• Tidak ada hasil yang ditemukan

Penyediaan Perumahan Rakyat Dari Pandang

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Penyediaan Perumahan Rakyat Dari Pandang"

Copied!
5
0
0

Teks penuh

(1)

PENYEDIAAN PERUMAHAN RAKYAT DARI PANDANGAN ISLAM1

Dr. Mohd Fuad Bin Mohd Salleh2 Universiti Selangor

Abstrak

Rumah Mampu Milik adalah rumah yang mampu dimiliki oleh rayat yang berpendapatan rendah atau sederhana. Ia boleh dilaksana dengan penglibatan kerajaan secara aktif sama ada secara terus di bawah pentadbiran kerajaan atau melalui institusi yang ditubuhkan oleh kerajaan.Konsep mampu milik sama ada melalui pembelian atau sewaan boleh dilakukan dengan tiga cara iaitu (1) kawalan harga dan kawalan sewa, (2) Bantuan geran, atau (3) pembinaan oleh kerajaan dengan menjual atau menyewakan di bawah harga pasaran.

Pengenalan

Menjadi fitrah setiap makhluk untuk menyediakan tempat tinggal yang dijadikan sebagai tempat beristirahat dan melindungi diri, walau dalam bentuk dan ukuran yang berbeza-beza sesuai dengan kemampuan dan keperluan makhluk itu sendiri. Jika pada binatang tempat tinggal itu disebut sarang, manusia pula menyebutnya dengan istilah rumah. Al-Qur’an memperkenal dua istilah apabila merujuk kepada tempat tinggal atau rumah. Pertama, disebut “bait”seperti yang terdapat dalam surat an-Nahl [16]: 68

ا َﻦ ِﻣ ي ِﺬ ِﺨ ﱠﺗ ا ِن َأ ِﻞ ْﺤ ﱠﻨ ﻟ ا ﻰ َﻟ ِإ َﻚ ﱡﺑ َر ﻰ َﺣ ْو َأ َو

Mafhumnya: “Dan Tuhanmu mewahyukan (memberi ilham) kepada lebah: "Buatlah sarang-sarang di gunung-ganang, di pohon-pohon kayu, dan di bangunan-bangunan yang dibina manusia.”

Bait secara harfiyah bererti tempat bermalam. Rumah disebut bait karana fungsi rumah kepada pemiliknya ialah tempat untuk bermalam dan berehat dari kesibukan. Ini juga sama seperti yang dilakukan binatang, seumpama burung yang kembali ke sarangnya dipetang hari untuk bermalam dan berehat. Di samping itu, rumah dalam bentuk bait juga berfungsi melindungi pemiliknya dari berbagai gangguan luar, seperti panas, sejuk, dan serangan makhluk lain. Seperti yang terdapat dalam surat al-Baqarah [2]: 125

ﺎ َﻨ ْﻠ َﻌ َﺟ ْذ ِإ َو...

Mafhumnya: “Dan (ingatlah), ketika Kami menjadikan rumah itu (Baitullah) tempat berkumpul bagi manusia dan tempat yang aman……”

Ayat-ayat di atas menjelaskan betapa rumah merupakan keperluan asas (Dhoruriyat) bagi kehidupan manusia dan menjadi tanggungjawab pihak pemerintah untuk membantu rakyat memiliki rumah sendiri yang boleh diduduki. Kerajaan melalui agensi atau syarikat kerajaan

(2)

boleh berperanan membantu rakyat untuk memiliki rumah sendiri sama ada rumah milik sendiri atau rumah yang disewakan untuk rakyat mendiaminya.

Rumah Mampu Milik

Rumah Mampu Milik adalah rumah yang mampu dimiliki oleh rayat yang berpendapatan rendah atau sederhana. Rumah Rakyat sewaktu mula diperkenal di awal tahun 70an oleh kerajaan-kerajaan Negeri hanya berharga sekitar RM9,000 sahaja dan pemilik hanya perlu membayar sekitar RM79 sebulan untuk memiliki rumah berkenaan. Kelayakan pembeli pada waktu itu ialah gaji atau pendapatan bulanan tidak melebihi RM800 sebulan. Dengan bayaran bulanan serendah RM79, ia hanya sekitar 10% daripada pendapatan bulanan. Harga rumah berkenaan kemudian dinaikkan kepada RM17,000 di pertengahan 80an dan seterusnya kepada RM25,000 di hujung 80an. Namun kelayakan pembeli masih dikekalkan pada gaji bulanan RM800 sebulan. Bayaran bulanan naik dari RM79 ke RM170 sebulan. Ini mencecah 20% daripada pendapatan bulanan namun ia dikira masih mampu ditanggung oleh pembeli. Program rumah rakyat yang dijalankan oleh kerajaan negeri pada waktu itu diurus oleh Pejabat Daerah dan bayaran bulanan dibayar terus kepada Kerajaan Negeri melalui Pejabat Pembangunan Daerah.

Namun dengan kenaikan harga bahan mentah dan peningkatan nilai hartanah, kerajaan telah membuat keputusan untuk menaikkan harga rumah rakyat sehingga RM45,000. Kenaikan harga ini adalah sebanyak 165% daripada harga asal sewaktu program Rumah Rakyat atau Rumah Murah mula diperkenal. Pemohon yang berjaya memembeli rumah murah (atau rumah rakyat) perlu berurusan dengan institusi kewangan untuk menyelesaikan bayaran pembelian. Bayaran bulanan tidak lagi dibayar kepada kerajaan tetapi terus kepada institusi pembiaya. Bayaran bulanan kini meningkat hampir RM400 sebulan (untuk tempoh pinjaman sama iaitu 300 bulan). Namun kelayakan pemohon dinaikkan kepada RM1,500 sebulan. Ini bermakna pemilik rumah perlu membelanjakan hampir 27% daripada pendapatan bulanan untuk menampung bayaran bulanan memiliki Rumah Murah.

Program Perumahan Rakyat (PPR)–Amalan Negara-negara Luar

Program Perumahan Rakyat (PPR) ialah satu projek perumahan yang mana ia dimiliki oleh badan milik kerajaan, negeri atau pusat. Ini adalah definisi Rumah Rakyat di beberapa buah Negara Eropah seperti Jerman, United Kingdom, Peranchis dan negara-negara Scandinavia. Di negara-negara berkenaan juga diperkenal Perumahan Sosial iaitu terma yang merujuk kepada skim rumah sewa yang dimiliki atau diurus oleh negeri, badan bukan keuntungan (Non-profit Organization) atau kombinasi kedua-duanya, yang objektif utamanya ialah untuk menyediakan rumah mampu milik. Perumahan Sosial juga boleh diamalkan sebagai kaedah menangani masalah ketidakseimbangan pemilikan rumah.

Di Hong Kong, perumahan rakyat merupakan salah satu polisi utama dalam polisi perumahan kerajaan. Hampir separuh penduduk Hong Kong menduduki rumah rakyat. Jerman, United Kingdom, Eropah, Amerika dan Amerika Latin mempunyai perumahan rakyat mereka sendiri. DI Singapura, Program Perumahan Rakyat, terutamanya perancangan dan pembangunan projek perumahan baru dan penentuan sewa unit dan penjualan semula pemilikan sedia ada, adalah diurus oleh Housing and Development Board (HDB)

(3)

memiliki sistem perumahan yang paling mampu milik dan bertindakbalas berdasarkan kehendak pasaran. Walaubagaimanapun, Jerman memiliki sistem lebih unggul dengan menyediakan bekalan rumah paling baik dengan kawalan sewa dan peraturan kredit yang ketat. Dengan sistem kawalan sewa dan kredit yang ketat industri perumahan di Jerman tidak mengalami kenaikan malah menunjukkan kecenderungan menurun berbanding UK seperti ditunjukkan dalam Gambarajah 1 di bawah. Kesan kawalan yang menyebabkan harga stabil ialah kurangnya penawaran rumah di Jerman berbanding dengan UK. Ini juga memberi kesan kepada kadar pemilikan rumah di mana Jerman mempunyai kadar pemilikan rumah paling rendah di Eropah (40%) sementara UK memiliki kadar pemilikan lebih tinggi iaitu 70%.

Gambarajah 1: Harga Sebenar Rumah

Agak mengejutkan kecenderungan ini berlaku walaupun secara umumnya Jerman mengalami pertambahan penduduk lebih tinggi berbanding UK sehingga pertengahan tahun 2004.

Gambarajah 2: Pertambahan Penduduk

Terdapat tiga faktor utama yang menyebabkan Jerman memiliki harga rumah yang stabil dan rendah dan juga kadar pemilikan rumah yang rendah: (1) bekalan perumahan responsif; (2) bayaran sewaan terjamin; dan (3) kredit gadai janji tersedia lebih terkawal.

(4)

Kaedah Pemilikan Rumah

Di Singapura, Housing Development Board (HDB) bertanggungjawab untuk menyediakan rumah bagi rakyat yang tinggal di Singapura. Antara 82 - 85% penduduk Singapura menetap di pangsapuri yang dibina oleh kerajaan. 95% daripdanya adalah pembeli dan bakinya adalah penyewa. Untuk mengawal pembangunan kawasan perumahan, kerajaan Singapura telah menetapkan tempoh maksimum pembiayaan rumah di bawah HDB kepada 25 tahun sahaja, berkurang daripada tempoh 30 tahun sebelumnya. Walaubagaimanapun untuk pembeli rumah, HDB memberi geran maksimum sebanyak S60,000 atau 30% daripada pendapatan kasar. Geran ini telah mengurangkan harga rumah pangsa dua bilik kepada S16,000 sahaja dan rumah pangsa tiga bilik pula bermula dengan harga S115,000. Geran diberi kepada pasangan yangmembeli rumah pertama dan kerajaan menyediakan insentif tambahan untuk mereka yang membeli rumah berdekatan dengan ibubapa.

Untuk memenuhi aspirasi rakyat Singapura yang semakin meningkat, HDB telah bekerjasama dengan sektor swasta. Selain daripada skim Reka dan Bina (DBS) , HDB telah memperkenal skim Reka, Bina dan Jual (DBSS) dalam tahun 2005.

Di Hong Kong pula, Hong Kong Housing Authority dan Hong Kong Housing Society diberi tanggungjawab oleh kerajaan Hong Kong untuk membangun dan mengurus pemilikan rumah awam melalui pembinaan rumah pangsa yang disewakan pada kadar lebih murah berbanding nilai pasaran. Hong Kong memperkenal pemilikan rumah pada harga lebih murah melalui Home Ownership Scheme, di mana rumah-rumah yang dibina dijual lebih rendah daripada harga pasaran. Melali kaedah ini, harga-harga rumah sentiasa rendah dan mampu dimiliki oleh penduduk Hong Kong yang berpendapatan rendah dan sederhana. Hong Kong Housing Authority dan Hong Kong Housing Society sentiasa bekerjasama rapat untuk memastikan setiap rakyat Hong Kong dapat tinggal dalam rumah yang sempurna.

Kesimpulan

Berdasarkan beberapa contoh pelaksanaan konsep rumah mampu milik yang dijalankan di beberapa negara, kerajaan berperanan besar memastikan rakyat memiliki rumah sendiri sama ada melalui skim pemilikan (pembelian) rumah atau sewaan rumah. Ini bersesuaian dengan tuntutan Islam terhadap perkara-perkara keperluan asas (dhoruriyah). Kerajaan bertanggungjawab melaksanakan polisi yang memastikan harga rumah adalah rendah untuk rakyat memiliki rumah. Ia boleh dilakukan dengan tiga kaedah iaitu (1) penguatkuasaan undang-undang kawalan harga dan kawalan sewa seperti di Jerman, (2) bantuan geran memiliki rumah pertama seperti di Singapura, atau (3) kerajaan membina sendiri rumah seperti di Hong Kong.

Cadangan

(5)

Untuk membolehkan pelaksanaannya, kerajaan Selangor boleh meningkatkan peranan badan seperti Lembaga Pembangunan Perumahan yang akan bertanggungjawab untuk menyediakan rumah untuk semua rakyat Selangor, terutamanya yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Rujukan

1. Bhatta, Basudeb (2010-04-15). Analysis of Urban Growth and Sprawl from Remote

Sensing Data. Advances in Geographic Information Science. Springer.

p. 23. ISBN ISBN 978-3-642-05298-9.

2. "Definition: Affordable Housing", Queensland Affordable Housing Consortium,

Australia

3.

http://www.macrobusiness.com.au/2011/06/how-germany-achieved-stable-affordable-housing/

4. http://en.wikipedia.org/wiki/Public_housing

5. Hong Kong Census and Statistics Department

6. http://www.channelnewsasia.com/news/singapore/singapore-s-public/761236.html

7. Wong, T. C., Yuen, B, and Goldblum, C. (2008). Spatial Plannig for a Sustainable

Singapore. Singapore: Springer.

8.

http://www.themalaymailonline.com/money/article/singapore-tightens-loans-on-public-housing-to-stabilise-market

9. Beng, Y. C. (20007). Homes for a Nation—Public Housing in Singapore. Ethos—Issue 2, April 2007

10. http://www.cscollege.gov.sg/Knowledge/ethos/Issue%202%20Apr%202007/Pages/Home

s-for-a-Nation-Public-Housing-in-Singapore.aspx

11. Beedle, L. S. (1988). Second Century of the Skyscraper. New York: Van Nostrand

Reinhold Company.

12. Lam, K. P. (1988). High-Rise Public Housing Development in Singapore. New York:

Referensi

Dokumen terkait

Konsep bangunan yang ingin menciptakan sebuah lingkungan yang mengacu kepada pengalaman dari sudut pandang yang berbeda, blindness menjadi sebuah ide besar

Tujuan dari studi ini adalah untuk mengetahui secara jelas bagaimanakah penerapan teori kepemimpinan dalam meningkatkan motivasi dan semangat kerja pegawai pada Dinas Kebersihan

Film ialah karya cipta seni dan budaya yang merupakan bagian dari media komunikasi massa pandang-dengar (audiovisual) yang dibuat berdasarkan asas sinematografi dengan

mayoritas masih berupa daerah pedesaan sehingga masyarakatnya masih identik dengan minim pendidikan dan pengetahuan, kegiatan dalam Kebijakan KUM memiliki manfaat dan dampak yang

Usulan alternatif perbaikan yang dihasilkan dari kedua permasalahan kontradiksi diatas adalah yang pertama membuat pisau yang tajam dan tipis agar dapat meminimalisir gaya

Kerajaan Negeri Selangor yakin rizab negeri yang tinggi ini adalah hasil daripada perbelanjaan berhemah yang dilakukan pemimpin. Oleh sebab sikap Kerajaan Persekutuan

Ini benar kerana, jika kita meneliti sejarah kegemilangan tamadun Islam yang terdahulu, kita dapati bahawa asas kepada kejayaan umat Islam yang terdahulu adalah beristiqamah

“Kita menuju kepada baldatun thayyibatun wa Rabbun ghafur, negara yang berkebajikan dan diliputi ampunan Ilahi, di mana Negara melakukan kekuasaannya atas musyawarah