• Tidak ada hasil yang ditemukan

International Conference on Global Education V Global Education, Common Wealth, and Cultural Diversity

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "International Conference on Global Education V Global Education, Common Wealth, and Cultural Diversity"

Copied!
20
0
0

Teks penuh

(1)

TRANSFORMASI PENDIDIKAN VOKASIONAL DAN TEKNIK DALAM SISTEM PENDIDIKAN: KOMPETENSI DALAM PENDIDIKAN

VOKASIONAL DAN TEKNIK DI MALAYSIA

Farah Nurshahira Zulkifli Md Yusoff Daud

Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstract

Technical Vocational Education and Training (TVET) is an initiative to help developing countries in the context of the development of the education system, industry and the economy in the country to pursue further developed country by the year 2020. This concept paper aims to discuss various issues related to the Basic Vocational Education (PAV) newly implemented in 2013. PAV is a Competency Based Education (CBE), which includes the implementation of teaching and learning and skills-based assessment. The main focus of the writing of this concept paper is to analyze the issues and challenges to the implementation of the PAV of the preparation and training of teachers, teaching and learning, provision of resources, materials and equipment, as well as evaluation and assessment system. The concept paper could be used as a reference source for researchers in the future to broaden the perspective of information on various issues Transformation in Vocational and Technical Education System in Malaysia.

Keywords: TVET, Basic Vocational Education (PAV) Competency Based Education (CBE)

PENGENALAN

Pendidikan merupakan asas yang penting bagi pembangunan negara bangsa ke arah yang lebih baik (Mior, 2011). Melalui pelaksanaan Kurikulum Kebangsaan, sistem pendidikan merupakan suatu program pendidikan yang menumpukan kurikulum dan juga kokurikulum. Sistem pendidikan di Malaysia bukan sahaja mementingkan aspek akademik semata-mata, malah turut merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran, norma, nilai unsur kebudayaan dan kepercayaan (Dasar Pendidikan Kebangsaan, 2011). Pelaksanaan sistem pendidikan sebegini dilakukan dengan tujuan membantu perkembangan dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi bagi seseorang murid. Selain daripada itu, tujuan kurikulum kebangsaan juga adalah untuk meningkatkan nilai moral yang diingini dalam mencapai pengetahuan. Kurikulum Kebangsaan terbahagi kepada empat iaitu:

i. Kurikulum Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak ii. Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) iii. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)

(2)

iv. Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) v. Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)

Dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), fokus pendidikan umum dalam struktur pendidikan menengah di Malaysia adalah kepada tingkatan satu hingga tingkatan tiga agar murid mendapat pendedahan daripada kepelbagaian bidang ilmu. Seterusnya, bagi murid di tingkatan empat hingga tingkatan lima, murid dijuruskan kepada kepada aliran sastera, sains, agama atau vokasional dan teknik. Sistem Pendidikan Kebangsaan khususnya dalam pendidikan menengah di bawah kategori Institusi Pendidikan Kerajaan terdiri daripada Sekolah Akademik, Sekolah Teknik dan Vokasional serta Sekolah Menengah Agama. (Kementerian Pendidikan Malaysia).Menurut dasar yang digariskan dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan (2011) menyatakan bahawa Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) ini diwujudkan sebagai persediaan bagi melahirkan modal insan yang mempunyai kemahiran yang tinggi, kebolehpasaran dan kebolehkerjaan (Dasar Pendidikan Kebangsaan, 2012). Seterusnya dapat menjadikan insan yang relevan dalam membantu dan menyokong pembangunan ekonomi negara pada masa akan datang.

Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) merupakan sebuah sistem pendidikan yang menyediakan dan mementingkan latihan khusus selain daripada kemahiran-kemahiran teknikal dan beberapa kemahiran-kemahiran yang lain buat golongan muda. (Faridah Mariani Binti Johari, Widad Othman, Hairul Nizam Ismail, Zainudin Isa. 2014). Tujuan utama pelaksanaan sistem PTV adalah untuk memastikan murid yang lebih cenderung pada bidang vokasional teknik terus kekal menjalani sistem persekolahan. Bukan itu sahaja, sistem PTV juga bertujuan untuk menyediakan asas permulaan bagi pembentukan modal insan yang fleksibel, kompeten terhadap kerja, berdaya saing serta berkemahiran tinggi dan dapat memenuhi keperluan industri sama ada di dalam negara mahupun di luar negara. Sistem PTV juga dilaksanakan agar bidang vokasional teknik dapat diperkukuhkan setaraf dengan kepesatan pembangunan ekonomi global.

Dalam agenda ekonomi yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11), negara meletakkan sasaran sebanyak 60 peratus wujudnya keperluan kemahiran berkaitan bidang Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional (Technical and Vocational Education and Training – TVET) daripada 1.5 juta jangkaan peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor. Menyedari kepentingan TVET dalam sistem

(3)

pendidikan di Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia telah merangka dan melaksanakan Pelan Strategik Transformasi Pendidikan Vokasional mulai tahun 2012. Tindakan ini bertujuan untuk menunjukkan sokongan terhadap hasrat negara bagi mencapai status negara maju menjelang tahun 2020, seterusnya diperhebatkan lagi apabila dijadikan salah satu Aspirasi Sistem iaitu akses kepada pendidikan berkualiti dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025. Usaha transformasi pendidikan vokasional dan teknik ini adalah merupakan usaha membentuk semula sistem pendidikan vokasional yang sedia ada kepada sistem pendidikan vokasional yang baharu agar dapat menyumbang kepada aspek pembangunan ekonomi berpendapatan tinggi. Trasnformasi ini juga merupakan salah satu inisatif negara dan kolaborasi kementerian dengan industri bagi memperbaharui sistem pendidikan vokasional dan teknik bagi melahirkan tenaga kerja yang mahir dalam bidang ini. Transformasi pendidikan vokasional dan teknik turut membolehkan negara menghasilkan lebih banyak tenaga kerja yang berkemahiran tinggi dan diiktiraf oleh industri sama ada di luar dan di dalam negara.

LATAR BELAKANG TVET

Transformasi Pendidikan Vokasional merupakan alternatif negara untuk merekayasa dan menambahbaik sistem pendidikan vokasional sedia ada agar dapat menyumbang dalam agenda transformasi negara sebagai negara yang berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 (KPM, 2011). Dalam Transformasi Pendidikan Vokasional, KPM telah memutuskan untuk memperkenalkan Pendidikan Asas Vokasional menggantikan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) (Faridah, Widad, Hairul & Zainuddin, 2013). Sekiranya pelaksanaan MPV sebelum ini dilaksanakan kepada pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 di sekolah menengah harian biasa, PAV diputuskan untuk diperkenalkan terlebih awal kepada pelajar Tingkatan 1. Pelaksanaan PAV telah dilaksanakan secara rintis bermula tahun 2012 bagi mendedahkan murid terhadap asas mata pelajaran vokasional dan boleh memilih jurusan kemahiran seawal umur 13 tahun iaitu semasa berada di Tingkatan 1. Sebanyak 135 buah sekolah yang dipilih oleh KPM telah melaksanakan PAV secara penuh pada tahun 2013 (KPM, 2012).

Perkembangan sistem pendidikan vokasional di Malaysia telah bermula sejak tahun 1890-an. (Iis Christopher Kayan, Rohana Hamzah, Amirmuddin Udin, 2011). Namun, negara mensasarkan seramai 82,800 orang murid yang melibatkan 2,760 buah

(4)

kelas dan 920 buah sekolah menjelang tahun 2020. Hasrat utama PAV adalah untuk mengekalkan murid dalam sistem bersekolahan yang lebih berkonsepkan kemahiran agar murid diberi peluang menggilap bakat yang mereka perolehi seterusnya berkebolehan menggunakannya untuk membantu negara terhadap pembangunan status ekonomi berkelas antarabangsa.

Antara matlamat transformasi pendidikan vokasional yang telah dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri ialah memperkukuhkan lagi kolaborasi kerajaan dengan industri bagi melaksanakan sistem pengajaran dan pembelajaran yang boleh membantu menghasilkan tenaga kerja mahir (Faridah, Widad, Hairul & Zainuddin, 2013). Selain itu, transformasi ini juga dilihat dapat melahirkan modal insan dan usahawan yang berdaya saing, memiliki kelayakan dan kemahiran yang diiktiraf, profesional dan diterima oleh pasaran kerja sama ada di dalam ataupun di luar negara (Asnul, Nor Fadila, Ruhizan & Ramlee, 2012). Di samping pendekatan merekayasa sistem dan komponen yang sedia ada, inisiatif transformasi ini adalah untuk mencari pendekatan terbaharu dalam menangani cabaran dan perubahan seterusnya meneroka peluang dan merintis kolaborasi dengan memanfaatkan sumber dan kekuatan yang sedia ada. Dengan pelaksanaan transformasi yang telah dijalankan ini, sistem Pendidikan Vokasional 2020 dapat membantu melonjakkan nama negara kepada dalam mencapai ekonomi berpendapatan tinggi seperti yang ditunjukkan pada Rajah 1 (KPM, 2011).

Rajah 1 Konsep Transformasi Pendidikan Vokasional

Dalam konteks perkembangan ekonomi, agenda transformasi yang menjadi tumpuan apabila banyak negara-negara perindustrian berlumba-lumba meningkatkan daya produktiviti dan daya saing masing-masing. Keadaan ini turut membuka peluang transformasi pendidikan vokasional di Malaysia agar negara dapat mengikut jejak

(5)

perencanaan amalan negara lain khususnya negara yang mempunyai ekonomi berpendapatan tinggi dalam melaksanakan keluaran modal insan melalui sistem pendidikan dan latihan vokasional mereka. Antara negara yang mempunyai ekonomi berpendapatan tinggi ialah Perancis, Findland, Jerman, Korea Selatan dan Singapura (KPM, 2011). Berdasarkan kajian kerajaan yang diukur oleh KDNK per kapita, penyumbang utama terhadap mutu produktiviti dan daya saing dalam kalangan rakyat di negara tersebut adalah pendidikan. Wujudnya modal insan yang mempunyai kerja mahir, bertauliah serta profesional adalah faktor penyumbang utama melalui pelaksanaan sistem pendidikan vokasional di negara-negara terbabit.

PERKEMBANGAN PENDIDIKAN VOKASIONAL DAN TEKNIK (PVT) DI MALAYSIA

Pendidikan vokasional dan teknik (PVT) memainkan peranan penting dalam pembangunan dan ekonomi sesebuah negara terutama dalam menjadi sebuah negara perindustrian (Shahri & Habib 1999; Chang Yun Fah 2012). Ini termasuklah Malaysia yang sedang berusaha menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020 (Shahri & Habib 1999). Menurut Chang Yun Fah (2012), sejarah perkembangan PVT di negara ini boleh dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu :

1. Peringkat Sebelum Kemerdekaan. 2. Peringkat Awal Kemerdekaan. 3. Pada Tahun 1990 hingga PTV kini.

Peringkat Sebelum Kemerdekaan

Pada peringkat ini, dasar pendidikan teknik dan vokasional di Tanah Melayu belum wujud secara sistematik. Pihak Inggeris hanya memperkenalkan sistem Pendidikan Vernakular Melayu, Cina dan India yang telah mengasingkan pendidikan antara sekolah mengikut perkauman (Shahril & Habib 1999). PTV formal bermula apabila diperkenalkan latihan penyelengaraan landasan keretapi kepada masyarakat Melayu bertujuan melahirkan pekerja buruh bagi pembinaan landasan keretapi pada masa yang sama mempertingkatkan taraf kemahiran masyarakat Melayu (Chan Yun Fah 2012). Pada tahun 1918, penjajah Inggeris telah menubuhkan Jawatankuasa Lemon bertujuan mewujudkan pendidikan teknikal dan perindustrian bagi Negeri-negeri Selat (Shahril & Habib 1999). Pada tahun 1906, sekolah teknikal awam yang pertama telah

(6)

ditubuhkan iaitu Sekolah Teknik Trencher di Kuala Lumpur bagi melatih pekerja-pekerja mahir di dalam sektor awam khasnya bagi Jabatan Kerja Raya dan Keretapi Tanah Melayu (Shahri & Habib 1999; Chang Yun Fah 2012; Nurazimah & Yusri 2013).

Seterusnya, sebuah Suruhanjaya Pendidikan Teknikal dan Industri telah ditubuhkan pada tahun 1918 bagi mengkaji keperluan pendidikan vokasional dan teknikal di Tanah Melayu pada ketika itu (Chang Yun Fah 2012). Pada tahun 1942, sekolah teknik ini telah dinaiktaraf ke maktab dan dinamakan Maktab Teknik yang kini dikenali sebagai Universiti Teknologi Malaysia (Shahril & Habib 1999). Pada tahun 1923, penubuhan empat sekolah perdagangan dan sebuah sekolah pertanian yang kemudian dinaiktaraf menjadi UPM pada tahun 1972 (Chang Yun Fah 2012). Pada tahun 1925, Jawatankuasa The Winsted Committee on Industrial and Technical Education telah ditubuhkan bagi melihat latihan dalam bidang vokasional. Jawatankuasa ini telah menubuhkan empat buah sekolah ketukangan dengan tujuan utamanya menyalurkan satu cabang pendidikan bagi pelajar sekolah rendah yang lemah akademik supaya mengikuti bidang vokasional bagi persediaan untuk memasuki alam pekerjaan. Antara kursus yang ditawarkan ialah bidang mekanik am, elektrik dan pertukangan kayu peringkat asas (Shahri & Habib 1999). Pada tahun 1933, jabatan pelajaran dibawah tajaan Bank Dunia telah menubuhkan sebuah Pusat Latihan Pengajar Politeknik di Batu Pahat, Johor bagi melatih tenaga-tenaga pengajar yang diperlukan oleh politeknik. Pusat ini dinaiktarafkan menjadi Institut Teknologi Tun Hussein Onn (ITTHO) pada tahun 1966 (Chang Yun Fah 2012).

Peringkat Awal Kemerdekaan

Berdasarkan Laporan Barnes pada tahun 1951 telah cuba memperkenalkan matepelajaran kemahiran seperti sains rumahtangga dan seni kraf ke dalam sistem pendidikan pada masa itu. Namun, cadangan tersebut telah ditolak atas sebab ia memerlukan satu penggubalan menyeluruh terhadap sistem pendidikan yang sedia ada (Chang Yun Fah 2012). Pada tahun 1956, melalui Penyata Razak 1956 PTV telah diserapkan ke dalam sistem pendidikan kebangsaan dan diberi keutamaan yang mana peringkat ini Laporan Rahman Talib telah menjadi Akta Pendidikan 1961 (Shahri & Habib 1999). Antara cadangan-cadangan yang telah dibuat ialah mengenai penubuhan sekolah menengah vokasional (SMV) dan sekolah menengah teknik (SMT) yang

(7)

menawarkan pendidikan TEVT bagi pelajar lepasan PMR selama dua tahun. Ini disusuli dengan penubuhan Maktab MARA pada tahun 1965 dan Institut Teknologi MARA pada 1967 (Chang Yun Fah 2012).

Pada tahun 1968 pula, tiga buah sekolah teknik telah dibina dengan tujuan meningkatkan kebolehan pelajar dalam bidang kejuruteraan disamping mata pelajaran akademik juga dititikberatkan. Bagi pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia akan berpeluang melanjutkan pelajaran ke Maktab Teknik atau Instiusi Teknologi MARA atau kolej teknikal yang lain (Shahri & Habib 1999). Pada tahun 1969, politeknik yang pertama di Malaysia iaitu Politeknik Ungku Omar ditubuhkan di Ipoh di bawah Program Colombo yang dibiayai oleh kerajaan Kanada. Penubuhan politeknik adalah bertujuan melahirkan tenaga mahir separa-professional peringkat sijil dan diploma dan memberi tumpuan kepada kursus juruteknik dan beberapa kursus yang lain seperti teknologi galian, perakaunan dan pengajian tanah dan trengkas (Jabatan Pengajian Politeknik, 2009). Pada tahun 1979, satu Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengaji Pelaksanaan Pendidikan telah dibentang dan diluluskan, yang mengaitkan kepentingan kepentingan dan latihan politeknik dengan pembangunan industri negara (Chang Yun Fah, 2012).

Pada Tahun 1990 hingga PTV kini

Seterusnya, perkembangan PVT di Malaysia amat dipengaruhi oleh pembangunan ekonomi negara dari tahun 1979 hingga 2010. Pada masa ini, penghasilan tenaga kerja mahir dan separa profesional yang mencukupi menjadi amat penting bagi mendukung keperluan sektor industri. Oleh itu, kerajaan menggalakkan sektor swasta menceburi bidang pendidikan melalui Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 dan Akta Lembaga Akreditasi Negara 1996. Kerajaan juga menubuhkan beberapa institusi PVT bertaraf kolej dan universiti seperti penubuhan UTeM (Technical University of Malaysia Malacca) dan Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn pada tahun 2000 dan penubuhan Kolej Komuniti yang pertama pada tahun 2005 (Chang Yun Fah, 2012).

Pada tahun 1995 pula, beberapa perubahan telah berlaku dalam PTV termasuklah penstrukturan semula 69 Sekolah Menengah Vokasional (SMV) kepada Sekolah Menengah Teknik (SMT). Ini bemakna semua SMV menjadi SMT dan pendidkan vokasional dijalankan oleh agensi kerajaan yang terlibat (Shahri & Habib,

(8)

1999; Chang Yun Fah, 2012). Menurut Shahril & Habib (1999), oleh sebab permintaan memasuki sekolah teknik dan vokasional semakin bertambah, Kementerian Pendidikan menggubal semula matlamat dan tujuan PTV agar ia dapat menampung kekurangan yang ada. Tujuan dan objektif PTV ialah:

a. Pendidikan Teknik bertujuan untuk menyediakan pelajar yang cenderung kepada bidang teknik di peringkat pendidikan menengah atas melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi. Objektif pendidikan teknik ialah memberikan pendidikan akademik yang seimbang dan menyediakan pendidikan asas dalam bidang sains dan teknologi.

b. Pendidikan Vokasional pula bertujuan untuk melahirkan pelajar yang cenderung kepada bidang vokasional di peringkat menengah atas. Kursus yang diadakan membolehkan pelajar mendapatkan pengetahuan asas vokasional dan kemahiran bagi membolehkan mereka mendapat pekerjaan sebagai tenaga kerja mahir atau separuh mahir dalam industri.

Pendidikan Sepanjang Hayat TVET

Kemajuan sesuatu bangsa terletak kepada unsur-unsur kecermelangan yang ada di dalam diri rakyat atau sumber manusianya. Sumber manusia ini bertindak sebagai penggerak kepada pembangunan dengan mengusahakan pelbagai kegiatan kehidupan yang terdapat di dalam sesebuah negara. Kini istilah modal insan telah merujuk kepada sumber manusia. Istilah modal insan ini dilihat lebih mesra kerana sumber manusia tadi dianggap seperti modal iaitu bukan sesuatu beban atau tanggungan yang perlu dijaga bagi memastikan kelangsungannya sebagai pemangkin kepada usaha-usaha pembangunan. Jadi wajarlah dalam pembangunan modal insan, perkara-perkara yang berkaitan dengan pendidikan dan pembelajaran, baik bersifat ilmiah, profesional mahupun vokasional diberi perhatian yang sangat serius. Dalam hal ini, pendidikan sepanjang hayat berperanan besar dalam memastikan kemampuan yang ada dalam modal insan digilap agar dapat menghasilkan satu tahap kecemerlangan yang diinginkan oleh negara.

Menurut Knassel, Meed dab Rossetti (2000), kepentingan pembelajaran sepanjang hayat ini dapat dikenalpasti menerusi tiga sebab utama yang dikenali sebagai “The Three Es” iaitu employment (pekerjaan), empowerment (memberi kuasa), dan enjoyment (keseronokan). Dalam arus masa kini, kemampuan seseorang menguasai

(9)

ilmu pengetahuan dan kemahiran baru merupakan kunci utama untuk mendapatkan tawaran pekerjaan. Di dalam masyarakat workaholic seperti bangsa Jepun, kesedaran tentang kepentingan pembelajaran sepanjang hayat ini telah mencetuskan satu keadaan yang dikenali sebagai “employability fever” dimana ahli masyarakatnya bersikap tekad untuk memiliki kelulusan atau kemahiran tertentu bagi menjamin mereka memperolehi peluang pekerjaan di dalam bidang yang mereka kuasi dan minati.

Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) merupakan sebuah sistem pendidikan yang menyediakan dan mementingkan latihan khusus selain daripada kemahiran-kemahiran teknikal dan beberapa kemahiran-kemahiran yang lain buat golongan muda. (Faridah Mariani Binti Johari, Widad Othman, Hairul Nizam Ismail, Zainudin Isa. 2014). Pelaksanaan sistem pendidikan teknik dan vokasional (PTV) adalah bertujuan untuk memastikan pelajar yang lebih cenderung pada bidang vokasional teknik kekal menjalani sistem persekolahan. Disamping itu, sistem pendidikan teknik dan vokasional (PTV) juga, berfungsi sebagai asas awal dalam menghasilkan modal insan yang flesibel, kompeten terhadap kerja, berdaya saing, mempunyai tahap kemahiran yang tinggi dan memenuhi kehendak serta keperluan industri baik di dalam mahupun di luar negara. Tambahan lagi, sistem ini dilaksanakan agar bidang vokasional teknik dapat diperkukuhkan setaraf dengan kepesatan pembangunan ekonomi global.

Justeru, melalui pendidikan teknik dan vokasional (PTV) ini pelajar diberikan pendedahan dan latihan yang cukup bagi memperoleh tahap kemahiran yang tinggi dan berguna dalam sektor pekerjaan nanti. Tambahan lagi, pendidikan teknik dan vokasional (PTV) telah menandatangani MOU dengan beberapa rakan industri bagi memastikan pelajar mereka memperoleh pengalaman sebenar berada dalam latihan industri seterusnya mempertingkatkan lagi kemahiran sedia ada meraka. Hal ini membuktikan dimana melalui pendidikan teknik dan vokasional (PTV) konsep pembelajaran sepanjang hayat dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Ini kerana melalui latihan dan tunjuk ajar yang telah diberikan semasa di sekolah masih bermanfaat untuk digunakan dalam sektor pekerjaan nanti.

Pendidikan TVET di Peringkat Tertiary

Menurut Rashid dan Nasir (2003), mereka menekankan yang pemisahan dalam pendidikan di Malaysia dan sistem latihan sebagai:

(10)

ii. Pendidikan teknik dan vokasional yang dilaksanakan sebahagian besar dalam sistem persekolahan formal di bawah Kementerian Pelajaran

iii. Post-menengah TVET, termasuk latihan kemahiran, yang dilaksanakan melalui aliran kemahiran di sekolah menengah vokasional tetapi terutamanya oleh institusi latihan kemahiran awam dan swasta.

Tambahan pula, menurut kajian yang dijalankan bagi pihak Bank Dunia oleh Pillay (2005) menkategorikan sistem TVET Malaysia kepada lima pillar utama:

i. Pillar Pertama: Sistem pendidikan tinggi awam yang memenuhi terutamanya SPM lepasan sekolah, iaitu mereka yang tidak mengikuti pengajian pra- universiti; tidak termasuk universiti dan kolej universiti, tetapi termasuk politeknik dan kolej komuniti di bawah Kementerian Pengajian Tinggi, sekolah teknikal di bawah Kementerian Pelajaran serta institusi latihan di bawah Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Kementerian Belia dan Sukan.

ii. Pillar Kedua: Rangka Kerja Kemahiran Malaysia Kelayakan, sistem pensijilan kemahiran lima peringkat berdasarkan NOSS yang diperkenalkan oleh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan pada tahun 1993.

iii. Pillar Ketiga: Latihan berasaskan Syarikat yang berada di bawah Kumpulan Wang Pembangunan Sumber Manusia yang ditubuhkan pada tahun 1993 untuk menggalakkan latihan pekerja.

iv. Pillar Keempat: Pendidikan tinggi swasta , sebahagian besar di bawah bidang kuasa Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 , dan diiktiraf oleh Lembaga Akreditasi Negara.

v. Pillar Kelima: Meneruskan pendidikan dan latihan yang memenuhi keperluan permintaan majikan, komuniti atau masyarakat umum untuk melanjutkan pelajaran, peningkatan kemahiran, latihan semula, kemajuan kerjaya dan pengayaan.

Pembentukan Pengajian Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bertujuan menyediakan mahir separa profesional dalam bidang kejuruteraan, perdagangan dan hospitaliti di peringkat Diploma dan Sijil bagi memenuhi permintaan negara dalam sektor awam dan swasta. Setakat ini terdapat 20 Politeknik KPT beroperasi di seluruh negara (Jailani et al.2013). Pengambilan ke Politeknik KPT adalah dua kali setahun. Pada setiap pengambilan, Politeknik KPT menawarkan 20,000 tempat

(11)

pengajian bagi pemegang SPM/SPM (V)/MCE, sijil Politeknik dan Kolej Komuniti KPTM. Politeknik KPT menawarkan 24 kursus Sijil dan 40 kursus Diploma dalam pelbagai bidang. Ia juga menawarkan kursus-kursus untuk keperluan khas. Di peringkat sijil, tempoh pembelajaran untuk program ini adalah empat semester, manakala program diploma ialah enam semester. Selain daripada itu, bagi Diploma Sains Kesetiausahaan, tempoh pembelajaran adalah selama empat semester dan Diploma Kejuruteraan Penghantaran adalah tujuh semester. Bagi tempoh post-sijil di Politeknik adalah dua semester semasa perakuan jawatan di Kolej Komuniti adalah selama tiga semester termasuk satu semester bagi Program Bridging.

Kolej Komuniti adalah tempat untuk mendapatkan pengetahuan yang berharga (pengetahuan dan kemahiran teknikal dan vokasional) yang memerlukan oleh masyarakat dan majikan (Emeagwali, 2007). Selaras dengan pendapat Jacobs and Grubb (2003), mereka mengembangkan definisi yang lebih luas di mana kolej komuniti memainkan peranan dominan dalam pekerja pengeluaran. Oleh itu dari pandangan ini, kita dapat memahami bahawa pekerja bersedia menjadi pekerja mahir, manakala kolej komuniti adalah tempat untuk melahirkan pekerja-pekerja mahir tertentu (Ahmad et al. 2009). Oleh itu, sebagai tindak balas kepada permintaan industri semasa, rasional kerajaan dalam pembangunan kolej komuniti dilihat dengan lebih penting. Kolej Komuniti adalah sebuah kolej teknikal di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang khusus untuk menyediakan platform dan peluang kepada masyarakat untuk meningkatkan kemahiran teknikal dan vokasional. Keunikan kolej komuniti adalah reka bentuk kurikulum yang dibangunkan daripada kerjasama di antara Malaysia Kementerian Pengajian Tinggi dan badan-badan industri. Objektif ciptaan kolej komuniti bertujuan untuk maklumat lanjut adalah seperti berikut:

i. Untuk menjadi tuan rumah dan menyediakan laluan alternatif kepada lepasan SPM sekolah menengah

ii. Untuk menjadi tuan rumah dan memberi pengetahuan pembelajaran sepanjang hayat kepada masyarakat (komuniti pembelajaran).

iii. Memberi latihan dan peningkatan kemahiran dan kemahiran semula untuk keperluan tenaga kerja tempatan.

(12)

Harapan kerajaan adalah bilangan pekerja kemahiran akan meningkat sejajar dengan bilangan kolej komuniti akan meningkat dengan satu kolej komuniti bagi setiap Parlimen. Pada masa yang sama, beberapa pilihan kursus yang ditawarkan boleh menarik kalangan orang muda untuk mendaftar di institusi.

KOMPETENSI TVET DI MALAYSIA

Pendidikan teknik dan vokasional (PTV) merupakan satu sistem pendidikan yang menyediakan latihan khusus untuk kemahiran-kemahiran teknikal dan beberapa kemahiran yang lain (Iis Christopher Kayan, Rohana Hamzah, Amirmuddin Udin, 2011). Transformasi Pendidikan Vokasional meliputi pengenalan Pendidikan Asas Vokasional (PAV) serta telah menaik taraf Sekolah Menengah Vokasional (SMV) kepada Kolej Vokasional (KV). Transformasi ini secara tidak langsung telah memberi impak positif terhadap status pendidikan negara apabila masyarakat Malaysia dilihat bertambah keyakinan terhadap pendidikan vokasional. Permohonan yang diterima bagi mengikuti pendidikan vokasional dan teknik semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat. Hampir 80, 000 permohonan lepasan Penilaian Menengah Rendah (PMR) / Penilaian Tingkatan 3 (PT3) telah diterima untuk didaftarkan di 80 buah Kolej Vokasional di seluruh negara yang boleh melebihi kapasiti yang ditampung oleh Kolej Vokasional dalam satu-satu masa (PPPM, 2013).

Transformasi TVET juga telah membuka mata masyarakat apabila lepasan PAV boleh memilih untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kemahiran tertentu yang ditawarkan oleh Institut Kemahiran Awam atau Swasta. Bagi murid yang mencapai tahap kemahiran yang ditetapkan akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Bukan itu sahaja, peningkatan pelajar lepasan Sjil Pelajaran Malaysia (SPM) juga turut memberikan peningkatan positif terhadap pemilihan TVET. Sebanyak 36% pelajar yang direkod oleh KPM pada tahun 2013 telah menyertai TVET berbanding dengan 25% pada tahun 2010. Ianya selaras dengan permintaan industri yang memerlukan tenaga kerja yang mahir seterusnya dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi, selaras dengan globalisasi, ekonomi berasaskan pengetahuan, kemajuan teknologi dan mobiliti tenaga kerja global. Dalam melaksanakan transformasi ini juga, tumpuan KPM adalah menjurus kepada sistem penyampaian TVET bagi meningkatkan tarikan TVET sebagai laluan pendidikan pilihan. Bukan itu sahaja, Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) juga akan

(13)

ditubuhkan bagi mengiktiraf kerjaya pengamal TVET sebagai bidang profesional yang melayakkan sumber pendapatan gaji yang tinggi.

Walaupun usaha pelaksanaan Transformasi TVET telah berjaya dilaksanakan, namun masih terdapat isu dan cabaran yang perlu ditangani. Antara isu yang masih lagi menjadi tumpuan dalam transformasi ini adalah kompetensi yang berlaku dalam TVET di Malaysia. Isu kurang penyelarasan tadbir urus, sistem penyampaian yang tidak bersepadu, kurang pengiktirafan kerjaya teknologis dan jurang kompetensi tenaga pengajar adalah antara cabaran yang perlu ditangani dalam usaha mengarusperdanakan TVET ke persada dunia. Rajah 2 menunjukkan antara isu dan cabaran yang terdapat dalam pelaksanaan transformasi TVET.

Rajah 2 Isu dan Cabaran TVET

i. Kurang Penyelarasan Tadbir Urus

Pengurusan TVET adalah di bawah naungan bidang kuasa dua agensi iaitu MQA dan JPK. Berdasarkan Kerangka Kelayakan Malaysia, MQA adalah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengakreditasikan program yang ditawarkan oleh institusi seperti Politeknik, Kolej Komuniti dan institusi pendidikan dan latihan di bawah MARA. Rajah 3 menunjukkan Kerangka Kelayakan Malaysia.

(14)

Rajah 3 Kerangka Kelayakan Malaysia

Sementara JPK pula adalah di bawah KSM telah mengakreditasikan program latihan kemahiran yang ditawarkan oleh institusi seperti ILP dan IKBN. Melalui perbezaan pelaksanaan akreditasi oleh dua agensi yang berbeza, terdapat keraguan pihak industri dan awam yang berhubung kualiti program yang ditawarkan serta perbezaan sistem persijilan. Laluan pendidikan ke peringkat ijazah di institusi pengajian tinggi dalam kalangan graduan diploma yang mengikuti bidang TVET juga adalah terhad (Zulfadly, Rohana, Ismail & Afzamiman, 2011). Lanjutan daripada program TVET yang memberi penekanan terhadap komponen praktikal, tahap jaminan kualiti yang berbeza serta graduan yang dianggap kurang minat dalam melanjutkan pelajaran turut menghadkan pengambilan graduan diploma TVET ke peringkat yang lebih tinggi.

Lepasan yang menjadi tonggak utama industri TVET haruslah bersikap kompeten dalam pelbagai kemahiran. Namun disebabkan kekurangan input daripada industri dalam pembangunan kurikulum, jurang antara kemahiran yang diperlukan oleh industri dengan kemahiran yang diperoleh daripada lepasan TVET telah timbul. Bukan itu sahaja, permintaan untuk menjalankan usaha sama antara pihak industri dengan pelbagai industri TVET juga telah memberi kesan terhadap tadbir urus TVET apabila ada yang mencadangkan agar diwujudkan platform untuk penyelarasan antara industri dengan institusi TVET. ii. Sistem Penyampaian Yang Tidak Bersepadu

Penyampaian TVET dilihat tidak bersepadu kerana dilaksanakan oleh pelbagai agensi kerajaan, univeristi, pusat pembangunan negeri dan institusi swasta.

(15)

TVET telah dijalankan oleh tujuh kementerian iaitu Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Pertahanan. Berdasarkan tujuh kementerian tersebut, didapati 525 buah institusi latihan yang menawarkan program yang sama sejak penubuhannya. Bukan sahaja institusi awam, bahkan terdapat juga 813 institusi TVET swasta yang berdaftar dengan JPK dan 12 pusat pembangunan pusat pembangunan kemahiran negeri yang menawarkan program yang pelbagai kualiti. Rajah 4 menunjukkan Institusi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional yang terdapat di Malaysia.

Rajah 4 Institusi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional Nota: Nombor yang tertera menunjukkan bilangan institusi TVET di bawah

setiap agensi

Dalam sistem penilaian prestasi institusi TVET awam, sistem penarafan yang seragam masih belum diwujudkan. Sistem penarafan yang ada hanya terhad kepada insitusi yang terpilih sahaja seperti Sistem Penarafan Politeknik (Polyrate) bagi politeknk dan Sistem Penarafan Kolej Komuniti (MySPEKK(

(16)

bagi Kolej Komuniti. Berlainan pula dengan sistem penarafan institusi TVET swasta yang dijalankan oleh JPK.

iii. Kurang Pengiktirafan Kerjaya Teknologis

Lembaga Jurutera Malaysia di bawah Akta Pendaftaran Jurutera 1967 tidak mengiktiraf lepasan dan pengamal TVET walaupun mereka telah dikategorikan sebagai teknologis. Apabila wujudnya isu sebegini, teknologis yang tiada status profesional tidak dapat menuntut gaji dan memperoleh kemajuan kerjaya yang lebih baik. Sijil Kemahiran Malayisa yang telah diakreditasikan oleh JPK kepada lepasan TVET mendapat gaji yang lebih rendah berbanding dengan graduan yang diakreditasikan oleh MQA.

Sasaran awal MTUN pada tahun 1999 dengan tujuan menyediakan laluan pendidikan kepada lepasan TVET ke peringkat Ijazah Sarjana Muda juga

tidak seperti yang dijangkakan. Hanya 26.1% tempat sahaja ditawarkan oleh

Rajah 5 Pengagihan program di MTUN

Sumber: Rangkaian Univeristi Teknikal Malaysia, 2014

MTUN kepada lepasan TVET berbanding 51% sasaran awal tempat bagi Ijazah Sarjana Muda kepada pelajar TVET. Rajah 5 menunjukkan struktur pengagihan program di MTUN.

(17)

iv. Jurang Kompetensi Tenaga Pengajar

Kurang pendedahan terhadap industri dan kemahiran yang terhad dalam teknologi terkini merupakan antara faktor penyumbang kepada jurang kompetensi pengajar (Nor Aidah, Rohana & Amirmudin, 2010). Ketiadaan sistem profil data dan tenaga pengajar berpusat yang komprehensif juga merupakan antara penyumbang kepada kesulitan pengenalpastian kompetensi tenaga pengajar TVET di Malaysia.

KESIMPULAN

TVET merupakan salah satu inisiatif untuk membantu membangunkan negara dari konteks perkembangan sistem pendidikan, industri dan juga ekonomi dalam meneruskan hasrat negara menuju negara maju menjelang tahun 2020. Walaupun transformasi TVET telah dilaksanakan dan dilihat semakin berkembang, terdapat pelbagai isu yang dikenalpasti sepanjang pelaksanaan transformasi ini. Kerjasama yang kukuh dan sokongan kerajaan mahupun swasta dan juga penglibatan industri perlu dititikberatkan sebagai langkah mempromosikan perspektif, merekayarsa sistem pendidikan dan tenaga kerja yang lebih baik, berkualiti dan diiktiraf di peringkat antarabangsa. Dalam Rancangan Malaysia ke-11, beberapa inisiatif telah dicadangkan untuk mengharmonikan sistem penyampaian TVET agar lebih responsif terhadap perubahan ekonomi dan diterajui oleh industri bagi memastikan persediaan tenaga kerja dan modal insan yang berkemahiran tinggi. Usaha ini secara tidak langsung dapat menyediakan sistem sokongan yang baik dan mewujudkan persekitaran yang membolehkan peningkatan keberkesanan TVET yang dijalankan dalam sistem pendidikan di Malaysia.

RUJUKAN

Affero, I. and Norhasni, Z.A. 2014. Issues and Challenges of Technical and Vocational Education and Training in Malaysia Towards Human Capital Development. Middle-East Journal of Scientific Research (Innovation Challenges in Multi-disciplinary Research & Practice)19: 07-11

Ahmad, E., Abdul Rasid, A.R., Alias, M., and Asri, S. 2009. The Perception of Students towards the Community Colleges’ Courses That Offered in Malaysia. Asian Social Science 5(7):pp. 98-107

Dr Ahmad Bin Esa, Dr Razali Hassan, Tn. Hj Jamaludin Hashim & Tn. Hj Mohd Yusop Hadi. 2012. Cabaran Pendidikan Teknik & Vokasional (PTV) Di Malaysia :

(18)

Peranan UTHM Dalam Melahirkan Pendidik Berketrampilan. Kertas Kerja Keterangan: Seminar JPPG 2009,Universiti Tun Hussin Onn, 22-24 Disember 2012. http://eprints.uthm.edu.my/html. [22 Mac 2017]

Anon. 2015. Bajet RM 4.8 Bilion untuk TVET tepat. Utusan Malaysia Online. http://www.utusan.com.my/. [23 Mac 2017]

Anon. 2016. PMVA untuk kurangkan pengangguran. Utusan Malaysia Online. http://www.utusan.com.my/. [23 Mac 2017]

Anon. 2016. Kemahiran TVET diperluaskan. Utusan Malaysia Online. http://www.utusan.com.my/. [2 Mac 2017]

Awang, A.H., Sail, R.M., Alavi, K. and Ismail, I.A. 2011. Image and Students’ Loyalty towards Technical and Vocational Education and Training. Journal of Technical Education and Training (JTET) 3: 13-28

Buletin Transformasi Pendidikan Malaysia. Bil 8/2015

Dr Ahmad Bin Esa, Dr Razali Hassan, Tn. Hj Jamaludin Hashim & Tn. Hj Mohd Yusop Hadi. 2012. Cabaran Pendidikan Teknik & Vokasional (PTV) Di Malaysia: Peranan UTHM Dalam Melahirkan Pendidik Berketrampilan. Kertas Kerja Keterangan: Seminar JPPG 2009,Universiti Tun Hussin Onn, 22-24 Disember 2012. http://eprints.uthm.edu.my/html. [22 Mac 2017]

Dr. Chang Yun Fah. 2012. Transformasi Teknikal dan Latihan Vokasional: Masalah dan cabaran di Malaysia. Fakulti Kejuruteraan dan Sains, Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Malaysia.

Emeagwali, N.S. 2007. Community College Offer Baby Boomers and Encore. [Online] Available: http://www.acteonline.org [3 Mac 2017]

Falsafah Pendidikan Malaysia. 1996. Akta Pendidikan Malaysia 1996.

Faridah Mariani Binti Johari, Widad Othman, Hairul Nizam Ismail & Zainudin Isa. 2014. Isu dan Cabaran Pelaksanaan Pendidikan Asas Vokasional (PAV) di Sekolah Menengah Harian, Malaysia. Widyatama International Seminar. 1 (74): 98-106.

Haslina Binti Ahmad. 2013. Kecerdasan Emosi Dalam Kalangan Guru Sekolah Menengah Teknik Kementerian Pendidikan Malaysia Berdasarkan Model Dulewicz Dan Higg’s. Tesis Sarjana, Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn. http://eprints.uthm.edu.my/html. [23 Mac 2017]

Jacobs, J. and Grubb, W.N. (2002). Implementing the Education Consensus: The Federal Role in Supporting Vocational-Technical Education. California: Community College Research Center, University of California at Berkeley. Unpublished.

Jailani, B.M.Y., Wan Mohd Rashid, B.W.A., Noraini, B.K., and Wahid, B.R. 2013. Technical & Vocational Education & Training (TVET) from Malaysia Perspective. 2nd International TT-TVET EU-Asia-Link project Meeting, VEDC Malang.

Kementerian Pelajaran Malaysia. 2012. Dasar Pendidikan Kebangsaan. Putrajaya: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan.

(19)

Majumdar, S. 2011. Emerging Challenges and Trends in TVET in the Asia-Pacific Region. Rotterdam/Boston/Taipei: Sense Publishers.

Mior Khairul Azrin bin Mior Jamaluddin. 2011. Sistem Pendidikan Di Malaysia: Dasar, Cabaran, Dan Pelaksanaan Ke Arah Perpaduan Nasional. Sosiohumanika: Jurnal Pendidikan Sains Sosial Dan Kemanusiaan, 4 (1): 33-48.

Mohd Zulfadly Othman, Rohana Hamzah, Ismail Sabri Norihan & Muhammad Afzamiman Aripin. 2011. Dua teras, satu destinasi: Pelan Reformasi Strategik PTV kea rah Pembangunan Sejagat, Jurnal Teknologi, 56 (Sains Sosial), Sept.2011: 199-117.

Mok Soon Sang. 2010. Falsafah Dan Pendidikan Di Malaysia. Edisi Ke-3. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.

Muhamad Afzamiman Aripin, Rihana Hamzah, Muhammad Zulfadly Othman & Ismail Sabri Norihan. 2011. Hala Tuju Pendidikan Teknik dan Vokasional: Integrasi Kaedah Avicenna dan Konsep Pendidikan untuk semua. Jurnal Teknologi, 56 (Sains Sosial), Sept, 2011:151-160.

Nor Aidah Binti Mohamad Ariff, Rohana Hamzah & Amirmudin Udin. 2010. Guru PTV Masa Hadapan: Kefahaman Falsafah Yang Lebih Baik. http://eprints.utm.my/html [23 Mac 2017]

Nor Effyza Bte Roslan. 2013. PelaksanaanTransformasi Program Pendidikan Asas Vokasional Di Sekolah Menengah Kementerian Pelajaran Malaysia. Tesis Sarjana Pendidikan, Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. http://eprints.uthm.edu.my/html

Nurazimah binti Biden dan Yusri bin Kamin. 2013. Implikasi Penjenamaan Semula Sekolah Menengah Vokasional (SMV) Kepada Kolej Vokasional (KV). 2nd International Seminar on Quality and Affordable Education (ISQAE 2013). Hlm. 316-323

Pang, C.L. 2008. A historical account of skills training in Malaysia. In G. Loose, G. Spottl, and Y. M. Sahir (eds). “Re-engineering dual training – the Malaysian experience, 165-176. Frankfurt am Main: Peter Lang.

Pang, C.L. 2010. The Integration of the National Occupational Skills Standards (NOSS¬)-based Training System and the National Dual Training System. Dissertation in fulfillment of PhD (Technical Education), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia/University of Bremen, Germany. Batu Pahat: UTHM/University of Bremen

Pang, C.L. 2011. Key Reforms in Revitalising Technical and Vocational Education and Training(TVET) in Malaysia. Regional Conference on Human Resource Development Through TVET as a Development Strategy in Asia. Colombo Sri Lanka.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) atau PPPM (PT). https://www.mohe.gov.my/html. [28 Feb 2017]

Pillay, G.F. 2005. Technical & vocational education (TVET) systems of selected East Asian countries: Malaysia. Washington, D.C.: The World Bank.

Ramlee Mustapha, Mohd Yusof Husain, Seri Bunian Mokhtar, Eddyzulham Abu Bakar dan Mohammad Anuar Safian. 2011. Kemahiran ‘Employability’ Dari

(20)

Perspektif Pelajar Kejuruteraan. Persidangan Kebangsaan Penyelidikan dan Inovasi dalam Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional (CIE-TVT 2011).

Rancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020. http://rmk11.epu.gov.my/html. [23 Mac 2017]

Rashid and Nasir. 2003. Lifelong learning in Malaysia. Paper presented at the International Policy Seminar, 24-26 June, Seoul, Korea.

Rohaniza Idris, Norakhmah Mat Youb & Ahmad Suheal Adnan. 2016. Kolej Vokasional terima 89,093 permohonan. Berita Harian Online. http://www.bharian.com.my/ [12 Feb 2017]

Shahril @ Charil Marzuki dan Habib Mat Som. 1999. Isu Pendidikan Di Malaysia: Sorotan dan Cabaran. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Siti Syahirah Bte Abdullah Zawawi. 2011. Transformasi Ptv: Kesediaan Guru-Guru Vokasional Terhadap Pelaksanaan Kolej Vokasional Kpm Dari Aspek Tahap Kemahiran. Persidangan Kebangsaan Penyelidikan Dan Inovasi Dalam Pendidikan Dan Latihan Teknik Dan Vokasional. Faculty of Technical and Vocational Education, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Referensi

Dokumen terkait

Diantaranya dari rancangan tahap compress file zip untuk prototyping sistem operasi sama halnya dengan compress file system , lau tahap persiapan dan memasuki

memberi pelayanan kesehatan yang aman, bermutu, antidiskriminasi, dan efektif dengan mengutamakan kepentingan pasien sesuai dengan standar pelayanan Puskesmas;.. memberikan

Dengan membuat short movie yang mengangkat fenomena orang tua yang selalu marah kepada anaknya yang mendapat nilai ulangan yang tidak bagus, diharapkan orang tua

Dengan menggunakan metode FMEA maka dapat diperoleh dan dipilih 3 faktor penyebab cacat yang memiliki nilai RPN terbesar dari setiap cacat dominan, sehingga dapat

Perbedaan antara penelitian kedua dengan penelitian yang akan dilakukan adalah pada penelitian kedua lebih di fokuskan pada tindakan monopoli yang mengganggu

Prota disusun oleh guru kelas dengan menjabarkan alokasi waktu untuk merancang dan memanajemen waktu berdasarkan kalender pendidikan yang telah disesuaikan oleh sekolah sehingga

Pada indikator 2 kedua subjek dengan IQ tinggi mampu membuat simbol- simbol matematika saat menuliskan informasi yang diperoleh dari soal (M1 dan M2) dan ketika

Metodologi yang digunakan menerapkan teknik terbaru dalam pembuatan program sehingga diharapkan dapat lebih baik dalam menganalisis kebijaksanaan, mengkaji dampak lingkungan dan