• Tidak ada hasil yang ditemukan

1) Kempen ini dibuka kepada semua pelanggan Perbankan Internet Peribadi UOBM ( PIB ) yang berumur 18 tahun dan ke atas ( Peserta yang Layak ).

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "1) Kempen ini dibuka kepada semua pelanggan Perbankan Internet Peribadi UOBM ( PIB ) yang berumur 18 tahun dan ke atas ( Peserta yang Layak )."

Copied!
6
0
0

Teks penuh

(1)

Kempen Kesetiaan JomPAY Terma dan Syarat

United Overseas Bank (Malaysia) Bhd (271809-K) (“UOBM”) akan menjalankan “Kempen Kesetiaan JomPAY” (“Kempen”) dari 23 Januari 2017 sehingga 26 Februari 2017 (termasuk kedua-dua tarikh), melainkan jika diberitahu (“Tempoh Kempen”). Kelayakan Kempen

1) Kempen ini dibuka kepada semua pelanggan Perbankan Internet Peribadi UOBM (“PIB”) yang berumur 18 tahun dan ke atas (“Peserta yang Layak”).

2) Yang berikut adalah tidak layak untuk Kempen:- a) kakitangan UOBM.

b) mereka yang akaunnya dengan UOBM yang ditamatkan atau ditutup dalam Tempoh Kempen.

c) mereka yang akaunnya dengan UOBM yang dikira tidak aktif, delinkuen atau dikendalikan dengan cara yang tidak memuaskan yang ditentukan oleh UOBM dengan budi bicara mutlaknya;

d) mereka yang tidak siuman, telah meninggal dunia, bankrap atau mereka yang mempunyai sebarang kes guaman terhadapnya.

Mekanisma Kempen

3) Transaksi Kelayakan JomPAY merujuk kepada jumlah bayaran cukai taksiran kepada Pihak Berkuasa Tempatan dan/atau Majlis Bandaraya yang mengambil bahagian dalam Jadual 1 dengan jumlah minima RM100.00 yang dilakukan melalui JomPAY melalui PIB.

4) Dalam minggu penyertaan yang disenaraikan dalam jadual di bawah, Peserta yang Layak mesti melaksanakan sekurang-kurangnya satu (1) Transaksi Kelayakan JomPAY daripada transaksi kegemaran JomPAY (Favourite JomPAY transaction) (“Kriteria Kelayakan”).

Minggu

Penyertaan Tarikh

Minggu 1 23 Jan 2017 – 29 Jan 2017 (termasuk kedua-dua tarikh) Minggu 2 30 Jan 2017 – 5 Feb 2017 (termasuk kedua-dua tarikh) Minggu 3 6 Feb 2017 – 12 Feb 2017 (termasuk kedua-dua tarikh)

(2)

Minggu 4 13 Feb 2017 – 19 Feb 2017 (termasuk kedua-dua tarikh) Minggu 5 20 Feb 2017 – 26 Feb 2017 (termasuk kedua-dua tarikh) 5) Semua Transaksi Kelayakan JomPAY yang dilakukan semasa Tempoh Kempen

mesti dicatatkan dalam system PIB UOBM supaya layak menyertai Kempen ini.

Hadiah dan Pemilihan Pemenang

6) Sepuluh (10) Peserta Pertama yang Layak yang memenuhi Kriteria Kelayakan di klausa 4 dalam setiap minggu penyertaan (“Pemenang”) akan layak untuk menerima 30% pulangan tunai untuk jumlah transaksi yang dilakukan melalui JomPAY dalam minggu penyertaan tersebut, tertakluk kepada jumlah maksima RM60.00 untuk setiap Pemenang (“Hadiah”).

7) Jumlah pulangan tunai akan dibundarkan kepada sen yang terdekat.

8) Jumlah pulangan tunai akan dikreditkan ke akaun simpanan atau semasa atau kad kredit yang ditentukan oleh UOBM dalam masa empat (4) hingga lapan (8) minggu selepas tamat setiap minggu penyertaan.

9) Peserta yang Layak hanya layak untuk satu (1) Hadiah dalam Tempoh Kempen. 10) Pemenang yang menutup atau menamatkan akaun mereka dengan UOBM

sebelum Hadiah dikreditkan ke akaun mereka akan hilang kelayakan daripada Kempen ini dan tidak berhak untuk mendapat Hadiah.

11) Sebarang alatan, aksesori atau peralatan yang dipaparkan bersama dengan Hadiah dalam semua bahan cetak, laman web atau di cawangan UOBM adalah untuk tujuan hiasan sahaja dan tidak membentuk sebahagian daripada Hadiah.

Terma dan Syarat Am

12) Dengan menyertai Kempen ini, Peserta yang Layak bersetuju untuk terikat dengan terma dan syarat ini, terma dan syarat yang mentadbir akaun simpanan, terma dan syarat yang mentadbir akaun semasa, Perjanjian Ahli Kad Visa/Mastercard dan terma dan syarat yang mentadbir PIB termasuk apa-apa pindaan atau perubahan kepadanya.

13) UOBM tidak akan bertanggungjawab dan tidak akan menanggung sebarang liabiliti dalam apa-apa bentuk yang timbul atau dialami oleh Peserta yang Layak atau mana-mana pihak ketiga secara langsung atau tidak langsung daripada Kempen ini dan/atau Hadiah.

14) UOBM tidak bertanggungjawab untuk sebarang salah nyata atau salah faham fakta oleh mana-mana pihak ketiga yang tidak berkenaan dengan Kempen

(3)

dan/atau Hadiah ini dan penerbitan yang diterbitkan dalam mana-mana media, bahan pemasaran atau pengiklanan.

15) Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, UOBM dengan nyata mengecualikan dan menafikan sebarang perwakilan, waranti atau pengendorsan, tersurat atau tersirat, bertulis atau lisan, tanpa had kepada yang diterbitkan dalam mana-mana media, bahan pemasaran atau pengiklanan, termasuk tetapi tidak terhad kepada, sebarang jaminan berkenaan dengan kualiti, kebolehdagangan atau kesesuaian untuk apa-apa tujuan yang berkenaan dengan Kempen dan Hadiah ini

16) Rekod transaksi yang dikekalkan oleh UOBM dan keputusan UOBM mengenai semua perkara berhubung dengan Kempen ini adalah muktamad, tidak boleh dipertikaikan dan mengikat Peserta yang Layak. UOBM tidak bertanggungjawab untuk memberi apa-apa sebab atau melakukan sebarang surat-menyurat dengan Peserta yang Layak/ mana-mana individu mengenai apa-apa perkara berhubung dengan Kempen ini. Sebarang rayuan atau surat-menyurat daripada mana-mana Peserta yang layak tidak akan dilayan.

17) Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, UOBM tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kegagalan atau kelewatan dalam penghantaran transaksi PIB yang dilakukan melalui PIB atau yang dicatatkan dalam sistem UOBM, yang mungkin menyebabkan Peserta yang Layak dikeluarkan daripada proses pemilihan semasa Tempoh Kempen.

18) Dengan menyertai Kempen ini, Pemenang bersetuju untuk membenarkan UOBM untuk mendedahkan atau menerbitkan nama dan nombor IC Pemenang (dalam bentuk terlindung) dalam mana-mana media masa, bahan pemasaran atau pengiklanan untuk tujuan Kempen.

19) Sekiranya terdapat sebarang percanggahan antara terma dan syarat ini dengan sebarang pengiklanan, promosi, publisiti dan bahan lain yang berhubung dengan atau berkaitan dengan Kempen, terma dan syarat ini akan dikekalkan.

20) UOBM berhak untuk menarik balik, menggantung, melanjutkan atau menamatkan Kempen ini sebelum tamat Tempoh Kempen secara keseluruhan atau sebahagian, pada bila-bila masa dengan memberi notis terlebih dahulu, mengikut budi bicara mutlaknya.

21) UOBM berhak untuk menambah, mengeluarkan, menggantung atau mengubah terma dan syarat Kempen dari masa ke semasa, secara keseluruhan atau sebahagian, pada budi bicara mutlaknya, dengan memberikan notis dua puluh satu (21) hari terlebih dahulu kepada semua peserta melalui paparan di laman web UOBM di www.uob.com.my, memaparkan notis di mana-mana cawangan UOBM dan/atau memasukkan penyataan ke dalam Penyata Akaun atau dalam apa-apa cara lain yang sebagaimana yang ditentukan oleh UOBM dari semasa ke semasa.

(4)

22) Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, UOBM tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kerugian atau ganti rugi yang timbul daripada pemindaan kepada terma dan syarat, penamatan atau pembatalan Kempen. 23) Terma dan Syarat ini akan ditadbir oleh dan ditafsirkan mengikut undang-undang

Malaysia dan Peserta yang Layak bersetuju untuk menyerah kepada bidang kuasa tidak eksklusif mahkamah Malaysia.

(5)

Table 1: Peserta Pihak Berkuasa Tempatan dan/atau Majlis Bandaraya No Pihak Berkuasa Tempatan / Majlis Bandaraya

1 DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR 2 DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA 3 LEMBAGA BANDARAN KUDAT

4 LEMBAGA KEMAJUAN JOHORTENGGARA 5 MAJ PERBANDARAN HANG TUAH JAYA 6 MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR 7 MAJLIS BANDARAYA IPOH

8 MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU 9 MAJLIS BANDARAYA K. TERENGGANU 10 MAJLIS BANDARAYA KUCHING SELATAN 11 MAJLIS BANDARAYA MIRI

12 MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA 13 MAJLIS BANDARAYA PULAU PINANG 14 MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM 15 MAJLIS DAERAH BALING

16 MAJLIS DAERAH BANDAR BAHARU 17 MAJLIS DAERAH BATU GAJAH 18 MAJLIS DAERAH BEAUFORT 19 MAJLIS DAERAH BELURAN 20 MAJLIS DAERAH BERA 21 MAJLIS DAERAH GERIK

22 MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR 23 MAJLIS DAERAH JERANTUT 24 MAJLIS DAERAH KENINGAU 25 MAJLIS DAERAH KERIAN

26 MAJLIS DAERAH KINABATANGAN 27 MAJLIS DAERAH KOTA BELUD 28 MAJLIS DAERAH KOTA MARUDU 29 MAJLIS DAERAH KUALA KRAI 30 MAJLIS DAERAH KUALA LANGAT 31 MAJLIS DAERAH KUALA PENYU 32 MAJLIS DAERAH KUBANG PASU 33 MAJLIS DAERAH KUNAK 34 MAJLIS DAERAH LENGGONG 35 MAJLIS DAERAH MERSING 36 MAJLIS DAERAH NABAWAN 37 MAJLIS DAERAH PAPAR 38 MAJLIS DAERAH PEKAN 39 MAJLIS DAERAH PENAMPANG

(6)

40 MAJLIS DAERAH PERAK TENGAH 41 MAJLIS DAERAH PUTATAN 42 MAJLIS DAERAH RANAU 43 MAJLIS DAERAH RAUB 44 MAJLIS DAERAH SEMPORNA 45 MAJLIS DAERAH SERIAN 46 MAJLIS DAERAH SIK 47 MAJLIS DAERAH SIPITANG 48 MAJLIS DAERAH TANGKAK

49 MAJLIS DAERAH TANJONG MALIM 50 MAJLIS DAERAH TENOM

51 MAJLIS DAERAH TUARAN

52 MAJLIS PER. JOHOR BAHRU TENGAH 53 MAJLIS PERBAND. SEBERANG PERAI 54 MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA 55 MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT 56 MAJLIS PERBANDARAN BENTONG 57 MAJLIS PERBANDARAN JASIN 58 MAJLIS PERBANDARAN KAJANG 59 MAJLIS PERBANDARAN KANGAR 60 MAJLIS PERBANDARAN KEMAMAN 61 MAJLIS PERBANDARAN KLANG 62 MAJLIS PERBANDARAN KLUANG 63 MAJLIS PERBANDARAN KOTA BHARU 64 MAJLIS PERBANDARAN KUANTAN 65 MAJLIS PERBANDARAN KULAI 66 MAJLIS PERBANDARAN KULIM 67 MAJLIS PERBANDARAN LANGKAWI 68 MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG 69 MAJLIS PERBANDARAN SANDAKAN 70 MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG 71 MAJLIS PERBANDARAN SEPANG 72 MAJLIS PERBANDARAN SEREMBAN 73 MAJLIS PERBANDARAN SG PETANI 74 MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA 75 MAJLIS PERBANDARAN TAIPING 76 MAJLIS PERBANDARAN TAWAU 77 MAJLIS PERBANDARAN TELUK INTAN 78 MAJLIS PERBANDARAN TEMERLOH 79 MAJLIS PERBNDRN PASIR GUDANG 80 PERBADANAN LABUAN

Gambar

Table 1: Peserta Pihak Berkuasa Tempatan dan/atau Majlis Bandaraya   No  Pihak Berkuasa Tempatan / Majlis Bandaraya

Referensi

Dokumen terkait

Dengan pelayanan setelah penjualan yang memuaskan yang disediakan oleh TokoPDA.com sekarang cukup banyak pelanggan yang terus datang ke toko di lokasi yang berbeda untuk

City Blok 1 Jln Depan Tree Park City Tangerang Investasi Properti Tangerang Tree Park City Pohon Group Perkembangan Kota Tangerang Ownership Program Tree Park City.. Lokasi Tree

Kami sebagai penyelenggara kegiatan Lomba Tari Kreasi tingkat SD / MI se-Jawa Timur juga akan memberikan feedback kepada pihak perusahaan, instansi maupun

Dengan didapatkan peta sebaran varietas tebu yang sesuai dengan agroekologi wilayah dan sifat kemasakan varietas tebu (masak awal, masak tengah dan masak lambat) di

sumber tidak berada dalam posisi aman, dan (e) tiga sambungan yang hams dilepaskan pada posisi sumber yang arnan yaitu antara kabel kendali dan pigtail, antara rumah kabel kendali

Bagi Sumatra bahagian Utara sebagai daerah yang terlibat dalam berbagai bentrokan politik dengan pusat kekuasaan (Jakarta) telah meninggalkan “stigma social” sendiri, dan arena itu

M eteorologi mengenal sistem skala dalam melakukan sebuah analisis. Skala global merupakan skala meteorologi yang paling luas. Skala global dapat mempengaruhi fenomena meteorologi

Bahwa materi yang diuji semula dimuat dalam Pasal 7 huruf q Undang- Undang Nomor 1 Tahun 2015 mengalami perubahan menjadi dimuat dalam Pasal 7 huruf r Undang-Undang Nomor 8 Tahun