• Tidak ada hasil yang ditemukan

PENENTUAN MAKANAN HALAL BERASASKAN APLIK (1)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PENENTUAN MAKANAN HALAL BERASASKAN APLIK (1)"

Copied!
24
0
0

Teks penuh

(1)
(2)

PENYELIDIKAN TENTANG

MAKANAN

PERSPEKTIF NABAWI DAN

SAINTIFIK

(3)
(4)

PENYELIDIKAN TENTANG

MAKANAN

PERSPEKTIF NABAWI DAN

SAINTIFIK

Editor

:

MOHD YAKUB @ ZULKIFLI MOHD YUSOFF

KHADHER AHMAD

MONIKA @ MUNIRAH ABD RAZZAK

(5)

iv

Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian daripada terbitan ini sama ada ilustrasi dan isi kandungannya dalam apa jua bentuk dan cara sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanikal, rakaman dan sebagainya sebelum mendapat izin bertulis daripada pemilik hak cipta terlebih dahulu.

Penyelidikan Tentang Makanan: Perspektif Nabawi Dan Saintifik

Cetakan Pertama 2016

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

ISBN: 978-967-5534-52-2

Editor:

Mohd Yakub @ Zulkifli Mohd Yusoff, Khadher Ahmad & Monika @ Munirah Abd Razzak

Buku ini disusun atur dengan menggunakan font Times New Roman dan Traditional Arabic

Diterbitkan oleh:

Jabatan al-Quran dan al-Hadith Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya

50603 Kuala Lumpur.

Emel: api_quran@um.edu.my Tel: +603-79676046

Faks: +603-79676143

Dengan kerjasama:

Center for Natural Product Research & Drug Discovery (CENAR)

University of Malaya 50603 Kuala Lumpur Tel : 03-79674064 Faks : 03-79674193

(6)

SENARAI KANDUNGAN

PENYELIDIKAN TERHADAP ASPEK PEMAKANAN BERASASKAN KEPADA AL-QURAN DAN AL-SUNNAH Mohd Yakub @ Zulkifli Mohd Yusoff, Monika @ Munirah Abd Razzak Mustafa, Khalijah Awang, Rozana Othman

17-34

3. INTERVENSI PENEMUAN SAINTIFIK DALAM AL-QURAN DAN AL-SUNNAH: TINJAUAN TERHADAP PERSEPSI KESARJANAAN

Selamat Amir, Ahmad Bazli Ahmad Hilmi

35-46

4. ASPEK PENYEDIAAN PEMAKANAN MENURUT

PERSPEKTIF FIQH AL-HADITH: SATU TINJAUAN

AWAL

Siti Sarah Izham, Khadher Ahmad, Mohd Yakub @ Zulkifli Mohd Yusoff

47-56

5. DETERMINATION OF THE CONCENTRATIONS OF

TOTAL REDUCING SUGARS AND TRACE

ELEMENTS IN DIFFERENT TYPES OF DATES Ayman Ahmed Alkhidir Jacknoon

(7)

vi

BAB II

MANFAAT DAN KELEBIHAN PENEKANAN TERHADAP SUNNAH DALAM ASPEK PEMAKANAN

Halaman

6. RAWATAN HERBA DALAM MENGUBATI PENYAKIT FIZIKAL: ANALISIS MENURUT AL-SAHIHAYN Khairunnisa Mohamed Yusoff, Khadher Ahmad, Mohd Farhan Md Ariffin, Mohamad Zaim Isamail

73-86

7. KLASIFIKASI SAYUR-SAYURAN DALAM

AL-QURAN DAN KHASIAT PEMAKANANNYA

Monika @ Munirah Abd Razzak, Mohd Asmadi Yakob, Nik Mohd Zaim Ab Rahim

87-106

8. PRELIMINARY REPORT ON SUITABILITY OF

SUNNAH NABAWI FOOD IN FULFILLING THE

CRITERIA OF CONVENTIONAL DIETS FOR

CHILDREN WITH AUTISM

Feezyha Azmi, Siti Patonah Mohamad, Nazean Jomhari, Noor Naemah Abdul Rahman, Mohd Yakub@Zulkifli Mohd Yusoff, Durriyyah Sharifah Hasan Adli

107-115

BAB III

BENTUK-BENTUK SALAH FAHAM, PENYELEWENGAN DAN KESAN TERHADAP

PENGGUNAAN ISTILAH SUNNAH DALAM ASPEK PEMAKANAN

Halaman

9. SALAH FAHAM DALAM AMALAN PEMAKANAN

KURMA MENURUT AL-QURAN DAN AL-HADITH: PENILAIAN TERHADAP TERJEMAHAN MAKNA

KALIMAH AL-RUTAB DAN AL-TAMR

Ahmad Bazli Ahmad Hilmi, Selamat Amir, Zulkarnin Zakaria

119-128

10. PENYALAHGUNAAN SUNNAH NABI DALAM

PELABELAN DAN PROMOSI PRODUK HALAL

Mohd Izzat Abd Shukur, Mohd Farhan Md Ariffin, Mohd Anuar Ramli, Ahmad Rozaini Ali Hasan

129-138

11. LEGAL ISSUES IN SUNNAH FOOD LABELING.

WHAT‟S IN A NAME?

Sayidah Asma Basir, Muhammad Remy Othman, Khadher Ahmad

(8)

BAB IV

CADANGAN DAN RUMUSAN

DALAM MENANGANI SALAH FAHAM PENGGUNAAN ISTILAH SUNNAH DALAM PEMAKANAN

Halaman

12. PENENTUAN MAKANAN HALAL BERASASKAN

APLIKASI PRINSIP „UMUM AL-BALWA: SATU TINJAUAN

Mohd Farhan Md Ariffin, Muhammad Ikhlas Rosele, Muhd Afiq Abd Razak, Mohd Anuar Ramli

161-170

13. TUMBUHAN INAI DALAM AL-QURAN DAN

HADITH: MANFAAT DAN CADANGAN LANJUTAN BERASASKAN PENYELIDIKAN SEMASA

Khadher Ahmad, Mohd Farhan Md Ariffin, Monika @ Munirah Abd Razzak, Nurulwahidah Fauzi, Mohd Asmadi Yakob

171-194

14. BUDAYA MAKANAN DAN PEMAKANAN HALAL

DALAM KALANGAN MASYARAKAT MELAYU

MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

Mohd Anuar Ramli, Mohammad Aizat Jamaludin

195-206

15. A STUDY OF MALAYSIAN EDUCATION AND PURCHASING PATTERNS ON PROPHETIC FOODS Asmaddy Haris, Aimi Fadzirul Kamarubahrin

207-216

(9)

viii

(10)

PRAKATA

lhamdulillah, segala puji-pujian kepada Allah SWT di atas segala kurniaan nikmat-Nya. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW pembawa rahmat sekalian alam, salam dan sejahtera buat ahli keluarga dan para sahabat baginda SAW yang senantiasa berada di bawah keredaan Allah SWT.

Makanan merupakan nikmat kurniaan Allah SWT yang tidak ternilai kepada semua makhluk-Nya. Di dalam al-Quran, Allah SWT mengungkapkan perihal makanan bagi menyedarkan manusia tentang tanda-tanda kebesaran Allah SWT yang Maha menjadikan segala-galanya. Firman Allah SWT;

Terjemahan: “Hendaklah manusia melihat kepada makanannya (bagaimana Kami mentadbirkannya); sesungguhnya Kami telah mencurahkan hujan dengan curahan yang menakjubkan; kemudian Kami belah-belahkan bumi dengan belahan yang sesuai dengan tumbuh-tumbuhan; lalu Kami tumbuhkan pada bumi biji-bijian; dan buah anggur serta sayur-sayuran; dan zaytun serta pohon-pohon kurma; dan taman-taman yang menghijau subur; dan berbagai buah-buahan serta bermacam-macam rumput; untuk kegunaan kamu dan haiwan ternakan kamu.” [Surah „Abasa (80): 24-32]

Tidak memadai sebutan secara umum, Allah SWT juga menyebutkan beberapa jenis makanan secara khusus seperti madu, kurma, anggur, zaytun, tin, delima, pisang, labu, daging, burung, ikan, susu, halia, mentimun, bawang putih, bawang merah dan sebagainya. Makanan-makanan yang disebut Allah SWT ini secara tidak langsung mewakili semua makanan dan minuman berkhasiat yang wujud di atas muka bumi.

Daripada himpunan hadith Nabi SAW, kita dapat perhatikan bahawa Nabi SAW bukanlah seorang yang cerewet dalam hal-hal makanan. Baginda SAW menikmati semua jenis makanan dan minuman yang halal dan berkhasiat dalam kadar sederhana, iaitu sekadar untuk keperluan badannya sahaja. Meskipun hidup dalam keadaan serba sederhana. Keadaan tersebut tidak menghalang Nabi SAW untuk menikmati makanan yang berkhasiat.

Malahan menurut para doktor dan pakar nutrisi, pemakanan yang sihat adalah yang seimbang, merangkumi makanan mengikut kategori-kategorinya. Kategori bijirin (roti, nasi, mee dan sebagainya) sebagai sumber karbohidrat untuk membekalkan tenaga. Kategori daging pula (ikan, daging dan kekacang) sebagai sumber protein untuk tumbesaran tubuh dan memperbaiki sel-sel yang rosak. Kita

(11)

x

dapat perhatikan semua kategori makanan yang disyorkan ini dapat dicontohi daripada sunnah baginda Nabi SAW.

Oleh sebab itu, Baginda SAW merupakan seorang yang sentiasa sihat dan cergas. Dikatakan bahawa jika kita mencari seseorang yang tidak pernah sakit melainkan di hujung usianya, maka beliau ialah Nabi Muhammad SAW.

Oleh yang demikian, buku “Penyelidikan Tentang Makanan: Perspektif Nabawi Dan Saintifik” merupakan sebuah buku yang berusaha untuk mendedahkan beberapa kajian baru dan kekeliruan yang berlaku berhubung penggunaan istilah sunnah dalam aspek pemakanan sejagat di samping mengemukakan beberapa cadangan penyelesaian terhadap isu.

Buku ini terdiri daripada empat bab utama iaitu membicarakan mengenai penyelidikan terhadap aspek pemakanan berasaskan kepada Quran dan al-Sunnah dalam bab pertama, diikuti dengan manfaat dan kelebihan penekanan terhadap sunnah dalam aspek pemakanan dalam bab kedua, bentuk-bentuk salah faham, penyelewengan dan kesan terhadap penggunaan istilah sunnah dalam aspek pemakanan dalam bab ketiga dan diakhiri dengan cadangan dan rumusan dalam menangani salah faham penggunaan istilah sunnah dalam pemakanan dalam bab keempat.

Perbincangan dalam setiap bab dalam buku ini adalah hasil daripada penulisan para ahli akademik yang telah dipilih, dinilai dan dibentangkan sempena

International Conference On Food Research Based On Sunnah Nabawiah

(ICFRS 2016) yang berlangsung pada 12 April 2016 di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Semoga segala perbincangan yang telah dikemukakan di dalam buku ini dapat dimanfaatkan bersama ke arah mengangkat lagi martabat Islam serta mengembangbiakkan lagi pelbagai ilmu untuk manfaat bersama. Akhir kalam, diharapkan segala perbahasan yang dipaparkan mendapat keberkatan Allah SWT dan memberikan sumbangan dalam membangunkan umat Islam dengan jayanya.

Penghargaan ditujukan kepada Universiti Malaya atas pemberian geran penyelidikan TRGS (TR001A-2014A) bertajuk „Safe and Health Uses of Fruits and Herbs Mentioned in Al-Quran and Ahadith: An Analysis of Ethnomedicinal Importance in Islamic Products in Malaysia‟.

Wabillahi al-Tawfiq

Sidang Editor.



(12)

(13)

xii

(14)

PENENTUAN MAKANAN HALAL BERASASKAN APLIKASI

PRINSIP ‘UMUM AL-BALWA: SATU TINJAUAN

Mohd Farhan Md Ariffin1, Muhammad Ikhlas Rosele,2 Muhd Afiq Abd Razak,3 Mohd Anuar Ramli4



Abstrak

Penentuan makanan halal berasaskan hukum Islam begitu penting pada hari ini khususnya. Selain melakukan pendalilan daripada nas, kaedah usul dan kaedah fiqh juga digunapakai. Antara prinsip atau kaedah yang boleh digunakan untuk menentukan kehalalan sesuatu makanan adalah menerapkan pendekatan ‘umum al-balwa. Oleh itu, kajian dilakukan dengan menganalisis data-data kepustakaan untuk menjelaskan aplikasi prinsip ‘umum al-balwa dalam penentuan makanan halal. Kajian mendapati bahawa prinsip ‘umum al-balwa

sememangnya digunakan oleh para intelektual Islam dalam menjelaskan dan menentukan hukum sesuatu isu termasuk isu makanan. Namun, penggunaanya tidak meluas dan tidak begitu popular dalam perbahasan fiqh sehingga hari ini.

Kata kunci: ‘umum al-balwa, halal, makanan, kaedah fiqh.

Pengenalan

Penentuan halal sesuatu makanan merupakan perkara yang dititikberatkan di Malaysia, lantaran mencari makanan halal adalah sesuatu yang dituntut dalam Islam. Agama Islam menyeru umatnya untuk mencari makanan yang halal sebagaimana termaktub di dalam firman Allah SWT;

Terjemahan: “Oleh itu, makanlah (wahai orang-orang yang beriman) dengan apa yang telah dikurniakan Allah kepada kamu dari benda-benda yang halal lagi baik, dan bersyukurlah dengan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembah-Nya semata-mata.” [Surah al-Nahl 16: 114]

Di Malaysia, penentuan halal dan haram sesuatu makanan sememangnya diambil berat oleh pihak berkuasa mahupun masyarakat awam. Atas asas itu, isu-isu halal dan haram dalam makanan menjadi perhatian utama oleh setiap lapisan

1

Pelajar Pascasiswazah PhD, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM).

2 Pelajar Pascasiswazah PhD, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM). 3 Pelajar Pascasiswazah Sarjana, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM).

(15)

162

masyarakat. Jika diamati, wujud beberapa isu penentuan makanan halal di Malaysia antaranya; isu penarikan balik sijil halal Secret Recipe, isu halal bihun cap masjid, status ikan keli yang diberi makan usus babi, sosej dari usus babi, kontroversi coklat Cadbury dan sebagainya.

Situasi ini memerlukan jawapan dan penilaian hukum yang sesuai dan bersifat semasa. Penilaian sesuatu makanan halal hakikatnya mempunyai garis panduan yang jelas di dalam al-Quran dan sunnah. Namun perkembangan teknologi telah mempengaruhi dan memberi kesan timbulnya isu baru dalam penentuan status makanan. Oleh itu, pengaplikasian kaedah penentuan halal yang komprehensif perlu diketengahkan.

Asasnya penentuan sesuatu makanan tersebut halal ataupun haram adalah tertakluk kepada nas-nas yang terdapat di dalam al-Quran dan sunnah. Contohnya, haram meminum arak, haram memakan khinzir dan bangkai serta halalnya semua makanan yang baik-baik. Penentuan halal dan haram sesuatu makanan juga boleh dilakukan dengan mengaplikasikan kaedah usul seperti

qiyas, istihalah, istishab, sad al-zarai’ dan sebagainya. Para ulama juga telah membangunkan kaedah fiqh yang boleh diaplikasikan dalam mengenalpasti status sesuatu makanan.

Antara kaedah yang dibangunkan adalah “ma haram qatluhu harama akaluhu” [apa yang haram dibunuh, haram juga untuk dimakan], “al-masyaqqah tujlab al-taysir” [kesempitan mendatangkan kemudahan] dan sebagainya. Oleh

itu kaedah fiqh ini akan ditekankan dalam artikel ini dalam menentukan status halal sesuatu makanan khususnya aplikasi prinsip ‘umum al-balwa.

Konsep Makanan Halal

Bagi menjelaskan konsep makanan halal perlu dilihat maksud makanan dan halal secara ringkas. Makanan adalah merujuk kepada semua substansi yang diperlukan oleh tubuh badan selain air dan semua jenis ubat. Fungsi makanan adalah sebagai pembekal tenaga kepada tubuh, meningkatkan tumbesaran dan zat yang mengatur aliran sistem badan.5 Menurut Fortin, makanan dapat dihuraikan haram.7 Ianya juga bererti menjadi harus.8 Menurut al-Qaradawi, halal dari segi

5 Budiman Chandra, Pengantar Kesehatan Lingkungan (Jakarta: Penerbit Buku Kedokteran EGC, 2007), 85. 6

Neal D. Fortin, Food Regulation: Law, Science, Policy, and Practice (New Jersey: John Wiley & Son, 2011), 35.

7 Ibn Manzur, Lisan al-„Arab. (Kaherah: Dar al-Ma‟arif, t.t.), 9: 974.

8 Ahmad Mokhtar „Umar (2008). Mu‟jam al-Lughat al-„Arabiyah al-Mu‟asirah. (Kaherah: „Alim al-Kutub, 2008), 1:

(16)

CADANGAN DAN RUMUSAN DALAM MENANGANI SALAH FAHAM PENGGUNAAN ISTILAH SUNNAH DALAM PEMAKANAN

163

istilah adalah; perkara yang diharuskan (dibolehkan) yang terlepas daripadanya sebarang ikatan ancaman dari melakukannya dan syariat (Allah SWT) memberi keizinan untuk melakukannya9.

Oleh itu, makanan halal merujuk kepada sesuatu yang bebas daripada komposisi yang dilarang dalam Islam daripada memakannya. Pada dasarnya kebanyakan makanan adalah halal kecuali beberapa makanan yang disentuh secara khusus keharamannya di dalam al-Quran dan sunnah.10 Antara contoh makanan yang haram adalah daging khinzir, bangkai dan binatang yang tidak disembelih atau disembelih atas nama berhala (selain Allah SWT).

Konsep ‘Umum Al-Balwa merujuk kepada bencana dan ujian.

Dari sudut istilah terdapat dua kecenderungan dalam memberi pentakrifan

„umum al-balwa. Golongan usuliyyun menyentuh persoalan ‘umum al-balwa

berasaskan perspektif usul fiqh dengan terma fi mata’ummu bihi al-balwa.

Di dalam kitab al-Bahr al-Muhit karya al-Zarkashi, ia bermaksud semua mukallaf berhajat untuk mengetahui hukum perkara itu.11 Manakala al-Isfarayni mendefinisikan ma ta‘ummu bihi al-balwa sebagai perkara yang semua mukallaf perlu atau berhajat untuk mengetahui hukumnya untuk beramal dengannya. Disebabkan ia menjadi taklif kepada mereka untuk beramal atau meninggalkannya.

Dari perspektif fiqh, ‘umum al-balwa bermaksud sesuatu perkara yang buruk atau dibenci namun sukar untuk dihindari atau dielak kerana ia berleluasa dan meliputi sesuatu keadaan.12 Manakala menurut al-Sadlan, ‘umum al-balwa

berleluasanya bencana atau keburukan sehingga menjadi sukar bagi seseorang untuk menghindarinya.13 Wahbah al-Zuhayli pula mendefinisikan ‘umum al-balwa sebagai meluasnya bala (ujian yang berbentuk kesusahan) sehingga menjadi terlalu sukar untuk seseorang untuk mengelakkan diri darinya.14

9 Al-Qaradawi (1980). Al-Halal wa al-Haram fi al-Islam. (Beirut: al-Maktab al-Islami, 1980), 15. 10 Mian N. Riaz, Muhammad M. Chaudry, Halal Food Production (USA: CRC Press LLC, 2004), 2.

11 Muhammad Ibn Bahadur al-Zarkasyi, al-Bahr al-Muhit fi Usul al-Fiqh (al-Ghardaqah: Dar al-Safwah, 1988), 4: 347. 12 Al-Dawsiri, Musallim bin Muhammad, Qa‟idah Umum al-Balwa wa Atharuha fi Qadaya Dirasah Fiqhiyyah

al-Mu‟asirah. (Arab Sa‟udi: Wizarah al-Ta‟lim al-„Ilmi, 2010), 1641.

13 Salih bin Ghanim Sadlan, al-Qawa„id al-Fiqhiyyah al-Kubra wa ma Tafarra„u „Anha, 243.

14 Wahbah al-Zuhayli, Nazariyyah al-Darurah al-Syar„iyyah Muqaranah Ma„a al-Qanun al-Wad„i (Beirut: Muasasah al

(17)

164

Kesimpulannya, prinsip ‘umum al-balwa adalah sesuatu yang terbentuk bercanggah dengan hukum asal, dan ia sangat berkait rapat dengan keperluan (hajat) umum, serta jika tidak meraikannya maka mendatangkan kesukaran yang lebih teruk.15 Sememangnya sukar difahami pengertiannya jika tidak disertai contoh. Lazimnya ‘umum al-balwa dikaitkan dengan keadaan najis yang dimaafkan, seperti kes najis burung yang terkena di tempat solat atau tempat tawaf.16 Contoh yang lebih dekat dengan situasi di Malaysia ialah tahi cicak yang terkena sejadah adalah dimaafkan berasaskan prinsip ‘umum al-balwa.

Salih Ibn 'Abd Allah Ibn Humayd menyatakan ‘umum al-balwa itu merujuk kepada dua ciri;17

1- Keperluan untuk sesuatu itu diberikan keringanan dalam keadaan umum,

iaitu sukar untuk mengelakkannya dan jika tidak diberi keringanan akan menimbulkan kesulitan yang lebih besar.

2- Sesuatu itu sudah tersebar, iaitu seseorang mukallaf sukar untuk mengelakkan diri daripadanya, atau menghilangkannya, jika tidak diberi keringanan akan menimbulkan kesulitan yang lebih besar.

Bagi ciri pertama, keringanan perlu diberikan kerana untuk memenuhi keperluan orang mukallaf dan bagi ciri kedua, keringanan perlu diberikan kerana ia sukar untuk dihilangkan.18

Wujudnya prinsip ‘umum al-balwa adalah berasaskan beberapa faktor, antaranya; kesukaran untuk mengelak daripada sesuatu yang buruk (najis), kekerapan berlaku sesuatu yang buruk itu tinggi, merata dan menyeluruh kejadian perkara tersebut, banyak dan panjangnya tempoh kejadian, kecil dan remehnya sesuatu yang buruk sehingga sukar untuk dihindari dan dibersihkan, kemudaratan wujud jika cuba mengelaknya dan jika berada dalam situasi darurah.19 Faktor-faktor ini perlu diamati dalam mengenalpasti prinsip ‘umum al-balwa yang

berlaku sehingga mendapat keringanan syara‟.

‘Umum al-balwa ini antara sebab-sebab keringanan dalam hukum syara‟. Antara sebab-sebab keringanan menurut al-Suyuti adalah; permusafiran, sakit, paksaan, lupa, bodoh, ‘umum al-balwa (kesukaran) dan kekurangan (seperti kurang umur dan kurang akal, gila).20 Berikutan kesukaran untuk menghindarinya menyebabkan kes ‘umum al-balwa ini mendapat keringanan syara‟.

15 Mus„ab Mahmud Ahmad Kuwari‟, “Umum al-Balwa wa Atharuha fi Khabar al-Wahid,” (Disertasi Ijazah Sarjana

Usul Fiqh, Kuliyyah al-Syari‟ah wa al-Qanun, Universiti Islam, Ghazzah, 2010), 19.

16

al-Zuhayli, Muhammad, al-Qawaid al-Fiqhiyyah wa Tatbiqatuha fi al-Mazahib al-Arba‟ah. (Dimasyq: Dar al-Fikr, 2006), 265.

17 Salih bin „Abd Allah, “Raf„ al-Haraj fi al-Syari„ah al-Islamiyyah: Dawabituhu wa Tatbiqatuhu,” (Tesis Ijazah

Doktor Falsafah, Kuliyyah al-Syari„ah wa al-Dirasat al-Islamiyyah, Universiti Umm al-Qura, 1981), 289.

18 Ibid, 19

Atikullah Hj. Abdullah, „Umum al-Balwa: Konsep, Kedudukan dan Pemakaiannya dalam Penentuan Hukum dalam

Fiqh Muamalat,” Jurnal Syariah 13 (2), 2005): 93-112, 100-103.

20 Al-Suyuti, Jalal al-Din „Abdul Rahman, al-Asybah wa al-Nazair fi Qawaid wa Furu‟ al-Fiqh al-Syafi‟i. (Riyad:

(18)

CADANGAN DAN RUMUSAN DALAM MENANGANI SALAH FAHAM PENGGUNAAN ISTILAH SUNNAH DALAM PEMAKANAN

165

Berasaskan kaedah yang disepakati ulama‟ seperti “al-masyaqqah tujlab al-taysir” [kesempitan itu mendatangkan kemudahan] dan “idha daqa al-amru ittasa‘a” [jika sempitnya sesuatu urusan, boleh diperluaskan] telah menjadi asas

terbinanya hukum ‘umum al-balwa.21 Oleh itu, ‘umum al-balwa boleh menjadi sebab keringanan sesuatu hukum serta mengharuskannya. Keringanan disebabkan

oleh „umum al-balwa ini menjadi lambang prinsip toleransi dan kemudahan yang dibawa syariat Islam.22

Prinsip ini dilihat amat sesuai untuk difahami pada hari ini susulan perkembangan teknologi, sosio budaya dan persekitaran. Aplikasinya boleh menyelesaikan beberapa persoalan yang timbul. Namun begitu, beberapa garis panduan untuk perlu dipenuhi untuk mengaplikasikan prinsip atau kaedah ‘umum al-balwa.

Aplikasi Dalam Penentuan Makanan Halal

Berbalik kepada persoalan pemakanan. Banyak isu-isu pemakanan yang timbul pada hari ini seperti ikan yang diberi makan najis, haiwan al-Jallalah, kontrovesi Cadbury, ubat-ubatan dari sumber haram dan seumpamanya. Isu-isu tersebut telah menjadi pertikaian dan perbahasan adakah hukumnya halal untuk dimakan ataupun sebaliknya. Bagi menyelesaikannya, beberapa pendekatan telah digunapakai antaranya; teori istihalah, darurah, ‘umum al-balwa dan seumpama. Namun artikel ini bertujuan untuk menganalisis pengaplikasian prinsip ‘umum al-balwa dalam pemakanan secara tuntas.

Prinsip ‘umum al-balwa ini telah diaplikasikan oleh para ulama dalam bidang pemakanan. Ini kerana ruang lingkup berlakunya ‘umum al-balwa tidak terhad kepada isu-isu ibadah bahkan mencakupi isu-isu muamalat23 dan pemakanan. Antara contoh-contoh ‘umum al-balwa yang disentuh dalam perbahasan fiqh adalah;

1- Bijian atau gandum yang terkena tahi dan kencing kerbau tidak dianggap najis.

Sebagaimana maklum dalam amalan pertanian dahulu, penggunaan kerbau untuk melakukan kerja-kerja yang berkaitan amat diperlukan. Kerbau digunakan untuk membajak, tunggangan, pengangkutan hasil pertanian dan sebagainya. Oleh itu amat sukar untuk mengelakkan hasil pertanian daripada terkena tahi dan kencing kerbau tersebut. Kesukaran untuk mengelak hal tersebut berlaku disebut sebagai

21 Ahmad Tijani Harun, “Athar al-Darurah wa al-Hajah wa „Umum al-Balwa fi ma Yahillu wa Yahrimu min al-Mahn

wa al-Wazaif Kharij Diyar al-Islam,” (makalah Majma‟ Fuqaha‟ al-Syari‟ah Bi Amirika, Manama, Bahrain, November 2007), 9.

22

Ya‟qub „Abd al-Wahhab al-Bahisin, Raf‟ al-Haraj fi al-Syari‟ah al-Islamiyyah: Dirasah Usuliyyah Ta‟siliyyah (Riyadh: Maktabah al-Rusyd, 2001), 435.

(19)

166

‘umum al-balwa. Oleh itu, hasil pertanian yang terkena tahi dan kencing kerbau tidak dianggap najis dan halal untuk dimakan.

2- Air daripada bekas jilatan kucing tidak dianggap najis.

Kucing mempunyai hukum yang berbeza bukan kerana sifatnya tetapi kerana umumnya ia bersifat jinak dan berada di sekeliling manusia. Sabda Nabi SAW;

Terjemahan: “Sesunggunya ia (kucing) bukanlah najis, sesungguhnya ia merupakan haiwan yang sering berada di sekeliling kita.” [Hadis riwayat Abu Dawud]

Di dalam kitab ‘Awn al-Ma‘bud menjelaskan bahawa kucing adalah binatang yang wujud di sekitar rumah. Ia akan bermain dan bergesel pada pakaian dan tubuh badan manusia. Sekiranya kucing adalah najis, sudah tentu sukar untuk sentiasa membersihkan tempat yang dilaluinya. Begitu juga kesukaran yang wujud dalam menjaga bekas-bekas air daripada dijilat kucing.

Oleh itu, „illah utama yang wujud berkaitan kucing dan jilatannya tidak najis adalah darurah yang meluas dan kesukaran untuk mengelak daripadanya.24

Atas alasan itu air bekas jilatan kucing tidak najis dan boleh digunakan untuk berwuduk bahkan diminum. Ia juga terpakai pada makanan yang terkena jilatan kucing kerana asasnya adalah sama iaitu sukar untuk menghindari daripada berlakunya keadaan tersebut (kucing menjilat atau menggigit makanan di rumah).

3- Harus memakan ikan kecil tanpa membuang isi perutnya (yang najis).

Antara perkara yang buruk dan sukar untuk dielakkan dalam pemakanan adalah najis yang terdapat pada ikan-ikan kecil (misalnya ikan bilis). Pada asalnya memakan ikan adalah halal berdasarkan firman Allah SWT;

(20)

CADANGAN DAN RUMUSAN DALAM MENANGANI SALAH FAHAM PENGGUNAAN ISTILAH SUNNAH DALAM PEMAKANAN

167

menghalalkan ikan-ikan yang kecil walaupun belum tidak dibuang isi perutnya. Ibn Hajar al-Haythami menjelaskan halalnya ikan kecil yang tidak dibuang isi berikutan najis mempunyai gas yang membuatkannya mudah menghasilkan api (seperti gas metana yang wujud dalam najis lembu).27 Bahan api daripada najis juga digunakan oleh sesetengah masyarakat untuk memasak makanan.28 Bagi masakan yang dimasak menggunakan najis adalah sukar untuk mengelakkan abu bahan bakar tersebut terkena pada makanan.

Oleh kerana itu apabila debu dari bahan bakar yang berupa najis tidak dianggap najis. Ini bermakna makanan yang terkena debu tersebut halal untuk dimakan. Hal ini kerana kesukaran yang wujud untuk mengelakkan debu tersebut daripada terkena makanan menjadi satu keringanan.

Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa dalam perbahasan fiqh, prinsip ‘umum al-balwa diaplikasikan dalam menentukan halalnya sesuatu makanan. Oleh itu, ia tidak menghalang penggunaan kaedah atau prinsip tersebut untuk menentukan status halal makanan pada masa kini. Tambahan pula kemajuan teknologi pembuatan makanan dan seumpamanya dilihat memerlukan penggunaan metode penentuan halal yang pelbagai dan komprehensif.

Namun begitu, penggunaan prinsip ini hendaklah berasaskan garis panduan atau syarat-syarat tertentu. Berikut adalah garis panduan yang perlu dititikberatkan ketika mengaplikasikan prinsip ‘umum al-balwa;29

1- Hendaklah ‘umum al-balwa itu benar-benar berlaku, bukannya sangkaan. 2- ‘Umum al-balwa yang berlaku adalah kerana tabiat, sifat dan keadaan

sesuatu (penyebab) itu. Bukannya kerana kecuaian atau tindakan manusia. 3- Tidak berniat atau sengaja menjadikan ‘umum al-balwa sebagai alasan

untuk mendapatkan rukhsah dan keringanan.

4- ‘Umum al-balwa tidak menjadi penyebab untuk melakukan maksiat.

25 Ibn Hajar al-Haythami, Tuhfah al-Muhtaj bi Syarh al-Minhaj (t.tp: Matba„ah Mustafa Muhammad, t.t.), 9: 377. 26 Ibn Nujaym, al-Asybah wa al-Nazair. (Dimasyq: Dar al-Fikr. 1999), 85

27

Brian Williams, Siri Teknologi Baharu: Teknologi Pengangkutan (Kuala Lumpur: ITBM, 2010), 15.

28 Andrew Solway, Sumber Tenaga Yang Boleh Diperbaharui (Kuala Lumpur: ITBM, 2011), 9.

29 Al-Dawsiri, Musallim bin Muhammad. Umum Balwa: Dirasah Nazariyyah Tatbiqiyyah. (Riyad: Maktabah

(21)

168

5- Keringanan hanyalah pada keadaan dan ketika wujudnya ‘umum al-balwa

tersebut. Jikalau tiada lagi ‘umum al-balwa, maka keringanan juga terangkat.

Garis panduan ini wajar dipatuhi untuk menentukan status halal berasaskan prinsip ‘umum al-balwa. Ia dapat mengelakkan daripada kesilapan dalam menentukan status halal sesuatu makanan. Ia juga dapat mengelakkan daripada penyalahgunaan kaedah ini, sebagai contoh produk yang diletakkan DNA khinzir untuk menambah keenakannya dan berhujah menggunakan kaedah

‘umum al-balwa. Jelas, ia adalah salah dan tidak menepati prinsip keringanan

yang dimaksudkan oleh syara‟.

Sebagai penjelasan, konsep ‘umum al-balwa bukanlah satu kaedah untuk menghalalkan sesuatu produk makanan sepertimana yang berlaku dalam proses istihalah. Ia merupakan satu bentuk keringanan syara‟ yang mirip dengan situasi darurat. Orang yang tersesat di dalam hutan boleh memakan daging khinzir jika

lapar dan boleh membahayakan nyawa adalah bentuk keringanan syara‟. Begitu

juga halnya seseorang yang diharuskan memakan najis (kekotoran yang bukan hakiki) jika ia merupakan sesuatu yang sukar untuk dielakkan. Oleh itu, modus operandi ‘umum al-balwa dapat dijelaskan melalui jadual berikut;

(22)

CADANGAN DAN RUMUSAN DALAM MENANGANI SALAH FAHAM PENGGUNAAN ISTILAH SUNNAH DALAM PEMAKANAN

169

diserapi unsur najis adalah dengan mengaplikasikan prinsip ‘umum al-balwa. Jika makanan tersebut menepati prinsip dan garis panduan ‘umum al-balwa, makanan tersebut dihukumkan halal dan boleh dimakan.

Kesimpulan

Sememangnya didapati prinsip ‘umum al-balwa menjadi salah satu kaedah untuk memperjelas dan menentukan hukum halal (dalam bentuk keringanan) sesuatu makanan. Namun aplikasinya tidak begitu meluas dalam karangan fiqh silam. Contoh yang diberikan adalah terhad kepada beberapa contoh makanan sahaja. Namun ia tidak menafikan pengaplikasian prinsip ini diiktiraf dalam menentukan kehalalan sesuatu makanan.

Oleh itu, dalam menyelesaikan isu halal dan haram makanan pada hari ini, prinsip ‘umum al-balwa hendaklah digunapakai. Namun begitu, penggunaannya mestilah tertakluk kepada beberapa syarat dan garis panduan sebagaimana dirujuk.

Ahmad Tijani Harun (2007). “Athar al-Darurah wa al-Hajah wa „Umum al-Balwa fi ma Yahillu wa Yahrimu min al-Mahn wa al-Wazaif Kharij Diyar al-Islam,”

Paper presented at Majma‟ Fuqaha‟ al-Syari‟ah Bi Amirika, Manama, Bahrain, November 2007.

Al-Bahisin, Ya‟qub „Abd al-Wahhab (2001). Raf’ al-Haraj fi al-Syari’ah al

-Islamiyyah: Dirasah Usuliyyah Ta’siliyyah. Riyadh: Maktabah al-Rusyd. Al-Burnu, Muhammad Sidqi bin Ahmad (1996). Al-Wajiz fi Idah al-Qawa‘id al

-Fiqh al-Kulliyah. Bayrut: Mu‟asasah al-Risalah.

Al-Dawsiri, Musallim bin Muhammad (2000). Umum al-Balwa: Dirasah

Nazariyyah Tatbiqiyyah. Riyad: Maktabah al-Rusyd.

Al-Dawsiri, Musallim bin Muhammad (2010). Qa’idah Umum al-Balwa wa Atharuha fi Qadaya al-Dirasah al-Fiqhiyyah al-Mu’asirah. Arab Sa‟udi:

Wizarah al-Ta‟lim al-„Ilmi.

(23)

170

Al-Zarkasyi, Muhammad bin Bahadur (1988). Al-Bahr al-Muhit fi Usul al-Fiqh. Al-Ghardaqah: Dar al-Safwah.

Al-Zuhayli, Muhammad (2006). Qawaid Fiqhiyyah wa Tatbiqatuha fi al-Mazahib al-Arba’ah. Dimasyq: Dar al-Fikr. 265.

Al-Zuhayli, Wahbah (1985). Nazariyyah al-Darurah al-Syar‘iyyah Muqaranah

Ma‘a al-Qanun al-Wad‘i. Bayrut: Muasasah al-Risalah, 1985.

Atikullah Hj. Abdullah (2005). „Umum al-Balwa: Konsep, Kedudukan dan

Pemakaiannya dalam Penentuan Hukum dalam Fiqh Muamalat. Jurnal

Syariah, 13 (2): 93-112.

Budiman Chandra (2007). Pengantar Kesehatan Lingkungan. Jakarta: Penerbit Buku Kedokteran EGC.

Fortin, N. D. (2011). Food Regulation: Law, Science, Policy, and Practice. New Jersey: John Wiley & Son.

Humayd, Salih bin „Abd Allah (1981). “Raf„ al-Haraj fi al-Syari„ah al

-Islamiyyah: Dawabituhu wa Tatbiqatuhu,” Unpublished thesis, Kuliyyah al

-Syari„ah wa al-Dirasat al-Islamiyyah, Universiti Umm al-Qura. Ibn Manzur (n.d.). Lisan al-‘Arab. Qahirah: Dar al-Ma‟arif.

Ibn Nujaym (1999). al-Asybah wa al-Nazair. Dimasyq: Dar al-Fikr.

Kuwari‟, Mus„ab Mahmud Ahmad (2010) “„Umum al-Balwa wa Atharuha fi Khabar al-Wahid.” Unpublished Master Disertation in Usul al-Fiqh, Kuliyyah al-Syari‟ah wa al-Qanun, Universiti Islam, Ghazzah.

Mohammad Aizat Jamaludin & Mohd Anuar Ramli (2011). Sumber Asas Terhadap Penentuan Halal Haram Terhadap Barang Gunaan. In Suhaimi Ab

Rahman & Mohammad Aizat Jamaludin (eds.), Halal Haram dalam

Kepenggunaan Islam Semasa, 20-37. Serdang: UPM Press.

Nurhidayah Pauzi & Saadan Man (2015). Haiwan Jallalah dari Perspektif Islam: Analisis Fatwa Malaysia dan Negara Brunei Darussalam. Jurnal Fiqh, 12: 57-78.

Raja Nerina Raja Yusof (2014). Halal Marketing. In Marketeer, 2. Selangor: Institute of Marketing Malaysia.

Riaz, M. N. & Chaudry, M. M. (2004). Halal Food Production. USA: CRC Press LLC.

Sadlan, Salih bin Ghanim (1417H). Al-Qawa‘id al-Fiqhiyyah al-Kubra wa ma

Tafarra‘u ‘Anha. Riyadh: Dar Belensiyah.

Solway, A. (2011). Sumber Tenaga Yang Boleh Diperbaharui. Kuala Lumpur: ITBM.

Williams, B. (2010). Siri Teknologi Baharu: Teknologi Pengangkutan. Kuala Lumpur: ITBM

(24)

Referensi

Dokumen terkait

Analisa yang digunakan untuk mengevaluasi kelayakan investasi harga air irigasi bagi petani dibatasi hanya dengan metode Benefit Cost Rato (BCR) dan NPV saja,

§ En el mismo panel se dispondrá de un conmutador para poder seleccionar el mando en cabina de control o en puente de gobierno. § La estación principal de control

Berdasarkan hasil perhitungan pada siklus I dan II di atas dapat direfleksikan bahwa: “ Penerapan metode demonstrasi yang dikembangkan pada siklus I dan II sudah

Tujuan penelitian ini adalah (i) untuk mengkaji dan menganalisis penerapan program kesejateraan sosial terhadap masyarakat miskin di kota Makassar; (ii) untuk

Sumber, baik berupa data, fakta dan peristiwa yang terjadi dari alam semesta, fakta dalam publisitas kegiatan Meeting, Incentive, Conference, Exhibition di Manado adalah kesiapan

Dua peristiwa atau lebih dikatakan saling bebas apabila terjadinya peristiwa yang satu tidak mempengaruhi atau dipengaruhi terjadinya peristiwa yang lainnya. Untuk dua peristiwa A

Rekan-rekan asisten konsultan Pusat Layanan Psikologi Unika Widya Mandala Surabaya (Alethea, Glorry, Lambang, Putri Makmur, Evelyn) yang telah menjadi teman

Contoh air laut untuk penentuan konsentrasi klorofil-a fitoplankton, seston dan karbon organik diambil pada lapisan permukaan di 10 stasiun yang tersebar diperairan Teluk Banten dan