• Tidak ada hasil yang ditemukan

Bab 7 (edited 2) 2

N/A
N/A
Fuad Danish

Academic year: 2022

Membagikan "Bab 7 (edited 2) 2"

Copied!
46
0
0

Teks penuh

(1)
(2)

7 1

1 APLIKASI

PENGGUNAAN

PERISIAN KOMPUTER

(3)

Perisian utiliti (sokongan) ialah perisian

sokongan atau bantuan yang digunakan untuk memastikan kelancaran perkakasan

komputer,sistem pengendalian, perisian aplikasi dan penyimpanan data. Perisian ini

disepadukan dengan kebanyakan sistem pengendalian utama dalam sesebuah

komputer.

Perisian Utiliti

(4)

Kegunaan Perisian Utiliti

Perisian utiliti ialah perisian sistem yang direka untuk membantu dalam menganalisis,

mengkonfigurasi, mengoptimumkan atau menyelenggarakan komputer.

Perisian ini digunakan untuk menyokong infrastruktur komputer dan berbeza dengan

perisian aplikasi yang bertujuan melaksanakan

tugas secara langsung yang memberikan

(5)

Perisian Utiliti atau Sokongan (OS)

Perisian utiliti atau sokongan berperanan membantu memastikan kelancaran perkakasan komputer, sistem pengendalian dan

perisian aplikasi.

Perisian utiliti merangkumi tiga komponen utama, iaitu:

(a) File manager—mengurus fail dalam caker, menyediakan fungsi delete, copy, move, rename, create seperti Windows Explorer.

(b) Disk cleanup—digunakan untuk mengosongkan ruang cakera di dalam pemacu keras komputer.

(c) Disk defragmenter—digunakan untuk meningkatkan kelajuan akses dengan menyusun semula fail yang disimpan pada cakera untuk menduduki lokasi penyimpanan berdampingan.

(6)

Perisian Utiliti (Stand-Alone); perlu dipasang (install) ke dalam komputer.

(a)

Cleaning tool

(b)

Back up software

(c)

Diagnostic Utility

(d)

Data Compression

(e)

Anti Virus

Perisian Utiliti atau Sokongan

(OS)

(7)

Fitur-fitur Perisian Utiliti

Imbasan cakera keras harus dilakukan dengan kerap

sekurang-kurangnya sekali setiap bulan kerana imbasan ini berupaya memastikan kelompok ‘cluster’ pada cakera keras berada dalam keadaan baik.

Fitur yang terdapat dalam perisian utiliti seperti disk cleanup dan disk defragment.

Disk Cleanup

(a) Pilih drive yang ingin dilakukan disk cleanup (b) Klik kanan pada tetikus dan klik Propeties (c) Klik Disk Cleanup

(8)

Disk Defragment —proses yang dilakukan oleh utiliti pada sistem operasi Microsoft Windows untuk meningkatkan kecepatan akses data pada cakera keras (hard disk) dengan melakukan

penyusunan semula fail di dalam komputer agar dapat mempercepat capaian data dalam komputer.

Proses ini mengambil masa yang agak lama bergantung pada saiz cakera keras dan kekerapan melakukan defragment.

(a) Pilih drive yang ingin dilakukan disk cleanup (b) Klik pada tetikus kanan dan klik Properties (c) Klik tab Tools

Fitur-fitur Perisian Utiliti

(9)

Perisian Pemprosesan Perkataan

Perisian pemprosesan perkataan merujuk sebuah

perisian yang diguna pakai dalam membina, mengolah, menyusun dan membentuk teks, menyimpan serta

mencetak dokumen.

Perisian pemprosesan perkataan (word processing) yang dimaksudkan adalah seperti Microsoft Word, Word Star, dan Word Perfect. Perisian Microsoft Word dari Microsoft Corporation menggunakan antara muka pengguna grafik atau graphic user interface (GUI).

Antara muka tersebut menjadikan penggunaan komputer

lebih mudah dan mesra pengguna.

(10)

Kegunaan Perisian Pemprosesan Perkataan

Perisian pemprosesan perkataan ialah perisian yang lengkap dengan kemudahan untuk menghasilkan

elemen teks yang berkualiti serta membenarkan elemen sokongan yang lain diintegrasikan bersama. Contoh

perisian seperti ini ialah Microsoft Word.

Dalam Microsoft Word ini, pelbagai kemudahan

disediakan untuk proses penyuntingan, penetapan reka

letak, pencetakan dan penyebaran secara menyeluruh

(11)

Kegunaannya Microsoft Word adalah seperti yang berikut:

(a) Reka letak dan susun atur dokumen yang lebih menarik (b) Mencari teks untuk disunting

(c) Memotong (cut), menyalin (copy) dan memindahkan teks (paste) (d) Sistem penyimpanan dokumen yang lebih selamat

(e) Membina header dan footer (f) Membina jadual dan indeks

(g) Memeriksa ejaan dan tatabahasa (h) Menggunakan tesaurus (i) Gabung jalin antara imej dan teks (j) Menyelit grafik dan objek (k) Membina surat yang boleh digabungkan dengan senarai alamat (l) Menyunting dokumen secara automatik dari galeri format

(m) Pratonton (preview) dokumen sebelum dicetak

Kegunaan Perisian Pemprosesan

Perkataan

(12)

Manfaat lain daripada fungsi Microsoft Word ialah:

(a) Membuat surat rasmi yang rapi menggunakan fitur yang telah tersedia dalam Microsoft Word.

(b) Membuat penulisan dengan mudah tanpa perlu memikirkan halaman kerana cirinya sudah tersedia.

(c) Membuat brosur berlipat tanpa perlu membahagi secara manual.

(d) Memudahkan proses menulis surat yang sama dengan alamat yang berbeza dengan fitur Mail Merge.

Manfaat Kegunaan Perisian

Pemprosesan Perkataan

(13)

(e) Membuat laporan yang menarik dan mudah kerana kemudahan dalam meletakkan gambar dan menyusun perenggan mengikut keperluan.

(f) Menjimatkan kertas dan wang kerana hasil kerja boleh

disimpan dalam bentuk salinan lembut (soft copy) dan tidak memerlukan kertas yang banyak untuk cetakan.

(g) Memudahkan usaha menyelesaikan pekerjaan kerana sebarang kesalahan boleh disunting dan diubah sebelum dicetak.

(h) Jadual boleh dibina dengan pelbagai variasi sesuai dengan kerja yang dilakukan.

Manfaat Kegunaan Perisian

Pemprosesan Perkataan

(14)

Fitur-fitur Perisian Pemprosesan Perkataan

Perisian Microsoft Word digunakan untuk membuat dan menyunting dokumen seperti resume, buku, borang kemasukan, surat, kertas laporan, brosur, halaman muka surat, nota, tugasan dan risalah.

Berikut adalah beberapa fitur Microsoft Word yang harus digunakan bagi memudahkan kerja pengguna.

(a) Semakan Ejaan (b) Mail Merge

(c) Find dan Replace (d) Watermark

(e) Header dan Footer

(f) Penggunaan Hyperlink

(15)

Perisian Hamparan Elektronik

Perisian hamparan elektronik ialah helaian kerja saintifik yang disusun mengikut baris dan lajur yang dicipta, disunting, diolah dan dipaparkan oleh komputer.

Dalam perisian ini data dapat dipaparkan, dipadam dan disunting dengan mudah. Contoh perisian hamparan

elektronik ialah Microsoft Excel, Lotus 123, Supercalc dan Quatro Pro.

Keempat-empat contoh perisian tersebut mempunyai ciri-ciri untuk mengolah data kiraan seperti kalkulator termasuk

pengiraan menggunakan formula matematik dan saintifik.

Ciri-ciri hamparan elektronik adalah membolehkan paparan dibuat dalam bentuk jadual dan carta untuk memudahkan

(16)

Kegunaan Perisian Hamparan Elektronik

Selain penggunaan nombor dalam hamparan elektrik,

terdapat beberapa kegunaan lain yang popular seperti yang berikut:

(a) Borang

Template borang boleh diwujudkan untuk mengendalikan perkara seperti inventori, penilaian, ulasan prestasi, kuiz, helaian masa, maklumat pesakit dan tinjauan.

(b) Sekolah dan gred

Guru boleh menggunakan hamparan elektronik untuk

mengenal pasti nama pelajar, mengira gred dan mengenal

(17)

(c) Senarai

Menguruskan senarai dalam hamparan elektronik merupakan contoh data yang tidak mengandungi angka, tetapi masih boleh digunakan.

Contoh, membuat senarai seperti nombor telefon, tugasan dan senarai runcit.

(d) Sukan

Hamparan elektronik boleh menjejaki statistik pemain kegemaran anda atau statistik pada keseluruhan pasukan. Dengan data yang dikumpul, anda juga boleh mencari purata, skor tinggi dan data statistik.

(e) Kewangan

Hamparan elektronik adalah sesuai untuk data kewangan seperti

maklumat akaun, belanjawan, transaksi, bil, invois, resit, ramalan dan sistem pembayaran yang dikendalikan.

Kegunaan Perisian Hamparan

Elektronik

(18)

Kegunaan umum perisian hamparan elektronik kepada pengguna adalah seperti berikut:

(a) Menyimpan rekod (b) Memadam rekod (c) Menyunting rekod

(d) Menyusun dan mengisih rekod

(e) Membuat pengiraan matematik, statistik dan kewangan berdasarkan formula dan fungsi (function)

Kegunaan Perisian Hamparan

Elektronik

(19)

Fitur-fitur Perisian Hamparan Elektronik

Microsoft Excel adalah salah satu perisian hamparan

elektronik yang penting untuk membuat pengiraan, analisis, pengvisualan data dan maklumat. Perisian ini membantu untuk menyusun dan memproses data menggunakan lajur dan baris dengan formula dan beberapa ciri yang hebat.

Kecekapan Microsoft Excel adalah dengan wujudnya ciri-ciri berikut:

(a) Vlookup ( )

Vlookup berfungsi mencari nilai dalam jadual dengan

mengembalikan nilai yang sepadan. Dalam erti kata lain, vlookup mencari nilai yang diberi dan mengembalikan nilai yang sepadan dari lajur yang lain.

(20)

(b) Pembinaan Carta

Carta adalah salah satu ciri terbaik yang digunakan untuk menggambarkan sumbangan setiap nilai kepada carta yang dipilih dan sentiasa

menggunakan satu siri data.

(c) Pemformatan Bersyarat (Conditional Formatting)

Mengubah atau menyerlahkan nilai-nilai tertentu atau membuat sel-sel tertentu mudah dikenal pasti.

Mengubah rupa julat sel berdasarkan keadaan atau kriteria.

Menyerlahkan sel yang mengandungi nilai yang memenuhi syarat tertentu atau memformatkan seluruh sel dan mengubah format yang tepat kerana nilai setiap sel berbeza-beza.

Terdapat pemformatan bersyarat yang berbeza yang membolehkan proses

Fitur-fitur Perisian Hamparan

Elektronik

(21)

(d) Pembinaan Jadual

Jadual dihasilkan adalah mewakili data yang diperoleh. Data biasanya berbentuk teks dan nombor agar dapat difahami

dengan lebih jelas oleh pengguna.

Jadual dalam MS Excel terbentuk daripada formatting ke atas sheet yang mengandungi data. Antara kesan format yang biasa dikenakan ke atas sheet termasuklah memberikan warna untuk table header,mewujudkan border di sekeliling cell dan range, kesan kepada alignment teks dalam sheet termasuklah kesan orientation.

Fitur-fitur Perisian Hamparan

Elektronik

(22)

Perisian Persembahan Elektronik

Penggunaan persembahan elektronik dalam pengajaran dan pembelajaran menjadi alat bantu mengajar dan

bahan bantu belajar, semakin digemari oleh guru-guru di sekolah.

Perisian persembahan elektronik membantu pembina perisian membuat persembahan dengan

menggabungkan unsur animasi, grafik, audio, video dan teks bertujuan menarik perhatian pengguna dan

menjadikan persembahan tidak membosankan.

(23)

Kegunaan Perisian

Persembahan Elektronik

Terdapat pelbagai perisian yang digunakan untuk membuat persembahan elektronik antaranya ialah Microsoft Power Point dan Harvard Graphics.

Menurut Shaifor (2004) penggunaan elemen multimeda seperti animasi, grafik, audio, video dan teks dalam satu persembahan elektronik menjadikan penyampaian

informasi lebih berkesan.

(24)

Berikut dijelaskan beberapa kegunaan persembahan elektronik:

(a) Menarik minat pengguna

- Sifat persembahan elektronik yang menggerakkan slaid demi slaid menjadikan persembahan elektronik boleh digunakan sebagai pelantar dalam membuat gerakan animasi tanpa

‘rendering’.

- Persembahan elektronik ini biasanya digunakan sebagai prebiu di peringkat awal sebelum animasi dikompil. Tujuan gerakan animasi menggunakan persembahan elektronik ini adalah untuk menilai gerakan tanpa menggunakan proses rendering yang memakan masa.

Kegunaan Perisian

Persembahan Elektronik

(25)

(b) Memberikan motivasi kepada pengguna

-Persembahan elektronik dapat memotivasikan murid dalam pembelajaran menggunakan medium yang baharu.

-Memberikan motivasi kepada pelajar untuk mendalami teknologi maklumat dan komunikasi.

(c) Mesra pengguna

-Pembinaan persembahan elektronik mempunyai arahan yang tidak mengelirukan serta mesra pengguna.

-Ikon yang digunakan dalam pembinaan persembahan elektronik mudah difahami.

-Butang arahan mudah difahami serta tidak perlu menggunakan kod pengaturcaraan.

Kegunaan Perisian

Persembahan Elektronik

(26)

(d) Interaktif

-Persembahan elektronik membenarkan unsur interaktif diselitkan dengan mudah dalam persembahan.

-Membenarkan suasana pembelajaran aktif. Pelajar membina pengetahuan dalam pelbagai orientasi yang sesuai dengan gaya dan keperluan kognitif mereka.

-Gabungan media persembahan elektronik juga bersifat interaktif.

-Persembahan elektronik juga membenarkan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik serta mengilustrasi idea-idea

Kegunaan Perisian

Persembahan Elektronik

(27)

Fitur-fitur Perisian Persembahan Elektronik

Microsoft PowerPoint ialah perisian yang sangat

inovatif dan serba boleh yang dapat menjamin

komunikasi yang berkesan dan berjaya sama

ada mempersembahkannya di hadapan dewan

kuliah atau di hadapan rakan sekelas.

(28)

Berikut ialah fitur-fitur perisian yang boleh digunakan untuk meningkatkan kemahiran persembahan dan membolehkan komunikasi mesej berjaya.

(a) Grafik SmartArt

Rajah yang komprehensif dan fleksibel yang boleh digunakan untuk membuat rajah secara profesional termasuk gambar dan teks atau gabungan kedua- duanya.

Boleh digunakan untuk membuat carta organisasi,

pelbagai jenis gambar rajah dan memberikan beberapa

Fitur-fitur Perisian Persembahan

Elektronik

(29)

(b) Shapes

Shapes ialah ciri yang berfungsi menyisipkan gambar-gambar seperti Garis (Lines), Anak Panah (Block Arrow), Carta Alir (Flowchart),

Callouts dan juga Stars and Banners.

(c) Slide Transitions

Peralihan Slaid (Slide Transitions) ialah kesan pergerakan yang

berlaku pada paparan Slide Show apabila pengguna menukar dari satu slaid ke slaid seterusnya semasa membuat pembentangan.

Pengguna boleh mengawal kelajuan, menambah bunyi dan juga

menyesuaikan sifat kepada kesan peralihan tersebut. Peralihan akan berlaku sejurus sebelum slaid yang dipilih itu dipaparkan. Klik tab

Transitions dan buat pilihan untuk peralihan yang dikehendaki.

Fitur-fitur Perisian Persembahan

Elektronik

(30)

(d) Animasi

Animasi dalam MS PowerPoint terdiri dari Peralihan Slaid (Slide Transitions) dan Animasi Elemen (Element Animation). Menggunakan peralihan slaid dapat memberikan kesan menarik apabila menukar slaid semasa

persembahan.

Animasi Elemen pula merangkumi teks atau objek seperti gambar, bentuk, jadual serta grafik Smart Art. Bagi menambah animasi kepada teks atau objek ini dalam persembahan, pengguna perlu memilih objek tersebut kemudian klik Animations dan pilih Effects (kesan) yang dikehendaki. Animasi boleh

digunakan untuk tiga slot berasingan bagi setiap objek:

(i) Masuk (Entrance) – cara objek memasuki ruangan slaid

(ii) Penekanan (Emphasis) – kesan untuk memberikan fokus atau perhatian

Fitur-fitur Perisian Persembahan

Elektronik

(31)

Perisian Pangkalan Data

Perisian pangkalan data ialah frasa yang digunakan untuk

menggambarkan perisian yang direka bagi membuat pangkalan data serta menguruskan maklumat yang disimpan di dalamnya.

Kadangkala, perisian ini disebut sebagai Sistem Pengurusan Pangkalan Data (Database Management System).

Perisian pangkalan data digunakan untuk menyimpan, mengubah, mengekstrak dan mencari maklumat dalam pangkalan data.

Beberapa contoh aplikasi perisian pangkalan data popular bagi penggunaan desktop seperti Microsoft Access dan FileMaker Pro dan penggunaan pelayan (server) seperti MySQL, Microsoft SQL Server dan Oracle.

(32)

Kegunaan Perisian Pangkalan Data

Microsoft Access ialah perisian pangkalan data yang paling baik dan popular.

Perisian ini digunakan untuk mencari sesuatu data atau maklumat yang mudah dipelajari dan diintegrasikan ke dalam perniagaan atau organisasi.

Microsoft Access tidak terlalu rumit dan tidak memerlukan latar belakang pengguna dalam bidang pengaturcaraan atau pengekodan untuk

membuat pangkalan data yang diperlukan.

Kegunaan perisian pangkalan data dalam Microsoft Access adalah seperti berikut:

(a) Penggunaan pangkalan data dapat meminimumkan pertindihan maklumat.

(33)

(c) Penggunaan pangkalan data kepada pengguna dapat dikawal dengan hanya memberikan kebenaran.

(d) Sesuatu data yang dikehendaki akan dapat dicapai oleh semua pengguna atau organisasi dengan lebih pantas dan tepat kerana adanya integrasi data.

(e) Pangkalan data boleh meminimumkan limpahan data,

meningkatkan konsistensi data, pengintegrasian dan perkongsian serta mengurangkan penyelenggaraan program.

(f) Boleh menyenaraikan data mengikut keperluan pengguna, misalnya dari segi susunan abjad atau kriteria lain.

(g) Boleh melaksanakan proses mengisih dan menyenaraikan data mengikut kriteria yang dikehendaki dengan pantas dan tepat.

Kegunaan Perisian Pangkalan Data

(34)

(h) Boleh dikemas kini dengan mudah.

(i) Boleh dikongsi dengan pantas serta mempunyai kadar interaktiviti yang tinggi menerusi pelbagai teknologi baharu seperti menerusi

CDROM, Internet dan lain-lain.

(j) Konsep pangkalan data membolehkan aplikasi baharu dibina dengan meminimumkan kos dan masa. Hal ini kerana, kebanyakan sistem pengurusan pangkalan data telah menyediakan kemudahan seperti membina form, membina query, membina laporan dan

sebagainya.

(k) Sistem Pengurusan Pangkalan Data (DBMS) mengasingkan data

Kegunaan Perisian Pangkalan Data

(35)

Fitur-fitur Perisian Pangkalan Data

Microsoft Access ialah salah satu perisian terbaik yang mempunyai pangkalan data yang besar. Perisian ini sangat berguna untuk mereka yang bekerja dengan pangkalan data.

Terdapat beberapa ciri yang boleh mengubah pangkalan data menjadi aplikasi yang mesra pengguna.

(a) Jadual

(b) Borang Kemasukan Data (data entry forms)

(c) Import eksport

(d) Laporan

(e) Query

(f) Borang

(g) Templat (Templates)

(36)

Blog

Blog ialah suatu saluran media dalam talian seperti buku harian atau jurnal yang terletak di laman web.

Kandungan blog menggabungkan antara teks, gambar, video, animasi, audio dan pautan ke laman web.

Dialog dan interaksi pembaca dengan penulis blog ialah bahagian yang popular.

Blog berasal daripada dua suku kata, iaitu Web dan Log serta dapat disingkatkan dengan frasa weblog.

Blog boleh wujud semata-mata untuk kegunaan peribadi, berkongsi maklumat dengan kumpulan eksklusif atau melibatkan orang ramai.

(37)

Kegunaan Blog

Blog pada mulanya digunakan sebagai platform unik untuk berkongsi pemikiran, perasaan, pendapat atau pengalaman seseorang.

Hari ini, blog telah berkembang menjadi platform yang digunakan oleh berjuta-juta individu terutamanya dalam bidang perniagaan.

Blog memiliki fungsi atau kegunaan yang pelbagai

seperti catatan harian dan media penerbitan.

(38)

Antara kegunaan blog adalah seperti berikut:

(a) Jurnal dalam talian

-

Berfungsi menampilkan informasi dengan topik tertentu seperti produk, gadget, masakan, pelancongan, fesyen dan lain-lainnya.

-

Sangat berguna sebagai satu medium untuk melatih kreativiti penulisan seseorang.

-

Menggalakkan pelajar untuk berlatih memberikan jawapan kreatif.

Kegunaan Blog

(39)

(b) Laman web peribadi/komuniti

Bertujuan membangunkan jenama produk sendiri atau untuk kepentingan komuniti menggunakan artikel-artikel yang sesuai dengan menampilkan gambar, video dan lain-lain serta

membenarkan pembaca untuk melanggannya atau mendaftar sebagai ahli.

(c) Diari dalam talian

Blog boleh menjadi diari dalam talian. Pemilik blog boleh menulis sebarang berita berhubung aktiviti seharian atau hobi serta

berkongsi pendapat dengan pembaca. Aktiviti menyimpan rekod ini dapat menggalakkan pembelajaran reflektif (Chen et al., 2005).

Kegunaan Blog

(40)

Kegunaan Blog

(d) Pendapatan sampingan

Seseorang yang mempunyai hobi terhadap aktiviti blog berpeluang menambah pendapatan, iaitu dengan mempromosikan produk,

perkhidmatan atau mendaftarkan diri sebagai penerbit iklan, mengikuti program afiliasi dan lain-lain.

(e) Mengembangkan jaringan dan rakan

Blog boleh dijadikan sebagai forum komuniti. Sesiapa sahaja

dibenarkan untuk menyertai forum berkenaan. Sebagai ahli forum, kebebasan diberikan untuk berkongsi ilmu, pendapat dan cadangan bagi sesuatu isu atau topik yang dikemukakan dengan demikian

(41)

Kegunaan Blog

(f) Membina kepercayaan dan hubungan

Komen dan interaksi antara penulis dengan pembaca memberi ruang atau peluang untuk mereka mengenali penulis dan secara tidak langsung dapat membina kepercayaan dan hubungan yang baik.

(g) Membangunkan peribadi baik penulis

Aktiviti blogging memerlukan penulis untuk sentiasa

kreatif dan menghasilkan artikel yang lebih baik. Banyak

ilmu dan idea yang diperlukan untuk menulis, berfikir dan

penelitian ini akan mengembangkan potensi diri penulis

(blogger).

(42)

Fitur-fitur Blog

Kemunculan blog berubah dari semasa ke semasa tetapi kebanyakan blog mempunyai ciri-ciri dan struktur yang standard.

Berikut adalah beberapa ciri-ciri umum yang perlu ada bagi sesuatu blog:

(a) Header; dengan menu atau bar navigasi

(b) Kandungan utama; kawasan dengan catatan blog

(c) Bar sisi (sidebar); dengan profil sosial dan kandungan kegemaran

(d) Footer; dengan pautan yang berkaitan seperti penafian, dasar

(43)

Contoh

(44)

Blog boleh menggunakan susun atur dan meliputi banyak topik yang berbeza, tetapi semuanya mempunyai ciri-ciri asas yang sama. Antaranya ialah:

(a) Catatan blog disiarkan dalam susunan kronologi

terbalik. Susunan ini menyamai dengan buku harian yang mengundur, menelusuri pos yang paling baharu di

bahagian atas halaman hingga kiriman lama paling rendah di bahagian bawah halaman.

(b) Catatan blog lazimnya merangkumi tarikh dan masa

Fitur-fitur Blog

(45)

(c) Nama penulis blog (blogger) biasanya dinyatakan dengan timestamp (waktu bagi sesuatu peristiwa dicatat oleh sebuah komputer). Blog biasanya berakhir dengan perkataan

“Dihantar oleh [nama blogger].”

(d) Kiriman blog yang lama biasanya terdapat dalam arkib blog tersebut. Arkib disusun mengikut bulan dan tahun. Pautan arkib biasanya adalah di bar sisi (sidebar) pada halaman utama blog.

(e) Pembaca dan blogger biasanya boleh mengulas (atau

membalas) entri blog. Komen itu boleh menjadi dialog antara pembaca dengan blogger.

Fitur-fitur Blog

(46)

(f) Kiriman blog biasanya mempunyai tajuk yang menerangkan atau berkaitan dengan kandungan entri tersebut. Judul

biasanya dimulakan dalam susun atur huruf tebal.

(g) Blogger boleh menyenaraikan kiriman blog mengikut

kategori. Apabila masuk pada kategori, anda biasanya akan mencari senarai nama kategori dalam bar sisi (sidebar) di blog tersebut.

(h) Blogger boleh memilih ikon untuk mewakili mod semasa mereka seperti ini; mod gembira. Kadangkala penulis

Fitur-fitur Blog

Referensi

Dokumen terkait

Penelitian ini bertujuan untuk mengetahui pengaruh kondisi sosial ekonomi keluarga terhadap minat belajar siswa SMK YPKK 3 Sleman. Penelitian ini merupakan

Kesimpulan penelitian ini adalah : Konsep “biaya potong sebesar 1% dari kenaikan nilai tambah ternak” dengan metode “ kontribusi minimal dari Nilai Tambah ternak”,

Berdasarkan hasil penelitian di atas, terdapat tiga pokok bahasan yang dianalisis dalam penelitian ini, yaitu strategi pembelajaran yang diterapkan oleh guru, sistem

Hasil pengamatan terhadap parameter yang diamati berupa jumlah telur, daya tetas telur, rendemen pemeliharaan dan kualitas kokon yang meliputi berat kokon, berat kulit kokon

• IMF juga menjelaskan bahwa pertumbuhan ekonomi Indonesia masih di atas rata-rata pertumbuhan ekonomi negara ASEAN-5 (Indonesia, Thailand, Malaysia, Filipina

Analisis data yang digunakan dalam penelitian ini dengan cara membandingkan antara anggaran dan keterserapan anggaran bantuan operasional kesehatan untuk setiap

Upaya membangun unsur kemanusiaan yang sangat gaib ini porsi investasi fisiknya sangat kecil hanya 1% namun hanya akan terjadi bila upaya dasar yang mengawalinya telah dilakukan

Berdasarkan hasil dari wawancara dengan masyarakat yang mengkonsumsi buah di Dusun Tiga Desa Desa Tirta Kencana diperoleh 41 jenis pohon buah yang mereka konsumsi dan