• Tidak ada hasil yang ditemukan

KATEDRAL ST. JOSEPH Notis Gereja

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "KATEDRAL ST. JOSEPH Notis Gereja"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

KATEDRAL ST. JOSEPH

Notis Gereja

HARI MINGGU PRA-PASKA PERTAMA ~ 6 Mac 2022 ~

Tel.: 082-423424 Laman Web: stjosephkuching.org E-mel: [email protected]

PENDAFTARAN UNTUK SEKOLAH HARI MINGGU PAROKI 2022 (sesi Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia dan Bahasa Mandarin) - Ibu bapa dengan kanak-kanak berumur antara 5 ke 17 tahun (terutamanya mereka yang belajar di sekolah yang tidak mempunyai kelas katekismus) digesa untuk mendaftarkan anak-anak anda untuk mana-mana sesi berikut bagi memudahkan penempatan kelas.

Bahasa

(Penyelaras) Tarikh Kelas

Bermula Hari, Masa

untuk Kelas Tempat Butiran Pendaftaran Inggeris

(En. Felix Chuo 019-859 8012)

Ahad,

20 Feb 2022 Setiap Ahad, 10:30 am - 11:30 am

‘Zoom

Meeting’ https://bit.ly/RegisterSunScho ol2022

Mandarin (Cik Catherine Hii / Cik Joan Lau

011-72815829)

Sabtu,

19 Mac 2022 Setiap Sabtu, 6:30 pm - 7:30 pm

Pusat Paroki St.

Joseph

https://forms.gle/zR4keimYQg CM2bjq6

(Tarikh tutup: 13 Mac) Malaysia

(En. James Sidek

014-696 2480)

Ahad,

8 Mei 2022 Akan diumumkan kemudian.

Pusat Paroki St.

Joseph

Akan diumumkan kemudian.

Untuk kemas kini terbaharu, sila rujuk di Laman Web Paroki - https://stjosephkuching.org

(2)

SIARAN LANGSUNG MISA KUDUS (TANPA UMAT) pada setiap Ahad:

Masa Bahasa Catatan

8:00 am Inggeris

Misa yang disiarkan secara langsung tidak terbuka untuk dihadiri umat paroki.

9:15 am Mandarin 10:30 am Malaysia

Sila layari https://www.facebook.com/arch.kuching

Anda juga boleh menyertai pautan untuk Misa dari mana-mana Keuskupan Katolik lain.

JADUAL UNTUK MISA-MISA KUDUS DI PAROKI KATEDRAL (DENGAN UMAT) seperti berikut:

MISA-MISA KUDUS PADA SETIAP HUJUNG MINGGU Tempat Hari, Masa Bahasa Catatan

Katedral St. Joseph

Sabtu, 6:00 pm Inggeris Pra-pendaftaran untuk misa-misa hujung minggu tidak lagi diperlukan.

Sabtu, 8:00 pm Mandarin Ahad, 2:00 pm Malaysia Ahad, 5:00 pm Inggeris

Chapel

Carmelite Ahad, 8:00 am Inggeris

Disebabkan tempat duduk yang terhad, Pra- pendaftaran masih diperlukan:

https://sites.google.com/view/sjckchweekend mass/home

ATAU umat boleh mendaftar dengan En. Paul Voon (E-mel: [email protected]) tertakluk kepada siapa dahulu, dia dapat.

(Nota: Pra-pendaftaran masih perlu dibuat untuk hari perayaan pesta dan perayaan liturgi di mana jumlah hadirin adalah lebih ramai seperti Hari Rabu Abu, Hari Jumaat Agung, dll.)

Bagi mematuhi SOP keselamatan kita, SEMUA Umat Paroki dinasihatkan untuk mengikut arahan pasukan pelayan kita. Sila patuhi Garis Panduan Umum untuk umat Katolik yang datang ke

Gereja untuk Misa (boleh didapati dari laman web Paroki kami).

(3)

JALAN SALIB (diikuti dengan Misa Kudus) akan diadakan berdasarkan jadual di bawah dalam musim Pra-Paska. Tiada pra-pendaftaran diperlukan.

Katedral St. Joseph

2:30 pm dalam Bahasa Mandarin 5:30 pm dalam Bahasa Inggeris

Para umat yang datang untuk Jalan Salib 5:30 pm dan kemudiannya mengikuti Misa di Katedral adalah diingatkan agar TIDAK menghalang kenderaan sesama umat lain yang mungkin ingin pulang selepas Jalan Salib.

DIMOHON AGAR TIDAK MENGHADIRI MISA KUDUS DENGAN UMAT JIKA ANDA MEMPUNYAI MANA-MANA BERIKUT:

 Tidak sihat dengan gejala demam, batuk, sakit tekak, selsema atau kesukaran bernafas.

Kesukaran bergerak atau memerlukan bantuan orang lain untuk bergerak di dalam Gereja.

Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun tidak digalakkan hadir, namun sekiranya hadir hendaklah ditemani oleh individu yang telah lengkap vaksinasi.

Individu yang belum menerima vaksin tidak dibenarkan menghadiri Misa Kudus dengan Umat (selaras dengan SOP UNIFOR bagi Rumah Beribadat di bawah Pelan Pemulihan Negara Fasa 4 (Sarawak) bertarikh 13 Januari 2022).

SERVIS PERTAUBATAN & PENGAKUAN DOSA MUSIM PRA-PASKA di Katedral St. Joseph akan dibuat setengah jam sebelum Misa-misa Hujung Minggu sepanjang musim Pra-Paska di kawasan terbuka di luar ‘Day Chapel’. Sila jaga penjarakan fizikal dan jangan berkumpul di kawasan sekeliling sambil menunggu giliran anda untuk membuat pengakuan dosa.

Sila patuhi SOP berikut dan patuhi arahan pihak warden:

 Peniten dikehendaki memakai pelitup muka N95 dan memakai pelitup muka pada setiap masa.

 Peniten harus bersedia untuk membuat pengakuan dosa tanpa berlengah-lengah.

 Peniten akan membuat penitensi mereka selepas mereka kembali ke tempat duduk mereka di dalam gereja.

 Peniten dikehendaki membawa pembersih tangan dan pembersih permukaan sendiri untuk membersihkan tempat duduk yang telah digunakan.

MISA HARIAN DI CHAPEL CARMELITE dirayakan pada setiap Isnin hingga Sabtu, 7:00 am. MISA TENGAH-HARI akan turut dirayakan pada 12:30 tengah hari setiap Jumaat sepanjang musim Pra-Paska.

Sila daftar dengan En. Paul Voon (E-mel: [email protected]) berdasarkan siapa datang dahulu, dia dapat. Kapasiti maksimum untuk setiap Misa adalah 100 orang sahaja.

MISA HARIAN DI KATEDRAL ST. JOSEPH akan dirayakan pada setiap Isnin hingga Jumaat, 5:30 pm. Tiada pra-pendaftaran perlu dibuat tetapi ‘walk-in’ berdasarkan siapa datang dahulu, dia dapat.

(4)

RAYUAN PRA-PASKA C.W.S. 2022 - Semua umat Katolik digalakkan untuk bersedekah dan memberi sumbangan terutamanya pada Musim Prapaska. Keuskupan Agung merayu kepada kemurahan hati para umat untuk membantu ‘Catholic Welfare Services’ secara kewangan sambil kita meneruskan pelayanan kita kepada golongan miskin dan yang memerlukan di kalangan kita tanpa mengira bangsa atau agama.

Umat boleh membuat sumbangan melalui S Pay Global dengan mengimbas QR kod di sini. Sahkan bahawa penerima ialah

‘Catholic Welfare Services’ sebelum pemindahan dilakukan. Umat paroki juga boleh melakukan pemindahan dalam talian atau deposit tunai kepada akaun berikut:

Catholic Welfare Services Council Sarawak Nombor Akaun Maybank Bhd: 511234019806

Sila hubungi Pn. Cecilia Hp: 019-8199708 / 082-241407 setelah anda membuat sumbangan.

Resit Pengecualian Cukai akan dikeluarkan dengan sewajarnya.

NOVENA KEPADA BONDA PENOLONG ABADI diadakan pada setiap Sabtu, 5:00 pm sebelum Misa Bahasa Inggeris pada 6:00 pm di Katedral St. Joseph. Semua dialu-alukan hadir.

Bagi umat yang hanya menghadiri Novena, dikehendaki untuk duduk di loteng bertentangan dengan Koir. Para umat boleh menghantarkan permohonan atau doa kesyukuran secara dalam talian melalui borang google di https://forms.gle/oTqtZMQsr1hC5PDr6.

‘ONLINE CALVARY HOUR OF MERCY’ - Sesi doa harian dalam talian “1-Hour-A-Day You Are Not Alone” anjuran Keuskupan Agung Kuching boleh disertai melalui Zoom. Para ‘Legionaries’

dan kumpulan-kumpulan sembahyang dari Keuskupan Agung akan memimpin setiap sesi yang dijadualkan pada 3:00 pm setiap hari. Para umat digalakkan hadir untuk sesi doa 1 jam dalam talian ini setiap hari (atau pada mana-mana hari yang bersesuaian mengikut anda) dengan menggunakan pautan zoom di bawah:

https://us02web.zoom.us/j/86178307498?pwd=UVZ6MTdJSmRyeDZwUTMweC95UFBDdz09 Meeting ID: 861 7830 7498

Passcode: prayhour

Umat paroki juga boleh menghantar doa permohonan dengan mengisi borang Doa Permohonan dalam talian atau WhatsApp: 011-10612097.

Bahasa Hari Pautan borang permohonan dalam talian

Inggeris Rabu, Khamis, Jumaat & Ahad https://forms.gle/Yy1jcXKSBhPmPYNg8

Malaysia Sabtu https://forms.gle/JHhV2to3wR73om7z6

Mandarin Isnin & Selasa https://forms.gle/GL8e7DTbsswoMM639

Catholic Welfare Services

(5)

PERKHIDMATAN TELEFON DAN E-KAUNSELING adalah tersedia seperti berikut:

Isnin hingga Jumaat:

8:00 am hingga 12:00 tgh hri &

2:00 pm hingga 5:00 pm

Sila telefon, WhatsApp atau e-mel kepada:

Pejabat Kaunseling Tel: 082-258046 E-mel: [email protected] Kimberly - Hp: 018-3539799

Sabtu: 8:00 am hingga 12:00 tgh hri Nelly - Hp: 018-2529899

KUTIPAN MINGGUAN MISA DAN DERMA Umat paroki adalah digalakkan untuk menyumbang kepada

kutipan mingguan Misa. Sila berikan sumbangan anda melalui S Pay Global dengan mengimbas kod QR ini. Sahkan bahawa penerima ialah ‘St. Joseph’s Cathedral’ sebelum pemindahan dilakukan.

Umat paroki juga boleh melakukan pemindahan dalam talian atau deposit tunai kepada Akaun Bank Katedral St. Joseph seperti berikut:

Archbishop of Kuching Saint Joseph’s Cathedral Nombor Akaun Maybank Bhd: 511038613081

GARIS PANDUAN UNTUK PELAWAT PEJABAT PAROKI KATEDRAL

Umat paroki yang perlu mengunjungi Pejabat Paroki adalah diwajibkan untuk:

 Memakai pelitup muka pada setiap masa.

 Kemukakan Sijil Vaksinasi digital anda.

 Sentiasa menjaga jarak fizikal 1 meter.

 Pemeriksaan suhu oleh staf dengan menggunakan Termometer Dahi Inframerah.

 Imbas kod QR MySejahtera atau tuliskan maklumat secara manual untuk tujuan pengesanan kontak.

 Bawa pembersih tangan anda sendiri.

 Gunakan pen anda sendiri untuk menulis.

 Membuat pembayaran elektronik melalui S Pay Global jika boleh.

Jika boleh, kami menggalakkan umat paroki untuk MENELEFON, WHATSAPP atau E-MEL untuk sebarang pertanyaan atau bantuan yang diperlukan (bukannya datang sendiri ke Pejabat Paroki.)

Tel.: 082-423424 / 082-423425

WhatsApp: 082-423424 (atau layari https://wa.me/6082423424) E-mel: [email protected]

Waktu Pembukaan

Isnin - Jumaat : 8:00 am - 12:00 tengah hari & 2:00 pm - 5:00 pm Sabtu: 8:00 am - 12:00 tengah hari & 2:00 pm - 4:30 pm

St. Joseph’s Cathedral

(6)

PENDAFTARAN ATAS TALIAN UNTUK PERMOHONAN MISA (MO) & MISA ARWAH GABUNGAN (CRM) - Umat Paroki kini boleh menawarkan Misa atas talian melalui pautan berikut:

Jenis Pautan

Permohonan Misa (MO) https://forms.gle/APkbscLMAG2Bcd7F9 Misa Arwah Gabungan (CRM) https://forms.gle/yNixf4JrhMN61Z9h9

Untuk menawarkan Misa, umat paroki juga boleh melayari laman web Paroki kita:

https://stjosephkuching.org. Jika anda menghadapi sebarang kesukaran dalam membuat pendaftaran Ketika menggunakan pautan di atas, sila emel pertanyaan anda ke [email protected] dan staf pentadbiran kami akan membantu anda dengan segera.

Permohonan Misa (MO) akan dirayakan oleh paderi di paroki secara peribadi setiap hari kecuali Ahad. Apa-apa permintaan untuk misa bagi doa permohonan anda pada tarikh yang 'tertentu' hendaklah dihantar kepada Pejabat Paroki sekurang-kurangnya satu minggu lebih awal. Jika tidak, doa permohonan anda akan dirayakan pada bila-bila masa (mengikut budi bicara paderi kami).

Permohonan untuk Misa Arwah Gabungan (CRM) untuk Mac akan dirayakan pada Jumaat, 18 Mac. Sila hantarkan borang CRM anda berserta bukti pembayaran selewat-lewatnya pada Khamis, 17 Mac sebelum 12:00 tengah hari.

[Pemberitahuan: Pembayaran (wang) yang diberikan oleh umat Kristian untuk Misa yang akan ditawarkan bagi tujuan yang khusus bukannya yuran tetapi sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah dan sumbangan kita kepada Gereja. Resit rasmi akan dikeluarkan oleh Pejabat Paroki sewajarnya.]

(7)

PEMBAPTISAN BAYI dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia telah diteruskan semula di Paroki Katedral. Para ibu bapa yang ingin membaptiskan bayi mereka perlu membuat pendaftaran secara atas talian di https://formfaca.de/sm/y2oT0Qf_P dan muat naikkan semua salinan dokumen yang disenaraikan seperti berikut:

Ibu bapa Sponsor (Wali)

✓ Sijil Kelahiran atau Sijil Anak Angkat anak anda

✓ MyKid (jika ada)

✓ Buku Rekod Keluarga

✓ MyKad (atau Pasport)

✓ Sijil Pembaptisan

✓ Sijil Penguatan

✓ Buku Rekod Keluarga atau

Sijil Perkahwinan (dikeluarkan oleh Gereja Katolik) Hanya Ibu bapa yang telah menghantar dokumen tersenarai seperti di atas dengan lengkap sahaja akan diterima dan Pejabat Paroki akan memberitahu anda masa dan tempat untuk menghadiri Perayaan Sakramen Pembaptisan. Anda kemudiannya diminta untuk menyerahkan Buku Rekod Keluarga asal untuk tujuan pengemaskinian sebelum hari pembaptisan.

Menurut Kod Undang-undang Kanun Gereja Katolik # 874, seorang Sponsor (Wali) mesti telah menerima Sakramen Pembaptisan, Penguatan dan pengamal Katolik. Jika sudah berkahwin, perkahwinannya telah diberkati di Gereja Katolik. (Ini tidak tertakluk kepada mereka yang bukan Katolik [kedua suami isteri] pada masa perkahwinan sivil).

PENGGUNAAN ‘PARLOUR’ KATEDRAL ST. JOSEPH UNTUK IBADAT PENGEBUMIAN Untuk memastikan penjarakan fizikal dan kepatuhan lain sepanjang tempoh COVID-19 ini, hanya

‘Catholic Mutual Benefit Society’ telah diberi kuasa untuk pengurusan pengebumian di

‘parlour’ gereja kita. Sila hubungi Christopher Chin Hp: 019-8563438 atau Mary Goh Tel: 082- 244493.

RAYUAN DERMA DARAH HOSPITAL UMUM SARAWAK (HUS) - Umat paroki digalakkan untuk menderma darah di Tabung Darah HUS, Isnin hingga Jumaat, 7:30 am hingga 4:00 pm. Untuk pertanyaan, sila hubungi Tabung Darah HUS, No. Tel.: 082-276797 atau 010-8578909 (En.

Borhan).

(8)
(9)

Klik untuk daftar: https://forms.gle/9ZFG56uYNdqWNUhv7

E-mel:[email protected] atau WhatsApp:016-4763025 (Cynthia) bagi sebarang pertanyaan

(10)

FORMED: SUMBER IMAN KATOLIK ATAS TALIAN PERCUMA - Sila rujuk di bawah untuk cara- cara mendaftar secara percuma di FORMED.org/signup dan muat turun Aplikasi FORMED ke telefon anda di mana anda boleh mendapat akses kepada ceramah audio Katolik terbaik, filem Kristian, e-buku dan program pengajian di hujung jari anda untuk membantu anda pertingkatkan iman anda, dalam hubungan kekeluargaan, mencari kedamaian yang lebih mendalam dengan Tuhan dan berkongsi kepercayaan anda dengan orang lain.

Zip kod: 93000

Paroki: Archdiocesan Curia and Cathedral Pastoral Centre

Referensi

Dokumen terkait

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, berkat limpahan karunia dan Lindungan-Nya penulis dapat menyelesaikan penyusunan skripsi ini, guna memenuhi

Setelah biaya bersama teralokasikan ke masing-masing produk yang dihasilkan, kemudian dapat dibandingkan antara harga pokok produksi perunit menurut metode market

Bahan yang digunakan pada penelitian terdiri atas tanaman tembakau, medium untuk uji fisiologi dan biokimia bakteri penyebab busuk lunak pada umbi kentang, kentang

Jadikanlah aku diantara orang-orang yang memohon ampunan, dan jadikanlah aku sebagai hamba-MU yang sholeh dan setia serta jadikanlah aku diantara Auliya'- MU yang dekat disisi-

Para umat digalakkan hadir untuk sesi doa 1 jam dalam talian ini setiap hari (atau pada mana-mana hari yang bersesuaian mengikut anda) dengan menggunakan pautan zoom di

Secara teoritis, penellitian ini diharapkan agar dapat memberikan sumbangsih terhadap sarana pembelajaran mengenai literasi keuangan syariah, pendapatan serta

Komisi Pelayanan Doa Gereja Induk Jatiluhur Raya mengundang Bapak/Ibu/Saudara untuk hadir dalam Persekutuan Doa Rabu Malam yang akan diadakan pada:..

Data-data yang akan dipakai merupakan data reksa dana syariah pendapatan tetap yang ada dalam periode penelitian yaitu 1 Januari 2009 hingga 31 Desember 2013.. NAB