• Tidak ada hasil yang ditemukan

International Conference on Global Education V Global Education, Common Wealth, and Cultural Diversity

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "International Conference on Global Education V Global Education, Common Wealth, and Cultural Diversity"

Copied!
16
0
0

Teks penuh

(1)

KESEDIAAN MURID TERHADAP PERLAKSANAAN

KERJA KURSUS BERASASKAN SEKOLAH : EKONOMI TINGKATAN ENAM

Mohd Nazri Mad Din Muhammad Hussin

Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Abstrak

Kertas konsep ini bertujuan menyingkap dan membincangkan isu kesediaan murid terhadap pelaksanaan kerja kursus berasaskan sekolah (KKBS) serta faktor-faktor kesediaan murid bagi mata pelajaran ekonomi tingkatan enam. Pelajar tingkatan enam yang mengambil mata pelajaran ekonomi akan menjadi responden dalam kajian ini. Tiga faktor telah dibincangkan iaitu pengetahuan murid, motivasi intrinsik murid dan sikap murid dan juga faktor guru terhadap pelaksanaan KKBS . Faktor guru dari segi pengetahuan dan kemahiran akan difokuskan. Kertas kajian penyelidik lain dijadikan instrument dalam kertas konsep ini. Hasil kajian mendapati tahap kesediaan guru dalam menerapkan pengetahuan dan kemahiran dalam pelaksanaan KKBS berada pada tahap sederhana.Beberapa cadangan turut diberikan untuk meningkatkan tahap kesediaan murid dan guru dalam pelaksanaan KKBS Mata pelajaran ekonomi tingkatan enam.

Kata kunci: Kesediaan Murid Tingkatan Enam, Kerja Kursus Tingkatan Enam, Faktor

Kesediaan, Kerja Kursus.

PENGENALAN

Sistem pendidikan negara yang berorientasikan peperiksaan, telah membuka mata pelbagai pihak dan lapisan masyarakat untuk menilai kembali sistem pendidikan sedia ada. Pelbagai cadangan telah dikemukakan untuk memperbaiki keadaan tanpa memberikan terlalu banyak tumpuan kepada pencapaian dalam peperiksaan semata-mata. Menurut laporan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015 (2012), sepatutnya peperiksaan awam yang bersifat sumatif tidak memberi impak negatif terhadap murid.

Bagi menambahbaik baik sistem pentaksiran, telah disarankan supaya pentaksiran yang lebih holistik perlu diberi tumpuan yang lebih. Hal ini jelas digambarkan sebelum ini, di mana pentaksiran di dalam bilik darjah kian diberi perhatian (Zhang & Burry-Stock 2003), yang berpendapat pentaksiran di dalam bilik darjah merupakan sebahagian daripada aktiviti penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Ekoran itu, pihak kerajaan telah memperkenalkan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS – Kerja Kursus) sebagai satu transformasi dalam dunia pendidikan di Malaysia

(2)

Pengajaran di peringkat tingkatan enam juga tidak terkecuali daripada mengalami revolusi yang pelbagai sejak sistem persekolahan tingkatan enam di perkenalkan di sekolah-sokolah bantuan penuh kerajaan lebih 50 tahun yang lalu. Hal ini seiring dengan transformasi yang dilaksanakan oleh kerajaan bagi meningkatkan mutu sistem pendidikan di negara ini. Pengajaran Tingkatan Enam yang kini berfokus kepada tiga bahagian kurikulum berdasarkan kelompok tajuk atau berdasarkan kesesuaian bidang kajian disiplin berkenaan untuk mengisi tiga penggal iaitu Penggal 1, Penggal 2 dan Penggal 3 dalam tempoh pengajian selama satu setengah tahun (Majlis Peperiksaan Malaysia 2012). Tempoh penggal 1 bermula pada setiap Mei hingga November, Penggal 2 pula akan bermula pada setiap Januari hingga April manakala Penggal 3 akan bermula pada setiap Mei hingga November tahun berikutnya.

Pengajaran Tingkatan Enam juga menghadapi cabaran baru dalam aspek pentaksiran Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) kerana buat pertama kalinya Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) diperkenalkan dalam hampir semua mata pelajaran ( MPM 2012). Daripada 23 mata pelajaran yang ditawarkan, 19 daripadanya terbahagi kepada dua kaedah pentaksiran iaitu: i) PBS dengan wajaran 20% hingga 40% dan ii) peperiksaan akhir berpusat dengan wajaran 60% hingga 80% (peratusan wajaran berbeza mengikut mata pelajaran). Selain daripada itu, pengajaran tingkatan enam pada masa kini perlu menekankan pelaksanaan PBS di sekolah (MPM 2012). PBS di peringkat tingkatan enam merupakan kerja kursus yang terdiri daripada tiga bentuk iaitu : i) kerja projek, ii) kajian luar dan iii) kerja amali yang diperkenalkan kepada 19 mata pelajaran seperti di lampiran A. Soalan atau tugasan kerja kursus disediakan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dan dilaksanakan sama ada pada setiap penggal atau pada penggal tertentu sahaja mengikut keperluan mata pelajaran. Pemeriksaan PBS dibuat oleh guru mata pelajaran itu sendiri bagi sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan, manakala MPM akan menjalankan penyelarasan di peringkat zon atau pusat. Bagi menjamin kualiti PBS, satu garis panduan PBS disediakan oleh MPM bagi setiap mata pelajaran untuk memberi panduan dan rujukan kepada semua pihak yang terlibat (MPM 2012).

Pengajaran Tingkatan Enam menekankan aspek kemahiran insaniah (soft skills) yang diterapkan dalam kurikulumnya. Antara aspek-aspek tersebut ialah kemahiran berkomunikasi, kerja berpasukan, kepimpinan, pemikiran kritis, penyelesaian masalah, pengurusan maklumat, etika dan sebagainya (MPM, 2012). Hal ini selari dengan

(3)

aspirasi Kementerian Pendidikan Malaysia yang menitik-beratkan pendidikan berasaskan hasil yang lebih berfokus kepada pelajar dan tidak terlalu berorientasikan peperiksaan. Oleh yang demikian, dapat dilihat bahawa pengajaran Tingkatan Enam memerlukan satu anjakan paradigma yang mampu menambah baik sistem persekolahan pelajar-pelajar tingkatan enam di Malaysia

Latar Belakang Kajian

Menurut Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia (2012), penggubalan semula Sukatan Pelajaran Ekonomi ini mengambil kira perubahan yang hendak dilakukan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia(MPM) terhadap sistem peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang sedia ada. Melalui sistem peperiksaan yang baharu, pengajian di tingkatan enam akan dibahagikan kepada tiga penggal dan calon akan menduduki peperiksaan pada setiap akhir penggal. Tujuan utama MPM memperkenalkan sistem peperiksaan yang baharu ini adalah untuk memperbaiki orientasi pengajaran dan pembelajaran di tingkatan enam supaya tidak jauh berbeza dengan orientasi pengajaran dan pembelajaran di kolej dan universiti. Pernyataan ini turut dikukuhkan dengan transformasi pentaksiran merupakan salah satu fokus dalam Pelan Strategik Interim 2011-2020 yang mana sistem peperiksaan sedia ada akan dikembangkan konsepnya kepada pentaksiran yang bersifat holistik, seimbang, fleksibel, adil dan merujuk kepada standard yang telah ditetapkan (Farinfton & Small 2008) dalam (Marziah Mohamad dan Jamil Ahmad 2014).

Selain itu juga sistem pentaksiran baharu ini, yang mewajibkan pelajar menjalankan kajian luar dan pentaksirannya dibuat melalui penghasilan kerja projek, turut memberi penekanan dalam aspek meningkatkan kemahiran menulis, mencari dan menganalisis maklumat, menyelesaikan masalah, dan berkomunikasi secara berkesan dalam kalangan pelajar tingkatan enam. Sehubungan dengan itu, diharapkan dapat menghasilkan pelajar prauniversiti yang berfikiran matang, berpengetahuan luas, dan berupaya untuk menyampaikan idea secara berkesan dengan menggunakan pelbagai bentuk komunikasi. Aspek ini difikirkan penting kerana, murid bukan sahaja belajar untuk menguasai ilmu tertentu tetapi juga akan dapat menerapkan kemahiran insaniah ke dalam diri mereka melalui pengalaman yang ditempuhi semasa menyiapkan kajian tersebut. Pengalaman ini akan membantu calon dalam melaksanakan kajian luar pada peringkat yang lebih tinggi pada masa hadapan. (MPM, 2012)

(4)

Menurut Kamarudin (1990) dalam (Mokhtar Pet dan Ahmad Johari Sibes), kaedah projek merupakan satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang bertujuan menggalakkan pelajar berminat mempelajari sesuatu perkara melalui pengalaman yang konkrit. Hal ini bermaksud pelajar boleh menjalankan kajian selidik di lapangan untuk menguatkan pengetahuan konsep dan prinsip yang dipelajari di dalam kelas. Pernyataan ini dipersetujui oleh (Abdullah Sukor Shaari, 2011) bahawa melalui keadah sebegini pelajar memainkan peranan yang aktif di dalam kelas termasuklah kaedah pembentangan dan projek, pembelajaran berasaskan masalah, pendekatan modular dan kajian kes. Maka di peringkat pengajian prauniversiti (Tingkatan Enam), kaedah projek kerja kursus yang merupakan sebahagian penilaian dalam pentaksiran STPM Baharu merupakan satu kaedah pengajaran yang amat sesuai digunakan dalam menyampaikan pengetahuan supaya pelajar boleh menjalankan pentaksiran kerja kursus berasaskan sekolah dengan cemerlang.

Mengikut MPM (2012), sistem pentaksiran baharu STPM terbahagi kepada dua bentuk iaitu berdasarkan kepada peperiksaan akhir dan penilaian kerja kursus berasaskan sekolah (KKBS). Peperiksaan akhir dijalankan sebanyak tiga penggal yang dikendalikan sepenuhnya oleh MPM dan penilaian kerja kursus berasaskan sekolah yang dikendalikan oleh guru mata pelajaran setiap sekolah dimasukkan nilai wajaran dalam penentuan pencapaian prestasi pelajar dalam peperiksaan. PBS di peringkat tingkatan enam yang diperkenalkan pada tahun 2012 (MPM 2012) dilaksanakan buat pertama kalinya pada tahun 2013.

ISU PERMASALAHAN

Pelaksanaan kerja kursus dalam mata pelajaran Ekonomi Tingkatan Enam bertujuan memenuhi matlamat pendidikan ekonomi yang menyepadukan unsur kemahiran kognitif, kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah .Ia turut memberi pengalaman secara langsung kepada murid untuk mengkaji ekonomi Malaysia. Melalui kajian ini, kemahiran ekonomi seperti mencari, mengumpul, mengelas, menganalisis, mentafsir, mensintesis, merumus, dan merekod fakta ekonomi dapat ditaksir. (Manual Kerja Kursus Ekonomi STPM Penggal 3, 2016).

Wajaran bagi komponen kerja kursus ini adalah sebanyak 20% daripada markah keseluruhan kertas Ekonomi di peringkat STPM. Markah pentaksiran kerja kursus hendaklah dihantar kepada Majlis Peperiksaan Malaysia untuk diambil kira

(5)

bersama-sama dengan markah peperiksaan bagi tujuan penentuan markah keseluruhan dan penggredan. Pentaksiran pencapaian calon dalam kerja kursus ini adalah berdasarkan kepada Panduan Pemarkahan Kerja Kursus Ekonomi . Kegagalan murid melaksanakan kerja kursus ini akan menyebabkan murid berkenaan mendapat gred gagal dalam mata pelajaran ekonomi. (MPM 2012).

Jadual 1.1 Analisis prestasi mata pelajaran Ekonomi Tingkatan Enam Penggal 3 STPM

Tahun Jumlah Calon

Peringkat (%)

Cemerlang Kepujian Lulus Penuh Lulus Sebahagian Gagal A & A- B+ , B , B- C+ & C C-, D+, D F 2013 18,562 17.39 6.91 8.35 18.62 48.73 2014 13,549 18.95 7.70 8.90 19.53 44.88 2015 13,444 19.50 14.46 8.04 20.19 37.79

Sumber : Majlis Peperiksaan Malaysia 2015

Keputusan peperiksaan STPM Penggal 3 yang ditunjukkan di atas menunjukkan arah aliran yang kurang memberangsangkan iaitu calon yang meperoleh keputusan peringkat lulus penuh telah mengalami penurunan iaitu daripada 8.90% pada tahun 2014 kepada 8.04% pada tahun 2015. Semenjak format peperiksaan STPM baharu diperkenalkan bilangan calon yang memperoleh keputusan peringkat cemerlang belum pernah melebihi 20%. Peratusan ini kecil jika dibandingkan dengan jumlah calon yang mengambil mata pelajaran ini. Mengapakah perkara ini berlaku? Adakah mungkin disebabkan oleh pelaksanaan kerja kursus dalam penggal 3 telah menyebabkan murid tidak dapat menumpukan kepada persediaan peperiksaan akhir bagi mata pelajaran Ekonomi Penggal 3? Adakah tahap kesediaan murid dalam melaksanakan kerja kursus mempunyai perkaitan dengan perlaksanaan kerja kursus dan prestasi murid dalam peperiksaan bertulis bagi mata pelajaran Ekonomi penggal 3?

Tahap kesediaan murid dalam melaksanakan kerja kursus terbahagi kepada tiga elemen iaitu sikap, motivasi dan pengetahuan. Sikap murid merupakan aspek penting

(6)

yang perlu diberi perhatian dalam pengajaran guru. Hal ini disebabkan selain pelaksanaan kaedah pengajaran yang berkesan, guru perlu mengkaji dan mengetahui sikap murid agar segala persediaan dan pelaksanaan pengajaran dapat disesuaikan dengan kemampuan murid dalam melaksanakan kerja kursus. Sehubungan dengan itu Nor’ain (1999) mengaitkan tingkah laku sebagai sikap. Beliau juga menyatakan masalah tingkah laku berkait rapat dengan keperibadian dengan seseorang individu itu. Bagi Hisham, Ishak dan Muhammad (2006) menyatakan individu yang bersikap kurang yakin pada diri sendiri berkemungkinan akan menghadapi masalah dalam pembelajaran

Motivasi dapat membangkitkan dan mengarahkan murid untuk mempelajari sesuatu yang baharu. Tingkah laku murid dalam pembelajaran sangat bergantung kepada motivasi. Motivasi tinggi dapat dilihat melalui sikap ketekunan, tidak mudah putus asa walaupun berhadapan dengan pelbagai halangan. Motivasi terbahagi kepada dua jenis iaitu i) motivasi intrinsik dan ii) motivasi ekstrinsik (Coon 2000). Terdapat beberapa kajian menyatakan motivasi intrinsik boleh mempengaruhi pembelajaran murid. Motivasi intrinsik diukur berdasarkan dua aspek iaitu minat dan persepsi pilihan. Maka, aspek motivasi pembelajaran yang rendah dalam kalangan murid-murid menyebabkan tahap pencapaian akademik seseorang murid itu turut rendah ( Nurul Ain Hamsari & Azizi Yahaya 2012)

Selain daripada itu, tahap pengetahuan dan kefahaman murid memberi impak kepada pelaksanaan kerja kursus. Tahap pengetahuan yang sederhana dalam melaksanakan kerja kursus akan memberi impak yang negatif terhadap sikap murid di mana murid akan kurang fokus sewaktu di dalam kelas dan suka menangguh-nangguhkan kerja (Noraini & Zamri 2016). Murid yang kurang pengetahuan dalam kaedah melaksanakan kerja kursus juga tidak berminat untuk terlibat secara aktif di dalam kelas dan murid tidak dapat menumpukan perhatian yang baik maka situasi ini akan mendatangkan masalah kepada guru ( Mooney & Price dalam Abd Wahid Mukhari & Yuszaida 2012) kerana murid tidak dapat melaksanakan tugasan yang diberi dengan sebaiknya.

Selain itu tahap Kemahiran belajar turut boleh mempengaruhi pengetahuan murid .Dengan adanya kemahiran belajar akan membolehkan seseorang murid mencari, menilai, memilih, menyusun, menyimpan dan menyampaikan ilmu pengetahuan dan menyimpan maklumat dan menjadikan pembelajaran murid ke arah yang lebih bersedia (Selmen 1987). Persoalannya dalam kajian ini, adakah para pelajar prauniversiti

(7)

(Tingkatan Enam) telah benar-benar mengetahui dan memahami konsep KKBS dan bersedia untuk melaksanakan KKBS?

Keberkesanan pelaksanaan kerja kursus murid juga turut dipengaruhi oleh faktor pengetahuan dan kemahiran guru semasa melaksanakan PdP. Tahap pengetahuan dan kefahaman guru yang rendah terhadap pelaksanaan kerja kursus akan memberi kesan kepada pemahaman murid (Noraini & Zamri 2016) dan ini menyebabkan murid tidak dapat melaksanakan kerja kursus dengan baik. Guru yang berpengetahuan tinggi, mahir dan cekap akan dapat menjalankan tugas sebagai seorang guru dengan baik (Magisos 1989). Manakala guru yang kurang kemahiran dan mempunyai pengetahuan yang terhad akan mempengaruhi kefahaman mereka terhadap aspek pembelajaran murid yang akan menyebabkan kefahaman murid dalam pelaksanaan kerja kursus terjejas (Kaucak & Enggan 1989). Apabila pengetahuan dan kemahiran guru rendah, ia akan menyebabkan komunikasi antara guru dan murid tidak berkesan dalam menyampaikan elemen pengetahuan dan kemahiran kerja kursus yang hendak diterapkan. Hal ini adalah kerana kebolehan berkomunikasi sangat penting dalam suasana keilmuan supaya perkongsian pengalaman antara murid dan guru dapat dimanfaatkan (Shatar, Jasni & Azali, dalam Abd Wahid dan Yuszaida 2012)

Oleh yang demikian, kajian ini perlu dilaksanakan untuk meninjau kesediaan pelajar tingkatan enam di sekolah-sekolah menengah dalam daerah Muar terhadap pelaksanaan KKBS Ekonomi. Kajian akan meninjau sikap, motivasi intrinsik dan tahap pengetahuan murid berkaitan konsep dan pelaksanaan KKBS, dan meninjau tahap pengetahuan dan kemahiran guru semasa membimbing dan mentaksir KKBS

KEPENTINGAN KAJIAN

Cadangan kajian ini adalah bertujuan untuk melihat hubungan sikap, motivasi intrinsik dan tahap pengetahuan murid berkaitan konsep dan pelaksanaan KKBS, dan tahap pengetahuan dan kemahiran guru semasa membimbing dan mentaksir KKBS dan murid terhadap kesediaan dalam melaksanakan KKBS. Hal ini kerana tidak terdapat kajian mengenai KKBS di peringkat tingkatan enam dalam mata pelajaran ekonomi. Di samping itu, berdasarkan kajian lepas didapati guru merupakan salah satu faktor penting dalam menjadikan suatu proses pengajaran dan pembelajaran itu berkesan. Guru yang mengajar baik dapat mengubah persepsi murid terhadap sesuatu mata pelajaran.

(8)

Melalui kajian ini nanti mungkin ia dapat mengubah persepsi murid, guru ekonomi dalam memainkan peranan bagi membentuk minat murid serta lebih menumpukan perhatian terhadap PdP serta akan sentiasa bersikap proaktif dan mengambil inisiatif untuk berusaha meningkatkan kemahiran dan menghasilkan teknik pengajaran berkesan yang mampu menarik minat murid dan pada masa yang sama turut memenuhi keperluan sukatan pelajaran dan seterusnya dapat memberi kesediaan yang baik kepada pelajar dalam melaksanakan KKBS.

FAKTOR KESEDIAAN

Kesediaan

Menurut Kamus Psikologi, kesediaan atau kesiapan (readiness) membawa maksud suatu titik kematangan untuk menerima dan mempraktikkan tingkah laku tertentu. Menurut Slameto (2010:113), kesediaan adalah keseluruhan keadaan seseorang yang membuatnya siap sedia untuk memberi respon atau jawapan dalam cara tertentu terhadap sesuatu situasi. Menurut Jemies Drever (dalam Slameto, 2010:59) Readiness adalah preparedness to respond or react iaitu kesediaan untuk memberi respon manakala menurut Thondike (dalam Slamet, 2010:114) kesiapan adalah pra syarat untuk belajar ke tahap berikutnya.

Menurut Dalyono (2005:52), kesiapan adalah kemampuan yang cukup baik fizikal, mental dan kelengkapan belajar. Kesiapan fizikal adalah seperti tenaga yang cukup dan kesihatan yang baik, sementara kesediaan mental bermaksud memiliki minat dan motivasi yang cukup untuk melakukan sesuatu kegiatan.

Daripada beberapa pendapat di atas, dapat disimpulkan bahawa kesediaan ialah seseorang individu yang perlu bersedia dari pelbagai segi seperti mental, emosi, jasmani dan intelek apabila ingin melakukan sesuatu agar segala yang dirancang dan diinginkan akan berjaya dilaksanakan dengan baik dan mendapat keputusan yang diharapkan

Oleh itu dalam proposal kajian ini, pelajar yang difokuskan adalah murid tingkatan enam iaitu individu yang mengikuti salah satu laluan pendidikan murid lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

(9)

Motivasi Intrinsik

Motivasi intrinsik adalah tingkah laku yang melibatkan perasaan suka dan kepuasan yang terhasil daripada penglibatan individu dalam sesuatu aktiviti (Deci & Ryan 1985, 2000). Menurut Keirns (1999) pula, motivasi intrinsik ialah motivasi yang datang dari dalam diri pelajar atau kehendak mereka untuk belajar. Dalam kajian ini motivasi intrinsik ialah seperti yang diukur oleh Inventori Motivasi Intrinsik yang dibina oleh Deci dan Ryan (1985). Motivasi intrinsik diukur berdasarkan tiga aspek iaitu minat dan persepsi pilihan. Kajian ini menumpukan kepada motivasi intrinsik yang bertujuan untuk menggerakkan sesuatu dan keinginan murid terhadap pelaksanaan KKBS.

Sikap

Sikap merupakan sesuatu yang dimiliki atau batiniah yang ada pada diri seseorang dan kewujudan sesuatu sifat itu dapat diketahui dan dilihat dan ditafsir oleh orang lain seperti baik hati, tekun, pemarah dan sebagainya. Sehubungan dengan itu Nor’ain (1999) mengaitkan tingkah laku sebagai sikap. Beliau juga menyatakan masalah tingkah laku berkait rapat dengan keperibadian dengan seseorang individu itu. Bagi Hisham, Ishak dan Muhammad (2006) menyatakan individu yang bersikap kurang yakin pada diri sendiri berkemungkinan akan menghadapi masalah dalam pembelajaran.

Pengetahuan Murid

Pengetahuan adalah sesuatu perkara yang diperoleh melalui pancaindera yang dimiliki seseorang manusia (murid) yang dipengaruhi oleh pemerhatian yang tinggi terhadap sesuatu objek atau perkara. Secara amnya pancaindera yang dimaksudkan ialah melalui pendengaran (telinga), pemerhatian (mata) (Notoatmodjo 2005). Selain itu pengetahuan turut dipengaruhi oleh pendidikan formal yang diikuti oleh murid. Hal ini kerana pengetahuan sangat erat hubungannya dengan pendidikan. Oleh itu dapat dirumuskan bahawa pengetahuan murid yang tinggi akan mempengaruhi sikap positif terhadap sesuatu objek tertentu (Dewi & Wawan 2010)

Pengetahuan dan kemahiran guru

Pengetahuan yang baik dan lengkap yang diperlukan oleh guru sangat penting kerana ia akan memudahkan guru untuk menyampaikan ilmunya dengan mudah dan akan memudahkan murid untuk memahaminya (McDiarmid et al. 2004). Selain itu seseorang guru yang berkesan akan dapat menyampaikan kandungan ilmu

(10)

pengetahuannya dalam mata pelajaran ekonomi penggal 3 kepada pedagogi semasa mengajar dan dapat membuat keputusan dan tindakan sesuai dengan keperluan kurikulum mata pelajaran yang diajarnya. Howard (1987), Greeno (1997) dan Leinhardt (2003), seseorang guru seharusnya mempunyai struktur pengetahuan kandungan yang berkembang dengan baik untuk membolehkan beliau mengajar dengan fleksibiliti dan maksimum menerusi usaha yang minimum. Kajian yang perlu dilaksanakan ini, akan merujuk pegetahuan kepada ilmu pentaksiran dan penilaian yang perlu dimiliki oleh guru ekonomi tingkatan enam dalam membimbing murid terhadap pelaksanaan kerja kursus.

Kemahiran guru adalah asas untuk membentuk pengetahuan pedagogi yang baik dan berkesan dalam pengajaran seseorang guru. Seorang guru yang mahir perlu menguasai aspek-aspek penting dalam pedogogi dengan betul, cepat, tepat dan berkesan.(Grimmett dan Mackinnon 1992). Kajian yang akan dilaksanakan ini akan merujuk pegetahuan kepada ilmu pentaksiran dan penilaian yang perlu dimiliki oleh guru ekonomi tingkatan enam dalam membimbing murid terhadap pelaksanaan kerja kursus

KAJIAN LITERATUR Pentaksiran

Pentaksiran dalam bahasa inggeris ialah assessment yang berasal daripada perkataan Greek, “assidere” bermaksud ada di sisi. Menurut Payne (2002), pentaksiran merujuk sebagai integrasi proses mengumpul maklumat atau memberi nilai kepada maklumat dan membuat keputusan berdasarkan maklumat tentang pembelajaran pelajarnya. Pentaksiran sekolah ialah proses mengumpul maklumat yang autentik dan boleh diharap oleh guru secara formatif dan sumatif. Pentaksiran secara formatif adalah bertujuan untuk memperbaiki pembelajaran (assessment for learning), manakala pentaksiran secara sumatif adalah untuk menilai tentang sejauh mana murid telah menguasai apa yang dipelajari (assessment of learning) (Yahya,2003). Dalam pentaksiran tingkatan enam pelajar dikehendaki menghasilkan kerja kursus yang ditafsir oleh guru mata pelajaran di sekolah secara formatif dan berterusan dalam aspek yang berkaitan dengan kemahiran kognitif, manipulatif, dan insaniah (soft skills) semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.(MPM, 2015)

(11)

Pentaksiran merupakan suatu strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, tetapi bukan sebagai tugas tambahan yang perlu dipikul oleh mana-mana pihak. Melalui pentaksiran ini, guru boleh mengetahui kaedah seperti pencerapan, perbincangan dalam kelas atau kerja bertulis sama ada tugasan di kelas atau kerja rumah. Hal ini guru dapat mengetahui tahap-tahap prestasi setiap pelajarnya (Hanna et.al, 2004).

Mengajar tanpa melakukan penilaian dan pentaksiran adalah langkah yang kurang bijak. (Nursyhadah Maskan, 2013). Meurut Linn et. Al, (1981), pentaksiran akan dapat menentukan sejauhmana pengajaran dan pembelajaran mencapai objektifnya. Wheeker, 1967 dalam Nursyuhadah Maskan, 2013) menyatakan aktiviti pentaksiran tidak semestinya dilakukan pada peringkat akhir, tetapi boleh juga dilaksanakan pada setiap peringkat dan dalam proses yang berterusan.

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Kerja Kursus (Kerja Projek)

Kerja Kursus Berasaskan Sekolah (KKBS) merupakan salah satu komponen pentaksiran dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) bagi tingkatan enam mulai sesi persekolahan STPM 2013. Melalui pengenalan KKBS dalam sistem persekolahan tingkatan enam, pelajar dikehendaki menghasilkan kerja kursus yang ditafsir oleh guru mata pelajaran di sekolah secara formatif dan berterusan dalam aspek yang berkaitan dengan kemahiran kognitif, manipulatif, dan insaniah (soft skills) semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Oleh itu segala prosedur yang telah ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) perlu dipatuhi daripada ianya dirancang, ditadbir, dihasil, diskor, dan sehinggalah ianya dilaporkan (Ketua Eksekutif MPM 2015).

Pentaksiran ini dikendalikan oleh guru dengan menggunakan panduan yang diselaraskan di seluruh negara yang dikeluarkan oleh MPM.(MPM 2015). Walau bagaimanapun dari segi perancangan pelaksanaannya, pentadbiran, pemarkahan dan penggredan serta pelaporan dibuat oleh guru mata pelajaran sendiri. Hasil pentaksiran guru melalui PBS dihantar ke MPM untuk dilaporkan bersama pentaksiran berpusat. Penilaian dan pemarkahan (skor) dilakukan ke atas bukti yang dihasilkan oleh pelajar dan sekiranya hasil kerja kursusnya menunjukkan pelajar tersebut telah menguasai tahap tertinggi yang boleh dicapainya, maka proses pentaksiran telah selesai dan pencapaian digredkan, disimpan serta dilaporkan di peringkat pusat (MPM) manakala jika seseorang pelajar belum mencapai tahap tertinggi dan masih boleh ditingkatkan, maka

(12)

guru mata pelajaran tersebut akan terus membimbing dan memantau, seterusnya ditaksir semula hingga mencapai tahap tertinggi bagi hasil kerja kursus tersebut (Md Nazri Rahim 2015). Hal ini kerana menurut Duncan & Dunn (2001), PBS adalah satu proses pengumpulan maklumat oleh guru tentang pelajarnya, oleh guru tentang pengajarannya dan oleh pelajar sendiri tentang kemajuannya.

Dalam kajian lepas mengenai Pentaksiran Bersaskan Sekolah (PBS) telah menunjukkan beberapa faktor yang mempengaruhi kesediaan pelajar. Hal ini termasuklah sikap pelajar, motivasi pelajar dan pengetahuan pelajar. Selain itu faktor kesediaan murid ini juga turut dipengaruhi oleh faktor guru itu sendiri iaitu dari aspek pengetahuan dan kemahiran.

CADANGAN DAN IMPLIKASI

Sikap, motivasi dan pengetahuan

Tahap pengetahuan dan kefahaman murid terhadap PBS adalah tinggi dalam kajian yang dilakukan oleh Shamsiah et.al (2010). Tahap pengetahuan dan kefahaman murid yang tinggi terhadap modul Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) secara langsung meningkatkan peratus dari segi kelulusan Pemilaian Menengah Rendah (PMR) melalui markah kerja kursus sebanyak 40 peratus yang dimasukkan dalam penilaian keseluruhan mata pelajaran KHB. Persoalannya dalam kajian ini, adakah murid-murid di sekolah menengah peringkat tingakatan enam telah benar-benar mengetahui dan memahami konsep PBS (KKBS) dan bersedia untuk melaksanakan KKBS?

Sememangnya dalam pembelajaran seseorang murid tingkah laku dan motivasi adalah saling mempengaruhi. Hal ini kerana motivasi dapat menggerakkan dan menggalakkan seseorang murid untuk mendalami sesuatu ilmu yang baharu. Motivasi yang tinggi dapat dilihat melalui sikap ketekunan, tidak mudah putus asa walaupun berhadapan dengan pelbagai halangan. Kajian ini menumpukan kepada motivasi intrinsik yang bertujuan untuk menggerakkan sesuatu dan keinginan murid terhadap pelaksanaan KKBS.

Dapatan dari kajian lepas menunjukkan bahawa PBS boleh kekal dan terus dilaksanakan di sekolah-sekolah dengan beberapa penambahbaikan yang perlu dilaksanakan dengan segera. Antaranya ialah kesediaan murid terhadap PBS adalah sangat penting di mana kerana ia akan menjadikan pelajar lebih berkeyakinan yang tinggi terhadap PBS iaitu dari segi pengetahuan, kefahaman dan motivasi intrinsik.

(13)

Selain itu, murid perlu mengetahui apa dan bagaimana sesuatu perkara itu hendak dipelajari dan seterusnya melaksanakan tugasan yang diberikan supaya guru boleh mengetahui kemahiran murid dan boleh ditaksir. Dengan melaksanakan PBS, seseorang murid itu dinilai berdasarkan hasil tugasan yang lebih jelas dan berterusan. Murid yang berjaya melalui pentaksiran seharusnya akan mencapai kejayaan dalam mendapatkan ilmu, kemahiran dan amalan nilai murni serta sikap yang mulia dalam dirinya.

Kesediaan Murid turut dipengaruhi oleh faktor guru

Aspek guru juga memainkan peranan penting dalam mempengaruhi kesediaan murid terhadap pelaksanaan pentaksiran KKBS. Guru adalah orang yang terlibat secara langsung dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran di medan yang sebenar. Kejayaan dan keberkesanan pendidikan adalah berhubung rapat dengan kesedaran guru-guru terhadap tanggungjawab, kelengkapan ilmu, keluhuran budi dan pemudah cara. Faktor guru memberikan kekuatan kepada pelaksanaan KKBS dan ini tidak dapat lari dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah. Hubungan dua hala antara guru dan murid bagi memastikan matlamat pembelajaran tercapai perlu diwujudkan. Apabila ini dapat diwujudkan maka murid seronok dan bersedia untuk membuat PBS dan guru-guru bersungguh-sungguh serta bersedia membimbing murid agar murid boleh memahami apa tugasan yang perlu dilakukan dan apa serta bagaimana ianya akan dinilai.

Cadangkan lain ialah dalam pelaksanaan PBS yang berkesan guru-guru perlu kerap diberi latihan dengan mengikuti bengkel-bengkel berkaitan pelaksanaan dan penilaian pentaksiran PBS agar ia dapat meningkatkan kompetensi guru sebagai pelaksana PBS yang berkesan dan berkualiti. Di peringkat sekolah guru-guru mengakui bahawa PBS menjadikan mereka lebih bersifat mengambil berat tentang pemahaman dan penguasaan murid yang menggambarkan prestasi murid dalam pembelajaran yang telah dilaksanakan. Oleh itu, guru-guru juga perlu bersedia dalam melalui pelbagai pembaharuan untuk melaksanakan pentaksiran baharu ini. Hal ini disebabkan transformasi pentaksiran ini memerlukan juga kesediaan guru dari segi pengetahuan tentang pentaksiran.

PBS menyediakan guru dengan peluang untuk mengambil bahagian dalam proses penilaian yang membawa kepada gred akhir yang diperoleh pelajar. Guru perlu

(14)

mempunyai fahaman yang jelas berkaitan komponen PBS kerja kursus. Hal ini dapat membantu guru memberikan kefahaman kepada pelajar semasa membimbing pelajar dalam melaksanakan kerja kursus dengan lebih berkesan. Dalam pelaksanaan kerja kursus, guru-guru boleh memperbaiki pengetahuan dalam pentaksiran dan amalan pentaksiran. Faktor guru ini akan membantu memberi sokongan dan boleh menentukan kepada kejayaaan untuk melakukan inovasi pendidikan.

Selain itu, dalam melaksanakan PBS kerja kursus, guru perlu mempunya sikap dan minat yang positif dan pelaksanaan pentaksiran PBS kerja kursus memerlukan perubahan yang bersungguh-sungguh terhadap persepsi guru khasnya peranan mereka terhadap pelajar dalam melaksanakan PBS.

Rumusan

Rumusan yang boleh dibuat ialah melihat tahap kesediaan pelajar dari aspek sikap, pengetahuan dan motivasi serta faktor kesediaan guru terhadap pelaksanaan PBS kerja kursus. Daripada kajian-kajian yang pernah dilakukan sebelum ini, secara keseluruhannya dapatlah disimpulkan bahawa hubungan faktor sikap, pengetahuan dan motivasi sememangnya terdapat hubungan yang mempengaruhi dalam pelaksanaan PBS kerja kursus. Namun cadangan pada kajian seterusnya adalah untuk membuktikan adakah sememangnya faktor-faktor yang dinyatakan dan faktor kesediaan guru turut mempengaruhi kesediaan pelajar.

RUJUKAN

Abdullah Sukor Shaari. (2011). Pedagogi dari sekolah ke institusi pendidikan tinggi. Penerbit Universiti Utara Malaysia Sintok.

Azwani Ismail. (2012). Kesan model STAD terhadap nilai patriotism, sikap dan kemahiran berkomunikasi pelajar dalam mata pelajaran sejarah, Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia

Coon. D. (2000). Introduction to psychology: gateway to mind and behavior (10th ed.). San Francisco: McGraw Hill

Deci, E. L., & Ryan, R. M. (1985) @ (2000). Intrinsic motivation and self-determination in human behavior. New York: Plenum.@ (2000) Academy Press

Duncan, A & Dunn, W. (1991). What primary teachers should know about assessment. London: Hodder & Stoughton. Harlen, W. (2000). New York: Macmillan Hamimah Abu Naim (2014) Cabaran Pentaksiran Berasaskansekolah: Dilema Guru:

Prosiding Seminar Antarabangsa Kelestarian Insan 2014 (INSAN2014) Batu Pahat, Johor, 9 – 10 April 2014

(15)

Hamzah, M.O. & Sinnasamy, P. (2009). Between the ideal and reality: teachers‟ perception of the implementation of school-based oral English assessment. The English Teacher, 38 (13 – 29).

Kauchak dan Enggan (1989), “ Learning And Teaching. “ Massachussest : Allyn and Bacon.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

(PPPM) 2013 2025. Diperoleh Oktober 18, 2013

Execsummary-BM.Pdf.

Laporan Keputusan Peperiksaan Penggal 3 STPM 2014

http://portal.mpm.edu.my/documents/10156/125418ef-2e63-4a0f-ac57-48f4fa853625

Laporan Keputusan Peperiksaan Penggal 3 STPM 2013

http://portal.mpm.edu.my/documents/10156/65979e6e-583c-44d6-846e-162f6381d24b

Magisos, J.H. (1989), “ Vokcational Teacher Education Principles, Practise, Problem and Promissing Direction. “ London : The Plamer Press.

(MPM) Majlis Peperiksaan Malaysia (2012) Panduan PBS Tingkatan Enam. Nitko A.J. 2001. Educational assessment of students (3 rd. ed.) University of Arizona, Merrill Prentice Hall, New Jersey

Marziah Mohamad dan Jamil Ahmad (2012). Kesediaan pensyarah mentransformasi pentaksiran program prauniversiti: satu analisis faktor. Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan IPTA 2012.

Mazlini Adnan, Norfazelawati Abd Kadir.(2014).Amalan pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) dalam kalangan guru matematik sekolah menengah. Jurnal Pendidikan Sains & Matematik Malaysia. Vol.4 No.1 Jun 2014/ISSN.2232-0393

Md Nazri Rahim. (2015). Kesediaan dan amalan guru Ekonomi Tingkatan Enam dalam melaksanakan pentaksiran kerja kursus berasaskan sekolah. Tesis Sarjana. Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mokhtar Pet, Ahmad Johari Sibes.(2013). Pemikiran Guru Cemerlang Mata Pelajaran Tingkatan Enam dalam Pengajaran. 2nd International Seminar on Quality and Affordable Education (ISQAE 2013).Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.

Mohd Isha Awang (2011). Pelaksanaan pentaksiranberasaskan sekolah : Pengetahuan dan amalan guru di sekolah menengah agama milik kerajaan negeri. Prosiding Seminar Majlis Dekan-Dekan Pendidikan IPTA 2011

Noraini Bidin dan Zambri Mahamod (2016). Kesediaan Murid Sekolah Menengah Terhadap Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah Dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu – JPBM (Malay Language Education Journal – MyLEJ) ISSN: 2180-4842. Vol. 6, Bil. 1 (Mei 2016): 64-76 .Fakulti Pendidikan, UKM

Norani Mohd Noor & Saifulazri Sahip (2010). Pelaksanaan Pentaksiran Kerja Kursus Berasaskan Sekolah Bagi Matapelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah

(16)

Menengah Kebangsaan Daerah Johor Bahru, Kawasan Skudai. Diperoleh November 12, 2013 daripada

http://eprints.utm.my/10688/1/Pelaksanaan_Pentaksiran_Kerja_

Nurul Ain Hamsari dan Azizi Yahaya. (2012). Peranan Motivasi Pembelajaran, Gaya Keibubapaan Dan Sikap Dengan Pencapaian Akademik Journal of Educational Psychology & Counseling, Volume 5 March 2012, Pages 30-57 / ISSN: 2231-735X, Fakulti Pendidikan UTM.

Nur Ashiqin, N. (2004). Sikap Pelajar Matrikulasi Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran Matematik Dalam Bahasa Inggeris. Kolej Matrikulasi Melaka. Nurul Hudaa Hassan, Nik Mohd Rahimi (2010). Pengetahuan pedagogi isi kandungan

bagi tajuk Isim Ai-Adad Wa Al-Ma’dud dalam guru bahasa Arab sekololah menengah. Prosiding Seminar Penyelidikan Siswazah 2, hlm. 31-42. Bangi: Penerbitan Fakulti Pendidikan, Universiti kebangsaan Malaysia. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PIPP) 2013-2025. Kementerian Pelajaran

Malaysia.2012

Rosli Alias. 2008. Pelaksanaan pentaksiran kerja kursus Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah menengah daerah Pasir Mas, Kelantan. Latihan Ilmiah. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia

Rosminah Hashim. (2008). Kesediaan pembelajaran terarah kendiri dalam kalangan pelajar yang mengambil mata pelajaran ICT di sekolah menengah. Tesis Doktor Falsafah. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Shaharom Noordin dan Suhaila Samson.(2010). Tahap pengetahuan bakal guru fizik

tentang

PEKAFizik.http//eprints.utm.my/10765/1/tahap/pengetahuan/bakal/guru/fizik/ten tang/pe ka/fizik [12 Julai 2015]

Selmen, I. (1987). Improving Study Skills. London: Hadder and Stoughton

Wawan, A dan Dewi, M. 2010. Teori dan Pengukuran Pengetahuan , Sikap dan Perilaku Manusia. Yogyakarta : Nuha Medika.

Zamri Mahamod, Mohamed Amin Embi & Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff. 2010. Pentaksiran berasaskan sekolah : panduan untuk guru bahasa Melayu. Bangi: Penerbitan Awal Hijrah

Zamri Mahamod, Ruslin Amir & Mohamed Amin Embi. 2015. Kepelbagaian pelajar dan perbezaan pengajaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Zhang, Z. & Burry-Stock Judith, A. (2003).Classroom Assessment Practices and

Teachers’ Self- Perceived Assessment Skills. Diperoleh November 20.

2013 daripada

Referensi

Dokumen terkait

Diantaranya dari rancangan tahap compress file zip untuk prototyping sistem operasi sama halnya dengan compress file system , lau tahap persiapan dan memasuki

memberi pelayanan kesehatan yang aman, bermutu, antidiskriminasi, dan efektif dengan mengutamakan kepentingan pasien sesuai dengan standar pelayanan Puskesmas;.. memberikan

Dengan membuat short movie yang mengangkat fenomena orang tua yang selalu marah kepada anaknya yang mendapat nilai ulangan yang tidak bagus, diharapkan orang tua

Dengan menggunakan metode FMEA maka dapat diperoleh dan dipilih 3 faktor penyebab cacat yang memiliki nilai RPN terbesar dari setiap cacat dominan, sehingga dapat

Perbedaan antara penelitian kedua dengan penelitian yang akan dilakukan adalah pada penelitian kedua lebih di fokuskan pada tindakan monopoli yang mengganggu

MAKMAL NO. AMALI PENYELARAS/ PENGAJAR BIL. KOD PROGRAM/ MAJOR/ KLASIFIKASI/ KUOTA BIL. ) JURIDAH BINTI MD RASHID ( PUAN ) JURIDAH BINTI MD RASHID ( PUAN ) JURIDAH BINTI MD RASHID (

Prota disusun oleh guru kelas dengan menjabarkan alokasi waktu untuk merancang dan memanajemen waktu berdasarkan kalender pendidikan yang telah disesuaikan oleh sekolah sehingga

Metodologi yang digunakan menerapkan teknik terbaru dalam pembuatan program sehingga diharapkan dapat lebih baik dalam menganalisis kebijaksanaan, mengkaji dampak lingkungan dan