua aspek ini dibincangkan berdasarkan makna, bukan bentuk atau
struktur.
3. Tatabahasa Struktural atau Tatabahasa Deskriptif
Tatabahasa ini muncul pada abad ke-20.
Antara ahli bahasa yang menganuti aliran ini ialah de Saussure, Bloomfield, Harris, dan Otto Jesperson.
Golongan ini berpendapat bahawa struktur
bahasa mempunyai pertalian yang rapat antara unit fonem sebagai unit bunyi dengan morfem sebagai unit tatabahasa.
Ahli bahasa Struktural juga menganggap bahasa sebagai satu sistem bunyi pertuturan yang
arbitrari (sewenang-wenang) untuk menyatakan sesuatu keadaan, objek atau konsep yang
digunakan dalam komunikasi manusia. Mereka juga memberi keutamaan kepada bahasa lisan daripada bahasa tulisan.
Selain itu, ahli Tatabahasa Struktur juga berpendapat bahawa setiap bahasa terdiri
daripada pertalian struktur yang tersendiri. Oleh itu, kajian bahasa melibatkan beberapa aspek, iaitu fonologi, morfologi, dan sintaksis.
Bidang Fonologi
Bidang ini mengkaji bunyi-bunyi yang diucapkan oleh manusia yang boleh dibahagikan kepada:
a. Fonetik: bidang yang mengkaji segala bunyi dan memberikan lambang atau simbol
fonetik yang ditulis dalam kurungan [ ], misalnya [ ], [ ], [ ], dan sebagainya.
Dalam bidang ini juga, kajian dilakukan tentang bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh organ sebutan. Bunyi-bunyi ini dikelaskan kepada bunyi vokal, konsonan, dan diftong yang dikelaskan pula kepada bahagian yang lebih kecil, seperti nasal, glottal, afrikat, dan sebagainya.
b. Fonemik: bidang ini mempunyai kaitan yang rapat dengan hidang fonetik kerana kedua- duanya mengkaji bunyi bahasa. Dalam bidang ini, data yang dikumpulkan oleh
bidang fonetik dikelaskan bunyi-bunyi yang mempunyai persamaan berdasarkan sifat atau ciri yang sama ke dalam sesuatu
fonem. Fonem ini ditulis dengan tanda / /, misalnya / cawan/, /baca/ dll.
Bidang Morfologi
Dalam bidang ini, huraian dilakukan tentang morfem dan hubungannya dalam pembentukan kata. Dalam BM, morfem boleh dibahagikan kepada dua, iaitu morfem bebas dan morfem terikat.
Bidang Sintaksis
Bidang ini lebih tertumpu kepada cara pembentukan ayat dan rangkai kata. Ahli Linguistik Struktural menumpukan perhatian kepada perkembangan unsur-unsur dalam ayat (konstituen dalam ayat). Sesuatu ayat dianalisis dengan membahagikannya kepada konstituen, dan setiap konstituen itu dikaitkan pula dengan konstituen yang lebih besar. Cara pembahagian ini dikenali sebagai konstituen terdekat.
Tatabahasa Transformasi Generatif (TG)
Aliran tatabahasa ini muncul pada tahun 1950-an yang dikenali sebagai Transformasi Generatif.
Pelopor aliran ini ialah Noam Chomsky dengan bukunya Syntactic Structure (1957) dan
Aspects of the Theory of Syntax (1965).
Mengikut tatabahasa ini, semua bahasa dianalisis berdasarkan korpus bagi memudahkan
seseorang yang mempelajari bahasa membina ayat yang baharu dan memahami pertuturan orang lain yang tidak pernah didengarnya. Dua istilah penting yang digunakan dalam tatabahasa ini ialah:
a. Competence (kecekapan): kecekapan dan pengetahuan bahasa yang implisit yang ada pada seseorang.
b. Perfomance: prestasi seseorang
menggunakan bahasa yang diketahuinya mengikut keadaan yang sesuai.
Yang dimaksudkan dengan transformasi dalam konteks ayat ialah menerbitkan atau menukarkan sesuatu ayat asas (kernel sentences) kepada ayat yang lebih pelbagai atau sebaliknya, atau transformasi kepada ayat yang lain.
Analisis bahasa yang dilakukan oleh ahli TG ini bertujuan menghasilkan rumus yang lengkap berdasarkan kecekapan berbahasa penutur jati.
Rumus-rumus ini ialah Rumus Struktur Frasa dan Rumus Transformasi. Rumus Struktur
Frasa (rumus dasar) terdiri daripada rumus yang dapat menerbitkan ayat permulaan yang menjadi ayat dasar. Rumus transformasi pula terdiri
daripada rumus-rumus yang dapat mengubah struktur dalaman serta memperluas unsur dalam ayat atau frasa melalui proses pengguguran,