1
Isu Penggunaan Alkohol Dalam Penghasilan Produk Gunaan Semasa:
Analisis dari Perspektif Hukum Islam
Mohammad Aizat Jamaludin+ 1, Mohd Anuar Ramli2, Dzulkifly Mat Hashim3 dan Suhaimi Ab. Rahman4
1
Pegawai Penyelidik, Laboratori Polisi dan Pengurusan Halal, Institut Penyelidikan Produk Halal, Universiti Putra Malaysia
2
Pensyarah, Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya 3
Ketua, Makmal Analisis Halal, Institut Penyelidikan Produk Halal, Universiti Putra Malaysia 4
Ketua, Laboratori Polisi dan Pengurusan Halal, Institut Penyelidikan Produk Halal, Universiti Putra Malaysia
Abstrak
Industri berasaskan penghasilan produk gunaan halal berkembang pesat kesan permintaan yang tinggi dalam pasaran. Produk gunaan ini merangkumi makanan dan bukan makanan. Alkohol merupakan di antara bahan aditif dan penstabil yang banyak digunakan dalam penghasilan produk gunaan sama ada produk yang digunapakai secara dalaman (orally) atau luaran (non consumable). Akhir-akhir ini, timbul pelbagai isu berhubung dengan penggunaan alkohol dalam produk gunaan. Antaranya minuman ringan seperti malta dan barbican yang beralkohol, kek yang dicampur dan disapu dengan khamr atau arak, daging steak dan makanan laut (seafood) yang dicampur alkohol, barangan kosmetik dan dandanan diri yang mengandungi alkohol dan seumpamanya. Isu ini timbul ekoran daripada salah faham terhadap pemahaman alkohol dan arak (khamr). Ramai dalam kalangan pengguna yang menyamakan antara alkohol dan arak, yang mana implikasinya, timbul kekeliruan terhadap beberapa produk gunaan dan masyarakat merasa ragu-ragu dalam memilih produk berkenaan di pasaran. Justeru, kertas kerja ini akan membincangkan konsep alkohol dan perbezaannya dengan arak (khamr) serta perbincangan beberapa isu yang berkaitan menurut perspektif hukum Islam. Selain itu, kertas kerja ini juga turut membincangkan terhadap kadar alkohol yang dibenarkan dalam barangan gunaan sama ada makanan dan bukan makanan.
Kata kunci: Alkohol, khamr, halal dan haram, arak, hukum Islam
2
Pengenalan
Dewasa kini, masyarakat mula sedar dan sensitif dengan isu berkaitan industri penghasilan produk gunaan terutama berkiatan makanan dan bukan makanan. Ini kerana produk gunaan ini melibatkan persoalan status sama ada halal atau haram yang menyumbang kepada pertumbuhan fizikal dan emosi manusia, khususnya pengguna Muslim. Saban tahun, isu berkaitan produk gunaan tidak pernah sunyi dibincangkan dan masyarakat masih kurang jelas tentang persoalan tersebut. Salah satu isu yang menjadi topik polemik adalah penggunaan alkohol atau arak (khamr) dalam produk gunaan semasa.
Secara umumnya, alkohol banyak digunakan dalam barang gunaan. Penggunaannya tidak terhad untuk produk yang diguna pakai secara dalaman (orally) seperti makanan dan minuman sahaja, ia juga digunakan dalam penghasilan produk luaran seperti farmaseutikal, kosmetik dan dandanan diri.
Sekitar tahun 2005, timbul isu penggunaan arak seperti rum dan wisky dalam masakan laut (seafood) sebagai penambah rasa tambahan supaya lebih enak dan lazat untuk dimakan. Pada tahun berikutnya, arak juga dikatakan digunakan dalam pembuatan kek dan pastri sebagai agen penaik dan pengilat.2 Manakala di awal tahun 2010, akhbar pernah melaporkan alkohol dikenalpasti dalam produk minuman ringan seperti air bikarbonat, malta, barbican, hoffagman, air nira serta produk berasaskan pemeraman lain seperti kicap, dan tapai.
Justeru, kertas kerja ini akan membincangkan tentang alkohol dalam produk gunaan semasa menurut perspektif hukum Islam. Kupasannya melibatkan konsep, hubungkait
3
serta perbezaan di antara alkohol dan arak. Selain itu, perbincangan juga berkaitan kadar penentuan yang dibenarkan berasaskan fatwa semasa.
Alkohol Dan Hubungannya Dengan Arak (Khamr) Menurut Perspektif Islam
Secara asasnya, tidak semua alkohol itu adalah arak tetapi semua arak itu beralkohol. Alkohol adalah nama yang digunakan dalam kaedah saintifik kepada sebatian yang mempunyai kumpulan hidroksi (OH). Ia memliki daya pengaruh yang kuat terhadap tubuh badan disebabkan zatnya yang mengandungi gula dan boleh menimbulkan rasa bertenaga apabila diminum. Selain itu, alkohol juga berfungsi memberi ransangan tertentu kepada saluran saraf sehingga menyebabkan tidak sedarkan diri atau memabukkan.3
Terdapat dua sebatian yang memberi kesan memabukkan daripada alkohol di dalam minuman iaitu etanol dan metanol. Sumber kepada alkohol ialah kayu yang dikenali sebagai metil alkohol (metanol CH-OH) atau biji-bijian yang juga dikenali sebagai etil alkohol (etanol C2H5OH).4 Kebiasaannya, metanol tidak digunakan dalam minuman sebaliknya etanol digunakan sebagai campuran yang terdapat dalam minuman keras seperti bir (6%), wiski (35%) dan wain (10-20%).5 Hal ini kerana metanol jika diambil dalam kadar kuantiti yang sedikit, sudah boleh menyebabkan kemabukan apatah lagi dalam kadar yang tinggi sehingga membawa kematian.
Sebagai contoh, sebatian wain berkemungkinan mengandungi percampuran antara etanol dan metanol. Hal ini disebabkan metanol dapat terjana semasa proses fermentation (pemeraman) tersebut apabila bahan-bahan sebatian itu mengandungi
3 Ibid., h. 84.
4 Maynard A. Joslyn (1970), “Alcoholometry”, Methods in Food Analysis: Physical, Chemical, and Instrumentals Methods of Analysis, London: Academic Press, h. 451.
5
4
peptin (sejenis polisakarida) di dalam cell wall (dinding) kulit buah dan seumpamanya. Namun begitu, lazimnya sebatian metanol tersebut adalah sangat sedikit iaitu sekitar 0.01%.
Dalam Islam, tidak semua jenis alkohol adalah diharamkan. Ia berbeza dengan arak (khamr) apabila ia merupakan di antara bahan yang jelas diharamkan bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah. Di dalam al-al-Quran, khamr disebut sebanyak 6 kali di dalam beberapa tempat seperti surah al-Baqarah, ayat 219 serta surah al-Maidah, ayat 90 dan 91 yang menerangkan sifat dan hukum meminum khamr. Firman Allah SWT:6
“Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) arak, berjudi, (berkorban untuk) berhala, bertenung nasib dengan panah adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keuntungan. Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) arak dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingati Allah dan sembahyang. Maka berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu).”
6
5
Seterusnya di dalam surah Muhammad, ayat 15 menyatakan khamr adalah minuman yang disediakan untuk ahli syurga. Selain itu, ayat 36 dan 47 surah Yusuf menceritakan tentang dialog dua pemuda yang berada di dalam penjara menyatakan tentang mimpi mereka dan kemudiannya ditafsirkan oleh Nabi Yusuf A.S.
Asasnya, perkataan khamr daripada kata ( ) yang bererti ( هرتس
) iaitu menutup dan menyembunyikannya.7 Menurut pengarang kitab Rawai‘i al
-Bayan Tafsir Ayat al-Ahkam, khamr adalah ( ) iaitu apa yang dapat
menutup akal.8 Dalam lisan al-‘Arab, khamr bermaksud mendekati dan bercampur.9 Manakal al-Razi dalam tafsirnya menakrifkan khamr kepada dua pengertian iaitu pertama, sesuatu yang menutup akal dan berlaku perubahan manakala keduanya, terdapat perubahan daripada bau anggur tersebut.10
Terdapat dua golongan pandangan fuqaha yang memberikan maksud berbeza untuk khamr. Pendapat pertama, Imam Abu hanifah mendefinisikan khamr sebagai nama
(sebutan) bagi minuman yang dibuat daripada perahan anggur selepas dimasak sehingga mendidih serta mengeluarkan buih. Kemudiannya ia berubah menjadi suci semula. Manakala, pendapat kedua dari kalangan mazhab Hanafiyyah dan jumhur ulama. Mereka berpandangan setiap minuman yang mengandungi unsur memabukkan sekalipun bukan daripada perahan anggur adalah khamr.11
7 Louis Ma‘luf (1956), Kamus al-Munjid fi al-Adabi wa al-‘Ulum, Beirut: al-Kasulikiyyah, cet. 5, h. 195.
8 Muhammad ‘Ali al-Sobuni (t.t.), Rawai‘ al-Bayan Tafsir Ayat al-Ahkam, Beirut: Dar al-Fikr, h. 267. 9 Ibn Fadl Jalaluddin Muhammad bin Muharram al-Ifriqi (t.t.), Lisan al- ‘Arab, Beirut: Dar Shadar,
Jilid IV, h. 256. 10
Muhammad Fakhruddin al-Razi (1981), TafsirFakh al-Razi, Beirut: Dar al-Fikr, jilid XII, hh. 84-85. 11
6
Oleh yang demikian, semua jenis minuman memabukkan yang dihasilkan daripada apa-apa juga bahan seperti perahan anggur,12 nira, barli, beras, ubi kentang, jagung, gandum dan buah-buahan13 atau biji-bijian yang lain dikategorikan sebagai arak. Bahan-bahan ini menyebabkan hilang kewarasan akal.14
Selain al-Quran, Nabi saw juga mengharamkan minuman arak di dalam beberapa sabda baginda yang berbeza. Berdasarkan riwayat al-Nasa’i daripada Abu Hurairah, Nabi SAW bersabda:15
Maksudnya:
“Khamr itu dihasilkan daripada dua jenis tumbuhan iaitu kurma dan anggur.”
Selain itu, Nabi SAW juga bersabda:16
Maksudnya:
“Setiap yang memabukkan adalah arak (khamr) dan setiap memabukkan adalah haram. Barangsiapa yang meminum arak di dunia dan kemudiannya amati, dia tidak akan meminumnya di akhirat.”
Begitu juga, Nabi SAW telah melaknati semua perkara yang berkait dengan arak dalam sabdanya yang lain:17
12
Majma‘ al-Lughah al-‘Arabiyyah (2004), al-Mu‘jam al-Wasit, cet. 4, Mesir: Maktabah Syuruq al-Dauliyyah, h. 255; Sa‘di Abu Jayyib (1988), al-Qamus al-Fiqhi: Lughatan wa-Istilahan, cet. 2, Damsyik: Dar al-Fikr, h. 123.
13 Muhammad Rawwas Qal‘ahji (1996), Mu‘jam Lughah al-Fuqaha’, Beirut: Dar al-Nafa‘is, h. 179. 14 Abu Bakr Muhammad bin ‘Abd Allah Ibn al-‘Arabi (t.t.), Ahkam al-Qur’an, Beirut: Dar Kutub
al-‘Ilmiyyah, h. 209.
15 Riwayat al-Nasa’i, no. hadis: 5589. 16 Jami‘ al
7 Maksudnya:
“Rasulullah SAW melaknat tentang arak sepuluh golongan iaitu yang memerahnya, yang diperah untuknya, yang meminumnya, yang membawanya, yang dibawa kepadanya, yang menuangkannya, yang menjualnya, yang memakan harganya, yang membelinya dan yang dibelikan untuknya.”
Status Penggunaan Alkohol dalam Industri Produk Gunaan
Terdapat dua jenis penggunaan alkohol sama ada melibatkan dalaman (internal) atau luaran (external). Hal ini kerana wujud perbezaan terhadap pengklasifikasian tersebut apabila bahan ini diproses dalam industri tersebut. Penggunaan dalaman atau unnatured alcohol (tidak dinyah-aslikan)18 termasuklah sebagai bahan minuman seperti minuman bikarbonat atau bahan campuran dalam makanan. Manakala penggunaan luaran atau dinature alcohol (dinyah-aslikan)19 pula melibatkan sapuan seperti minyak wangi serta deodoran, semburan dan seumpamanya.
Dalam industri pemprosesan makanan, alkohol digunakan sebagai bahan pelarut yang penting selain air. Ia berfungsi sebagai perasa tambahan dalam makanan seperti kek, masakan makanan laut dan seumpamanya.20 Dalam penghasilan perasa makanan, bahan yang dipanggil sebagai minyak essential dilarutkan dalam alkohol dengan tujuan
17
Ibid., no. hadis : 1295, h. 1781. 18
Unnatured alcohol atau food drink alcohol merupakan sebatian alkohol yang diproses dalam industri makanan tanpa melibatkan bahan tambahan lain yang bertujuan sebagai bahan pelarut dalam ingredient makanan.
19 Dinature alcohol merupakan sebatian alkohol yang dinyah-aslikan dengan cara ditambah bahan-bahan lain supaya ia tidak sesuai untuk diminum atau orally alcohol consumption. Ia hanya digunakan untuk aktiviti perindustrian penghasilan makanan sahaja. Lihat Arnold E. Bender (1965), Dictionary of Nutrition and Food Technology, London: Butterworth & Co. Ltd., h. 6.
20 Maynard A. Joslyn (1963), “Alcoholometry”,
8
supaya tahan lebih lama serta mampu mengekalkan bauannya.21Selain itu, dalam penghasilan produk makanan seperti kek biasanya ia disapu atau dicampur untuk menghasilkan kek yang lebih bermutu. Begitu juga dalam industri penternakan, alkohol juga digunakan untuk menambah kualiti daging. Contohnya, lembu Kobe.22
Para ulama telah berijma‘ tentang pengharaman meminum arak.23 Al-Syirazi juga berpandangan pengambilan arak adalah haram jika tidak melibatkan keadaan dharurah.24Kedudukannya adalah najis sama seperti darah. Begitu juga pendapat ulama yang lain seperti Hanafi, Maliki, Syafi‘i dan Hanbali.25 Justeru, dari aspek penggunaan dalaman atau sebagai minuman, ulama bersepakat mengharamkannya.
Namun begitu, untuk penggunaan luaran para ulama berselisih pendapat kepada dua pandangan utama. Sebilangan mereka mengharuskan penggunaan luaran. Pandangan ini selaras dengan hujah mereka bahawa alkohol atau arak adalah suci. Ini kerana asal sesuatu bahan adalah suci sehingga terdapat dalil yang membuktikan ianya adalah najis.26 Selain itu, pandangan ini disokong juga oleh Rabi‘ah, al-Layth bin Sa‘d, al -Muzani salah seorang ulama mazhab Syafi‘i yang berpandangan arak adalah suci melainkan jika untuk diminum.27
21 Panduan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (2006), Op. cit., h. 175.
22 Ia diberi minum sake, diperdengarkan muzik dan dinamakan sebagai Wagyu. Lihat Jabatan Perkhidmatan Haiwan Negeri Perak (2006), “Daging Kobe Gred Dunia Keluaran Malaysia”, www.jphpk.gov.my.
23
Yusuf al-Qaradawi (2006), (terj.) Fikih Thaharah, Jakarta Timur: Pustaka al-Kautsar, h. 38. 24 Abu Ishaq Ibrahim bin ‘Ali ibn Yusuf al
-Fayruz Abadi Syirazi (1995), Muhadhdhab fi Fiqh al-Imam al-Syafi‘i, juz. 1, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, h. 54.
25 Nazih Hammad (2004), “al-Mawad al-Muharramah wa al-Najisah fi al-Ghiza’ wa al-Dawa’ bayna al -Nazariyyah wa al-Tatbiq”, (terj.) Basri Ibrahim, Penggunaan Bahan-Bahan Yang Haram dan Najis di dalam Makanan dan Ubat-Ubatan, Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publishers, h. 58.
26 Ibn Taymiyyah (2005), Majmu‘ah al-Fatawa Ibn al-Taymiyyah, cet. 3, Mansurah: Dar al-Wafa’, h. 158.
27
9
Pendapat ini turut disokong dengan resolusi yang dikeluarkan oleh Nadwah Fiqh Perubatan:28
“Bahan alkohol tidak bersifat najis dari segi Syarak…Oleh itu tidak menjadi kesalahan untuk menggunakan alkohol dari sudut perubatan sebagai bahan pencuci kulit, kecederaan, ubat-ubatan dan pembunuh kuman. Begitu juga dengan penggunaan minyak wangi.”
Pandangan kedua pula berpendapat penggunaan luaran turut haram disebabkan sifat arak yang najis. Menurut Imam al-Nawawi, arak adalah tidak suci atau haram penggunaannya walaupun bersifat luaran.29 Pendapat ini selari dengan pandangan Imam al-Ghazali dengan menyatakan pengharaman alkohol atau arak adalah secara mutlak sama ada dalaman atau luaran.30
Panduan isu-isu alkohol berasaskan fatwa semasa berkaitannya
Selain pandangan ulama yang bervariasi tersebut, beberapa fatwa telah diputuskan sebagai panduan dalam mendepani isu-isu berasaskan alkohol. Majlis Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan telah menggariskan beberapa panduan berhubung dengan penggunaan alkohol, iaitu:
i. Setiap minuman arak mengandungi alkohol tetapi bukan semua alkohol itu daripada arak. Alkohol daripada proses pembuatan arak hukumnya haram dan najis tetapi alkohol yang dibuat bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya
28 Dinukilkan daripada Nazih Hammad. Lihat Ibid., h. 77.
Nadwah Fiqh Perubatan kali kelapan anjuran Pertubuhan Ilmu-Ilmu Perubatan Islam yang berlangsung di Kuwait dari 22-24hb Mei 1995.
29
Al-Qaradawi (2006), Op. cit., h. 41. 30
10
tidak najis tetapi haram dimakan. Berdasarkan keputusan ini, pembuatan mousy dan malt extract adalah haram.
ii. Minuman ringan yang dibuat sama caranya dengan buat arak sama ada mengandungi sedikit alkohol atau alkoholnya disulingkan adalah haram diminum.
iii. Minuman ringan yang dibuat bukan untuk dijadikan arak atau bahan yang memabuk dan tidak sama caranya dengan proses arak adalah halal.
iv. Tapai halal dimakan.
v. Alkohol yang terjadi secara sampingan dalam proses pembuatan makanan tidak najis dan boleh dimakan.
vi. Ubat-ubatan dan pewangi yang mengandungi alkohol hukumnya harus dan dimaafkan.31
vii. Kordial yang mengandungi bahan perasa (flavour) yang dimasukkan alkohol untuk tujuan penstabilan adalah harus (boleh) digunakan untuk tujuan minuman sekiranya:
a) Alkohol itu bukan dihasilkan daripada proses pembuatan arak.
b) Bahawa kuantiti alkohol dalam perasa itu adalah sedikit iaitu tidak memabukkan.32
Di samping itu, fatwa ini telah disemak semula pada tahun 2011. Berdasarkan taklimat, pembentangan dan penjelasan yang disampaikan oleh pakar-pakar daripada Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH), Universiti Putra Malaysia serta dengan mengambil kira keputusan-keputusan yang telah diputuskan dalam Muzakarah
31 Muzakarah Majlis Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang telah diadakan di Ipoh pada 11-14 April 1984. Lihat www.e-fatwa.gov.my/JAKIM/24 Oktober 2011.
32
11
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia terdahulu, Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang membincangkan isu alkohol dalam makanan, minuman, pewangi dan ubat-ubatan pada 14 hingga 16 Julai 2011 telah bersetuju memutuskan seperti berikut:33
1. Setiap minuman arak adalah mengandungi alkohol. Walau bagaimanapun bukan semua alkohol itu adalah arak. Alkohol yang diperolehi dari proses pembuatan arak, hukumnya haram dan najis.
2. Manakala alkohol yang diperolehi bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis, tetapi haram (tidak boleh) diminum dalam bentuk aslinya kerana ia adalah racun dan boleh membunuh.
3. Minuman ringan yang diproses atau dibuat bukan dengan tujuan untuk menghasilkan arak dan mempunyai alkohol di bawah aras 1% v/v adalah harus (boleh) diminum.
4. Manakala minuman ringan yang dibuat dengan niat dan cara yang sama seperti proses membuat arak, sama ada mengandungi banyak atau sedikit alkohol atau alkoholnya disuling adalah haram diminum.
5. Makanan atau minuman yang mengandungi alkohol secara semula jadi seperti buah-buahan, kekacang atau bijirin serta perahannya, atau alkohol yang terkandung itu terjadi secara sampingan semasa proses pembuatan makanan atau minuman adalah tidak najis dan harus (boleh) dimakan atau diminum.
33
12
6. Makanan atau minuman yang mengandungi bahan perisa atau pewarna yang mengandungi alkohol untuk tujuan penstabilan adalah harus (boleh) digunakan sekiranya alkohol itu bukan dihasilkan dari proses pembuatan arak dan kuantiti alkohol dalam produk akhir itu adalah tidak memabukkan dan kadar alkohol tidak melebihi 0.5%.
7. Ubat-ubatan dan pewangi yang mengandungi alkohol sebagai bahan pelarut adalah tidak najis dan diharuskan sekiranya alkohol tersebut bukan diambil melalui proses pembuatan arak.
Kesimpulan